
Cerpen : KL love
Oleh : aLi
“Ingat pesan mak ni, Along. Jangan lupa solat, jaga makan minum, belajar rajin-rajin…(…baju biar bergosok jangan ada kedut segaris pun, malam sebelum tidur gosok gigi,nak tidur tutup lampu biar tak bazir elektrik, minum air kosong 8 gelas sehari, seluar kau yang koyak tu mak dah jahitkan butangnya, …) …jangan buat kerja-kerja yang tak senonoh kat KL tu, mak tak suka tau.” Terang Makcik Alimah satu-persatu kepada anak sulungnya, Iman , yang bakal berangkat ke KL untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam di UniKL.
“Ye, mak. Along ingat pesan mak tu. Tak payah la mak nak ulang-ulang. Along dah siap hafal dah. Mak nak dengar? Ja-ngan lu-pa so-lat = solat! (lagukan macam anda baca sifir).” Balas Iman sambil tersengih memandang ke arah ibunya, lantas mengenyitkan mata kepada ibunya.
“Ish…main-main betul la budak ni. Nak kena ni.” Makcik Alimah melepaskan geram dengan membaling kusyen Garfield yang sedang dipeluk oleh Lia, adik bongsu Iman, ke arah Iman yang pada ketika itu sedang hendak minum segelas Milo, tepat mengenai kepala Iman.
“Mak! Apa ni main kasar? Tengok…dah tumpah dah air Milo Along ni. Habis kotor bantal busuk Yaya ni. Habislah kita.” Ujar Iman sambil memandang Lia dengan wajah ketakutan.
“Ya…nanti mak hantar pergi dry-clean ye. Jangan la marah mak. Mak geram sangat dengan Along tadi.” Pujuk Makcik Alimah sambil perlahan-lahan mendekati Lia.
Lia terus bangun dari silanya, menghentakkan kakinya ke lantai tiap kali berjalan menuju ke biliknya tanpa mengendahkan ibu dan abangnya.
“Matilah kita, mak. Susah betul ada adik bongsu sensitif macam tu sekali. Hehe…” Kata Iman sambil menghalakan pandangannya ke arah televisyen yang menyiarkan cerita Kapten Kit.
“Takpe. Nanti tau la mak pujuk dia. Esok Along pergi stesen bas tumpang Cik Minah sebelah ye. Dia pun nak pergi Pontian. Mak tak dapat hantar la. Pukul 12 ada Wanita Hari Ini.” Ujar Makcik Alimah selamba.
“Ok.” Mak ni teruk lah. Macam la Wanita Hari Ini tu seminggu sekali je.
Pesawat MAS yang membawa penumpang dari London Heathrow baru sahaja beberapa minit mendarat di lapangan terbang KLIA. Seorang perempuan tinggi lampai (tinggi lampai sebab dia pakai heels 3 inci, kalau tak pakai takde la tinggi sangat), berambut panjang dan lurus paras bahu berwarna perang, berkulit cerah ala-ala orang Eropah (sekali pandang macam Sarah-Jane Potts), berumur lingkungan 20-an, memakai cermin mata hitam ala-ala Posh Beckham, berseluar ‘skinny jeans’, berbaju hijau beropol di bahagian leher ditambah dengan sehelai jaket lengan panjang paras pinggang dan sehelai selendang pashmina putih membalut leher untuk mengelakkan kesejukan terlampau di London, yang membawa sebuah bagasi, berjalan menuju ke arah pintu masuk utama untuk menahan sebuah teksi setelah melepasi pemeriksaan kastam.
Perjalanannya dihalang oleh seorang lelaki yang muncul tiba-tiba dari arah pintu masuk utama. Lelaki itu berdiri membisu di hadapan wanita tadi sambil menguntumkan seukir senyuman yang amat manis. Wanita tadi menunjukkan riak terkejut, jaket yang berada di tangannya luruh dari pegangan dan perlahan-lahan dia menanggalkan cermin mata hitamnya. Lantaran itu, serta-merta dipeluk lelaki yang berada di hadapannya dengan penuh rasa teruja dan melepaskan dakapan setelah 5 minit berbuat demikian.
“Why didn’t you tell me that you’re coming? You really took me by surprise, you know that. When you said that you were busy and unable to fetch me at the airport, I felt very mad. I never thought that eventually you would come and give me a surprise. You’re a man full of surprise yourself. Probably you weren’t busy in the first place and you’ve already intended to meet me here, am I dead right, Mr Amar?” Sindir wanita itu.
