Cerpen : Love you yes

23 January 2010  
Kategori: Cerpen

12,083 bacaan 60 ulasan

Oleh : aerolit_gurlz

“Pstt…Dib!”panggil aku.

Adib yang sedang menyuap nasi ayam terhenti suapannya.Diangkatnya kening kepadaku,sebagai isyarat tanya.

“Hensem kan mamat tu.Macam iras muka Adam AF”pujiku.Mataku sesekali liar melirik kepada lelaki yang mengambil pesanan tidak jauh daripadaku.Hee..anak dara siapalah ni!Kalau mak aku dengar,konfem kena ketuk dengan senduk.

Adib mencebik.Melihat cebikan Adib,aku tersengih malu.

“Kau ni..gatallah!”kutuknya selamba sambil meneruskan kembali suapannya.

Terjegil biji mata aku.’Kurang asam punya mamat.Dia kata aku gatal’.

“Eh..kau jaga sikit mulut kau tu ek.Kang,ada juga yang makan nasi ayam berlaukkan kasut tumit tinggi kang”ucap aku.Aku memandang Adib yang meneruskan suapannya tanpa sedikit pun memandang aku.

“Uiskk..takutnya aku”ucap Adib sambil membuat muka takut yang dibuat-buat.Tak ada feel langsung.Kalau masuk pertandingan anak wayang,konfem awal-awal lagi dah kena tendang.

“Su..petang ni ikut aku yea”.Terus Adib tukar topik.

“Pergi mana?”soal aku.Teh ais yang berada di atas meja aku ambil.

“Guardian”.

Guardian?Aku dah tahu dah.Dah tahu dah apa mamat ni nak buat kat Guardian.Faham sangat dengan perangai kawan aku ini.

“Malaslah aku”jawab aku laju.

“Ala..jomlah!Temankan aku.Aku bosanlah nak pergi sorang-sorang.Lepas tu,boleh kita pergi tengok wayang.Cerita baru babe..”.

Otak aku merencakan apa yang Adib ucapkan.Wah..best juga kalau pergi tengok wayang.Aku pun dah lama sangat tak tengok wayang ni.

“Cerita apa Dib?”.

“Sepi”jawab Adib sepatah sambil tersengih.

Hampir tersembur teh ais aku apabila mendengarnya.Aku memandang Adib 2 saat.

“Kau gila?Tak naklah aku tengok cerita tu.Tak masyuk langsung.Tak kena dengan jiwalah”ucapku sambil menepuk-nepuk dada.

“Hekeleh..tak kena dengan jiwa konon.Habis,kau nak tengok filem apa?Filem Tamil?Heii cik kak!Kau tu perempuan..buat cara perempuan okey.Lagipun,aku rasa filem Sepi tu kita kena tonton tau.Aku baca dekat blog-blog orang,ramai yang kata cerita tu best.Khabir Bhatia yang buat filem tu”.Sudah!Dah macam jurujual promote barang pula si Adib ni.Eh..bukan barang tapi filem.

“Jomlah Su..kalau tak best,aku belanja kau makan nasi ayam dekat sini selama seminggu”.Adib buat tawaran yang membuatkan aku hampir tergangga kecil.

Aku terkejut.Jari telunjuk aku halakan ke lantai kedai makan.

“Sini?Seminggu?”soalku tidak percaya.Biar betul!

Adib mengangguk-angguk.

“Amacam?Ada berani?”soalnya sambil angkat kening 2 kali.

“Okey”jawabku pantas.Tak payah fikir 5 6 kali.Makan free babe!Siapa tak nak.Rugi..Dahlah makan nasi ayam
kat sini sedap.Wah..selamat duit aku.Aku dengan Adib,setiap kali waktu tengah hari,mesti makan dekat sini sebab dekat dengan pejabat.Tambahan pula,nasi ayam dia,superb..Tambah superb lagi,sebab ada pelayan yang muka macam iras Adam tu.Hehehe…

“Tapi,kalau cerita tu best,kau pula kena ikut apa yang aku cakap selama sehari.Kau kena jujur tau.Kalau best,cakap best.Jangan cerita tu best,kau kata tak best pula”sambung Adib membuatkan aku terkejut.

“Erk!Apa kau cakap?Apa sahaja?”soalku.Ahh sudah!Buatnya kalau dia suruh aku lompat katak depan orang ramai,tak ke naya aku.

Adib tergelak melihat reaksiku.

“Oit!Kau jangan nak fikir yang bukan-bukan.Aku takkan suruh kau buat benda yang mengarut-ngarut okey”terang Adib bagai dapat memahami apa yang terlintas di kepala otakku.

Aku tersengih.Cepat-cepat aku angguk kepala.Peluang dibelanja makan selama seminggu betul-betul mengaburi mataku.
…………………………………………………………………………………………………………

Aku mengeluh.Jam di tangan aku lirik sekilas.Sudah menunjukkan pukul 5.45 petang.Lenguhnya kaki aku.

“Adib..”panggil aku perlahan.Saja..nak bagi nampak real sikit lakonan aku.

Adib yang sedang melihat-lihat barang pencuci muka memandang aku sekilas.Kemudian,dia ketawa kecil.

“Baru berjalan macam ni,kau dah tak larat ke?”soalnya sambil menghampiri aku.

“Aku bosanlah.Kau lama lagi ke pilih barang?Cepatlah sikit.Ni yang aku malas keluar beli barang dengan kau ni.Semua kau nak telek.Kalau kau beli semua,tak apalah juga,ni tak..tengoknya berjam.Pilihnya satu barang aja”bebel aku macam mak nenek.Perangai dia yang satu tu aku cukup meluat.Kalah orang perempuan!.Aku pun pakai main rembat je apa yang aku nak beli.Takda masa nak baca ringkasan ringkas yang ada dekat belakang sesuatu barang tu.

