
Novel : Sesucinya cintamu 16
Oleh : ikmal zurin
“Puan Ain tak nak balik ke?”Tegur Sofea dengan kerutan didahi.Ain menoleh ke arah Sofea kemudian ke jam tangannya pula.
“Ya Allah.Dah pukul 6.15!Kenapa awak tak bagitahu saya?”Kelam-kelabut Ain mengemas meja kerjanya yang bersepah macam kucing nak beranak.Sejak kebelakangan ini kerjanya bukan main menimbun lagi.Banyak pula pelanggan dia.Rezeki anak mungkin.
“Sorry ya Sofea?Saya betul-betul tak perasaan.Danial dah balik?”Sofea tersenyum dan mengangguk.
“Apa punya soalan saya tanyakan?Dia tu balik mesti on time punya.Okeylah,saya balik dulu.By the way sorry again.”Ain melangkah keluar dari Craft Design dan memasuki ke dalam perut kereta.Dipandunya kereta pulang ke rumah.
“Lambat balik?”Terkejut Ain apabila Ammar menegurnya secara tiba-tiba.Air muka wanita itu berubah.Entah mengapa hatinya sakit tiap kali memandang lelaki itu.
“Apa awak kisah?!”Marah Ain.Ammar menghela nafas berat.Disabarkan hatinya.
“Awak dah makan?”Ain menghempaskan dirinya di atas sofa.Badannya terasa lenguh.Soalan Ammar dibiarkan tiada jawapan.
“Kalau awak belum makan tu saya ada belikan nasi goreng pattaya.”Ammar memandang Ain.Dilihatnya Ain sedang mengurut tengkuknya.
“Sakit tengkuk ke?”Tiada jawapan bagi setiap soalan yang diajukan kepada wanita itu.Ammar mengambil tempat di sebelah Ain.Tangannya segera diletakkan di atas tengkuk itu.Ain terkejut besar.Matanya bulat memandang Ammar.Api kemarahan sudah menyala-nyala dimatanya.
“Boleh tak awak jangan ganggu hidup saya?!”Ain menepis kasar tangan suaminya itu.Dia bingkas bangun.Ammar mengetap giginya.
“Kenapa awak tak boleh beri saya peluang?”Langkah Ain untuk menuju ke tangga mati apabila mendengar soalan lelaki itu.Dia tergelak sinis.
“Peluang?Layakkah awak diberi peluang?Awak tu seorang pembunuh!Pembunuh!”Ammar menghampiri wanita itu.
“Kenapa awak tidak membantu saya untuk menerima anak kita?”Ain memandang ke arah Ammar.Pandangan yang penuh sinis.
“Anak kita?Kita?Apa awak cakap anak kita?”Ammar mengangguk.
“Eh bukan ke dulu awak kata ini bukan anak awak.Mana tahu ini anak lelaki lainkan?”Ain memperli Ammar cukup-cukup.
“Saya tahu saya salah.Berikanlah saya peluang.”
“Awak pergilah kepada perempuan yang awak bawak balik malam dulu.Dia lebih cantik daripada saya bukan?”Ain sudah berkira-kira untuk berlalu dari situ.
“Ain jangan cakap macam tu.Saya bersumpah atas nama Allah saya tak lakukan apa-apa malam itu.Tapi saya mengaku saya telah meneguk air haram malam itu.The first and the last.Saya terlalu stress masa tu.Selepas kita bergaduh.Tolonglah Ain.Saya tak boleh hidup tanpa awak.I’m nothing without you.”Ain menadah telinganya mendengar setiap perkataan yang keluar dari mulut Ammar.
“Hati saya dah tercalar.Sukar untuk mencari ubatnya.”Suara Ain kedengaran setelah dia membisu beberapa ketika tadi.Air matanya ditahan dan pantas kakinya mendaki tangga dan memasuki ke dalam bilik.Segera dia mengesat air matanya.Dia tidak mahu menangis lagi.Cukuplah!
**
“Ni esok Ammar pergi sebulan ni.Siapa nak jaga Ain dekat rumah tu sorang-sorang?Duduk dengan ibu je dekat sini ya?”Pujuk Datin Maisarah.Kasihan pula dia kepada menantunya itu.
“Tak menyusahkan ke?Ain takut menyusahkan ibu.”Datin Maisarah mengeluh.
