Cerpen : Cinta itu berputik kembali

23 January 2010  
Kategori: Cerpen

7,752 bacaan 21 ulasan

Oleh : nOr_1804

Puteri Syakilla binti Datuk Amar merupakan seorang pelajar jurusan pendidikan di sebuah Universiti Industri Selangor. Turut merupakan anak bongsu kepada Datuk Amar bin Khairudin, seorang usahawan yang berjaya. Killa mempunyai seorang kekasih yang amat di cintainya iaitu Mohd Hakimi bin Roslan dan merupakan seorang pelajar jurusan sains sukan di universiti yang sama. Hubungan yang terjalin diantara Killa dan Kimi bermula ketika mereka sama-sama menjalani aktiviti yang di anjurkan oleh pihak universiti. Perhubungan cintayang terjalin antara mereka amat mesra sekali sehingga di tempat pengajian, mereka berdua amat dikenali oleh semua teman kuliah. Dalam masa yang sama, Killa mempunyai seorang sahabat yang bernama Shahrul bin Datuk Mustafah dan merupakan pelajar dalam jurusan yang sama dengan nya. Hubungan antara Killa dan Shah hanya sekadar teman biasa. Bagi Killa, Shah lah sahabatnya untuk selamanya. Kepada Shah lah Killa mengadu segalanya, terutamanya mengenai Kimi. Keramahan dan kesopanan yang terserlah pada diri Puteri Syakilla telah membuatkan Shah mula menyimpan perasaan terhadap dirinya. Tapi Shah tiada kekuatan dan keberanian untuk meluahkan perasaannya pada Killa. Ini kerana Shah takut Killa tidak akan menerimanya malah menolaknya. Itu yang Shah takutkan. Tapi…segalanya telah berubah dengan sekelip mata………..

“Aduh…kenapa aku rasa lain macam je bila lihat Killa dan Kimi bersama ea? Tak kan aku……… Eh….tak mungkinlah…… Ish..merepek je aku ini. Aku kan sahabat Killa. Mana mungkin aku punya perasaan seperti itu.” Bisik hati Shah setelah melihat Killa dan Kimi.

Kini hubungan Killa dan Kimi sudah pun mencecah setahun. Pelbagai dugaan yang mendatang telah mereka hadapi bersama. Tapi apakan daya, andai antara mereka tiada lagi jodoh untuk terus bersama. Benar kata orang, masa dapat mengubah seseorang dalam sekelip mata. Itu lah yang terjadi kepada diri Kimi. Kimi berubah dalam sekelip mata setelah perhubungan mereka mencecah setahun sehinggakan Killa yang pernah bersamanya di lupainya hanya kerana gadis kaya. Killa kini terpaksa sendirian tanpa diri Kimi yang di cintainya. Disaat Killa sendirian pasti kenangan antara mereka bermain kembali. Pertemuan dan kata-kata akhir yang pernah terucap dari mulut Kimi sentiasa di sentiasa bermain di fikiran Killa………………..

“Kimi…. Killa ada sesuatu yang ingin Killa tanyakan kepada Kimi” tanya Killa kepada Kimi disaat mereka bertemu di Tasik berhampiran universiti mereka.

“Urm… apa dia Killa?” Dengan selamba Kimi menjawab pertanyaan kekasih hatinya.

“Kimi sayangkan Killa tak? Kimi tak kan tinggalkan Killa kan?” Tanya Killa dengan penuh harapan kepada insan yang di sayanginya.

“Killa…kenapa Killa tanya macam tu dekat Kimi? Huem… Killa macam tak percayakan Kimi je” Tanya Kimi kepada Killa setelah Killa menanyakan soalan seperti itu.

“Sebenarnya…. Killa takut…” Killa menunduk menjawab kembali soalan Kimi sebelum sempat Kimi menjawab soalannya tadi.

“Apa yang nak Killa takutkan? Bukannya Kimi ada perempuan lain selain Killa. Cinta dan kasih sayang Kimi hanya untuk Killa. Bukan untuk perempuan lain. Kimi harap Killa tidak akan berfikir seperti itu lagi selepas ini. Percayalah Killa, Kimi hanya sayangkan Killa dan Kimi janji yang Kimi tak kan tinggalkan Killa” sambil mengangkat kembali wajah Killa yang sebentar tadi tertunduk, Kimi memegang tangan Killa dan menjelaskan tentang perasaan sebenarnya terhadap Killa.

“Kalau itu yang Kimi katakan, Killla percaykan Kimi. Kimi…. Killa terlalu sayangkan diri Kimi. Kimi janji ea jangan pernah tinggalkan Killa.” Killa membalas genggaman tangan Kimi dengan erat setelah mendengar penjelasan dari Kimi.