“Laa..yang kau pergi ikut aku sapa suruh?Kau pergilah beli barang yang kau nak”.Adib mengelengkan kepala.

“Taknaklah aku.Rumah aku banyak lagi baranglah.Kau ni,bukan minggu lepas kita baru pergi Guardian ke.Takkan cepat sangat barang kau habis.Apa kau beli ini?”Aku ambil pencuci muka Nivea For Men daripada tangan Adib.”Bukan kau beli benda ni minggu lepas ke?Kau pakai ke kau makan?Cepat sangat habis?”soalku bertalu-talu.

Kalau macam ni tiap-tiap minggu,untunglah Guardian yang memang sudah sedia untung ni.

“Eh aku pakailah.Takkan aku nak makan.Kau ingat aku ni kebulur sangat ke?Yang kau tu,banyak soal kenapa?

Tengah hari tadi dah janji nak ikut aku kan?Ni..banyak pula soal jawabnya”.

Aku mencebik.Bakul di tangan aku berikan kasar kepada Adib.

“Kau pegang ni pula.Lenguh tangan aku pegang bakul ni.Aku dah rasa macam tukang angkut barang pula.Menyesal aku setuju nak keluar dengan kau”.

“Banyak bunyik sungguhlah kau ni.Okey,jom kita cari minyak wangi aku,lepas tu kita balik”.Adib tarik lengan aku membuatkan aku tersentak.Nasib baik aku pakai baju lengan panjang.

“Err sorry Su!Tak sengaja”ucap Adib.Memang nampak sangat muka bersalahnya.

Aku mengosok tengkukku sambil menganggukkan kepala.Tiba-tiba je rasa seram sejuk.Walaupun aku dengan Adib dah lama kawan,tapi kami masih tahu jaga adab antara lelaki dan perempuan.Kalau tersentuh pun,secara tak sengaja.Sebab tu,bila Adib pegang lengan aku tadi,aku rasa macam kena kejutan elektrik.Betullah kata ustazah aku,lelaki yang bukan muhrim,pegang kita walaupun seinci dah buat kita rasa macam terkejut satu badan.

“Su..kau marah dekat aku ke?Sorry..aku tak sengaja.Sorry babe”ucap Adib buat kali kedua.Mungkin sebab dia tengok aku diam aja.

“Laa..tak apalah.Aku tak kisah pun.Tapi,kalau kau sengaja buat macam tu,kau tahulah nasib kau”ugut aku sambil menudingkan jari.

“Hekeleh..aku tak sengaja okey.Tak ada masa aku nak pegang tangan kau.Dahlah kasar macam pokok kelapa”kutuk Adib membuatkan aku mencekak pinggang.

What?Dia kata tangan aku macam pokok kelapa.Pokok kelapa ada jari 10 ke?Kurang asam sungguh.

“Nah..”Dihulurkan sebotol losyen tangan Nivea kepada aku.

“Untuk apa?”soalku walaupun aku memang dah dapat tangkap maksudnya.

“Sapu kat tangan kau tu.Aku tak payah pegang-pegang,aku tengok daripada jauh pun dah tahu tangan kau tu kasar macam lelaki”.

Aku mendengus sambil berpeluk tubuh.Botol losyen Nivea tersebut tidak aku ambil.Adib mengerutkan muka melihat reaksiku.

“Aku bayarkan untuk kau.Kau ni..kalau pasal barang-barang macam ni,kedekut bukan main”kutuk Adib lagi.

“Dib..bukan macam tulah.Aku tak naklah benda ni.Malaslah weh..Kau tahukan,aku bukan suka sangat main sapu-sapu benda ni.Tak payah belilah.Losyen yang aku beli tahun lepas tu pun ada lagi.Tak berusik pun”terang aku.Losyen tangan Nivea aku ambil dan aku letakkan kembali di raknya.

Adib ambik balik losyen tangan tersebut lalu masukkan ke dalam raga.

“Takpa..kau tak nak pakai takpa.Aku belikan untuk kau.Anggap macam ni hadiah untuk hari jadi kau tahun depan”ucapnya lalu terus membawa barang-barang ke kaunter pembayaran.
………………………………………………………………………………………………………

Aku sampai di rumah apabila jam sudah menunjukkan pukul 6.30 petang.Cepat-cepat aku naik ke dalam bilik dan mandi.Nasib baik aku dengan Adib tadi dah solat Asar dekat masjid.

Rancangan nak tengok wayang,terpaksa ditangguhkan pada hari lain.Yelah..aku dah letih sangat dah ni.Adib pun,nampak macam tak kisah.Itu merupakan salah satu sebab kenapa aku senang berkawan dengan Adib.Jenis yang mudah di bawa berbincang.

Losyen tangan Nivea aku ambil.Tersenyum kecil aku apabila mengenangkan peristiwa petang tadi.Aku dengan Adib,atau nama sebenarnya Mohd Adib Hakimi merupakan kawan aku,sejak aku mula-mula mendaftar masuk ke salah sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur.Aku dengan Adib,menjadi rakan sekumpulan semasa waktu orentasi.Tambah merapatkan hubungan kami,apabila kami berdua mengambil satu kos yang sama iaitu kos teknologi maklumat.

Sekarang,Adib bekerja sebagai pakar sistem di sebuah syarikat swasta manakala aku bekerja sebagai programmer.Mungkin sebab nasib kami beruntung,aku dengan Adib ditempatkan bekerja di salah satu bangunan yang sama,cuma syarikat tempat kami bekerja aja yang lain-lain.
……………………………………………………………………………

“Macam biasa awak?”soal pelayan lelaki yang ada iras Adam itu.Aku tersenyum manis.Adib yang melihat mencebik.

