Cerpen : kek kehidupan

23 January 2010  
Kategori: Cerpen

6,549 bacaan 21 ulasan

Oleh : norain

Kejayaan hari ini takkan berhasil sekiranya tanpa kenangan lalu yang mengusik jiwa. Kejayaan hari ini tidak dicapai tanpa kegagalan masa dahulu. Luka pada hari ini tidak akan menjadi parut tanpa kecederaan pada suatu ketika dahulu. Kegembiraan tidak akan terbit tanpa tangisan dahulu. Begitulah rencah kehidupan aku, bagaimana aku berjaya pada hari ini kerana kenangan ,kegagalan,kesakitan kesedihan,kepiluan dahulu. Semuanya bermula 2 tahun yang lalu. Peristiwa yang sentiasa membangkit sakit di hati. Aku belayar ke impian aku tanpa sokongan ibu bapa,tanpa harapan daripada kawan-kawan, keluarga aku tidak setuju dengan keputusan aku untuk mengambil bidang pembuatan kek. Rakan-rakan aku memperlekeh impian aku yang tak seberapa. Tanpa mereka aku gagahkan jua kaki melangkah pergi dengan satu janji. Impian menjadi kenyataan. Selagi tak tercapai jangan mengharap aku pulang. Dugaan tidak berhenti disitu,epilog cabaran aku bermula di sini, UTM.

Hari pertama di UTM. Universiti Teknologi Mara Skudai Johor terkenal dengan keluasannya yang besar kira-kira 10 hektar persegi. Dilengkapi dengan pelbagai teknologi moden dan memudahkan pelajar untuk merentasi dunia tanpa sepadan. Kerana kemudahan inilah telah menarik hati aku untuk menjadikan UTM sebagai pilihan hati aku. kehidupan aku di sini dimulakan dengan minggu orentasi selama seminggu. Pelbagai aktiviti yang dilakukan untuk memastikan siswa dan siswi di sini mengenali lebih dekat dengan UTM. Mungkin pada ketika ini Alia dan lain-lain sedang menjalani minggu orentasi. Tersa rindu pada mereka dan keluraga. Alia sahabat aku yang sentiasa menyokong aku walauapapun yang aku lakukan. Selepas seminggu, minggu orentasi tamat. Di sinilah detik permulaan aku sebagai chef pembuat kek dimulakan. Dengan nama Allah SWT, aku mula menjejakkan kaki aku ke kuliah pertama.

Kelas pertama aku telah menyebabkan sakit kepala. Inilah dinamakan kejutan budaya. Pensyarah memberi pembelajaran yang laju dan aku terpaksa terkontang-kanting menulis nota sendiri. Mujurlah ada kenalan baru yang sudi menolong. Namanya Ain, dia memang meminati bidang ini sejak dibangku sekolah menengah lagi. Katanya, kuliah hanya pada semester pertama. Pada semesta seterusnya hanya pratikal sahaja. Tetapi ada satu yang memimbangkan aku,aku tidak mempunyai asas untuk membuat kek,dan semestinya aku perlu belajar dari bawah,sedangkan kawan sekuliah lain dan ada 50% kemahiran. Tidak mengapa, aku memegang perumpamaan dahulu kala berakit-rakit ke hulu,berenang-renang ketepian,bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Dugaan, aku perlu membuat sebaiknya untuk menunjukkan yang aku tidak sesekali menyesal mengambil bidang ini,alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan.