“Wow, you look stunning. Dah besar dah rupanya you ni. But you are still the same. Still cynical and bad-tempered as always. Saja nak bagi you terkejut. I had called the airport earlier to ask what time flight from Heathrow would arrive today along with your name. Ah..you’re right. I’m not bust at all. I’m even on leave. Banyak ni je barang you, Naufa? Sikitnya.” Balas lelaki itu.
“What a lie. And please Amar, speak English with me. I don’t even understand a word of what you were saying just now, apart from the English words obviously. I’ll learn Bahasa afterwards. Let’s get going. I feel very exhausted.” Ujar Naufa sambil membongkokkan dirinya untuk mengambil jaket yang telah terjatuh tadi, namun, tangan Amar mencapai pergelangan tangannya.
“It’s okay. Let me do it. By the way, I parked my car at the basement.”
Ketika mereka berdua sedang berjalan menuju ke arah eskalator, telefon bimbit kepunyaan Amar berdering.
“Ye, Bos. Saya ada kat ‘site’ ni. Apa? Orang-orang kat ‘site’ kata saya tak datang kerja. Eh, mana ada bos? Saya ada kat toilet ni, sebab tu la diorang tu tak nampak saya. Bos pun, percaya sangat la cakap diorang tu. Kalau bos tak percaya, tanya Lily. Hahaha…Ok bos. Nanti jumpa kat office.” Panggilan dimatikan, kemudian Amar mendail nombor telefon pejabatnya.
“Hello, Lily. Nanti kalau bos tanya I mana, you cakap I kat ‘site’ tau. Jangan beritahu dia I pergi ambil adik I kat airport. I cuma beritahu you sorang je. A’ah, dia baru habis belajar. Thanks, Lily. I owe you one.” Amar menarik nafas lega.
“What did you owe her for? Is anything the matter?” Tanya Naufa semasa Amar memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta.
“Nothing.”
Kehidupan di KL, bagi Iman, sangat mencabar. Tak sama seperti tempat asalnya di Pontian, Johor. Walau bagaimanapun, kuliahnya berjalan lancar, kawan-kawannya bertambah ramai dan dia semakin mahir dengan selok-belok jalan-jalan di KL; cuma dia tidak berapa mahir dengan sistem tren di bandaraya tersebut. Baginya ia begitu ‘complicated’ dan bersimpang-siur.
Hari ini dia ingin berjalan-jalan di sekitar KL kerana hari ini hari Sabtu, tiada kuliah. Telah diajak dua rakan serumahnya, Eon dan Mamat, namun mereka menolak ajakan Iman kerana masing-masing telah mempunyai agenda tersendiri. Jadi, terpaksalah dia pergi bersiar-siar seorang diri. Ingatkan nak ajak Eon dan Mamat, supaya mereka boleh ajarkan dia naik tren. Takdelah dia asyik tersesat macam selalu.
Setelah bersusah payah membaca peta perjalanan tren Putra LRT dan bertanya kepada abang kaunter tentang bagaimana untuk ke KLCC, akhirnya sampailah Iman di KLCC.
KLCC kelihatan agak sesak memandangkan hari ini hari cuti, mungkin ramai yang mengambil kesempatan untuk meluangkan masa bersama-sama dengan keluarga mereka di sini. Iman berjalan menonong sambil melihat keadaan sekeliling reka bentuk kawasan membeli-belah tersebut. Setelah meneliti ‘shopping mall directory’, Iman mengambil keputusan untuk ke kedai buku Kinokuniya.
Kinokuniya seperti biasa penuh dengan para pengunjung yang datang untuk membeli buku dan tidak kurang juga yang datang untuk membaca buku secara percuma sambil duduk bersila di tempat-tempat yang agak tersorok. Ketika Iman sedang asyik membaca manga ‘Death Note’, tiba-tiba pandangan matanya jatuh tertumpu kepada seorang perempuan bertudung yang sedang meneliti barisan buku-buku di rak Novel Melayu.
“Wah, cantik betul la perempuan tu. Sopan je dengan baju kurung Pahang dia. Hmm…patut ke aku pergi minta nombor telefon dia? Tapi nanti dia salah anggap pulak. Aku cuma nak berkenalan je.” Iman berbisik di dalam hati sambil berkira-kira untuk menghampiri gadis tadi.