“Menyusahkan apanya pulak?Ibu nak jaga Ain.Nak pastikan Ain dan cucu ibu ni sihat.Tak ada susahnya.Lagipun ibu sunyi duduk rumah sorang-sorang.Kalau ada teman seronok jugakkan?”Ain tersenyum.
“Nanti esok Ain tidur sini.”Datin Maisarah tersengih sampai ke telinga.Bukan main seronok lagi dia.Ain gembira.Senang hatinya melihat ibu mentuanya itu gembira.Tapi pada dasarnya dia merasakan dirinya hipokrit.Dia berpura-pura bahagia dengan Ammar sedangkan tidak pada hakikatnya.Berdosakah dia?
**
“Ain?”Tegur Ammar.Ain tidak mengendahkannya.Dia meneruskan kerja memasukkan baju-bajunya ke dalam beg.
“Awak nak keluar dari rumah ni ke?Bukan ke lagi dua bulan baru awak keluar dari rumah ni?”Ammar mengerutkan dahinya.
“Apa masalah awak ni?Saya bukan nak keluar dari rumah ni.Saya nak pergi rumah ibu awak.Dia suruh saya ke sana.And for your futher information saya tersangatlah tak sabar nak keluar dari rumah ni.”Ammar menelan air liurnya.Kelat rasanya.
“Ain hati awak memang sudah sepenuhnya membenci saya ke?”
“Yes!”Satu tamparan hebat diterima oleh Ammar.Dia melangkah keluar dari bilik tidur itu dan menuruni tangga.Beg pakaiannya dicapai lalu kakinya mengatur keluar dari rumah itu.Dia menaiki keretanya dan meluncur laju menuju ke tempat kerja.Ain terpaku.Apa kena dengan dia?Matanya melirik ke muka pintu yang sudah tertutup rapat.
“Kenapa aku cakap macam tu?”Terbit rasa kesal dihatinya.Kasihan lelaki itu.Kenapa dia tidak memberikan suaminya peluang untuk berubah?Diakah yang terlalu mementingkan diri sendiri?
**
“Dah masuk 5 bulan kan?”Ain mengangguk sambil tersenyum.Begitu juga Datin Maisarah.
“Tak sabarnya ibu nak timang cucu daripada kamu berdua ni.Bila check-up lagi?”
“Minggu depan.”Datin Maisarah mengangguk.
“Ain tak telefon Ammar?”Soalan panas!
“Err…Tak ada coveragelah ibu.”Datin Maisarah mengangguj faham.
“Nanti dia telefonlah tu.Mesti rindu bukan main lagi dia tu dekat isteri tersayang ni.”Ain hanya melepaskan tawa kecil yang dibuat-buat.
“Erm…Ibu?Ain nak naik tidur dulu.Esok kerja.Nanti mengantuk pulak.”
“Yelah.Kamu tu jangan kerja kuat-kuat sangat.Tak baik untuk kesihatan.Tambah-tambah tengah mengandung ni.”Ain tersenyum dan berlalu pergi dari situ.Dia merebahkan dirinya di atas katil dan memerhatikan perutnya yang mula membuncit.Diusap perlahan.Lantas dia teringatkan Ammar.Satu perasaan yang mustahil muncul dihatinya.Rindu.Sudah tiga minggu dia tidak melihat wajah lelaki itu.Suaranya pun lansung tidak kedengaran.Tapi kalau lelaki itu bercakap dengan dia pun,bukannya dia layan.Pening-pening.
**
Hari tu sudah segenap sebulan.Ammar pun sudah pulang dan menjemput isterinya pulang.Itupun Datin Maisarah yang suruh.Kalau tak,tak ada maknanya dia hendak menjemput Ain.Bukannya kerana benci ke apa,cuma dia takut Ain tidak mahu melihatnya.
“Bawak kereta elok-elok.Jangan laju-laju sangat!”Laung Datin Maisarah dari jauh.Ammar mengangkat tangannya dan menaikan ibu jarinya.Tanda okey.Suasana di dalam kereta seperti kebiasaannya dingin sekali.Tapi pada hakikatnya kedua-duanya rindu bukan main.Cuma tak nak mengaku je.
“Ain?”Di dalam hati Ain sudah berbunga.Dia menang!Lelaki itu yang menegurnya dahulu.
