Novel : Biarkan Ia Berlalu 20

3 December 2009  
Kategori: Novel

1,838 bacaan 8 ulasan

Nama Pena : sha ibrahim

BAB 20

Selepas menyelesaikan solat Subuh Nadia terus sahaja menghempapkan badannya kembali ke katil. Badannya terasa penat sangat untuk dia jalankan rutin hariannya apabila hujung minggu iaitu berjoging. Semalam dia balik dari pejabat agak lewat malam memandangkan dia terpaksa melakukan kerja yang disuruh oleh Syafiq. Walaupun di dalam hatinya dia begitu marah dengan lelaki tersebut namun dia bukannnya seorang pekerja yang tidak bertanggungjawab. Dia akan memastikan setiap kerja yang dipertanggungjawabkan kepadanya akan dilakukan dengan sebaik mungkin. Itu adalah prinsipnya.

“Nad…aku dah agak dah mesti minah ni tak bangun lagi dari tidur,” rungut Tiara sebaik sahaja dia melihat sekujur tubuh masih lagi sedang nyeyak dibuai mimpi. Dia tersenyum dan menutup kembali pintu bilik Nadia. Kemudian dia bejalan menuju ke tangga dan kakinya pantas berjalan menuruni anak tangga dan menuju ruang makan. Perutnya terasa lapar minta diisi.

“Nad mana?” Tanya Baby setelah melihat Tiara seorang sahaja yang baru melabuhkan punggung di meja makan. Dia yang baru keluar dari dapur sambil membawa jus oren terus melabuhkan punggung mengadap Tiara.

“Ada..tengah tidur kat atas…nyenyak sangat sampai aku tak sampai hati nak kejut,” jawab Tiara terus mencapai sekeping roti baker dan disapu mentega.

“Ni mesti letih sangat…kalau tak silap aku diabalik lewat semalam kan…dekat pukul dua belas tengah malam baru dia sampai ke rumah,” beritahu Baby terus menyuapkan mihun goreng yang dimasaknya ke dalam mulut.

“Yalah…semalam dia call aku waktu pejabat marahkan aku kenapa aku luluskan cuti Syafiq…katanya gara-gara Syafiq bercuti tiga hari mulai esok dia pulak yang jadi mangsa kena siapkan kerja Si Syafiq….dia cakap Syafiq suruh dia siapkan laporan kewangan untuk pembentangan budget bulan depan,” Tiara pula bercerita. Baby tersenyum. Entah mengapa dia agak lucu degan situasi yang terjadi di antara Syafiq dengan Nadia. Walaupun dia agak hairan bagaimana Nadia boleh bertahan dengan kerenah Syafiq, namun dia lebih hairan kenapa Syafiq masih lagi mengekalkan Nadia sebagai setiausahanya sedangkan sering kali dia mendengar Nadia melawan cakap Syafiq.

“Si Syafiq ni pun satu yang dia pergi suruh Nadia siapakan kerja dia tu kenapa? Ada ke laporan kewangan dia suruh setiusaha dia yang buat….habis tu Janet buat apa kat pejabat?” Baby bersuara.

“Entah…aku pun tak tahu…aku sebenarnya pun terkejut jugak…aku tahulah Si Janet tu tengah sarat mengandung…tapi setahu aku lambat lagi dia nak bersalin…tengah bulan depan…Janet sendiri yang beritahu aku…Si Syafiq ni sebenarnya kau rasa dia nak balas dendam kot…yalah aku pun ada dengar jugak dari secretary aku yang minah seorang tu suka sangat menjawab bila Syafiq suruh dia buat apa-apa,” Tiara bercerita sambil tersenyum. Dia menghabiskan kepingan roti baker dan tangannya mencapai pinggan yang tersedia di meja untuk menjamah mihun goreng buatan Baby.

“Kahwin jugak la aku rasa kawan kita tu dengan Si Syafiq,” ngomel Baby.

“Kau jangan Baby…masin mulut kau nanti…tak pasal-pasal Si Syafiq tu jadi a part of us!…Kau sanggup ke?” Tanya Tiara sambil tersenyum.

