Cerpen : Warkah Buat Kekasih

6 December 2009  
Kategori: Cerpen

1,280 bacaan 8 ulasan

Nama Pena : AEFNAERNA

“Wah, banyaknya bunga. Bertuahlah empunya badan.” Kagum Maya sambil membelek-belek setiap jambangan bunga di atas mejanya. Suasana waktu habis kerja hari ini sunyi drastik . Kelibat Farisha dan Adam awal-awal lagi tidak kelihatan.Semestinya merancang untuk menyambut hari istimewa ini di tempat yang romantik.
“Eh, mana sekuntum mawar putih yang selalu kau dapat tu? Tak nampak pun…” Tanya maya pelik.
“Mawar putih? Entahlah. kalau kau nak ,ambillah …” pelawa Ameerah Ibtisam melihatkan sahabatnya itu begitu teruja melihat hadiah dan bunga di atas mejanya. Namun pertanyaan maya mengenai bunga mawar putih itu sedikit sebanyak mencuit persoalan di hatinya.
“Eh,kau ni. Mana boleh ambil hadiah kau,ini semuanya dari secret admire kan. Cubalah hargai sedikit” Tolak Maya bulat-bulat.
“Aku malas nak bawa pulang semualah. Kalau kau nak ,ambil jelah. Tak pe,aku tak kisah..”Ameerah Ibtisam mengambil beberapa jambangan bunga dan memberikannya kepada Maya.
“Tak nak lah. Nanti hubby I jealous pulak, cubalah kau beri perhatian sikit pada si pemberi bunga tu. Mana tahu ada jodoh. Sampai bila kau nak jadi single? Tengok,kau masih available. Bukan valentine day pun, kau tetap dapat bunga.” Celoteh Maya biarpun dia tahu sahabat baiknya itu tidak akan mendengar. Sesekali,dia berasa risau memikirkan keadaan Ameerah Ibtisam yang berusia akhir 20-an itu terlalu mementingkan kerjaya daripada kebahagiaannya sendiri.
“yelah, yelah Puan Maya. Nanti aku pertimbangkan. Kau bukannya tak tahu aku tak berminat langsung nak sambut hari Valentine ni. Itu bukannya budaya bangsa dan agama kita ,so buat apa beria-ia nak sambut”Jelas Ameerah mengukuhkan pendiriannya. Dia cuba membuang jauh perasaan tersinggungnya mendengar kata-kata Maya. Dia sedar sahabatnya itu tidak mahu dia terus hanyut dalam kenangan.
“Maaf Meera. Aku tidak bermaksud untuk melukakan hati kau. Tapi sebagai kawan aku mahu kau bahagia. Cuba bagi peluang pada diri kau sendiri untuk menerima cinta orang lain”
“Maya, aku perlukan masa,okey! hubby kau tak datang lagi ke? Baik kau turun cepat, nanti bosan Hisham menunggu di bawah”
“Aku balik dulu ye. Kau tak nak balik lagi ke?”
“Mungkin sekejap lagi. Aku nak semak fail…”

VALENTINE DAY??…matanya mencorong kearah frim gambar kembar bersaiz 4R diatas mejanya. Ameerah tersenyum melihat gambarnya bersama seorang jejaka yang kemas berkemeja putih dan bertali leher biru petak. Kopiah putih sentiasa berseri di atas kepalanya.