“Menyampah aku tau”ucap Adib tiba-tiba.

“Menyampah kenapa?Boss kau ada buat hal lagi?Ke ada orang ngorat kau hari ini?”soal aku sambil tersengih.

“Aku cucuk garfu ni dekat mata kau baru kau tahu.Haa..time tu baru kena dengan pepatah,cinta itu buta.Aku cakap pasal lain,yang kau pergi koner tempat lain tu kenapa?”.

“Eh..ada salahkan aku pula.Yang kau tu,tak cerita hujung pangkal,lepas tu terus marahkan aku,apa hal?”.

Belum sempat Adib menjawab,pelayan membawa makanan yang dipesan.Aku tersenyum manis lagi.Eee..nasib baiklah cermin tak ada depan aku ni,kalau tak konfem aku pun muntah.Rasa macam miang sangat je senyuman aku ni.Patut Adib kata menyampah.

“Terima kasih..”ucap aku lembut.

“Enjoy your lunch miss”.Pelayan iras Adam itu tersenyum,siap kenyit mata dekat aku.

“Oh my God!Kau nampak tak tadi Adib..dia kenyit mata dekat aku.Owh..gila hensem mamat tu.Ni yang buat aku rasa,macam melayang dekat langit ni”ucap aku sambil memejamkan mata.Nasi ayam yang terhidang di atas meja,aku langsung tak usik.Kalau dulu,tak sampai setengah jam,habis licin nasi ayam tu aku kerjakan.

“Kau ni..dah angau sangat ke dekat mamat tu?”soal Adib serius.

Aku kerutkan dahi.Angau?Eh..bila masa pula aku angau dekat mamat tu?.

“Mana ada”pantas aku gelengkan kepala laju.Sudu dan garfu aku ambil.Bismillah..

“Dah tu,aku tengok semacam aja kau senyum dekat mamat tu?Dekat aku,tak pernah pun kau senyum macam tu.Kalau nak dibandingkan aku dengan dia,aku rasa aku hensem lagi”puji Adib.

Tersedak aku mendengar komen Adib.Adib menjegilkan mata kepadaku.Dihulurkan teh ais.Pantas aku menyambutnya.

“Kau ni,tak reti nak makan elok-elok ke?Asal makan,selalu tersedak.Asal tersedak je,mesti makan”.

Aku tersengih.Nak cover malu sebenarnya.Boleh kutuk aku punya cara makan,padahal ni semua salah dia.

“Tolong sikit yea Dib..kau punya pasallah.Boleh kau buat perbezaan antara kau dengan pelayan yang iras Adam tu.Mana aku tak tersedak”.

“Eh..yelah.Aku cakap yang betul apa.Antara aku dengan dia,aku memang lagi hensem,tapi kenapa kau tak pernah senyum dekat aku macam tu pun?”.

Tergeleng-geleng kepala aku.Dib..dib…

“Kau nak aku senyum macam tu dekat kau ke?”soal aku.

“Yelah..Blur sungguhlah kau ni”jawab Adib.

“Selama ni,tak cukup ke senyuman aku bagi kat kau?”soal aku lagi.

“Cukup..cuma,tak semanis senyuman yang kau bagi dekat mamat tu”.

“Oooo…”panjang aku menarik.Terukir senyuman kecil di bibirku.

Adib yang sedang minum fresh orange tersentak.

“Don`t get me wrong okey.Aku tak ada maksud apa-apa”.

Aku angkat kening.”Aku tak cakap apa-apa pun”ucapku.

“Habis tu,yang senyuman kat bibir kau tu apa?Macam ada maksud tersirat aja.Bukannya aku tak kenal kau ni”.

“Laa Dib.Aku tak cakap apa-apa pun.Yang kau emo sangat ni kenapa?Relaxlah babe..”.

Adib mengeluh.Aku pandang dia dengan muka yang berkerut seribu.

“Sorry Su..aku tension sikit hari ini”ucap Adib lemah.Mukanya kelihatan macam ada masalah besar.

“Kenapa Dib?Kau ada masalah ke?Kalau ada,ceritalah dekat aku.Aku tak kisahlah.Kata kawan kan”pujuk aku.Manalah tahu,kot-kot aku boleh membantu.

“Nothing.Jomlah,dah nak dekat pukul 1.30 ni.Kita solat Zuhur pun tak lagi.Kau tunggu kejap,aku nak pergi bayar”.Adib terus bangun manakala aku hanya memerhatikan dengan pandangan yang pelik.

……………………………………………………………………………………………………………

Aku terbaring di atas katil sambil memandang syiling.Jam baru menunjukkan pukul 9.00 malam.Bosannya.Kenapa hari ini aku rasa macam tak ada mood aja.Oh ya..mungkin sebab aku tiba-tiba teringatkan kelakuan Adib siang tadi.Kenapa dengan Adib agaknya?.

Tok!Tok!Pintu diketuk daripada luar.Pecah lamunan aku yang entah hapa-hapa.Aku mengeluh.Ini mesti adik akulah ni.

Aku mendiamkan diri.Tidak mahu membuka pintu.Tapi,makin lama aku mendiamkan diri,makin kuat ketukan di pintu.

“Janganlah kacau.Aku nak tidurlah..”jerit aku kuat.

“Ala..bukaklah kejap!Aku ada benda nak cerita ni”sahut suara daripada luar.Haa!Kan sah suara adik aku.Mana ada orang lain dah nak ketuk pintu punya kuat macam adik aku tu.

“Kau nak apa Mi?Besok-besok tak boleh cerita ke?”jerit aku lagi.

“Tak nak..aku nak cerita sekarang.Hal penting ni.Kau mesti minat nak tahu”.