“Ok apa…..Syafiq tu pun handsome jugak…sekurang-kurangnya Nadia dah terlepas dari yang handsome tapi dapat kembali yang handsome jugak!”

“Kau memang asalkan rupa lelaki itu handsome kau mesti suka,” Tiara mencebik. Baby pula hanya tersengeh mempamerkan susunan giginya yang putih dan teratur.

***

” Im dan telefon Nadia?” Tanya Puan Fatimah sebaik sahaja melihat kelibat anaknya melintas di hadapannya. Imran yang sedang menuju ke pintu rumah berhenti melangkah dan berjalan menuju ke arah ibunya yang berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Pada mulanya dia ingatkan ibunya berada di taman. Biasanya ibunya banyak menghabiskan masa di taman di hadapan rumah yang dihiasi landskap yang cantik.

“Dah ibu…di cakap malam karang dia datang dengan Tia dan Lina sekali,” jawab Imran sambil berdiri mengadap ibunya.

“Imran nak ke hospital ke? Tak sarapan dulu?” Tanya Puan Fatimah sekali lagi apabila melihat anaknya membawa briefcase yang biasanya anaknya bawa apabila mahu ke hospital.

“A’ah…pukul sepuluh kejap lagi ada operation…sepatutnya esok tapi tiba-tiba sahaja Im dapat call pagi tadi, tak apalah ibu Im sarapan kat sana je” jawab Imran. Itu adalah tugasnya sebagai seorang doktor. Tambahan pula dia bertugas sebagai doktor pakar bedah dan ditugaskan di bahagian kecemasan. Kehidupannya agak subuk dan susah untuk mendapat cuti. Dia sering kali kena ‘on call’.

“Kalau macam tu Im pergi la cepat..dah lewat dah ni,” ujar Puan Fatimah. Imran terus sahaja bersalaman dan mencium tangan ibunya sebelum melangkah pergi.

***

“Korang tunggu kat sini kejap ek…aku masuk jumpa Abang Im kejap je,” Nadia terus berjalan meninggalkan Tiara dan Baby menunggu di dalam kereta di tempat parking di Hospital Kuala Lumpur.

Nadia berjalan dengan pantas sambil tangannya memegang beg plastik yang berisi makanan dan minuman yang sengaja dibeli olehnya di Seven Eleven sebentar tadi. Kakinya melangkah menuju ke bahagian kecemasan yang terletak tidak jauh dari tempat Baby dan Tiara memakirkan kereta.

Nadia duduk menunggu di ruangan menunggu yang telah disediakan di Bahagian Kecemasan. Sebentar tadi dia mendapat arahan daripada kaunter pertanyaan agar menunggu abangnya di situ sementara seorang jururawat pergi mendapatkan abangnya. Kata jururawat tersebut abangnya baru sahaja selesai menjalankan pembedahan.

Sebentar kemudian Nadia melihat seorang lelaki yang lengkap dengan jubah doktor sedang berjalan sambil mata lelaki itu melilau mencari seseorang. Nadia yang menyedari kehadiran abangnya itu terus sahaja menundukkan wajahnya agar abangnya itu gagal mencarinya. Nadia tersenyum apabila Imran berjalan melepasinya tanpa sedikit pun menyedari kewujudannya di situ. Nadia bangun dan berjalan laju mengikut lelaki itu.

“Abang!” Nadia terus sahaja memeluk leher abangnya dari belakang.

“Ya Allah…Nadia…terkejut abang tau tak…jadi Nadia la yang nak jumpa dengan abang….yang nurse tu cakap tunang abang nak jumpa dengan abang,” Tanya Imran. Dia agak terkejut apabila seorang jururawat datang bertemu dengannya di bilik rehat dan mengatakan tunangnya sedang menunggunya di ruang menunggu di luar. Semua mata rakan sejawatnya memandangnya dengan pandangan yang terkejut manakala beberapa jururawat yang berada di situ mula tersenyum-senyum nakal ke arahnya.

