
Cerpen : Kerana Cinta luka
Oleh : Fara Nia
Shahira menyeka airmatanya beberapa kali. Namun tetap juga seperti tadi air jernih itu masih juga berterusan mengalir . masih juga tetap tidak mahu berhenti biar berkali kali tangannya melekap di wajah mulusnya itu. ahh .. tuhan mengapa aku insan yang dipilih itu. perit hatinya .perit sebaik melihat keadaan dirinya ketika itu. Ingin meluahkan dia tidak tahu pada siapa. Ingin menjerit dia bimbang dikata gila apatah lagi diketika ini masih ada tetamu yang sedang berbicara diruang tamu banglo mewah itu. Lari? Ah.. mana mungkin aku melakukan itu!
” Ira.. dah la tu! Mata awak dah bengkak dah tu?” Hana menyapa sebaik masuk kekamar yang luas itu. sedih hatinya melihat shahira yang menangis hiba begitu. Hendak ditolong dia sendiri tidak tahu harus memberi pertolongan apa.
Shahira mendongak sebaik melihat seraut wajah suhana yang menyapa pandangan matanya. Hana? Hana pasti mampu membantunya memberikan sejalur semangat buatnya. Ya dia yakin temannya itu pasti boleh membantunya. Tidak menunggu lama dia lantas memeluk tubuh suhana.
Tangisannya berlagu dibahu teman yang satu itu. ” saya tak nak.. saya tak sanggup hana.. saya tak boleh”
” sabarlah.. saya yakin pasti ada hikmah dia atas semua yang terjadi pada awak.. awak kena redha Ira.” Suhana menasihati pula. dia tahu betapa peritnya hati temannya itu apabila terpaksa menyandang gelaran seorang isteri di atas kesilapan yang tidak dibuat.
Redha? Bagaimana harus aku redha akan perkahwinan ini hana! Aku ! aku dipaksa kahwin dengan Johan kerana aku ditangkap khalwat dengannya . sedangkan aku langsung tidak berbuat apa apa dengannya. Malahan untuk melihat lelaki itu pun dia tidak pernah rela. Dan sekarang dia harus hidup disamping lelaki itu. mampukah dia. Apatah lagi dengan cercaan ahli keluarganya sendiri yang kini sudah tidak mahu mengaku dia darah daging mereka. hatinya sebak.
Masih diingat lagi peristiwa malam tadi. Dia yang ketika itu baru sahaja pulang terus sahaja menuju ke bilik air. Mahu membersihkan diri kerana badannya terasa seakan melekit setelah seharian berada ditapak pembinaan. Langsung terlupa akan pintu yang utama yang tidak dikunci. Pintu biliknya apatah lagi. sebaik sahaja keluar matanya terbuntang apabila melihat Johan yang sudah bersandar dipintu kamarnya itu.
” awak buat apa kat sini?.. macammana awak boleh masuk?” ujarnya bertalu talu. Wajah Johan ditentang tajam. Johan? Lelaki itu bukanlah salah seorang temannya. Dia pun tidak pernah melayan sapaan Johan selama ini. Dia meluat sebenarnya melihat wajah itu masakan tidak Johan sering sahaja mengangunya biarpun sudah dijelaskan beberapa kali olehnya bahawa dia tidak berminat untuk berkawan dengan Johan. Kerana dia sememangnya sedari dulu agak sukar untuk berkawan dengan lelaki. Lelaki playboys seperti Johan apatah lagi. itupun dia tahu dari teman temannya yang lain.
” saya nak jumpa awak Ira.. saya betul betul cintakan Awak”
” apa yang awak merepek ni. berapa kali saya nak cakap pada awak yang saya tak sukakan awak. Tak suka dan tak pernah suka. Tolonglah Johan keluarlah dari sini sebelum ada benda buruk yang terjadi.” Ujarnya takut. Wajah johan yang sedang merenungnya membuatkan dia mengetap bibir sendiri. hanya berdua di Apartment ini pastilah menyesakkan dadanya. Takut sesuatu yang buruk terjadi padanya.
” kenapa awak tak suka saya. Apa salah saya pada awak” Johan masih bertanya selamba. Dia masih mahukan jawapan dari shahira. Pertama kali melihat raut wajah itu dia benar benar sudah jatuh cinta. Tetapi sayang shahira langsung tidak mahu menyambut salam perkenalan darinya. Dia benar benar tercabar. Belum pernah ada gadis yang menolaknya selama ini. Tetapi tidak bagi gadis seperti shahira. Sogokan dari teman temannya yang mencabarnya supaya shahira jatuh ke pangkuannya benar benar menguasai fikirannya. Dia mahu shahira menjadi miliknya. Walau apa sahaja cara. Tetapi mampukah dia melihat seraut wajah yang polos itu memandangnya dengan penuh rasa benci.
