Novel : Kahwin wasiat 9

28 December 2009  
Kategori: Novel

20,282 bacaan 56 ulasan

Oleh : serra

BAB 9
Sudah dekat seminggu rumah banglo dua tingkat itu berpenghuni.Namun rumah itu langsung tidak berubah menjadi ceria.Segalanya suram seperti tidak berpenghuni .Dalam seminggu itu juga lah Sarah menghabiskan masanya dengan menyiapkan assignment di banglo itu.Sejak mereka tinggal bersama,Rayyan sering menghabiskan masanya bersama rakan-rakannya diluar kemudian pulang pada lewat tengah malam.Sungguhpun perbuatan Rayyan itu melampau kerana tidak pernah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami ,namun Sarah akur dengan perbuatan Rayyan,baginya dia tiada apa yang perlu dikongsi bersama lelaki yang bergelar suami itu.Baginya, selagi dia tidak mengganggu privasi lelaki itu selagi itu tiada apa-apa perkara buruk yag berlaku.

Kedengaran deruman enjin porshe milik Rayyan agak mengganggu konsentrasi Sarah untuk menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh Prof.Azman.Dia mengimbas kembali peristiwa yang telah berlaku dua hari yang lalu.Assignment itu harus disiapkan juga malam ini.Teringat dia pada Prof.Azman yang sudah beberapa kali mengingatkan pelajar mereka bahawa separuh daripada markah assignment itu akan dimasukkan pada ujian semester akhir.Sarah begitu bersungguh-sungguh menyiapkannya dengan sempurna.Sedang dia sibuk mencari isi-isi yang perlu dimuatkan dalam tugasan itu sedari dari tadi dia langsung tidak perasan ada sepasang anak mata yang memandangnya.Dia mendongak mencari wajah tersebut. Muncul pula wajah Rayyan di awangannya ,dia akui jauh di sudut hatinya dia sering memikirkan hal-hal tentang lelaki itu.Saban hari dia tertanya-tanya apakah hubungannya bersama Rayyan akan terus kekal begini? Sesungguhnya dia juga mahukan kebahagiaan serta sinar kasih sayang seperti pasangan yang lain.Namun apakah itu akan berlaku diantara mereka. Peristiwa dia ditampar oleh lelaki tersebut menerawang di fikirannya,dia akui salahnya juga kerana berhujah dengan agak keterlaluan.Timbul perasaan bersalah dalam dirinya.Mungkin maaf jalan yang terbaik.
‘maaf? Takkan berlaku kut’detik hatinya.

“I dahaga, buatkan I air hot chocolate”akhirnya Rayyan bersuara .Sarah tersentak , berdegup laju jantungnya apabila terdengar suara itu,lebih-lebih lagi Rayyan kini betul-betul dekat dengannya.

“err.. you cakap apa tadi?”soal Sarah dengan tergaru-garu kepala.Dia langsung tidak sedar bahawa Rayyan kini berada disebelahnya.Sebolehnya-bolehnya dia tidak mahu berdekatan dengan lelaki itu akibatnya dia akan menjadi tidak keruan.
Rayyan mengangkat kening kirinya,hairan dengan keadaan Sarah yang seperti cacing kepanasan.

“I kata buatkan I air hot chocolate”ujar Rayyan.

“err… I sibuk sekarang err banyak kerja. Kalau you nak you buat sendiri”kata Sarah teragak-agak.Walaupun keadaanya agak gemuruh tiba-tiba dia tidak mahu tunduk dengan lelaki tersebut.

Rayyan masih tenang tiada riak marah apabila isterinya berkata begitu.Lantas dia mendekatkan dirinya dengan Sarah.
“Sarah, you masih marah dekat I ke? Look I’m sorry okay.I hilang kawalan waktu tu.Fikiran I berkecamuk.I’m sorry sayang”suara gemersik dan romantic itu membuatkan dirinya hampir lupa dengan perasaan marah dengan Rayyan, lebih-lebih lagi perkataan ‘sayang ‘ itu lahir dari bibirnya yang menggoda.Sayang kah dia padaku.Gendang di dadanya semakin kuat dipalu apabila Rayyan mula mengelus perlahan tangannya. Ah! Kenapa perasaan seperti ini sering berlaku?.Dia harus sedar ! dia tidak akan jatuh pada lelaki yang cuba menggodanya.Dengan penuh kudrat di hatinya dia terus bangun dari sofa.

