
Cerpen : Kerana rantai pemberian mu
Oleh : aryana inas
Hujan renyai melewati petang hari Ahad ini, kelihatan para remaja yang sedang asyik bermain bola tidak menghiraukan keadaan cuaca pada ketika ini. Hanya Azan Maghrib sahaja yang mampu menghentikan mereka dari terus bermain.”Hurm….hujan-hujan pun main bola ke?” ngomel Putri Ishqi Nur Atira sendirian. Ishqi terus memecut laju keretanya memasuki kawasan perumahan Seri Bangi Mutiara.”Assalamu’alaikum” Ishqi memberi Salam dengan penuh sopan. Mamanya menyambut kepulangan anak gadis tunggalnya itu dengan senyuman.”Waalaikumusalam, dah nak dekat maghrib ini baru ingat nak balik ke?” mamanya menyoal. Bukan apa takut dengan keadaan jenayah di negara ini sekarang. Apatah lagi Ishqi seorang perempuan ,tambahan pula mempunyai paras rupa yang elok. Kulitnya jenis kulit sawo matang, mempunyai sepasang mata yang besar ,berwarna perang gelap, rambutnya sering diikat separuh, panjang paras atas pinggang dan berikal mayang.”Alah ma, tadi jalan sesak la.. kan hujan ini ..” Ishqi cuba memberi alasan. Malah dia menyerahkan sesuatu kepada pembantu rumahnya, “Nah, tadi Ishqi singgah makan kat Bangi Utama” sambil menghulurkan beberapa bungkus Kyros Kebab yang dibelinya tadi. Segera membawa beg tanganya jenama Elle ke biliknya dan terus merehatkan diri.
Sejurus selesai solat Isyak gadis yang mempunyai dua orang abang ini merebahkan dirinya sambil menonton television. Tiba- tiba telefon bimbitnya berdering mengalunkan lagu nyanyian ‘Bryan Adam’ dengan lagunya ‘Everything I Do’. Segera Ishqi mencapai namun tiada nama yang tertera hanya nombor si pemanggil sahaja. Dengan spontan dia melontarkan lembut telefon bimbitnya ke arah sofa kecil di dalam biliknya. “Asal kau campak handphone tu? Angkat la, mana tau peminat handsome ke? Macam iras- iras si kembar yang adik minat sangat tu ke?” sergah abangnya Putera Adney Ahmad Muhymeen. Sengaja abang sulungnya mengusik. Mereka memang rapat, namun tidak serapat hubungan Ishqi dengan abang ngahnya, Putera Rizal Ahmad Bakthiar. Sekarang, Rizal sedang melanjutkan pelajaranya di Universiti Malaya.”Malas la Bang Long entah siapa-siapa la tu.” Kali ini mesej pula diterima olehnya. Dengan tangan yang lemah longlai dia membuka pesanan ringkas tersebut. ‘Hai ini qiqi kan? Still remember me? I”m Ku Fitry la.. da lama kita tak contact each other kan? Keep in touch ok! Take care my friend.’ Kelihatan senyuman lebar terukir di bibir Ishqi. Mimpi ape mamat ni tetibe je mesej aku, anyway happynye aku, tutur Ishqi di dalam hatinya. “Hai ape cerita? Sape tu?” Adney cuba mencungkil sesuatu dari adiknya itu. “Please do not be too busybody brother!” tegas Ishqi.
Beberapa hari selepas itu, setelah kuliah berakhir, Ishqi segera ke kafe, perutnya sudah berkeroncong. Tepat jam 4.45 petang telefonya berdering , segera Ishqi menjawab panggilan dari Ku Fitry itu. “Assalamualaikum, Qiqie ni aku la Ery. Dapat tak mesej aku tempoh hari?” Ku fitry memulakan bicara. “Waalaikumsalam aku dapat tapi sorry tak ada kredit nak reply. By the way, I’m curios why suddenly you call me?” Ishqi cuba menyoal. “Actually aku teringat la janji aku dulu yang nak turunkan sikit ilmu kat kau Qiqi” jawab Ku Fitry dengan ayat yang agak mengelirukan dalam nada gurauan. “Huh? Ilmu ape plak ni Ery? Kau ni betul –betul la.”