“Herm..”
“Ermm…Tak ada apalah.”Kecewa hati Ain.Ungkapan yang ditunggunya tidak didengari.Sesampainya di rumah dia memasuki ke dalam rumah dengan hati yang berang.Dia sendiri pun tidak mengerti mengapa dia berperasaan begitu.
“Awak kenapa?”Tanya Ammar dengan kerutan seribu didahi.Pelik hatinya.Yelah mana tidaknya isterinya marah tak tentu pasal.
“Apa awak peduli?”Itu sahajalah jawapan yang sering diberikan oleh Ain.
“Itu je kan yang awak tahu jawab!”Tahap kesabaran lelaki itu sudah sampai ke kemuncaknya.
“Suka hati sayalah!”
“Hei jangan kurang ajar boleh tak?!”Deringan telefon bimbit Ain membuatkan keempat-empat mata mereka tertancap ke arah telefon bimbit itu.Tertera nama Danish diskrin.Ammar memandang tajam ke arah Ain.
“Jantan tu kan yang telefon?Jantan tu kan?!”Tengking Ammar.Rasa cemburunya mebuak-buak.
“Ya!Memang dia!Jadi apa masalahnya dengan awak?!”Ain tidak mahu mengalah.Segera ditekan butang hijau ditelefon itu.Nafas Ammar sudah turun naik.Dia meluru ke arah Ain dan mencapai kasar telefon itu dari tangan isterinya lalu dicampakkan ke lantai.Berkecai seribu telefon itu.
“Ammar!Awak dah gila ke?!”Membulat mata Ain memandang telefonnya yang sudah hancur itu.Kemudian ke Ammar pula.Pandangan yang cukup geram bercampur marah.
“Ya saya memang dah gila!Saya gila sebab awak!”Marah lelaki itu masih belum reda.
“Jadi dapatkan bantuan daripada hospital gila!!!”Ain sudah berkira-kira untuk berlalu pergi dari situ.Malas dia hendak melayan lelaki itu.Sudahlah telefonnya hancur lebur dicampaknya.Pasti Danish risau tentangnya.Kasihan lelaki itu.
“Ain!”Cengkaman tangan Ammar dilengan Ain membuatkan Ain merasa sakit.Dia merenung tajam suaminya itu.
“Awak nak apa lagi?!”
“Why the hell you do like this to me huh?Awak ingat awak tu perfect sangat tak ada salah ke?!Saya semua yang salah!Itu saya!Ini saya!Awak je yang betul!Awak ni…”
“Diam!!!”Tidak semena-mena Ain menjerit.Ammar terpana.Terkejut sebenarnya.
“I hate you!I hate you!”Jerit Ain kepada Ammar.Walaupun pada dasarnya dia mencintai lelaki itu.Tiada sekelumit pun rasa benci dihatinya terhadap lelaki itu tapi apa yang dilakukan oleh lelaki itu cukup menyakitkan.
“Apa lagi awak nak dengan saya?!Saya dah ikut kemahuan awak!Awak nak kita berceraikan?!Saya ikut!Apa lagi?!Apa lagi?!Tak cukup ke?!Tak cukup ke penderitaan yang awak dah beri kepada saya?!Tak cukup ke Am…”Kata-kata itu terbantut.Ain merasakan sesuatu diperutnya.
“Huh!”Ammar memandangnya dengan muka yang blur.
“What’s wrong?”Ain menarik tangan Ammar lalu dilekapkan diperutnya.
“Kenapa?”Satu tendangan kecil terasa ditapak tangan Ammar.
“What?!Haha!Dia menendang!”Ujar Ammar gembira.
“For the first time!”Begitu teruja Ain.
“Can you feel it?”Terpacul satu soalan bodoh dimulut Ammar.
“Of course I can feel it!It’s happening in my…”Mereka bertentangan mata.Ammar mengalihkan tangannya dari perut isterinya.Ain merenung lelaki itu.Harapannya agar lelaki itu mendakapnya tika itu.Namun apabila melihat Ammar berlalu pergi dari situ harapannya hancur.Air matanya menitis perlahan.
**
“Kenapa kau tak bagitahu aku selama ni?Kenapa kau rahsiakan benda ni?”Marah Nurin kepada Ain.Begitu terkejutnya dia mendengar masalah sahabatnya itu.