” awak nak tahu kenapa saya tak suka awak?” Shahira bertanya kembali. ” tengoklah diri awak johan. Hidup awak tu Cuma bertuankan nafsu awak tahu tak. Tolongla please. Get out from my places!” ujarnya geram. Johan!lelaki itu memang punya seraut wajah yang bisa mengetarkan hati wanitanya yang tidak pernah mampu disentuh oleh lelaki selama ini.. tetapi johan.. johan lelaki yang bertuankan nafsu. Malamnya banyak dihabiskan dengan terkinja kinja diclub. Mana mungkin dia berkawan dengan lelaki yang runtuh akhlak sebegitu. Dan kerana itulah dia langsung tidak pernah menyambut salam perkenalan dari Johan.
” saya akan berubah kalau itu yang awak mahukan, saya betul betul sayangkan awak..”
Shahira tersenyum sinis. masakan hanya kerana cintakan dia lelaki itu mahu berubah. ” sudah lah awak pergi sekarang.. saya tak nak ada benda buruk yang terjadi nanti”
” saya cintakan awak shira? Terlalu cintakan awak?.. saya minta maaf saya terpaksa!”
Shahira mengerutkan dahinya. Terpaksa? ” terpaksa? Apa maksud awaK” pertanyaan terlontar jua dibibirnya. Langsung tidak menyedari bahawa mereka sudah hampir setengah jam bertekak di dalam kamarnya itu.
” ira saya..
Kata kata Joham mati sebaik mendengar bunyi ketukan pintu yang bertalu talu dari sebalik pintu. Wajah Shahira dipandang pula. ” maafkan saya”
Badan shahira mengeletar. Seakan merasa sesuatu yang buruk akan berlaku kepadanya. Sesuatu yang tidak pernah termimpi akan berlaku di dalam diari hidupnya. Disaat melihat pintu yang terbuka dan terdapat beberapa lelaki berkopiah putih serta beberapa orang wanita disitu . Matanya berpinar. Tidak mana mungkin ini yang terjadi. Hatinya memberontak kecil. Air matanya mula mengalir laju.
” kami tak buat apa apa encik.. tolong ..” ujarnya merayu. Tetapi disaat melihat wajah yang tidak percaya itu hatinya luruh. Benar mana mungkin mereka semua percaya apatah lagi apabila menyedari akan keadaannya itu, yang ketika itu hanya memakai bathrobe kerana bukankah dia baru sahaja keluar dari bilik air?
=======================
Johan memandang wajah Shahira lama. Timbul rasa simpati sebaik melihat wajah yang sembab itu. ahh.. maafkan saya Ira.. saya terpaksa. Hatinya berdesis kecil. Tubuh yang sedang berteleku di pinggir katil dihampiri. ” maafkan abang..”
Shahira mengetap bibirnya. Maaf? Sesenang itukah lelaki itu mahu memohon maaf diatas perilaku biadapnya itu. ” maaf awak takkan mampu mengembalikan maruah saya Johan..” suaranya lirih. Kesal sebenarnya.
” abang akan jaga Ira.. abang akan bahagiakan Ira”
” awak takkan mampu bahagiakan saya Johan.. sebab saya tak pernah cintakan awak! Tergamak awak buat saya macam tu.. apa salah saya pada awak? Kenapa .. kenapa awak tergamak hancurkan hidup saya. Kenapa awak tak biarkan saya sendirian. Kenapa awak.. kenapa” pertanyaannya bertalu talu.
” gara gara awak.. ibu dan ayah dah tak percayakan saya. Mereka tak mengaku saya anak diaorang. Mereka benci saya.. awak kejam johan. Kejam. Dan saya takkan maafkan awak sampai bila bila.!” Ujarnya seraya menumbuk bahu Johan bertalu talu. Air matanya merembes laju apabila melihat wajah yang berpura pura seolah tidak bersalah itu. sedang pada hakikatnya dia yakin lewat kata kata lelaki itu sewaktu mereka ditangkap dulu membuktikan bahawa segala galanya sudah dirancang oleh johan.
Johan mengetap bibir. Sudah tidak tahu mahu berkata apa. Sakit dibahunya langsung tidak dihiraukan.Ya memang salahnya kerana terlalu menurut perasaan. Dia tidak mahu Shahira jatuh ketangan orang lain. Tanpa sedar tindakannya itu sebenarnya sudah merendah dan menghancur lumatkan perasaan gadis yang dicintainya itu.
” ira tidurlah.. abang nak keluar” Johan mengarah pula. tidak sanggup berlama disitu bimbang Shahira lebih benci kepadanya. Biarpun dia tahu tembok kebencian shahira kepadannya sememangnya sudah tidak mampu diruntuhkan dengan kata kata maafnya itu.
Air mata shahira menitis lagi. ahh lelaki kejam seperti engkau takkan pernah mengerti johan. Takkan pernah.