“Macam ni la Qiqi, dulukan aku janji nak ajar kau main futsal bila kau dah tamat persekolahan nanti. Sekarang ni umur kau dah nak masuk 20 tahun dah pun. Aku nak masuk tournament anjuran Adidas by next two month but just as a team manager. Engkau la orang pertama aku pelawa jadi pemain aku. Hehe.. amacam terharu tak?”Jelas Ku fitri panjang lebar. Ishqi berfikir sejenak, sejak dari tingkatan tiga lagi dia sudah menjinak-jinakan diri dalam sukan futsal, tetapi hanyalah sekadar untuk mengisi masa bersama teman-temannya.tidak terfikir pula untuk menyertai perlawanan kerana dia bukanlah pandai bermain secara profersional. ” Ok, by where and when nak start training?” “by this saturday at Sport Planet Kajang at 3.00pm start. Fitry memberikan penerangan. “Tapi sebelum tu, aku nak jumpa kau dulu, mana tau dah chubby ke sekarang? Hehe..” tambahnya lagi.
Mereka bersepakat untuk bertemu di Bangsar Village, mereka datang berasingan mungkin kerana malu, sudah lama mereka tidak bertemu empat mata. Kalau berhubung pun, hanya melalui laman sembang sesawang sahaja. Ishqi mengenakan kemeja lengan pendek, labuh berwarna hitam, dipadankan pula dengan slim fit berona gelap manakala rambutnya yang berikal itu dibiar terurai jelas menampakkan keayuan pada hari itu, walaupun hanya mengenakan celak sudah cukup membuatkan matanya kelihatan galak. Bagi melengkapkan gaya dia menyarung sekalung rantai emas putih yang bertaktakan loket rama-rama. Ku Fitry pula, tetap bergaya dengan t-shirt berkolar hitam. Rambutnya, yang panjang di bahagian hadapan itu dibiarkan terjulur. “Qiqi, dah lain la sekarang ni, makeover eh?” Ku Fitry cuba berkias- kias menyusun kata- katanya. “Tak ada la, kau ni merapu je, lain apanya sama je macam dulu. Kau tu la yang lain, dan pandai bergaya sekarang” balas Ishqi. “Masih menuntut kat UiTM ke?” soal Ku Fitry. “Ya, still study kat situ, kenapa?” ” By next year aku study kat oversea” Ishqi berasa sedikit kecewa dengan pernyataan itu.
Pulang ke rumah dia disambut mesra oleh Putera Ahmad Zafran dan isterinya Tengku Aishah Zulaikha yang masih jelita biarpun umurnya berada dalam lingkungan lewat 40-an. “Berseri-seri je ni baru balik dating ke?” tegur ayahandanya. “Tak lah dating apanya, keluar dengan Ku Fitry tadi.” Jawab Ishqi sopan. “Nanti bila you all punya friendship da bertukar ke some special relationship jangan sorok- sorok dari mama pula” kali ini giliran mamanya pula mengusik anak gadis tunggal mereka itu. Segera Ishqi tersipu mendengar usikan ibunya dan segera ke kamar tidurnya. Baginya pertemuan kali ini bersama Ku Faris Fitry, amatlah bermakna. Perasaanya terhadap Fitry juga telah berbeza. Agak-agaknya, suatu hari nanti mungkinkah aku dan Fitry akan menjadi lebih daripada kawan baik?? Ishqi terus memikirkan hasrat hatinya itu.
Setelah hampir 4 pusingan dia berjogging di kompleks sukan seksyen15 dia berehat sebentar sambil memerhatikan teman seperjuanganya Nasha atau nama timanganya Cia yang masih lagi berjogging di trek. Ishqi tidak mampu menandingi stamina Cia. Tamat aktiviti berjogging mereka singgah sebentar di restoran Old Town Coffee House yang berhampiran untuk menghilangkan kehausan masing- masing. “Ishqi kau confirm ke join team Ery tu?” Cia menyoal bagi mendapatkan kepastian.
