Hot Gimmick

18 December 2009  
Kategori: Novel Di Pasaran

15,491 bacaan 56 ulasan

Setelah lima tahun meninggalkan Malaysia, Natasya Shakilla pulang semula ke tanah tempat tumpah darahnya. Kepulangannya telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd sebelum ini.Kewibawaan Harizd sebagai Ketua Pengawas telah tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah.

Secara terang-terangan Natasya Shakilla memang tidak sebulu dengan Harizd. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak, tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah.Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan jika Harizd dan Natasya Shakilla berbalah sesama sendiri.Dek terlalu membenci Harizd, Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd.

Hubungan rapat Natasya Shakilla dan Amierul Mukminien telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla hingga hampir-hampir meragut nyawanya. Mujurlah Harizd tiba tepat pada waktunya, menyelamatkan Natsya Shakilla. Rupa-rupanya tanpa pengetahuan masing-masing, Harizd dan Natasya Shakilla sama-sama ‘berkasih’ semasa mengharungi zaman kanak-kanak dahulu.
Apakah yang bakal meletus sekiranya kisah zaman kanak-kanak mereka dahulu terbongkar? Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?
HOT GIMMICK… akan membuatkan jantung anda berlari laju seperti roller coaster!

Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

56 ulasan untuk “Hot Gimmick”
  1. jieha says:

    Klau dlm KOMIK HOT GIMMICK 2…..ending nyer HATSUMI kapel ngan RYOKI…..

  2. adam says:

    best ke citer nie????

  3. Ishaira says:

    Cerita ny amat best..
    Sesuai dengan jiwa remaja..
    But, persoalan di sinni adalah kenapa novel ny dia punya ending tergantung??
    Banyak persoalan yang belum terjawab..
    So,novel ny ada sambungan ke x???
    Kalau ada, sila beritahu secepat mungkin ya???

  4. junaidah says:

    novel nie amt menarik!!
    tpi kan seron0k kalau citernya x gantung

  5. bella says:

    alah….. x ske ar cter gantung

  6. fauziah says:

    saya dah baca novel ni and this novel became one of my favourite novels since i read it for the first time.. Gaya penulisan yang ringan dan tidak terlalu berat, Ceritanya yang lucu mencuit hati pembaca, rahsia yang disimpan kemas akhirnya terbongkar menjadikan pembaca turut merasa kesakitan yang dirasakan oleh natasya dan harizd, pengajaran yang berguna.. Penulis berjaya membuat saya jatuh cinta dengan watak2 yg ada dalam novel ni.. Honestly, i love this novel so much but… Endingnya tuuu menspoilkan the whole story.. Saya geram sangat sebab jalan cerita nya dah bgus tapi tak de ending! I mean cerita tu macm tergantung.. lainlah kalau ada sambungannya.. And i hope sambungannya ada coz i cant wait to read the part 2 (kalau ada laa) hehe.. By the way tahniah to the penulis of hot gimmick.. :D

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"