Novel : Cermin 10

28 December 2009  
Kategori: Novel

1,440 bacaan 3 ulasan

Oleh : Hasrudi Jawawi

Sebulan Berlalu….

PUAN Azizah, sibuk dengan kerja di pejabatnya. Perisian Microsoft excels sedang di tatapnya di skrin komputer. Tersenarai nama-nama pengedar barangan kosmetiknya di dalam perisian itu. Selepas disemak data yang ada di dalam perisian itu betul, dia kembali memberi tumpuan pada satu fail yang sudah terbuka di atas mejanya.

Puan Azizah menyemak invois-invois yang ada di dalam fail itu sebelum dia memasukkan data invois itu ke dalam perisian komputernya sebagai rekod simpanan utama syarikat. Proses itu dianggap penting agar data-data itu tidak hilang bila ia diperlukan suatu hari nanti.

Dalam kesibukan dan kekusyukkan Puan Azizah, tiba-tiba kekusyukan itu terganggu bila pintu pejabatnya tiba-tiba di ketuk. Dia mengarah masuk tanpa menoleh ke arah pintu. Ketukkan itu datangnya dari setiausahanya sendiri.

“Puan Azizah, Encik Ikmal datang untuk bertemu dengan Puan.” Jelas setiausaha Puan Azizah penuh sopan dan berhemah.

“Suruh dia masuk.” Jelas Puan Azizah biasa. Pandangan matanya sedikit pun tidak di alih pada setiausahanya itu.

Setiausahanya melangkah keluar selepas memahami arahan Puan Azizah tadi. Beberapa saat kemudian, pintu di ketuk lagi. Lekas Puan Azizah menyuruh masuk. Ikmal menguak daun pintu.

“Assalamualikum sayang…” Ucap Ikmal romantik sekali lalu menutup semula daun pintu.

Mendengarkan ucapan salam Ikmal itu, lekas Puan Azizah melarikan pandangan ke arah Ikmal. Sinis benar wajahnya memandang Ikmal. Ikmal tersedu dengan perubahan wajah Puan Azizah itu.

“Kan I dah cakap dengan you banyak kali. Jangan panggil I ‘sayang’ dalam office ni. Kalau staf-staf I dengar macam mana?” Tanya Puan Azizah serius sambil menjengah pandangannya keluar pejabat. Memastikan ucapan Ikmal tadi tidak di dengari oleh staf-stafnya yang lain.

Puan Azizah tidak suka jika Ikmal memanggilnya dengan gelaran ‘sayang’ di khalayak ramai dan di tempat awam. Dia belum bersedia untuk mendedahkan hubungan cintanya bersama lelaki itu yang telah terjalin sejak 10 tahun lalu. Belum tiba masanya.

Puan Azizah telah mengenali Ikmal sejak Ikmal berusia 20 tahun lagi. Ketika itu Puan Azizah baru berusia 30 tahun. Pada awalnya, Puan Azizah hanya menganggap Ikmal hanya sekadar adik angkat sahaja. Tetapi, selepas 2 tahun berkenalan, Ikmal telah berterus terang mengenai perasaannya yang telah jatuh cinta padanya.

Puan Azizahlah yang telah membantu kehidupan Ikmal selama ini hanya mampu menerima cinta Ikmal tanpa banyak soal. Dari belanja hariannya sehinggalah belanja pengajian Ikmal, Puan Azizahlah yang membiayai. Kini, Ikmal bekerja di sebuah syarikat pembinaan sebagai pengurus projek selepas dia tamat pengajiannya dalam ijazah sarjana muda kejuruteraan awam tiga tahun lalu. Dengan berkat bantuan Puan Azizahlah dia berjaya ke menara gading.

Walaupun hubungan mereka sudah berlanjutan hampir sepuluh tahun, anak tunggal Puan Azizah masih tidak mengetahui mengenai hubungan cinta mereka. Puan Azizah belum bersedia untuk berterus terang pada Dewi mengenai hubungan cintanya bersama Ikmal. Padanya, masanya belum sesuai.

Lain pula pada Ikmal. Ikmal pula sehingga kini tidak sabar-sabar menunggu Puan Azizah untuk menjadi permaisuri hatinya. Dia sudah cukup bersedia. Usianya kini sudah mencecah 30 tahun. Ekonomi dirinya juga sudah di anggap stabil dan baik. Tiada halangan untuk dia menikahi Puan Azizah. Dia memang sudah bersedia 100% dari segi fizikal dan mental, dan dari segi zahir dan batin.