============================
Shahira mengemas baju bajunya lalu dimasukkan kedalam bag baju . Hari ini dia harus ke johor bharu untuk melihat perjalanan projek pembinaan hotel yang sedang diuruskan oleh syarikat tempatnya bekerja itu. peluh di dahi diseka perlahan. penat apabila tergesa gesa mahu berangkat pergi kesana. Jarum jam dilirik. Sudah pukul 6 petang. Sebaik sahaja dia turun ke ruang tamu dilihatnya johan sudah bersandar disofa rumahmereka itu.
Sememangnya sudah enam bulan dia berpindah ke Banglo lelaki itu sebaik sahaja seminggu usia pernikahan paksa mereka itu. namun dalam masa enam bulan ini jugalah dia masih juga seperti dahulu. membawa haluan masing masing. Tidak dia tidak akan pernah memaafkan lelaki seperti johan. Lelaki yang sudah meragut seluruh kehidupannya.
” ira nak pergi mana?” johan bertanya sebaik melihat shahira yang sudah lengkap bertudung. Mahu keluar barangkali. Apatah lagi apabila melihat beg yang dijinjit isterinya itu. ahh .. sememangnya shahira tidak pernah tidak memakai tudung apabila bersama dengannya. Keras hati shahira langsung tidak mampu dilenturkan biarpun sudah banyak kali dia memohon maaf. Mereka dirumah ini tidak ubah seperti orang asing. Jarang sekali shahira mahu berbicara dengannya.
Shahira tidak menjawab. Begnya diletakkan di dalam tempat duduk belakang. Setelah itu dia menuju pula ke ruangan dapur. Mahu membasahkan tekaknya yang dahaga sebelum bertolak pergi.
” ira dah makan.. kita makan jom” Johan mengajak lagi. dan sememangnya dalam enam bulan ini itu jugalah perlawaannya buat isterinya itu. biarpun tidak pernah sekali pun shahira mahu makan bersamanya. Makanan yang dibeli pasti akan dibuang begitu sahaja.
Shahira hanya tersenyum sinis. perkara yang biasa dilakukan. ” tak payah tunjuk baik la Johan. Saya tak hendaknya makan makanan haram awak tu.” Ujarnya seraya berlalu pergi.
Johan? Dia akui selama enam bulan ini johan tidak pernah meninggikan suara buatnya. Malah serasanya setiap malam lelaki itu pasti ada dirumah menunjukkan bahawa johan sudah benar benar berubah. Malahan setiap hari pasti ada sahaja kata kata maaf yang meniti dibibir lelaki itu.
Tapi.. dia? Dia tidak akan pernah memaafkan johan kerana menjebaknya dengan perkahwinan ini. Biar seribu kali lelaki itu berubah sekalipun takkan mampu untuk merawat hatinya yang luka dek kerana perbuatan khianat lelaki itu. perbuatan yang sudah menghancur lumatkan maruahnya.
” abang minta maaf ira.. tolong jangan buat abang macam ni” johan merayu lagi. lelah dirinya dengan kebisuan dan perlian yang meniti di bibir Shahira.
“huh.. sudah lah. Saya tak de masa” ujarnya seraya berlalu.
Johan terpelangah. Fikirannya terasa kusut. Number Azlan temannya didail sebaik melihat wajah shahira yang sudah menghilang.
” kau kat mana lan”
” aku kat tempat biasa la.. knape?”
Tempat biasa ? ahh.. pasti Azlan sedang bergembira di club. Malas mahu memikirkan dia lantas ke sana biarpun semenjak dia menikahi shahira dia sudah tidak memijak tempat itu lagi. tetapi fikirannya ketika ini sudah tidak mampu dikawal lagi. sakit hati dengan shahira yang langsung tidak mahu memaafkannya membuatkan dia benar benar berada diambang ketidak warasan.
” kau kenapa muka kusut semacam.. aii dah ada bini pun muka berkerut lagi”
Johan merungus kasar. Tidak suka diusik begitu.
” kau kenapa.. bagitau aku, mana tahu aku boleh tolong.”
” tolong.. tolong apa? Gara gara idea bodoh kaulah shahira makin benci pada aku” ujarnya separa berteriak dek kerana suasana bising di club itu. marah kan temannya yang memberi idea bodoh untuk mengikat shahira dengannya. Ya idea tangkap khalwat itu sebenarnya diutarakan oleh Azlan. Azlan mengutarakan cadangan bodoh dalam pada rasa hendak mencabarnya supaya menundukkan Shahira.Dia yang ketika itu memang gila akan shahira ditambah dengan cabaran temannya itu terus sahaja bersetuju. Langsung tidak memikirkan akibat buruk akan perbuatannya itu.
” ala relax ar bro, kejap lagi dia mesti tunduk pada kau punya” Azlan bersuara angkuh. Langsung tiada rasa bersalah pada wajahnya. ” minum jom” ujarnya seraya menunjukan bir ditangannya.