“A’ah…saje Nadia nak jatuhkan saham abang…sebab Nadia rasa saham abang macam tinggi semacam je kat sini…yalah! Nadia sebut je nama abang terus jururawat kat sini kenal…lepas tu bila Nadia cakap yang Nadia ni tunang abang terus jururawat-jururawat yang lain pandang Nadia macam nak telan…abang jual mahal kat dia orang ek?” Nadia cuba berseloroh. Namun dia kenal dengan abangnya yang sememangnya seorang lelaki yang bersikap dingin dengan gadis sejak zaman sekolah lagi. Malah dia mendapat tahu daripada ibunya sampai sekarang abangnya itu masih belum mempunyai teman istimewa.

“Malas abang nak dengar Nadia mengarut…ni kenapa tiba-tiba datang jumpa abang kat sini…dah tak boleh tunggu jumpa kat rumah malam karang ke?” Tanya Imran sambil tangannya menggosok kepala adiknya seketika. Satu tabiat yang sukar untuk dia ubah sejak dia kecil lagi, malah adiknya itu sendiri sudah biasa dengan tabiatnya itu dan langsung tak melarang dari dia meneruskan tabiat lama.

“Tak boleh…sebab Nadia dah rindu sangat kat abang,” ucap Nadia sambil memeluk erat lengan abangnya. Semakin ramai mata-mata nakal memnadang gelagat mereka semakin erat Nadia memeluk lengan abangnya.

“Yalah tu…rindu konon…habis tu Nadia tinggalkan abang dengan ibu betahun-tahun tak pulak rindu,” balas Imran.

“Siapa cakap tak rindu…Nadia rindu jugak…kalau tak Nadia tak telefon la abang dengan ibu selalu…abang dah makan?” Tanya Nadia apabila teringat beg plastik yang dibawa dan dipegangnya sejak dari tadi.

“Belum..jom ikut abang makan kat kantin?” ajak Imran. Perutnya memang begitu lapar minta diisi.

“Tak boleh…Tia dengan Baby tengah tunggu dalam kereta…tapi Nadia dah bawa makanan untuk abang…tapi tak tahulah cukup ke tak,” Nadia menujukkan beg plastik yang dipeganganya.

“Apa ni?”

“Dua set sandwich dengan 1 tin air soya,” Nadia tersenyum.

“Sandwich apa?” tanya Imran kembali.

“Sanwich telur dan satu lagi sandwich tuna!”

“Without mayones?”

“Yup!”

“Good..abang risau Nadia dah lupa apa yang abang suka dengan apa yang abang tak suka sejak Nadia kat oversea,” ujar Imran. Nadia mencebik.

“Mana boleh Nadia lupa…semua kesukaan abang dengan kesukaan ibu dan terpahat dalam kepala Nadia tau…dah jadi tumor dah pun!” Nadia bersuara sambil tergelak kecil. Imran yang mendengar seloroh adiknya turut tegelak kecil. Sekali lagi kepala Nadia disentuh dan digosok.

“Hai Im,” tegur seorang gadis yang lengkap dengan jubah doktor dan bertudung menegur abangnya. Gadis itu juga tak melepaskan peluang memandang Nadia dari atas sampai ke bawah kemudian mata gadis itu terhenti pada pautan lengan Nadia dan abangnya. Nadia tersenyum.

“Hai Qish!….ni I kenalkan….

“Tunang Doktor Imran…Nadia,” Nadia mengusik lagi. Pantas tangannya menghulurkan salam dan kelihatan gadis itu serba salah mahu menyambutnya.

“Nadia…jangan nak mengarut lagi…Qish ni adik saya…yang saya ceritakan kat awak sebelum ni,” ujar Imran kalut apabila melihat raut wajah Balqish yang berubah. Nadia tersengeh. Tangannya masih dihulurkan menunggu salamnya bersambut.

“Oh…adik awak yang duduk oversea tu…awak tak cakap pun dia dah balik…hai saya Balqish!” Balqish terus menyambut salam Nadia.

“Saya tak beritahu awak lagi ek? Dia baru balik je…hari ni pun tak tahu dia ngigau apa datang jumpa saya kat sini,” ujar Imran sambil memandang adiknya yang berada di sebelah.

“Nadia ngigau jumpa future wife abang…sebab tu Nadia datang,” Nadia masih tak berhenti dari terus mengusik.

“Nadia!” marah Imran. Dia hanya tersenyum memandang Balqish yang kelihatan agak malu.