“Aku tak nak rosakkan detik-detik kebahagiaan kau.”
“Ain,masalah kau masalah aku juga.Kau buat aku rasa teruk tahu tak?Aku tak mampu jaga kau.Aku tak ada ketika kau perlukan seseorang.”Ain menggeleng.
“Tak Nurin.Jangan rasa macam tu.Aku yang pilih untuk buat macam tu.Lagipun mungkin ada hikmahnya benda ni semua jadi.Aku jumpa seseorang yang memahami.Orang yang selama ini aku idamkan.”Nurin tidak mengerti apa yang dimaksudkan oleh Ain.
“Maksud kau?”
“Sejak aku bergaduh besar dengan Ammar,aku berjumpa dengan Danish.Semua masalah aku dengan Ammar aku cerita dekat dia.He’s very understanding.I like him.Dia seperti lelaki idaman aku,Nurin.”Akui Ain jujur.
“Habis tu?Dia terima kau seadanya?Kau dah berkahwin dan dah mengandung?”Ain mengangguk.Perutnya diusap.Peristiwa semalam singgah dimindanya.
‘Kenapa?’
‘What?!Haha!Dia menendang!’
‘For the first time!’
‘Can you feel it?’
“Ain?”Lamunan Ain terbang melayang.
“Huh?”
“Kau okey tak?”Ain mengangguk.
“Jadi kau nak tinggalkan Ammar dan pergi kepada Danish?”Ain menghela nafas berat.Soalan itu yang sering bermain dimindanya selama ini.
“Itu sebablah aku datang jumpa kau.Aku tak tahu macamana nak buat.Aku keliru.”Kepalanya sudah cukup pening memikirkan itu.Dia tidak tahu lelaki manakah yang dia perlukan?
“Kau cintakan Danish atau Ammar?”
“Aku tak tahu.Danish ada masa aku perlukan dia.Dia pasti akan ada masa untuk aku.Sesibuk manapun dia,dia pasti akan luangkan masa dengan aku.Tapi Ammar,dia tak ada saat aku perlukan dia.Hari-hari kami gaduh.Kami tak sefahaman.Dia lain aku lain.Kami bagai langit dan bumi.Tapi aku sayangkan dia lebih dari Danish.Adui.Pening kepala aku.”Ain memicit kepalanya yang berdenyut-denyut.Kusut dengan masalah yang dihadapinya.
“Bukan ke langit dan bumi saling memerlukan?”Ain memandang ke arah Nurin.Mendalami maksud kata sahabatnya itu.Ya benar langit dan bumi saling memerlukan.
“Mungkin kau perlu buka hati kau untuk memberikan Ammar peluang?Manusia pasti akan melakukan kesilapan bukan?Dia tak sempurna,begitu juga dengan kau.Tapi manusia boleh berubah.Jadi bagilah dia peluang.Semuanya terletak di tangan kau.Fikirlah elok-elok.”Mungkin benar kata Nurin.Dia yang selama ini tidak pernah memberi peluang kepada Ammar untuk berubah.Dia terlalu mementingkan dirinya sendiri.Tetapi kenapa hatinya berat untuk melakukan itu.Bukankah itu tidak adil kepada Danish?Dia tahu Danish menaruh harapan kepadanya.
‘I akan tunggu you sampai pintu hati you terbuka untuk I.You takkan temui kebahagian dengan dia.I akan berikan you kebahagian.Percayalah.’Sampai ke hari ini dia ingat kata-kata yang diucapkan oleh Danish.Apa yang harus dia lakukan?Memikirkan kebahagian orang lain atau diri sendiri?
**
Ammar memasuki ke dalam rumahnya.Letih sungguh dia.Kebelakangan ini banyak pula penerbangannya.Ammar merebahkan badannya di atas sofa.Lampu rumah tidak dibukanya.Malas.Tekaknya terasa kering pula.Malas sahaja dia bangun dari sofa itu untuk menuju ke dapur.
“Tak apalah.Demi tekak tercinta.”Ammar membuka pintu peti ais.Botol mineral dikeluarkan.Diteguk laju air itu.Ammar memusing kebelakang dan…
“Ahhhh!”Jerit Ain diikuti Ammar.Ammar membuka suis lampu dapur.Dia mengurut-urut dadanya.
