Cerpen : Akhirnya sebuah penantian

18 January 2010  
Kategori: Cerpen

6,300 bacaan 15 ulasan

Oleh : Fiti Hanaa

Entah mengapa kenangan itu masih aku ingati,masih aku kenangi.Seharusnya aku lupakan dirimu di saat kau pergi meninggalkanku tanpa sebarang kata.SAKIT!Sakit sungguh hati ini tak dapat aku ungkapkan.Kisah 10 tahun lalu aku kenang kembali.

“Nad,aku tengok mamat sarjan tadi tu smart gak eh.”Teruja sungguh aku dengar suara Natasha bila sebut fasal senior tu.

“Wei Tasha,kau ni kan,mamat mana la yang kau takkan minat.Bangla jual karpet yang selalu datang jual karpet kat lorong kita tu pun kau boleh minat.Apa punya taste la kau ni?Mata spesies apa la kau ni?Aku pun tak faham.”Kataku sambil menepuk bahu Natasha.Sahabat karibku yang membesar bersamaku.

“Alaa…kau ni Nad,aku minat gitu-gitu aje.Tapi hati aku tetap pada yang satu.Amirul Akmal.”Natasha tayang gigi dah.

“Suka hati kau la minah senget ooiii.Jom balik,dah senja ni.Nanti bising lak ibu aku tu.”

Dua sahabat itu mengayuh basikal keluar dari kawasan sekolah.

Waktu rehat sememangnya dinanti oleh semua pelajar.Bukan untuk makan,tetapi untuk bersembang sepuas-puasnya.Itulah motif utama rehat pada geng minah bike ni yang terdiri daripada lima gadis.Nadhirah Afira,Natasha,Mira Sharira,Amani dan Nurul Aleya.Eh??Ayu ke mereka?Entahla…

“Nad!!!!!!!”

“Opocot!”Hampir tersedak aku mendengar jeritan Natasha.

‘Apa hal lagi la minah ni?Ada la tu apa-apa yang sensasi’Desis hati nakal aku ni.

“Kau ni kenapa?Jumpa jelangkong eh?Tak pun,kau jumpa orang berkepala tiga?”

“Bukanlah!Kau ni,teruk betul cakap aku macam tu.Aku sembelih juga kau karang.”

“Yelah.Ni apa kes ni?Jerit-jerit panggil aku macam aku punya sound dah rosak agaknya.”

“Taklah,dari tadi aku usha mamat sarjan hensem tu,sampai sekarang,mata dia asyik tak lepas pandang kau aje.Aku syak dia minat kat kau la.”

“Ah,sudah.Jangan duk nak merepek kat sini.”Walaupun hatiku agak terusik dengan ungkapan Natasha sebentar tadi,aku pura-pura selamba ja.

Aku terkedu,lidah aku kelu,mata aku terpaku,dan aku beku tatkala aku bertentang mata dengannya.Ah!Indah sungguh pandangan redup mata itu.Apakah aku sudah terkena penyakit angau?Tidak.Pada aku cinta itu bukanlah apa yang aku inginkan pada saat umurku 16 tahun.Tapi mengapa hati ini bergetar di saat aku melihat dirinya?Oh!Hanya hati saja yang mengerti.

“Tasha,apasal Kak Uni tu usha aku semacam ja?Macam aku ada buat salah besar dengan dia aje.Takut aku tengok dia.”

“Cik Nadhirah Afira sayang,Kak Uni tu jealous dengan kau sebab sarjan Mawardy kita tu minat kat kau.Ha!Aku ada soalan nak tanya kau ni.”Kata Natasha sambil menepuk bahu aku.

“Apa benda?Kot ye pun jangan la tepuk bahu aku serupa nak tercabut aje bahu aku ni.”

“Opps!Sorry.Aku nak tanya kau ni,betulkah apa yang aku dengar dari mulut senior kita tu?”

“Apa yang kau dengar?”

“Kau couple dengan Mawardy tu kisah benar ke kisah tipu?”

“APA???Aku couple dengan dia??Cakap sepatah pun tak pernah,macam mana nak couple.”

