Cerpen : Yassin buat shiqal

21 December 2009  
Kategori: Cerpen

1,274 bacaan 9 ulasan

Oleh : aliyn ailiyna

“Ah!Kenapa perpisahan ini yang harus aku fikirkan?”Keluh Shiqal dalam hati.
“Aaah!”Jeritnya membuat teman di sebelahnya terkejut.
“Kau ni kenapa Qal?Kau ada masalah?”Aju Aiman kehairanan.
Shiqal sekadar mendiamkan diri.Dia menundukkan kepala memandang lantai.Haruskah aku menceritakan kepadanya?Soal Shiqal bermain dengan perasaannya  sendiri.
“Qal,aku lihat kau sejak akhir-akhir ni lain macam saja.Kalau kau ada masalah ceritalah pada aku.Insyaallah aku akan bantu kau,”kata Aiman sambil menepuk bahu Shiqal beberapa kali.
“Serba salah aku ni Man.Tapi biarlah aku ceritakan pada kau.Sekurang-kurangnya dapat meringankan beban pemikiran aku ni,”balas Shiqal perlahan.
“Ceritalah.Aku sedia mendengar.”
“Sebenarnya Man…aku risau.Aku rasa hidup aku sudah tidak bermakna lagi di dalam dunia ini.Aku ni ibarat…entahlah…hidup aku terumbang-ambing,”kata Shiqal bernada sayu.
“Kenapa?Kau kan anak orang kaya.Keluarga kau senang.Macam aku ni apalah yang ada.Duit asrama ini pun hasil duit biasiswa yang aku perolehi.Kau lain,duit kau sentiasa ada.Apa yang kau nak semua ada….”belum selesai Aiman berkata-kata.
“Enough!”potong Shiqal berwajah serius.Air mata kelakian yang ditahan selama ini,akhirnya berguguran jatuh setitik demi setitik ke bumi.
“Ya Man….memang aku kaya,tapi dengan harta.Tahukah kau,aku miskin dengan kasih sayang.Aku ketandusan untuk bermanja dengan papa dan mama aku.Aku ditinggalkan di rumah yang besar,tapi segalanya sepi.Aku memerlukan seorang ibu untuk bermanja,aku juga memerlukan seorang ayah untuk membimbing aku tentang agama islam.Kadang kala aku merasa sedih setelah melihat kau sekeluarga menunaikan kewajipan terhadap ALLAH S.W.T. sedangkan aku sembahyang selama ini pun hanya mengikut dari belakang.Tapi aku tak tahu doa apa yang kau baca.Papa dan mama aku tak pernah mengajar ini semua,malahan aku tak pernah  melihat mereka solat.Yang mereka tahu hanyalah kesibukan urusan di merata-rata tempat sehingga lupa tanggungjawap….”rintih Shiqal panjang lebar.Hatinya lega setelah apa yang mendera pemikirannya diluahkan pada Aiman.
“Sabarlah Qal.Aku janji pada kau,aku akan bantu kau,”Aiman menepuk lembut bahu Shiqal beberapa kali.Dia mula merasa simpati dengan apa yang melanda temannya.
“Terima kasih Man.Kaulah sahabat aku di dunia dan akhirat,”balas Shiqal sambil mengukir senyuman hambar.

