Cerpen : Kicap atau Coke

23 January 2010  
Kategori: Cerpen

13,241 bacaan 82 ulasan

Oleh : Kiera Hana

Jam menunjukkkan tepat pukul 2 tengah hari. Shah berjalan keluar dari pagar universitinya bersama-sama Izzat, Airy, dan Fizi sambil bergelak ketawa entah atas dasar lawak apa. Tiba-tiba Fizi mencuit bahu Shah, mulutnya memuncungkan kearah seorang gadis yang memakai blouse putih dan berseluar slack hitam dipadankan dengan tudung putih. Gadis itu seperti sedang menunggu seseorang dan secara spontan matanya menangkap kumpulan tersebut. Gadis itu tersenyum manis, wajahnya yang keputihan seperti bercahaya dibawah matahari redup. Airy mencuit juga bahu Shah.

“Shah, siapa awek yang senyum kat kau tu, kalah model wehh!”

“Entah…”

Izzat tersengih penuh makna.

“Aah, siapa yang jadi BF dia memang bertuahlah, dah la cantik baik tu, beriman pulak…”

“Kalaulah aku jadi BF dia dah lama aku pow buat balik rumah mak aku, akad nikah, kawin terusss…”

Shah mengecilkan mata menjeling kearah Airy, Aishh bebudak ni nak melawak ngan aku lebih-lebih pulak. Tangannya digawangkan kehadapan mereka bertiga membuatkan mereka bertiga mengelak hayunan tangan Shah.

“Ahhh, sudah-sudah…tu gewe aku tu…lebih-lebih pulak…dah aku blah dulu jumpa kat rumah…”

Shah melambai sambil Izzat, Airy dan Fizi mentertawakan rakan mereka itu. Maklumlah orang sudah berpunya, nak berkumpul macam dulu-dulu dah tak boleh lagi dah, nasib baiklah mereka menyewa kondo bersama, jadi balik rumah dapatla berkumpul lagi. Maklumlah sudah saling mengenali sejak di bangku sekolah menengan lagi. Apabila masuk ke U, untuk mengelakkan kepokaian menlanda mereka menyewa sebuah kondo di bandar KL. Nak mewah-mewah sangat, tapi asalkan sewa bekongsi semuanya jalan je lagipun mereka semua datang dari keluarga yang agak berada jugak.

Shah menghampiri gadis tadi sambil tersenyum. Ahh, rasa macam dah setahun tak jumpa gewe aku ni, maklumlah masing-masing sibuk. Rasya Adrina itulah nama gadis yang kini menghadapnya, secantik nama secantik rupanya juga. Perawakan tinggi lampai, berkulit cerah dan pandai bergaya sederhana menarik perhatiannya sejak pertama kali berjumpa. Nasib baik sahaja Shah ini juga merupakan salah seorang lelaki popular di universitinya, malahan kumpulan rakan-rakannya yang bertiga tadi agak popular juga dikalangan gadis-gadis universiti maklumlah sudahlah hensem, macho siap pandai mengayat lagi (ala-ala ayat-ayat cinta gitu).

“Dah habis kelas?”

Rasya memulakan bicara apabila memasuki kereta Proton Gen-2 Shah. Shah mengangguk setuju.

“Hmm, habislah untuk hari ni, eh Sya datang ni naik apa?”

“Kereta Sya, Umi and the geng pinjam, Sya suruh diaorang hantar Sya sini dulu baru boleh larikan MyVi Sya tu…”

Rasya tersenyum sambil memandang wajah Shah. Shah merasakan seperti jantungnya hampir terhenti sahaja, aduhai comelnya…

“Emm, sayang, Sya lapar la…jom makan nak?”

“Hah..makan..emm?”