“Tapi dari cara korang,aku tahu korang ni suka sama suka tapi tak terucap.Jangan nak gebang aku Nad.Aku kenal kau.”

‘Kenapa boleh ada khabar angin macam ni.YA!Aku tak nafikan yang aku memang dah jatuh cinta dengan dia tapi apa motif dia sebarkan berita palsu itu.Takkan dia suka aku kot.Hahaha..berangan melangit betul aku ni.’Bisik hati gusarku ini.

Ketika aku berpaling,mata indah itu sekali lagi menjad tatapan mataku.Aduh!Sebuah senyuman aku lihat terukir di bibirnya.Aku cuba sedaya upaya membalas senyuman itu,tapi apa lah buruk sangat senyum aku tadi.

Selama 3 bulan aku berada di kelas 4 Sains 1,baru kini aku tahu,kelas aku dan kelas dia cuma selang dua kelas.Maknanya,selama ini dia satu aras dengan aku tapi kenapa aku tidak sedar.Sejak itu,aku sudah jarang berjalan ke mana-mana seorang diri kerana setiap kali aku melintasi kelas 5A1,setiap kali itulah namanya disebut.Apa yang berlaku antara aku dan dia,hanya aku dan dia sahaja yang mengerti.

Sebenarnya cinta antara aku dan dia adalah cinta rahsia.Cinta rahsia yang kami sendiri pun tidak mengerti tetapi hanya hati yang mampu mentafsirkan segala rasa cinta ini.Meskipun cinta ini tak pernah terungkapkan,tapi indahnya cinta rahsia ini sungguh tak mampu aku ungkapkan dengan patah kata.Antara aku dan dia tidak pernah ada kata,yang ada cumalah pandangan redup mata,turun ke hati yang akan mentafsirkan segalanya.Maka,di saat mata bertentang mata,hati mulai berbicara dan cinta itu hanya kami yang rasa.

Indah yang aku nikmati ini tidak berkekalan.Yang datang,pasti akan pergi.Di saat dia menduduki SPM,aku sedar bahawa kisah aku dan dia akan berakhir.Tapi aku sendiri tidak menyangka bahawa sakitnya hati apabila insan yang kita cintai pergi tanpa mengungkapkan kalimah cinta yang dinanti.

Ahmad Mawardy!Akhirnya dia pergi jua membawa diri meneruskan perjalanan hidup menggapai cita-cita.Tapi dia insan yang lemah kerana tidak mampu melafazkan madah-madah cinta yang di nanti.Setahun selepas dia pergi,aku juga pergi meninggalkan sekolah kenangan itu.Aku juga pergi untuk mengejar masa depan dan cita-cita.Walaupun begitu,wajahnya,pandangan matanya,dirinya,tidak pernah aku lupakan walau untuk seketika.

Lamunanku terhenti tatkala aku tersedar ada tangan yang menepuk bahu aku.Aku melihat Natasha bersama dua biji mug di tangan.Haruman Nescafe menggodaku.Si ayu ini duduk di sebelahku,diam tak diam tidak lama lagi akan bergelar isteri orang.Haih…untung nasib badan,ada yang sayang,ada yang cinta.Aku???Entahlah…hati ini masih belum terbuka untuk mana-mana lelaki selain yang selalu dirindui.Mungkin kerana aku tidak mampu melupakannya,dan kerana itulah hatiku tidak mampu menyukai sesiapapun selain dirinya.

“Jauh termenung Nad.Ingatkan siapa?Mamat hensem tu eh??”

Sebagai jawapan kepada soalan itu,hanya senyuman yang mampu aku berikan.

“Nad,andai ditakdirkan kau bertemu lagi dengan dia,agaknya apa reaksi kau?”

“Tasha,jangan tanya soalan yang aku sendiri pun tak tahu jawapannya.”

“Tapi Nad,itu tak mustahil kan.”

“Dah…dah..Cik Natasha sayang…jangan dok merepek bin mengarut kat sini ye.I nak pergi mandi,i dah busuk ni.Bye…”Kataku terus berlalu.Sebenarnya nak sembunyikan gundah gulana hati ini.