Aku bangkit daripada pembaringan.Mengaru-ngaru kepala sehingga menyebabkan rambut aku serabut.Budak ni memang tak faham bahasa melayu.Kalau adik aku dah berkunjung ke bilik aku,alamatnya sampai ke pukul 12 tengah malamlah aku tak boleh nak tidur.

Pintu dibuka.Terjenggul wajah Suhaimi diluar pintu bilik sambil tersengih.

“Can I come in?”soalnya.

Aku menjeling.”Tak boleh”ucap aku lalu ingin menutup pintu semula,tapi pantas dihadang oleh Suhaimi.

“Kau bagi ke,tak bagi ke,aku tetap nak masuk juga”.Suhaimi lantas memboloskan dirinya masuk ke dalam bilik aku lalu duduk di salah satu kerusi.Baik tak payah tanya.

Aku mendengus.Dah faham sangat dah perangai adik aku tu.

“Angah..”panggilnya.

Aku menoleh sekilas.Peh..muka serius.

“Kau kenapa?”soal aku.Apasal hari ini semua orang bermuka serius haa?Bermula daripada Adib,kemudian menurun ke adik aku.

“Apa yang aku nak tanya ni,mungkin akan menyinggung perasaan kau”.Suhaimi memulakan membuatkan aku semakin mengerutkan dahi.

“Kenapa ni Mi?”soal aku buat kali kedua.Suspen je aku rasa.

“Kau jangan tersinggung tau”tegur Suhaimi lambat-lambat.Aku pantas menganggukkan kepala.

“Err..kau sihat tak hari ini?”.Pertanyaan yang keluar daripada mulut adik aku membuatkan aku rasa macam nak campak aja bantal ke mukanya.Suhaimi gelak besar melihat mukaku.

“Mangkuk sungguhlah kau ni.Buat aku suspen aja.Aku ingat,hal serius apalah tadi”marahku.

“Laa..yang kau fikir yang bukan-bukan kenapa?Kau ini,memang suka berpandangan jauhlah”.Suhaimi tergeleng-geleng kecil.Masih tidak lekang gelak kecil daripada bibirnya.

Aku mencebik.

“So,kau tak jawab lagi soalan aku?”.

“Aku sihat walafiat wahai adikku sayang.Kau tak nampak ke aku dalam keadaan yang normal ni”jawab aku.

“Luaran aku tahu kau memang okey,maksud aku dalaman”.

“Heh!Macam-macamlah kau ni.Dalaman pun okeylah.Yang kau ni,duduk rumah kenapa?Bukan selalu masa-masa macam gini,kau dah lama lesap ke?”tanya aku.Memang itu hakikatnya.Suhaimi takkan berada di rumah sebelum jam menunjukkan pukul 12 tengah malam.

“Bosanlah aku asyik keluar aja.Sesekali,nak juga aku lepak dekat kau.Yelah..aku tengok kau tak turun bawah pun tengok tv.Sebab tu,aku naik atas tanya,mana tahu kalau-kalau kau ada problem ke”.

Aku tersengih.Sayang juga adik aku ni dekat aku.

“Kau kalau ada masalah,beritahu aku okey.Jangan nak pendam dalam.Aku tak suka.Kalau bukan dekat aku,mak dengan ayah ada.Along pun ada,cuma dia agak busy kebelakangan ni.Minggu ni,dia kerja shift malam”sambung
Suhaimi lagi.

“Aku tahulah.Mi..jom kita keluar nak tak?”ajak aku.

Suhaimi mengerutkan kening.”Kau nak ajak aku pergi mana malam-malam buta ni?”.

“Lepak kat mampley.Pekena the tarik.Aku bosanlah..jomlah”.

“Malaslah aku”.

Aku mengeluh.Dapat aku lihat adik aku menjeling aku sekilas.

“Yelah..jom!Lima minit aja aku bagi kau siap”ucap Suhaimi tiba-tiba.Dia bangun daripada kerusi.

Aku tersengih panjang.Berjaya juga lakonan aku.

“Weh..mana boleh lima minit.Lima belas minitlah.Kau ingat aku ni macam kau ke?Pakai main bedal je ambil baju”.

“Empat minit..”.

“No..sepuluh minit”bangkang aku.

“Tiga minit..”

“Okey..Lima minit.”Aku mengalah akhirnya.Heh!Hampeh punya budak.

“Kau tak payahlah pakai lawa-lawa.Setakat mamak kat kedai makan tu nak tengok kau,kau pakai kain batik dengan t-shirt pun dah cukup okey”.Aku ketap bibir lalu aku mencapai bantal kecil di atas katil dan membaling bantal kecil ke arah Suhaimi tetapi pantas dia berlari keluar bilik.
…………………………………………………………………………………………………

Adib ketawa melihat air mataku yang berjuraian.Aku menarik muka masam.Tisu yang dihulurkan kepadaku aku ambil kasar.Jelingan maut aku hadiahkan kepada dia.

“Sentitif juga kau ni yea”usik Adib sambil tersengih.Dicalitnya sedikit sos cili kepada kentang goreng.

“Diamlah kau”marah aku.Tak nampak ke aku tengah emo ni.

“So..kau dah kalahlah ni yea?”.

Aku diam.Kentang goreng di atas meja aku capai lalu terus aku sumbat masuk ke dalam mulut.Tidak menghiraukan kata-katannya.

“Well..ada orang tak puas hati nampak”.

“Okey-okey.Aku mengaku aku kalah.Puas hati kau.Tapi,cerita tu memang best.Tersentuh hati aku.Tambah-tambah part lakonan Baizura Kahar tu”komenku.Sesekali,tergambar kembali babak-babak lakonan yang aku tonton sebentar tadi.