*****           *****           *****
“Asssalamualaikum…”ucap Shiqal dengan nada sedikit tinggi.
Secara automatik pintu pagar terbuka dari dalam.Kelihatan bibik berlari keluar mendapatkan Shiqal.
“Waalaikummussalam…Eh!Tuan Shiqal,kapan sampai?Kenapa nggak beritahu dahulu sebelum pulang?”Aju pembantu rumah itu ramah.
“Saya baru saja sampai.Sengaja saya balik tanpa pengetahuan sesiapa.Lagipun saya  bercuti selama seminggu aje.Err…mana papa dan mama saya?”Aju Shiqal sambil berjalan masuk ke dalam villa.Bibik sekadar mengikut dari belakang.
“Dato’sudah seminggu berada di London.Datin pula ke Jakarta.Tapi Datin bilang sama saya,esok sore dia pulang ke Malaysia,”jawap bibik.
“Kalau begitu saya masuk bilik dahulu,”pinta Shiqal sedikit hampa.Memang dia sudah jangka papa dan mamanya tiada di villa.
“Tuan Shiqal nngak mahu makan dahulu?”
“Tidak mengapalah bibik.Saya tak lapar lagi.Nanti bila saya lapar,tahulah saya cari sendiri makanan di dapur.Bibik pergilah siapkan kerja yang lain,”balas Shiqal lalu berjalan menaiki anak tangga.
Shiqal menghempaskan tubuhnya ke atas tilam empuk.Matanya tertancap tepat pada permukaan syiling yang bermotifkan corak flora.Fikirannya mula melayang entah ke mana.
“Firman Allah S.W.T menjelaskan bahawa sesungguhnya sembahyang itu adalah sesuatu kewajipan yang telah ditentukan waktunya terhadap orang yang beriman.Surah An-Nisa ayat 103,”ujar Ustaz Kamal kepada Shiqal.
“Ustaz,saya sudah sedar semua kesilapan saya.Selama ini saya tak pernah menunaikan kawajipan terhadap Allah S.W.T. Yang saya tahu hanyalah keseronokan yang tidak menjamin apa-apa kebaikan. Saya merasa sangat menyesal dan ingin kembali ke pangkal jalan,”kata Shiqal bersuara separuh berbisik.Namun masih dapat didengar oleh Ustaz Kamal.
“Alhamdulillah,kamu  sedar juga akhirnya.Pintu taubat sentiasa terbuka kepada sesiapa saja yang telah menyesali perbuatannya dan ingin kembali ke pangkal jalan.Bertaubatlah sebelum terlambat,”ujar Ustaz Kamal bersuara lembut.
Bunyi ketukan pintu bertalu-talu mengejutkan Shiqal dari lamunannya yang panjang.Lenyap segalanya.Shiqal melepaskan keluhan yang agak berat lalu melangkah malas menuju ke arah pintu.Daun pintu dibuka.Kelihatan bibik sedang berdiri di hadapan pintu sambil menghulur telefon mudah alih kepada Shiqal.
“Ada orang mahu ngomong sama Tuan,”ujar bibik.
Setelah telefon mudah alih itu bertukar tangan,bibik segera berjalan meninggalkan Shiqal.
*****           *****           *****
Shiqal keluar dari biliknya setelah membersihkan diri dan menunaikan solat asar.Dia segera mendapatkan bibik yang berada di dapur.
“Bibik,malam ini saya makan di luar.Bibik jangan masak untuk saya,”ujar Shiqal sambil membetulkan kolar baju kamejanya.
“Baiklah Tuan Shiqal,”balas bibik patuh.
Tanpa berkata-kata lagi Shiqal terus berjalan ke arah pintu utama dan menyarung kasut ke kakinya.Pak Mat yang sudah sedia menunggu Shiqal segera membukakan daun pintu kereta untuk Shiqal.Shiqal masuk ke dalam perut kereta dengan wajah serius.Pak Mat segera memandu kereta mewah milik majikannya keluar dari halaman villa yang tersergam indah di lereng bukit.
“Tuan mahu ke mana?”Aju Pak Mat sambil memandang sekilas wajah Shiqal melalui cermin.
“Tolong hantarkan  saya ke Klinik Doktor Fazrin,”jawap Shiqal.
Pak Mat sekadar mengangguk tanpa banyak soal.Hatinya tertanya-tanya apa tujuan Shiqal mahu pergi ke klinik itu,namun dia tidak berani bertanya pada Shiqal.
Sampai saja di hadapan klinik,Shiqal terus keluar dari perut kereta dan berjalan pantas masuk ke dalam klinik tersebut.
“Encik Shiqal,doktor sedang menunggu encik di dalam billikya,”kata seorang jururawat kepada Shiqal.Shiqal sekadar mengangguk lalu mengatur langkah seribu menuju ke bilik Doktor Fazrin.