“Sampai bila kita nak hidup macam ni sayang? Dah lima tahun I tunggu you untuk bersedia menjadi permaisuri hidup I.” keluh Ikmal seolah sudah bosan menunggu.

Puan Azizah mengelamun. Hampir setiap hari Ikaml menanyakan soalan yang sama. Dia tahu, Ikmal memang sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Tapi… dia belum bersedia. Dia takut jika Dewi tidak boleh menerima kehadiran Ikmal dalam kehidupanya. Dewi terlalu sayang pada bekas suaminya. Dia takut Dewi bakalan meninggalkannya kerana tidak dapat menerima kehadiran Ikmal. Dia tidak boleh kehilangan Dewi. Dia terlalu sayangkan Dewi.

“I bukan sengaja nak tangguhkan, Ikmal. You know, anak I belum cukup matang untuk fikirkan semua ni. I takut dia tidak boleh terima you dalam hidup dia.” Jelas Puan Azizah hampa. Jawapan ini jugalah yang di beri setiap kali Ikmal menanyakan soalan yang sama.

“Dewi dah 15 tahun Azi? Dah cukup matang untuk fikirkan hal kita ni. Dulu masa dia kecil, you juga tak bagi I manjakan dia. I nak jumpa dia pun you tak kasi. Kalau you bagi I jumpa dia masa 10 tahun dulu. Now, mungkin dia boleh terima I dalam hidup dia.” Keluh Ikmal seolah kesal.

Dia tahu semuanya sudah terlambat. Kalau sepuluh tahun dulu dia mendesak Puan Azizah agar membawanya berjumpa Dewi. Mungkin ketika ini Dewi sudah boleh menerima dia dalam kehiduapannya. Malangnya, semua itu sudah terlambat. Akibat terlalu mengikut kehendak Puan Azizah, akhirnya dia sendiri yang merana.

“Ikmal pleaselah. Kitakan dah bancang fasal hal ni sebelum ni. Tak kanlah setiap kali kita jumpa, kita nak bertengkar fasal hal ini?” Keluh Puan Azizah seolah mula bosan. Semangatnya untuk menyambung kerja-kerjanyanya tadi tiba-tiba hilang. Dibiarkan kerja-kerjanya tadi tergendala seketika. Perbincangan ini membuatkan moodnya tiba-tiba berubah.

“Azi, I love you so much. I tak boleh kehilangan you. Youlah segalanya bagi I.” Pujuk Ikmal beria.

Puan Azizah mengeluh. Bosan rasanya untuk meneruskan perbincangan mengenai hal ini.

“You kan tahu, usia kita 10 tahun bezanya. You tak takut ke? Nanti orang kata pada you, punyalah banyak anak dara dalam dunia ni, janda tua ni juga yang you tergila-gilakan. You tak takut orang mengata you?” Tanya Puan Azizah serius sambil menujah-nujah jari telunjuk pada dadanya bagi memaksudkan janda tua itu adalah dirinya.

Persoalan itulah yang bermain di fikiran Puan Azizah sepanjang dia menjalinkan hubungan cinta bersama Ikmal. Dia tidak mahu menjadi mangsa ngata dan umpat keji orang. Dia tidak sanggup untuk melalui setuasi itu.

“I tak kisah Azi. Kalau I kisahkan hal tu, dah lama I tinggalkan you. Cinta tak kenal usia Azi. I tak kisah orang nak kata apa pun. Yang penting kita nikah.” Jelas Ikmal bersungguh sambil menggenggam jemari Puan Azizah sambil meramas-ramasnya perlahan.

Puan Azizah hanya mengeluh berat, dia sendiri tidak tahu apa jawapan yang tepat untuk permintaan Ikmal itu.

“I dah 40 tahun sekarang ni Ikmal. I takut I tak boleh lahirkan zuriat untuk you.” Jelas Puan Azizah hampa.

Dia tahu, wanita yang sudah berusia lebih 40 tahun, risiko untuk mengandung adalah tipis. Risiko untuk mendapat anak downsidrom juga tinggi. Dia tidak mahu menghampakan harapan Ikmal. Mungkin Ikmal boleh terima jika dia tiada cahaya mata. Tapi, bagai mana dengan keluarganya?