Johan mengerutkan dahinya. Dia memang sedari dulu lagi pengunjung setia club itu. tapi terlupakah temannya itu yang dia tidak pernah dan tidak akan menyentuh air haram itu. dia terkinja kinja diclub itu dahulu hanya lah kerana mahu menghabiskan masanya. Bukannya mabuk seperti temannya itu. ” aku tak nak lah.. aku nak balik” ujarnya sambil berdiri.
‘” ala.. tak gentle man ar kau ni.. ingat la Shahira tu takkan jatuh pada kau walaupun kau berubah baik… tak bermakna pada dia pun. lebih baik kau minum ni, dapat lupa segala masalah. Kan bagus” ujarnya seraya menuang bir ke gelas johan. Apabila dilihat johan yang masih berdiam diri. Dia mengapi ngapikan lelaki itu lagi. dan disaat johan sudah meneguk air haram itu dia tersenyum sinis. johan! Johan kau tu sebenarnya bodoh! Ujarnya di dalam hati.
Dia sebenarnya dahulu sukakan Shahira tetapi dia maklum shahira tidak menyukainya. Sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu. sebaik sahaja tahu Johan menyukai shahira dia lantas mengapikan temannya itu. idea bodoh diutarakan sambil sambil itu dia turut mengapi apikan fikiran Johan. Dia mahu shahira merana kerana tidak membalas perasaannya. Dan sekarang? Hahaha.. kau berdua bakal mampus??
==========================
Shahira membuka pintu banglonya perlahan. dia lantas sahaja kebiliknya sebaik pintu dikunci kembali. hairan melihatkan keadaan rumah yang agak tungang langang setelah seminggu ditinggalkan berikutan pemergiannya ke Jb tetapi di malas mahu memikirkan. Jam dilirik. Pukul 10 malam. suasana sepi membuatkan dia yakin Johan pasti tidak ada dirumah diketika ini.
” huh.. penat penat” suranya lirih. Badannya direbahkan di atas katil di dalam biliknya. sempat tadi dia menjenguk ke bilik Johan. Sunyi. Mahu memastikan bahawa Johan benar benar tidak ada dikamarnya. Sememangnya dia dan Johan tidur di kamar berasingan. Tidak sedar entah bila dia akhirnya terlena.
” ira.. ira..” johan menjerit nyaring. Yakin shahira sudah pulang kerana tadi dia melihat kereta isterinya itu ada dilaman rumah.
Shahira terkejut dari lenanya. Matanya terpisat pisat dek kerana terlalu mengantuk. Mendengar bunyi kaca jatuh dia cepat cepat meluru keruang tamu sempat dia menyauk tudung kekepalanya itu. Langkahnya mati sebaik melihat Johan yang sedang terhuyung hayang itu. mabukkah Johan?
” huh.. saya dah kata orang macam awak takkan berubah Johan..” ujarnya menempik kerana terlalu geram. Dulu dia hampir yakin johan sudah berubah . tetapi sekarang.
Johan menghampiri shahira. Tubuh itu dipeluk kejap.
” apa awak buat ni.. lepas..” badan Johan ditolak menjauh. Sakit hidungnya dengan bau arak itu.
” syh.. I love you.. really love you” wajah shahira dicium pula bertalu talu. Bibir mungil itu dipagut kasar .Benar benar tidak menghiraukan rontaan isterinya itu.
” lepaskan saya Johan..”
Langsung geram dengan penolakan shahira tubuh itu ditarik menuju kekamarnya pula. lalu ditolak jatuh ke atas katil biliknya itu.
Shahira mula terasa menggigil. ” awak nak buat apa johan.. lepaskan saya” ujarnya separa merayu.
Johan langsung tidak menghiraukan. Tudung shahira ditarik kasar lalu dia mencium tengkuk shahira bertalu talu. Tangannya mengalun lembur rambut yang panjang mengurai itu. Rambut yang tidak pernah dilihat oleh pandangan matanya. Cantik! Nafasnya benar benar bergelora.
” Johan..” shahira menjerit lagi. tenaganya yang ada tidak cukup kuat untuk melawan nafsu johan yang sudah mengila itu.
” syhh..” Johan merentap pula baju Isterinya itu kasar. Tubuh itu ditindih lalu dipeluk erat.
Shahira yang sudah lemas didalam pelukan Johan hanya mampu mengalirkan Air mata. Sudah tidak berdaya untuk menolak Johan yang sudahpun mencumbui tubuhnya itu.ahh.. itukah nasibnya. Dirogol oleh suaminya sendiri?
beberapa jam kemudian johan terjaga dari lenanya apabila mendengar sayup sayup suara. Kepalanya dipicit berulangkali. Sakit. Sambil sambil itu dia mencuba mengingati apa yang berlaku kepadanya. Kuat bunyi tangisan membuatkan dia berpaling. Dia terkedu.
Shahira menyeka air matanya kasar sebaik melihat Johan yang sudah berjaga itu. gebar ditarik bagi menutupi tubuhnya yang terdedah. ” puas.. puas hati kau sekarang!!” ujarnya menempik. Sakit dibadannya akibat dikasari beberapa jam tadi masih terasa.