Cepat sungguah masa berlalu,pejam kelip semester pertama telah berakhir,betapa cepatnya bumi mengelilingi matahari. Semester yang aku tunggu-tunggu telah tiba, hari ini kuliah akan berada di bilik pembuatan kek. Kali pertama menjejakkan kaki di sini,aku terpegun melihat alatannya yang serba canggih. Hari ini kami diberi baju chef berwarna putih dan topi putih. Sesi pembelajaran dimulakan dengan cara membuat kek asas iaitu kek span. Kek span kek yang sangat lembut,ia memerlukan ovalet dan beberapa bahan lain untuk melembutkanya. Setelah menyediakan bahan, aku dengan bersemangat memulakan dengan memasukkan bahan asas seperti gula,mentega,telur pikul sehingga kembang selepas itu masukkan tepung. Dek terlalu gelojoh aku memasukkan semua tepung dan menekan butang kuasa paling tinggi. Hasilnya semua tepung bertaburan dan paling mengelikan hati, pensyarah aku Chef Moktar, turut terkena hasilnya,seluruh mukanya diselaputi tepung sehingga tidak nampak rupanya yang agak kacak itu. Aku didenda membersihkan dapur,dapur pun dapur la.Aku terdengar suara sumbang mengutuk aku.

“Dah tahu diri tu ulat buku pergilah amik bidang yang baca buku,tak da kemahiran ada hati nak amik bidang ni,tak lama lagi lingkup la… takkan berjayanya”. Itulah kata orang yang hanya menilai sebuah buku berdasarkan kulinya, memandang rupa daripada isi. ‘adam..bisik hatiku..mentang-mentang anak chef terkenal..ada hati nak kutuk aku..kau tegok ja la nanti..sama akan jadi saingan kau..aku..ingat baik-baik aku..Anis…ada lori ada bas nanti aku balasla’. Bisik hati aku memarahinya.Aku meneruskan kerja aku. selesai sudah kerja aku, Chef Moktar memanggil aku masuk ke biliknya. Aku diminta duduk. Ada keluhan keluar dari mulutnya sebelum dia memulakan bicara.

“Anis..belum pernah dalam kuliah saya jadi pekara macam ni..tapi tak mengapa..adat la orang baru belajar..kalau awak nak tahu, saya dulu lagi teruk dari awak,saya masukkan semua bahan sekaligus dan saya putar dengan kuasa paling tinggi,dan awak nak tahu apa yang terjadi?”. Katanya dengan penuh bersemangat.Aku yang tak suka cerita yang tergantung segera menganggukkan kepala. Dia meneruskan cerita.

“Habis semua rakan saya terkena bahan yang saya putar…dia orang apa lagi marahlah saya..hahaha” ada ketawa dihujung bicaranya. “Tapi apa yang penting Anis, ialah tekad saya, saya rasa puas apabila dapat meluahkan perasaan pada kek saya dan orang lain boleh merasai perasaan saya,tapi lihat la saya sekarang,saya lebih hebat daripada mereka.”Wah hebat sungguh memorinya. Selepas keluar dari biliknya aku mula berjanji yang aku akan jadi yang terbaik. ‘just wait and see’.

Setahun setengah di sini cukup untuk membuat aku semakin meminati bidang ini. Walaupun aku banyak kali gagal dan gagal aku melawannya dengan usaha lagi dan usaha lagi, dan lihatlah hari ini Chef Anis setaraf dengan semua rakan sekuliah dan yang paling penting termasuk Adam.Chef Moktar juga mula berpuas hati dengan pencapaian aku walaupun apa yang telah terjadi dulu. Dalam perjalanan ke kuliah aku melihat ramai orang mengkerumi di bahagian papan kenyataan,rupa-rupanya ada pertandingan membuat kek peringat antara universiti, hanya peserta yang dipilih pensyarah akan terpilih. Mungkin rezeki aku tidak ada,tetapi aku masih mengaharap ada ruang untuk aku menyertainya. Jangan menilik pekara yang belum terjadi.

Seperti biasa kuliah disampaikan oleh Chef Moktar. Sebelum kelas bermula chef membuat pengumuman tergempar.

“Seperti yang awak sedia maklum,pertandingan yang dinantikan oleh semua pelajar bidang ini akan berlansung tidak lama lagi..saya telah memilih 2 peserta dan mereka dikehendaki mencari seorang pembantu untuk pertandingan ini..peserta yang terpilih ialah Adam…..dan…” ‘aku harap aku terpilih..nama aku..tolonglah sebut..‘aku merayu dalam hati “Ain…kamu berdua dikhendaki mencari pembantu sekarang”. Suara garau itu telah memecahkan harapan aku. hah aku gagal!!!.Luluh hati aku kerana tidak terpilih,tiba-tiba suara Ain kedengaran.