“Hmm..aku setuju.Touching babe..”.

“So,apa kau nak aku buat?”soal aku.

“Mana boleh beritahu sekarang.Nantilah..kalau aku beritahu sekarang,tak suspenlah..”ujar Adib membuatkan aku mencebik.Ceh!Nak kasi suspen konon.

“Tapi kan Su..kau nampak sweet juga sesekali menangis macam ni”.

Tersedak aku.Pantas aku hirup air Coke.Nasib baik aku tak tersembur.Aduh!Kenapalah selalu sangat aku dengar cerita yang mengegarkan jiwa bila tiba masa untuk makan?Aku jegilkan mata ke arah Adib yang tergelak besar.

“Kau gila apa?Aku menangis kau kata sweet.Lainlah kalau aku tengah gelak ke,ketawa ke..kau kata sweet.Ooo..jadi kau sukalah ek kalau aku menangis”.

“Eh..bukan macam tu maksud aku.Kau punya gelak yang macam langsuir lapar tu aku dah biasa sangat tengok.Sesekali,aku nak tengok juga kau emo.Menitikkan air mata macam ni.Nampak macam ladies sikit”.

“Banyaklah kau punya emo dan banyaklah kau punya ladies.Malulah aku kalau menangis depan kau.Ini pun,aku tak sangka air mata aku nak keluar”ucap aku sambil tunduk pandang kentang goreng.Memang betul!Selalu aku pergi tengok wayang filem sedih dengan adik-beradik aku aja.Dengan Adib,selalu tengok wayang filem yang lasak-lasak,lawak.Tak pernah lagilah masuk tengok wayang cerita yang sedih-sedih.
………………………………………………………………………………………………………

Blurpp..Alhamdulillah.Perut aku yang sudah kenyang aku gosok-gosok.Aku pandang Adib sekilas.Muka cemberut.

“Oit..kau kenapa?”soal aku.Lepas bayar harga makanan dekat kedai nasi ayam tadi,terus muka dia berubah.

“Sakit perut ke Dib?”soal aku lagi.

Diam..Aku mengerutkan dahi.

Tiba-tiba Adib menghulurkan sehelai kertas kecil kepada aku.Aku terpingga-pingga.Tertera no telefon seseorang.Aku pandang Adib sekilas.

“Apa ni?”.

“Kertas”jawab Adib sepatah.

Aku ketap bibir.

“Aku tahulah kertas.Tapi,daripada siapa?”.

“Hai..buat-buat tanya pula.Daripada kau punya lelaki idamanlah..Kau kan suka sangat dekat dia”sindir Adib.Tersentuh hati aku.Kalau yea pun nak sindir,pandanglah muka aku ni sikit.Daripada tadi,cakap langsung tak toleh dekat aku.Komunikasi apa ni?

‘Lelaki idaman?Siapa?desis hati aku.Takkanlah pelayan yang ada iras Adam tu kot.Bila masa dia jadi lelaki idaman aku?’.

“Kau kenapa ni Dib?Semacam aja aku tengok”tegur aku.Tak puas hati sungguhlah.Baru lepas makan,sepatutnya muka kena riang gembira.Bukannya masam macam orang baru lepas makan mangga muda satu guni.

“Dahlah..aku malas nak layan kau.Aku chow dululah”terus Adib meninggalkan aku terpingga-pingga di belakang.Terpana aku.Selalu tak pernah macam ni.Aku mengaru-ngaru kepala yang tidak gatal.

‘Dib?What wrong with you?’jerit hati kecil aku.
…………………………………………………………………………………………………………

Langkah kaki aku terhenti.Tidak berkelip-kelip aku memandang.Suhaimi yang sedang membebel turut menghentikan langkahnya.

“Hoi!Kau kenapa Angah?”.Suhaimi mencuit bahuku,membuatkan aku tersentak.Jari telunjuk aku halakan ke hadapan.

“Itu bukan Adib ke?”soal aku meminta kepastian.Suhaimi turut memandang ke hadapan.

“A`ahlah..Adib!Woo..sapa aweks yang dengan dia tu?Peh..cun gila”ucap Suhaimi membuatkan aku mengetap bibir.Pantas aku tampar kuat bahu dia.

“Sakitlah..”ucapnya sepatah.Digosoknya bahu perlahan.

“Yang kau gatal sangat ni kenapa?”marah aku.Aku masih lagi memerhatikan mereka.Wah..mesranya.Siap gelak besar lagi tu.

Dalam hati,terselit satu perasaan sedih.Yelah..dah nak dekat 3 minggu aku dengan Adib tidak bercakap.Aku tak tahu kenapa.Bila aku telefon aje dia,panggilan aku kena reject.Sedih sungguh rasa hati aku.Mana tak sedih,satu dahlah panggilan kena reject.Kedua,habis kredit aku.Mana taknya,panggilan yang kena reject tu telan kredit juga.Dahlah si Adib ni guna Celcom.

Tapi,aku ketepikan itu semua.Aku tak kisah sebab aku nak sangat tahu,kenapa dia marah tak tentu pasal dengan aku.

Rupa-rupanya,dah ada aweks.Kalau dah ada aweks pun,beritahulah aku.Tak payahlah nak marah tak tentu pasal.Ingat aku tak boleh terima ke,bila dia cakap yang dia ada aweks.Ini Suhanalah..Tak ambik port punya pasal cinta-cinta ni.

“Kau sedih ek Angah?”soalan Suhaimi membuatkan aku tersentak.Suhaimi pandang aku dengan pandangan yang sinis.

“Mana ada!Choii sungguh mulut kau.Tak ada masa aku nak sedihlah.Lantak dialah nak keluar dengan siapa pun.Aku peduli apa”lantang aku menjawab.Tapi,pandangan sikit pun aku tak alihkan daripada pasangan tersebut.