“Insyaallah aku join, hopefully we’ll become a great player and play with high quality right?” jawb Ishqi dengan bersemangat. “Ya, why not. Lagipun sampai bila nak kembangkan bakat yang terpendam ini lagikan?”Sahut Nasha sambil megenyitkan matanya.
Petang hari ini, Ishqi menghabiskan masanya bersama kedua-dua abangnya, Adney dan Rizal.Mereka menolong mamanya membersihkan halaman rumahnya. Walaupun mereka berketurunan bangsawan namun segala kerja rumah mereka yang uruskan jarang memerlukan bantuan pembantu rumah. Mereka telah dididik menjalani kehidupan yang penuh serdahana. “Adik, mama kata setiap minggu jarang ada kat rumah adik pergi mana?” soal Rizal “Pergi main futsal la abang ngah, bukan pergi mana pun” “Oh, abang ingatkan pergi casting ke, jadi part time model” abangnya mengagak. “Model? What model? Mana ada bakat nak jadi model.” “Adalah, sapa cakap tak ada? Jadi model selepas excident ke, model tengah mabuk ke .. hehe.. adik kan jalan pengkau!” gelak tawa si Rizal tetap mendapat sambutan daripada Adney. “Haha, betul tu Ngah, jalan kenkang ada hati nak masuk tournament futsal haha..” gelak tawanya semakin bertambah apabila mengenangkan sikap adiknya itu yang terlalu beriya- iya mahu menyertai pertandingan tersebut. “Fine! Lepas ini nak tackle mana-mana hot chicks jangan cari adik!” jerit Ishqi kepada mereka, geram dengan kutukan Rizal sebentar tadi.
Pada setiap sesi latihan Ishqi sering menumpukan perhatian, terutamanya ketika Ku Faris Fitry yang memberikan penerangan. Ketika di gelanggang Ery sentiasa serius mengajar para permainya seperti teknik- teknik mengawal, menghantar dan merebut bola dengan baik. Dia juga mengajar bagaimana menjaga benteng pertahanan yang kukuh dan cara bijak bagi penyerang untuk mengelirukan pertahanan pihak lawan, agar mampu menghasilkan peluang bagi mencipta gol-gol ‘cantik’.
Pada suatu sesi latihan, Ishqi ditakdirkan untuk bertemu dengan teman lamanya
Maya Amira. Mereka terpisah sewaktu berusia 15 tahun, kerana Maya mengikuti bapanya ditugaskan ke Pahang. Maya dan Ishqi amat rapat ketika di zaman persekolahan dulu, di mana ada Ishqi di situlah adanya Maya. “Hi Maya still remember me? Ishqi and our olahragawati Cia?” matanya terkebil-kebil seketika memandang dua gadis di hadapanya. “Oh.. hi guys! I almost tak cam you Qiqie. So, whats up guys?” Maya memulakan perbualan. “Kitaorang macam biasa lah…sihat- sihat saja, sekarang aku belajar kat Lim Kok Wing ambil khusus senibina hiasan dalaman, si Ishqi ni pulak ambil komunikasi massa kat UiTM. How about you? Anyway what are you doing here?” sengaja Nasha bertanya kerana cara Maya berpakaian tidak seperti mahu bermain futsal. Maya memakai kemeja pendek lengkap bertopi merah jambu serta seluar jeans singkat paras bawah lutut. “Oh now I study at UNITEN Muadzam Shah ambil jurusan Business Marketing. Actually I just nak tengok how my boyfriend Ery, become a good coach, imposible I nak main futsal ” jelas Maya Amira sambil tersenyum. Berderau darah Ishqi sebaik sahaja mendengar pengakuan temannya itu. Nasha sedar perubahan air muka Ishqi yang ketara itu dan segera manarik lengannya, lalu memberi alasan kepada Maya bahawa mereka dalam kehausan. “Qiqi, whats wrong?” pantas Cia menyoal. ” Huh? What?”Qiqi pura-pura kehairanan.
