
Cerpen : Masih Ada Cinta
Oleh : yukari inomori
Termenung dikaki langit yang terbentang luas. Maha suci indah karya ciptaan yang Maha Agung. Subhanallah. Kedengaran ngomelan Shazliana dalam hati berbisik memuji ciptaan Illahi. Namun dalam berbisik hatinya terselit jua rasa pilu dan sebak tidak terkira. Meskipun kini sudah berlalu selama 4 tahun. Segala rasa kecewa dipendam dalam lubuk hati.
” Maafkan saya….Liana” ujar Azuan.
” Mungkin sampai sini jodoh kita berdua. Kita tak boleh menentang takdir yang sudah pun tertulis untuk kita. Saya tetap sayangkan awak walaupun tiada restu diatas perhubungan ini. Saya ikhlas menyayangi dan menyintai awak, Liana….”
Termenung seketika aku apabila mendengar kata-kata yang meragut kebahagiaan antara daku dan dia. Bergenang airmata ditubir dan hatiku begitu tersentak mendengar ucapan sidia.
” Kenapa…??” balas ku ringkas. Cuba menahan segala perasaan walaupun pada hakikatnya ingin ku menangis sekuat hati.
” Antara kita tidak direstui ibu saya…Saya memujuk untuk menerima awak sebagai calon isteri saya. Tapi akhirnya ditolak mentah-mentah…tetapi ada penerimaan dari ayah saya…Liana…” redup mata Azuan dan airmukanya ternampak kekecewaan dan kepiluan.
” Saya redha awak…Meskipun tiada jodoh antara kita…Peritnya rasa dihati bila mendengar ucapan ini..Tapi biarlah kita berdua berkorban demi memenuhi permintaan ibu awak..Walau kasih sayang antara kita terlalu kuat pun tapi tiada kerestuan, akhirnya nanti pasti terpisah jua….Kasih ibu kasih sejati awak…kasih yang tak terhingga sehingga membawa ke syurga…” balas ku dalam sendu yang tak keruan.
” Liana…” Azuan meraih tanganku sehingga airmata antara kami berdua bercucuran laju.
Tangisan kami berdua memecah kesunyian yang melatari perjumpaan yang terakhir ini. Perjumpaan yang memilukan, yang meraih segala perasaan yang terluka dan kecewa.
*************************************************
Tersentak daku dari lamunan. Tiada ku sedar, airmata bercucuran kembali. Mengenangkan daku dan sidia akhirnya membawa haluan hidup masing-masing. Selepas peristwa itu, aku dan sidia terputus hubungan. Kini tiba-tiba daku teringat akan sidia yang sepi dari perkhabaran.
” Liana….buat apa kat luar tu…?? dah nak masuk maghrib ni…” ujar Mira sambil menyentuh lembut bahu ku.
” Eh…kenapa menangis sorang-sorang dekat luar ni Liana…kau ok tak ni…?? ” soal mira kehairanan.
” Entah secara tiba-tiba aku teringatkan dia Mira….tak tahu perkhabaran dia bagaimana. Yang terakhir baru aku tahu dari sepupu aku….Ibu dia dah meninggal dunia 3 bulan lepas…” bercucuran airmata ku laju tanpa segan silu.
” Liana…sudah lah tu……” pujuk Mira.
” Tahu Mira…tapi kenapa mesti rasa dalam hati dan jiwa ini untuk dia…masih kuat untuk sidia…” semakin kuat aku berperang dengan perasaan sendiri.
” Aku faham perasaan kau sekarang ni. Cuma apa boleh aku cakapkan….sabar Liana…jangan ikutkan perasaan…….” ujar Mira lembut.
” Mira….aku sudah cuba lupakan dia….walaupun dah berlalu 4 tahun…tapi masih kuat perasaaan ini…masih rindu….masih sayang…..masih kasih..dan…..dan…. masih….masih……” semakin kuat aku menangis di depan Mira.
Mira memegang bahu ku dan cuba menenangkan perasaan yang menguasai diriku.
******************************************************
” Assalamualaikum….Kak Long ” kedengaran suara sepupu ku Eja yang menghubungi daku secara tiba-tiba.
” Waalaikumsalam….Eja….apsal suara kamu macam tercekik buah durian…?? ” balas ku sambil ketawa dihujung talian.
