
Cerpen : Hati Ini Milik Awak!
Oleh : Yen
BAB 1
“Assalamualaikum!!!”
“Huh, terkejut aku! Kau ni Am, kalau tak menyakat aku tak sah! Am..,Am…” KakYam membebel sambil mengurut –urut dadanya. Kus…. semangat!! Am nie kalau aku seligi batang hidung dia baru tahu.
Am atau nama sebenarnya Amirul Zackry memang suka menyakat wanita lingkungan 50-an penjaga Kafeteria universiti time-time macam nie. Sudahlah Kak Yam tu sibuk melayan karenah penghuni universiti yang sibuk meng-order itu ini, inikan pulak melayan Am yang sudah berumur hampir 27 tahun tapi perangai dia nie.. ishhh mengalahkan budak-budak lah!!!
Am, pemuda itu hanya tersengih-sengih. Dengan lagak bujangnya, dia lantas berlalu ke sudut sebelah kiri kafe untuk memilih makanan. Wow! Banyaknya makanan.. Hmmm nak makan apa ya?? Am, pensyarah sementara di universiti tersebut berfikir sejenak.. Lah mi kari nie nampak sedaplah.. kalau campur telur mata lembu masak merah gerenti sedapp!
Selepas memilih makanan, dia lantas menuju mencari meja kosong.. Nah tu dia meja kosong hanya tinggal sebuah lah.. Dia melajukan langakahnya. Semasa dia meletakkan talam berisi makanan dan minumannya di atas meja tersebut, satu lagi talam singgah ke atas meja itu. Hisy punyalah susah nak dapat meja ni.. entah talam siapa yang landing kat sini nie! Rungut Am didalam hati lantas dia mendonggak.
Lama matanya menatap perempuan dihadapannya yang turut memandangnya. Terpempan dia melihat perempuan tersebut. Isy..siapa nie? Budak baru ke? Tak pernah nampak pun.
“Maaf,” lembut saja tutur kata perempuan tu. “Saya tak tahu meja nie awak nak ambil” Perempuan itu ingin berlalu pergi.
Am yang tidak sampai hati melihat perempuan itu ingin berlalu, lantas dia mempelawa perempuan itu makan di meja yang sama dengan alasan semua meja di kafeteria itu sudah penuh. Pada awalnya, perempuan itu menolak ajakkan tersebut tapi akhirnya dia mengalah kerana dia tiada pilihan lain.
“Maaflah sebab berebut meja dengan awak tadi” Am memulakan bicara ketika mereka berdua menjamah makanan.
“Hmm, saya yang patut minta maaf, tapi tak apalah hari pertama nie selalunya banyak dugaan” Banyak dugaan?? Dia nie student kat sini ke? Hmm hari pertama??
“Owh.. hmm saya Am, Amirul Zackry.. awak?”
Belum sempat perempuan itu menjawab, telefon milik Am menjerit minta diangkat.
“Maaflah, saya terpaksa pergi..it’s an emergency.. sampai jumpa”
***
Gelagat Am yang berlalu pergi dari kafeteria itu diperhatikan oleh Irma Syazrina. Dia ingin mengucapkan terima kasih kepada Am yang mempelawanya makan bersama namun tidak sempat.
Hari pertama nie memanglah susah bagi Rina kerana dia tidak tahu lagi selok belok, pelajar di universiti tersebut. Dia akan bekerja di sana sebagai guru sementara dalam jurusan engineering hanya sebulan setengah, itupun kalau tidak ada aral melintang.
Tadi pagi dia sudah berkenalan dengan semua student yang mengambil jurusan engeenering ini. Hanya ada yang diantara mereka yang buat endah tak endah saja ketika ketua jabatan jurusan engineering mengenalkannya kepada mereka. Hmm.. tak apalah mula-mula mestilah macam ni selalu banyak dugaan!
BAB2
Am menulis sesuatu di dalam buku catatannya. Sudah sebulan lamanya dia bekerja atas desakkan ayahnya. Bekerja sebagai pensyarah bukannya senang walaupun dia hanya bekerja sebagai pensyarah sementara. Memang susah untuk melayan cakap ayahnya yang merupakan ketua di universiti tersebut.