“Selamat petang doktor,”sapa Shiqal sambil mengukir senyuman mesra lalu menghampiri doktor muda yang nampak agak tampan memakai kaca mata.
“Oo….selamat petang Shiqal.Silakan duduk,”doktor itu mempersilakan Shiqal duduk.Shiqal sekadar mengangguk lalu duduk di hadapan doktor itu.
“Ada apa doktor mahu jumpa saya?Macam ada hal mustahak saja?”
“Memang mustahak Shiqal.Hal ini berkenaan dengan hasil laporan kesihatan kamu pada bulan lepas,”jawap Doktor Fazrin berwajah serius bercampur simpati.
“So,bagaimana dengan hasil laporan itu?”Aju Shiqal ingin tahu.
“Setelah laporan itu keluar,saya mendapati ada satu ketumbuhan yang sudah membesar di dalam otak kamu.Kamu perlu menjalani pembedahan dengan segera sebelum ketumbuhan itu merebak ke organ lain.Ketumbuhan ini juga bakal mengancam nyawa kamu,”jawap doktor itu berpura-pura tenang.
“Saya tak percaya!Agaknya doktor tersilap membuat pemeriksaan.Saya cuma sakit kepala biasa aje,tak mungkin saya menghidap penyakit barah otak,”Shiqal mula meninggikan suaranya.Dia benar-benar tidak percaya dengan apa yang dikatakan oleh doktor itu.
“Sabar Shiqal,kamu harus terima hakikat yang sebenarnya.Tak mungkin saya silap kerana sudah beberapa kali saya menjalankan pemeriksaan terhadap kamu untuk mendapatkan hasil laporan yang tepat.Melalui pemeriksaan BIOPSI,MRI,CT-scan dan pengimbas PET telah menunjukkan dengan jelas ada satu tumor telah tumbuh di dalam otak kamu.”
“Masih ada peluang untuk saya sembuh?”Tanya Shiqal menenangkan dirinya.
“Insyaallah Shiqal.Kita hanya mampu merancang.Tapi Tuhan yang menentukan.Penyakit kamu ni sudah berada di tahap ketiga kritikal.Kamu harus dimasukkan ke hospital.Di sana,mungkin ada doktor yang lebih pakar akan berusaha menyembuhkan kamu.Kamu juga harus banyakkan berdoa,”jawap Doktor Fazrin mempamerkan wajah simpati.
“Ada rawatan lain selain menerima rawatan di hospital?”
“Buat masa ini saya tak berani nak menjawap soalan kamu itu.Tapi saya sarankan agar kamu menerima rawatan di luar negara.Peralatan perubatan di sana lebih canggih.Insyaallah peluang untuk kamu sembuh lebih cerah,”ujar Doktor Fazrin bersungguh-sungguh.
“Doktor,tolong beri saya sedikit masa untuk berfikir,”pinta Shiqal bersuara lemah.
“Shiqal,sekarang bukan masanya untuk berfikir.Nyawa kamu akan terancam.Peluang kamu untuk hidup cuma dua bulan saja lagi,”Doktor Fazrin segera menekup mulutnya.Tiada niat untuk dia memberitahu kepada Shiqal tentang hal itu.
“Apa!Dua bulan saja lagi doktor?”
“Err….ini hanya ramalan saja.Ajal maut di tangan Tuhan.Beginilah Shiqal,saya akan maklumkan hal ini kepada Dato’Shaqil dan Datin  Zahlia….”
“Jangan!”potong Shiqal sambil membulatkan matanya. “Saya merayu pada doktor agar jangan maklumkan pada papa dan mama saya tentang hal ini.Saya yang akan maklumkan sendiri kepada mereka secara perlahan-lahan,”sambung Shiqal bersuara lirih.
“Baiklah,kalau itu yang kamu mahu.Ini senarai ubat yang kamu perlu ambil di farmasi.Tapi,kamu harus berjaga-jaga,pil analgesik yang kamu perlu ambil ini boleh menyebabkan kamu ketagih,”ujar Doktor Fazrin sambil menghulur sekeping kertas kepada Shiqal.
“Terima kasih doktor,saya minta diri dulu,”balas Shiqal sambil mengambil kertas tersebut dari tangan Doktor Fazrin lalu berjalan keluar dari bilik doktor muda itu.
“Sama-sama,”jawap Doktor Fazrin sekadar berbisik.Dia menggeleng beberapa kali.Tak sangka penyakit kronik itu menular dalam tubuh Shiqal.
*****           *****           *****
“Qal hendak ke mana tu?”Aju Datin Zahlia setelah melihat anak tunggalnya bersiap-siap untuk keluar.
“Qal mahu ke rumah kawan sebentar,”jawap Shiqal.
“Nak buat apa?Duduk di villa saja cukuplah!”Tengking Datin Zahlia.
“Minta maaf mama….Qal nak pergi belajar agama,”balas Shiqal lalu menyarungkan kasut ke kakinya.
“Hei!Nanti dulu.Untuk apa Qal  belajar itu semua?Qal bukan dapat memahaminya pun.Masuk sekarang!”
“Mama….Qal bukan nak menderhaka pada mama,tapi belajar agama itukan dapat membantu kita di akhirat kelak.Janganlah kita alpa akan suruhanNYA.Selama ini tahukah mama?Mama tinggalkan Qal di dalam villa yang serba mewah ni,tapi Qal tak pernah merasa tenang.Qal rindukan kasih sayang mama dan papa.Mama tak pernah bersama Qal.Apa yang mama tahu hanyalah urusan ke sana, ke sini sehingga lupa tanggungjawap mama memberikan kasih sayang yang secukupnya pada anak mama ini,”Shiqal meluahkan apa yang berbuku di hatinya.