“Apa awak buat?”Tanya Ammar.Ain meletakkan pasu bunga yang dipegangnya.
“Saya ingatkan ada pencuri.”Ain menarik nafas dalam.Semputnya masih tidak reda.Yelah mestilah dia takut kalau-kalau ada pencuri.Dahlah dia berbadan dua.
“Pencuri?Awak dah lupa ke saya pun tinggal dekat sini jugak?”Ain memandang tajam ke arah Ammar.
“Manalah saya tahu!Yang awak tu masuk rumah tak reti nak bukak lampu kenapa?Dah buang tebiat?”Ain membela dirinya.
“Saya saja je tak nak bukak lampu.Membazir elektrik!Dahlah bil elektrik tinggi!Yang awak ni bangun malam-malam ni kenapa?Tak boleh tidur?”
“Tak…”
“Kenapa pulak?Nightmare?Haha little baby.”Ammar mengejek.Suka sangat dia mengacau isterinya itu.Baginya satu keseronokan.
“Hey!Kalau saya nightmare pun saya takkan kacau awaklah!Saya nak makan makaroni cheese.”Ammar mengerutkan dahinya.
“Malam-malam ni?Awak merepek apa ni?Mengingau ke?”
“Ish!Awak apa tahu!Ni lah yang dipanggil mengidam.Saya tak boleh nak buang dari minda saya makaroni cheese tu!”Ain menelan air liur.Sudah terbayang-bayang di otaknya makaroni cheese panas dihidang di depan mata.Sedapnya.
“Cari esok jelah.Malam-malam ni mana ada kedai bukak.Dah pukul 11.30 malam.”Ammar mengerling jam tangannya.Ain mengeluh kecil.Dia mengatur langkah menuju ke luar rumah.
“Eh awak nak pergi mana?”Ammar mengejar Ain dari belakang.
“Awak peduli apa?!Just go to sleep!”Ain menyarungkan selipar di kakinya.
“Fine do what you want!”
Jalan raya sudah pun sunyi ketika itu.Adalah dua tiga kereta yang menyusur lalu.Ammar memberhentikan keretanya di tepian jalan.
“What are you doing?”Tanya Ain dengan muka masam.
“Makaronikan?”
“No Ammar!Saya nak makaroni cheese!”
“Yelah saya nak pergi beli makaroni dan cheese.Awak masaklah dekat rumah!Aduihai.”Ammar mematikan enjin kereta.
“Saya tak ada mood nak masaklah!Awak ni!Tak faham ke?Saya nak makaroni cheese yang dah dimasak!Kedai Maria bukak lagi.Dia ada jual makaroni cheese.”Ammar memandang tajam ke arah Ain.
“Dah tutup.”
“Bukak!”
“Tutup!”
“Saya cakap bukak,bukaklah!”Ammar menarik nafas dalam.Dihelanya perlahan-lahan.Enjin dihidupkan gear dimasuk kasar.Dipandu laju pacuan empat roda miliknya.Ain hanya diam seribu bahasa.Tali pinggang keledar dipegangnya.Takut juga dia.Laju benar suaminya itu bawa.
“Yang awak ni bawak kereta macam nak bawak kapal terbang ni kenapa?Perlahankanlah!”Marah Ain.Sudah berderau darahnya.Akhirnya kereta itu berhenti di tempat yang dituju.
“Alamak!Dah tutuplah pulak!Macamana diaorang boleh tutup?Belum pukul 12malam lagi?Lagi 15 minit je nak pukul 12!Apalah!Nanti saya nak samanlah kedai tu.”Ain memandang tajam ke arah suaminya.Ammar menelan air liur.
“Okey sorry.Tapi sekarang macamana?Dah tutup.Nak cari dekat mana?”Ain mengeluh.
“Saya tak peduli!Nak jugak!Nak jugak!”Ain merengek macam budak kecil.Naik rimas Ammar dibuatnya.Ain membuka pintu kereta dan keluar.Ammar terpinga.Dia pun turut keluar dari kereta itu.