“Kalau tak sedih sudahlah,yang kau nak menjerit-jerit ni kenapa?”.

Erk!Aku tutup mulut.Tak sedar suara aku dah sampai ke tahap speaker pecah.

“Dahlah..jom kita pergi tegur diaorang nak”ajak Suhaimi.Ditariknya tangan aku.Cepat-cepat aku menarik balik tangan Suhaimi.

“Tak payahlah..Lagipun,aku laparlah.Jom,kita pergi makan..”ucap aku laju dan terus menarik tangan Suhaimi.
……………………………………………………………………………………………………………

Lagu Adam bertajuk Tak Tahu berkumandang di corong radio.Tiba-tiba aku teringat akan sesuatu.Kertas nota kecil yang tersimpan di dalam laci aku ambil.Aku merenung kertas tersebut lama.

Selepas aku ambil kertas nilah,Adib terus marah aku.Tapi,kenapa dia nak marah aku?Bukannya aku ada buat salah pun dengan dia?Adib..aku rindukan kau.Kau tak rindu dekat aku ke?Rindu sangat-sangat ni.

Kertas tersebut aku campak ke dalam tong sampah.Tidak berminat aku nak telefon no tersebut.Kalau nak kenal dengan aku,face to facelah.Baru gentleman.Macam yang Adib buat bila nak no telefon aku.

Aku mengeluh.Adib lagi yang aku ingat..Telefon bimbit di atas meja aku pandang tanpa perasaan.Kenapa tak berbunyi?Selalu masa-masa macam ni,mesti ada message masuk daripada Adib.
……………………………………………………………………………………………………………

“Termenung anak ayah seorang ni”teguran ayah membuatkan aku tersentak.Aku berpaling lalu tersenyum kecil.Khusyuk sangat aku melihat bintang di langit.

“Kenapa Su?Ada masalah ke?”soal ayah.Ayah melabuhkan punggungnya di sebelah aku.
Aku mengeleng kecil.

“Ala..dia bohong tu ayah.Macam Mi tak tahu,dia tengah rindu dekat seseorang”sampuk Suhaimi.Aku berpaling sambil mengigit bibir.Hantu sungguhlah budak ni.Suka-suka hati aja nak bagi pandangan bernas.Ayah aku yang mendengar ketawa kecil.

“Oooo…Anak ayah dah ada buah hati rupanya.Patutlah suka duduk termenung”usik ayah aku.

“Ayah jangan percaya cakap Mi ni ayah.Dia ni kan kuat pembohong.20 dia cakap,1 pun tak boleh nak percaya”balas aku.Suhaimi hanya mencebik.

“Eh..suka-suka hati kau aja mengutuk aku ek.Oh ya..aku jumpa dengan Adib tadi”cerita Suhaimi membuatkan aku tersentak.Adib….

“Kau jumpa dia dekat mana?”soal aku selamba.Padahal,macam-macam aku nak tanya.

“Hye..berminat nak tahu nampak?”usik Suhaimi.

“Aku saja je nak tahulah..Takkan itu pun salah.Ala,kalau kau tak nak beritahu pun tak apa,aku tiap-tiap hari jumpa dia.Macam aku tak boleh tanya dia”ucapku berlagak sedangkan…
Suhaimi ketawa mengejek.

“Ala..merajuk pula kakak aku ni.Aku jumpa dia dekat KFC tadi.Dia tengah makan dengan Rina”.

“Rina?Siapa Rina?”soalku pantas.Otak aku berfikir kalau-kalau ada ahli keluarga Adib yang bernama Rina tetapi tiada.Aku memang cukup kenal dengan keluarga Adib sebab selalu juga aku berkunjung ke rumahnya.

“Ala..Rina!Aweks yang kita jumpa hari tu.Yang cun tahap maut tu”terang Suhaimi.
Aku menganggukkan kepala.Senyuman pahit aku ukirkan.

“Anak ayah suka dekat Adib ke?”soal ayah aku tiba-tiba membuatkan aku terpana.

Aku ketawa kecil,cuba menyembunyikan kegelisahan hati.Jangan main-main dengan ayah aku.Dia cepat dapat tangkap apa yang bermain dalam hati anak-anak dia.

‘Suka ke aku dekat dia?’soal hati aku.

“Mana ada ayah.Su dengan Adib kawan biasa ajalah.Kami kan kawan sejak kolej lagi.Takkanlah Su nak sukakan Adib pula”terang aku perlahan.

Ayah aku tersenyum kecil.

“Kalau Su suka dekat dia pun,apa salahnya.Su dengan Adib,ayah nampak sepadan”.

“Entah..aku sokong cakap ayah tu.Kenapa kau tak suka dekat dia?Dia okey apa..”sampuk Suhaimi.

“Jangan nak mengarutlah..Su sayangkan persahabatan antara kami ayah.Kami dah berkawan lama ayah.Takkanlah wujud perasaan macam tu dekat dalam hati kami.Dahlah..Su nak masuk tidur dulu.Selamat malam”.Terus aku angkat punggung.
…………………………………………………………………………………………………………

Sejak kita berdua berpisah
Aku tak habis-habis gelisah
Apakah itu tandanya bahawa…

Ku benar-benar cinta
Ku benar-benar sayang
Tak terjawab bila hati bertanya ke mana kau hilang

“Jom..”ajak Suhaimi.Radio dia matikan.Aku yang sedang terbaring di ruang tamu mengerutkan dahi.

“Nak pergi mana?”soal aku perlahan.Kacaulah dia ni..Aku baru nak menghayati lagu tu.

“Karoke..”jawab Suhaimi sepatah.