” Hahahaha…mana ada…ni ada satu berita yang boleh buat Kak Long terperanjat….ambil nafas dulu boleh…?? Pinta Eja.
” Ambil nafas…?? pakai apa…?? cawan…?? mangkuk…??? hehehehe…ok…ok….ada apa ni….semacam aje dengar….??” kataku.
” Heh…buat lawak pulak dah…hahahaa…cepatlah…mesti Kak Long tak percaya apa Eja cakap….” bersunguh-sunguh Eja berkata.
“Ye…ye….sudah…”
” Eja ada jumpa abang Azuan dekat pasar malam 2 hari lepas..Berisi sedikit badan dia sekarang…amboi makin macho Eja tengok…suka lah tu dengar….” Ujar sepupulu yang membuatkan aku tersentak seketika. Tergumam dan terkelu lidah daku untuk berkata-kata.
” OOitt..Kak Long…diam pulak dah dia…tadi ketawa bukan main…dengar tak ni apa Eja cakap…” seru Eja selepas kedengaran tiada jawapan ditalian.
” Errr….apa kau cakap tadi Eja…” Soalku semula. Padahal dah tahu kenyataan yang mengegarkan perasaan ini.
” Eja ada terserempak dengan abang Azuan kat pasar malam…Eja tegur lah dia…Sekarang dia semakin berisi…Lepas tu dia ada cakap…jemput lah datang kenduri kahwin hujung bulan November ni…”
Tak semena-mena hampir terlepas gagang telefon dari genggaman tangan ku. Berita yang ku dengar benar-benar mengejutkan daku. Benar-benar membuat daku rasa nak pitam.
” Hello…hello !…hello sis….Ok ke ni…??? Eja belum habis cakap lagi ni…” teriak sepupu ku dihujung talian. Aku mengenggam kemas ganggang telefon semula sambil menyusun nada yang mula berubah.
” Oh ye ke…dah nak kahwin dia…Tak sangka…semoga dia bahagia selamanya…” Ujarku lemah.
” Lah bukan dia yang nak kahwin…adik dia…Azli tu yang nak kahwin…tu lah Eja tak habis cakap lagi…tiba-tiba diam….Dia jemput datang….Dia ada ajak Kak Long satu keluarga sekali….dia ada jugak tanya khabar Kak Long….”
Tiba-tiba aku berasa seperti boleh bernafas semula.
” Oh….ingatkan dia….??” ulasku ringkas. Walaupun ada sedikit keselesaan rasa dihati.
” Dia ada mintak nombor Kak Long…Eja dah bagi pun….Nanti-nanti dia call lah tu…suka lah tu….errr…jangan marah ye Eja bagi tak cakap dengan Kak Long dulu….” terperanjat besar aku mendengar penjelasan sepupu ku.
” Kenapa bagi…kamu ni…akak tak suka lah….” Tiba-tiba aku menjadi amarah.
” Sorry sis…hehehe…tak sampai hati tengok sis…muka orang pendam rindu sekian lama….by the way senyum-senyum selalu ye….hehehehe…..bye sis…i love u…hahahahaha…” balas sepupu ku. Dan membuatkan aku menjadi geram pada sepupu yang nakal macam aku juga. Eh kenapa tiba-tiba aku tersenyum lebar ni.
” Ye lah…yelah…haishhh kamu ni….nanti-nanti kita jumpa…bye….kirim salam dekat Mak Ngah ye…”
” Ok Kak Long….Assalamualaikum wr wbt…”
***********************************************
Di pejabat laju aku membuat kerja yang menjadi rutin ku seharian. Tanpa sedar sudah sampai waktu makan tengahari. Mira memanggil aku mengajak makan. Kalau dia tak panggil tadi, memang aku terleka buat keje sampai tak ingat masa dan makan. Tiba-tiba….
Handphone ku berbunyi dan ternampak nombor yang tidak dikenali. Aku menjawab.
” Hello…”
” Assalamualaikum….Liana….” ujar suara seseorang yang amat aku kenali.
” Err….err….waalaikumsalam….siapa ye…?? ” jawab dan soal ku. Pada hakikatnya aku sudah mengenali suara siapa.
” Azuan…maaf menganggu Liana…Boleh kita berbicara sebentar…?? ” soal suara pemuda yang sudah lama tak ku dengari. Tiba-tiba rindu bertandang lagi.