“Asal buat muka tadi, cemburu dengan Maya sebab dia girlfriend Ery? Nasib baik dia tak perasaan muka ketat kau tadi, sebab masa tu dia tengah tercari- cari Ery. Aku ingat kau dah anggap Ery tu macam abang kau je, tak sesuailah couple-couple ni” Cia berseloroh.Sebenarnya saja dia mengeluarkan kata-kata seperti itu hanya untuk menduga kesabaran Ishqi. Mungkin Ishqi akan mengaku bahawasanya perasaanya terhadap Ku Fitry bukanlah sekadar kawan. “Ape ni? Nothing la , aku just terkejut Maya dah pandai bercinta sekarang.” Jawab Ishqi menyembunyikan pekara sebenar. “Whatever Ishqi!” balas Nasha.Geram!
“Qiqi! Kau nak sepak bola ke atau nak kene sepak ngan aku?” jerit Ku Faris Fitry lantang.Ishqi segera terjaga dari lamunanya. Hish… aku termenung kejap pun nak kecoh! Desis dalam hatinya. Dengan mimik muka yang tidak keruan, Ishqi hanya mampu berkata, “sorry”. Dia sendiri tidak mengerti mengapa dalam pemikiranya kerap membayangkan Maya dan Ery. Sejak dia diterkejutkan dengan pendedahan hubungan Maya Amira dan Fitry dia seakan dibelenggu perasaan yang tidak dapat dijelaskan. Pekara itu juga telah meragut kelincahanya.
Pada keesokan harinya, kelakuan Ishqi yang seolah-olah tidak bersemangat untuk bermain futsal itu mendapat perhatian daripada beberapa ahli pasukannya. Ishqi terus dimarahi jurulatihnya itu, pelbagai tutur kata yang dilemparkan kepada si manis itu. “Cik Ishqi, engkau nak main serius ke atau nak main- main ini? Kau tau kan aku ajar engkau ni percuma! Kau cuma bayar duit sewa court je, itu pun berape sen sangat. Hish… letih la aku macam ini, player lain makin tunjuk kemajuan tapi engkau makin merudum. Pernah tak kau nampak player bawa masalah kat padang? Ataupun harta kau ni banyak sangat sampai tak keruan kau dibuatnya. Kalau nak masuk pertandingan tolong la berubah.” Kali ini Ery membebel panjang kepada teman baiknya tanpa menghiraukan orang di sekeliling. Ishqi tertunduk diam, suaranya hanya terpampan di kerongkong.”Kenapa dengan Fitry tu?” tanya Syera salah seorang permain kepada Nasha. “Entah la datang bulan kot” Nasha cuba berlawak, berderai gelak tawa mereka seketika. Ishqi segera ke tandas dan menghempas kuat pintu berwarna kelabu cerah itu. Air matanya terus mencurah laju sambil menggenggam erat loket rantainya. Dia sendiri tidak tahu kenapa perasaanya begitu, padahal sebelum ini mereka saling bersikap kasar. Saling mengutuk, menengking, malah saling menendang pun pernah.
“Ishqi you ok ke?” Cia mengambil berat. “I’m fine. Why?” Ishqi menyoal. “Kami tengok kau macam dah tak berminat je nak teruskan latihan untuk perlawanan nanti.” Kali ini giliran Syera pula bersuara. “Entahlah, mungkin sebab..” “Sebab Ery dah ada Gf dan kebetulan Maya pulak tu girlfriend dia?” pantas Syafiqa memotong kata-kata Ishqi dan cuba menyoalnya pula. “What the…. ape you all ni? Can you please stop talking rubbish.” Kali ini Ishqi cuba menyembunyikan lagi “Dah la daripada korang melalut tak tentu pasal ni, jom balik mandi malam nanti kita pergi cari barang apa yang patut untuk tournament ni” seloroh Ishqi sambil menyarung kembali rantai yang dibuka sebentar tadi kerana dia tidak selesa memakai sebarang aksesori ketika bersukan.