IRMA SYAZRINA… Nama itu menyebabkan tangannya terhenti sebentar daripada menulis. Perempuan yang diketahui namanya 3 minggu lepas daripada seorang rakan merupakan seorang guru dalam jurusan engineering . Perempuan yang sederhana tinggi itu sememangnya cantik pada pandangan pertama di mata Am.
Dia juga sudah dimaklumkan bahawa hari ini ialah hari terakhir Irma Syazrina disini memandangkan Puan Ana akan kembali mengajar keesokkan hari selepas sebulan cuti bersalin.
Pagi itu Am tiada mood untuk bekerja . Fikirannya terganggu. Apa yang dibuatnya serba tidak kena. Dia memang sah seperti orang dilamun cinta. Fikirannya ligat memikirkan cara bagaimana dia dapat nombor telefon Irma Syazrina. Yes!! Ayahkan ada. Boleh ke dia meminjam rekod pekerja dari ayahnya, nanti apa pula kata ayahnya? Ish susahnya! Rugut Am di dalam hati.
“Hai Am! Termenung nampak?” Danny, pensyarah di situ yang memang rapat dengan Am menegur. Am buat-buat tidak dengar, menoleh kearah Danny yang baru memasuki bilik staff itu pun tidak.
“Hey kenapa nie? Sibuk semacam aku tegur pun tak dilayannya” Am masih diam. Masih tidak memberi respons. Otaknya ligat memikirkan cara untuk mendapatkan nombor Irma Syazrina. Danny merasa dirinya macam tunggul. Kenapa lain macam budak ni? Danny tertanya sendiri.
“Takpelah kalau you sibuk. Aku nak beritahu kau je.. nanti petang kita ada jamuan perpisahan tuk si Irma tu. Ayah kau tak beritahu ke?” Am dengan matanya bersinar terus menoleh dan berdiri tegak mengadap Danny ketika nama Irma disebut.
“Irma? You mean Irma Syazrina? Hmm what time?” laju saja soalan demi soalan melunjur keluar dari bibirnya yang merah yang menunjukkan Am tidak merokok. Riak wajahnya bagaikan tidak sabar-sabar menunggu balasan Danny. Hmm. Pantang sebut nama Irma terus aje macam magnet. Ngomel Danny dalam hati.
“Nanti jam 2. Hari ni kan memang semua fakulti tak ada kelas petang.. eloklah tu. Tempatnya di Secret Recipe” Am ketawa kecil. Rasa ingin terus saja jadi penunggu setia Secret Recipe awal ini juga. Hmm at last, dapat peluang nak berborak dengan Irma Syazrina!
***
“Hmm Rin, anak awak ke tu?” Am bertanya kepada Irma Syazrina sambil jarinya menunjuk seorang budak lelaki berumur 3 tahun yang sedang leka bermain dengan anak Danny.
Irma Syazrina, yang biasa dipanggil Rin itu hanya tersenyum. Ya Allah, cantiknya dia dengan senyuman itu! Seyuman yang akan ku rindu setiap saat, setiap waktu, SETIAP JANTUNG INI BERDEGUP!
Anak Rin,Redzuan kini berada dihadapannya sambil mengedepangkan tangannya minta didukung. Tanpa membuang masa dia terus mengangkat Redzuan untuk didukung. Anak itu kelihatan sungguh gembira. Sambil menikmati jamuan.
Mulut Irma Syazrina tidak berhenti bercerita tentang kenakalan Redzuan. Ah, anak itu beruntung sungguh mendapat mama seperti Rin. Penyayang, penyabar, Cantik pulak tu! Am sesekali ketawa. Ada sesetangah pensyarah lain yang melintasi meja mereka mengatakan “perfect couple” kepada mereka. Am yang mendengar hanya tersenyum. Begitu jua Rin. ‘Tapi apakan daya Rin sudah berpunya. Cintaku sampai disini!’bisik hati Am.