“Lah dah turun pulak.Nak pergi mana?”Ain berjalan tanpa hala tuju.Tekaknya betul-betul inginkan makaroni cheese.Ammar membuntuti Ain.Ain melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang disediakan di taman berhampiran.Ammar mengikut.Apabila wanita itu bangun lelaki itu turut bangun.Setiap pergerakan Ain pasti akan ditiru oleh Ammar.
“Ish awak ni!Jangan main-main boleh tak?!”Ammar tergelak kecil.
“Alalololo dia dah marah.”Ammar mencubit kedua-dua pipi isterinya.Belum sempat Ain memukul tangan itu Ammar sudah pun berlari jauh kehadapan.Apa lagi sesi kejar mengejar pun bermulalah.
“Haha tak dapat!Buekk!”
“Ammar!”Ammar berhenti daripada lariannya.Bertembung mereka berdua.Luka hati teringat kembali.Ain berjalan meninggalkan Ammar.
“Ain!”
“Apa?!”
“Saya tahu nak bawak awak makan dekat mana!”Ammar menarik lengan wanita itu lalu dibawa masuk ke dalam kereta.
“Dua makaroni cheese.Tolonglah.”Ammar seakan-akan orang merayu.
“Baiklah.Ada apa-apa lagi?”
“Oh ya air kosong dua.”Pesan Ain pula.Pelanggan lelaki itu mengangguk dan beredar dari situ.Ain memandang ke arah Ammar.Tersenyum dia sampai ke telinga.Suka sangat.15 minit kemudian dua pinggan makaroni cheese diletak dihadapan Ain dan Ammar.Ain menghirup bau aroma makaroni cheese itu.Dicapainya sudu dan diceduknya makaroni itu.Laju sahaja sudu itu memasuki ke dalam mulutnya.
“Ermmm…..Urm….”Ain mengeluarkan bunyi itu.Tanda sedap.Ammar hanya memerhati tingkah laku isterinya.
“You know what?”Ain mengalihkan pandangannya terhadap Ammar.
“Saya dah faham sepenuhnya maksud mengidam!”Ujar Ammar gembira.
“Thanks.Kenapa tak makan?Tak sedap?”Ada kesan comot sedikit dibibir Ain.Ammar menggunakan jarinya untuk mengesat kotoran itu.
“It’s perfect.”Ammar tersenyum.
Mereka pulang selepas selasai ‘makan malam’ itu.Ketika dalam perjalanan pulang Ain sudah pun tertidur di dalam kereta.Letih barangkali.Walaupun sudah sampai di rumah Ain masih belum terjaga.Ammar mengambil keputusan untuk mengendong isterinya itu menuju ke bilik tidur.Kasihan dia melihat isterinya itu.Bekerja tak ingat kesihatan.Ammar membuka tali pinggang keledar yang melingkari tubuh isterinya.Terketar-ketar juga tangannya itu.Perlahan-lahan dia mengangkat Ain untuk diletakkan di atas tangannya.Takut wanita itu terjaga.Ain sudah terjaga ketika Ammar mengendongnya di dalam rumah.Namun dia berpura-pura tidur.Dalam masa yang sama dia mengintai muka lelaki itu.Ammar kerap menatap wajahnya.Tak tahulah lelaki itu perasaan atau tidak dia mengintainya.Ammar meletakkan Ain di atas katil.Kemudian dia menyelimutkan Ain.Satu kucupan hangat hinggap didahi Ain.Ammar berlalu pergi dari bilik itu.Ain membuka matanya.Betapa dia rindukan lelaki itu.Kucupan itu tadi mengubat sedikit rindunya kepada lelaki itu.Peristiwa tadi pasti akan menjadi kenangan terindah antara mereka berdua setelah mereka berpisah nanti.
p/s:maaf lambat tak upload.dah kering idea.haha sorry ya?hrap anda semua enjoy!thanx a lot 4 the support!=)











bestttt222222x
tp npe lme benor nk tgu n3 nehh..
owh??baby 2 tendang kuat ek sampai mama pn tukar mood x jd marah2 ..hehehehe
mcmmn nk baca episod yg lepas?contohnya episod 12- 15 novel sesucinya cintamu
cite macam cite hindustan salam namaste,,,,yg preity zinta n saif ali khan belakon tu,,,kan?same jln ceritanyer…
nape citer nih dh mcm ala2 salam namaste yek? inspirasi ke? elakkan plagiarism k..
gud luck..