“Chef..pemilihan ini tidak adil..sepatutnya semua pelajar boleh menyertai pertandingan ini..saya cadangkan chef adakan pertandingan peringkat UTM dahulu” Adam mencelah.

“Suka hati kau je,dah terpilih pun kira sykur la,kau memang nak kena..”Adam bangun dari kerusinya seperti ingin menyerang Ain. Suara Chef Moktar bergema di seluruh Kuliah.

“Sudah Adam penyertaan awak akan dibatalkan sekiranya awak bertindak melulu..duduk sekarang..baiklah cadangan Ain agak bernas tapi Ain awak tak takut ke kalau awak tersingkir?”.Tanya Chef Moktar kepada Ain.

Sunyi sepi kembali. “Tidak,malah saya rasa beruntung kalau dapat bertanding di peringkat ini sebelum ke peringkat seterusnya.” Suara yang begitu lunak dengan penuh keyakinan. Aku tahu Ain sengaja berbuat demikian untuk beri peluang pada aku. tapi Aku takut untuk menyertainya. Ketakutan kegagalan dahulu menghantui aku.

“Baiklah siapa yang ingin menyertai pertandingan saringan peringkat UTM selain Adam dan Ain..sila angkat tangan”.Sunyi tiada seorang pun mengangkat tangan termasuk aku. Agak lama Chef mula bersuara.

“Baiklah disebabkan tiada siapa yang berani saya menu……”

“Saya ingin menyertainya Chef”..laung aku dengan berani. Entah dari mana kekuatan luar biasa ini aku menjadi berani.

“Baiklah saya umumkan pertandingan saringan akan diadakan pada minggu hadapan. Tema adalah pegaga..kamu dikehendaki membuat kek dengan menggunakan daun pegaga” .Chef memberikan arahan dengan tegas. Pengaga, biar betul tak pernah dibuat orang. Angan aku dikejutkan oleh suara lantang Chef.

“Anis semoga berjaya,tunjukkan kebolehan diri awak sebenarnya..saya percayakan awak”Ucapan yang ringkas tetapi penuh pengisiannya. Bahkan lagi telah merangsang semangat aku. Ain terima kasih atas peluang ini.

Tibalah hari pertandingan saringan, semua rakan sekuliah turut hadir. Walaupun ada suara sumbang yang tidak senang aku menyertainya, aku tetap langgar tembok penghalang itu. Bahan telah tersedia dalam masa 2 jam kami dikehendaki menyediakan kek berperisa pegaga. Aku mula memasukkan bahan asas,kemudian tepung dan bahan-bahan lain. Kemudianya masukkan beberapa bahan lain kemudian bakar pada suhu 130 degree. Selepas satu jam ,kek dikeluarkan,selepas beberapa minit aku mula menghiasnya. Aku mengunakan coklat cair untuk dilapikkan disekeliling kek. Kemudian aku membuat aising putih dan memasukkakan pengaga yang telah dikisar hingga lumat. Aku memasukkan dalam plastik untuk membuat corak. Aku membuat bentuk putaran disekeliling permukaan kek kemudian aku letakkan daun daun pengaga di tempat yang kosong.

2 jam tamat. Kini tiba masanya untuk Chef Moktar merasa. Selepas 10 minit ketiga-tiga kek telah dirasa. Keputusan akan diumumkan. Beberapa komen diutarakan oleh Chef Moktar. Kek Adam nampak cantik tetapi rasa pegaga dalam kek kurang. Ain pula kek yang sederhana tetapi rasa pegaga boleh dirasai. Dan aku pula hiasan kek aku sederhana tetapi menarik. Keputusan dimulakan sekarang.