Keadaan di Alamanda seperti biasa sentiasa dikunjungi penduduk berdekatan. Mereka ke sana untuk membeli kelengkapan bagi perlawanan yang bakal menjelang. Malangnya, mereka terserempak dengan pasangan yang sama cantik dan padan itu. Maya wajahnya sekali imbas mirip Raihanna penyanyi R&B terkenal itu, Ery pula samar- samar wajah aktor kacak holywood Matt Damon. Ku Faris Fitry berjalan sambil berpimpin tangan dengan pasanganya Maya Amira menghampiri mereka. Ishqi terkejut dan segera menolak lembut rambut depannya yang agak terjurai itu ke belakang telinga, rambutnya bahagian bawah dilibas lembut ke belakang bahu. Dalam hatinya berkata, bukan main mesra lagi mereka tu, Astagfirullaalazim. Kenapa aku nak cemburi kebahagiaan mereka pula.. Ya Allah tabahkan lah hati hambaMu ini. Ishqi yang pada mulanya mengelak untuk bertegur dengan mereka, namun dia telah disapa oleh salah seorang daripada mereka. “Qiqi, malam esok tengok bola jom kat tempat biasa, game best star bertemu star beb ” Ery mempelawa. “Kalau tak silap malam esok, team aku jumpa team engkau we will see nanti” balas Ishqi sambil tersenyum. “Nice necklace Ishqi Atira, Its look luxury” Maya menegurnya perlahan dan berlalu pergi. Ishqi hanya mampu tersenyum tawar.
Ku Faris Fitry dan Ishqi sering juga menghabiskan masa malam minggu di kedai mamak untuk menonton perlawanan bola sepak. Bukan ibu bapanya tidak tahu, malah sudah ‘masak’ dengan sikap anak perempuanya yang ‘gila’ bola itu. Dari kecil lagi mereka sering membawa Ishqi ke stadium, di Shah Alam, Paroi dan juga Bukit Jalil. Mereka lebih rela anaknya menghabiskan masa begitu daripada keluar masuk kelab malam, berpeliseran di kota tanpa arah tujuan mahupun menyertai aktiviti sosial yang tidak sihat.
Malam itu pasukan pilihan Ishqi menang tipis ke atas pasukan Fitry. Dengan perasaan penuh geram dia pulang tanpa bicara sepatah pun dengan Ishqi terlebih dahulu. Ishqi kehairanan malah binggung dengan kelakuan temanya itu. Sebenarnya dalam diam Ishqi agak kecil hati dengan tindakan Ery itu. Apa yang buat Ishqi lebih makan hati ialah, Firty turut menyatakan penyesalan kerana mengajaknya keluar menonton perlawanan itu bersama.Sebelum berlalu pulang dia sempat menjeling tajam ke arah gadis yang masih terpinga-pinga itu. Malam itu, Ishqi mengalami satu kegemparan yang pedih untuk ditafsirkan. Dia cuba berkali-kali menghubungi Fitri namun, mesej dan panggilanya langsung tidak dihiraukan.
Oleh sebab sibuk pada setiap hujung minggu , Ishqi menggadaikan waktu bersosial bersama keluarga dan teman sekolejnya. Dia berjanji hanya untuk tempoh dua bulan ini sahaja. Baginya, biarlah impianya kali ini tercapai.
Nasha telah tekad untuk memberitahu perasaan Ishqi yang sebenar kepada Fitry. Niatnya bukanlah untuk menyibuk atau merosakkan hubungan persahabatan mereka itu, cuma dia berasa sedikit terkilan kerana dialah yang memperkenalkan Maya kepada Fitry pada lima bulan lepas. Pada waktu itu, Nasha meminta Ery menjemputnya di terminal 2, tanpa diduga Maya yang turut berada di situ ternampak Nasha dan segera menghampirinya, kebetulan Ery sudah sampai untuk mengambil Nasha. Dia sendiri tidak sangka perkenalan mereka itu akan membuahkan perhubungan percintaan. “Ery, sebenarnya aku nak beritahu sesuatu ni,” perlahan-lahan Nasha mengeluarkan suaranya yang lunak itu. “Apa dia?” “Engkau perasan tak, Ishqi dah lain sekarang” sengaja dia bermula dengan soalan sebegitu. “Dia sekarang sensitif la, aku pun dah tak boleh nak faham dia lagi. Aku garang sikit pun dia dah muka semacam. Entahlah Cia” Fitry berterus terang. “Actually she has feelings with you, I don’t know since when. Kesian je aku tengok dia sekarang” “serius ke??” Fitry diam seketika “kalau macam tu… aku pun tak tau la macam mana” Ku Faris Fitry sendiri binggung dengan situasi ini.