Dulu kita tak pernah sambutnya kan.. 14 februari itu berlalu dengan peringatanmu bahawa hari kekasih yang beria-ia disambut itu hanya agenda yahudi menyerap pemikiran remaja islam. Aku masih ingat kita hanya menyambut birthday bersama sahabat dengan penuh kesyukuran bahawa kita masih bernyawa di bumi Allah ini..Paling tidak kusangka kau menelefonku dari Madinah semata-mata mengejutkanku untuk bersahur pada 10 hari pertama bulan Rejab.
Apa agaknya khabarmu disana? aku harap kau sentiasa bahagia dan damai. Mulanya aku tidak menyangka budak lelaki yang melarikan diri dari kem motivasi sekolah menengah adalah orang selalu memberi tazkirah di Maahad .Juga yang selalu membuat kami,pelajar perempuan merungut atas teguranmu tentang aurat.
Umar Zuhdi…. tentu kau ingat kesilapanku menghantar sms memulakan detik persahabatan kita. Padahal kita satu kelas,tetapi tidak pernah bertegur sapa. Akupun sebenarnya tidak menyukai tindakanmu yang asyik menegur tentang aurat suara perempuan di dalam kelas kerana akulah salah seorang kaki bisingnya. Bagi kami, alim-alim kucing konon…
Apatah lagi rakan sekolahmu dulu terkejut dengan perubahanmu, hilang Umar Zuhdi yang nakal,suka ponteng kelas dan tidak berdisiplin. Ada yang kata kau masuk tabligh la ,dapat taufik dan hidayah la..
Bagi aku?entahlah..mula-mula kita mesej pun selalu berdebat tentang isu semasa. Sedangkan aku pasti kalah dengan hujah bernasmu. Tak sangka kau ni melayan perempuan juga. Yelah..orang popularlah katakan, nama selalu bermain di bibir ustaz dan ustazah.
Terlalu banyak manfaat yang aku dapat sejak bersahabat denganmu. Kata-kata hikmah dan hadith yang selalu tertera setiap kali membuka mesejmu. Kita banyak berkongsi ceritera kehidupan termasuk kehidupan sangkar emasmu tanpa benteng agama dan cerita disebalik perubahanmu.
Kau terlalu merendah diri, Umar. Katamu, kau masih memperbaiki diri dan cuba mengubah keluargamu yang tersasar dari jalan Allah. Kau tidak pernah riak dengan kelebihan yang ada dan sedia berkongsi ilmu didada. Aku tak pasti bila perasaan hormat dan kagum ini bertukar menjadi sayang. Dan aku tidak menyangka aku bukan sekadar bertepuk sebelah tangan.

Ya Allah, terbitkan hati kami rasa sayang utuh di atas dasar cinta padaMu yang tidak berbelah bagi agar tidak di antara kami merasa kehilangan ,derita dan tersiksa . seandainya kami terpisah atas iradatMu.

Ahi Umar Zuhdi…
Mesej terakhir sebelum kau berangkat ke Madinah dulu tidak pernah lapuk dalam inbox handsetku. Malah sentiasa segar setiapkali ku baca kerana merinduimu. Bersama kesetiaan kita yang kau bawa pergi dalam berjihad mencari ilmu.
Tahukah kau.. kesetiaan itu juga ku genggam hingga kini biarpun kau tiada di depan mata. Mungkin kisah cinta kita berbeza dengan pasangan bercinta lain, tetapi janjimu untuk menjadikanku suri di hatimu satu hari nanti cukup memberi keyakinan terhadap masa depan perkenalan kita .Restu ibu bapaku setiap kali kau bertandang kerumah mengukuhkan ukhuwah kita. Walaupun aku belum dapat diterima sepenuhnya oleh ibu bapamu.

“Syukran jazilan sebab datang kenduri malam ni..maaf sebab papa dan mama tak de. Biasalah,sibuk outstation “kata Umar Zuhdi menghulurkan dulang yang kosong kepadanya. Keadaan dapur yang tidak sesak memberinya peluang berbual dengan Ameerah.
“Afwan. Tak pe. Saya faham.”kata Ameerah sambil menyusun pinggan–pinggan kotor. Lebih selesa berbual begini secara terang terangan.
“Nah,untuk awak”Umar Zuhdi menyerahkan bungkusan hadiah kepadanya.
“Apa ni?”soal Ameerah Ibtisam sebak menerima hadiah itu. Bermula esok,mereka akan membawa haluan sendiri. Dia akan berlepas ke Madinah manakala Ameerah akan menyambung ijazah di universiti tempatan.Dia membuka balutan hadiah apabila disuruh Umar. Telekung dan sejadah??

“Ini ubat rindu kita..Kalau awak rindukan saya, selalulah solat hajat dan qiamulail. Insyaallah .. salam rindu dari doa awak akan sampai pada saya dalam bentuk pahala…”
Betapa simboliknya hadiah itu. Balasannya,ku menitipkan sekalung tasbih kepadamu sebelum kau pergi. Alasannya sama, seandainya kau merinduiku, alunkanlah dalam zikir kalamullah agar rindu itu tenggelam dalam cinta rabbi..