“Saya berasa bangga kerana mempunyai tiga orang pelajar yang sanggup menyahut cabaran saya untuk membuat kek yang belum pernah dibuat oleh sesiapa,ketiga-tiga pelajar berjaya menonjolkan rasa pegaga dalam kek,amat sukar untuk saya membuat keputusan, tetapi keputusan tetap perlu dilakukan,pelajar yang terpilih ialah Adam….dan ….A…nis”.Sorakan bergema di seluruh dapur. Kesian Ain tidak dapat melayakkan diri ke peringkat antara universiti. Chef Moktar menyabung bicaranya.

“Awak pilih siapa untuk menjadi pembantu awak?”.Tanya Chef Moktar bersungguh-sungguh.

“Saya pilih Ain untuk menjadi pembantu saya”.Terpancar riak terkejut di wajah Ain. Itu sahajalah yang mampu aku buat untuk membalas jasa Ain.

“Baiklah pertandingan antara universiti akan diadakan pada minggu hadapan di UiTm, tema pertandingan kali ini ialah buah-buahan tempatan”.Ada dua berita baik satu aku berjaya menjadi peserta untuk peringkat Universti dan aku dapat jumpa Alia di UiTm. Seronoknya, akhirnya impian termakbul. Riak wajah Adam jelas menunjukkan yang dia tidak berpuas hati dengan keputusan sebentar tadi. Mulai sekarang aku adalah pencabar kau Adam. Nantikan sahaja kehebatan aku yang pastinya akan membuatkan kau iri hati.

Hari ini aku dan Ain akan membuat latihan untuk persediaan untuk pertandingan minggu hadapan. Kami masih memikirkan buahan tempatan apa yang akan digunakan untuk bahan utama kek. Setelah beberapa lama kami mengambil keputusan untuk mendapatkan pendapat orang ramai. Ain akan pergi ke bahagian kuliah dan aku akan ke bahagian kawasan UTM. Kami berpecah dan akan jumpa kembali 1 jam kemudian. Aku berjalan di sekitar kampus tiba-tiba aku ternampak seorang mak cik sedang memegang penyapu mungkin dia bersihkan kawasan di sekitar koridor kampus. Hati aku terdetik untuk bertanya penadapatnya. Aku mengatur langkah dan memulakan bicara.

“Assalamualaikum mak cik boleh saya minta bantuan mak cik?”. Mak cik itu mula memberikan reaksi positif.

“Boleh nak, nak mintak tolong apa..kalau mak cik boleh bantu..mak cik akan bantu” sekali imbas melihat wajah mak cik ini membuatkan aku terkenang pada emak. Aku memulakan soalan cepu emas aku.

“Mak cik kalau diberikan pilihan, jika ada kek yang diperbuat daripada buah-buahan tempatan,apakah buah tempatan yang menjadi perisa pilihan mak cik?”. Wajah mak cik itu kelihatan hairan tetapi kembali berubah normal seketika kemudian.

“Mak cik dah lama mencari kek yang mempunyai rasa cempedak, cempedak mempunyai rasa manis yang semulajadi dan isinya juga lembut. Warnanya yang jingga keemasan memberi kelainan kepada warna kek. Kalaulah ada kek yang macam itu mak cik akan beli walaupun berapa harganya, malangnya kek yang ada sekarang tidak pernah mempunyai rasa buah tempatan” .Aku terpegun dengan gaya mak cik ini bercakap,persis seorang pakar membuat kek. Tetapi candangan mak cik ini sangat membantu aku.

“Terima kasih mak cik,sekiranya kek saya menjadi saya akan beri mak cik rasa”.

“Sama-sama semoga berjaya, lagi satu pesan mak cik guna imaginasi untuk menjadikan sesuatu bahan itu unik”.Selepas mengucapkan terima kasih aku segara mengorak langkah.Aku terus berlari ke dapur fukuliti, Ain sedang menunggu aku. aku menceritakan kesemuanya kepada dia, kami terus mencuba. Hasilnya ialah…..

Hari pertandingan telah tiba. Alia menghadiri majlis ini,dia memberikan sokongan yang tidak terhingga kepada aku. Kalaulah ayah ada pasti aku akan lebih bersemangat. Kami dikuarantinkan untuk juri memeriksa bahan-bahan kami. Sedangkan aku leka menyusun bahan tiba-tiba Ain menjerit, lantas aku berlari kearahnya yang tidak jauh dari tempat aku.

