Siapakah Di Hatiku

18 December 2009  
Kategori: Novel Di Pasaran

15,584 bacaan 33 ulasan

Miera Eliani mengharapkan jawapan cinta daripada kekasihnya Haikal yang telah menghilang tanpa khabar berita. Pertemuan Miera dengan Megat Shahrizal, CEO syarikat dia bekerja membuatkan dia terhumban ke dalam dunia cinta Shah. Secara kebetulan, ibu Shah dan mama Miera adalah sahabat baik yang telah lama terpisah dan kini bertemu kembali.

Perhubungan rapat di antara Shah dan Miera mendapat restu daripada kedua-dua belah keluarga. Malangnya, hati Miera masih mendambakan kata putus Haikal. Tidak dapat disangkal Miera juga menyenangi Shah yang banyak membantunya dan ikhlas menerimanya walaupun dia sedikit kasar dan bersikap tomboy. Dek keinginan ibu masing-masing, Miera akur dengan kehendak mereka untuk membina mahligai rumah tangga dengan Shah. Ini menyebabkan Miera terpaksa berhadapan dengan keegoan dan sifat cemburu yang keterlaluan Shah saban hari sepanjang tempoh pertunangan mereka.

Pertemuan semula Miera dengan sahabat baiknya, Jay Jay telah menimbulkan sedikit salah faham di hati Shah. Setelah lama Miera hidup tanpa bayang-bayang Haikal, lelaki itu tiba-tiba muncul semula dan kembali menagih kasih daripada Miera Dengan kewarasan diri yang ada, Miera harus membuat keputusan sekali gus akan mempengaruhi tentang siapakah yang bakal bertakhta di hatinya kelak….

Penulis : Adilla Tasha
RM Semenanjung : RM18
RM Sabah Dan Serawak : RM21

Untuk Pembelian novel sccara online klik Borang Langganan Disini


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

33 ulasan untuk “Siapakah Di Hatiku”
  1. selubung salji says:

    bestnya… Ceritanya… Yg paling ni nyew… Cemburu shah tu.. KUAT Sngt..!!

  2. mainzachenta luv says:

    critanya best……………..,,,

  3. mutiara89 says:

    citernye best….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"