‘Minah ni..nak mengelak la tu.Macamlah aku tak kenal dia.Kalau dah cinta,mengaku sajalah Nad.Aku tahu,cinta hati kau tu hanya untuk dia.Aku cuma mampu berdoa semoga kau bertemu lagi dengan mamat hensem tu.’Harapan Natasha untuk sahabat baiknya.

Di dalam bilik,Nadhirah Afira terfikir kembali soalan Natasha tadi.

Kalau ditakdirkan aku bertemunya lagi,apa reaksi aku?Dia solo lagi ke?Ntah- ntah dah kahwin.Eeeeiiii….apalah kepala otak aku ni suka merepek.Dah tak ada benda lain ke nak fikir.Teruk…teruk…teruk…

Pelik!Ketika aku tiba di tempat kerja,kecoh betul gosip fasal pengurus kewangan baru.Kononya handsomelah,smartlah,berkarismalah,entah apalagi lah aku pun tak tahu.Suka hati mereka dan keluarga merekalah nak kata apapun,hatiku tetap pada yang satu.Sampai bila aku nak terus menanti pada yang tak pasti.Rasanya aku ni bodoh aje.Menunggu bulan jatuh ke riba.Sampai kiamat pun aku tak dapat bulan itu.

“Nad!Amboiiii….termenung jauh Nampak,ingat sapa cik kak oiii.”Kak Nadia menegurku ketika itu aku sedang berangan-angan di tempatku.

“Ada apa ni Kak Nadia.Ni mesti ada ceritalah ni.Kalau tak,jangan haraplah nak kecoh macam ni.”Tahu dah aku kak long ni,time tak ada story,sepi-lepi aje tapi kalau ada gosip panas,dialah yang paling kecoh.

“Dah jumpa dengan encik pengurus yang baru tu?Akak tengok,boleh tahan juga orangnya.Cukup pakej.”

Aku dah agak dah,ini mesti nak jadi telangkai tak bertauliah ni.Dia dah mula dah dia punya part-time job.Kali ni dah masuk entah yang ke berapa kali dah Kak Nadia ni nak match-matching aku dengan pelbagai variasi lelaki.Tapi aku…macam biasalah,tak berminatlah kak.

“Kak,emmmm….”

“Haa!Jangan sambung,akak dah tau.Mesti kena reject dah ni.Apalah yang kau nak tunggu ni cik adik oiii.Aku tak fahamlah budak-budak zaman sekarang.”Kak Nadia terus berlalu.Kecewalah tu,plan gagal.

“Apa hal kak Nadia tu?Kau reject lagi ke?”

Persoalan Najihah itu aku jawab dengan senyuman.

“Aku tak terbuka pintu hati lagi dan masih belum ada yang boleh ganti dia dalam hati aku ni.”

“Soal hati memanglah tak boleh paksa-paksa,tapi kau boleh bimbing hati kau untuk menerima orang lain Nad.Aku tak nak nanti kau kecewa andai takdir temukan kau dengan dia tapi dia dah ada yang tersayang.”

“Andai itu takdirnya,aku redha.”

“Ikut kaulah.Aku dah boring bagi nasihat kat kau.”

Alamak!!!Malas betul aku nak pergi buat Nescafe lagi,tapi mulut ni entah apa kes lah teringin semacam aje.

“Auchhh!Panas!panas!”Aku jerit disaat ada insan matanya di kepala lutut langgar aku,habis aku punya Nescafe tumpah atas tangan aku.Kalau sejuk,aku pun tak kisah masalahnya sekarang ni panas.Aduyai!Hilanglah duit mas kahwin aku.

“Cik tak apa-apakah?”Eh!Macam kenal lak suara ni.

Alangkah terkedu dan terpaku aku disaat melihat ciptaan tuhan di hadapanku ini.AHMAD MAWARDY!Sungguh aku rindukan dirimu.Ya Allah..Apakah yang berlaku ini?Takkanlah dia pengurus yang di gosipkan itu.Memang sah!Dialah juga insan yang Kak Nadia cuba padankan dengan aku.Apakah aku masih lagi berjodoh dengannya?Hanya Allah yang tahu.Aku hanya mampu berserah.