” Sekarang saya nak keluar makan dengan rakan sepejabat saya…kalau nak berbicara…nanti-nanti boleh….??? Ujarku memberi alasan. Sedangkan boleh aje aku nak berbual. Cuma perasaan aku belum masih menerima panggilan dari hembusan suara yang aku nak dengar sangat-sangat.
” Hmmmm….kalau macam tu saya call awak malam nanti ye….”
” Oklah…saya nak off…bye…assalamualaikum..” jawab ku ringkas.
” Waalaikumsalam Liana…”
Mira mendekatiku dan hairan melihat airmuka tiba-tiba berubah.
” Takpelah Mira….aku tak nak makan….tak rasa lapar pulak…aku nak duduk dekat office aje…malas pulak nak berjalan….Maaf ye…” Pujuk ku.
” Alaa…jom lah…takkan aku nak makan sorang-sorang…temankan aku aje..kau tak nak makan pun takpe…please…please….please….” Mira pula memujuk ku.
” Mmmmm….ok…ok…jom…” Aku bersetuju dan tidak menghampakan Mira.
” Ni sayang kau lebih ni…hehehehe….”
Aku tersenyum walaupun dalam hati masih bergetar selepas menjawab panggilan sebentar tadi.
***********************************************
Selepas mendapat panggilan beberapa hari lalu tiba-tiba aku menjadi pendiam. Mira mulai perasan akan perubahan yang berlaku. Walaupun aku buat-buat gembira tapi Mira, rakan serumah aku dapat menghidu perubahan yang berlaku.
” Beb…boleh kita berbual dekat beranda…?? ” ujar Mira.
” Boleh…tapi sekejap ye…aku nak solat dulu….” kataku.
” Ok…kau dah settle…naik atas…kita borak-borak eh…”
” Ok…haaa…sambil borak-borak tu….buatlah air ke…takde lah kering tekak sampai berdarah..hehehe…kuih-muih ada sekali pun ok jugak isi perut….hahahaha…”
” Amboi-amboi…permintaan….ok aku buat air kopi lah…kuih tu…takde…biskut lemak ada…hehehe…kita makan biskut aje lah…nak keluar membeli malas pulak….” balas Mira sambil tersengih-sengih.
” Ni sayang ko banyak-banyak ni…hehehehehe…sayang sikit-sikit nanti muncung pulak…hahahahaha…”
” Yelah tu….dah…dah…cepat…cepat….aku nak masak air jap…” kata Mira sambil mengingatkan aku semula pada tangunggjawab yang belum tertunai.
” Olaiiiiitt boss….”
Aku dan Mira berlalu arah masing-masing. Harap-harap selepas solat ini aku menjadi lebih kuat untuk berdepan dengan Mira.
********************************************
” Assalamualaikum Liana…boleh saya call…” tertera sms yang aku baca. Perasaan ku kembali menjadi resah. Lama aku memerhatikan taipan ringkas. Kemudian aku membalas.
” Waalaikumsalam….tak menyusahkan ke nak call saya…?”
” Tak menyusahkan langsung pun Liana….lagipun memang saya nak bercakap dengan awak…..” balasan yang aku terima daripada pesanan ringkas sidia.
” Ok…” balasku pendek.
Handphone ku berbunyi lagu MENYESAL dengangan dari penyanyi seberang, Ressa Herlambang.
” Assalamualaikum…” itu ucapan pertama yang aku dengari dihujung talian. Suara itu yang amat aku rindui selama ini. Amat ku tunggu-tunggu. Suara yang menggetarkan segala perasaan ku.
” Waalaikumsalam…”
” Hi Liana…maaf ye kalau saya menganggu awak…awak sihat…?? ” ujar sidia.
” Tak mengapa…tak menganggu langsung…saya sihat-sihat aje…awak…sihat…?? ” soalku semula. Cuba menyusun perkataan. Sedangkan hati terasa tak keruan.
” Saya sihat alhamdullillah…Hmm..Lama tak dengar suara awak Liana…masih lembut seperti dulu…dan saya dah lama juga tak dengar perkhabaran dari awak…saya…..saya…” tiba-tiba suara sidia terhenti seketika.
” Terima kasih atas pujian yang diberikan…saya masih terkejut lagi dan tak sangka awak menghubungi saya….boleh saya tahu macam mana awak dapat nombor telefon saya….??? ” balasku.