BAB3
Ternyata pertemuan Am dengan Rin tidak terhenti di uversiti tersebut. Pertemuan mereka berterusan ketika Am sedang mengambil anak saudaranya di pusat penjagaan kerana abangnya serta kakak iparnya mempunyai urusan mendadak. Ketika itu juga Rin sedang mengambil Redzuan dari pusat penjagaan yang sama. Semenjak itu Am telah menawarkan dirinya untuk mengambil anak saudaranya dari pusat penjagaan tersebut setiap hari. Am kekadang bertanya sendiri Redzuan tu ada ayah ke? Macam setiap hari hanya Rin yang menjemputnya. Hmm mungkin dia sibuk.
***
“Papa!!” Redzuan yang biasa memanggilnya papa itu berlari kearahnya.
“eyh Ewan! Mana mama?” tanya Am.
“Ewan..tak tau!” Jawab Redzuan sambil melabuhkan punggung kecilnya di
ribaan Am. Anak saudara Am, Ikmal yang duduk disebelahnya itu sedang leka bermain mainannya. Redzuan atau Ewan memang manja dengannya. Kerana kemanjaan anak itu jua menimbulkan rasa sayang Am pada anak kecil yang dilayannya bagai anaknya sendiri.
Am pun tidak tahu kenapa setiap kali Ewan memanggilnya papa, Rin tak pernah marah, apalagi membantah. Hairannya.. Kalaulah Ewan nie anak aku… Deringan telefon mematikan lamunan Am.
“Encik Am, boleh tolong jemput Ewan tak hari ni?”
“Hmm Rin! Rin kat mana ni?”
“Kat hospital.. tadi ada accident..nasib luka sikit je..”
“Hospital? Hospital mana? Am datang sekejap lagi! Rin tunggu!”
Am?Bukan Encik Am?..Aih.. manja pulak bunyinya. Pelik! Rin meletakkan ganggang selepas bercakap tak sampai seminit. Dia kembali ke katilnya. Kerana keletihan dia terlelap.
***
“Mama,mama..”
Rin mencelikkan mata. Perlahan-lahan wajah kabur muncul di ruang mata. Dipeluknya anak itu.
Rin bersyukur kerana lukanya tidak parah.. kalau dia sakit siapa yang akan jaga Redzuan? Kesiannya budaknie.. bisik hati Rin.
“Rin, awak okey?” Am yang sedari tadi membatu dibelakang Redzuan bersuara.
Rin tidak menjawab hanya mengganguk. Selepas beberapa minit bercakap dengan Rin, Am meminta diri untuk pulang menghantar Ikmal, anak saudaranya.
Dalam perjalanan pulang hati Am terdetik.. Dia teringat kata-kata Rin ketika berbicara didalam telefon. ‘tolong jemput Ewan..’.. Ayah dia tak ada ke? Hmm baru kini ku sedari Rin sekarang kau ibu tunggal! Am membuat andaian sendiri. Aku masih ada peluang! Harap mak dan ayah setuju!
BAB4
“Mana Boleh! Mak tak setuju, Am! Dah habis ke perempuan kat dunia ni sampai janda beranak satu pula yang kau pandang?”
“Mak!!”
“Am! Dengar apa tang mak ckp ni.”Hajah Faridah cuba berlembut. Namun nada suaranya tetap tegas. “Mak dan ayah kau dah berkenan dengan anak kawan mak dulu. Bulan depan kami dah nak pergi merisik. Tak payah tunang-tunang, kawin terus! Mak tak mahu jawapan ‘tidak’ dari mulut kau. Kau mesti kawin dengan dia Am! Lagipun dia tu anak dara, cantik, berpelajaran tinggi. Apalagi yang kau nak Mi? Mak dah lama pendamkan rasa, makan hati dengan kau! Ada saja alasan yang kau beri bila mak suruh kawin. Nak belajarlah, ambil PhD lah. Hajat hati kau sudah kami tunaikan selama ini Am! Tolonglah tunaikan hajat hati mak ni…” sayu benar kedengaran suara Hajah Faridah.
Segala pengorbanan kedua orang tuanya meniti satu demi satu ke benak fikiran Amirul. Terasa kusut fikirannya saat itu.