“Iya…betul la…abang dah bawa dia jumpa dengan ibu ke?” bisik Nadia ke telinga Imran. Namun Imran tahu Balqish juga dengar memandangkan bisikan Nadia agak kuat. Kelihatan gadis itu tertunduk mungkin agak malu dengan usikan adiknya.

“Dah…jangan nak mengarut kat sini…Nadia cakap kawan Nadia dah tunggu kan…tak elok buat kawan tunggu lama-lama,” beritahu Imran yang mulai tak selesa dengan gurauan adiknya yang tak bertempat.

“Ni kira kes nak halau Nadia la ni ek..yalah Nadia pergi dulu la,” Nadia bersuara seakan-akan merajuk. Kemudian tangan abangnya disalam dan dicium. Dia tersenyum memandang Balqish dan sekali lagi dia bersalaman dengan gadis itu untuk meminta diri.

“Nadia pergi dulu..abang makan la tu,” ucap Nadia dan segera dia mencium pipi Imran. Rutin yang dia amalkan sejak mereka kecil.

“Jangan lupa malam ni,” sempat Imran berpesan apabila adiknya itu mula melangkah meninggalkannya.

“Baiklah…abang pun jangan lupa makan…kalau tak nak makan sorang suruhlah Balqish temankan abang..kan ada dua sandwich tu,” Nadia sempat berseloroh sebelum dia melangkah laju menuju ke pintu keluar. Imran tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala.

“Menarik juga adik awak tu ek?” ujar Balqish.

“Menarik sebab awak baru je kenal dia…kalau tak naik pening kepala awak nak layan kerenah dia yang pelbagai,” jawab Imran tanpa berselindung.

***

“Mak ai…kecik betul la KL ni…alih-alih aku kena jumpa dengan minah ni lagi ke?” tiba-tiba Nadia bersuara apabila melihat satu pasangan yang baru berjalan masuk ke Starbuck Coffee. Tiara dan Baby yang sedang mengadap Nadia terus menoleh. Tiara mencebik diikuti Baby.

“Jangan la minah dengan mamat tu datang ke sini….tapi aku rasa minah tu dah nampak aku kat sini…malang betulla nasib aku hari ni,” Nadia menutup majalah yang sedang dibacanya ketika itu. Minatnya untuk terus membaca sudah terbantut.

“Kau buat biasa je…kita orang kan ada, buat tak tahu je,” beritahu Tiara. Baby mengangguk setuju. Lantas Nadia mencapai coffe yang dipesannya tadi dan dihirup perlahan.

“Look at here…kecil betul KL ni kan…dalam bulan ni saja dah dua kali I jumpa dengan you….Tia dengan Lina pun ada,” gadis yang berpakaian blaus seksi dan mini skirt itu tersenyum penuh bangga sambil tangannya langsung tak dilepaskan dari menggenggam tangan jejaka yang berada di sebelahnya.

“Hai Erin..you sihat?” Tanya Baby yang cuba beramah mesra dengan gadis gedik yang sedang berdiri di meja mereka di kala itu.

“Of course! Tambah-tambah I dengan Joe baru sahaja selesai memilih pakaian pengantin,” jawab Erin penuh rasa bangga. Nadia tersenyum penuh makna namun dia langsung tak mendongak memandang Erin mahupun Johan.

“Iya…tentu wedding you berdua jadi wedding of the year kan…yalah! Sorang tu supermodel terkenal…seorang lagi pulak anak jutawan,” Baby masih lagi cuba beramah mesra dengan pasangan tersebut. Tiara dan Nadia hanya mendiamkan diri. Tiara dari tadi membelek-belek majalah usahawan yang dibelinya sebentar tadi. Manakala Nadia hanya mengacau-ngacau kopi panasnya dan sekali sekala jari jemarinya mengetuk meja.

“Tahu pun you…jangan lupa datang tau…I dah tempah meja untuk you dan Tiara sekali…meja untuk VVIP..you dengan Tiara kan sekarang ni ahli perniagaan yang berjaya…tak macam seorang tu..sekadar nak menumpang kesenangan orang lain,”.

