Novel : Kisah Mereka 1

28 December 2009  
Kategori: Novel

299 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Hannah (Ummihana)

Berita yang di sampaikan oleh nenek itu agak memeranjatkan. Jadi ZunnurAin di panggil pulang oleh Pakcik Bakhtiar dan Ummi Sal kerana ada rombongan yang akan masuk meminangnya? Kalau begitu, kenapa tidak diberitahu saja duduk perkara sebenar? Kenapa harus berselindung? Kenapa beritahu gadis itu bahawa ibunya sakit?
“Bukan Budi tak tahu betapa ungkalnya budak Ain tu. Kalau di beritahu perkara sebenar, maunya dia tak nak balik ke sini.”tambah Nek Som seperti dapat membaca apa yang berlegar di fikiran cucunya.
“Siapa bakal suami Zin tu nek? Kita kenal ke?” soal Budi Aerman setelah lama dia berdiam.
“Ummi Sal kata, anak kawan baiknya masa sekolah dulu.” Balas Nek Som yang sedang tekun mengupas bawang di singki.
“Payah…”keluh Budi Aerman. Nek Som menoleh ke arah cucunya sekilas. Apa yang payah si Budi ni? Bukan dia yang kena kahwin pun.
“Harap-harap tak berlakulah benda tu.” Budi Aerman seperti berbual sendirian. Nek Som semakin pelik. Tadi payah, kini dia harap benda tak jadi.Kenapa dengan cucunya seorang ini pula? Takkan lah dia menaruh hati dengan gadis ungkal tu pulak
Wanita tua itu terus menarik kerusi dan duduk mengadap cucunya. Wajah anak muda itu direnung tajam. Sedar akan reaksi neneknya, Budi Aerman tersenyum nakal. Nenek dah salah sangka tentunya!
“Nek, ni bukan benda mudah nek..Nak arah budak keras kepala tu dengar cakap Ummi Sal dan Pakcik. Budi ni takut dia buat hal lagi. Malam malam lari dari rumah keluar entah ke mana. Passport dia tu, Ummi Sal kena simpan baik baik nek.” Budi akhirnya bersuara. Bibir Nek Som tersungging sebuah senyuman nipis. Dia menghela nafas. Sangkaannya salah rupanya. Sangkaannya tidak bertepatan dengan apa yang Budi maksudkan. Nek Som memarahi dirinya sendiri. Dengan cucu sendiri pun nak curiga? Takkanlah Budi Aerman sebegitu orangnya. Takkan Budi Aerman sanggup doakan yang tidak tidak buat guru ngajinya.
“Esok Budi jangan pergi mana-mana. Nenek nak masak sikit untuk rombongan tu. Mulut tu jangan terlepas cakap pulak kat ZunnurAin. Faham?” pesan Nek Som sebelum dia bangkit untuk menyambung kerjanya.
” InsyaAllah nek..Hai, kalau untuk Zin, Budi selalu saja kena hadirkan diri, kan nek…”sindir Budi sebelum dia bangun meninggalkan ruang dapur itu.

Nek Som tersenyum tawar. Memang benar kata Budi, dia sentiasa ada untuk ZunnurAin. Sejak kecil lagi, kalau budak tu kena buli, dia cari Budi. Kalau dia nak ke kedai, Budi akan di paksa menemani. Sehinggakan dia sakit di sekolah menengah pun, dia akan telefon Budi untuk mengambilnya dari sekolah kalau abahnya tidak ada di dalam negeri.
“Budi kan guardian angel Ain, nek. Ain tak ada sapa, cuma ada dia jer. Kalau tak buli Budi, nak buli sapa lagi nek…” Nek Som teringat kata kata Ain semasa Ain di marah Budi kerana asyik menyusahkannya. Waktu itu, Ain di tugaskan oleh guru kelasnya membuat model volcano sebagai salah satu projek kelas Sainsnya. Oleh kerana Ain berpasangan dengan seorang pelajar egois(menurut Ainlah), dia minta izin untuk melakukan projek itu sendirian. Tapi yang jadi mangsa ‘life line’nya ialah si jiran depan rumahlah!

