
Cerpen : Cinta? segalanya tidak mustahil!
Oleh : Tiz_liena
Bercinta? Of course dengan Chinese girl ! Mustahil aku akan memilih Malay atau Indian girl untuk berdampingan dan berkasih denganku – bagai langit dengan bumi, itu aku umpamakan diriku dengan gadis-gadis lain selain gadis Cina yang ada di bumi tercinta ini. Tidak mungkin juga hatiku ini bisa ‘terjatuh’ cinta pada seorang gadis yang bukan Chinese girl seperti yang aku miliki sekarang. Amm… gadis Melayu umpamanya.. Oh, mustahil! Bukankah seorang lelaki Cina itu mesti berkasih dengan gadis Cina, manakala gadis Melayu itu lebih serasi dengan jejaka Melayu? Kebanyakannya begitu….
Tidak dinafikan aku ini seorang lelaki yang gemar ‘meninjau-ninjau’ sekeliling, melihat yang cantik dan seksi, menegur yang ramah dan manja seterusnya cuba menilai mereka dari pelbagai sudut pandangan. Jujurnya aku seorang yang individu yang mesra dengan sesiapa sahaja, berkawan tanpa mengira jentina, bangsa dan agama. Aku memilih seseorang berdasarkan keperibadiannya bukan kerana status bangsa dan agamanya. Aku dilahirkan dalam keluarga berketurunan Cina tetapi membesar dalam lingkungan budaya yang pelbagai dan mempelajari tentang cara hidup manusia-manusia yang hidup di bumi Malaysia ini serta belajar serba sedikit pengetahuan berkenaan pengangan agama yang mereka anuti.
” Denial Ho.”
Aku tersentak seketika saat namaku dipanggil manja. Pantas aku berpusing menatap wajah si pemanggil tadi.
” Yes darling!”
Balasku bergurau menuturkan perkataan nakal itu pada Indian girl di hadapan. Dia tertawa lucu menampakkan segaris giginya yang tersusun rapi.
Dia diantara gadis-gadis sekerja yang sudah masak dengan gurauan dan telatah nakalku saban hari.
” You break pukul berapa?” soalnya kemudian. Aku melirik jam di pergelangan tangan.
” Dua petang, why?” giliran aku bersoal sambil berjalan perlahan mendekati dirinya, Sengaja ingin mengusik gadis ini! Seketika dia berundur ke belakang sambil menggeleng kepala.
” Belikan i mee gorang kedai seberang jalan ya.”
” Okey, then you mesti upah i ” ujarku sekali lagi cuba bergurau.
” Upah apa?” dia mengangkat keningnya yang diukir tipis.
Aku menuding jari telunjuk ke pipi kananku.
” Huh! Ada-ada saja you ni!!” dia tersengeh lagi dan berkali-kali rmengeleng kepala kemudian terus melangkah pergi. Sesaat tertawa besar melihat wajahnya yang merah padam. Aku mengerti dia mungkin malu bila aku bergurau begitu!. Seringkali aku bergurau nakal begitu dengannya, sekadar melihat wajahnya merah padam seperti tadi. Dan dia sudah terlalu biasa dengan usikanku ini, malah bukan dia seorang tetapi yang lain juga! Seperti gadis-gadis lain yang berada di sini dan di luar sana, dia sering kunilai firasatnya dari pelbagai sudut.
Dan dia bagiku seorang gadis yang low profile, mudah mesra, open minded dan sexy ketika tertawa!! Aku menyenangi dirinya yang mudah di ajak bersembang, bertukar pandangan tentang banyak perkara,daripada topik di tempat kerja, hiburan sehinggalah kepada cerita tentang pasangan masing-masing!!. Yang menariknya, dia lebih gemar mamuji bekas kekasihnya yang dulu berbanding dengan kekasihnya yang sekarang. Entah, kadang-kadang sukar mengerti sifat wanita ini.
* * * * * *
Malam ahad itu, ketika sedang lena di katil empuk, berkali-kali telefon bimbitku berdering. Aku yang masih berkeadaan separuh sedar cuba menjawab panggilan itu.
” Hello ”
” Hello dear..you dekat mana? ”
suara halus dicorong telefon itu tiba-tiba membuatkan aku bingkas bangun secepat mungkin. Oh my god!!
” Darling…i on the way sekarang, you tunggu sekejap okey?”
Ujarku berbohong. Tergopoh gapah aku meluru ke kamar mandi dengan membawa telefon bimbit. Sesekali terdengar keluhan di corong telefon bimbit itu.