Tiga hari sebelum perlawanan mereka sepasukan seramai 8 orang bercuti ke Port Dickson. Mereka hanya tidur di khemah dan melakukan pelbagai aktiviti ringan. Pada sebelah malam mereka memutuskan untuk bersiar-siar di persisiran pantai. Cia, Syera dan Syafiqa kelihan seronok mengejar anak-anak ketam. Ishqi sekadar memerhatikan dari jauh. Tiba-tiba satu pekara tidak dijangka oleh mereka berlaku. Ery dan Maya datang menyertai mereka. “Qiqie!” jerit Maya keriangan. Ishqi menoleh sambil memberikan senyuman hambar.”Tak nak turut serta kami ke Qiqie? Jomlah, ramai-ramai bakar mash mellow ini sedap tau” pelawa Syafiqa. ” Its ok Sya, I am not in the mood right now” balas Ishqi acuh tak acuh. Ku Faris Fitry segera menghampiri Ishqi. “Asal dengan engkau ini?” “Nothing” Ishqi sebenarnya agak terkejut dengan terpaan Ery yang tiba- tiba itu. Lantas dia buang perasaan resahnya jauh-jauh. ” Ishqi aku tak tahu apa masalah engkau, tapi engkau memang dah berubah. Apa yang buat kau jadi macam ini? Sejujurnya waktu aku lepak dengan engkau aku rasa asing, aku macam dah tak boleh terima perangai kau yang macam bingung dengan perasaan kau sendiri. Kalau kau tak kesian dekat diri kau, tidak menjadi persoalan. Tapi bertimbang rasa sedikit dengan orang dekat sekeliling kau. Secara tidak langsung mood kau yang pelik lagi jelek ini akan mempengaruhi mood mereka.” Panjang sungguh perbicaraan Fitry pada malam itu. Ishqi hanya membisu, dia memandang wajah Fitry, redup saja pandanganya. Ishqi pantas bangun dan berlari merempuh kesuraman malam dengan kehadiran bulan yang agak kekaburan.
Hari perlawanan yang ditunggu menjelang tiba. Ramai peserta sedang membuat sedikit persiapan bagi mengatasi masalah kekejangan dan juga menghilangkan gemuruh yang melanda di jiwa. Apa yang membuatkan Ishqi lebih teruja ialah idolanya yang dipuja separuh mati turut hadir memeriahkan suasana. Siapa lagi kalau bukan Aidil & Zaquan, Ishqi serba tahu tentang diri mereka ini kerana, mereka anak kelahiran Negeri Sembilan sama juga sepertinya. Pada mulanya, Ishqi hanya mengenali mereka sewaktu awal tahun 2006, ketika itu mereka baru menggalas tanggungjawab sebagai pemain kesebelasan utama bagi pasukan Negeri Sembilan Naza. Pada masa itu, mereka tidaklah mashyur seperti sekarang. Ishqi tiba-tiba tersenyum apabila mengenang peristiwa dulu, sewaktu dia menyimpan gambar-gambar mereka di fail dan beg duitnya ada saja orang yang bertanyakan siapa mereka?.. penyanyikah??… pelakon baru ke?? apa hubunganya dengan si kembar lincah itu?… kini usah diperkenalkan lagi. Tidak perlu disangkal lagi populariti yang telah diraih mereka.