” abang.. abang minta maaf.. abang tak sengaja..” johan bersuara pula sebaik mengingati kejadian semalam. Ya Allah pasti gara gara dia mabuk semalam. Terlalu menurut nafsu yang sudah ketagih air haram itu setelah meminumnya seminggu yang lepas.
” berapa kali awak nak minta maaf dan berapa kali juga awak nak hancurkan hidup saya.. saya takkan maafkan awak.. takkan?!!” bahu johan ditumbuk bertalu talu. Benci. Dia benci akan keadaannya itu.
” Abang minta maaf ira.. Abang sayangkan Ira”
Shahira mengeleng pula. ” pergi! Pergi dari sini” ujarnya seraya menolak johan menjauh dari tubuhnya. Ya Allah dia benar benar sudah tidak mampu menangungnya lagi. cukup peritkah hidupnya itu.
…………………………………
Sebulan berlalu….
Johan mula gelisah ditempat duduknya itu. bayang yang dinanti sehingga kewaktu ini masih tetap tidak muncul. Lewat balikkah shahira? Hatinya tertanya sendiri. pada kebiasaannya pada waktu begini shahira sudah pulang dari kerja. hatinya sebak sebaik mengingat kedinginan shahira yang semakin bertambah kepadanya. Ahh.. Ira sayang benci benarkah ira pada Abang?
” ira.. tunggu” Johan memanggil sebaik melihat wajah isterinya itu muncul disebalik pintu utama. melihat wajah sendu itu hatinya bertambah parah. Ya Allah dosa apa yang sudah aku lakukan kepada perempuan sebaik shahira. Hatinya mula kesal diatas segala perbuatannya dahulu.
Shahira hanya berdiam diri. Benci! Dia benci kepada lelaki itu.
” Ira abang minta maaf.. jangan macam ni sayang.. abang betul betul sayangkan Ira.. abang tak boleh hidup tanpa ira. Ira maafkan abang ya” ujarnya merayu buat kesekelian kalinya. Buntu bagaimana harus membuarkan shahira jatuh sayang kepadannya juga. Sedangkan dia kini benar benar sudah jatuh kasih pada isterinya itu.
” saya tak akan maafkan awak.. sampai bila bila pun saya tak kan maafkan awakl” ujarnya bertempik.
Johan memeluk erat tubuh Shahira. ” maafkan Abang.. please.. abang betul betul cintakan sayang..”
” maaf awak tak de nilainya Johan.. ceraikan saya!” suranya melengking. Tubuh Johan ditolak menjauh. Dia sudah nekad. Mereka harus bercerai kerana dia benci akan johan. Benci!
Johan terpelangah. ” abang takkan ceraikan sayang.. abang cintakan sayang.. Ira please” Johan masih mahu memujuk. Tidak ! dia tidak sanggup berpisah dengan shahira. Dia mahu menebus segala salah dan silapnya itu.
” lepaskan saya Johan.. ceraikan saya. Ceraikan saya” tubuh johan dipukul bertalu talu.
” abang takkan ceraikan ira”
” kenapa kenapa Awak nak siksa hidup saya.. kenapa”
” abang minta maaf , tapi abang betul betul cintakan ira..”
” saya tak cintakan awak johan.. saya tak pernah cintakan Awak”
” abang tahu.. abang salah.. abang mohon ira.. please beri abang peluang”
Shahira mengeleng laju. Tidak! Dia tidak akan memberi peluang buat Johan. Tidak selagi maruahnya tidak dikembalikan padanya. Dia berlari laju menaiki anak tangga mahu menuju kebiliknya. Langsung tidak menghiraukan langkahnya yang sedikit pincang. Dan hampir terjatuh itu.
” ira” Johan menempik sebaik melihat Tubuh yang tadi berdiri sudah jatuh melurut ke bawah itu.
==============================
Shahira menekap dahinya perlahan. sakit akibat jatuh tadi cuba ditahan sekuat hati. entah bagaimana dia tersalah pijak tadi. Dia yang tadi berbaring lemah di bilik doctor yang dikira hospital itu cuba berdiri menegak. Sebaik melihat wajah johan dia kembali menyinga.
” Cik shahira dah sedar, so kepala you macam mana? Sakit lagI” Doktor suraya bertanya pula.
” err.. i`m okey”
” good, so kita pergi depan sanalah .. I want to tell both of you some news” ujar doctor suraya seraya menuju ke mejanya.
” boleh bangun ker” johan bertanya apabila melihat shahira yang terkial kial mahu turun dari katil itu. tangan shahira dipegang bertujuan mahu membantu. Hampir sesak nafasnya sebaik melihat shahira yang terkaku tadi.
” don`t touch me!!” ujarnya menengking .