“Malaslah aku..Letihlah!Hujung minggu macam nilah aku nak lepak dekat rumah”jawab aku.

“Ah..takde-takde!Aku bagi kau masa 15 minit.Jom,kita pergi enjoy.Aku dah habis periksa final untuk sem 4 ni.Jomlah..”ajak Suhaimi beria-ria.

“Kau ni..pergi dengan kawan-kawan sudahlah.Yang ajak aku sekali tu kenapa?Aku malaslah..”.

“Laa..aku nak juga sesekali keluar dengan kakak kesayangan aku ni.Along dah lama lesap.Mentang-mentang dah ada boyfriend.Aku ni,tak ada siapa yang peduli.Sedih sungguh dapat kakak-kakak macam korang ni.Tak bagi kasih sayang langsung”rungutan Suhaimi membuatkan aku ketawa.

“Hodoh sungguh kau merajuk macam tu.Kau tu dah tua bangka tahu?”usik aku.

“Jomlah ek..Aku belanja”ajaknya lagi.Digoyang-goyangnya kuat tangan aku.

“Yelah..kejap!Aku nak bersiap dulu..”.
…………………………………………………………………………………………………

Kami sampai ke pusat koroeke setelah setengah jam perjalanan.Nasib baik sebab dia adik aku,kalau tak..jangan harap aku nak keluar hari ini.

“Jom..kita masuk”.

Aku mengikut Suhaimi daripada belakang.Tiba di salah satu bilik.

“Kau masuk dulu.Aku tiba-tiba nak pergi tandaslah..”terus Suhaimi meninggalkan aku terpinga-pingga.Aku mengeluh.Pintu bilik karoeke aku tolak perlahan.

“Welcome Suhana..”ucap satu suara membuatkan aku tersentak.

“Adib!Apa kau buat dekat sini?”soal aku.Aku berjalan melangkah menghampirinya.

“Aku makan KFC dekat sini”jawapannya membuatkan aku mencebik.

Adib ketawa.Dia melangkah menghampiri aku.Aku terpana.Kenapa aku rasa berdebar-debar ni?.

“Duduklah..”ucapnya.Dia mempersilakan aku duduk di salah satu sofa.Aku melabuhkan punggung.Dia masih lagi berdiri sambil tersenyum manis.Ya Allah..jantung aku rasa macam nak terkeluar.

Aku terdengar alunan muzik membuatkan aku memandang Adib.Dia sudah berdiri sambil memegang mikrofon.Bila masa dia pilih lagu?Kenapa aku tak perasan?.

Dulu engkau kenali
Tak pernah ku sedar
Dari mata yang memandang penuh pengertian
Tapi saat itu telah berubah
Di persimpangan usia
Antara kita tak mampu lagi
Berselindung dengan alasan

Telah ku cantumkan
Semua impian bersama
Dalam jalinan yang kita bina berdua

Namun apakah erti bila
Keinginan terlanjur
Lalu menganggu kala dirimu
Selalu ada disisi

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Aku leka menghayati nyanyian tersebut.Baru aku tahu,sedap juga suara Adib.

Namun apakah erti bila
Keinginan telah terlanjur
Lalu menganggu sanubariku .

“Siti Suhana Binti Mohd Rashid”.Aku tersentak.Aku memandang Adib.Alunan muzik mengiringi tentangan mata kami.

“Aku cintakan kau..”ucap Adib romantis.

Ku cuba bayangkan waktu dulu
Gurau senda serta pujukan mu
Puisi indah menyatakan kata rinduku
Masa yang lalu meragui
Seluruh harapan muncul kini
Mengapa dan bertanya di mana kesudahan kita

Duhai teman
Bisakah kau fahami sandiwara ini
Sejak bila berputiknya cinta kita
Menjadi rahsia yang tersimpan
Mewujudkan kenyataan
Ku tak sanggup kehilanganmu

Aku terkejut.Tergangga sedikit mulutku.Adib masih terus menyanyi sambil merenung aku.Selepas habis menyanyi,dia meletakkan mikrofonnya.

“Terkejut?”soalnya sepatah.

Aku angguk kepala laju.Sungguh tak sangka.

“Aku dah lama sukakan kau..Tapi,kau aja yang buat bodoh”.

“Kau tak beritahu aku,macam mana aku nak tahu?”soalku.

“Aku dah tunjukkan macam-macam cara yang aku sukakan kau.Takkan itu pun kau tak faham.Macam kau tak kenal aku”.

“Habis,macam kau tak kenal aku juga.Aku kan blurr”ujar aku membuatkan Adib tersengih.

“Tapi,blur-blur kau…aku tetap sayang dekat kau”.

Merona merah wajah aku.Tiba-tiba aku teringat sesuatu.Beg tangan yang aku bawa,aku pukul kuat ke lengannya.Berkerut dahi Adib.

“Kalau kau sukakan aku,kenapa kau marah aku tak tentu pasal.Lepas tu,kau elakkan diri daripada aku”soal aku geram.Terbayang kembali segala perbuatan yang Adib lakukan.

“Aku jelous.Kau asyik pandang pelayan mangkuk tu aja.Dahlah tu,boleh dia bagi dekat aku no telefon aku suruh pass dekat kau.Tak bersopan sungguh!Mana aku tak bengang”luah Adib.Kelihatan mukanya masam apabila menuturkan ayat tersebut.

Aku tersengih.Pelayan yang iras muka Adam tu dia gelarkan pelayan mangkuk.

“Kaulah yang mangkuk.Kalau kau kenal aku,kau tentu faham yang aku tak sukakan pelayan tu”.

“Tak suka konon.Yang kau senyum setiap kali nampak dia tu kenapa?”soal Adib sambil mencebik.