Gadis yang telah mencuri hati Iman tidak perasan yang dirinya sedang menjadi perhatian. Setelah mengambil buku yang dicari, dia perlahan-lahan menuju ke kaunter pembayaran.
“Alamak. Dia nak blah dah.” Cetus Iman dalam hati.
Ketika Iman sedang nekad untuk bertemu ‘face-to-face’ dengan gadis tersebut dan mula mengatur langkah yang agak pantas menuju ke arah gadis itu, dengan tidak semena-mena, dia terlanggar seorang wanita yang berjalan bertentangan dengan arahnya.
“Hey, you young man, what the hell are you doing? Can’t you walk properly? It’s not a running track here, is it?” Tengking wanita itu separuh menjerit.
“I’m so..sor..sorry, Miss. I does…eh…did not see you just now.” Kata Iman sambil menundukkan wajahnya tanda minta maaf.
“Huh…you probably should wear glasses next time, lad.” Balas Naufa, sambil berlalu pergi meninggalkan Iman termangu-mangu setelah gadis yang dikejarnya telah hilang dari pandangannya.
“Ish…garang betul la minah tu, Eon. Aku tau la salah aku tapi tak payahlah tengking aku sampai satu Kinokuniya pandang aku. Tapi agak cun la minah salleh tu. Cuma perangai je angin.” Luah Iman kepada Eon.
“Kau pun satu, jalan tu lain kali pakai la mata, bukan pakai hidung. Kan dah kena marah…Cun sangat ke awek yang kau nak usha tadi tu?” Balas Eon, sambil tangannya lincah menekan punat butang ‘controller’ Wii miliknya.
“Bagi aku cun la, Eon. Sopan je budak tu aku tengok. Pakai tudung labuh, baju kurung warna kuning cair, kulit putih dan licin bak pauh dilayang…”
“Ah…sudah-sudah. Jangan kau nak berangan la. Geli aku dengar kau berpantun-pantun.”
“Itu bukan pantun la, mangkuk. Itu peribahasa.”
“Amar. Do you mind buying me a bus ticket to Seremban for Saturday next week, today? I think I wanted to meet Mak Su for a while, probably having a night there. Plus I feel quite boring doing nothing here.” Naufa bertanya kepada Amar.
“Sure. I’ll buy it for you after I get back from work today.” Balas Amar pendek.
Pagi Ahad yang dingin itu, kelihatan Amar sedang berehat di bawah pondok kecil yang didirikan di halaman rumahnya. Kedua-dua belah tangannya memegang sehelai surat khabar yang dibelek muka suratnya setiap 5 minit. Di tepinya terletak secawan teh susu panas berserta sepiring kuih keria.
“AMAR!!!” Jerit Naufa memecah keheningan di pagi hari itu.
“Apa lagi la yang minah ni tak puas hati?” Tanya Amar di dalam hati.
“Yes, Naufa. I’m here. At the outside.”
“Have you seen my shades? I’m already this late and I misplaced my shades. I obviously can’t go out without the shades. It’s scorching hot now and I need my shades for the glare.”
“Wait. You mentioned something about late. Late for what?”
“Can’t you remember that I’m supposed to meet Mak Su today? I won’t be home tonight in case you’ve forgotten.”
“Hahaha…was it today? Okay. Let me send you to the bus terminal. That’s the least I could do. By the way, sweetheart, the shades are on your head.”
“Oh, I didn’t realize that. Thanks.”
Amar dan Naufa bertolak dari rumah mereka menuju ke Puduraya. Di persimpangan jalan, semasa berhenti di lampu isyarat, jalan terus menuju ke Lot 10 dan Plaza Sungei Wang sesak teruk manakala jalan belok ke kiri menuju ke Berjaya Times Square agak lengang. Naufa bertanya kepada Amar tentang kesesakan jalan di hadapan mereka. Amar menjawab, “Biasalah, this place is called Bukit Bintang and it never sleeps, even at night.” Naufa menyuruh Amar menggunakan jalan alternatif lain untuk ke Puduraya, namun, Amar membalas dengan memberitahu Naufa bahawa ini sahaja jalan yang dia mahir dan kesesakan itu hanya bersifat sementara sahaja.