Sebaik sahaja tiba dia terus sahaja duduk di hadapan doctor suraya itu. wajah terkedu johan akibat ditengking olehnya langsung tidak dihiraukan. Sakit hati johan sakit lagi hatinya.
” awak beruntung sebab dapat suami yang caring macam Encik Johan. Pucat betul dia tengok awak tadi” doctor Suraya memuji pula. dapat dilihat dengan jelas betapa pucatnya wajah suami kepada pesakitnya itu. benar benar sayang berangkali.
Johan tersenyum hambar. Dia memang sayangkan Shahira tapi isterinya itu langsung tidak mahu memberi peluang buatnya. Lalu dia akur. Dia memang layak dibenci oleh isterinya itu.
Shahira hanya membeku. Caring? Ya dia akui dari sejak mereka menikah lelaki itu tidak pernah tidak menjaganya. Tetapi biar beribu kasih sayang yang dicurahkan buatnya sekalipun pasti takkan mampu merawat luka dihatinya akibat perbuatan tidak perikemanusiaan johan.
” macammana keadaan isteri saya doctor” johan bertanya pula.
” Miss shahira okey… Cuma..”
” Cuma apa doctor” hatinya kembali risau.
“congratulation” doctor suraya menghulurkan tangannya kepada pasangan suami isteri itu.
” kenapa”
” both of you akan jadi papa dan mama tak lama lagi! your wife mengandung tiga minggu”
Shahira terpelangah. No.. tak.. tak mungkin dia mengandung. Tidak mungkin dia mengandungkan anak Johan. Anak yang terhasil akibat perbuatan rakus Johan. Dia berlari keluar lalu menyekat teksi kerumahnya. Tidak .. dia tidak mungkin menerimanya. tidak mungkin!
Sebaik sahaja tiba dirumah tangisannya tidak mampu ditahan lagi. dugaan apakah lagi Tuhan. Mengapa aku? Hatinya sebak. Dengan hasil ini pasti dia akan kekal terikat dengan Johan sedangkan dia.. dia tidak mampu lagi menahan hatinya dari terus terluka akibat perbuatan Bodoh Johan terhadapnya.
Johan yang baru sahaja tiba dirumah mereka terus sahaja menuju kekamar Shahira. Tubuh yang sedang mengongoi itu dihampiri. ” Abang minta maaf ira.. terima la dia sebab dia anak kita..”
” terima kepala hotak kau.. ini semua gara gara kau.. kenapa johan .. kenapa kau berterusan sakiti hati aku. Kenapa? ” ujarnya tersedu. Kedatangan Johan dalam hidupnya dirasakan tidak ubah seperti bala besar yang menengelamkan seluruh kehidupannya.
” abang cintakan ira. Abang tahu cara Abang dapatkan ira dengan cara kotor. Tapi cubalah buka hati Ira. Terima Abang sebagai suami ira. Abang cintakan ira. Terlalu sayangkan ira. Maafkan Abang ya sayang” tangan shahira diusap lembut.
Shahira yang tadi berbaring lantas berdiri. ” dosa kau pada aku terlalu besar Johan.. aku takkan bersama dengan kau.. anak ni biar aku yang jaga.. kau ceraikan aku” ujarnya menempik.
Johan sebak. Air matanya terasa ingin luruh melihat betapa bencinya shahira kepadanya. Tubuh yang berdiri itu dihampiri. Lalu dia melurut dikaki shahira ” maafkan Abang.. maafkan Abang ira”
Shahira menjauh. Almari pakaiannya dibuka. Lalu bajunya dikeluarkan dan diisi ke dalam bag.Dia harus pergi dari rumah ini.
Melihatkan itu johan menerpa kearah shahira. Tubuh isterinya itu dipeluk erat. Tidak! Dia cintakan shahira sepenuh hati. dia tidak mampu hidup jikalu isterinya itu meninggalkan dirinya. Tidak akan mampu.
Shahira mula geram. Air matanya diseka kasar. Tubuh Johan ditolak menjauh. ” kau sebenarnya Cuma mahukan tubuh aku je kan johan.. hah buatlah apa yang kau mahu.. selepas itu kau ceraikan aku.. puaskan hati kau johan.. puaskan hati engkau.” ujarnya seraya membuka butang bajunya kasar. Lalu tubuhnya didekatkan kepada lelaki itu. biar selesai segala galanya diantara mereka.
Air mata johan semakin menitis laju sebaik melihat reaksi shahira itu. tidak bukan itu yang dia mahukan. Dia mahukan kasih sayang isterinya itu. tidak menunggu lama dia membutangkan semula baju shahira. ” abang bukan mahukan itu sayang.. bukalah pintu hatimu.. berikan ruang buat abang bertapak dihati sayang. Abang akan tebus segala dosa dosa abang pada sayang” ujarnya seraya mengucup lembut dahi shahira. Setelah itu dia keluar dari kamar isterinya itu. berharap agar shahira mampu bertenang buat seketika.dan dia sendiri? dia sendiri mahu menenangkan fikirannya buat seketika.