“Laa..dia kan ada iras muka Adam,sebab tu aku suka tengok muka dia.Kau macam tak tahu,aku kan peminat Adam.Lagipun,aku sukakan dia sebab muka dia yang ada iras Adam..bukannya sampai ke tahap angau macam..”Kata-kata aku terhenti.

“Macam apa?”soal Adib sambil memandangku tajam.

Gulp!Aku telan air liur.

‘Macam aku angau rindukan kaulah..’desis hati aku.

“Suhana..”panggil Adib lembut.

Alahai!Nak gugur jantung aku.Aku pantas bangun.

“Mana adik aku ni?Tadi kata nak pergi tandas,kenapa lama sangat”rungutku sambil memandang ke luar.Aku menoleh sekilas ke arah Adib.Jelas kelihatan muka tidak puas hati.

“Yang kau tu..macam mana boleh ada dekat sini?”soal aku pelik.Sepatutnya,soalan itu yang patut aku tanyakan dulu.

Diam..tiada jawapan.Aku mengeluh!Merajuklah tu.

“Adib..”panggil aku.Aku duduk berdekatan dengannya.

Masih tiada jawapan.Pandang aku pun tak sudi.

Aku ketap bibir.Sejak bila lelaki ni jadi emo sangat ni?Terus aku capai mikrofon di atas meja.Aku ketuk kuat mikrofon tersebut di bahunya membuatkan dia menyeringai.

“Kalau kau sukakan aku,habis siapa perempuan yang dengan kau hari tu?Siap gelak sampai tak nampak orang keliling”rungut aku.Teringat kembali peristiwa beberapa hari lepas.

“Kau jeleous?”soalnya nakal.

Hampeh punya soalan.Of courselah aku cemburu.

“Kejap!”.Adib mengeluarkan handphone daripada koceknya.

“Hello..haa.Boleh masuk”ucap Adib.Aku yang mendengar perbualan mengerutkan dahi.Siapa yang Adib telefon?Kenapa sekejap sangat?.

“Punyalah lama korang bercengkerama dalam ni.Lenguh kaki tunggu kat luar tau”ngomelan suara tersebut membuatkan aku menoleh ke belakang.Kelihatan Suhaimi dengan..aik?Macam kenal aja perempuan tu.
Suhaimi tersengih.Gadis di sebelahnya turut tersengih.

“Angah..kenalkan.Kawan rapat aku,Rina..”.Rina tersenyum sambil bersalam dengan aku.

“Aku tahu Angah..kau ngah blurr.Ini sebenarnya rancangan Along..dan aku.Kami nak kenakan kau,eh bukan..Nak satukan kau dengan Adib.So,aku buat rancangan macam ni.Suruh Adib keluar dengan Rina semata-mata nak bagi kau cemburu dan aku tahu kau cemburu.”terang Suhaimi.

Aku pandang Adib.”Sorry..aku tak ada pilihan.Kau yang paksa aku buat macam ni.Aku ikut aja semua rancangan kakak kau dengan Suhaimi”.

“Err..sorry Angah.Aku cuma nak tolong mempercepatkan proses pengakuan cinta korang.Kau tu lembap sangat dalam hal-hal macam ni.Err..ni dah cakap ke perkataan miracle tu?”soal Suhaimi.

“Banyaklah kau punya perkataan miracle.Kau mari sini.Aku nak piat-piat telinga kau.Apa kau kata?Aku lembap?”.Aku menuju ke arah Suhaimi tapi pantas dia berselindung di belakang Rina membuatkan Rina ketawa kecil.

“Abang ipar..tolonglah adik iparmu ini”rayu Suhaimi membuatkan langkah aku terhenti.Aku mendengus.

“Siapa abang ipar kau?”soal aku garang sambil bercekak pinggang.Suhaimi menghalakan jari telunjuknya ke arah Adib.

“Tak hingin aku..”.

Suasana sepi.Aku pandang sekilas muka Adib.Berubah mukanya.Aku mengigit bibir!Alahai..apasal celupar sungguh mulut aku ni.

“Kau betul ke tak sukakan Adib?”soal Suhaimi.

Aku terdiam.Aku melangkah menghampiri Adib.Bertentang 4 anak mata.Terasa seperti aliran elektrik mengalir dalam badanku.

“Tak..”jawab aku sepatah.Muka Adib kelihatan terkejut dan hampir kepada mendung.

“Tapi..aku sayangkan dia lebih daripada perasaan seorang sahabat”sambung aku.

Adib tersenyum lega.Dia meraup mukanya dengan tapak tangan.Suhaimi dengan Rina bertepuk tangan.Peh..dah rasa macam artis pula.

“Perasaan aku kepada kau..lebih daripada suka,terlanjur menjadi cinta”ucap Adib perlahan membuatkan aku pula tersenyum manis.

TAMAT

*Mohon ma`af sekiranya terdapat kekurangan di dalam cerpen ini.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

60 ulasan untuk “Cerpen : Love you yes”
  1. Fase Love says:

    bez ow ne ceta……..lucu g….. hehehehhe (:

  2. missblu3berry says:

    perhh!!thumb’s up!! good job writer….

  3. fira says:

    not so bad.. just keep it up keyh (:

  4. miz novel says:

    swetz…best gler…
    tahniah…terus berkarya k…
    nnt leh bca lg…:p

  5. alyn says:

    romantik ni cerita…kelakar…komedi-romen….sweet sangat…

  6. niefa_napie says:

    best..lawak..smp tekan perut gak la gelak…8 out of 10 kot

  7. waneycr says:

    fuhh,sumpah gempak.haha,best trokss r!

  8. sweet chocolate says:

    Best <3 !!
    Chaiyyokk -2 .. :D

  9. seth says:

    tumbs up :)

  10. jam says:

    sangat menarik..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"