Cerpen : Apakah mungkin, aku, kau dan dia? II

23 January 2010  
Kategori: Cerpen

7,066 bacaan 17 ulasan

Oleh : Hana Norisa

SUAMIKU SUAMIMU

PUSINGAN TAKDIR

Pengumuman penerbangan ke pantai timur mula kedengaran. Aku mendakap ibu sekuat hatiku. Ibu membalas pelukanku seolah-olah dia ingin meminjamkan kekuatannya padaku. Kekuatan padaku agar dapat aku meneruskan kehidupanku setelah apa yang berlaku.

“Iera, kak long minta maaf ya,” pinta Kak long seraya memelukku erat. Aku terpinga-pinga dengan tindakan Kak long. Kenapa Kak long harus meminta maaf padaku sedangkan aku yang bersalah padanya. Bukankah aku yang telah merampas Irfan darinya? Bukankah aku yang memisahkan cinta mereka?

Aku memandang wajah ahli keluargaku satu persatu. Wajah tua abah dan ibu aku tenung. Sempat aku mengerling kearah Sazzy yang sedang teresak-esak mengais seolah-olah aku tidak akan pulang lagi.

Aku cuba mencari seraut wajah yang aku rindui namun wajah itu tidak kelihatan. Puas aku menanti namun bayangannya tetap tidak hadir. Sazzy yang memahami kekusutanku terus menerpa ke arahku dan memelukku seeratnya .

“Sabar ya Iera. Mungkin ada hikmah semua ni. Kalau dia bukan ditakdirkan untuk kau, mungkin there is someone better for you. Just pray for it,” Sazzy membisikkan kata-kata semnagat padaku.

Pengumuman berulang buat kali kedua membuatkan aku tersentak dari lamunanku. Segera aku menarik beg rodaku masuk ke dalam balai perlepasan meninggalkan keluargaku dan kenanganku.

Pandangannya menghantar gadis itu pergi. Dia ingin sekali mendakap gadis itu namun dia sedar siapa dirinya. Peristiwa yang hadir dalam diri gadis itu memberi kesan yang mendalam dalam dirinya dan Iera. Dia ingin berterus terang perihal sebenar namun tegarkah dia mengkhianati janjinya pada seorang abang.

******

“Kalau awak cintakan saya, kenapa awak pilih kak long,” soal ku kepada Irfan sejurus aku sedar dari pengsan pada malam kami dinikahkan.

Irfan hanya mendiamkan diri. Memandang mukaku juga tidak.

“Jawablah…apa yang saya tanya. Jangan buat saya cakap dengan tunggul,” bentak aku. Geram bila pertanyaan ku tidak berbalas.

“Maaf,” pintanya, sepatah.

“Maaf. Maaf. Awak ingat dengan minta maaf semuanya selesai? Senang betulkan hidup kalau macam tu,” aku tersenyum sinis.

Irfan sekali lagi mendiamkan diri. Dan kali ini entah apa yang merasuk aku, aku segera mencapai beg pakaianku lalu segala baju yang berada di dalam almari aku kaut. Irfan hanya memandangku tanpa bersuara.

Setelah selesai memasukkan baju ku ke dalam beg, aku meluru keluar dari bilik. Semua hadirin yang berada disitu terpana dengan tindakanku. Mana tidaknya, pengantin perempuan melarikan diri pada hari pernikahan.

“Iera, buat mengucap. Iera nak ke mana ni?” soal ibu perlahan. Para hadirin mula berbisik-bisk. Aku tahu ibu malu dengan tindakanku tapi…..ibu memgenag pergelangan tanganku kejap.

“Iera, nak pergi dari sini. Iera benci tengok lelaki ni,” ujarku sambil menunding ke arah Irfan. “Ira tak sanggup nak habiskan hidup Ira dengan lelaki yang macam ni. Lagipun dia harus pilih anatara Iera atau kak long. Dan dari mata dia dan pengakuannya, Iera tahu dia pilih siapa. Sebelum terzahir dari mulut dia, biar Ira mengundur,” ujar ku lantas menarik pergelangan tanganku kasar. “Maafkan Iera, bu.”

“Tapi Iera,” kak long cuba bersuara namun belum sempat dia memulakan kata-katanya, aku sudahpun menarik Sazzy keluar dari majlis itu lalu menyuruhnya membawa aku ke rumahnya. Aku benar-benar ingin menenangkan fikiranku.

Pengumumuan dari pramugari yang menyuruh kami memakai tali pinggan mengejutkan aku dari lamunan. Sempat aku menjengah ke luar, keadaan laut china selatan yang jelas kelihatan dari atas ini mengagumkan aku. Buat seketika, aku terlupa tentang masalah aku.

******

Keindahan malam yang diterangi dengan cahaya bintang sedikit sebanyak mengingatkan aku pada Irfan. Satu persatu kenangan berlegar-legar dalam fikiranku. Namun, kenangan hanya tinggal kenangan. Semuanya sudah musnah. Janji itu tercipta kerana dia dan musnah juga kerana dia.

Alunan viola dari kawasan berhampiran menarik perhatianku. Alunan simfoni yang merdu itu sedikit sebanyak menggetarkan jiwaku. Serta merta fikiranku teringatkan Irfan. Dahulu, Irfan sangat suka mengalunkan lagu itu pada aku. Hinggakan pernah suatu ketika dalam diam dia mengaturkan majlis hari lahirku lantas memainkan simfoni itu pada ku.