================================
Dua bulan berlalu keadaan masih juga sama. Johan sudah mula berputus asa. Biarpun dia Berjaya menghalang shahira dari keluar dari banglonya itu tetapi untuk berterusan melihat wajam muram shahira dia benar benar tidak mampu. Ya Allah. Apa yang harus aku buat?
Melihat jam yang sudah menginjak ke pukul 10 Johan berlalu ke dapur. Setelah itu dia menuju kekamar shahira. Biarpun isterinya itu benci kepadanya tetapi dia tetap juga mahu memberi susu buat shahira. Biar tubuh yang lesu itu kembali segar seperti dahulu.
Hampa hatinya sebaik melihat shahira yang berkelubung dengan gebar begitu. Dia tahu shahira hanya berpura pura tidur. Gelas susu diletak ditepi katil. Lalu dia duduk di sebelah pembaringan shahira. ” abang tahu.. ira tak tidur lagi. entah lah ira.. abang betul betul menyesal.. abang redha kalau ira tak maafkan Abang..” nafasnya dilepas perlahan. dahi isterinya dicium penuh kasih. ” minumla susu tu.. abang sayang ira” ujarnya seraya berlalu.
Shahira mengetap bibir. Air mata tidak semena mena mengalir dipipinya. Ahh.. benar benar tuluskah kasih Johan kepadanya sehingga tergamak melakukannya begitu. Jikalau benar cinta mengapa harus begini caranya?
==============
” saya rasa Johan benar benar cintakan awak Ira.. awak maafkan lah dia” Hana memberi nasihat. Setelah mendengar luahan hati temannya itu dia yakin sebenarnya Johan benar benar mencintai Shahira. Cuma mungkin caranya untuk mendapat shahira keterlaluan. Ahh.. cinta? Bukankah Cinta bisa membutakan mata hati?
” tapi saya.. kenapa dia buat saya macam tu hana.. kalau betul dia cintakan saya kenapa harus dia hancurkan hidup saya.” Ujarnya lirih.
” cinta? Cinta membutakan mata hati awak ? Awak terima la dia.
Mulakan hidup baru. Saya yakin awak akan bahagia.” Hana memberi semangat.
Shahira membisu. Mampukah dia melupakan segala apa yang dilakukan Johan terhadapnya itu?
Lantang bunyi phone membuatkan shahira terkejut sendiri. berkerut dahinya disaat melihat number yang tidak dikenalinya itu. ” hello”
Shahira terkedu. Berita yang dibawa oleh orang yang tidak dikenalinya itu membuatkan jantungnya berdegup kencang. ” johan, Johan Accident” ujarnya seraya berlari laju. Dia mahu menuju ke hospital cepat. Kata orang tadi Johan parah. Tidak! Dia tidak mahu Johan meninggalkannya.
Ya Allah selamatkanlah dia! Selamatkan suamiku. Aku janji aku akan melupakan segala galanya andai Johan selamat. Berikan peluang buat kami! Hatinya meminta lirih. Disaat ini segala kebaikan johan terbayang diwajahnya. Hilang sudah segala rasa marah dan bencinya kepada Johan.
” Johan mana” ujarnya bertanya Farhan. Adik kepada Johan. Yang hanya pernah ditemui beberapa kali itu
” abang masih kat dalam kak..
” kenapa kenapa dengan Abang..” ujarnya memintas laju. Tidak sedar bibirnya turut membahasakan Abang kepada Johan. Langsung berasa kesal akan keegoanya dahulu dia terduduk di lantai itu. ahh.. Johan . kehadiran awak tidak pernah saya pinta. Dan sekarang awak pergi.. pun tidak pernah saya pinta.. hatinya bersuara lirih. Kesal.
” sayang”
” ira.. sayang” Johan memanggil lagi.
Shahira terkedu. Wajahnya yang tadi tekun menekur lantai mendongak disaat mendengar namanya diseru perlahan. matanya kembali menyinar. Dia lantas berdiri. Meneliti raut wajah dihadapannya. Tidak bermimpikah dia?
” abang..
Johan tersenyum dikala mendengar bibir yang menyebut begitu.
” abang..” shahira memanggil lagi.
” ya .. abang dekat sini sayang..” ujarnya seraya mendekati shahira.
” ada orang cakap abang parah.. tapi” dia bertanya pelik. Dia memerhati lagi. hanya dahi dan tangan lelaki itu yang berbalut. Selebihnya dia melihat Johan baik baik sahaja.
” orang.. orang mana tu..” Johan bertanya lagi. tadi dia hanya cedera kerana kereta yang dibawa terbabas ketepi penghadang jalan. Tidaklah parah mana pun. tetapi sebaik melihat melihat wajah farhan yang tersengih sengih itu dia pasti itu mesti kerja adiknya.