“Ea sayang, Kimi janji takkan tinggalkan Killa.” Terukir sebuah senyuman di wajah kekacakan Kimi untuk kekasih hatinya.

Itulah pertemuan yang terakhir antara Kimi dan Killa dan siapa sangka kata-kata yang terucap dari mulut Kimi itu cuma kata-kata manis untuk menyenangkan hati Killa serta kata-kata yang tiada erti. Sejak peristiwa itu, Killa sentiasa merindui Kimi setelah hubungan mereka berakhir. Tapi apakan daya Killa untuk terus memaksa Kimi menerima dirinya setelah Kimi mula berubah hati kepada insan lain. Killa mengetahui tentang kehadiran gadis lain dalam hidup Kimi setelah melihat sendiri kemesraan mereka dan pengakuan ikhlas dari Kimi. Sejak peristiwa itu, Kehidupan Killa tidak lagi seperti dulu. Kini Killa telah mengambil keputusan untuk terus menutup pintu hatinya daripada menerima mana-mana lelaki selepas apa yang berlaku. Bagi Killa, apa yang terjadi dalam hidupnya terlalu menyakitkan. Killa merasa terlalu kecewa sehingga dia tidak dapat untuk meneruskan hidupnya. Tapi… dengan adanya sahabat baiknya Shah, Killa masih dapat bertahan untuk meneruskan kehidupannya setelah apa yang berlaku. Walaupun mereka berdua jarang bertemu, perhubungan mereka berdua tidak pernah berakhir. Mesej dan panggilan telefon lah yang menjadi perhubung antara mereka.

Ketika Killa yang sedang sibuk menyiapkan tugasannya, dengan tiba-tiba telefonnya berbunyi seperti mesej baru masuk melalui deringan ®JIKA AKU JATUH CINTA®. Dengan rasa yang gembira, Killa membaca mesej dan ternyata mesej itu daripada sahabat baiknya Shah.

-Salam.. Killa tengah buat apa tu J?-

-Wslam..Killa tengah siapkan tugasan Killa. Shah pula tengah buat apa?.-

- Shah menganggu Killa ke? Shah tak buat apa-apa.-

-Ish…Shah ni.. Shah tak ganggu Killa pun tau. Malah.. Killa rasa gembira tau bila Shah mesej KillaJ.-

-Betul ke ini? Urm…. Killa sekarang macam mana?-

-Betul lah Shah. Urm..Killa ok jew Shah. Cuma…luka di hati ini masih ada.-

-Killa… Shah harap Killa dapat hadapi semua ini. Shah akan sentiasa berada di sisi Killa J.-

-Terima kasih Shah. Killa bersyukur sangat sebab Killa ada seorang sahabat yang sentiasa bersama dan memahami Killa J. -

-Sama-sama Killa. Apa pun yang terjadi Shah akan sentiasa bersama Killa.- “Killa… Shah cintakan Killa,” bisik hati Shah ketika berbalas kiriman mesej kepada Killa.

-Shah… Killa nak sambung buat kerja dulu ea. AssalammualaikumJ.-

-Baiklah Killa. Waalaikummussalam J.-

Killa melalui hari-harinya seperti biasa walaupun dirinya baru kehilangan Kimi. Sahabatnya… Shah lah yang sentiasa menemani dirinya. Hinggakan ramai yang mengatakan mereka berdua seperti pasangan kekasih. Pada hakikatnya tidak. Shah tidak dapat lagi untuk menahan perasaan cinta dan sayangnya terhadap Killa. Bagi diri Shah, dia teringin sekali bersama dan melindungi Killa. Shah juga berharap dia tidak akan kehilangan Killa kerana bagi dirinya, Killa amat bererti. Akhirnya, Shah mengambil keputusan untuk bertemu dengan Killa bagi meluahkan perasaannya dan sanggup menerima apa jua jawapan daripada Killa. Malam setelah tamat kuliah, Shah mengambil keputusan menghantar mesej kepada Killa untuk mengajak Killa bertemu esok harinya kerana ketiadaan kelas.

-Salam.. Killa… Shah nak jumpa Killa leh tak?-

-Wsalm Shah.. leh jew.. Killa tak kisah. Tapi kat mana kita nak jumpa?-

-Urm.. kita jumpa kat tempat biasa ea.-

-Baiklah Shah J.-

Pagi yang dingin di Taman Pudu Ulu membuatkan diri Killa merasa segar. Sesaat kemudian, sedang Killa menghayati pagi yang indah dan nyaman itu, Shah hadir seperti yang di janjikan.