ZunnurAin

“Ibu, bila Ain boleh pulang ke Pekan Baru lagi? Ain banyak ketinggalan pelajaran tau bu..” suaranya terdengar dari dalam kamar tidurnya. Anak dara dua puluh satu tahun itu, belum pandai bertutur dengan lembut.
Puan Salbiah hanya menggelengkan kepala. Entah bagaimana dia mahu memberitahu ZunnurAin akan agenda sebenar dia di panggil pulang ke Pulau Temasek ini. Tengoklah tu, Ain pun sudah rindu dengan Pekan Baru. Dia sedah mahu ‘pulang’ ke Pekan Baru.
“Ain, apa yang terjerit jerit macam tu? Tak malu ke?” tegur Puan Salbiah. Kalaulah anak murid mengajinya ada di situ, tentu mereka pelik dengan cara Ain bertutur. Kalau bercakap, ZunnurAin tak reti bercakap elok elok. Macam nak di beritahu seisi blok pulak suara ZunnurAin tu.
“Alah, ibu.Bukannya ada orang dengar pun Ain cakap kuat kuat ni. Kalau dengar pun, si Budi jer. Dia tu pun dah lalai dengan suara Ain lah bu,” Selamba dia menutur. Tak terfikir oleh akalnya, bahawa ibunya yang malu dapat anak dara yang suka cakap kuat kuat macam dia. Anak guru ngaji pula tu!
“Ain dah dewasa. Ain kena belajar jadi sopan. Dah elok elok pakai tudung labuh, tapi suara tu masih tak di’hijabkan’ lagi. Suara tu aurat yang wajib di jaga juga Ain,”lembut tetapi tegas Puan Salbiah mengingatkan ZunnurAin. ZunnurAin lah satu satunya cahayamata yang dia ada. Kurniaan Tuhan yang amat berharga. Setelah lima tahun berumahtangga, setelah segala macam usaha dia lakukan bersama suaminya, Encik Bakhtiar, barulah Tuhan mebgizinkan dia membawa seorang zuriat di dalam rahimnya. Oleh kerana itu, nama terpilih untuk zuriatnya adalah ZunnurAin, yang membawa erti,’Yang memiliki dua cahaya.”
” Bila Ain berada dengan Ibu, Ain lupa yang Ain dah dewasa ibu,” ZunnurAin membalas manja. Puan Salbiah mengelus rambut anaknya. Dia bersyukur kerana Tuhan telah membuka hati ZunnurAin untuk memakai hijab. Bukan dia tidak mendidik, buka dia tidak pernah menegur. Tapi anaknya itu, tidak mahu jadi hipokrit katanya. Sekejap pakai, sekejap tanggal. Macam iklan biskut, ZunnurAin memberitahu.
“Ain tanggungjawab ibu dan abah. Wajib ibu mendidik Ain agar menjadi seorang hamba yang takutkan Tuhan. Selama Ain di sekolah menengah tu, hati ibu selalu berduka, selalu rasa berdosa. Anak ibu tak tutup aurat. Dosanya kalau Tuhan tak ampunkan, membawa azab yang amat sakit di neraka. Tapi bila ibu lihat perubahan Ain, ibu bersyukur.”beritahu Puan Salbiah lembut. Dia tidak mahu ZunnurAin berkecil hati dengan apa yang di luahkannya itu.
ZunnurAin berpaling mengadap wajah ibunya. Pipi wanita itu di kucup lama. Terasa hangat di dakap ZunnurAin sebegitu.
“Ain sedar dosa Ain yang lalu ibu. Tinggal berjauhan buat Ain sedar atas semua dosa dosa Ain. Bumi Tangkerang telah menyaksikan taubat Ain ibu. Ampunkan dosa Ain selama ini. Ain buat ibu dan abah sama sama menanggung dosa…”lirih suaranya memohon keampunan. Sebab itu, dia mahu segera pulang ke Pekan Baru. Dia mahu belajar mencari dirinya sendiri.
“Alhamdulillah. Senang hati ibu dengar apa yang Ain cakap tu. Ain anak ibu, segala silap Ain dah lama ibu ampunkan.” Balas Puan Salbiah.

“Macam jejak kasih ni, apasal?” tiba tiba terdengar suara Pakcik Bakhtiar dari muka pintu. Kedua dua beranak itu melepaskan pelukan. Puan Salbiah tersenyum mendengar usikan suaminya. Semenjak kepulangan ZunnurAin ini, suaminya keliahtan ceria. Mungkin gembira dengan perubahan anak daranya seorang itu.
“Abah, ampunkan Ain ya. Ain janji nak jadi anak yang baik….” seperti seorang kanak kanak kecil yang baru dimarahi ayahnya, ZunnurAin menutur kata kata itu. Dia mahu menebus dosanya. Dosa anak yang keras kepala!