“I pergi buat air” katanya kaget.Dia lantas ke dapur untuk membuat minuman yang dipesan oleh Rayyan. Baginya lebih baik buat air daripada berlawan dengan perasaan yang menyeksakan jiwa. Entah mengapa jika berdua-duaan dengan lelaki itu ada saja yang tak kena.
Selepas menyiapkan minuman itu Sarah dengan perlahan membawanya ke ruang tamu. Dilihatnya Rayyan sedang membelek-belek Laptop kepunyaannya. ‘ sesuka hati je main laptop aku’gerutu hatinya.Kini dia harus kuatkan dirinya apabila berhadapan dengan lelaki itu.Dia menarik nafas yang dalam sebelum berjalan lebih dekat dengan Rayyan.

” Siapa suruh you sentuh laptop i?”soal Sarah dengan nada sinis. Rayyan mengambil air minumannya di atas meja.Malas rasanya nak bertengkar dengan wanita ini.

“thanks for the drink!” kata Rayyan lalu berlalu pergi meninggalkan Sarah yang termanggu-manggu. Hasratnya ingin menyindir lelaki itu tetapi mati begitu sahaja.Kenapa dengan dia?

Rayyan akhirnya merebahkan tubuh sasanya di atas katil.Keletihan di siang hari memaksa dirinya untuk beradu di atas tilam empuknya. Fikirannya mula menerawang peristiwa tadi,kemudian tersengih sendiri,

“Sarah” sebutnya perlahan nama isterinya.Bukan dia tidak memikir tentang hidup mereka yang kini agak dingin siapa-siapa pun tidak menggemarinya.Bayangan wajah Sarah yang agak kalut tadi mengelikan hatinya.Sebenarnya dia amat suka membuli Sarah,ianya satu hobi buatnya.

Teringat dia pada peristiwa mereka bergaduh dalam kereta.Perkataan ‘cemburu’ itu yang menyebabkan dirinya hilang kawalan.Tapi betulkah dia cemburu? Orang kata cemburu tu maknanya sayang,betul ke? Dia berfikir-fikir sendiri. ‘huh! Tak mungkin!’gerutu hatinya.

Dia mula malas untuk berfikir tentang itu.Hasratnya kini adalah untuk melelapkan matanya yang sudah kuyu. Belum sempat dia memadamkan lampu tidur,lampu itu itu tiba-tiba terpadam dengan sendiri begitu juga dengan penghawa dinginnya.
“s@#t! black out pulak!” gerutunya sendiri. ‘ah! Lantak la! Yang penting tidur’akhirnya tubuh sasa itu berbaring longlai di atas tilam. Baru saja Rayyan ingin melelapkan mata, telinganya menangkap bunyi kaca pecah.

Cepat-cepat dia bangun. Dengan terkial-kial dia cuba mencapai telefon bimbit dia atas meja. Dengan berhati-hati dia berjalan turun ke bawah untuk melihat apa yang berlaku.
“Sarah?”panggil Rayyan perlahan,risau juga dia kalau pencuri yang tiba-tiba datang.Dia mula melangkah ke dapur namun langsung tiada kelibat Sarah yang dia terjumpa ialah serpihan kaca di atas lantai,dia mula rasa tidak sedap hati. ‘rayyan! Kau kena berani! Ingat kau lelaki’dia berkata-kata pada diri sendiri.Di pemikirannya mula membayangkan pencuri yang sedang memegang pisau ataupun pistol.Dia mula mengambil pisau di atas pantry bagi senjata mempertahankan dirinya.Tiba-tiba di terasa bahunya di tepuk kasar,dia terkejut lantas menggunakan senjata itu sebagai alat keselamatan diri.

“ouch! Sakit la!”tiba-tiba suara perempuan mengerang kesakitan.Rayyan menyuluh cahaya telefon bimbitnya kea rah pencuri yang disangka-sangkanya.Alangkah terkejutnya dia apabila melihat bukan pencuri tetapi…….




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

56 ulasan untuk “Novel : Kahwin wasiat 9”
  1. serra says:

    hai! ini serra
    sorry kalau buat korang tunggu lama bab 10.
    sebenarnya dah siap dah hantar tapi tak disiarkan lagi..
    harap pembaca boleh bersabar! ;-)

  2. tja says:

    serra hope smbgn die pnjg tau..
    best la cter die..huk3

  3. hani_hanieyy says:

    bez glerr……citer nie……
    jgn lupe cntnew ye serra…!!!!!
    i’m waiting 4 next2 eps.chayokk2

  4. sofia says:

    ape ni cter x abis..
    ape2 pon permulaan yang baik…
    sambung taw…

  5. sitisoleha yahaya says:

    Suspen ni….

  6. liza says:

    :smile: thanks for the enjoy stories terlagi2 nk baca.

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"