Perlahan, aku mengatur langkahku mencari arah alunan itu. Hatiku makin sebak melihat sekujur tubuh yang sedang membelakangi ku. Ingin rasanya aku berlari menuju kesana lalu mendakapnya erat namun egoku membataskan segalanya.

Insan itu sedang asyik menggesek violanya. Badannya turut bergerak-gerak menghayati gesekannya. Aku hanya memerhati. Untuk mendekati, jauh sekali. Mataku sengaja aku pejamkan. Kata-kata Irfan menerjah fikiranku.

“Percaya atau tidak, kita akan lebih menghayati dan menghargai seseorang itu bila kita dah kehilangannya?” Irfan melemparkan pandangannya jauh ke dalam Tasik Titiwangsa.

“Nampak pemain viola tu?” sambung Irfan. Aku hanya diam membisu. Cuba mentafsirkan kata-kata Irfan.

“Cuba Ira pejam mata dan hayati gesekan dia,” usul Irfan.

Tanpa berlengah aku mengikut usulan Irfan lalu aku pejamkan mataku. Alunan viola dari pemuzik yang berhampiran menerjah masuk ke dalam telingaku. Setiap nota yang tercipta menyinggah masuk ke dalam kalbuku.

Tanpa aku sedari, air mataku menitis satu persatu. Alunan itu benar-benar menusuk. Alunan itu seolah-olah terkandung makna yang sangat tersirat. Aku tahu malah aku dapat agak pasti pemuzik itu sangat mencitai wanita itu namun takdir bukanlah sesuatu yang dapat dilawan. Biar bagaimana mereka berusaha, seandainya takdir tidak mengizinkan mereka bersama, pasti mereka tidak dapat melawannya.

“Er…Fazliana Shafira?” Teguran dari seseorang mengejutkan aku dari lamunanku.

“Er..encik ni siapa?” soalku. Kegelapan kawasan itu yang menyembunyikan sebahagian wajah lelaki itu menyukarkan aku mengagak dengan siapa aku berbicara.

“Eh, baru dua bulan tak jumpa. You dah lupa I?” soal suara garau itu lagi. Kali ini, lelaki itu melangkah setapak ke hadapan menampakkan raut wajahnya.

Aku menarik nafas lega. Raut wajah yang amat aku kenali itu sedikit sebanyak melegakan kotak nafasku.

“Prof buat apa kat sini?” soalku. Mataku tertancap pada viola yang dipegang Prof Amir itu.

“Saja datang bercuti. You pulak buat apa kat sini? Mana husband you?” soal Prof Amir bertalu-talu.

Sudah..dia tanya pasal Irfan pulak dah…aku nak jawab apa pulak ni…

“Hehehe..eh, prof apa cerita? Lepas berhenti jadi lecturer dulu, prof kerja di mana pulak? ” aku cuba mengubah topik.

“Oh, I sekarang ni tak buat apa-apa. Saja datang bercuti disini. Tak sangka pulak boleh jumpa my top student dulu,” Prof Amir tergelak kecil. Aku menarik nafas lega. Akhirnya, Prof termakan umpan aku.

“I know what are you trying to do,” Prof Amir tersenyum. Aku buat muka blur. Sungguh aku tak faham apa yang prof maksudkan.

“You trying to change the subject,” sekali lagi tawanya meletus. Sebelum aku juga turut tertawa. Tak sangka cepat jugak prof aku ni perasan muslihat aku.

*****

Buffet yang disediakan oleh pihak hotel Seri Malaysia menarik perhatianku untuk mengisi sedikit perut yang belum sempat terisi sejak sebelum kapal terbang aku naiki. Sekeping pinggan aku capai. Setelah nasi diisi, pantas aku menuju ke stesen main course untuk mengambil ayam teriyaki kegemaranku.

Setelah itu, aku memilih sebuah meja di hujung yang berhampiran tingkap. Sejak dari dulu lagi, aku gemar memilih tempat berhampiran tingkap. Sekurang-kurangnya, bila aku dilanda kebosanan, boleh aku memerhatikan gelagat manusia yang lalu lalang disitu.

Aku mempercepatkan langkah ku. Perutku sudah melalak minta diisi. Namun, belum sempat aku tiba, entah dari mana datang seorang mamat berambut terpacak memotongku. Tanpa rasa bersalah dia terus duduk dimeja itu.

“Hello, you tak nampak ke yang ni meja I?” aku menegurnya sambil sebelah tangan memegang pinggan dan sebelah lagi memegang air.

“Oh, yeke? Tapi tempat ni tak tulis nama you pun?” balasnya selamba. Mencerlung mata ku bila mendengar jawapannya. Ingin rasanya aku menyimbah air sirapku ke atas kepalanya.

“Tapi i dah cop tempat ni. I memang nak duduk sini tapi you cut the line,” aku masih belum berputus asa. Sedaya upaya aku beri alasan agar aku dapat duduk ditempat itu.

“Apa yang kecoh-kecoh tu?” soal satu suara yang agak aku kenali. Prof Amir segera datang menghampiri.