“Assalammualaikum Killa. Dah lama Killa sampai?” Dengan sebuah senyuman Shah memberikan salam kepada Killa.

“Waalaikummussalam Shah. Nak kata lama tu tak lah lama sangat. Oye… ada apa Shah ingin bertemu dengan Killa ini?” Senyuman terukir di bibir manis Killa sambil bertanyakan tujuan sebenarnya Shah yang ingin bertemu dengan dirinya.

“Apa kata kita duduk kat bangku tu dulu.. ok tak?” pelawa Shah kepada Killa sambil tersenyum gembira.

“Kalau macam tu, jomlah. Killa tak kisah” Senyuman terukir di bibir manis Killa sambil melangkah bersama Shah ke bangku kosong itu.

Mereka berdua berjalan beriringan kearah bangku kosong yang berhadapan sebuah dataran yang sangat cantik. Sampai sahaja mereka berdua di bangku itu, mereka berdua duduk dan masing-masing berdiam diri sehinggalah…..

“Killa….” Panggil Shah dengan lembut ketika mereka berdiam diri.

“Ea Shah… kenapa? ” Jawab Killa dengan lembut setelah mendengar Shah memanggil namanya.

“Sebenarnya Shah ada sesuatu yang ingin Shah katakan.”

“Apa dia? Katakanlah. Killa sedia mendengarnya.” Sebuah senyuman terukir di wajah ayu Killa.

“Huem… sebenarnya…..” Shah mula rasa serba salah untuk berterus terang dengan Killa kerana dia takut akan kehilangan Killa.

“Sebenarnya apa Shah?” Killa yang mula pelik dengan sikap Shah, mula bertanya kembali.

“Sebenarnya… Shah cintakan Killa.”

“Apa?!” Killa terkejut ketika Shah menyatakan perasaannya.

“Ea Killa… Shah sebenarnya cintakan Killa. Shah tau Killa tentu akan terkejut. Maafkan Shah Killa.” Jujur Shah kepada Killa.

“Tapi Shah…. Sejak bila? Kenapa baru sekarang Shah berterus terang dengan Killa tentang perasaan sebenar Shah? Shah sendiri tahu kan keadaan diri Killa sekarang macam mana. Urm…” Tanya Killa mencari kepastian tentang apa yang di dengarinya.

“Ea… Shah tahu. Tapi terus terang Shah katakan, Shah mula mencintai dan menyayangi Killa sejak pertama Kalinya kita bersua Killa. Ketika itu, Shah dapat rasakan ada sesuatu perasaan yang aneh hadir dalam diri ini. Sudah lama Shah menyimpan perasaan pada Killa. Cuma kini barulah Shah ada keberanian untuk berterus terang tentang perasaan sebenar Shah kepada Killa.” Tanpa rasa segan lagi Shah telah menjelaskan tentang perasaan sebenarnya kepada Killa.

“Shah….” Killa memanggil Shah setelah mendengar penjelasan Shah.

“Ea Killa… kenapa? Andai kejujuran Shah ini membuatkan Killa kurang selesa Shah minta maaf Killa, Shah tak bermaksud seperti itu. ”

“Urm…. Killa sebenarnya tak tahu nak katakan apa Shah. Shah sendiri kan tau yang Killa baru lepas putus dengan Kimi. So… Killa harap Shah berikan Killa waktu untuk berfikir. Killa minta maaf ea Shah. Killa tidak mungkin dapat memberikan jawapan kepada Shah untuk masa sekarang. Maafkan Killa. ” Jelas Killa kepada Shah setelah Shah berterus terang tentang sesuatu yang tidak Killa jangkakan.

“Kalau Killa dah kata macam tu, Shah faham dan Shah tak kan paksa Killa untuk menerima diri Shah ini.” Dengan sayunya, Shah bersuara setelah Killa menyatakan sesuatu yang tidak dapat diterimanya.

“Shah.. bukan macam tu Killa maksudkan… Killa Cuma perlukan waktu untuk memikirkannya. Maafkan Killa sekali lagi”

“Tak apalah Killa… Shah minta maaf atas tindakan Shah yang terburu-buru berterus terang tentang perasaan Shah kepada Killa tadi. Salah Shah juga. Maafkan Shah.” Terserlah kesedihan di wajah Shah.

“Shah…. Janganlah macam ini.” Killa ketika ini mula merasa serba salah terhadap diri Shah.

“Tak apalah Killa, Shah faham. Shah rasa baik kita pulang. Lagi pun Shah lepas ini ada kerja. Jom Shah hantar Killa balik.” Shah mula berdolak dalik dengan mengajar Killa pulang agar Killa tidak merasa tertekan dengan tindakannya.

