
Hot Gimmick
18 December 2009
Kategori: Novel Di Pasaran
17,033 bacaan 58 ulasan

Setelah lima tahun meninggalkan Malaysia, Natasya Shakilla pulang semula ke tanah tempat tumpah darahnya. Kepulangannya telah mengganggu kelancaran perjalanan hidup Harizd sebelum ini.Kewibawaan Harizd sebagai Ketua Pengawas telah tergugat dengan sikap Natasya Shakilla yang sentiasa melanggar undang-undang sekolah.
Secara terang-terangan Natasya Shakilla memang tidak sebulu dengan Harizd. Perbalahan pasti akan tercetus setiap kali mereka terserempak, tidak kira di sekolah mahupun di luar sekolah.Mujurlah ada Amierul Mukminien dan Izuan, penyelamat keadaan jika Harizd dan Natasya Shakilla berbalah sesama sendiri.Dek terlalu membenci Harizd, Natasya Shakilla sering meluahkan ketidakpuasan hatinya kepada Amierul Mukminien, pendengar setia yang juga merupakan sahabat karib Harizd.
Hubungan rapat Natasya Shakilla dan Amierul Mukminien telah mengundang perasaan iri hati pelajar-pelajar perempuan di sekolah itu. Maka, timbullah siri pembulian ke atas Natasya Shakilla hingga hampir-hampir meragut nyawanya. Mujurlah Harizd tiba tepat pada waktunya, menyelamatkan Natsya Shakilla. Rupa-rupanya tanpa pengetahuan masing-masing, Harizd dan Natasya Shakilla sama-sama ‘berkasih’ semasa mengharungi zaman kanak-kanak dahulu.
Apakah yang bakal meletus sekiranya kisah zaman kanak-kanak mereka dahulu terbongkar? Bagaimanakah penerimaan Harizd dan Natasya Shakilla terhadap diri masing-masing sementelah mereka amat membenci di antara satu sama lain?
HOT GIMMICK… akan membuatkan jantung anda berlari laju seperti roller coaster!
Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini













smbgn hot gimmick dh nak kuar..
hope can meet somebody like 3k..
slm~
congrate kpd kak shasfa..
diz novel really nice..
but,trkilan dgn ending dy..
hope hot gimmick 2 kuar cpt cket..
nk tau sgt kisah asya n ayez..
hope hepi ending..
congrate 2 u..
Salam… untuk bacaan yang ringan novel ni adalah sesuai untuk pembaca, x berat sgt sempoi saje.
Baru habis baca buku nie..mmg beshh sgt2

ada diselitkan hadis2 al-quran..tahniah kpd penulis
tak sabar nak tunggu sambungan novel niee..
novel ni best tp ending nye tergantung..
bila sambungan nyer nak kuar??
x sabar nk beli ni..
really hope ending nye best..huhu
hmm..novel ni ade jual lagi ke..kalau kat jb,kat mane sy bleh dapat n brape harga nya..
best la cte nieh..ske2..
berapa harga novel ni?