Puan Salbiah memandang wajah suaminya. Apakah suaminya berfikir apa yang dia fikirkan?
“Ain, apakah janji Ain akan Ain kotakan kalau Ain tahu apa yang bakal berlaku esok?” hanya itu yang bermain dihati Puan Salbiah.
“Ayah harap Ain akan terus jadi anak yang baik.” Kata hati kecil Pakcik Bakhtiar.
“Ain nak cari Budi lah ibu. Lama Ain tak gaduh dengan dia..” ZunnurAin bersuara lagi, apabila melihat ibu dan abahnya hanya diam membisu.
Puan Salbiah seperti terkejut dari mimpi. Apa yang Ain cakap tadi?
“Ain nak pergi rumah depan. Nak cari Budi,”beritahu ZunnurAin. Dia sekadar memaklumkan, bukan meminta izin. Ini kerana sedari kecil, dia memang sudah biasa keluar masuk rumah Nek Som. Adakalanya sampai tertidur tidur dia di sofa rumah wanita tua itu.
“Budi kerja, kan Ain. Takkan lah dia dah balik siang macam ni. Lepas Maghrib sajalah cari Budi tu.” Puan Salbiah membalas. ZunnurAin mendengus kecil. Hancur harapan nak buli Budi lagi……
“Alah, siapa suruh dia kerja sambiulan ni..Tak bestlah Ain tak ada kawan nak gaduh ni,” tawa ZunnurAin.
Encik Bakhtiar sekadar menggeleng kepala. Tidak tahu apa yang mahu di kata lagi. Dah tinggi lampai, besar panjang pun masih nak cari pasal dengan anak muda depan rumah. Tak malu ke anak daranya yang seorang ini?
“Ain, tak elok asyik cari Budi saja. Ain dengan dia bukannya siapa siapa. Tak muhrim tau. Kena jaga batasan pergaulan,” pesan Puan Salbiah sebelum meninggalkan kamar ZunnurAin.
“Apa pula..dia dengan Ain macam isi dengan kulit tau Bu. Dia kan punching bag Ain,”pantas gadis lincah itu menyanggah. Walau apa pun pakaiannya sekarang, dia tidak mahu di pisahkan dengan Budi. Budi itu punching bag ZunnurAin, guardian angelnya dan macam macam lagilah. Budi dah banyak tolong Ain, takkan Ain nak jadi kacang lupakan kulit pula! Dia mencapai tudung yang tersangkut elok di belakang pintu kamarnya. Sebelum melangkah keluar dari rumahnya, dia sempat melaungkan pesan pada ibunya yang sedang berada di dapur.
“Bu, Ain nak pergi kacau cucu orang depan ni tau!” dan seraya itu terdengar suara Ain memberi salam di rumah Nek Som.
Puan Salbiah mengeluh lagi. Entah sudah berapa kali dia ditegur oleh suaminya kerana berbuat sedemikian.
“Tak elok mengeluh macam tu.” Tegur suaminya.
“Biah risaulah bang.” Puan Salbiah mengutarakan rasa tidak sedap hatinya.
“Ain dengan Budi ke?” pantas Encik Bakhtiar meneka. Isterinya hanya menjawab melalui satu anggukan kepala. Bagaimanalah nanti kalau dia tahu dia akan di tunangkan dengan orang lain?
“Kan abang dah pesan agar Biah berbincang dengan anak kita tu dulu. Ni, Biah main terima saja permintaan orang,” Encik Bakhtiar menegur cuba  berdiplomasi. Dia tidak mahu isterinya pula berjauh hati dengannya pula.
“Biah tak sampai hati nak menolak. Dia tu kawan baik Biah. Anak dia pun bukan kita tak pernah kenal.” Balas Puan Salbiah. Dia diam sejeda, kembali mengemas pinggan mangkuk yg telah kering ke dalam kabinet dapur.
“Lagipun, Biah tak pasti kalau budak budak tu ada simpan perasaan antara satu sama lain. Abang tengoklah sendiri, gaya pun macam kucing dengan anjing, cuma versi mesra saja. Biah rasa Ain tu anggap Budi macam abang dia sendiri. Dan cara Budi menegur anak kita pun, tak ubah macam seorang abang menegur adiknya. Biah pun tak mahu tolak pinangan orang, Bang. Nanti pihak sana boleh berkecil hati.” Puan Salbiah menyambung lagi. Encik Bakhtiar mengangguk tanda faham. Dia juga bersetuju dengan kata-kata isterinya itu. Ain dan Budi tidak ada apa apa diantara mereka.
“Budi dah tahu tentang ni?” soal Encik Bakhtiar.
“Mak Som dah beritahu dia semalam. Mak Som pun takut cucu dia terasa, tapi kelihatannya macam Budi pun tak ada apa apa reaksi. Yang dia risaukan, kalau Ain buat hal.”beritahu Puan Salbiah.
“Buat perangai tu dah semestinya, Biah. Dah namanya si ZunnurAin………”balas Encik Bakhtiar sambil menepuk nepuk bahu isterinya.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"