” Maaf Liana…saya dapat nombor awak dari Eja….jangan marahkan dia ye….saya yang mintak sangat-sangat….Lama saya cari awak….Eja kata awak tak tinggal sekali dengan keluarga awak….awak menyewa diluar…….”
” Tak mengapalah….nak buat macam mana kalau awak nak juga nombor saya kan….memang saya tak tinggal sekali dengan family…duduk menyewa sama rakan sepejabat….takde lah jauh sangat nak keluar bekerja…pergi sama-sama senang….faham-faham aje lah keadaan traffic sekarang….maaf juga pasal pemergian ibu awak yang tercinta…..ayah saya yang khabarkan….” balas ku hingga kegetaran dalam hati masih tidak berkurangan. Makin berdegup kencang.
” Liana….saya nak jemput awak dan rakan serumah awak datang kenduri kawin adik saya hujung bulan ni….datang ye…dan saya pun memang nak berjumpa dengan awak….saya harap awak dapat datang majlis tu….” Pinta azuan kepada ku.
” Insya\’allah…saya tak janji…..” aku menjawab ringkas.
” Saya harap awak datang Liana…Ok lah…saya tak nak ganggu awak lama-lama….kita jumpa hujung bulan ni ye……selamat malam…assalamualaikum Liana…”
” Waalaikumsalam…” balasku dan mematikan talian. Aku termenung seketika. Dapatkah aku tunaikan permintaan dia. Kuatkah perasaan ini untuk bertemu kembali dengan sidia. Bersediakah aku untuk menatap kembali taut wajahnya. Wajah yang pernah membahagiakan aku dan melukakan perasaan aku suatu ketika dahulu. Baik mintak pendapat Mira.
**********************************************
Ramai orang yang hadir majlis tersebut. Wajah-wajah yang sudah lama aku tak nampak. Kawan-kawan aku dan sidia ramai yang sudah beranak pinak. Ada yang terperanjat melihat aku datang dengan berbaju kurung pahang dan bertudung litup yang ringkas dan ada yang tersenyum bertanya khabar. Selama 4 tahun aku menghilangkan diri dari pandangan mereka dan aku memperkenalkan Mira kepada mereka. Aku dan Mira duduk satu meja yang agak tersorok sedikit. Puas Mira memujuk aku duduk meja yang kosong dibarisan tengah. Aku menolak dan meminta Mira memahami perasaan aku tatkala itu. Tiba-tiba aku terpandang satu wajah yang amat aku rindui.
Datang sidia ke arah meja yang kami duduki. Aku memerhatikan segala sudut wajahnya. Masih sama seperti dahulu, tenang dan bersih. Hatiku makin berdetak kencang dan Mira mula senyum melirik kearah ku. Aku mengetap bibir tanda geram melihat Mira.
Kami berbual ringkas. Memandangkan dia sebagai tuan rumah kenalah sibuk melayan semua tetamu yang datang. Pabila aku menyatakan hasrat untuk pulang selesai makan, dia meminta aku dan Mira tunggu sampai majlis habis. Mira pulak bersetuju atas permintaan itu dan aku mengetap kegeraman. Mira mengenyitkan mata dan aku menjadi semakin tidak dapat bernafas.
” Sekejap ye Liana….tunggu saya ye sampai majlis selesai…tak puas saya menatap wajah awak….rindu sangat…” ucapnya sambil tersenyum kepada ku dan aku rasa nak terjatuh dari kerusi pada baris akhir kata-katanya.
” Eh…takpe-takpe awak…saya nak balik dulu…terima kasih sebab sudi jemput kami datang majlis ni….” alasan ku nak pulang rumah cepat-cepat. Tapi Mira lagi ligat otak dia berfikir.
” Kat rumah bukan ada buat apa-apa pun…Kita tunggulah sekejap…majlis tak lama lagi nak habis dah….kau bukan ada suami dekat rumah nak balik awal-awal…bosan lah duduk rumah….” jawapan Mira buat mata aku terbeliak.
” Haaa….Mira pun nak tunggu…awak tunggulah sekejap…tak lama dah…please Liana…..”
” Hmmm…ok….” aku mencubit peha Mira sehingga Mira mengaduh dan membuat Azuan berpaling semula.