” tak delah.. abang ok.. kenapa sayang nak suruh abang mati ker..” ujarnya bertanya pula. ” abang tahu abang berdosa pada ira.. abang tahu orang seperti abang layak ma…”
” abang..” Shahira menyentuh bibir suaminya dengan jarinya. Air matanya jatuh melurut. ” sudah lah.. ira maaafkan Abang.. Ira pun sayangkan Abang. Kita mulakan hidup baru ya!” ujarnya seraya memeluk tubuh Johan erat. Biarlah satu dunia mencerca dirinya kerana ditangkap khalwat dahulu. dia sudah tidak kisah yang penting dia bahagia kini. Johan pasti akan membahagiakan dirinya. Dia yakin itu.
================================
Shahira meletakkan handset ditepi. Senyuman terukir dibibirnya sebaik menerima panggilan dari ibu dan ayahnya tadi. Sudah lama dia disisihkan oleh keluarganya itu gara gara sejarah perkahwinannya itu. dan hari ini? Tuhan terima kasih kerana mengembalikan mereka kepadaku.
” abang..” Shahira menyapa Johan yang baru sahaja masuk kekamar mereka.
” ye sayang”
Shahira mendekat. Tangannya dilingkarkan di bahu suaminya itu. ” tadi ibu call”
” ouh ya.. kenapa” Johan bertanya kembali. wajah isterinya ditatap sayang.
” ibu kata dia rindukan Ira.. dia maafkan ira.. dan..”
” dan apa?”
” ibu kata.. ibu kata abang pergi confess pada semua yang abang yang …” suranya teragak agak. Tadi ibunya memberitahu bahawa dia sudah tahu segala galanya. Dia sudah tahu bahawa shahira tidak bersalah. Malahan penangkapan Khalwat itu sememangnya dirancang oleh Johan. Dan johan mengaku pada semua orang bahawa Ira langsung tidak bersalah sekaligus membersihkan kembali namanya yang sudah tercemar itu.
Johan tersenyum Cuma. ” ya sayang.. abang dah bagitau pada semua yang ira tak bersalah.. Ira maafkan abang kan” Johan bertanya pula.
Shahira menganguk Cuma.
” I love you sayang..maafkan Abang..” ujarnya seraya memeluk erat tubuh isterinya itu.
” I love you too..” shahira turut membalas kata kata Johan. Ya Allah berikan kami sedikit kebahagiaan. Redhakan hatiku untuk menerima cara ikatan hubungan ini. Hatinya meminta pula. sayu hatinya hanya Tuhan yang tahu. namun dia redha. Benar benar sudah redha akan segalanya.
” janganlah sedih macam ni.. nanti baby pun sedih macam sayang tau” Johan mengusik pula.
” abangggggggggg” Shahira menjerit nyaring.eii langsung tak boleh jadi pelakon. Tak boleh menghayati situasi betul. Ujarnya membebel didalam hati. manakan tidak disaat sedih dan sayu begini pun Johan masih lagi mahu mengusiknya. Ya ALLAH hiasilah aku dan dia dengan rasa cinta. Kerna hanya Kau yang mampu mengalirkan rasa Cinta di hati kami berdua.!!













best… suka sangat… bagus ada suami cm tuh…. mengaku kesalahan… caring.. bagus3
bez2….wlaupun nak nagis tad…pas bace akhirnya cam2…huhu….
HMMM… MSA BCA TDI…MCM 2 RSA ADER… MARAH…BENCI…KESIAN… GERAM… TAPI YG PALING BEST RSA SWEET HAPPY ENDING..
ending dia sweet laa,, tapi yg x ske mase johan perangkap shahira..!! mmg x bleh dimaafkn,,
well ok lah..
ctew cm nie da byk dah..
but,ctew nie still best..
mlew2 mmg germ sgt3 kt johan..
ad kew ptut gne cre kotor nk dptkn ira 2…..
xptut tol..
good job writer…
nape mcm penah bce je cter mcm nieh?
pape pon..keep it up..
troskan usaha
dh byk citer cam ni..
yang membezakan biasenye gaya dan bahasa penulisan..
well done!!
hahaha mase awal2 bace tuh,hati aku mendidih giler dgn perbuatan johan tuh…..
last2 penulis dgn jayanye menukar emosi aku jadi sedih sesangat la plak….then finally heppi plak….such a great twist of heart pnye story laaa….
tp kan,since aku nih somehow kaki dendam sket….aku wat donno jer kalo fmly aku konon2 nak pujuk balik…bkn ape, kalo senag2 tuh je buang aku dr keluarge, jgn harap nak kate rindu kt aku la,ape la….nak pujuk aku balek ke pangkuan dorg….dulu kalo dorg tuh rasional sket selidik ape2 yg patot xde sebab utk kene disowned…..
ok bestlh..saya memg suka citer mcm ni..
gaya penulisan pun bgs..
klu ad bnyk idea blh jadik novel..good luck
two thumbs up
its nice to have a husband like that.