“Wheres my jersey?” soal Ishqi kepada Ku Fitry. “You know what? You’ll not playing today” balas Ery spontan. Mata Ishqi kelihatan terbuntang ketika itu, perasaan geram mula melanda, malah dia cuba untuk menolak kuat bahu Fitry. Maya Amira turut berada di situ cuba menenangkan Ishqi. Dia hilang sabar dengan sikap Fitry yang seolah-olah memboikotnya itu. “Where the others?” Ishqi bertanya dalam nada yang tersekat-sekat. Soalan Ishqi itu dibiarkan tanpa jawapan, Ishqi buntu! Seribu satu soalan bermain dalam kepalanya. Bagi menenangkan dirinya itu dia keluar seketika dan duduk di atas boot kereta Proton Putranya itu. Apa gunanya dia mengorbankan waktu- waktunya bersama keluarga, teman serta untuk diri sendiri dikorbankan semata-mata untuk berlatih futsal. Walaupun dia sedar dia tidak sehebat mana namun, berilah dia peluang menunjukkan hasil penat lelah berlatih bersama teman-temanya. Beberapa minit kemudian, dia disapa oleh seseorang. “Hi, are you ok?” segera Si Persoal tadi mengetapkan bibirnya yang merkah bak delima itu. Kebetulan Zaquan meletakkan keretanya sebelah kereta Ishqi. Segera anak gadis itu mengelapkan air matanya dan tersenyum sambil berkata “ya, I’m ok. Anyway datang sini teman your girlfriends take part ke?” segera jejaka kacak itu membalas, ” bukan, some of our fan club member join this tournament so, they all invite me and Bang Cik watching their game, that’s all. Menangis gembira sebab menang ke ni?” Ishqi tidak menjawab pertanyaan Zaquan itu, tetapi hanya mampu tersenyum.
Ishqi menghampiri Ku Fitri, dan memberanikan diri untuk merayu agar dia diberi peluang untuk membantu pasukanya. Pasukanya layak untuk ke suku akhir, namun rekod kemenangan yang dicatat agak merisaukan. Mereka kelihatan letih, Nasha juga kelihatan tidak bersemangat bermain di posisi serangan. Fitri akur segera mengeluarkan Azureen dan menggantikan Ishqi. Mereka kalah pada perlawanan akhir 2-4 namun mereka bersyukur berada di tempat yang ke2. Tidak dapat digambarkan bertapa gembiranya mereka. Ery mengajak Ishqi ke stadium Shah Alam esok, katanya sebagai ganjaran kerana membantu pasukanya mencapai kemenangan. Namun, Ishqi tetap berasa sedih dengan tindak –tanduk Ku Fitry ke atas dirinya sebelum ini.
Mereka keluar berdua sahaja malam itu, seperti biasa Pasukan Selangor terkenal dengan mempunyai peminat fanatik yang ramai. Malam itu pasukan Selangor bertemu Negeri Sembilan. Seronoklah Ishqi pada malam itu. Pasukan kegemaranya itu mempamerkan aksi-aksi cemerlang di bawah seorang pemimpin yang beribawa,Rezal Zambery Yahya, malah begitu juga dengan pemain- pemain lain seperti, Idris Karim, S.kunalan, Si kembar,Shukor Adan dan lain-lain. Walaupun Selangor mempunyai ramai permain muda seperti Nasriq Bahrom dan Safee Sali, tuah permainan tidak memihak kepada tuan rumah.Tamat perlawanan, mereka tidak segera pulang, bilangan penonton di stadium semakin berkurangan.