Rin…
Pesonamu memikatkuu pada pandangan yang pertama
Hatiku bergetar
Rasa ingin mengenalimu semakin kuat
Tanpa ku sedari aku telah jatuh cinta tanpa pengetahuanmu
Walaupun tidak terluah dengan kata-kata tapi aku faham maksud hatiku
Salam perkenalan ku hulurkan
Kau balas dengan senyum
Senyuman mu yang mampu mengetarkan hatiku
Tapi…
Untuk melawan takdir memang sukar..
Ku noktahkan cinta ku disini..
************************************************************
Amirul Zackry meminta izin daripada ayahnya untuk bekerja terus di universiti tersebut dengan alasan dia sudah serasi dengan keadaan disana dan sudah faham akan perangai penuntut universiti tersebut.
Kak Yam, jurujual di kafeteria universiti tersebut hairan akan perubahan Am. ‘ Isy termenung nampak Am ni? Selalunya dia yang menyakat aku’ bisik hati Kak Yam.
Kak Yam menghampiri Am yang duduk sendirian disalah sebuah meja di kafeteria tersebut. Memanglah time petang-petang ni memang selalu free sebab tak ramai penuntut yang selalu hadir kelas petang.
“Am, hey kenapa ni? Kak Yam tengok muram saja muka dari pagi?” Kak Yam memulakan bicara.
“Tak tahulah Kak Yam. Perasaan hati ini tiada siapa yang tahu even si’pencuri’ hati pun tak tahu aku sayang, cinta kat dia”
“Amboi dah pandai berpuitis pulak sekarang.. apalagi pergilah beritahu perempuan tu.. hah jangan nak bertepuk sebelah tangan.. nanti menyesal pulak!”
“Memang menyesal Kak Yam… Lagipun memang sudah terlambat… Am nak kawin”
“Hah! Kawin?! Kau tak bagitahu aku pun Am!”terkejut beruk Kak Yam mendengar pengakuan Am.
“Hmm.. terkejutlah Kak memang pun tak ada angin, ribut, taufan.. tuptup dah nak kawin.. ini pilihan mak dan ayah Am. Kalau Kak Yam rasa nak ketawa pun boleh.. apa salahnya memang zaman sekarang ni tak ada orang yang kawin dengan pilihan orang tua tapi saya ni?”
“Am, Kak Yam bagi pendapat. Terimalah takdir jika tidak ditemukan jodoh dengan orang yang ada dalam hati.. memang sukar tuk menerima tapi percayalah selalunya pilihan orang tua ni tak salah. Mereka lagi memahami diri kita macam mana sebab tu mereka yang carikan bini tuk kau sebab mereka faham benar sikap kau. Kalau kita sendiri yang memilih… mungkin takkan berkekalan sebab.. kita kawin tu sebab terdorong rasa cinta bukan kerana kita memahami diri sendiri atau masing-masing.. percayalah.. Kak Yam doakan kau akan bahagia disampingnya”
BAB5
Kata-kata Kak Yam tempoh hari bermain difikirannya. Memang tak salah pendapat Kak Yam.. tapi hati ini.. arghh!! Kusut benar fikiran Am.. hari itu. Sudahlah dia sibuk untuk menyediakan persiapan kertas soalah untuk akhir semester, melayan dan menasihati pelajarnya supaya menghadirkan diri dikelas petang.. inikan pulak hal perkahwinan… hal hati yang saban hari semakin sengsara!
“Am, sudahlah tu ini semua ketentuan dari-NYA.. Rin tu mungkin memang bukan jodoh kau!” Danny yang selalu menjadi pendengar setia Am cuba menyedarkan Am yang saban hari semakin angau!
Di sebalik pintu bilik staff tersebut seorang lelaki yang sudah berumur tersenyum mendengar pembicaraan dua sahabat itu. Haji Rahim!
‘Isy sejak bila anak aku ni pandai berpuitis? Dari dulu disuruh mencari pujaan hati tak mahu tapi bila dapat tak diterima oleh mak dia’ Haji Rahim berkata-kata dalam hati.