“I tak kisah Azi. Kitakan dah ada Dewi. Anak kita jugakan tu?” Ikmal cuba memujuk hati Puan Azizah.

“Macam mana dengan keluarga you nanti? Apa kata dia orang pulak, bila dapat menantu tua dan tidak boleh melahirkan anak untuk you?” Tanya Puan Azizah seolah cuba mempertikaikan persoalan itu.

Ikmal tertunduk. Tiba-tiba berubah emosi sedih. Puan Azizah cemas dengan riaksi itu. Adakah dia telah tersalah kata?

“Sebenarnya…” Berat untuk Ikmal meneruskan kata-katanya. Ada sesuatu yang dia rahsiakan dari pengetahuan Puan Azizah selama ini. Sekarang, sudah tiba masanya untuk dia berterus terang.

****************

“KRING…!” loceng sekolah berdering kuat dari arah bilik guru. Menandakan sesi persekolahan untuk hari ini sudah tamat. Selepas masing-masing mengucapkan terima kasih kepada guru yang mengajar subjek terakhir hari ini. Berpusu-pusu pelajar kelas 3 Mutiara melangkah keluar dari kelas.

Hanya kelihatan Dewi dan Siti sahaja yang masih selamba. Mereka berdua memang tidak suka bersesak-sesak. Mereka sanggup menunggu semua pelajar keluar dari kelas terlebih dahulu, barulah mereka berdua akan keluar dari kelas itu.

“Amboi Dewi, sejak akhir-akhir ni… Wajah kau berseri-seri. Kuat senyum sendiri. Cikgu ajar kat depan pun, kau sempat berangan sambil tersengih sendiri ek?” Usik Siti sambil memasukkan buku rampaian Bahasa Melayunya ke dalam beg.

Dewi tidak terus menjawab. Dia menangkap pandangan Siti sambil tersenyum melirik. Lain benar senyumannya sejak sebulan ini. Susah untuk Siti melihat wajah Dewi yang dalam kegelisahan seperti sebelum ini.

“Mana ada Siti. Aku macam biasa jelah.” Jawab Dewi tersipu-sipu sambil menutup begnya. Dia tidak menyangka kelakuannya selama ini di perhatikan oleh Siti. Bahagia rasa hatinya ketika ini. Tidak tahu kenapa.

“Alah Dewi, kau dengan aku pun nak berahsia ke?” Siti cuba menyungkil apa yang di pendam oleh Dewi ketika ini.

“Tak ada apa-apalah Siti. Aku macam biasa je. Betul.” Jawab Dewi biasa. Senyumannya tidak lekang dari bibirnya sedari tadi.

“Hai, tak balik lagi ke?” Tiba-tiba Sem mencelah.

“Nak baliklah ni.” Jawab Siti acuh tidak acuh. “Kawan kita ni, sejak akhir-akhir ni selalu sangat berangan dan tersengih sendiri.” Sambung Siti lagi sambil melirik ke arah Dewi.

Sem lekas merenung wajah Dewi penuh hairan. Dia juga hairan melihatkan perubahan perangai Dewi sejak akhir-akhir ini. Dewi selalu sangat tersenyum sendirian. Bila di tanya mengapa, Dewi mesti jawab tidak ada apa-apa.

“Ha’ah lah nyeh. Kau kenapa ni? Bahagia je aku tengok muka kau… Kau dah jatuh cinta ek? Eh, cakaplah Dewi, siapa boyfriend kau?” Tanya Sem beria seolah tidak sabar ingin mendengar jawapan dari Dewi.

“Hish, apa kau ni? Aku bercinta? Tak adalah.” Dewi menepis fakta Sem tadi.

“Eleh, kalau kau tak bercinta, apsal kau asyik tersengih-sengih je ni? Tersipu-sipu macam pengantin perempuan tunggu pengantin lelaki untuk majlis membatalkan air sembahyang. Tak kan dengan mak pun kau nak berasia nyeh?” Usik Sem

“Hish, mengarutlah kau ni. Aku nak bercinta dengan siapa?’ Dewi semakin galak berhelah

“Eleh ye lah tu.” Bentak Sem sambil membentuk-bentukkan bibirnya.