Tiba- tiba Ku Faris Fitry memulakan bicara “Qiqi, firstly, I nak minta maaf pasal semalam, and for your information, aku dah tau yang kau sebenarnya suka kat aku. But, aku just anggap kau macam kawan, kita terlalu rapat Qiqi, sukar bagi aku untuk bercinta dengan kawan aku sendiri. I can give you a friendship but unfortunately not a relationship.” Walaupun tersentak mendengar kata- kata Ery tadi, dia tenang dan segera membalas “nevermind, yang penting kita terus berkawan.Cinta tak boleh dipaksa right? Sekarang kau dengan Maya, jagalah dia elok- elok dia tu kawan baik aku yang paling cantik tau… aku tak nak ragut kebahagiaan teman- teman aku sendiri.” Matanya sudah mula bergenang namun, dia tidak mahu melimpahkan air mata sia-sia. “Memang betul aku suka kat kau dan lebih sebagai kawan, tak tahu la kenapa aku ada perasaan macam itu, aku pun tak sedar bila cinta itu wujud dan sering buat aku tak tentu hala memirkan soal ni. Kebenaran terlalu menyakitkan Ery, mungkin lama kelamaan aku akan terima kenyataan yang tidak perlu disangkal lagi iaitu, kau tercipta bukan untuk aku. Tapi perasaan ini mampu aku simpan kat dalam loket ni, dan sentiasa dikawal oleh rantai yang kau bagi dulu ini.” Lancar sahaja Ishqi berkata-kata, belum sempat Ku Fitry membalas, Ishqi meneruskan lagi, “thanks for everything, kau mengajar aku cara mengawal bola, kau juga mengajar aku mengawal perasaan aku terhadap kau” sinis sahaja bunyinya. Kemudian Ishqi mengerling ke arah jam tangan jenama Esprit pemberian ibunya itu, lalu berkata “Dah lewat ini nanti my parents risau pulak, lepas ni mesti kita dah jarang berjumpa, kau pun dah nak fly kan next year? Continue your study right? Take cares Ery! Assalamualaikum.” Ishqi segera berlalu pergi. Hatinya tenang sahaja, segala yang terpendam sudah diluahkan. Dia pasrah dengan segala yang terjadi dia juga berserah. “Tunggu dulu Qiqi, jangan la cakap macam tu! Kalau boleh aku nak kita rapat macam dulu juga” tiba-tiba Fitri bersuara. Ishqi hanya membalas dengan senyuman dan terus beredar.
“Ya Allah, macam mana aku boleh tak perasan rantai itu aku yang bagi dia sewaktu dia tingkatan lima.” Fitry bertutur sendiri, lantas dia teringat kembali peristiwa dulu. Sewaktu itu mereka berada di Alamanda sempena meraikan ulang tahun Ku Fitry. “Ishqi thanks belanja makan kat Secrect Recipe ni.” Ery berterima kasih. “Apa kata, kita pegi cari hadiah untuk engkau pula, birthday kau kan next month je” sambungnya lagi. “Tak naklah tak suprise la tak best” balas Ishqi dengan mimik muka nakalnya itu. “Ok, kau tunggu sini jap, jangan merayau mana-mana pula.” Lima belas minit kemudian, Ku Fitry kembali. ” Nak suprise kan? Pejam mata.” Arah Ku Fitry sambil memakaikanya. Cantik! Memang bersesuaian dengan Ishqi. Rantai yang bertaktakah loket itu berbentuk rama-rama dan dihiasi batu-batu berwarna ungu dan biru muda. Sebak menyelubungi perasaanya ketika itu.
“Maafkanku Ishqi, mungkinkah aku masih tidak mengenali erti cinta yang sebenar? Atau aku memang buta dalan menilai cintamu yang datang menerpa?” Fitry bergelut dengan pertanyaan yang tiada penghujungnya. Namun, jauh di sudut hatinya ada kepiluan yang menyayat. Simpan perasaan mu itu, sebaik-baik engkau menyimpan dan menjaga rantai pemberianku itu, Putri Ishqi Nur Atira











Dialog kena pisahkan.Itu memang etika wat sesuatu citer ar
Anyway gd story…
keliru glr bile bc ctr nie
bpinar mata sy bc…
s0kong pe yg najwa kate….dialog kene psh kn…
sokong komen2 di ats….
gud luck!!!
ermm btol2 ape yang diorang kate… citer not bad tpi diolag rpat..
btw.. caiyo..!!!
apsal ending cam tue jer…
apepon citer nie okey je…
um..pisahkan lah dialog. berpinar mata baca
bolehla.
pening le ble bce cte niiiiiiiiiiiiiiii…
adoi
sakit ati lak baca
kpada penulis
jln crite ok
tp gaya menulis tu byk mau kna improve
dialog tu asingkn lah
ok..tpi agk bosan sbb citer die meleret jer….
hohoho….
ksdhan yg mnyedihkan….
hmmm…
gud job…