Lampu isyarat bertukar hijau. Kereta Amar bergerak laju kemudian bertukar menjadi lebih perlahan sehingga terpaksa berhenti betul-betul di bawah stesen KL Monorail Bukit Bintang.
Amar mengeluh perlahan. Kedengaran oleh Naufa yang duduk bersebelahan dengannya. Naufa membisu tanpa menoleh ke arah Amar walaupun dia dapat meneka bahawa Amar sedang kebingungan.
“Naufa. Listen here. I don’t think you’ll be able to catch the bus, so, why don’t you just get off here, go up using that escalator and take any trains that go to Puduraya. The car is not moving even an inch and the traffic light has gone green for three times.”
“Are you fucking mad? You can’t just let me get off here in the middle of the bloody road surrounded by bloody cars. I might get hit by a motorbike, you know. And how can you ask me to go on by trains. How in the world am I supposed to know how to ride trains? I don’t even know how the trains here look like.”
“Oh…ye ke tak pernah naik? I thought you might have tried it before. Look, I don’t have much time to argue with you. Either you get off now when the cars are not moving or you’ll miss the bus and have to pay extra.”
“If I missed the bus, you’re the one who is supposed to pay for my ticket. You’re the one who made me come late. Plus I told you earlier to use another route. It’s bloody Bukit Bintang here. You should know that. We might get stuck in here for ages.”
“Ala. I don’t have any cash at the moment.”
Naufa mengetap gigi sekuat-kuatnya kerana geram. Dia terus keluar dari kereta, menutup pintu kereta sekuat hati, kemudian menuju ke eskalator tanpa berkata apa-apa kepada abangnya.
Naufa tidak mengalami masalah semasa membeli tiket di kaunter Monorail kerana dia mahir membaca peta perjalanan tren. Malah dia tahu yang dia hanya perlu membeli tiket sehingga ke stesen Hang Tuah dan bertukar menaiki LRT Star di stesen Hang Tuah menuju ke Plaza Rakyat. Semasa berada di dalam tren, Naufa masih memikirkan abangnya yang sampai hati menyuruhnya pergi ke Puduraya bersendirian.
“What a selfish bloke.” Ujar Naufa perlahan, umpama berbisik.
Sesampainya Naufa di stesen Plaza Rakyat, dia menghampiri penjual tiket di kaunter untuk bertanyakan arah menuju ke Puduraya. Kemudian, setelah memahami serba sedikit arahan dari orang tersebut, dia terus berlari tak cukup tanah menuju ke Puduraya. Matanya melilau membaca perkataan-perkataan di atas papan tanda dan meneruskan larian ke arah terminal. Sebelum dia sempat memperlahankan lariannya untuk menuruni anak tangga ke bawah, tiba-tiba pinggangnya dirangkul seseorang. Naufa terus melenting.
“Hey perlahan-perlahan atau awak akan jatuh tangga. Nasib baik saya sempat ‘tangkap’ awak.” Ujar lelaki yang merangkul pinggang Naufa.
Naufa mengangkat mukanya untuk melihat siapakah yang begitu ‘gentleman’ menahannya daripada terjatuh. Matanya mula bergenang air mata.
“It’s your bloody fault that I’m this late and have to run myself here. And I thought you’ve gone back and were not coming to see me off.” Naufa membalas laju namun suaranya turun naik kerana dia termengah-mengah setelah berlari tadi.
“The bus is still here. You’re indeed just on time and you actually don’t have to run like this. It’s too dangerous. Listen, you’re the only one that I have in this world. And I’m not that heartless. You understand that?” Pujuk Amar.
“Ok.” Naufa membalas pendek.
“Come let’s go.” Mereka menuruni anak tangga bersama. Amar, yang berada sebelah kiri Naufa, memaut bahu kanan Naufa dan mendekatkan bahu kiri Naufa ke badannya. Naufa merapatkan kepalanya ke dada Amar. Di bawah, terdapat dua tiga orang berlegar-legar di luar bas.
“By the way, how did you get here even faster than me, Amar? That’s just ridiculous.”
“I don’t know. It’s like a miracle you know. Bila awak turun kereta je, traffic terus jadi okay. Haha…”
“That’s not funny, ok? I’m forced to run like mad and I could’ve died of dehydration.”
“You’re exaggerating, Drama Queen. Naufa, are you alright? You look pale.”
“I said so, didn’t I? I’m thirsty.”