“Oo….jadi selama Qal belajar agama,sudah pandailah nak menasihati orang tua?Qal memang sudah kurang ajar!”
“Pang!”Satu tamparan hebat hinggap di pipi Shiqal.
“Terima kasih mama….pertama kali tangan mama naik ke muka Qal.Mama tolonglah sedar.Anak mama ni dah nak mati.Hidup Qal sudah tak lama,”balas Shiqal lalu berlari keluar dari perkarangan villa.
Datin Zahlia sekadar mencebikkan bibir.Tidak percaya mendengar kata-kata Shiqal.Dia melangkah masuk ke dalam villa.
SIANG sudah menyingkap tirainya,giliran malam pula melabuhkan tirainya.Shiqal sampai di villa ketika azan maghrib berkumandang dari masjid yang terletak hanya berapa ratus meter dari villanya.
“Assalamualaikum papa….”ucap Shiqal setelah melihat Dato’Shaqil yang sedang duduk beristirehat di atas sofa empuk yang tersedia di ruang menonton.
“Waalaikummussalam….ke sini sebentar Qal,”pinta Dato’Shaqil.
Shiqal berjalan merapati papanya dengan perasaan seribu satu tanda tanya.
“Ada apa papa?”Aju Shiqal lalu melabuhkan punggungnya di samping Dato’ Shaqil.
“Papa ada belikan hadiah untuk Qal.Bukalah sendiri,”kata Dato’Shaqil sambil menghulurkan bungkusan hadiah kepada Shiqal.
Shiqal membuka bungkusan itu.
“Wow!Cantiknya patung rusa ini,tapi papa….”
“Tapi apa Qal?”potong Dato’Shaqil.
“Sebenarnya kita sebagai orang islam tidak seharusnya menyimpan patung di dalam rumah,”jawap Shiqal selamba.Kata-kata itu pernah disampaikan oleh Ustaz Kamal.
“Jadi Qal tak sukalah dengan apa yang papa belikan? Tak apalah Qal,nanti papa belikan hadiah lain untuk Qal,”kata Dato’Shaqil sedikit hampa.
“Alhamdulillah….terima kasih papa.Eh!Waktu maghrib sudah hampir habis ni.Qal naik atas dulu.Papa tak solat?”Aju Shiqal sengaja bertanya begitu.
“Err….papa….papa….tak apalah Qal,sebentar lagi papa solat.Papa nak berehat dulu,”balas Dato’ Shaqil teragak-agak sambil mengukir senyuman sumbing.
“Qal….Qal,kenapalah perangai kamu sudah berubah?”Bisik Dato’Shaqil sendirian.
Selepas maghrib,terdengar sayup-sayup suara membaca Al-Quran.Terpegun dan berkhayal sejenak Dato’ Shaqil dan Datin Zahlia di hadapan meja.Sejurus selepas itu mereka terus menjamah makanan.
Shiqal menyudahkan bacaan Al-Quran.Dia menyimpan Al-Quran tersebut di atas almari.Sewaktu mahu keluar dari bilik,tiba-tiba….
“Aduh!”Shiqal memegang kepalanya yang terasa sakit.
Dia cuba mencapai botol ubat yang berada di atas meja komputernya.Dia menelan beberapa biji pil lalu meminum segelas air.Kemudian dia baring di atas katil.
*****           *****           *****
Shiqal menunaikan solat subuh di pagi jumaat yang hening itu.Selepas solat,Shiqal berdoa ke hadrat Illahi agar dibukakan hati kedua ibu bapanya agar bertaubat kepada Allah S.W.T.
Sejurus selepas itu dia memandang ke arah Aiman yang sedang lena tidur.Man,sungguh mulia hati kau.Kaulah sahabat aku di dunia dan akhirat.Bisik hati Shiqal.
Tanpa diduga sakit kepalanya menyerang lagi.Kali ini lebih teruk dari biasa.Dia cuba mengambil ubatnya yang terletak di atas meja tulis,namun gagal.Akhirnya gelas yang berada di atas meja tersebut jatuh ke atas lantai membuat Aiman terjaga dari lenanya.
“Ya Allah Qal!Kenapa ni?”Aju Aiman cemas lalu berlari mendapatkan Shiqal yang terbaring di atas lantai.
“Kepala aku sakit….”
Aiman segera keluar dari bilik dan berlari ke bilik warden.
“Aiman,kita harus bawa Qal ke hospital,”ujar Cikgu Rizal cemas setelah melihat keadaan Shiqal yang sudah tidak sedarkan diri.Dengan bantuan beberapa rakan sebilik yang lain,Shiqal diangkat dan dibawa ke kereta.
Ketika di hospital,Cikgu Rizal dan Aiman menunggu dengan perasaan gelisah.Selang beberapa minit,pintu bilik rawatan dibuka dari dalam.Seorang doktor keluar.
“Bagaimana dengan keadaan anak murid saya doktor?”Aju Cikgu Rizal.
“Keadaannya sudah semakin kritikal dan peluangnya untuk pulih sangat tipis,”jawap doktor lelaki itu.
“Tapi apa penyakitnya?”
“Serba salah saya mahu menyatakannya  kepada cikgu.Tapi,oleh kerana cikgu adalah warden asrama,biarlah saya beritahu cikgu.Shiqal menghidap penyakit barah otak,”jawap doktor Hafiz.
“Apa?Ya Allah.Boleh saya melihatnya doktor?”pinta Cikgu Rizal.
“Boleh,apa salahnya.Tapi pastikan dia tidak keletihan kerana penyakitnya sudah semakin parah,”pesan doktor itu lalu berjalan meninggalkan Cikgu Rizal dan Aiman.
