
Novel : Bila Rindu Berbisik 7

Oleh : Izz Faizah
“Layla, kenapa kau keluar dengan laki tu lagi? Dia nak permainkan kau je. Kau tau tak, kau buat macam ni hanya akan memusnahkan hidup kau?” Irsyad terus menyerangku dengan bertubi-tubi soalan sebaik saja aku masuk ke bilik selepas makan tengahari bersama Fauzan.
Aku terdiam. Dia nampak ke?
“Layla, kau dengar tak?” Tanyanya lembut sambil bangun dari sofa dan mendekatiku.
Aku menarik nafas panjang. “Apa salahnya aku kawan dengan dia? Lagipun dia dah mintak maaf.” Ujarku lembut.
“Aku tak nak kau disakiti lagi.” Bisiknya sambil mencapai tanganku dan menggenggamnya erat.
Aku terkedu. Apehal Irsyad ni? Jantungku tiba-tiba berdebar. Aku terus menarik tanganku perlahan dan menuju ke arah mejaku. “Okey, lepas ni aku akan jaga diri aku. Kau takyah risaulah.” Ujarku sambil tergelak kecil tetapi gurauanku langsung tidak mengubah riak muka serius Irsyad.
“Kau ni degilkan? Kalau perkara dulu ulang balik, macam mana?” Ujar Irsyad dengan serius.
“Takkan terjadi. Dia dah janji dengan aku yang..”
“Kenapa kau jadi macam ni? Selama ni kau susah nak percaya kat orang. Tapi aku tengok, lepas kau jumpa lelaki tu, kau jadi lain. ” Luah Irsyad dengan nada sedih.
Aku mengeluh. “Apa kau cakap ni? Apa yang lain? ”
Panahan matanya menusuk jantungku. “Kau dah tak macam dulu. Sekarang ni kau lebih pentingkan dia dari perasaan kau sendiri. Apa yang dia dah buat kat kau? Kau kena guna-guna ke?” Tuduh Irsyad dengan kasar.
” Irsyad, kenapa kau nak tuduh dia macam tu? Dia lelaki yang baik pernah aku kenal. Aku rasa tak patut aku meragui dia. Dan kenapa kau tak suka sangat kat dia?” Marahku meluap-luap. Sanggup Irsyad menuduh Fauzan yang bukan-bukan.
Irsyad seperti terkilan mendengar kataku. Lantas dia terus meluru keluar dari bilik dan menghempaskan pintu dengan kuat. Pandanganku kabur dengan air mata. Apa yang telah terjadi?
********************************************
Aku pulang awal pada hari itu. Fikiranku terasa sesak dan aku memerlukan ruang untuk menenangkannya. Memang aku selalu bertengkar dengan Irsyad tetapi tidaklah seteruk ini dan yang pasti bukanlah pasal orang ketiga.
“Mai, ibu nak cakap sesuatu ni.” Ujar ibuku ketika aku sedang membancuh air milo panas di dapur. Entah bila ibuku muncul.
“Kenapa, ibu?” Tanyaku seperti tidak berminat. Sesungguhnya fikiranku sekarang hanya tertumpu pada pertengkaranku dan Irsyad.
“Ibu nak tanya, bila kau nak bawak menantu ibu?” Gurau ibuku dengan nada serius.
Pertanyaannya langsung tidak mencuit hatiku. “Ibu, Mai tak sukalah ibu tanya soalan tu.” Ujarku sambil memandang matanya.
Dia mengeluh. Jelas menunjukkan ketidaksenangannya. “Bila lagi? Sampai bila Mai nak jadi macam ni? Mai, ibu hidup dah tak lama lagi. Bagilah ibu peluang nak tengok Mai berumah tangga.” Luahnya.
Aku jadi sebak mendengar katanya. “Apa ibu cakap ni? InsyaAllah, ibu sempat tengok Mai berkahwin. Bu, bagi Mai masa ya?”
“Kalau Mai susah sangat nak jumpa, biar ibu kenalkan dengan anak-anak kawan ibu.” Ujar ibuku sambil berlalu pergi.
Aku mengeluh. Memang ibuku mempunyai ramai kawan kerana bergiat aktif dalam persatuan mengumpul dana untuk anak yatim. Jadi, tidak hairanlah dia tidak mempunyai masalah untuk memperkenalkan pemuda kepadaku. Tetapi, aku tidak selesa dengan cara itu. Aku tidak yakin akan menemui jodoh dengan cara ini.














aloo..pendek
pendeknye…. klau blh pnjgkn ckit ye!!!!!!!!