Shah menggaru kepala, poketnya diraba dan dompetnya dikeluarkan secara sembunyi-sembunyi. Maklumlah, hujung bulan begitu semakin papa kedana dia, dompet pun dah semakin dingin dah. Dibelek-belek dompetnya yang berbaki duit sebanyak 30 ringgit, cukuplah untuk 3 hari kalau diikutkan. Kalau dia harus bayar untuk Rasya jugak..kira-kira…sekali makan at least seorang Rm7 ringgit, itu kalau makan nasi campur. Rm 7 ringgit darab dua…Rm14 ringgit. Duitnya, RM30 tolak 14 ringgit tinggal….haaa…Rm16 ringgit. ala dua atau tiga kali makan je.

“Sayang!”

Shah tersentak apabila bahunya ditampar lembut Rasya yang masih menunggu jawapan Shah.

“err, sayang..apa kata kita masak je, jimat sikit…kan?”

Shah memandang wajah Rasya dengan perasaan serba salah, kalau saja GF dia tahu BF dia sekarang tengan pokai, agak-agak dia mintak clash tak….? Pikirlah sendiri…

“Masak…siapa masak? Abang ke?”

Jari Rasya laju menunding kearah Shah. Shah sampai naik juling memandang telunjuk Rasya yang dekat dengan mukanya itu.

“Apa abang pulak, sayang kan perempuan, sayanglah masak”

Pelahan-lahan jari Rasya dibelokkan kearah Rasya sendiri.

“Rasya?”

Shah mengangguk-angguk.

“Yelah, sayang masaklah untuk abang, teringin nak rasa masakan sayang…bolehkan?”

Rasya tersengih sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal Kepalanya ligat memikirkan sesuatu.

“Err, abang sebenarnya…sebenarnya dapur sayang tu baru banjir, so…so diaorang tengah buat dry cleaning, tak boleh masak la…ala kita makan kedai je la…please..”

“Hah banjir, dry cleaning…apanye tu?”

“Ahh…hehe…apa-apa pun Sya tak rasa nak masak la…ala..jom la makan kat luar…Rasya…”

“…belanja? Hah! Boleh je…jom”

Rasya mencubit paha Shah yang excited semacam saja.

“Apa pulak, abang ni tak gentleman lansung lah, ni yang Rasya macam nak clash je ni…”

“Hah! Clash…alalala, jangan merajuk…(dengan bersusah payah) ok lah…abang belanja ye…jom”

Shah berpaling kearah lain sementara Rasya mengeluh lega dengan keputusan itu. Shah membuat muka redha dan menghidupkan enjin kereta. Rasya tersenyum.

“Abang, kalau memang abang nak rasa masakan Rasya, boleh je, tapi bukan sekarang la mungkin minggu depan ke, biar Rasya prepare dulu key…?”

“Yelah…”

Telefon bimbit Sony Ericsson T707 bergetar diatas meja di ruang tamu. Shah berlari mendapatkan telefon tersebut dari dapur rumahnya itu. Nombor yang sangat dia kenali, senyumannya terukir. ‘©Sya©’, nama itu tertera di skrin telefon. Aduh bahagia benar dia memiliki gadis itu sebagai teman wanitanya, sudahlah cantik, comel…pokoknya semuanya perfect tapi ada satu yang kurang.

‘Mak ingat nak menantu yang pandai masak senang nak turunkan resepi rahsia ni pada isteri kau tu…lagipun kitakan ada restoran, kalau isteri kau tu tak pandai memasak buat apa…’

Shah menggaru kepalanya pening namun butang handsetnya ditekan juga.

“Hello? Shah…”

“Ya sayang ada apa ni? Rindu ekk?”

Ketawa Rasya bergema di corong telefon. Rasya menjelaskan tujuannya, mahu diajak Shah makan dirumah.

“Rasya masak ni, datang makan ek malam ni, jangan tak datang pulak kalau tak kita clash! hehe…”

Ayat wajib tu, Rasya memang suka benar ugut dia pakai perkataan tu, hai apalah nak jadi. Cepat-cepat Shah bersetuju, memang dia tak sabar untuk merasa masakan Rasya. Ini masanya dia menilai tahap mana teman wanitanya itu pandai memasak. Shah tersengih sorang-sorang, tidak disangka wanita yang dikenalinya itu dahulunya, kasar, suka cari gaduh dengannya kini boleh berubah menjadi wanita lembut dan sweet sangat. Kawan-kawannya pun bukan main memuji lagi…hah! KAwan-kawannya…ajak sekalilah…hehe.