Mereka bertiga mula melangkah menuju ke pintu pagar utama sekolah. Semasa di dalam perjalan…

“Eh Dewi, selepas sebulan ni, kau tak ada alami apa-apa perkara pelik lagi kan?” Tanya Siti menukar topik perbualan.

Dewi mengelamun seketika.

“Syukuralhamdulillah… perkara tu dah tak mengganggu aku lagi.” Jawab Dewi biasa. Dia betul-betul bersyukur bila dia tidak lagi di ganggu oleh perkara-perkara misteri seperti, bayangannya di cermin tersengih senriri, pintu tingkap biliknya terbuka sendiri dan kewujudan suara wanita memanggil namanya. Dia lega bila semua itu sudah tidak menganggunya lagi.

“Itu maknanya apa yang berlaku pada kau sebelum ni hanya secara kebetulan je kot?” Siti meneka-neka. Dalam masa yang sama dia masih menegakkan persepsinya sebelum ini yang menganggap perkara-perkara mistik ini tidak pernah wujud di zaman ini.

“Ntahlah… Susah aku nak tafsirkan hal tu. Mungkin anggapan kau betul agaknya.” Dewi tidak yakin dengan jawapannya.

“Kau ada bsakit hati tak dengan sesiapa tak selepas kes ragut tu bulan lepas?” Sem mencelah sekadar ingin tahu.

Dewi mengelamun sektika, memikirkan jawapan untuk pertanyaan Sem itu.

“Tak ada…” Jawab Dewi yakin.

“Memanglah perkara tu tak berlaku lagi, sebab kau tak tak sakt hati dengan sesiapa. Cuba….” Sem membuat spekulasi andaian sendiri.

“Hish kau ni Sem. Cuba berfikiran positif sikit. Apa yang Dewi alami bulan lepas tu, cuma secara kebetulan je.” Siti cepat memintas. Masih dengan persepsinya.

“May be ya dan may be tidak Siti? In case…”

“Tak adanya… Kau jangan nak mengarutlah Sem.” Pintas Siti lagi sebelum sempat Sem menghabiskan kata-katanya.

“You all ni, asyik nak bergaduh je. Kalau sehari tak bergaduh tak boleh ke?” Celah Dewi cuba meleraikan pertengkaran mulut itu.

“Dia ni fikir yang bukan-bukan.” Bentak Siti sambil menunjal kepala Sem.

“Enough okey? Now, everything dah okey kan? Perkara tu pun dah tak berlaku lagi. So, you all tak perlulah nak bergaduh fasal hal ni lagi okey?” Jelas Dewi yakin dengan kata-katanya.

Sem dan Siti akur dengan jawapan Dewi itu. Mereka bertiga terus melangkah menuju ke pintu pagar utama sekolah. Sesampai di pintu pagar itu, Dewi meminta diri selepas melihat kereta ibunya sudah tersedia terpakir di hadapan rumah pengawal keselamatan.

**************

SELESAI sahaja waktu sekolah, Andy dan rakan-rakan pasti akan berjumpa. Duduk melepak di tepi koridor pusat membeli belah sambil merokok dan berborak kosong. Boleh di katakan, tepi koridor itu seolah sudah menjadi sarang tetap mereka untuk melepak-lepak.

Perkara yang sering mereka borakkan tidak lari dari hal yang berkaitan dengan perempuan, lumba haram, lagu dan artis rock kegemaran mereka dan perkara-perkara yang lebih cenderung pada hal negatif. Sedikit pun hal pelajaran tidak pernah dibualkan. Walaupun begitu, di antara mereka semua tetap berada di dalam kelas yang boleh di katakan kelas terbaik.

Gaya hidup mereka lebih senang belajar pada saat-saat akhir. Contohnya, jika esok ada peperiksaan, malam sebelum peperiksaan itu barulah mereka bertungkus lumus belajar. Akhirnya, keputusan di antara mereka tetap mendapat keputusn yang cemerlang. Tapi tidak semua di antara mereka mempunyai kelebihan itu. Hanya Helmi dan Andy sahaja yang berada di kelas terbaik. Yang lain hancus!.