*****           *****           *****
“Qal,kenapa Qal tak beritahu papa dan mama tentang ini semua?Kenapa Qal merahsiakannya daripada kami?”Aju Datin Zahlia sambil merangkul tubuh Shiqal yang berselirat dengan beberapa jalur wayar.
“Sabar Datin,Tuhan itu maha pengasih.Kita cuba ikhtiarkan Datin.Insyaallah Shiqal akan sembuh,”balas Doktor Hafiz memujuk.
Dato’ Shaqil sekadar memandang keadaan anak tunggalnya yang kelihatan semakin lemah.Dada Shiqal yang berombak lemah menjadi mangsa tenungannya.Dia tidak sangka anaknya itu sedang bergelut antara hidup ataupun maut.
“Ma….ma,”Shiqal bersuara perlahan dengan mata yang masih terpejam.
“Ya Qal.Mama ada di sini.Bukalah mata,pandang muka mama Qal,”pinta Datin Zahlia sambil mengalirkan air mata.
Shiqal membuka mata yang terasa berat lalu memandang setiap wajah yang berada di sekelilingnya.Akhirnya matanya tertumpu tepat pada wajah mamanya.
“Papa….mama,andainya Qal pergi nanti,janganlah meratapinya.Doakanlah agar Qal dicucuri rahmat Tuhan,”ujar Shiqal sambil melemparkan pandangan sayu ke arah Dato’ Shaqil dan Datin Zahlia.
“Qal,jangan berkata begitu.Papa dan mama sayangkan Qal.Kami tak sanggup kehilangan Qal.Qal harus kuatkan semangat.Qal pasti akan sembuh.”
“Semuanya sudah terlambat mama.Sebelum Qal pergi,Qal minta papa dan mama bacakanlah surah Yassin untuk Qal dan Qal harap papa dan mama laksanakanlah segala perintah Allah S.W.T….papa….mama,bacakanlah untuk Qal.Qal mahu dengar,”pinta Shiqal dengan suara tersekat-sekat.
“Abang,tolong tunaikan permintaan Qal,”rayu Datin Zahlia kepada suaminya.
Dato’ Shaqil hanya mengangguk lalu duduk di sisi Shiqal.Dia mengusap kepala Shiqal beberapa kali lalu memulakan bacaan Yassin.Cikgu Rizal dan Aiman turut sama membacakan surah Yassin untuk Shiqal.
Selesai saja bacaan Yassin,Shiqal berusaha mengukir senyuman walaupun hambar.Dadanya merasa lapang setelah permintaannya ditunaikan.
“Papa….mama,ampunkanlah segala kesalahan Qal.Halalkanlah segala makan dan minum Qal sepanjang Qal berada di atas muka bumi ini,”Shiqal mengalihkan pandangan matanya ke arah Aiman. “Man,terima kasih di atas kebaikan kau selama ini.Kaulah sahabat aku di dunia dan akhirat,”ucap Shiqal kian lemah.
Aiman tidak mampu berkata-kata.Dia sekadar menganggukkan kepalanya.Air mata yang mula bertakung di kelopak matanya,mulai gugur.
“Qal,maafkan kesalahan mama kerana mengabaikan tanggungjawap mama memberi kasih sayang yang secukupnya pada Qal,”ujar Datin  Zahlia serba salah.
“Tidak mama.Bagi Qal,papa dan mama tidak pernah melakukan kesalahan  pada Qal walau sebesar kuman pun,”balas Shiqal dalam kepayahan untuk berkata-kata. “Mama….Qal rasa letih sangat.Boleh Qal tidur di atas pangkuan mama?”
“Boleh Qal,”Datin Zahlia segera memangku kepala Shiqal.
Shiqal mengukir senyuman sebelum dia memejamkan matanya.Mulutnya terkumat-kamit mengucap dua kalimah syahadah.Genggaman tangan Shiqal beransur lemah membuat air mata Datin Zahlia semakin  galak mengalir.Akhirnya  tangan Shiqal jatuh ke sisi seiring bunyi mesin elektrokardiogram yang sudah memberi respon mendatar menandakan sudah tiada denyutan jantung pada  jasad Shiqal.
“Qal!!Jangan tinggalkan mama.Mama sayangkan Qal!”Raung Datin Zahlia tidak merelai pemergian Shiqal.
Doktor Hafiz dan Aiman segera memujuk Datin Zahlia.Manakala Dato’Shaqil mengalirkan air mata sambil menatap wajah Shiqal yang seakan-akan  tersenyum.Dia tidak dapat menahan rasa sebak yang semakin menyesakkan dadanya lalu berlari keluar dari wad itu.Dia menumbuk dinding hospital sekuat hatinya.Rasa sakit yang mula menjalar di setiap jari-jemarinya tidak setanding rasa sakit hatinya kehilangan anak tunggalnya.Namun dia meredhai pemergian Shiqal.
Setelah puas berbuat begitu,dia melempar pandangannya ke luar tingkap.Cuaca mendung dan hujan renyai-renyai yang mulai turun di pagi jumaat yang hening itu seakan-akan turut merasa sedih di atas pemergian Shiqal menyahut seruan Ilahi.
JENAZAH Shiqal di bawa pulang ke villa dan selamat dikebumikan pada sebelah petang hari yang sama.Air mata Datin Zahlia tidak henti-henti mengalir di saat jenazah anaknya diturunkan ke liang lahat.
Setelah selesai upacara pengebumian,Dato’ Shaqil dan Datin Zahlia masih tidak berganjak dari tempat duduk mereka.Hadirin yang hadir semasa upacara pengebumian tadi beransur pulang.
“Qal,nanti papa dan mama datang lagi,”Datin  Zahlia menangis lagi.
Dato’ Shaqil segera memaut bahu isterinya lalu berjalan meninggalkan pusara Shiqal yang masih merah itu.