“This guy..out of nowhere..datang rampas tempat saya..,” tanpa disuruh. Aku menyatakan sebabku. Mungkin sudah terbiasa barangkali. Maklumlah, kalau di university dulu, kami sebagai pelajar prof amir selalu berusaha mencipta alasan agar tidak dipotong markah oleh prof walaupun Prof Amir tidak termakan alasan.

“Zak…beralah lah sikit,” suara Prof Amir. Aku yang berdiri di sebelah prof tercengang. Biar betul! Terkebil-kebil mata aku mendengarnya. No way, diorang ni kenal ke? Eh, kejap. Mamat rambut terpacak ni macam kenal je. Tapi kat mana eh?

******

“So, Iera buat apa kat sini?” soal Zakuan. Aku hanya berdiamkan diri. Pertemuan yang tak disangka malam tadi membuat aku terdiam. Zakuan, insan yang telah lama hilang dari hidupku kini kembali. Siapa sangka lelaki yang dulu agak skema kini berubah menjadi seorang yang sangat kacak.

“Saja je bercuti,” jawabku acuh tak acuh. Lebih tepat lagi, aku langsung tidak berminat dengan perbualan itu.

“So, Iera dah kahwin ke?” Soalan itu membuatkan aku terdiam. Tidak tahu ingin menjawab apa lantas aku menghirup air kopi yang terhidang dihadapan mata. Laut biru yang terbentang luas itu aku tenung. Soalan Zakuan itu aku biarkan sepi tanpa sebarang jawapan. Zakuan bagaikan mengerti tindakanku hanya mendiamkan diri.

“Eh, kat sini kau Zack?” Prof Amir sudah pun tercegat dibelakang tempat duduk kami. Tanpa dijemput, Prof Amir terus duduk di kerusi kosong bersebelahan dengan Zakuan.

“Prof, boleh saya tanya sesuatu?” Prof Amir menggangguk. “Siapa Zakuan?” Soalan spontan dari aku itu menyebabkan air kopi yang dihirup Zakuan tersembur keluar. Mujurlah tidak mengenai aku, kalau tidak ada yang hilang kepala.

“Hei, soalan jenis apa tu hah?” tempelak Zakuan. Zakuan segera mengambil napkin disudut meja kirinya lalu mengelap bibir dan bajunya yang kotor terkena kopi.

Aku tidak mempedulikan tempelakan Zakuan. Mataku hanya tertumpu pada Prof Amir.

“Actually, Zakuan is my doctor,” Aku tergamam mendengar jawapan Prof Amir. Doktor? Tapi untuk apa tu? Aku mengerutkan dahiku. Pelbagai soalan menerjah kotak fikiranku.

“Doctor? For what?” terpacul juga soalan itu dari mulutku.

Prof Amir menghadiahkan senyuman sebelum meneruskan penerangannya. “Well, untuk apa kita perlukan doktor?” sebuah soalan dhadiahkan padaku.

“Lah, mestilah nak kan rawatan. Doktorkan tolong rawat pesakit,” jawab ku tanpa berfikir.

Prof Amir tersenyum sinis. Aku kaget. Kenapa pulak prof senyum macam tu padaku. Aku dah buat salah ke?

“Iera masih macam dulu? Langsung tidak berubah. Talk without thinking,” sampuk Zakuan. Aku terdiam. Zakuan ternyata masih ingat beberapa perkara mengenaiku.

Persahabatan yang terbentuk antara aku dan Zakuan dari zaman kanak-kanak membuatkan Zakuan lebih mengenaliku lebih dari orang lain. Namun, pemergiannya ke luar negara tanpa memberitahu aku dan Kak Long membuatkan aki menanamkan perasaan benci padanya. Kerana pemergiannya, Kak Long membuat keputusan untuk melanjutkan pelajaran ke U.S. Aku tahu keputusan kak long itu disebabkan ingin mencari Zakuan. Pada ketika itu, hati Kak Long hanya untuk Zakuan.

Aku tersenyum sinis. Malah, hati aku rasa tergeletek mendengar kata-kata itu. “Aku bukan seperti dulu,” aku menegaskan. Kalau boleh, aku langsung tidak ingin mengingati perkara itu. Buat sakit hati. Semuany sebab Zakuan. Kalau zakuan tak pergi ke U.S, pasti Kak Long takkan kesana. Kalau Kak Long tak ke sana, pasti Kak Long takkan jumpa lelaki durjana itu dan pasti Irfan takkan kenal dengan Kak Long. Dan pasti aku dan Irfan akan bahagia.

“I sakit,” Kenyataan dari Prof Amir membuatkan aku tersentak. Apa? Sakit? Mustahil. “Apa maksud prof?”

“Kau tak faham bahasa Malaysia ke?” Sekali lagi, Zakuan menyampuk.

“Hei, kau diam boleh tak? Aku kan tengah berbual dengan prof,” tempeleng aku. Geram sebenarnya bila ada yang menyampuk.

Prof Amir ketawa kecil. Pandangan aku terkalih ke arahnya. Apa yang lawak sangat tu?

“Kamu berdua macam anjing dengan kucing tahu,” ujar Prof Amir. Tawanya masih berbaki.

“Huh,”Aku memandang Zakuan dengan pandangan yang tajam.