“Maafkan saya.Saya minta diri dulu.Pasal baju awak tu,saya memang minta maaf.Salah saya.”Aku segera melangkah keluar dari tempat itu.Sebenarnya aku ingin mengelak daripada bertentang mata dengannya.

“Apa khabar Nadhirah Afira?”

Aku tidak jadi untuk meneruskan langkah.Kakiku statik di situ,lalu aku memaksa kepala aku berpaling merenung wajah indah itu.Inginku senyum,tapi tak terukir.Entah…aku sendiri pun buntu apa yang harus aku lakukan saat ini.Akhirnya aku hanya mampu berdiri di situ tanpa berbuat apa-apa.

“Cik Nadhirah Afira,soalan saya belum terjawab.How’s your life?”

“Saya sihat Alhamdulillah Encik Ahmad Mawardy.”

“Hahaha…kelakarlah awak ni.Kalau kita nak berkawan,takkanlah nak berencik-encik lak kot awak ni.”

“Betul juga kan.Saya memang macam ni.Blurred memanjang.”

“Cik Nadhirah Afira,sudikah cik adik comel ini menjadi sahabat saya?”

Ha!!Dia nak jadi sahabat aku??!Mimpikah aku ni??Kenapa nak jadi sahabat ja?Cakaplah nak jadi kekasih ka,teman hidup ka…Eh!Sudah!Mula dah aku nak merepek ni.Tak apa,mula-mula kawan dulu.lepas tu kahwin la pulak.Hehehe..

“Okay!Friends.”Aku menyambut salam darinya.

“As a friend,you should call me Ady ok.”

“Ok.Panggil saya Nad.”

“Kalau saya tak nak panggil awak Nad boleh tak?”

“Habis tu awak nak panggil apa?”Soalku hairan.Apa kena dengan mamat ni?Apa yang dia panggil aku?

“Nadhirah Afira kan.I called you Fira boleh.Rasa macam sweet ja nama tu.Sesuailah dengan awak.”

“Ikut suka hati awaklah Ady.Saya tak kisah asalkan jangan panggil nama yang pelik-pelik sudah.”

“Pelik-pelik??Maksud awak?”

“Yelah,nama macam peah ke,piah ke.”Ketawa Ady meletus setelah mendengar kata-kata aku.Aku pelik,aku ini ada buat lawak ke?Betullah apa yang aku cakap tadi itu.Lantak dia lah…

Tanpa aku sedari,hubungan aku dan dia semakin hari semakin rapat tetapi aku masih tidak mengerti apa yang sebenarnya tersirat dalam hati insan itu.Bukan tidak cuba mentafsir,tetapi hati tidak mampu memahami.Aku sangat bahagia dan bersyukur kerana akhirnya aku bertemu lagi dengannya dan tercapai juga hasratku untuk mengenali dirinya dengan lebih dekat lagi.

Hujung minggu itu aku pulang ke rumah,menurut ibu,ada hal penting yang hendak dibincangkan denganku.Petang itu aku selamat sampai di rumah.Perjalanan lebih kurang 5 jam sangat meletihkan.Tambahan pula ,kepala otak aku asyik memikirkan apa hal yang nampak macam mustahak sangat tapi sebenarnya memang mustahak pun.

Malam itu selepas makan malam bersama keluargaku,ibu dan ayah mengajakku ke ruang tamu.Hanya ada aku,ibu dan ayah sahaja di situ.Macam ada hal penting ja.

“Ibu,kenapa ibu suruh Dhira balik kalut-kalut ni?Dhira pelik la ibu”Aku menyuarakan kerungsinganku.

“Ibu nak tanya Dhira ni.Umur dah berapa sekarang?”

Aku dah syak dah.Sah!Mesti bab kahwin dah ni.Aduh!Macam mana nak lari ni??Kali ini dah masuk kali ketujuh aku mengelak sejak umurku mengijak 25 tahun.Tahun ni dah masuk 27 dah,alamatnya jangan mimpilah aku nak mengelak lagi.Mampus aku kali ini.