“Wei, Izzat mu nak tman aku pg mkn malam ngan awek aku x…..nak….ok…set…bye!”

Lepas tu nombor Airy pulak yang didailnya, budak tu memang nombor satu kalu bab-bab makan ni, maklumlah dah hujung bulan, dompet pun dah dingin perut lagi dingin.

******************************************

Tepat pukul 9.00 malam, sebuah kereta dengan 4 orang penumpang melangkah keluar. Di hadapannya tesergam apartment 20 tingkat yang didiami Ain. Airy memegang perutnya yang sudah berbunyi dan memandang pada rakan-rakannya yang lain. MEreka tersnegih, faham benar dengan rakan mereka yang seorang ni.

“Jom!”

“Haiii, biar sedaplah makanan yang awek kau masak ni kalau tak rugi jer aku tahan perut dari pagi tadi tau!”

Fizi melangkah masuk kedalam lif sambil menjeling kepada Shah dengan pandangan nakal. Shah tersengih namun dalam hatinya ada sedikit gelisah juag. Dia tak pernah merasa masakan Ain sebelum ini, macam mana agaknya ye?

Loceng pintu no. 121 ditekannya dan skrin di situ berkelip-kelip. Wajah Rasya yang tersenyum menyapa mereka semua.

“HAI RASYA!”

“Kami dah sampai!”

“Wah ramainye, nasib baik Sya wat banyak tahu, korang mesti abiskan semua!”

“Mesti, mesti!”

Pintu dibuka dan mereka berempat melangkah masuk kedalam Apartment dua bilik itu. Rumah itu dibeli Rasya tahun lepas setelah posting mengajar di sekolah rendah di ibu negara jadi rumah tersebut yang berdekatan dengan sekolah amat sesuai sekali untuk didiami Rasya. Mereka mengambil tempat duduk masing-masing di meja makan. Lauk pauk yang dimasak Rasya nampak enak sekali. Sekali sekala Airy yang duduk di hujung meja mengesat air liurnya yang tidak tumpah pun membayangkan betapa sedapnya spegethi yang terhidang dihadapannya.

“Ok, Sya masak special untu Shah…n korang ehemm.. makanlah”

Mereka membulatkan mata dan terus mencapai sudu dan garfu. Shah menyuapkan spegethi itu kedalam mulutnya dengan lahap sekali…

‘Wahhh, seda……..uhmmmph apa ni!’

‘macam mana masakan secantik ni boleh jadi rasa macam ni…!’

Shah meluahkan semuanya semula kedalam pinggan. Mereka semua saling berpandangan, Rasya tersenyum sambil memandang wajah Shah dengan penuh harapan.

“MAcam mana rasanya? Sedap tak?”

Wajah Shah berubah, hatinya panas betul…tangannya menepuk lantai meja membautkan Ain tersentak.

“benda apa lah yang Rasya letak dalam ni..macam mana boleh rasa teruk macam ni!”

Rasya memuncungkan mulutnya memandang Shah dengan perasaan kecik hati yang amat sangat.

“Shah lagi pandai masak benda ni dari Ain, lebih baik Shah je yang masak dengan mata tertutup pun tak pe tau…macam mana Ain boleh tanya rasanya pulak…teruk!”

“Weh, Shah!”

“Apa ni Shah?! Huh sampai hati…hummph!”

Rasya memasamkan mukanya namun dia segera berpaling kearah Airy yang sedang berusaha menggigit daging stik yang liat.

“Airy, macam mana rasanya, sedap tak?”

“Huh..err…sedap…sedap sangat..hehe”

Wajah Rasya kembali ceria, dia menuangkan semangkuk sup daging kedalam mangkuk dan menghulurkannya kepada Airy yang memandangnya dengan wajah terpinga-pinga. Fizi, Izzat dan Shah memandang wajah Airy yang seperti meminta tolong itu dengan ketawa yang ditahan-tahan. Nmpaknya Airy akan kena seksalah dengan Rasaya lepas ni.