“So, apa pulak hubungan you dengan Zack?” soal Prof Amir. Perasaan ingin tahu bergolak dalam hatinya.

“Prof tak perlu tahu,” aku malas bercerita.

“I suka kakak dia,”aku tersentak. Wajah Zakuan aku pandang. “What?” Biar betul dia nak buat pengakuan. Tahu tak kak long tu dah kahwin?

“Kami kenal sejak kecil lagi. Malah, dia dah saya anggap macam adik sendiri,”

“Penipu,” balasku sambil berpeluk tubuh.

“Memang Wan penipu. Wan tipu diri Wan yang Wan tak cintakan Lizza tapi jauh di sudut hati Wan….wan tahu from the moment Wan tinggalkan Malaysia. Cinta Wan hanya untuk Lizz dan tiada yang lain,” Zakuan tanpa sedar menukar gelaran dirinya kepada Wan. Nama timangannya waktu kecil.

Aku terdiam mendengar tutur Zakuan. Aku cuba mencari ketulusan dalam kata-latanya. Penyesalan yang tergambar dari matanya meyakinkan aku pada kata-katanya namun tahukah kau Zakuan bahawa kau telah terlambat?

“Tapi..,” aku cuba mengkhabarkan status kak long yang sudah menjadi isteri orang namun dihalang dengan soalan prfo

“Zack, you have to find her. Jangan jadi macam aku. Sebab keluarga, aku tinggalkan orang yang aku sayang,” Prof Amir membuka pekungnya.

Aku yang tidak tahu apa-apa hanya mendiamnka diri dan memang telinga.

“Kalau aku tahu begini kesudahanya, pasti aku takkan tinggalkan Nifa,” Prof Amir mula menyesal dengan tindakannya. “Dah lah aku tinggalkan dia saat dia sarat,” Air mata Prof Amir mula menitis.

Aku terdiam melihat adegan itu. Prof Amir menangis? Kerana seorang perempuan? Past dia sangat sayangkan perempuan itu? Aku membuat andaian.

“Wan, tak de jalan lain ke untuk selamatkan Prof?”

Zakuan menggeleng lemah. Pelbagai jenis perubatan sudah dicuba namun tiada satu pun yang berjaya.

“Medical report menyatakan Amir hanya ada sebulan lagi jangka hidupnya. Dan thank god, dia masih mampu bernafas walaupun jangka sebulan itu sudah lepas,”

Aku tersandar mendengar kenyataan itu. “Kau tahu tak apa sebabnya prof sakit macam ni? Pe kata kita cuba ubat kampung nak?”

“Hah? Ubat lampung? Aku tak berapa percaya semua ni? In fact in medical scienc…,”

“Oh.. shut up. Kita cuba je dulu okay?”

“Tapi nak cari kapung mana?”

“Kampung aku kan ada,”

BERITA kepulangan aku ke kampung disambut baik oleh ibu dan abah. Pelbagai persiapan dibuat. Malah, kesemua barang hantaran aku telah disembunyikan abah didalam bilik kak long. Mungkin abah tidak mahu aku terluka sekiranya barang-barang itu aku lihat.

Kereta milik Zakuan meluncur laju memasuki perkarangan rumah. Ibu dan abah yang duduk ditangga rumah segera bangun, menjenguk kereta Perdana yang memarkir diperkarangan rumahnya.

Aku menarik nafas dalam. Dengan berbekalkan doa penenang hati, aku melanglah keluar dari kereta Perdana itu. Ibu tanpa berlengah terus meluru ke arah ku. Kerinduan yang membuak-buak membuatkan aku memeluk ibu seeratnya.

“Sudah lah tu Yah oi. Budak tu dah balik pun,” tegur abah. Zakuan, Shafiq dan Prof Amir tersenyum.

“Hai, nama siapa?” soal Prof Amir pada Shafiq. Wajah mulus anak kecil itu memikatnya. Kejernihan wajah itu mengundang satu perasaan aneh dalam dirinya. Rambut anak iu diusapnya lembut.

“Shafiq,” jawab Shafiq sebelum berlari menuju ke arah kak long yang kebetulan berada dibelakang rumah. Prof Amir hanya tersenyum. Anak itu sungguh comel. Pro Amir mula terpikat dengan Shafiq.

“Mama, ada orang datang,” lapor Shafiq sambil memeluk kak long. Nifa tersenyum sebelum mengusap rambut anaknya itu.

“Siapa?” soalnya ingin tahu.

“Tu,” tunjuk Shafiq. Kak long menoleh ke arah halaman. Dia cuba mengamati wajah orang yang dtunjuk Shafiq namun gagal. Jarak yang jauh itu menyukarkannya untuk melihat dengan jelas.

*****

“Jadi, kedatangan Prof Amir ni atas hajat apa?” soal ibu setelah menjemput tetamunya duduk.

“Eh, mak cik. Amir cukup. Tak payah lah berprof-prof ni. Segan saya,”

“Baiklah, Amir,”

“Sebenarnya, Amir datang ni makcik sebab nak berubat secara kampung,” Zakuan berterus terang.

“Amir sakit ke?” soal ibu. Kebimbangan menguasainya.