Umar Zuhdi…
Hari ini baruku menjejakkan kaki di kampung setelah sekian lama menyepikan diri di ibu kota. Mak seperti biasa membebel kerana sudah lama tidak balik. Dah dapat panggilan kecemasan dari mak ,baru aku tergesa-gesa pulang. Bukan aku tidak mahu pulang,tapi aku rimas dengan persoalan mereka setiap kali pulang ke kampung. Bila nak kahwin?dah ada calon ke??? mana taknye, Adila dan Maisarah langkah bendul berkhawin dulu.Sedangkan sepatutnya kita yang menjadi raja sehari dahulu, kan!
“Meera,dua hari lepas Mak Esah ada tanya mak pasal kau. Itulah mak nak tanya kau, kalau kau setuju minggu depan dia nak datang meminang untuk si Amir tu.”kata mak tiba-tiba
“Inilah hal penting yang mak suruh Meera balik ye . Mak,Meera belum bersedia lagi la.”
“sampai bila kau nak hidup membujang?Dah tiga pinangan kau tolak,takkan kau nak jadi anak dara tua ,Meera. Si amir tu baik budaknya. Bukan kau tak kenal dia,waris kita juga”pujuk mak.
“Ala mak ni, Amir tu dekat sangat la,Meera dah kenal dia sejak kecil. Buat masa ni Meera tak jumpa yang berkenan di hati”Tegas Meera memberi alasan.
“Tak baik menolak jodoh di depan mata.Mak bukannya nak paksa kau kahwin.Mak tahu kau masih tidak boleh lupakan Umar tu. Tapi, kalau mak jadi dialah, mak mahu kau bahagia” Tokok mak tanpa berselindung. Mungkin sudah malas melayan kerenah hatinya.
“Mak, bagi Meera beberapa hari untuk buat keputusan. Biar meera istikharah dan berfikir semasak-masaknya sebelum bagi kata dua…”

Umar…
Tahukah kau bahawa emel terakhir darimu berisi kata perpisahan betul-betul mengejutkanku. Waktu itu aku merasakan kau sudah mempunyai penggantiku disana. Katamu kita tersalah haluan dalam memilih cinta terlarang biarpun dibajai dengan keimanan. Cinta sebelum perkhawinan menghampiri zina…
Seperti sabda nabi s.a.w riwayat bukhari dan muslim bermaksud: nasib anak adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata ,zinanya memandang.Dua telinga,zinanya mendengar.lidah,zinanya berkata. Tangannya,zinanya memukul(berpegangan, bergurau menggunakan tangan),kakinya,zinanya melangkah. Hatinya, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj hanya mengikuti atau tidak mengikuti.
Kita sekadar manusia biasa yang bisa tersasar dari haluan kehidupan, namun perlu memandu diri semula ke siratul mustaqim. Titipmu supaya melupakanmu dan berserah kepada takdir illahi atas jodoh kita.

Salahkah aku kerna setia menunggumu? biarpun aku tidak pasti bila penantian itu akan berakhir..mulanya ku rasakan penantian itu bernoktah selepas empat tahun kau kembali ke tanah air semata-mata untuk menyuntingku menjadi suri di hatimu sebelum memulakan tugas di jabatan kedutaan Malaysia di madinah.
Kau penipu!!!sehingga kini cincin itu tak pernah kau sarungkan di jari manisku..
Kau tinggalkan aku begitu sahaja..tanpa pesan ,tanpa ucapan perpisahan.
Tahukah kau bencinya aku ketika menerima bekas cincin baldu berlumur darahmu itu. aku kecewa!sakit hati! Kerana kau di jemput dulu…Tentu kau lihat , kesedihan mama melihat anak tunggal kesayangannya yang tidak putus asa membawanya pulang ke jalan tuhan, kembali ke pangkuannya dalam keadaan kaku dan bisu.. Pasti kau nampak berhari-hari aku berbalut kesedihan setiap kali di hujung sujud.