Nadia berhenti dari terus mengacau kopi di meja. Kata-kata yang baru didengarnya sebentar tadi mula menguji kesabarannya. Tiara segera memegang dan menggenggam erat tangan Nadia. Tiara tahu gadis itu sedang menahan marah.

“You kerja kat mana sekarang ni Nad? Kenapa you tak kerja saja dengan kawan baik you ni..mesti dia orang bagi you kerja yang sesuai dengan kelulusan you,” Erin masih belum berpuas hati mengenakan Nadia. Nadia mulai hilang sabar. Jantungnyan berdegup dengan kencang menahan marah.

“Dah la Erin…jom kita duduk kat sana…I dahagalah!” Johan yang mendiamkan diri sejak tadi tiba-tiba bersuara. Nadia agak terperanjat apabila mendengar suara lelaki itu tiba-tiba. Dia mendongak memandang Johan dan pandangan mereka bersatu. Kemudian dia melarikan pandangan tersebut dan beralih memandang Erin yang sedang tersenyum bangga memandang kearahnya.

“Entah…apa kata kalau kau pergi je duduk kat meja mana-mana, semak la aku tengok muka kau!” jawab Nadia agak kasar. Baby dan Tiara mulai panik.

“Semak ataupun you jelous!” suara gadis itu cukup sinis. Nadia segera bangun dari tempat duduknya diikuti oleh Baby dan Tiara yang turut bangun.

“Jom Nad…kita balik,” ajak Baby. Itu sahaja cara yang paling selamat sebelum sesuatu yang tidak diingini berlaku.

“Aku nak jealous dengan kau? Buat apa? Sebab kau dapat kahwin dengan Johan…aku sikit pun tak terkilan apatah lagi nak jelous…Johan tu ‘bekas’ aku tahu tak…kau yang kutip ‘bekas’ aku,”

“Nadia!” Johan tiba-tiba bersuara kuat. Dia terasa terhina bila Nadia mengungkapkan kata-kata tersebut.

“Kenapa…salah ke apa yang aku cakap…dan kau pulak Erin….baik kau jaga tunang kau ni elok-elok sikit….sebab setahu aku….dia ni susah nak lupakan seseorang kalau seseorang tu dah terpahat dalam hati dia…cuba kau tanya dia…kau seorang saja ke yang ada dalam hati dia sekarang ni ataupun ada orang lain…ataupun kau tanya je dia kau tu ada tempat ke dalam hati dia sebenarnya,” lancar sahaja Nadia mengungkapkan kata-kata tersebut. Tiara mula berjalan menuju arah Nadia dan tangan gadis itu segera ditarik untuk meninggalkan tempat tersebut.

“You…” Erin cuba membalas namun dia tak tahu apa lagi yang harus dia perkatakan. Kata-kata Nadia memberikan kesan yang mendalam padanya.

“Nadia tolong jangan melampau sangat,” marah Johan sekali lagi. Matanya tepat memandang Nadia.

“Betul kan apa yang aku cakap….kau jangan pandang aku macam tu…nanti tak pasal-pasal kau jatuh hati lagi dengan aku,” balas Nadia sambil tersenyum puas.

“Jom blah! Oh ya Erin…jaga tunang kau elok-elok..nanti tak pasal-pasal tak jadi kahwin,” sempat Nadia memberi Erin amaran sebelum melangkah meniggalkan tempat tersebut diikuti Tiara dan Baby yang mengikut dari belakang.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

8 ulasan untuk “Novel : Biarkan Ia Berlalu 20”
  1. ezatyn says:

    hye..smbung lah cpt ckit..tak sbr nk tau penghujun cerita nie.. ;-)

  2. selendangbiru says:

    sudah begitu lama penulis nie tak sambung cerita nie… huhuhuhuhu

  3. meen says:

    waaa xsabar nk tau ending citer ni :smile:

  4. hanny says:

    support citer ni..sambung lagi

  5. lala says:

    cita best.. :mrgreen:

  6. diah says:

    kenapa sepi x sbar nk tahu ending cita ni

  7. diena iena says:

    cter bst tp syg xde smbgn dahhhhhh…. :???:

  8. hawa says:

    np xsmbung dh?? cedih la….lm dh 2ngu.. :sad:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"