“Kalau mal cik nak tahu, Amir ni sakit barah. Dah puas try macam-macam ubat tapi tak berjaya. Kebetulan pulak hari tu kami terserempak dengan si Iera ni. Dia lah yang cadangkan untuk cuba rawatan kampung ni,” terang Zakuan panjang lebar.

Oh, macam tu?” kau pulak Wan? Buat apa kat sini?” soal ibu ingin tahu.

“Alah mak cik ni. Saya ni doctor si Amir ni hah?”

“Oh, doktor ya kau sekarang ni?” soal abah bagai tidak percaya. Amna tidaknya, budak nakal yang selalu mencuri buah rambutannya dulu, sudah bergelar doktor.

“Kenapa mak cik ngan ak cik tak percaya ke?” Pantas ibu dan abah menggeleng.

“Mak, ayah, wan, prof jemput minum,” aku menatang sedulang piring biskut dan beberapa buah cawan. Setelah diletakkan di atas meja kopi itu, aku beralih duduk di tepi.

“Haik, kau ni Wan. Dari tadi mak cik tengok tak senang duduk. Kenapa?”

“Eh, tak de apa-apa lah mak cik,” Zakuan mengelat.

“Kalau mak nak tahu, dia tu datang nak usha kak long,” aku memecahkan tembelang Zakuan.

“Eh, mana ada?”dalih Zakuan. Pandangannya dialihkan memandang lantai. Sebelum dia tersengih seperti kerang busuk.

Melihatkan perlakuan Zakuan yang kebudakan itu mengundang tawa dirumah itu. Habis kecoh rumah itu dibuatnya.

“Kak long kak dalam. Ada kerja kena buat. Banyak dokumen yang dia kena siapkan,” aku berterus terang agar Zakuan tidak terus mengharapkan kak long keluar menemuinya.

******

Malam itu, aku tidak dapat melelapkan mata. Puas aku menunggu Irfan tetapi tidak berjumpa. Kata-kata prof hari itu tengiang-ngiang difikiran ku.

“Zack, you have to find her. Jangan jadi macam aku. Sebab keluarga, aku tinggalkan orang yang aku sayang,”

Tempohari aku tidak langsung memberikan Irfan peluang untuk menjelaskan apa-apa. Aku hanya ikutkan perassan amarahku. Sepatutnya aku izinkan dia menceritakan perihal sebenarnya namun tidak. Aku meraup muka ku. Sesungguhnya, aku benar-benar menyesal.

Tepukan lembut dari seseorang di bahuku membuat aku tesentak. Aku memandang wajah itu sekilas. Kak long!

“Adik ingat siapa?” soal Kak Long. Pandangannya tajam merenungku.

“Tak de sapa-sapa,” aku cuba berdalih.

“Adik ingat Irfan ya?” aku pantas menggeleng.

“Adik nak dengar penjelasan akak pulak tak?” aku menekup telingaku tanda tidak mahu. Aku takut kebenaran yang terzahir dari mulut kak long melukakanku.

“Sebenarnya, bapa shafiq, suami akak adalah abang Irfan..bukannya Irfan,” pandanganku teralih ke arah kak long. Pegangan tanganku yang menekup telingaku terlerai.

“Habis tu?” soalku ingi tahu.

“Mama mereka tak sukakan akak sebab pada mama Irfan akak ta layak untuk anaknya, malah along Irfan telah dijodohkan dengan seorang perempuan. Tanpa berfikir panjang, akak dan along Irfan kahwin senyap-senyap. Masa tu kami terlalu ikutkan nafsu. Tanpa persetujuan keluarga dua-dua belah pihak kami bernikah.”

“Suatu hari, along Irfan dibuang kerja. Setelah disiasat, dalang disebalik semau tu adalah keluarga Irfan sendiri. Lantas, demi masa depan Kak long dan Shafiq, along Irfan pergi memohon maaf. Kemudian, tiada lagi khabar berita dari mereka.”

“Sehinggalah satu hari, Irfan datang pada kak long dengan satu amanah. Katanya, alongnya menyuruh dia menjaga kami sekeluarga. Sejak tu, dia memegang tanggungjawab seperti bapa Shafiq,”

“Akak gembira betul bila dia kata pada kakak yang dia dah jumpa orang yang dia sayang..tapi akak tak sangka pula orang yang dia makusdkan itu adik. Malah, akak tak sangka yang perkara ni semua boleh terjadi,”

Air mataku gugur satu persatu. Terlalu banyak dosaku pada Irfan. Belum seminggu aku dinikahnya, sudah banyak dosa yangaku lakukan. Maafkan Iera, Irfan!

“Irfan kat mana sekarang kak?” aku benar-banr ingin tahu.

“Dia sekarang kat Sarawak. Bawa diri ke sana. Katanya ingin tenangkan fikiran,”Jauhnya.

“Wah, dua beradik ni. Apa yang dibincangkan tu?” sampuk satu suara. Cepat-cepat aku menyeka air mataku. Aku tak mahu sesiapa pun lihat air mataku mengalir.

“Wan?” soal kak long, terperanjat. Zakuan melangkah mendekati kami.

“Hai, Lizza,” Zakuan menghulurkan salam perkenalan tetapi huluran itu tidak bersambut. Kak long tahu, dia harus menjaga kelakuannya sebagai seorang isteri walaupun dia digantung tanpa tali.