“Dhira,kamu tu dah 27 tau.Sampai bila kamu nak solo ni?Ayah risaukan masa depan kamu.Tengok sepupu kamu,Mira.Anak dah nak masuk 2 orang dah.Kamu ni?Entahlah.Ayah tak tahu nak cakap apa.”Aku mengerti perasaan ayah,tapi belum ada yang berkenan,nak tunggu Ady,aku pun tak tahu apa yang tersirat di hatinya.

“Dhira,sebenarnya ada orang datang merisik Dhira 2 hari lepas.Kawan baik ayah datang merisik untuk anak lelaki dia yang sulung.Ibu rasa Dhira tak kenal dia kot.”Ibu memberitahu tujuan sebenar mesyuarat keluarga malam ini.

“Dhira,along tu baik orangnya.Ayah dah lama teringin nak bermenantukan dia.Ayah takkan paksa Dhira,tapi Dhira fikirlah baik-baik,ingat masa depan,ingat ibu dan ayah.Kalau tidak kenal dia Dhira jadikan alas an,ayah tak boleh terima kerana Dhira boleh kenal hati budi dia kemudian.Cubalah kenal-kenal dengan dia ye.”

Malam itu aku membuat solat sunat istikharah.Memohon petunjuk supaya aku boleh membat keputusan yang terbaik.Akhirnya,setelah puas aku berfikir,aku menerima lamaran itu walaupun aku sangat mengaharapkan agar Ahmad Mawardy menjadi milikku,mengharapkan agar insan itulah yang akan menjadi teman hidup,tetapi semua itu adalah tidak mungkin.Aku sedar kenyataan itu.Ayah dan ibu sangat gembira dengan keputusan aku.Asalkan ayah dan ibu gembira,aku tidak kisah walaupun terpaksa korbankan kebahagiaan sendiri.

“Hey!What wrong my little cutie?Fira nampak macam ada big problem ja.Tak nak share ke?”Aku sedar Ady sedang memerhatikan tingkahku sepanjang aku minum petang dengannya.

“Tak ada apalah Ady.I’m okay.”Senyuman pahit terukir di bibirku.

“Fira,kita kawan kan.Why not you tell me your problem?Tapi Ady tak paksa Fira,ikut Fira lah nak cerita atau tak.”

Kapucino terasa begitu sukar untuk melepasi kerongkong aku.Aku sendiri tidak pasti apakah perlu aku menceritakan perkara itu padanya atau tidak.

“APA???!Umi cakap apa tadi?Boleh umi ulang lagi sekali tak?”Masih tidak percaya dengan apa yang baru di dengarnya tadi.Biar betul.

“Ahmad Mawardy,anak teruna umi yang handsome ni,umi dan babah dah pinang anak sahabat baik kami untuk kamu.Umi dan babah berkenan sungguh dengan budak tu.”

Terkedu Ady.Tidak termampu lagi untuk berkata apa-apa.Sekarang ini,dirinya ibarat di telan mati emak,di luah mati bapa.ADUHH!!Pusing ni.Takkan aku nak kahwin dengan orang yang aku sendiri pun tak kenal.Eh!Macam zaman tok kaduk pula,soal jodoh orang tua yang tentukan.Hakikatnya,aku ni hidup zaman millennium,takkanlah nak ikut adat zaman tok kaduk kot.Ady..Ady…Apa boleh buat,ikut sajalah kata orang tua,kalau membantah nanti dapat gelaran anak derhaka pula.

“Assalamualaikum.Dah lama ke tunggu?Sorry lah,ada hal sikit tadi.”

Eh!Pelik pula aku tengok mamat ni.Dari tadi asyik tengok aku aje.Aku ada tanduk ke?Lubang hidung ada 3 ke?Ahh!Suka hati dialah.Yang pasti aku masih lagi manusia yang normal.

“Fira,awak cantik sangat hari ini.”

Aduh!Apa kes pula mamat ni??Tetiba aje puji aku semacam aje.Naik meremang bulu roma aku.Eeeeiiii……

“Kenapa awak nak jumpa saya hari ini Ady?Lagi satu yang saya pelik dengan awak hari ini.”

“Apa dia?Saya rasa normal aje.Takde apa yang pelik pun.Kenapa?Ada satu mata kat belakang saya ke?”