*************************************************************
Kad jemputan Kahwin sudah diedarkan tinggal seminggu saja lagi perkahwinan akan berlangsung. Memang pada awalnya. Am terkejut melihat nama yang tertulis dalam Kad jemputan tersebut
“Amirul Zackry bin Haji Rahim dengan Dk Irma Syazrina Pg Khaliq”
Mungkin hanya sama pada nama bukan sama dengan orang pun.. lagipun Rin ada Dk ke pada pangkal nama?? Isy tak mungkin Rin! Kalau Rin memang mak dah tolak awal-awal diakan janda!
Itulah tanggapan Am terhadap bakal isterinya..
Am memang segaja menyibukkan dirinya dengan itu ini. Dia tahu maknya marah kerana dia seolah-olah melarikan diri dan tidak endah langsung tentang hari perkahwinannya yang semakin hampir. Hmm biarlah, bukan aku yang beria-ia sangat nak kahwin pun!
BAB6
Cahaya mentari pagi Jumaat mencuri-curi masuk melalui celah-celah tingkap masjid. Tok kadi didepan tekun mendengar lafaz taklik Am. Tenang dan lancar sebutannya, namun debaran dihati tidak ada siapa yang tahu.
Sah sudah! Kini dia telah menjadi suami kepada isteri yang tidak pernah melihat wajahnya.
Mungkin hanya aku satu-satunya lelaki yang kahwin tanpa mengenali wajah isteri sendiri. Cantik ke? Putih ke? Hitam ke? Ish entahlah yang penting jangan buuk perangai sudahlah. Dalam diam Am berdoa memohon hajat.
“Owh.., papa kawin tak ajak Ewan eyh? Tak ajak Mama?” terkejut Am mendengar suara Redzuan.
“Ewan!”
Semua mata para jemputan yang hadir memandang mereka berdua. Didalam hati masing-masing tergerak ingin tahu siapa budak tu? Apa hubungannya dengan si pengantin lelaki? Mereka mula berbisik-bisik dengan yang lain.
“Ewan datang dengan siapa?” Anak comel berusia 3 tahun itu dipeluk. Ahh, rindunya aku pada anak ini seperti aku merindui Mamanya. Hampir sebulan aku tak bertemu dengan Rin.
“Ewan datang dengan mama. Tapi mama ada pesan kat Ewan jangan kacau papa”
Ewan, sungguh mulia hati mamamu. Sanggup dia datang dihari bersejarah ku ini. Tidak terbitkah rasa cemburu dihatimu? Tidak sakitkah melihat aku sekarang berstatus suami kepada orang lain? Nyata aku hanya bertepuk sebelah tangan!
Suara hiruk-piruk didalam masjid tersebut tidak dihiraukannya. Am bangun sambil mendukung Ewan lalu keluar dari masjid tersebut. Suara maknya yang terjerit-jerit memangil namanya tidak dihiraukannya. Arghh… biarlah hanya untuk sekali ini saja’ bisik Am dalam hati.
Enjin kereta Toyota Vios dihidupkan dan segera bergerak maninggalkan perkarang masjid yang masih dipenuhi dengan keluarga dan saudara-mara kedua belah pengantin. Biarlah.. Biarlah aku tinggalkan mereka untuk sementara. Aku ingin menghabiskan hariku dengan Ewan untuk kali terakhir. Selepas ni aku nekad untuk menghindarkan diri dari dua insan yang ku sayang.
*******************************************************************************
“Ya Allah, apa nak jadi dengan Am ni? Dia nak malukan kita ke bang?” rintih Hajah Faridah kepada suaminya, Haji Rahim.
“Biarlah dia”
“Abang cakap biarlah?? Hey abang ni mau Am jadi apa? Nak sarung cincin pun belum sempat dia dah lari!”
Haji Rahim hanya tersenyum. Dia faham akan kelakuan anaknya. Biarlah dia akan tahu juga sendiri.
BAB7
Enjin kereta dimatikan. Dilihatnya Ewan yang nyenyak tidur dikerusi sebelahnya. Mungkin dia letih bermain air di pantai tadi.