Zakuan menarik semula hulurannya sambil tersngih malu. Terlupa pula dia, wanita dihadapannya itu seorang muslimah. Seorang muslimah yang menjaga perlakuannya.

“Kau buat apa kat sini?” soal Kak long kasar. Kebenciannya pada lelaki itu timbul kembali.

“Aik, tak suka jumpa kawan lama ke?” soal Zakuan.

“Memang aku tak suka. Aku menyampah sangat kat kau,”

“Menyampah? Orang kata kalau menyampah tu maknanya sayang,”

“Sayang kepala hotak kau,” dan perkara itu berlarutan sehingga keesokan harinya. Aku tergelak kecil. Kak long dan Zakuan seolah-olah sudah kembali ke zaman remaja mereka. Bergaduh memanjang. Tapi aku gembira. Seolah-olah, kak long lupa akan masalahnya. Lupa tentang suaminya yang telah meninggalkan dia keseorangan bersama anaknya.

******

Atas bantuan pak usu, beberapa akar kayu yang akan digunakan untuk membuat ramuan uabt berjaya ditemui. Lalu akar-akar kayu tu direbus sebelum diberikan pada Prof Amir untuk diminum.

Air akar kayu yang pahit itu, terpaksa Prof Amir telan walaupun pahit. Terjelir lidahnya menahan pahit setelah habis secawan ditelannya. Aku dan Shafiq tergelak kecil.

“Meh sini,” panggil Prof Amir pabila terpandangkan Shafiq. Shafiq yang berada dalam pelukanku meleraikan pelukannya lalu menuju k arah Prof Amir.

“Shafiq suka pergi sungai tak?” soal Prof Amir mengusap-usap lembut ubun-ubun Shafiq. Shafiq mengangguk.

“Tak boleh,” aku menegah. “Sungaikan bahaya. Dah lah sekarang musim hujan. Nanti kalau jadi apa-apa macam mana?”

“Insya ALLAH. Semuanya akan okay,” prof menberi jaminan dan aku termakan jaminan itu. Tanpa persetujuan kak long, aku benarkan.

*******

Azan maghrib sudah berkumandang. Namun kelibat Prof Amir dan Shafiq masih belum kelihatan. Seisi rumah mula panik. Abah segera mengumpulkan orang kampung. Misi pencarian harus dimulakan segera. Hujan lebat diluar menambahkan kegusaran dihati.

Kak long dari tidak senang duduk. Sekejap bangun, sekejap duduk. Kerisauannya pada kehilangan Shafiq membuatkan aku berasa bersalah.

“Kak long, Iera minta maaf. Iera tak sangka benda ni akan jadi macam ni. Iera…,”

“Kau diam. Semuanya sebab kau. Siapa yang suruh kau benarkan Shafiq pergi dengan orang yang tak dikenali tu?” tengking kak long. Aku terdiam. Aku sudah bersedia untuk dimarahi. Aku tahu salah aku. Sepatutnya aku temukan Prof Amir dengan kak long tadi agar kak long lebih percya pada Prof Amir tapi semuanya sudah terlambat.

Aku melarikan diri ke satu sudut. Kedua-dua belah tanganku aku kepal. Menahan kesejukan malam sendirian. Sempat aku mengerling kak long yang keresahan. Ada sesuatu yang pelik pada kak long namu tidak dapat aku rungkaikan. Rempuhan pintu menarik perhatianku. Kelihatan sesusuk tubuh yang amat aku kenali. Irfan!

Aku terus meluru ke arah Irfan. Aku teringin memeluk tubuhnya namun kesilapan semalam menghalang aku berbuat demikian. Tindakanku terhenti lalu aku berpaling meninggalkan dirinya.

Belum sempat aku melangkah, tanganku ditarik. Badanku terpusing menghadap Irfan lalu tubuhku didakapnya. Irfan mendakapku seeratnya. Pelukannya kubaals. Sungguh aku sangat merinduinya. Irfan mengusap-usap rambutku.

“Maafkan, Iera,” terpacul kata-kata maaf dari mulutku. Irfan menolak badanku sedikit. Wajahku ditatapnya. “Irfan dah lama maafkan Iera,” Kata-kata Irfan sedikit sebanyak menenangkan hatiku. “Dah jangan nangis lagi,” pujuk Irfan, dia menyeka air mataku menggunakan jarinya. “Sekarang ni apa yang penting, kita cari Shafiq dulu,”

******

Prof Amir membawa Shafiq masuk kedalam pondok buruk itu. Mereka dalam perjalanan pulang kerumah sebelum hujan turun. Demi memikirkan Shafiq, dia mengubah haluannya ke pondok itu, dia tidak mahu anak itu sakit.

“Pak cik, kenapa kita kat sini?” soal Shafiq. Prof Amir memeluk anak itu seeratnya.

“Kita nak berteduh. Kat luarkan hujan. Nanti Shafiq demam,”

“Boleh Shafiq panggil pak cik papa?” Prof Amir tersentak lalu selang beberapa saat dia menggangguk dan tersenyum.

“Sekarang, hidup Shafiq lengkap. Shafiq ada mama dan papa,” ujarnya sambil tersenyum.

“Kenapa Shafiq cakap macam tu?” Prof Amir pelik.