“You wait here. I’ll buy some food and water for you.”
“Thanks.”
Setelah menyambut coklat Snickers, sebotol air mineral dan sebungkus roti krim dari Amar, Naufa mencapai tangan Amar dan menyalaminya.
“I’m sorry. But I think today was fun.” Sakat Amar sambil mengenyitkan matanya kepada Naufa.
“Do it again and I’ll murder you.” Jawab Naufa sambil melangkah menaiki bas tanpa memandang ke arah abangnya lagi.
“Naufa, I think you better attend one of those Malay classes. You cannot go on like this. You’re no longer in the UK, remember? You’ve to find a job later on and they need you to communicate in Malay. Plus you’re a half Malay.” Amar mengemukakan cadangannya semasa dia dan Naufa sedang bersarapan pagi bersama-sama.
“I can get a job in English-speaking companies. It said in the news that Malaysia is full of jobless graduates because they are not fluent in English. It seems to me that English is pretty important here. Not like I would die if I can’t speak Bahasa.” Balas Naufa dengan gaya mengejek.
“Yeah, I know. But it’s better to speak Malay with your neighbours especially the Malays. Makcik Bibah next door has been complaining to me that you’re so arrogant you cannot even speak a word in Malay. Plus I’m sick of being your translator while we’re watching Malay news everyday.”
“What did you say? You’re sick of me? Is that what you said?” Kata Naufa dengan nada suara yang agak tinggi.
“Damn. Matilah aku.” Bisik Amar dengan sangat perlahan. Dia menelan liurnya.
“No..no…It’s not that I’m sick of you. How can I be sick of you? You are my only one…” Amar tidak sempat menghabiskan ayatnya kerana dipotong oleh Naufa.
“So, you’re sick of me. Fine, send me to one of those classes you were talking about just now tomorrow.” Balas Naufa, sambil bangun dari kerusi tanpa menghabiskan sarapannya dan segera berlalu menuju ke ruang tamu sebelum melabuhkan punggungnya ke sofa kulit empuk buatan Itali.
“Alamak…Eon nak pergi ‘dating’ dengan awek dia la pulak. Dah la dia yang ajak aku temankan dia pergi Mydin, pastu bila awek dia ‘call’ ajak pergi tengok wayang, dia tinggalkan aku sorang-sorang kat sini…Waaa…Sampai hati kau, Eon. Siap la kau bila aku balik rumah nanti.” Bentak Iman seorang diri.
Setelah Eon menunjukkan arah stesen tren yang paling hampir dengan Mydin kepada Iman, Iman pun mengorak langkah menuju ke arah stesen Star LRT Plaza Rakyat. Iman berbaris untuk membeli tiket.
“Bang. KL sentral satu.” Pinta Iman tanpa rasa sangsi.
Abang kaunter menunjukkan riak muka terkejut dan selang kemudian, dia tersengih. Di belakang Iman, kedengaran sayup-sayup seperti suara orang yang menahan gelak. Apabila Iman memalingkan wajahnya ke belakang, suara sayup-sayup tadi bertukar menjadi gelak ketawa yang agak kuat.
“Hahahahaha…I’m sorry I was laughing at you. I didn’t really mean it. But it’s just too damn funny.” Ujar wanita yang beratur di belakang Iman itu.
“What was it that is so funny?” Iman bertanya.
“Takdelah. Yang you minta nak beli tiket pergi KL sentral tu buat apa? Star LRT tak pergi KL sentral, okay. Hahahaha…Oh my stomach, it hurts from laughing too much.”
Muka Iman yang berkulit kuning langsat tiba-tiba bertukar menjadi kemerahan. Iman tersipu-sipu sambil kembali memandang ke arah abang kaunter. Setelah abang kaunter menjelaskan kepadanya cara-cara bagaimana untuk ke KL sentral, Iman segera membayar duit untuk tiketnya dan berlalu dari kaunter tanpa memandang wanita tadi.
Iman segera mendapatkan tempat duduk setelah menaiki tren memandangkan orang tidak ramai pada waktu itu. Ketika Iman sedang terkenangkan kampung halamannya, tiba-tiba seorang wanita melabuhkan punggungnya di sebelah tempat duduk Iman.
“Saya penat berdiri.” Ujar wanita itu, perlahan.
“Awak boleh cakap Melayu?” Tegur Iman.
