Cerpen : Cinta komik

18 January 2010  
Kategori: Cerpen

9,048 bacaan 25 ulasan

Oleh : Tini Tania

Dia membelek fail yang bertimbun di hadapannya. Kerjanya itu tidak pernah habis. Dari pagi ke tengah hari, dia berada di luar pejabat. Perbincangan tentang tender yang baru masuk dari Syarikat Indera Makhota Shd Bhd. Balik dari perbincangan itu, dia dijamu dengan dengan fail-fail ini pula. Penat. Meletihkan dan perkataan yang seerti dengannya. Dia mengeluh. Selepas dinaikkan pangkat ke penolong pengurus, kerjanya kian bertambah sehingga dia terpaksa kerja overtime.
Selepas jarum jam melepasi angka 6, barulah dia berkemas untuk pulang. Itupun selepas tangannya penat menandatangani fail-fail itu. Hampir 3 tahun dia bekerja di situ. Dia banyak belajar daripada Tuan Hakim, pengurus dan pengerusi syarikat itu. Dia bergerak ke keretanya. Sebelum dia pulang ke rumah, dia singgah ke ke serbaneka Seven Eleven. Dia membeli minuman. Dia menoleh ke rak yang mempunyai beberapa buah komik yang tersusun di atasnya. Dia mahu membaca komik tetapi setiap kali dia mahu membeli, dia akan teringat akan kenangan bersama seseorang.
Dia menyambung perjalanan pulang ke rumah. Rumah teres 2 tingkat itu didiaminya bersama 2 orang gadis yang masih melanjutkan pelajarannya di Bangi. Dia sampai di rumah tepat pukul 7 malam. Kedua-dua gadis itu sudah berada di rumah. Dia cepat=cepat membersihkan dirinya untuk menghadap Tuhan Yang Esa. Usai bersolat, dia berdoa agar keselamatan diri dan mama yang kini berada di Pulau Pinang sihat dan tidak ditimpa musibah. Selepas menanggalkan telekung sembahyang, dia keluar ke ruang tamu menjenguk kedua-dua gadis itu. Kelihatan gadis itu sedang sibuk mengulang kaji pelajaran. Jadi dia keluar ke hadapan rumah untuk menghirup udara malam yang segar.
Dia mendongak ke arah langit. Langit pada malam itu tidak mempunyai bintang. Hanya kegelapan di matanya. Namun langit tetap kelihatan cantik di matanya. Kadang-kala dia berfikir bagaimana malam boleh terjadi, siang boleh terjadi. Dia mengatakan Tuhan itu Maha Berkuasa kerana mampu mencipta alam semesta yang cukup hebat dan unik.

Amerin keluar selepas pukul 5 petang. Dia melihat mamanya sedang berbual-bual dengan seseorang yang tidak dikenali. Dia pantas menerpa ke arah mamanya. Mamanya terkejut kemudiannya dia lantas tersenyum.
” Sayang, ni Mak Cik Aisyah. Jiran kita yang baru. Anak dia ni namanya Khairul Izani. Sayang nak pergi main sekarang,” soal mamanya.
” Hmm……nak pergi main kat taman,” ucap Amerin.
” Kalau macam tu, sayang ajaklah Zani sekali,” usul mamanya.
Dia memandang lama ke arah budak lelaki itu. Budak lelaki itu kelihatan takut dengan pandangan matanya. Kemudian dia mendekati budak lelaki itu dengan senyuman manis. Dia mencapai tangan budak lelaki itu dan menarik lengan budak lelaki itu supaya mengikut langkahnya. Di situlah terjadinya satu persahabatan yang erat antara mereka berdua.