“Ewan rindu papa tak kalau papa tak ada?”
“eyh mestilah rindu sangat-sangat.. sebab papa boleh bawa Ewan main kat pantai macam nie!”
Arghh… kata-kata Ewan semasa mereka di pantai tadi masih bermain di kotak fikirannya.
Anak ini.. pasti akan kurindu! Dia lantas mencium pipi Ewan. ‘Ewan sudah sampai masanya.. papa takkan dapat jumpa Ewan lagi lepas ni’ Airmata Am menitis jatuh kepipi Ewan.
Didukungnya Ewan yang masih tidur keluar. Dilihatnya rumah Rin terang benderang seperti ada majlis. Dia ingin melangkah tapi seperti ada halangan. Lalu dia berpaling kebelakang.
Terkejut Am. Dilihatnya maknya, Hajah Faridah berdiri di belakangnya dengan wajah garang.
“Am! Kau kemana tadi? Nak malukan mak eyh?” marah Hajah Faridah.
“Eyh mak. Macam mana mak boleh ada kat sini inikan rumah Rin?”
“Am! Awak ni kesian mak tengok tadi Rin, isteri kau tu sorang-sorang kau tinggalkan dalam masjid tu.. di tunggu kau sampai balik ke sana tapi kau tak muncul-muncul. ”
“Rin? Rin tu isteri saya ke mak?”
Bagaikan mahu gugur jantung Am mendengar kata-kata maknya sebentar tadi. Seakan dunianya kembali cerah.. Hatinya berbunga riang. Takkanlah?? Diakan janda? Mungkin janda “berhias” tapi Ewan??
*************************************************************************
“Hmm.. mesti abang tertanya-tanya kan ni siapa Rin sebenarnya dan siapa Ewan? Rin memang anak Pengiran apa salam ni abang tak tahu?”
Am cuma menggelengkan kepalanya. Isy Danny! Dia tak bagitahu aku pun… Isy sebab tu kot dia tersenyum-senyum melihat kad jemputan aku masatu. Rin yang melihat hanya tersenyum.
“Ewan.. Ewan tu sebenarnya anak along Rin. Along dan isterinya meninggal dunia dalam satu kemalangan semasa umur Ewan 1 tahun. Rin yang menjaga Ewan selama mereka tak ada sebabtu Ewan panggil Rin mama”
Am yang mendengar tersenyum bahagia. Cintaku tak bertepuk sebelah tangan!!! Terima kasih TUHAN kau temukan jodohku dengan si pujaan hati. Sesungguhnya akan ku jaga dia hingga keakhir hayatku.
“Jadi Rin belum kawinlah ni? Kenapa tak bagitahu abang?”
“eyh Rin dah kawin tadi tapi penganti lelakinya lari. Entah mungkin dia takut lihat muka Rin sebabtu dia tinggalkan kita sorang-sorang tunggu dia balik kat masjid tu. Dia tak sayang kita kot”
Am mencuit hidung Rin “Isy nakal juga isteri abang ni.. don’t worry sayang, hati ini hanya milik awak!”
Kedua mereka tersenyum bahagia. Am mencium pipi kanan Rin.
“Owh!! Papa dan mama tak ajak Ewan eyh?” Ewan yang sedari tadi sudah bangun melihat adegan mesra Am dan Rin menegur. Terkejut kedua raja sehari tersebut. Rin dan Am berpandangan. Seyuman nakal terukir.. lalu mereka lantas meraih Ewan dan mencium kedua belah pipinya sekuat hati sampai Ewan menjerit kegelian.
Am bersyukur didalam hati. Hari ini dan seterusnya dia sungguh bahagia di samping dua insan yang menjadi penyeri hidupnya.
TAMAT ;P
p/s:: Ini karya saya yang kedua.. sila comment jika ada peningkatan dalam penulisan saya.. karya saya yang pertama HACKS1437!













0k apa.writer,chaiy0k..
nice jg.. keep it up…
best!!cter ni len dr yg len..
best…
jln cerita yg perfect dan menarik…,i like this story…,