***********************************************************

“Wehh, Shah aku lapar la, jom singgah restorant…”

“Kau ingat kau je Izzat, aku pon, huhu”

Izzat dan Fizi berpelukkan sambil berjalan menuju kekereta mereka. Shah mengeluh, namun lehernya dirangkul Airy yang termengah-mengah mendapatkannya.

“Fuh, nyaris-nyaris Rasha suruh aku bawak balik bekal tadi, gila awek mu, masakan apa yang dia masak tu, daging macam getah skrap, sup macam air basuh tangan, mee macam..”

‘Yang ko pergi makan tu kenapa? hee…”

‘Aku tak sampai hati la weh, dia masak untuk kita tuuu, kau plak slamba je marah dia”

“Ah, dia dah biasa, biar ah…ni aku nak bwk bebudak ni pg makan, nak ikut?”

‘Hehe, thanks je, walaupun tak sedap tapi mengenyangkan weh, jimat duit…”

“ Perut kau tu macam tong sampah, apa je boleh makan, dah biar aku hantar balik”

Kereta mereka meluncur laju meninggalkan perkarangan apartment Ain. Di tingkat 6, Rasha memandang kereta tersebut dengan perasaan meluap-luap.

“Sampai hati, Shah jahat.”

‘aiii, kalau macam ni macam mana nak khawin, masak pun tak reti’

Kata-kata shah masih terngiang-ngiang di telinagnya, haii rasa macam nak terjun bangunan pulak rasa, sanggup dia cakap macam tu kat awek sendiri…ehhh jap kenapa aku yang kena terjun bangunan lebih baik Shah je yang aku lempar jatuh kondo puas hati. Rasha masih tak puas hati, ni tak boleh jadi ni, dia pulak yang kena rasa masakan dia, betul ke tak sedap sangat habis Airy bukan main berselera gigt daging stik tu.

Rasya membetulkan skirt nya dan duduk di meja makan, banyak lagi makanan yang lebih. Dia mencedok spegethi dan kuahnya sekali. Dengan sekali suap….ptuihhh!

“Apa punya spegethi, liat macam getah, kuah pulak macam kari basi, ni stik ni apasal liat macam tayar kereta buruk je…ehhh…!”

Rasha menutup mulutnya, hehe apalah marah diri sendiri lak kenalah Rasya terima hakikat memang macam budak 5 tahun main masak-masak je. Yelah kalau main masak-masak pakai daun, air lumpur..hehe.

*************************************************************

“Hello…!”

“…tuttt, maaf nombor yang anda dail, tidak aktif sila call semula…”

“Wehh, aku dah call kali yang ke 20 dah ni, tak angkat-angkat lagi minah ni, mana dia taruk la handset di ni?”

Shah menggaru-garu kepalanya, sudah hampir seminggu dia cuba menghubungi Rasha tapi telefonnya samada tak aktif ataupu tak angkat terus je. Risau juga dia bila Rasha senyap aje macam ni, merajuk ke girlfriend dia ni? Rasya memang payah terasa hati, dah memang selalu sangat Shah marah dia bab-bab masak ni so dah tepu dah, tikam tak lut orang kata. Dua hari lepas, Shah dengan kawan-kawan lain pergi jumpa kawan-kawan Rasha kat university. Diorang cakap Rasha datang kelas tapi sibuk sangat, dia ada banyak kelas dia ambil katakan. Shah mengeluh, langkahnya diatur ke bilik Airy, rakan-rakannya yang lain sedang khusyuk bersembang dalam bili itu sementara tadi dia menyiapkan tugasan. Apa agaknya riuh rendah dibualkan mereka?

“Wehh,tolonglah… kau jgn sebut lagi daging stik depan aku, tah kenapa aku asyik terbayang getah skrap je…!”