” Okey…jangan lambat sangat! Miss you…”
” Miss you too…”
Aku membalas perkataan itu sekadar melayani girlfriend baruku itu. Kekasih baru tetapi sudah membosankan!! Kalau dia tidak membosankan pasti aku akan mengingati temujanji kami untuk ke Awana Club malam ini. Hehehe….
Bersosial dan berhibur? Semestinya! Tapi bukan untuk drinking dan smoking, aku ke sana sekadar untuk berdansa bersama rakan-rakan serta kekasih baruku- Adelia Lee namanya. Aku masih menyayangi tubuh badan ini dan kerana itu aku mesti menjauhi minuman keras yang menjadi hidangan utama pengunjung di situ tanpa mengira bangsa.
Ada seorang kenalan Melayu memberi gelaran kapada minuman keras itu sebagai ‘air syaitan’. ‘Air syaitan’? pada mulanya aku ketawa besar mendengar gelaran itu. Aku sengaja bertanya kenapa dia memanggil demikian untuk minuman itu. Balasnya air itu haram diminum!
Oh, haram? Kemudian aku bertanya lagi tentang pengertian haram itu kepadanya. Sengaja soalan itu aku ajukan kepada dia, sekadar untuk mengetahui sejauh mana dia mengerti perkataan yang disebutnya tadi.
Jawabnya ” Yang tak boleh minum la…haram!!”
Aku tersenyum. Jawapan rapuh itu diberikan kepadaku mungkin dia tidak mahu menerangkan secara lebih detail mungkin kerana aku ini berbangsa Cina.
Walaupun dia Malay dan aku Chinese, tidak semestinya aku tidak faham pengertian perkataan itu. Membaca tentang pengertian itu sekadar untuk mengetahui pengertian itu sahaja atau dengan kata lain untuk menambah pengetahuan. Aku miliki ramai kenalan Melayu dan kerana itu aku mengetahui serba sedikit tentang tentang kepercayaan mereka .
Kami berpimpingan tangan masuk ke dalam club itu, alunan muzik dan lagu rock versi Inggeris gamat diputarkan, terasa jantungku turut berdentum!
Kami menyusup masuk di antara puluhan pengunjung yang sedang ligat menari mengikut rentak muzik yang bingit. Tangan kekasih baruku itu kugenggam erat. Dia juga begitu!
Aku memilih sebuah meja di penjuru club, di sebelah meja kami ada pasangan seperti kami yang juga sedang memadu kasih. Berpelukan antara satu sama lain, di atas mejanya ada sebotol bir dan punting rokok yang bersepah-sepah!. Aku sekadar menjeling dengan ekor mata. Seketika seorang pelayan datang kepada kami.
Aku menyentuh pipi gebu Adelia Lim.
“You nak minum apa?”
” Same with you dear…” manja sekali suaranya!
” Pepsi ” kataku memesan minuman. Pelayan itu menggangguk, kemudian pergi.
” Pepsi?” Adelia berkerut dahi, seakan terkejut.
” Yup, why?” soalku kembali, aku sebenarnya sudah tahu maksud dia.
Seketika dia tertawa lucu. ” Just pepsi? So funny!”
Aku sekadar tersenyum memandang wajah manja miliknya.
” Dear..first time dalam hidup ini, i keluar dengan lelaki kacak dan selalu dikelilingi gadis cantik like you yang tidak mengajak i drinking.”
Dia melentok kepala di atas bahuku sambil kedua-dua tangannya mengenggam tanganku.
” This is my stail…i suka cara begini. ”
” Dance?” sambungku cuba mempelawanya. Dia menggangguk bersetuju. Perlahan aku menarik tangan membawanya berdansa.
Lebih kurang pukul 2 pagi, kami berdua beriringan pulang, aku menghantar kekasihku hingga ke perkarangan rumahnya.
” Take care..sweet!” ujarku menyentuh pipinya sebelum dia keluar dari kerata.
” Okey…amm..you tak nak bermalam di rumah i? ”
Soalnya, dia menggenggam jari jemariku. Aku tersenyum, ini bukan kali pertama dia mengajakku bermalam di rumahnya, sudah berpuluh kali dan aku akan memberi jawapan yang sama setiap kali dia mempelawa.
” sorry dear…esok i perlu kerja awal tapi kita akan keluar lagi esok, macam mana? ”
giliran aku bersoal.
” Okey ”
Dia mencium pipiku kemudian bergegas keluar, mungkin dia malu-malu! Dia sama seperti para kekasihku yang dulu!