Maafkanku…bukan aku tidak mahu mencari bahagia. Tapi,aku masih belum menemui seseorang sebaikmu..yang mendamba cinta di sepertiga malam, bersuara lantang mengalun azan, menyirami hati-hati yang kelam dengan titisan tazkirah dan sentiasa memberi ketenangan pada sesiapa yang mendampingnya.. Salahkah aku untuk mencari jejaka yang tunduk pada agamanya, serta gah memandu kekasih dan zuriatnya di atas bahtera usratul hasanah menuju syurga abadi?

Perkhabaran mak semalam masih bermain-main difikirkannya. Dia masih tidak mendapat jawapan dalam sujud solat istikharah. Mungkin dia perlu istiqamah untuk menemui jawapan pada kekusutan itu. Matanya tiba-tiba tertumpu ke arah sekuntum bunga yang berada di tempat duduk belakang keretanya..
“Bila pulak ada bunga kat sini? Siapa yang letak” desis hatinya kehairanan sambil mengambil sekuntum mawar putih itu. Dia membaca catitan ringkas pada kad kecil yang terselit di tangkai bunga.

‘Seindah mawar berduri.. Mekar indah dipinggir kota
Seharum wangian iman
Menggoda setiap yang bertandang
Senyumannya …berbekas rasa
Namun bisa duri syariat memagari hati
Sukar dipetik kuntumannya
Adakah bisa ku milikinya
Atau sekadar mencium haruman dikejauhan’

Dia lagi….mawar putih kelmarin, minggu lepas, bulan lepas…semuanya dari orang yang sama. Hari valentine tak de pulak bagi. Siapa dia sebenarnya? Monolognya sendirian cuba mencari jawapan. Dia mengingati wajah-wajah teman sepejabat lelaki yang berperangai pelik terhadapnya. Rasanya semua dah kahwin.

Suara azan mula kedengaran dari masjid yang cuma selang beberapa rumah dari teratak rumahnya. Ameerah berjalan beriringan bersama mak dan mak yam,jiran sebelahnya menuju ke masjid. Suara syahdu azan berkumandang menyusur ke ruang hatinya.Jarang dia dapat mendengar suara muazin muda mengalun azan. Sepanjang mengerjakan solat berjemaah dan mendengar tazkirah di masjid, hatinya mengulit pelbagai soalan mengenai imam muda yang memimpin jemaah. Bacaan al-qurannya, cara tazkirahnya juga mengenangkan Ameerah kepada Umar.
“Mak, ada imam baru ke di masjid kita ni?”soal Ameerah Ibtisam sebaik sahaja mereka habis bersalaman dengan jemaah lain. Mereka berada di luar masjid menunggu Mak Yam yang pergi ke tandas.
“Tak delah. Takkan kau tak kenal suara tu?” jawab mak sambil tersenyum penuh makna. Sengaja membiarkan anaknya di ulit pelbagai persoalan.
“Assalamualaikum. mak teh, tak balik lagi ke?” Teguran seseorang mengejutkan mereka. Ameerah tersentak melihat anak muda yang berkopiah putih itu menghampiri mereka. seraya dengan itu, hatinya mula berdebar-debar.
“Waalaikumussalam. Belum lagi. Menunggu mak yam pergi tandas sekejap. Mak kamu tak datang sekali ke?” Tanya mak
“Tak. Mak tak berapa sihat, err..Meera bila balik sini?” Tanya Amir lambat-lambat.
“dah tiga hari dah.” jawab Ameerah ringkas. Entah mengapa dia berasa kekok apabila berhadapan dengan Amir. Mungkin kerana sudah lama tidak bertemu agaknya. Ataupun kerana risikan itu.
“Mak teh rasa amir sesuai jadi imam muda kat sini. Bolehlah tarik budak-budak muda datang masjid sikit”cadang mak.
“Insyaallah. tapi saya ni tak delah pandai sangat. Setakat jadi pembantu pak imam tu bolehlah..”
dia ke yang jadi imam tu?? tak sangka betul, dia dah banyak berubah sekarang. Dari budak nakal yang aku kenal menjadi seorang yang arif dalam ilmu agama. Bisik hati kecil Ameera sendirian.
“Dah lewat dah ni. Mak Yam pun dah keluar. kami balik dululah ye. kalau nak jumpa Meera, datanglah rumah. Kirim salam pada mak ye. Assalamualaikum” Kata mak sambil tersenyum mengena.
“Mak ni,” bisik Ameerah perlahan sambil memandang pelik kearah maknya.Dia terasa malu diperlakukan begitu dihadapan Amir dan Mak Yam. Dia tahu maknya itu memang suka kalau dapat bermenantukan Amir.
“Waalaikummussalam. Insyaallah. Hati-hati berjalan ye”