“Haa padan dengan muka kau, dulu ada sekali dia nak bagi aku makan burger dia buat untuk Shah, tapi nasib baik masa tu aku tolak sebab aku sakit perut, tak tahu pulak minah tu memang bab masak, KO habis…”

“Kalau tidak kau la y KO Fizi…”

Mereka ketawa berdekah-dekah tanpa menyedari yang Shah sedang asyik memasang telinga di belakang pintu tersebut. Tiba-tiba Izzat menyuruh mereka senyap sebentar, sepertinya telinga Izzat menangkap bunyi aneh dari sebalik pintu bilik si Airy.

“Oiit, nak masuk, masuk lah…”

Shah menjenguk kedalam bilik Airy, mereka semua memandang wajah Shah yang serius semacam itu, ahh, sudah Shah rupanya, habislah Shah meletup nanti. Siapa yang tak marah kawan sendiri kutuk awek kawan sendiri. Masing-masing memandang antara satu sama lain. Shah melangkah masuk dan wajah gelabah rakan-rakannya ditenung dalam-dalam. Akhirnya dia melompat naik keatas katil, semua rakannya yang terkejut bersedia untuk lari keluar dari bilik itu, habis lah diaorang kalau Shah mengamuk.

“Laa, korang nak lari mana, aku nak join sekali ni….korang kutuk awek akukan? Haa, ni yang aku suka ni…”

Mereka menggaru-garu kepala, rupanya Shah nak join sekali mengutuk awek dia memasak,ni dah kes parah ni, tapi peduli apa, BF sendiri bagi can, jalan jelah. Sepetang itu riuh rendahlah bilik Airy dijadikan port mengutuk Rasha dan selaku ketua nya merangkap BF yang paling banyak pengalaman menceritakan semua jenis masakan yang disini tak dapat digambarkan betapa tidak sedapnya rasanya…ummm…

************************************************************

Web cam yang terpasang di komputer ruang tamu mereka berkelip-kelip menandakan ada yang sedang menghubungi komputer tersebut itu. Izzat menguap, mengantuk benar dia petang tu rasa macam nak tido pon ada, Airy, Shah dan Fizi menggeliat malas diatas sofa sambil mata masing-masing tetrtumpu kepada perlawanan bola sepak yang menjadi kegemaran mereka.

“Weh, ada orang call!”

“Fizi, kau angkat!”

Airy menguis kaki Izzat yang terjulur dari sofa itu. Airy menguis kaki Shah, Shah pula membaling bantal ke kepala Fizi yang tersengguk-sengguk mengantuk.

“Hah?…apa?”

“Tuu, ada call pergi angkat cepat..”

“Baik…(menguap)..tuan!”

Fizi melangkah longlai menuju ke telefon, ganggang diangkat.

“Hello?”

“Hello, ni Rasya ni…”

“Ooo, Rasya, kejap ek buka live chat jap.”

Shah yang sedang mendengar perbualan tersebut membulatkan mata, Izzat dan Airy tersentak dan saling berrpandangan . Dengan pantas mereka berpaling ke belakang. Fizi membuka live chat dan terpampang gambar Rasya sedang tersenyum manis memakai tudung bewarna hijau lembut.

“Hai,…oh, hai semua…”

“HAI…”

Mereka melambai kepada Rasya dengan keadaan teragak-agak.

“Shah, sorii ek tak call u dalam seminggu ni, I ada hal la…”

“oh, not to worry, i ok je…”

“Wehh, kalau nak bermanja-manja jangan pakai webcam boleh tak naik lugai (mual) aku tengok..!”

Airy menjerit dari tepi kusyen memerli mereka, Shah tersengih menggaru-garu kepalanya.

“Ehh, tak kalau Sya nak call Shah memang Shah tak pandang pun webcam ni, …sebenarnya…Sya nak ajak korang makan…”

“Makan….?!”

Mereka saling berpandangan…

“AAh, makan…masakan Sya, Sya nak masak esok, so…”

Belum sempat Rasya menghabiskan kata-katanya live chat diputuskan, terkejut Rasya dibuatnya namun dia paham sangat dengan maksud itu. Jagala diaorang!