“Sikit-sikit, but still learning.”
“Where are you from?”
“Petaling Jaya.”
“Really? I thought you’re a foreigner.”
“No, I’m not…I’m half Malay and half British. I look more like a British but my brother looks exactly like my mother, a Malay.”
“I see. Have you been to UK before?”
“Yes I have. I lived in the UK for almost 13 years after my parents had died. I ‘d been living with granny and I just came back from there, but my brother has been living in Malaysia for 7 years.”
“What is your name?”
“Naufa Adelle Smith. Just call me Naufa. And you?”
“Iman. Iman Nasuha.”
“Nice name, Iman. Your face looks quite familiar. Have we met?”
“Oh, I think I met you at Kinokuniya.”
“Aha…you were the one who ‘smackdown’ me last time. Okay, Iman. Nice to meet you.
Hari Rabu itu, Amar mengambil cuti untuk membawa adiknya ke pusat membeli-belah Mid Valley untuk membeli beberapa helai baju untuk adiknya yang akan mula berkerja pada minggu depan. Setelah puas Naufa mengheret Amar ke hampir semua kedai yang menjual baju wanita, akhirnya mereka berehat seketika melepaskan penat ber’shopping’ dengan memilih untuk makan di Kafe Sweet Chat.
“Naufa, how’s your Malay class going?”
“Pretty good. I’m now able to understand a bit if you talk bad about me.”
“I shouldn’t have forced you to go to the class. Not I’m regretting it. Hahaha.”
Tengah hari itu, cuaca di KL agak panas dan para pejalan kaki mula menggunakan payung mereka untuk menghalang sinaran yang terlebih itu. Naufa menyumpah-nyumpah di dalam hatinya kerana cuaca yang begitu panas dan Amar yang tidak dapat menjemputnya pulang kerana keretanya rosak.
Naufa berhenti di tepi jalan untuk mengikat rambutnya menjadi bentuk seakan-akan supaya dapat mengurangkan rasa panas yang dialami. Sapu tangan dikeluarkan untuk mengelap peluh yang hamper menitik. Di waktu panas begini, payungnya tertinggal di dalam kereta Amar pula.
Naufa meneruskan perjalanannya menuju ke stesen tren yang paling hampir dengan kelas tuisyen Bahasa Melayu yang sudah dihadiri sejak dua bulan yang lalu. Tiba-tiba, setelah 20 minit berjalan di tengah panas terik mentari, pandangan Naufa menjadi kabur dan kepalanya seperti berpusing-pusing. Lantaran itu, dia berhenti melangkah dan duduk di bangku kosong yang terdapat di situ.
Air kosong dikeluarkan daripada beg galas Roxy lalu diteguk tiga kali. Kerana sakit kepalanya tidak surut, dia menundukkan kepalanya sambil mengurut sedikit bahagian tepi kepalanya. Bahu Naufa ditepuk dari belakang. Naufa memalingkan wajahnya.
“Hai, Naufa. I just thought it was you. I recognize your backpack. What are you doing here? Oh my God!!!! What happened to you? Ada orang pukul you ke?” Ujar Iman.
“Why? Why are you freaking out? What’s the matter?”
“Your no-nose. It’s bleeding.”
Naufa segera menyentuh bahagian luar lubang hidungnya. Dilihat jarinya dan terdapat kesan darah merah. Iman yang panik terus mengeluarkan sapu tangan bercorak kotak-kotak miliknya dan mengelap darah yang menitik keluar dari hidung Naufa.
“Thanks, Iman. I’m okay. You don’t have to freak out like that. It’s nothing, really. Maybe it’s just the heat.”
“Saya…eh…I think you should go and see a doctor.”
“You can speak Malay with me if you want. I don’t mind that.”
Iman terdiam tidak membalas. Dia baru perasan yang jantungnya tiba-tiba berdegup dengan kencang. Cukup kencang sehingga dia takut Naufa dapat mendengar degupan jantungnya itu. Perlahan-lahan tangannya dilekapkan ke dada kirinya. Tangan kanannya berombak-ombak turun naik dek penangan degupan jantungnya yang laju itu.
“Iman. Are you feeling hot? Your face is getting red.” Tegur Naufa.













haaaaaaaaaaa ?!! Iman Nasuha , girls or guys ? little bit confuse. continue >.< .