“Kenapa ni Ain,tiba-tiba saja kau menjerit”. Tanya aku dengan suara yang bimbang.

“Anis..ramuan rahsia kita hilang..satu-satunya ramuan rahsia kita hilang,bahan utama pulak tu..”.Ada getaran dihujung bicaranya.

“Macam mana boleh jadi hal ni, bukan ke kita dah letakkan ditempat rahsia”.Kata aku dengan nada yang hairan. Ain hanya mampu mengeleng. Hendak atau tidak kami terpaksa meneruskan pertandingan tanpa ramuan rahsia itu. Selepas pemeriksaan selesai kami masuk ke dewan pertandingan.

Sebelum pertandingan dimulakan ada satu pengumuman penting telah disampaikan oleh pengerusi majlis.

“Perhatian kepada semua peserta, peserta dari UTM Adam bin Samin digugurkan daripada pertandingan, peserta bernama Anis binti Ahmad sila datang ke bilik ketua juri sekarang”

Tanpa melengahkan masa aku segera ke bilik ketua juri. Kelihatan beberapa orang juri dan Adam!!!!. Aku yang masih lagi binggung tersentak bila ketua juri memanggil aku masuk.

“Masuk Anis, di sini ada satu masalah, Adam telah ditangkap ketika mencuri bahan ini daripada bilik kuarantin awak petang tadi,adakah ini betul bahan awak?”. Aku terkejut kerana bahan itulah ramuan rahsia kami yang hilang. Aku tidak sangka Adam sanggup buat macam ini. Aku hanya mampu menggangguk lemah. Ketua juri meneruskan kata-katanya. Bukan macam ini caranya untuk menang Adam. Kau amat mudah melatah.

“Adam awak telah melanggar etika sebagai seorang pembuat kek, awak tidak boleh menyertai pertandingan ini, Anis awak boleh teruskan pertandingan.” Aku hanya mampu memandang wajah sunggul Adam. Perjuangan perlu diteruskan. Aku kembali ke tempat pertandingan dan menceritakan kepada Ain. Sudah tentu wajahnya terpamer riak terkejutnya. Kami meneruskan pertandingan.

Selepas 2 jam, semua kek dihidangkan hiasan kek ini cukup memuaskan hati kami,hiasan rona keemasan pada krim putarnya dan di tepinya disalut dengan krim campuran cempedak. Kek-kek yang lain sangat cantik tetapi kebanyakkan adalah perisa mangga,pisang dan durian perisa biasa yang ditemui di pasaran. Hanya kami membuat perisa cempedak. Juri mula menuju ke tempat kami, Ain bersedia memotong kek dan mempamerkan ramuan rahsia kami di dalamnya, Ain memotong dengan dengan berhati-hati apabila kek sudah dipotong maka terserlah sos cempedak keemsan mengalir keluar dari pusat kek, nampak sungguh cantik,warna sosnya yang menarik sudah cukup mengiurkan deria rasa manusia, juri dan penoton terpegun melihat kek sebegitu.

Seseorang melanggar aku, telah mematikan lamunan aku,kelihatan Ain berlari-lari anak menuju ke arah aku. Sampai sahaja di hadapan aku dia terus berkata sambil termengah-mengah.

“Anis..kep..utusan dah nak diumumkan…jom pi kat dewan…”.Kesian Ain termegah-megah mencari aku,apa yang aku nak khabarkan ialah aku berjaya memenangi tempat pertama dalam peringkat antara universiti , kami berjaya ke peringkat antarabangsa di China dan sekarang tibalah masanya untuk kami menerima keputusan pada peringkat antarabangsa ini.

Kami berlari-lari anak menuju ke dewan pertandingan. Pertandingan kali ini disertai 20 buah negara termasuk Jepun dan Rusia. Tema kali ini sangat unik iaitu rasa. Pemenang akan diumumkan sekarang oleh pengerusi majlis.