* * * * * *
Aku melirik jam di pergelangan tangan, jarum jam yang bergerak persis kura-kura itu baru menunjukkan pukul dua petang. Sesaat aku mengeluh panjang sambil meninjau sekeliling. Ke mana perginya Prema, gadis tinggi lampai yang menawan itu? Tidak nampak pula batang hidung Azlinda, Maysarah, Prakash dan lain-lain ketika ini. Selalunya mereka akan bertandang sebantar ke tampatku saat-saat free begini.
Tiba-tiba mataku terpaku pada seseorang di penjuru meja sana. Dia kelihatan seperti pekerja baru di sini.
Aku mengatur langkah mendekati perempuan Melayu yang bertudung itu, seperti pekerja baru yang lain,aku ke situ sekadar bertegur sapa dengannya. Dan dia juga kelihatan kebosanan di penjuru sana!
” Hai!”
Aku menyapanya kemudian menghulurkan tangan.
Dia tersenyum manis, tetapi dari riak wajahnya, aku dapat melihat ada keresahan muncul ketika aku menghulurkan tangan tadi. Tangan yang kuhulurkan padanya tadi, kutarik semula. Aku mengerti, dia mungkin conservative girl!
” Saya Denial, and you… Syafiqa Atussara kan?” soalku memulakan bicara, cuba berlawak supaya dapat mengikis keresahan yang muncul di wajahnya tadi.
Dia tersengeh dan kelihatan terkejut! riak wajahnya berubah serta merta. Mungkin dia terkejut kerana aku terlebih dahulu tahu namanya. Pada nametag yang tersemat, ada tertera namanya – Syafiqa Atussara.
Hmm…nama yang pelik!! jarang-jarang Malay girl yang memiliki nama sepertinya. Ketika di sekolah dulu, nama Melayu yang biasa aku dengar seperti Aishah, Asyikin, Shuhada, Izzati , Nor, Siti…setiap kelas pasti ada yang memiliki nama itu!
Atussara! Mungkin satu dalam sejuta yang memiliki nama pelik ini. hehehe
” Nama you lain dari yang lain. ” sengaja aku berkata begitu sekadar ingin melihat respon rakan setugas baru ini.
” Nama yang orang lain tak selalu pakai kan bagus ” jawabnya bersahaja seperti dapat mentafsir apa aku fikirkan.
” Bagus? amm… Tak bagus sangat sebab nama tu mungkin tak famous! ”
Tiba-tiba dia tergelak mendengar ayat tadi. Aku juga turut ketawa. Atussara ini faham, aku sekadar bergurau dengannya!
” Nama you, denial kan? nama itu dah terlalu famous sehinggakan sukar menentukan mana satu Denial yang nak dicari!!”
Nah!! Dia bercanda membalas kembali usikanku tadi.
Aku tersengeh memandang wajah gadis itu.
” I suka begitu, kalau bos cari Denial, I akan berlagak tidak tahu apa-apa, walaupun i yang dicari alasannya sebab di sini ramai Denial…”
Sekali lagi dia tergelak besar.
” Mr. Denial, sila kembali ke tempat you, kalau tidak hari ni mungkin i akan diberhentikan kerja sebab asyik ketawa saja ”
Giliran aku tertawa lucu.
Hmmm…perkenalan seminit tetapi seperti sudah kenal berminggu-minggu lamanya.
* * * * * *
Seperti dengan rakan setugas yang lain, Malay girl bernama Atussara itu sudah menjadi rakan setugas yang akrab. Banyak perkara yang kami bualkan tetapi seperti yang aku tafsirkan dari perkenalan pertama dahulu iaitu dia gadis Melayu yang conservative!!
Seorang muslim yang taat pada agamanya – bertudung litup, menjaga tutur bicara, soft,sweet….
Dia seorang yang taat tetapi tidak bermakna dia itu seorang yang bersifat tertutup! Kami boleh bergurau-senda dan usik-mengusik tetapi yang pasti aku menghormatinya dengan membataskan apa yang sepatutnya aku batasi ketika bergarau dengannya.
Aku juga sering membicarakan tentang Adelia kepadanya. Banyak tentang diri Adelia kuceritakan kepadanya, dan dia merupakan pendengar setia yang paling best!!
” Mesti Adelia itu cantik orangnya kan?” Dia bersoal memandangku.
” Of course! Kalau tidak dia tak akan jadi miss ‘Denial’!.” Aku menjawab dalam nada bergurau.