“Sebab hidup Shafiq tak lama. Bila-bila je Shafiq boleh pergi. Hari itu, masa mak su kahwin, Shafiq terlepas cakap. Shafiq panggil pak su papa. Sebab tu mak su lari. Sekurang-kurangnya, kalau pak cik jadi papa Shafiq, Shafiq tak rasa bersalah. Sebab Shafiq memang dah ada papa sendiri,” Prof Amir tidak dapat menahan sebaknya. Dia tidak pernah menyangka anak itu menderita sebegitu. Anak itu erlalu muda untuk mendapat penyakit. Malah, anak itu lebih tabah darinya dalam menghadapi dugaan itu. Sedangkan dia, hanya dengan berita sahaja membuatkan dia kecundang.

“Shafiq sakit apa?”

“Shafiq sakit buah pinggang,” ujar Shafiq perlahan. “Papa?” Prof Amir bagaikan tersentak mendengar panggilan itu. Satu perasaan aneh menyelinap masuk ke dalam jiwanya.

“Papa ada barah otak sayang,” ujar Prof Amir. Didepan anak kecil itu, air matanya tumpas.

“Papa, jangan menagis. Kita kena kuat kan semngat supaya orang yang kita sayang tak sedih,” anak itu petah berkata-kata. Prof Amir menguatkan pelukannya.

******

BERITA yang disampaikan kak long benar-benar memeranjatkan kami sekeluarga. Shafiq sakit? Tak mungkin.

Kata kak long, sebab itulah dia pulang ke Malaysia. Shafiq ingin melihat datuk, nenek dan mak ciknya sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Riuk pikuk diluar rumah mengalihkan tumpuan kami. Pantas aku dan kak long meluru ke luar. Orang kampung sudah menjumpai Prof Amir dan Shafiq. Kedua-dua mereka sedang berpelukan menahan sejuk. Sweater yang dibawa penduduk kampung tersarung ditubuh mereka. Pantas, ibu memapah kedua-duanya naik keatas. Aku tanpa disuruh terus menyiapkan air panas untuk memanaskah badan mereka.

Setelah abah mengucapkan terima kasih pada orang kampung, abah terus masuk ke dalam. Irfan dan kak long berdiri kaku disitu. Mereka saling berpandangan. Zakuan terdiam. Ada seseuatu yang bermain difikirannya.

*******

Prof Amir melutut di hadapan abah. Abah terperanjat dengan perlakuan tu lalu dia memapah Prof Amir yang masih lemah, bangun. Bukan sahaja, abah malah seisi rumah terperanjat dengan perlakuan itu.

“Amir kenapa ni? Bangun lah. Amir tak sihat lagi kan?” tegah abah.

“Saya okay pak cik. Saya sihat. Saya minta maaf pak cik. Saya bersalah pada keluarga pak cik..saya….,”

“Bangun,” perintah kak long. Aku Irfan, dan Zakuan hanya diam ditepi.

“Tapi….,”

“Aku cakap bangun..bangun lah,”tengking Kak long.

“Nifa, kenapa biadap sangat ni?” tegur ibu.

Kak long tidak mempedulikan teguran ibu. “Kau ingat dengan buat macam tu, aku maafkan kau?” soal kak long lagi.

Pandangan kami teralih. “Akak, sabar kak,” Irfan cuba menenangkan kak long.

“Kau diam. Kau siapa nak halang aku?” Irfan pula yang ditengkingnya. Aku cuba membela Irfan namun pergerakanku dihalang Zakuan. Aku meronta-ronta minta dilepaskan namun tidak berjaya. Zakuan memegang tanganku kejap.

“Fan, biar along yang settlekan masalah ni,” suara Prof Amir. Pergerakan irfan terhenti.

’Hah? Along. Takkan lah abang Ifan tu Prof Amir. Aku memandang Zakuan penuh pengertian. Akhirnya, pergelangan tanganku dilepaskan Zakuan.

“Abang tahu abang salah sebab tinggalkan Nifa degan Shafiq. Tapi kalau abang tak pergi mama akan hancurkan keluarga kita,”

Kak long memandang Irfan. Irfan mengangguk lemah. Rahsia yang dipegang Irfan memang terlalu kejap. Malah sepanjang bersama Irfan, Nifa langsung tidak dapat mengorek sebab mereka ditinggalkan.

“Bila abang pulang. Abang dapat berita yang Nifa dah kakwin lain. Sebab tu abang bawak diri ke Malaysia,” Kak long tersentak. Mana mungkin suaminya itu percaya ada fitnah. Siapa yang kata aku dah kahwin? Nifa pelik.

“Percayalah, abang masih sayangkan Nifa sampai bila-bila. Puas abang cari Nifa. Tapi tak jumpa. Abang tak sangka tujuan abang nak berubat disini mempertemukan abang dengan Nifa. Abang bersyukur sangat,”

“Abang sakit?” Amarah kak long mula mengendur.

“Berikan abang peluang untuk sembuhkan Shafiq,”

“Mana abang tahu?”