Kehidupan mereka terlalu sosial. Terlalu bebas. Seolah tiada bimbingan ibu bapa. Mereka sanggup menipu ibu dan bapa mereka dengan alasan ada kelas tambahan untuk SPM. Tapi hakikatnya, mereka hanya duduk melepak di koridor pusat membeli belah itu sambil berborak kosong. Kebingitan bunyi kederaan yang lalu lalang di situ, sedikit pun tidak menganggu keamanan mereka di situ.

“Aku tengok hari-hari kau berdating dengan budak Dewi tu kat perpustakaan. Betul-betul power ayat kau ek?” Tanya Ridzwan sambil menyedut dalam-dalam rokok yang di sepit di antara jari telunjuk dan jari hantunya.

Andy menyedut rokoknya lalu dihembuskan asapnya sebelum menjawab pertanyaan Ridzwan itu. Bangga benar rasa hatinya bila mendengar pertanyaan Ridzwan itu. Dia sendiri tidak menyangka bisa berjaya memiliki hati Dewi dengan mudah.

“Tengok kakilah beb. Kalau aku gagal, jangan panggil aku ‘pria terhebat’ lagi ‘ala jantan termacho’ sekolah tau?” Jawab Andy bangga sambil menepuk-nepuk dadanya.

“Tak sangka kan? Senang gila kau tacle hati minah tu. Aku ingat dia tu jenis budak perempuan ligat. Susah untuk di dekati. Maklumlah, budak bandar.” Celah Fairus musykil sambil mengaru-garu dagunya yang mula di tubuhi rerambut tipis.

“Perempuan ligat? Kau tak tahu ke Dewi tu dulu, sekolah di sekolah perempuan? Semua pelajarnya perempuan, termasuk cikgunya sekali.” Jawab Helmi yakin.

Andy berkerut dahi bila mendengar jawapan Helmi itu sambil memandang ke arah Helmi. Tidak tahu pula dia selama ini mengenai sekolah lama Dewi. Dia tidak menyangka Dewi dulu bersekolah di sekolah menengah perempuan. Patutlah, lain macam sahaja bila berkawan dengan lelaki.

“Mana kau tahu beb?” Tanya Ridzwan sambil memukul bahu Helmi perlahan. Muskil benar dengan kesahihan jawapan Helmi tadi.

“Adik aku yang bagi tahu aku. Adik akukan sekelas dengan Dewi tu.” Jawab Helmi sambil melirik pandangannya ke arah Andy yang kelihatan kehairanan.

“Patutlah senang je Andy nak tacle budak tu. Tak pernah dapat jantan. Bila dah kenal jantan. Lagi-lagi jantan paling handsome ni, gatal meronyanlah perempuan tu ek?” Agak Fairus sambil tersengih sumbing dan melirik pada Andy.

Andy mengelamun kehairanan sendirian. Dia tidak menyangka Dewi rupanya bekas pelajar sekolah menengah perempuan. Tiba-tiba dia merasakan cabaran dari kawan-kawannya sebelum seolah satu cabaran yang ringan. Tiada cabaran berat langsung.

Dia hairan bila dapat memiliki hati Dewi dengan mudah. Tidak seperti dia ingin mengurat Salina dulu. Dia mengambil masa hampir dua bulan untuk merapatkan diri dengan wanita itu. Dengan Dewi, dia hanya memerlukan sebulan sahaja untuk memiliki hati wanita itu.

Bila nama Salina melintasi ruang mindanya, tiba-tiba di terkenang kembali kenangannya bersama Salina yang telah meninggal dunia sebulan lalu akibat kemalangan yang menimpanya terlalu serius. Awalnya Andy merasakan kehilangannya, tetapi bila Dewi muncul di dalam hatinya, dia mula terasa kehilangan itu terisi. Dia sendiri tidak tahu mengenai perasaannya terhadap Dewi ketika ini.

“Kau kenapa diam Andy?” Tiba-tiba Helmi menyergah lamunannya.

“Tak ada apa-apa.” Jawab Andy teragak-agak.

Bersambung…..


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Cermin 10”
  1. fatin says:

    urm…citer nye best ar….
    :roll:

  2. mamamansor says:

    cite best tp kadang2 agak bosan…ken part yang sampingan la..heheheh

  3. eyra says:

    novel..
    mmg la cm nie.. byk monolog..
    berkias2..
    hehe
    bab 10 nie xde suspen eh..
    kejap je wtk jahat (salina)
    dlm cerita nie kira yg jht 2 andy la..
    :mrgreen:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"