******************************************************************

Izzat dan Fizi berjalan keluar menuju ke kereta Nissan Centra Fizi yang dipakir di perkarangan bank BSN berhampiran U mereka. Sebelum sempat mereka melangkah masuk ke kereta, sebuah lagi kereta kancil silver berhenti berhampiran dengan mereka, kelihatan mereka berbual-bual seketika dengan pemandunya. Tak lama kemudia mereka nampak cemas lalu tanpa banyak soal menaiki kereta kancil tersebut.

*********************************************************************

Shah melabuhkan duduknya diatas sofa kondonya, jam menunjukkan pukul 7 malam. Handsetnya ditenung lama-lama. Sudah berapa kali dia menghubungi Airy, Fizi dan Izzat semuanya tak berjawab. Selalunya yang balik lambat ni cuma dia je, yang lain-lain akan wajib melekat kat rumah sejak dari 5 petang lagi. Risau betul kalau ye pun nak boikot aku tolonglah call dulu, bagi tahu. Sampai hati…

Webcam komputer berkelip-kelip lagi. Shah menjenguk sambil mengerutkan dahinya. Hairan kalau ye pun nak jimat takkan nak call pakai webcam je. Siapa lah agaknya. Shah melangkah longlai ke meja komputernya dan menekan punat on. Hampir-hampir terjatuh dari kerusinya apa bila wajah Rasya terpampang di skrin sambil tersenyum. Tapi senyuman itu pelik sikit macam ada aura jahat je.

“Err, hai Rasya…apa hal ni?”

“OH, tak de apa-apa, saja…Shah buat apa sorang-sorang kat rumah?”

“Sorang-sorang? Eh tak lah mana ada sorang…”

Shah tidak jadi menghabiskan ayatnya, pelik. mana Rasya tahu dia sorang je kat rumah? Tiba-tiba suara yang sangat dikenalinya didengari dari belakang Rasya. Shah menjenguk-jenguk.

“Fizi!”

“Yup!”

“Woii korang buat apa kat situ?”

Rasya tersenyum dan sedikit ke tepi agar Shah boleh melihat suasan kondonya. Airy, Fizi dan Izzat sedang duduk di sofa ruang tamu rumah Rasya sambil tersenyum paksa.

“Shah tak nak datang ke? Diaorang semua ada kat sini tau…”

“SHAH JANGAN DATANG!”

“DATANG!, DATANG!”

Fizi dan Izzat memandang Airy yang memang nak tikam belakang kawan sendiri ni, Airy tersengih-sengih sambil menggaru-garu kepalanya.

“Rasya…err..apa yang sayang buat ni?”

“Rasya nak paksa kami makan masakan dia, dia nak ugut kau jugak tu!”

“Err, sayang…abang rasa tak lapar lah, dah kenyang dah!”

“Diam la korang, apa salahnya, Shah datang ek, kalau tak kita clash…bukan tu saje Sya akan bagi kawan-kawan Shah makan masakan Sya sampai diaorang sakit perut…tak keluar tandas sehari!”

Lelaki bertiga itu saling berpandangan sambil menelan air liur masing. Shah membulatkan mata dan akhirnya mengeluh.

“Yelah, yelah, 15 minit lagi abang sampai, sabar ek korang…huhu”

Shah menyambar jaket dan kunci keretanya lalu keluar dari kondo tersebut. Rasya pula tersenyum puas sambil melihat kearah ketiga-tiga lelaki itu. Mereka saling berpelukkan apabila Rasya lalu disebelah mereka menuju ke dapur.

“Weh, Izzat tak boleh ke kita lari je?”

“Isshh, biarlah bukan mati pun kita rasa masakan si Rasya tu, lagipun Rasya kunci pintu cuma dia je tahu password kunci rumah ni?”

“Masalahnya kali terakhir aku tengok masakan si Rasya ni aku dah rasa nak mati apatah lagi kalau aku makan!”

“Haa, tingkap!”

Fizi menolak kepala Airy.

“Wehh, kita dok kat tingkat enam ni, gila apa kau, kalau nak mati silakan jangan ajak aku!”