“Shafiq yang bagitau abang. Dia anak yang baik. Untuk tidak mahu melihat oran lain terluka, dia cuba menyembunyikan penderitaannya. Abang hidup tak lama lagi dah. Seandainya, Nifa izinkan, biarkan buah pinggang abang menjadi pengganti. Agar anak itu, zuriat kita akan terus hidup,”

Air mataku menitis. Terharu melihaat ketulusan Prof Amir, abang iparku menyatakan hasratnya. Kak Long menuju ke arah Pror Amir lalau memeluknya erat. kasih sayang selama 5 tahun itu terurai.

Abah menarik nafas lega. Akhirnya, anak sulungnya itu mempunyai kesudahan yang baik dan Shafiq, akhirnya mempunyai seorang abah.

Aku dan Irfan saling berpandangan. Irfan tersenyum. Aku bangga punyai suami sepertinya. Dia jujur dalam memegang amanah. Biarpun, dia terluka, demi rahsia dan amanah abangnya dia sanggup mengorbankan cinta nya.

******

Shafiq berlari mengejar rama-rama yang terbang itu. Aku dan Irfan duduk di sebuah bangku. Aku merebahkan kepalaku ke bahu Irfan. Irfan tersenyum.

Syukur alhamdulliah, pembedahan selamat dijalankan. Aku tahu pasti arwah Prof Amir bahagia disana. Prof Amir sudah menyelamatkan satu nyawa yang terpenting dalam hidupnya. Kerana dia, anak itu dapat menjalani kehidupan normal.

Kak Long kini sudah bekerja sebagai seorang pegawai di syarikat keluarga Irfan. Mama Irfan sudah boleh menerima kak long sebagai menantunya. Malah, saham milik Prof Amir kini menjadi milik kak long. Malah, amanat terakhir Prof Amir menyatakan semua harta miliknya diserahkan pada kak long agar segala keperitan yang mereka lalui tidak berulang.

Zakuan merenung Shafiq dari jauh. Anak itu kehilangan papanya sekali lagi. Baru berjumpa tidak lama, perpisahan bertamu sekali lagi dan sedihnya perpisahan kali ini tidak mungin ada pertemuannya lagi kecuali di akhirat nanti.

Surat biru yang ditinggalkan Amir padanya itu dipegang kejap. Berkeromot kertas itu dibuatnya. Kertas itu dibaca berkali-kali. Benarkah apa yang kau tuliskan ni Amir? Semoga Allah merahmati perhubungan kami.

Kehadapan sahabatku Zakuan,
Hidup aku di muka bumi Allah ni hampir sampai ke penghujungnya. Aku tahu kau memang rapat dengan Nifa dan aku tahu gadis yang kau sebutkan tempohari adalah Nifa. Malah, malam itu aku secara tak sengaja terdengar perbualan kalian. Saat itu, terpandangkan wajah ’Lizza’ kau buatkan aku yakin..lizza adalah Nifa.

Nifa seorang gadis yang baik namun aku bukanlah yang terbaik untuknya. Aku tahu dia bakal bahagia dengan kau. Pada mulanya, aku ingin mendiamkan diri sahaja. Aku sudah pun buat nekad membuat keputusan untuk pulang setelah aku menghabiskan masa dengan Shafiq tapi aku tak pernah sangka hari itu menjadi titik tolak semuanya.

Penerangan Shafiq mengenai penyalitnya membuat aku mengubah keputusanku. Acapkali perasaan bersalah menghantuiku pabila Nifa enggan menerimaku.

Siang malam aku berdoa dia menerimaku, dan takdir menentukan segalanya, aku dan dia dipertemukan dan alhamdulillah dia sudi menerimaku semula. Namun, takdir tidak menyebelahiku, aku tetap akan berpisah denganya buat selamanya.

Aku harap kau dapat menggantikan aku menjaga Nifa dan Shafiq. Aku tahu jauh disudut hati kau, kau masih cintakan teman kecil mu. Aku harap kau dapat menjaga dan mencintai mereka lebih dari aku.

Akhir kata, ingat aku dalam doamu…

Amir Safuan

“Pak Cik Zakuan,” Shafiq menjerit memanggil Zakuan yang termenung jauh. “Sini lah.”

Shafiq mamanggil-manggil Zakuan. Zakuan tersenyum melihat keletah si kecil itu. Aku janji, aku jaga mereka lebih dari nyawa aku,” Zakuan menanamkan tekad.

~TAMAT~


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

17 ulasan untuk “Cerpen : Apakah mungkin, aku, kau dan dia? II”
  1. azy says:

    keep it up..

  2. Ms NoVeL... (^_^) says:

    best2..hrap dpt mngrang crpen yg lbih baik..chayok2 :smile:

  3. epy_elina87 says:

    hoohohoh…
    nice story…

  4. ekin says:

    jgn terburu-buru mengambil kptsn…
    setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya… ;-)
    sedihnya… :sad:
    pasti zakuan akan bersama dengan lizza…
    keep it up :!:

  5. deilzayin says:

    sy nak tnya…
    ada x cerpen apakah mungkin aku, kau dan dia? yg pertama???
    klu ada ble bg tau sy???

  6. to deilzayin –
    cerpen yg pertama ada Hana post kan kat blog penulisan yg dulu…
    tp Hana tak sure lah ada lagi ke tak…

    to all comentar –
    thanx sbb komen…
    really appreciate it…
    love u all…

  7. hazirah spy says:

    best harapdapat wat yang lebih baek
    best of luck and keep it up…..huhu gambate!gambate!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"