Aku melihatnya tersenyum seperti ingin menyatakan sesuatu.
“Why?”
” Kalau semua lelaki di dunia ini seperti you ini maybe i tak akan bertemu jodoh!”
Dia ketawa kecil kemudian mengalihkan pandangan ke arah lain.
” Kenapa? ” soalku sekali lagi.
” Sebab ciri-ciri itu tiada pada i…cantik dan seksi!!”
Sesaat aku tersengeh lucu mendengar jawapannya. Gurauanku tadi mungkin membuatkan dia menggangap itu serius!
” Semua lelaki begitu maa…” balasku cuba menduga hatinya.
“Tak, ada lelaki yang manilai kecantikan itu sebagai perkara kedua penting tapi yang paling penting adalah sesuatu yang ada di sini …”
Dia menuding jari telunjuknya ke dadaku. Metaforanya adalah hati!
’Mungkin you tak faham itu, tak apa lah…”
Ayatnya terhanti disitu. Aku menarik nafas panjang. Terasa ayatnya tadi membuatku aku tidak bernafas seketika.
” Miss Atussara….tidak semestinya kita akan memilih apa yang disukai. Jujurnya I suka perempuan cantik dan seksi but itu sekadar ’suka’ bukan ’ingin’. Mustahil i mengejar itu lantas mengabaikan apa yang di dalam ini. ”
Kataku panjang lebar sambil tangan kulekapkan didada.
Dia memandangku seperti berfikir sesuatu.
Time break, aku mengajak Atussara keluar makan bersama dan dia bersetuju. Aku sengaja mempelawanya kerana sering melihatnya keseorangan ke cafeteria, berjalan seorang diri, makan soorang diri, maklumlah dia orang baru di sini maka ramai pekerja yang belum mengenalinya.
Aku memesan makanan kegemaranku, nasi ayam manakala Atussara membeli nasi campur. Sesaat, aku melihat Malay girl itu hanya meletakkan makanannya di atas meja, dia tidak duduk tetapi meluru ke arah penjuru cafeteria. Ke mana dia? Hatiku tertanya-tanya sendiri sambil menantinya untuk makan bersama.
Dia kembali dan mengambil tempat duduk di hadapanku, tiada apa yang dibeli atau yang dibawanya ke mari.
” You tak makan lagi?” soalnya berkerut dahi memandangku.
“No, sebelum makan i mesti ambil kesempatan melihat gadis-gadis cantik di sini.” Jawabku dalam nada berseloroh. Dia tergelak kecil kemudian seperti menadah tangan dan mulutnya terkumat kamit membaca sesuatu. Aku turut menadah tangan sepertinya, bergurau!
Ya! aku masih ingat sewaktu di sekolah rendah, aku pernah mendengar guru yang bergelar ustazah mengajar doa sebelum makan kepada murid-murid muslim. Ketika kelas pendidikan Islam, aku jarang keluar ke perpustakaan tetapi lebih selesa berada dalam kelas, mendengar istilah-istilah baru daripada bahasa Arab dan juga seronok melihat rakan-rakan Melayu yang didenda kerana tidak menghafal pelajaran yang disuruh ustazah tersebut.
Seketika dia tersenyum memandang perlakuan nakalku tadi. Aku menikmati nasi ayam yang masih panas. Mataku beralih memandang Atussara, dia makan dengan tangan, sudu dan garfu dibiarkan di penjuru meja. Dia ini memang gadis yang masih mempertahankan budaya kemelayuannya walaupun pada zaman moden sekarang! Dalam hati aku tertawa lucu.
” Kenapa you makan dengan tangan?” aku bersoal sekadar untuk menilai jawapannya.
” Saje…mesti you fikir makan begini tak bersih kan?”
” I tak cakap begitu dan tak semua orang bukan Melayu fikir yang serupa.” Balasku membetulkan sangkaanya.
” So, apa pandangan you bila melihat I makan cara begini?
” amm…honestly, macam perempuan Melayu di kampung-kampung! Hehehe”
Dia juga tertawa.
” Begini,..you mesti pernah dengar about enzim right?, di tangan kita ada enzim, So enzim yang ada di tangan kanan itu merupakan enzim yang dapat menolong proses penghadaman dalam badan. This is a saintific statement. Sebab tu ajaran Islam mengajar yang demikian. That’s why I makan menggunakan tangan.”
Sesaat aku tersenyum kagum – kagum dengan penyampaian suatu fakta yang aku tidak ketahui dari pemiliknya! Ada rasioanal dalam satiap perlakuannya yang bersangkut dengan ajaran yang dianutinya. Kepetahan dan pengetahuannya begitu menarik perhatianku.