“Bukanlah bro.Apala bro ni.Maksud gua,lu punya muka macam toya basi apasal?Apa lu ingat lu buat muka macam toya basi ada handsome ke?Confirm huduh la bro”

“Hahahahaha….tak sangka ye,ingatkan awak ni dah berubah habis ayu la.Rupanya….”

“Rupanya lakonan semata-mata kan”Aku memotong katanya.Akhirnya kami berdua ketawa.

“Nadhira Afira”

Aku terkedu di saat mataku bertemu matanya.Ya Allah!Debar itu datang lagi.

“Fira,I need to make a confession”

“What is that?”

“Actually,saya dah lama simpan perasaan pada awak.Cuma saya tak mampu nak ungkapkan sebab saya takut kena reject.Saya akui cinta saya pada awak cinta pandang pertama.Saat pertama kali saya terpandang awak dalam baris,hati saya tertarik,timbul perasaan ingin mengenali awak dengan lebih lagi.Tapi saya tak mampu nak nyatakan rasa itu kerana saya sendiri tak tahu apa sebabnya.”

“Kenapa baru sekarang awak luahkan semua ini??Kenapa setelah 10 tahun penantian yang menyeksakan baru saya dapat dengar semua ini?”Air mata yang kutahan akhirnya tumpah jua.Runtuh jua benteng air mataku.

“Awak tau tak Ady,saya tunggu awak ungkapakan kata-kata ini sejak saya sedar yang saya dah jatuh cinta pada awak.”Kedengaran esakan yang ku taha demi membina semangatku.

“Aa..wak..cinta saya??Selama ini awak ada perasaan yang sama dengan saya.Maknanya selama ini kita berkongsi rasa hati yang sama.Maafkan saya Fira,kalaulah saya lafazkan semua ni sebelum saya tamat SPM,mesti kita dah jadi pasangan bahagia.”

“Sayangnya Ady,segalanya dah terlambat.Saya dah bertunang.Pilihan keluarga.Saya tak pernah kenalpunsiapa bakal suami saya.Maafkan saya Ady.”

Bagaikan halilintar melanda apabila mendengar kata-kata dari bibir mongel itu.Fira akan menjadi milik orang lain.Aku??Aku juga akan berkahwin dengan gadis pilihan orang tuaku.

“Nasib kita serupa Fira,saya juga tunangan orang.Bertunang bukan dengan pilihan hati.Nampaknya,dah takdir tuhan kita tak berjodoh.Apapun saya lega kerana akhirnya kita mengetahui perasaan masing-masing.Sekurang-kurangnya kita pernah saling menyintai walaupun tak pernah bercinta.”Genggamannya terasa semakin erat.

“Ady,terima kasih kerana telah memberi saya suatu kenangan yang amat indah.Biarlah kenangan itu segar di hati dan sentiasa diingati.”

Tanpaku sedar,diriku tenggelam dalam pelukannya.Terasa begitu berat untuk melepaskan insan yang selama ini ku damba menjadi milikku.Pelukan dileraiakan,Ady menyapu air mataku.Berat sungguh hatiku untuk melepaskannya ke dalam pelukan insan lain tetapi aku juga akan menjadi milik insan lain.Maka,biarlah cinta ini terus hidup dalam hati ini.Cinta dalam hati.

Hari yang di tunggu-tunggu akhirnya tiba.Tak sangka tarikh pernikahanku adalah tarikh pernikahannya juga.Kami sama-sama akan menjadi milik insan lain.Sungguh!Hatiku sangat pedih dengan pernikahan ini,harapanku musnah untuk menjadi miliknya dan penantianku sia-sia apabila yang dinanti tak mampu dimiliki.

“Dhira,dah siap ke?”Suara ibu telah membawa pergi semua lamunanku.Juga satu petanda bahawa aku harus bersedia untuk menjadi hak milik sah bagi yang berhak.

“Dah lama dah adik comel kak long ni siap ibu.Dahlah comel,make-up lawa-lawa macam ni lagilah bertambah cute.Takut nanti anak teruna terpegun sampai lafaz nikah pun susah kot.”