Pelbagai perkhabaran baik yang kudengar mengenai Amir dari mak, mak yam dan beberapa rakan sekampungku. Memang benar, aku sendiri pernah terserempak beberapa kali dengannya ketika dia menolong orang kampung dalam kenduri kahwin. Dia juga selalu menjadi imam dan memberi tazkirah jika pulang bercuti di kampung.Tapi tidak pernah ada tanda-tanda yang menunjukkan Amir berkenan padanya. Perkhabaran Maya mengenai identiti si pemberi bunga iaitu seorang pegawai eksekutif di syarikat berhampiran mengejutkannya. Namanya AMIR FARISH? macam nama Amir,takkanlah dia ???

“Maaf Meera. Aku tak berniat nak rahsiakan semua ni. Itu adalah permintaan Amir. Aku dan Hisyam yang cadangkan supaya dia selalu menghadiahkan mawar putih memandangkan kau seakan menutup pintu hati kau pada lelaki lain. Aku cuma nak kau bahagia dan tahu ada orang lain yang menunggumu, Meera. Susah nak cari lelaki baik macam Amir tu. Dah lama dia tunggu kau. Aku tahu sukar untuk kau jumpa Umar Zuhdi yang kedua. Tapi setiap manusia diciptakan berbeza, ada baik dan buruknya. Kau takkan nampak kebaikan seseorang kalau kau tak buka pintu hati kau untuk menerima dia seadanya” Jelas Maya perlahan. Sayup-sayup kedengaran jauh dari ruang telefon. Penjelasan panjang itu kudengar sehari sebelum keputusan kubuat. Akukah yang tidak menyedari kehadirannya selama ini?

Umar..
Maafkanku…mungkin hari ini hari terakhir tinta hati ini mengukir warkah rindu buatmu. Namun memori manis kita akan tersimpul kemas dalam diari hatiku. Doaku agar kau sentiasa bahagia disana. Dan aku akan bahagia dengan jalan yang kupilih ini. Bisiknya hati kecilnya sayu tatkala melihat cincin emas tersarung indah di jari manisnya. Saat-saat indah itu bagaikan mimpi.
“Meera, sebenarnya arwah umar tu kenalan abang semasa abang berada di Madinah. Abang tahu abang takkan dapat jadi sebaik umar. Tapi, berilah abang peluang untuk menjadi suami dan imam yang terbaik buat Meera.” Luah Amir perlahan. Jari jemari Ameerah digenggamnya erat.
“Jangan cakap macam tu, abang. Insyaallah, Meera akan terima abang seadanya. Meera harap abang pun begitu..” katanya terharu. Air mata kegembiraan mula mengalir ke pipi.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Cerpen : Warkah Buat Kekasih”
  1. bdak baru says:

    best ar cte nie… menginsafkan aku.. hehehe.

    gud jop la penulis

  2. emmie says:

    Bestnyer dpt husband alim cam tuh.. moga aku pun diberi peluang dpt pembimbing yg cam umar atau amir tu.. amin………….

  3. purple_94 says:

    best sngt…
    good job writer…
    buat citer camne…
    ada unsur dakwah…

  4. miz ruha says:

    THUMBS UP writer….!!

    seronok bce cerita yg berunsur cm ni…

  5. eha says:

    best sgt citer ni..
    cinta berlandaskan islam..
    hope ank2 mude zman skarang pun cmtu gak..

  6. ash says:

    cite yg menarik!

  7. snow.angel. says:

    best2..

    suka umar..amir pun suka jugak. bagus2. semoga lelaki macam tu masih wujud =)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"