“Baiklah.” Ringkas saja Killa menjawab lalu mengikut Shah yang ingin menghantar dirinya pulang.

Sejak pertemuan itu, hubungan Killa dan Shah tidak seperti dulu lagi. Hubungan mereka berdua mula renggang. Shah kini seperti menjauhkan diri daripada Killa dan Killa dapat merasainya. Kini…. Sudah dua bulan lebih Killa dan Shah tidak bertemu mahupun berhubung. Killa mula merasa kan sesuatu, sesuatu yang sebelum ini tidak pernah dirasainya. Perasaan rindu mula hadir. Perasaan sayang dan cinta mula berputik di dalam diri Killa setelah Shah tidak lagi bersamanya.

Sampailah suatu saat itu, Killa akhirnya mengambil keputusan untuk bertemu dengan Shah setelah mereka berdua tamat pengajian agar Killa dapat meluahkan perasaan sebenarnya kepada Shah. Killa akhirnya membuat panggilan ke nombor telefon Shah dan mengharap Shah akan mengangkat panggilannya.

Sewaktu Shah sendirian menenangkan fikirannya. Telefon bimbitnya bordering irama ®BERTAPA AKU MENCINTAIMU®. Shah mengambil keputusan untuk mengangkat panggilan dari insan yang pernah di cintainya.

“Assalammualaikum Shah. Ini Killa.” Dengan perasaan yang gementar, Killa memberi salam terlebih dahulu.

“Waalaikummussalam Killa. Kenapa Killa telefon Shah ini. Ada apa-apa ke?” Tanya Shah setelah menjawab salam dari Killa.

“Sebenarnya.. Killa nak ajak Shah jumpa. Leh tak? Ada perkara yang ingin Killa katakan”

“Huem…..” shah mendiamkan diri setelah mendengar tujuan Killa menelefonnya. Shah mula merasa pelik dengan tindakan Killa yang dengan tiba-tiba mengajaknya untuk berjumpa.

“Shah..kenapa diam jew nie? Shah? Shah?” Tanya Killa sambil memanggil-manggil nama Shah.

“Aaaa…eee….ea…Killa… Shah dengar. Kalau itu yang Killa inginkan, Shah ikut je.”

“Kalau macam tu, kita jumpa kat tempat biasa ea Shah.”

“Baiklah Killa.”

“Ok lah Shah, Killa ada kerja yang ingin diselesaikan dahulu. Kita jumpa nanti ea. Assalammualaikum.”

“Baiklah Killa. Waalaikummussalm.”

Seperti yang di janjikan, Killa dan Shah akhirnya bersua. Inilah pertemuan mereka setelah mereka berdua tidak bertemu selepas masing-masing menamatkan pengajian. Ketika mereka berdua bersua, masing-masing sudah berlainan cara. Siapa sangka Shah yang selama ini berpenampilan skema akhiranya berubah kepada yang lebih smart. Killa pulak daripada yang tidak bertudung, akhirnya mengenakan tudung.

“Assalammualaikum.” Tegur Shah ketika melihat seorang gadis yang bertudung di bangku itu.

“Waalaikummussalam .” Sebuah senyuman Killa hadiahkan kepada Shah setelah menjawab salam Shah.

“Ini….Killa ke?” Tanya Shah kepada gadis yang bertudung di bangku itu.

“Ea…ini Killa.” Dengan menghadiahkan sebuah senyuman kepada Shah, Killa menjawabnya.

“Tak sangka kan. Killa dan Nampak lain lah.” Shah berkata setelah Killa menyatakan dirinya sebagai Killa.

“Apa yang lainnya Shah. Ada-ada je Shah ini.”

“Killa sekarang macam mana? Wah…. Shah tengok Killa sekarang makin cantik lah. Makin ayu, tambah pula bila Killa bertudung. Oye… ada apa Killa ingin bertemu dengan Shah ini” Usik Shah sambil menanyakan tujuan sebenar Killa ingin bertemu dirinya.

“Ish… Shah ini, ada-ada je tau. Killa sihat je Shah. Sebenarnya Killa ada sesuatu yang hendak diberitahu. Killa harap Shah akan menerimanya setelah Killa menjelaskannya.”

“Maksud Killa apa? Shah tak faham.” Tanya Shah dalam kekeliruan.

“Shah… Killa sebenarnya sayangkan Shah. Killa mula menyedari semua ini setelah Shah menjauhkan diri Shah daripada Killa. Killa terseksa dan kini Killa nak Shah tau yang Killa mula menyayangi dan mencintai Shah.”