“The winner for this competition is….Anis Ahmad from Malaysia”. Betapa gembiranya aku kerana dinobatkan sebagai juara dan aku digelar Ratu kek.

Selepas majlis pertandingan seorang juri datang menegur aku,wajahnya mirip seseorang. Rupa-rupanya mak cik yang telah memberi cadangan kek cempedak itu. Patutlah dia boleh petah berkata-kata perihal pembuatan kek,rupa-rupanya juri pembuat kek sedunia. Pada hari aku berjumpa dengannya, dia secara tidak sengaja memegang penyapu, selepas itu disalah anggap oleh aku. mak cik itu ingin bertanya kepada aku rahsia kek aku yang diberi nama “ Kek Kehidupan”, kek ini mempunyai rasa yang amat unik, ia mempunyai 5 rasa utama iaitu pedas,manis,masin,masam dan pahit. Tetapi apabila dicampur bersama telah menghasilkan satu rasa yang sangat unik sehingga tidak boleh ditafsir. Kek itu mewakili kehidupan aku sebelum kejayaan aku pada hari ini. Pedas sindiran orang yang memandang aku,pahit bila impian tidak dihargai,masin terasa bila dikhianati,masam melambangkan kegagalan lalu dan manis bila cita-cita menjadi kenyataan. Aku membuat kek kehidupan ini dengan segala perasaan dan kenangan lampau yang tidak dapat aku lupakan. Itulah kek kehidupan yang mengambarkan siapa aku sebelum berjaya.

Jika seorang penulis boleh meluahkan perasaan dengan menulis dan bercerita,sekiranya seorang penyanyi boleh mempamerkan rasa hati melalui nyayian. Sekiranya manusia mampu meluahkan kepiluan hati dengan kata-kata. Pembuat kek meluahkan perasaan,kenangan lalu, kepiluan dalam pembuatan kek. Bagaimana kek boleh menjadi sedap bergantung kepada perasaan dan keihklasan pembuat kek itu sendiri. Jangan mengangap kita akan selau gagal kerana kejayaan sentiasa menunggu kita. Hidup macam roda,dulu aku di bawah, sekarang aku berada di kemuncaknya. Itulah rahsia Kek Kehidupan atau Tiratmisu.

Sekiranya ini mimpi,kelak jangn kejutkan yang sedang lena. Sekiranya ini angan-angan jangan menyedarkan aku. Sekiranya ini kenyataan, cubutlah aku supaya aku sedar yang aku tidak bermimpi dan beranggan-anggan kosong. Sekiranya ini masa hadapan aku, tolong doakan aku supaya ia akan berlaku kelak.

Setiap cita-cita pasti akan tercapai dengan usaha yang kental. Selemah-lemah manusia adalah mengalah sebelum berjuang. Usaha dahulu baru lihat hasilnya. Jikalau tidak berjaya jadikan ia satu pengajaran supya jangn jatuh di lubang yang sama. AllahSWT akan memberi ganjaran kepada hambanya yang berusaha dan bertawakal. Jadi, cuba dahulu baru berjaya. Jangan menialai kecantikan kek,kerana rasanya belum tentu seenak kecantikkannya.

Wassalam

Hasil nukilan,

(NORAIN BINTI ABDULLAH)

5 SC 1


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

21 ulasan untuk “Cerpen : kek kehidupan”
  1. Zulaika says:

    cerita ini berjaya membangkitkan keyakinan saya yang hampir hilang. 2 hari yang lepas,saya telah menerima keputusan PMR~ Keputusan PMR saya tidak memuaskan. Tetapi,cerita ini telah berjaya membuatkan saya kembali bersemangat untuk teruskan perjuangan sebagai seorang pelajar! Masam melambangkan kegagalanku! Semoga selepas ini saya berjaya ‘membuat’ sebiji kek yang mempunyai pelbagai rasa di dalamnya~
    Di mana rasa itu melambangkan pahit manis kehidupanku sebagai seorang pelajar harapan sekolah!Syabas!! :) dan terima kasih kerana menghasilkan karya yang bagus ini~

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"