Fizi menjeling Airy yang kebingungan. 15 minit kemudian mereka tersentak apabila loceng rumah Rasya berbunyi. Rasya tersenyum namun sempat memberi amaran kepada mereka bertiga agar jangan macam-macam. Izzat tersenyum.

“HAi Shah, silakan masuk…”

“err, tak masuk tak pe tak, kat sini sudah la…”

“Isshh banyak soal pulak, masuklah”

Rasya menarik tangan Shah masuk ke dalam, lelaki bertiga tadi melambai kearah Shah yang turut melambai mereka. Rasya menempatkan mereka berempat di meja makan. Dihadapan mereka tersedia lima jenis hidangan yang nampak macam sedap, bau pun sedap tapi..

“jangan tertipu dengan bau dan rupa!” Fizi berbisik kepada Shah.

Mereka mengangguk-angguk.

“Masakan apa ni Sya, tak pernah tengok pun…pelik je”

Airy menyiku Shah yang laju saja menanya. Rasya tersengih sambil berpeluk tubuh.

“Umm tah la, Sya pun tak tahu nama apa…”

Ahh, sudah, ni dah tahap dewa-dewi ni.

“Soo tunggu apa lagi makan lah, korang gerenti tak menyesal punya”

Mereka mengerutkan dahi sambil mencapai sudu. Sebelum mencedok satu masakan yang seperti sayur campur sos tiram mereka saling berpandangan dulu. Shah pula mencapai masakan yang macam bergedil, Fizi pula mencedok ayam masak halia agaknya.

Mereka memejam mata disaat sudu masuk ke dalam mulut, kunyak-kunyah beberapa kali dan….

“So…?”

Shah, Fizi, Izzat dan Airy membulatkan mata dan kemudian memandang tajam kearah Rasya yang tersenyum sinis memandang mereka. Mereka berempat berdiri dan tersenyum.

“SEDAP GILERRR!!!!”

‘kan aku dah cakap?’

Tanpa menunggu respon dari Rasya mereka kembali duduk, masing-masing menarik sepinggan kosong dan memenuhkannya dengan hidangan yang sedia ada. Izzat yang sedang memegang bergedil manakala ditangan kanannya memegang paha ayam panggang. Fizi berebut dengan Airy ketulan terakhir ayam masak halia dan Shah pula merampas bergedil dari tangan Izzat, Izzat memandangnya dengan dahi berkerut. Shah menggigit bergedil itu sambil mengangkat keningnya.

“Sori Izzat, kegemaran aku, apa nak dibuat…”

“WOiiii!!!”

Rasya memandang mereka sambil tersenyum, dia melabuhkan duduknya dan menongkat dahinya. Lama juga dia memerhatikan mereka berempat berebut makanan sehinggalah pinggan kosong. Setengah jam kemudian empat lelaki tadi bergelimpangan diatas sofa sambil menonton tv manakala Rasya sibuk mengemas pinggan mangkuk di dapur.

“Cis dasar tak kenang budi, dah makan kenyang-kenyang tak reti pulak nak mengemas…!”

“Rasya nak kami tolong?!”

Rasya memaniskan mukanya sambil menggeleng.

“It’s ok, semua bisa dibereskan!”

Airy menyinggung tangan Shah yang leka memandang Rasya yang membelakanginya itu.

“Hah tunggu apa lagi, kekasih kau tu kalah chef tau,…tapi kan akau pelik ah cam mana dia boleh pandai memasak dalam masa seminggu je ah, rasa ketidak sedapan masakan dia hari tu masih melekat kat lidah aku ni tau!”

Shah tersengih sambil mengangkat bahu tanda tidak tahu. Tepat pukul 9 malam mereka beransur pulang. Rasya berdiri di muka pintu, Shah pula menyuruh rakannya yang lain pulang dahulu.

“Haa, jangan buat benda terlarang sudah!”

Izzat mengusik dan selipar jepun melayang hampir mengenai mukanya. Izzat tersengih melihat wajah kelat Rasya dan dia berlari-lari anak masuk ke dalam kereta. Shah mencapai tangan Rasya membuatkan wajah Rasya terus bertukar merah.