“Killa?” Panggil Shah setelah mendengar apa yang Killa katakan.

“Shah..maafkan Killa kerana sebelum ini Killa tidak dapat menerima diri Shah dan telah menolak cinta dan sayang dari Shah. Tapi…kini baru Killa menyedari bertapa pentingnya Shah dalam hidup Killa. Killa perlukan Shah.” Killa menangis sambil menjelaskan tentang perasaannya dan penyesalannya menolak cinta Shah suatu ketika dahulu.

“Killa…sejak pertemuan akhir itu, Shah sentiasa merindui dan masih lagi menanti kehadiran diri Killa sehingga kini dan Shah yakin Shah akan dapat memiliki cinta Killa. Dan kini, akhirnya Shah berjaya juga untuk memiliki cinta Killa. Shah ingin ucapkan terima kasih kepada Killa sebab sudi menerima Shah. Itulah jawapan yang Shah nantikan daripada Killa”

“Sama-sama Shah. Killa pun begitu Shah. Killa rindukan diri Shah. Shah…Killa sayangkan Shah. Jangan pernah tinggalkan Killa seperti dulu lagi ea Shah?” Kata Killa kepada Shah sambil menahan sebak.

“Shah pun sayangkan Killa dan Shah berjanji akan menjaga dan tidak akan meninggalkan Killa lagi. Shah janji Killa. Oye…Killa…… setelah Shah mendengar semua ini. Ada sesuatu yang ingin Shah katakan.” Sambil memegang erat tangan Killa, Shah telah berjanji sesuatu dengan Killa.

“Killa percayakan Shah. Huem… apa dia Shah?”

“Sebenarnya, Shah dan mengambil keputusan untuk menyuruh kedua orang tua Shah merisik Killa”

“Betul ke Shah?” Dengan perasaan gembira, Killa menanyakan kembali kepada Shah untuk meminta kepastian.

“Ea Killa. Hujung bulan ini ibu bapa Shah akan datang merisik Killa. Shah harap Killa akan memaklumkan kepada kedua orang tua Killa ea. Shah jujur yang Shah tidak sanggup lagi untuk kehilangan diri Killa. ”

“Shah… terima kasih Shah. Killa sayang dan cintakan Shah. ” akhirnya berguguranlah air mata Killa setelah mendengar apa yang di sampaikan oleh Shah.

“Killa…..jangan menangis lagi ea. Shah kan dah janji yang Shah akan menjaga Killa. Shah akan tunaikan Jnaji Shah. Dan ada satu perkara lagi yang Shah nak Killa tau. Cinta dan sayang Shah pada Killa tidak akan pernah berakhir. ” Shah mengesat linangan air mata Killa yang berguguran dan turut menjelaskan perasaan cinta dan sayangnya yang tidak pernah pudar kepada Killa.

Setelah pertemuan yang terjadi antara Killa dan Shah, mereka berdua telah di tunangkan. Dua bulan selepas itu, Shah dan Killa telah di ijab kabulkan di Masjid Negara.

“Aku nikah kan dikau Shahrul bin Datuk Mustafah dengan Puteri Syakilla binti Datuk Amar dengan mas kahwin RM80 tunai.” Tanya tok kadi kepada Shah.

“Aku terima nikah dia Puteri Syakilla binti Datuk Amar dengan mas kahwin RM80 tunai.” Dengan rasa gementar, akhirnya Shah dapat melafazkan kata terima nikah daripada tok kadi kepada Killa.

“Sah? Sah? Sah? Sah?” Tanya tok kadi kepada empat orang saksi.

“Sah.” Jawab keempat-empat orang saksi.

Kini dengan sekali lafaz,Puteri Syakilla binti Datuk Amar telah sah menjadi seorang isteri kepada Shahrul bin Datuk Mustafah. Kebahagiaan akhirnya menjadi milik Killa da Shah untuk selamanya.

“CINTA ITU SEPERTI KAIN PUTIH, HANYA KITA YANG AKAN MENCORAKKAN CINTA ITU AGAR CINTA ITU MENJADI SEBUAH CINTA YANG SUCI DAN DI DIBERKATI ILLAHI. DAN SEMOGA CINTA YANG HADIR ITU AKAN TERUS BERKEKALAN SELAMANYA”

Harap para pembaca akan memberikan komen yang bersesuai dengan hasil cerpen saya ini yang tidak seberapa. Ini merupakan cerpen ketiga saya yang pernah saya hantar ke laman web penulisan2u ini. Ikhlas dari saya. J


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

21 ulasan untuk “Cerpen : Cinta itu berputik kembali”
  1. alya says:

    boring la. but keep up ya!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"