” Kau baca apa tu, Zani?” soal Amerin.
” Aku tengah baca komik Under 18. Best giler cerita dia. Cerita macam budak-budak sekolah macam kita ni,” ucap Zani.
” Kalau macam tu, lepas kau habis baca beri pada aku tau,” ujar Amerin pula.
” Beres bos.”
Amerin berlegar-legar di ruang tamu rumah Izani. Rumah teres setingkat itu tampak ringkas dengan hiasan dalaman yang biasa sesuai benar dengan Izani dan ibunya. Bapa? Amerin sendiri tidak pernah melihat bapa Izani. Dia pernah bertanya kepada Izani akan perkara itu tetapi Izani langsung tidak menjawab. Sejak hari itu, dia tidak pernah lagi bertanya.
Dia sendiri tidak pernah berjumpa dengan bapanya. Mamanya pernah bercerita dengannya tentang bapanya. Bapanya tidak mahu berjumpa dengannya kerana menyangka yang dia bukanlah anak kandung bapanya. Perkara itu membuatkan dia berasa benci dengan bapanya.
Dia pergi ke rak yang mengandungi beberapa buah majalah, novel serta komik. Bertimbun novel dan komik tersusun kemas. Ibu Izani meminati novel manakala Izani meminati komik. Mak Cik Aisyah selalu menyuruhnya supaya cuba membaca novel. Katanya novel lebih menyeronokkan tetapi bagi Amerin, dia lebih menyukai komik kerana tidak menbosankan seperti novel. Novel Cuma mempunyai tulisan yang banyak. Dia sering berasa pening apabila melihat tulisan yang banyak. Hal ini kerana dia kurang suka membaca.
” Eh, komik barulah.” Tangannya mencapai satu sebuah komik. Dia mencari posisi yang selesa untuk membaca. Dia mula membaca. Muka surat pertama lagi sudah lawak dengan lukisan yang tidak masuk akal. Dai ketawa terbahak-bahak. Komik itu mengisahkan seorang gadis gagah seperti lelaki yang mencari pasangan hidupnya.
” Hoi, mama kau dah bising kat sana. Kau boleh baca komik kat sini. Mama kau cakap yang kau nak datang sekejap je tapi ni dah setengah jam,” tegur Izani menyebabkan dia terkejut.
” Alamak, aku lupalah. Aku pinjam komik ni,ek.” Amerin terus berlari ke rumah.
” Kenapa lama sangat, Rin?” soal mamanya apabila dia sampai ke rumah.
” Sorrylah mama. Seronok sangat dapat baca komik ni.” Amerin tersengih memandang mamanya.
” Yelah tu…..Mama faham dengan Rin ni. Kalau dah jumpa komik, semua benda boleh lupa. Entah apa yang seronok sangat dengan komik tu,” bebel mamanya.
Amerin hanya tersengih. Dia masuk ke bilik menyambung kembali pembacaannya. Tidak kering gusi dibuatnya sampai suaranya yang sedang ketawa sampai ke ruang tamu. Mamanya pun menegur. Pantas dia menekup mulutnya menahan ketawa. Telefon rumah yang berbunyi dijawab oleh mamanya.
” Rin, Zani call,” laung mamanya.
Dia berlari mendapatkan telefon tersebut.
” Rin, birthday kau bulan depan kan?” soal Izani.
” Kenapa?”
” Kau nak hadiah apa?”
” Kalau kau nak beri, kau beri aku satu kotak yang penuh dengan komik yang belum aku baca,” ujar Amerin.
” Ok.” Talian itu diputuskan.