Aku hanya tersenyum mendengar usikan kak long.Natasha menepuk lembut bahuku.Senyumanku terasa pahit sekali untuk aku ukir.

Aku pohon pada ibu bahawa aku tidak mahu turun ke bawah untuk upacara akad nikah.Biarlah aku di bilik sahaja.Aku juga minta pengantin lelaki naik keatas untuk upacara membatalkan wuduk.Saat ini kakiku sangat lemah,tiada tenaga untuk bergerak.Kak ngah dating memaklumkan bahawa pihak lelaki telah sampai,sedikit pun tidak terdetik di hatiku untuk menjenguk wajah bakal suamiku itu.Apa yang aku fikirkan,bertuahnya gadis yang menjadi isteri kepada lelaki yang bernama AHMAD MAWARDY.

Ibu menghampiriku memberitahu pengantin lelaki ingin masuk untuk menyarung cincin.Aku hanya menggangguk sebagai jawapan.

“Assalamualaikum Fira.Sayang….”

Eh??!Macam kenal aje suara ni.Sudah-sudahlah Nadhira Afira senget oiii.Jangan dok berkhayal lagi.Ini semua mimpi,semuanya illusi semata-mata.Cerita rekaan tiada kena-mengena antara hidup dan mati.

“Sayang……berkhayal sampai mana dah tu…”Ada jari meneyentuh lembut daguku memaksaku dongak melihat wajah itu.Ya Allah!Tanpa kata,aku bangun lalu terus memeluk tubuh di hadapanku.Dengan murah hatinya air mataku mengalir,walaupun aku masih tak percaya, benarkah dia dipelukku saat ini.Nyata sekali aku tidak bermimpi.

“Haih….Dhira oooiiiii…Kamu tu anak dara,janganlah dok buat perangai tak senonoh time macam ni.Apa nak jadilah dengan anak bongsu aku seorang ni.”Aku melepaskan pelukan lalu kembali duduk di birai katil.Bukan apa,nanti ibu susah berhenti berleter panas juga telinga aku ni nak tahan.

“Aiiii…pengantin perempuan tak sabar nampaknya,kot ye pun bagilah along sarung cincin dulu Dhira ooiiii…”Seluruh isi bilik itu ketawa sebaik mendengar kata-kata kak ngah.Riuh sungguh suasana masa itu.Aku tersipu malu.Tulah gelojoh tak bertempat…eh…bukan…rasa bersyukur kerana dia milikku akhirnya.

Ady mengucup dahiku selesai menyarung cincin ke jari manisku.Kami saling berbalas senyuman dan aku bersyukur sangat kerana Allah menjodohkan kami.Akhirnya aku menukar pernyataan sebelum aku upacara pernikahan tadi.Hatiku berbunga dengan pernikahan ini,harapanku menjadi kenyataan dan penantianku selama ini tidak sia-sia akhirnya dia milikku.Akhirnya…. AHMAD MAWARDY+NADHIRAH AFIRA=LOVE.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

15 ulasan untuk “Cerpen : Akhirnya sebuah penantian”
  1. natasha says:

    klo sdh jdoh xakn kemna-mna…krna jdoh itu dlm tngan tuhan…klo ktk sring brdoa mka than akn mmkbulkn doa kter aslkn kter bnr2 ikhlas….

  2. IDA says:

    DAH BIASA SGT LAAA CITER MCM NIE.. BOSAN!! :|

  3. eja says:

    asslmlikum…sy x bape ska ceta ne sb, x suma y kta inginkn akn trcpai dn ceta ne buat sy skit hti sb mngingtkn sy pd ceta lma sy, sy da mnunggu slma 5 thun tpi x brakhir dng kgmbiraan mlh sy dhntui olh byangny2 dn d sbkn 2 jgak sy jdi buta hati dn buta mata krana cinta sy pd nya

  4. lu'lu says:

    cinta jika dapat bersatu ertinya jodoh….
    tp cinta jika x dpt bersatu ertinya harus reda dgn kekentuaNYA…sebab ada yg lebih baik menantimu d hadapan…redakan lah ia..

  5. fiey says:

    wlwpn jalan crite da biase tp care pengolahan bagus..x terlalu serabut..best!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"