“Sayang, ummm apa yang sayang buat tadi tu salah tau…tak patut paksa diaorang datang…”

“Alaa…kalau ajak pun diaorang tak nak datang kan…so apa lagi..maklumlah kita ni dah di black listkan…”

Rasya mencebikkan bibirnya, merajuk.

“Umm, Sya, cam mana sayang boleh pandai masak semua tu, sedap betul…”

“Sebenarnya….seminggu Sya tak contack abang tu, Sya pergi kelas…”

Rasya tersenyum.

“Sya pergi kelas memasak…abang pernah cakapkan, emak abang nak isteri yang pandai memasak, keluarga abangkan uruskan restoran, Sya tak mahu kalau orang pandang rendah…”

Shah terkesima, gadis ini…sanggup mengambil kelas memasak deminya.

“…lagipun isteri mana yang tak pandai masak? Sya tak mahu lepas kawin nanti kita syik makan kat laur je, Sya nak memasak untuk abang setiap hari…Sya…”

Belum sempat Sya menghabiskan kata-katanya tubunya ditarik kedalam dakapan Shah. Rasya terkedu.

“Terima kasih Sya, terima kasih sangat-sangat sayang…”

Rasya tersenyum dan mengangguk. Rasa tenang dan bahagia apabila Shah menghargai usahanya selama seminggu yang terpaksa mengeksperimena pelbagai jenis makanan sampai nak termuntah dibuatnya.

*****************************************

Rasya mengeluarkan kunci rumahnya dan memasuki lif untuk ke tingkat 6. Hatinya berbunga riang sudah seminggu berlalu sejak hari bersejarah baginya dan Shah. Perkahwinannya yang berlansung di rumahnya minggu lepas memang gilang gemilang. Rasya menjeling kearah bahan-bahan dapur dan kepalanya ligat memikirkan masakan untuk Shah hari ini. Sampai di pintu rumahnya bernombor 121 dia memasukkan kunci. Aneh! Pintu tidak berkunci.

Hatinya berdebar…jangan-jangan ada pencuri tak? Paper spray digenggam erat dan dia segera mencapai kayu hoki yang disorokkannya di belakang rak kasut. Pintu rumahnya ditolak perlahan-lahan.

“HAI RASYA!”

Mata Rasya membulat memandang susuk tubuh empat orang lelaki sedang melepak diatas sofa ruang tamunya. Izzat, Airy, Fizi dan suaminya Shah sedang best je me’landing’ sambil menonton televisyen.

“Sori la sayang, elektrik rumah diaorang kena potong, kami nak tengok bola, tak pe kan?”

“Aah, perlawanan penting ni…”

“Rasya apa lauk untuk malam ni?”

“Sya, abang rasa nak makan ikan 3 rasa la, masakkan ek?”

“Rasya, ni Airy teringin bergedil hari tu…”

“Masak banyak-banyak tau…”

“Rasya tu, baju kami tengah basuh dalam misen basuh tu, kejap lagi tolong sidaikan ye?”

“Malam ni kami tidur sini boleh? Panas la kat rumah tu kan elektrik tak ada..kan?”

Rasya melepaskan beg palstik berisi barang dapur sambil memandang dengan pandangan membunuh.

“BLAH LA KORANG! BANYAK CANTIK! INGAT NI KEDAI MAKAN NGAN RUMAH TUMPANGAN KE,HAH?! BALIKKKKKK!!!!!!”

Mereka semua tergamam.

‘Kan dah aku cakap dah, aku tak kawin dengan seorang lelaki, tapi empat…! Ahhh tolong!’

TAMAT


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

82 ulasan untuk “Cerpen : Kicap atau Coke”
  1. tom says:

    mne kicap n coke nye..?cam x kene jew tajuk nyh..

  2. aiza says:

    ha’ah kna trangkan jgk…buat org mcm x fhm…apepown xprnh jmpe citer camni….good writing..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"