Atussara? amm….bukan Malay but Muslim girl yang mempersonakan!
Malam ini, entah kenapa mataku sukar terpejam! Umpama menanti hari esok yang begitu menyeronokkan. Seronok ke tempat kerja? Kerana adanya Atussara? Huh! Hatiku ini berbisik nakal!
Aku bingkas bangun dari katil bujang kemudian meluru ke bilik air. Pantas aku membasuh muka dan kembali kamar. Sesekali aku melirik jam di atas meja. Sesaat aku mencapai telefon bimbit, mencari nama Adelia Lee di skrin kemudian cuba menghubunginya. Belum sempat panggilan dijawab, aku memutuskannya. Entah kenapa, fikiran, perasaan dan jiwaku terlalu kosong saat ini!
Jatuh hati pada Malay girl? Yang pasti perasaan tidak mampu menipu perasaan, bukan? Sesuatu sudah menjalar dalam perasaan dan mindaku!
Sesuatu telah berlaku kepada diriku saat ini dan perkara itu tidak pernah terlintas dalam benak seumur hidupku. Selama ini aku sekadar bercinta tetapi tidak pernah untuk ‘jatuh hati’
Sebelum ini aku sering bertukar ganti ‘cinta’ dengan gadis-gadis cantik dan terkini Adelia Lee, hanya mengingati mereka pada valentine day, mengingati mereka hanya untuk masa dan saat itu tetapi tidak pernah pula ‘membawa’ bayangan mereka hingga malam hari seperti sekarang!
Pagi itu, seperti biasa aku tiba awal ke pejabat. Bergegas menyemak kembali data-data yang telah kusiapkan semalam kemudian menyusun fail dan kertas-kertas di atas meja. Beberapa ketika aku menekan keyboard computer dan menaip sesuatu, menyempurnakan sesuatu yang terlepas pandang semalam. Sememangnya aku harus teliti agar kerja yang disiap tidak perlu berulang!
Sesaat mataku memandang meja seseorang di penjuru sana. Entah kenapa hatiku berbunga riang? Hatiku ini memang nakal!!
Aturan langkah kusasarkan ke arah meja itu. Berniat untuk menegurnya, tipu! Sebenarnya berniat untuk melihatnya!
” Morning!”
” Hai ” Dia tersenyum kemudian mengangguk.
” Boleh I pinjam jadual meeting yang latest ?” kataku sengaja mengganggunya.
Sekilas memandangku. ‘ Okey” jawabnya kemudian. Dia membelek-belek helaian kertas yang tersusun rapi di atas meja.
Aku yang berdiri di sisi hanya memerhati dirinya. Pagi ini dia amat cantik! berbusana sopan warna soft green dengan tudung yang match dengan colour busananya.
Kunilai, dia gadis Muslim yang tidak pernah mendedahkan kulitnya tetapi hanya menyerlahkan seraut wajah yang menawan dan mempamerkan satu personaliti yang indah.
Yang pasti dirinya itu memiliki ‘sesuatu’ unsur pegangan yang suci, indah dan sempurna yang membuatkan dia ‘membawa’ dirinya sebegitu seperti yang aku lihat. Satu pegangan yang dimilikinya itulah yang membentuk keperibadian yang indah dimataku saat ini. Dia insan muslim yang benar-benar menyentuh perasaanku!
Jujurnya, aku kini ‘ jatuh hati’ pada keindahan peribadinya. Tantunya aku juga amat mengkagumi Zat yang mencipta gadis ini di dunia ini.
Wahai sang Pencipta yang menciptakan hamba bernama Syafiqa Atussara ini, suci dan sentuhlah jiwa serta akalku untuk bersamaMu sebelum aku bersamanya dalam takdirku!













good writer.. you tunjukkan cara islam boleh dinilai dan dihayati dari perspektif islam dan malaysian…. memangmenarik.. tak banyak karya ori macam ini… sambungan die mesti nail biting….
bgus2..sekurang2 nye org bukan islam tau ttg agama islam ne
kan best kalu die betul2 dah suke kat that malay girl….
it a sweet thing to see them being 2gether…..
may be aku org yg t’last komen tapi cerpen ni mmg best,
I’m sorry Queching but I think you’re not the last one…
Best ar writer ni! jlas mnunjukkan Islam bkn shaja dri fkizal mlh dri hati…