Dia telah lewat untuk ke mesyuarat di Syarikat Mega. Dia berlari ke lif untuk naik ke tingkat 3.Dalam keadaan kelam kabut, dia telah terlanggar seorang lelaki yang separuh abad.
” Maafkan saya, encik. Saya yang bersalah,” ungkapnya sambil memungut fail-failnya yang jatuh serta helaian kertas yang dipegang oleh lelaki itu.
Kemudian dia bangun dan menghulurkan helaian kertas tadi kepada lelaki itu dan memohon maaf sekali lagi. Dia terus ke bilik mesyuarat. Dia memberi salam. Selepas dia masuk ke dalam, semua mata tertumpu kepadanya. Kemudian mereka berbisik sesama sendiri. Dia ternampak seseorang melambai ke arahnya. Malina. Dia menuju ke tempat kosong di sebelah Malina. Dia duduk melepaskan keletihan. Mujurlah mesyuarat belum bermula. Kedengaran seorang lelaki memberi salam, masuk serta duduk di kerusi khas.
” Eh, Rin. Kenapa muka dia ada iras kau?” soal Malina.
Amerin mengangkat mukanya. Dia memandang ke arah lelaki itu. Dia sendiri berasa terkejut melihatnya. Namun dia tidak mengendahkannya. Dia berfikir yang dalam dunia ini akan ada 7 orang yang mempunyai wajah yang hampir sama.
Setelah mesyuarat dimulakan, barulah dia tahu yang lelaki tadi adalah Dato’ Abdul Malik. Mesyuarat tersebut berlangsung selama 2 jam. Amerin menjadi tidak selesa kerana dia selalu menjadi tumpuan lelaki itu. Sesekali ada juga seseorang menjelingkan ke arahnya. Dia sendiri tidak tahu kenapa.
Dia mengemas fail-fail yang dibawanya. Dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat itu. Sebelum dia keluar, dia telah disapa oleh Dato’ Abdul Malik.
” Siapa nama awak?” soal Dato’ Abdul Malik.
Dia menjadi pelik mendengar pertanyaan dari lelaki tua itu. Namun dia tetap menjawab soalan itu dengan sopan. ” Nurul Amerin Lidya bt. Abdul Malik.”
” Boleh saya tahu di mana ayah awak berada sekarang?” soalnya sekali lagi.
” Entahlah, saya sendiri tak tahu. Mungkin dia dah mati agaknya,” jawab Amerin dengan selamba.
Jawapan itu mengejutkan Dato’ Abdul Malik. Tanpa menghiraukan perubahan di wajah lelaki itu, dia mengangkat kaki untuk pergi. Seperti biasa dia ke kedai Seven Elevan. Dia ke ruang komik. Dia leka melihat setiap komik itu. Dia mahu menarik sebuah komik. Dalam masa yang sama, tangannya dipegang oleh seseorang.
” Apa ni?” Dia mengangkat mukanya dan memandang muka orang tersebut. Matanya terbeliak memandang muka itu. Seorang lelaki. Lelaki itu juga terkejut melihat Amerin. Amerin mengambil keputusan untuk pergi dari situ. Jantungnya berdegup kencang. Betulkah dia sebenarnya?

Seminggu selepas dia outstation di Penang, dia dikejutkan dengan berita kedatangan Dato’ Abdul Malik di rumahnya. Dia dapat melihat betapa rancaknya perbualan antara Dato’ Abdul Malik dengan mamanya sehingga mamanya tidak sedar akan kepulangannya. Dia melihat lelaki itu tersenyum manis ke arahnya. Pelik. Kenapa mama nampak macam kenal rapat dengan lelaki itu? Atau mama nak kahwin lagi? Terlalu banyak spekulasi di fikirannya tentang perkara itu.
” Rin, mari kat mama. Ada perkara yang perlu dibincangkan,” ucap mamanya. ” Mama nak Rin terima dengan hati yang terbuka.” Mamanya bermukadimah. Amerin menjadi semakin berdebar-debar. ” Sebenarnya, dia ni ayah kandung Rin.”
Spontan Amerin berdiri tegak. Matanya tajam memandang Dato’ Abdul Malik. Dia tidak akan senang –senang menerima seseorang yang telah membuangnya. ” Rin tak pernah ada ayah. Dia yang tak mahu mngaku Rin sebagai anak dia. Jangan harap Rin akan terima dia sebagai ayah Rin,” jerit Amerin.
” Sayang, dia dibuat orang masa itu. Papa sayang baru je baik. Sayang tahu jelah pengalaman yang dibuat orang. Kita akan ikut apa saja apa yang orang suruh. Takkanlah sayang tak keampunan nak panggil papa?” pujuk mamanya.
Lama dia berdiri memandang mamanya. Dia buntu. Dia memang inginkan kasih sayang seorang bapa. Dia mula menjadi sebak. Air matanya mula mengalir. Perlahan-lahan dia merapati Dato’ Abdul Malik.
” Papa, maafkan Rin.” Dia memeluk erat papanya.

