Siapakah Di Hatiku

18 December 2009  
Kategori: Novel Di Pasaran

15,584 bacaan 33 ulasan

Miera Eliani mengharapkan jawapan cinta daripada kekasihnya Haikal yang telah menghilang tanpa khabar berita. Pertemuan Miera dengan Megat Shahrizal, CEO syarikat dia bekerja membuatkan dia terhumban ke dalam dunia cinta Shah. Secara kebetulan, ibu Shah dan mama Miera adalah sahabat baik yang telah lama terpisah dan kini bertemu kembali.

Perhubungan rapat di antara Shah dan Miera mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Malangnya, hati Miera masih mendambakan kata putus Haikal. Tidak dapat disangkal Miera juga menyenangi Shah yang banyak membantunya dan ikhlas menerimanya walaupun dia sedikit kasar dan bersikap tomboy. Dek keinginan ibu masing-masing, Miera akur dengan kehendak mereka untuk membina mahligai rumah tangga dengan Shah. Ini menyebabkan Miera terpaksa berhadapan dengan keegoan dan sifat cemburu yang keterlaluan Shah saban hari sepanjang tempoh pertunangan mereka.

Pertemuan semula Miera dengan sahabat baiknya, Jay Jay telah menimbulkan sedikit salah faham di hati Shah. Setelah lama Miera hidup tanpa bayang-bayang Haikal, lelaki itu tiba-tiba muncul semula dan kembali menagih kasih daripada Miera Dengan kewarasan diri yang ada, Miera harus membuat keputusan sekali gus akan mempengaruhi tentang siapakah yang bakal bertakhta di hatinya kelak….

Penulis : Adilla Tasha
RM Semenanjung : RM18
RM Sabah Dan Serawak : RM21

Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Siapakah Di Hatiku”
  1. biey says:

    kepada ct dan spears…kt kelantan ada…cuba cri kt kedai buku muda osman..huhu

  2. safi says:

    best giler ar novel nie…………………..
    romantik giler….
    it’s the best..

  3. aira says:

    safi,tgok dr jln cerita mcm boleyh layanlah :roll: …tap btul ke best gler??? :?: awk da bce ke??? :?:

  4. afiesya says:

    salam alaik.. sy suka sgt novel ni..rs mcm nk beli je skrg… terima ksh kpd penulis novel “siapakah dihatiku”.. syabas dgn penghasilan novel ini.. wassalam…

  5. mastura says:

    bessttttt! sangattt!!! yg blom bca g cri cpatt! rasa muda smula baca novel ni! ahakzzz :-)

  6. nurfadzilah says:

    best sngt…ibarat dlm realiti

  7. maya says:

    novelnya mengingatkan qu dengannya

  8. amay says:

    buat dy

  9. irine says:

    olahan cukup baik. sinopsis sahaja mampu membuatkan pembaca masuk atau mengikut rentak yang ingin disampaikan. dari segi penulisan masih boleh diperbaiki, lebih elok kalau dapat menimbulkan lebih perasaan dalam penulisan.
    Akhir kata dari saya, semoga sentiasa sukses dan menerbitkan lebih banyak karya di masa akan datang..

  10. sue says:

    betul ke syokk ni???kalau betul syokk nk beli kat smo la..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"