…TAMAT….
Watak:
Riz Zushiqal
Aiman
Dato’ Shaqil
Datin Zahlia
Doktor Fazrin
ikgu Rizal
Bibik
Pak Mat
Doktor Hafiz


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Cerpen : Yassin buat shiqal”
  1. zura says:

    sedih la cter ni…. cter ni bgus, sbb mmbuatkan sye nngis, hehehehe :lol:

  2. tqa says:

    hurm, bila diuji, manusia mula kembali insaf..lau x, smpai bila pun masih babil..hehe cerpen y bgs! keep it up! :smile:

  3. nabilah says:

    bagus..!! sedey baca,,, :cry:

  4. aliyn ailiyna says:

    Tq,Kata2x kalian amat saya hargai.ia telah menyuntik semangat saya untuk terus berkarya. :smile:

  5. alina says:

    cTer yG menaRik…
    sbg manusia ingatlah bahawa byk mne pn kesenangan yg diperolehi, jgn sesekali tingglkan suruhan & kewjipanNya

  6. melpunye says:

    bez..mnareK..
    OTe yg bagOs…

  7. najwa says:

    Criter yg mghayat ati :cry: Any congrate :grin:

  8. faznie says:

    wow..bestbya citer nie..
    sedih sangat…
    congratulation..

  9. syu90 says:

    cter yg cdey…
    jln cter yg mnarik…
    truskn bkarya…
    chayok2!!!! ;-) ;-) ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"