Sebulan dia bekerja di syarikat milik Dato’ Abdul Malik. Sebulan itulah, dia merahsiakan perhubungannya dengan papanya. Dia menjadi gembira dengan kehadiran papanya. Pada suatu hari, papanya mengadakan majlis sempena menyambut kedatangannya secara rasmi sebagai anak Dato’ Abdul Malik.
” Saya nak umumkan sesuatu. Saya rasa saya dah tua. Jadi saya mahu seorang pengganti mengambil alih syarikat ni. Saya ingin serahkan pada……..pegawai pengurus pemasaran, Cik Amerin Lidya binti Abdul Malik.” Abdul Malik berucap. Sesudah ucapan itu habis, kedengaran bisikan antara staf-staf yang berada di situ.
” Cik Amerin, sila ke hadapan,” arahnya. Amerin hanya menurut. Dato’ Abdul Malik tersenyum. ” Untuk pengetahuan anda semua, dia adalah anak kandung saya yang hilang dulu.”
Sesaat. Dua saat….. kedengaran tepukan dari staf-staf di situ. Patutlah mereka semua melihat hubungan rapat antara pengurus syarikat ini dengan amerin. Amerin tersenyum manis kepada mereka.
” Papa nak Rin jumpa seseorang yang amat papa percaya. Dia akan bantu Rin dalam menguruskan syarikat ni. Khairul, mari sini,” laung papa kepada seorang jejaka.
Dia terkejut melihat jejaka itu. Dia tidak menyangka yang dia akan berjumpa dengan jejaka itu. Dia cuba berpura-pura dia mengenali jejaka itu. Dia masih berasa sakit hati dengan jejaka itu kerana jejaka itu tidak menunaikan janjinya.
” Papa tengok dia ni baik sangat. Ada ciri-ciri suami yang soleh. Rin tak rasa macam tu ke?” soal papanya.
” Rin tengok muka dia baik je,’ ucap Amerin.
” Baguslah kalau tu. Rin nak kahwin dengan dia tak?” Direct je soalan cepumas itu.
Amerin tersentak. Biar betul papa ni. Dia Cuma mendiamkan diri.

Keesokkan paginya, Amerin dikejutkan dengan sebuah kotak besar yang berbalut cantik di pejabatnya. Hari ini bukan hari jadinya. Puas dia memikirkannya. Kemudian dia mendekati dan membuka kotak ini. Ada sekeping kad yang terselit di situ. Dia mengambil dan membacanya.
‘ Maafkan aku kerana lambat menunaikan janjiku padamu.”
Dia tersentak. Kemudian tersenyum sendirian. Dia masih ingat rupanya.lantas dia membuka kotak itu. Dia melihat buku komik tersusun dengan kemas. Banyak. Dia tersenyum. Hatinya dipenuhi dengan bunga cinta Izani. Satu nama yang sudah lama berkutik di hatinya.
Kerana komik, mereka dipisahkan. Kerana komik juga, mereka disatukan. Itulah CINTA KOMIK.




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

25 ulasan untuk “Cerpen : Cinta komik”
  1. lalallalala.... says:

    boring jer citer die…cm bebdk,,,lallallala

  2. alyn says:

    tak best sngat la..ending tergantung..tak pew..pdulikan ape org ckap..ambil nasihat ni sbgai iktibar..teruskan usaha..gud luck ye..(:

  3. mysa amane says:

    X best lansung… Tah pape ntah…. Klu x tau nk buat x yah la buat…. Semak jew…

  4. erin says:

    ok jer. cma ending trgantung hrp ad smbungan

  5. aq says says:

    best apew….

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"