Aku dan Mira memberi alasan takde apa-apa. Aku mengomel pada Mira tanda geram. Mira memberi alasan yang membuatkan aku semakin bertambah geram. Hai lah kawan aku sorang ni. Pada dia tempat aku mengadu dan menangis serta bergembira bersama. Sudah lebih dari 3 tahun menetap bersama dan dah faham perangai masing-masing.
Selesai majlis sidia datang semula. Dan tiba-tiba Mira mengadu sakit perut hendak ke tandas. Aku nak ikut sekali Mira pulak kata takkan nak buang air besar pun nak aku temankan. Geram melihat Mira tersenyum-senyum sambil mengejek. Tinggallah aku dan Azuan berdua. Kami terdiam seketika dan pipi ku merona kemerahan melihat dia merenung ku sambil tersenyum manis. Kami bercerita perihal masing-masing dan berkali-kali dia nyatakan rindu padaku. Membuatkan aku berasa keriangan dan bahagia walaupun cuba menafikan disebalik airmuka.
Tiba-tiba satu pesanan ringkas aku terima. Dan aku membaca sambil mata terbeliak….
” Beb…aku balik dulu…hehehehe…nak bagi ruang untuk korang berdua yang dah lama tak bertemu..jangan marah ye…aku suruh Azuan hantar kau balik…..sayang kau Liana…”
Miraaaaaaa !!!! getus dalam hatiku. Nak tak nak aku kena lah terima. Nakal sungguh Mira. Sempat lagi plan nak kenakan aku.
” Liana…saya hantar awak pulang ye…sebelum tu saya ada benda nak cakap dengan awak….Maafkan saya dengan Mira ye…..”
Aku hanya diam dan masih geram dengan Mira.
” Awak nak bagitau apa dengan saya…?? ” soalku.
” Jom saya hantar awak balik…sambil tu kita bercakap dalam kereta….” ujar sidia.
” Hmmm ok…”
Kami berjalan seiringan dan dia hanya tersenyum. Aku melihat kehairanan. Ramai kawan sidia dan aku memerhatikan kami sambil tersenyum-senyum. Pelik aku dengan diaorang ni lah.
” Sila Liana…maaf ye…kereta biasa-biasa aje….”
” Eh….saya tak cakap apa-apa pun…Ni awak nak tolong hantar saya pun dah syukur….walaupun Mira dah sengaja tinggalkan saya….” ada perasan geram yang masih berbaki.
Azuan ketawa dan aku semakin kehairanan. Sambil memandu sesekali sidia memandang ku sambil tersenyum-senyum dan tak henti ucap terima kasih kerana sudi datang. Dan tiba-tiba suasana menjadi sunyi. Aku menundukkan kepala tak tahu nak berbual apa. Tiba-tiba…………
” Liana….” Azuan memanggil ku lembut. Semakin hatiku menjadi bergetar semula.
” Ye…” jawabku. Dan tiba-tiba Azuan meraih tanganku. Aku terkejut dan cuba menarik pantas tangan ku. Tetapi dihalang oleh Azuan.
” Maafkan saya Liana kerna pernah melukakan hati awak suatu ketika dahulu. Bukan kehendak saya. Ikhlas saya nyatakan sehingga kini saya masih tidak dapat melupakan awak Liana…saya rindukan awak Liana…”
Tergumam aku seketika dan baru aku perasan keadaan sekeliling ini bukan kawasan rumah aku tapi tempat yang pernah aku kenali suatu masa dulu. Ya tempat terakhir aku bertemu dengan sidia. Langit dan bumi menjadi saksi aku dan dia berpisah.
Airmata ku bergenang semula dan terdiam seketika.
” Liana….izinkan saya sembuhkan segala rasa yang awak pendamkan dalam hati….Benarkan saya muncul semula dalam hidup awak….Isikan semula segala ruang yang tertutup dalam hati awak untuk saya….”
” Tapi…awak dah lupa apa yang ibu awak kata dahulu…..?? ” bergetar suara ku sambil menahan airmata yang hampir penuh ditubir mata.
” Buat pengetahuan awak Liana….ibu saya menyuruh saya mencari awak semula Liana…Ibu saya nak minta maaf pada awak kerna tak menerima awak dahulu….walaupun pada ketika itu keadaannya sudah semakin nazak….saya ada bertanya pada kawan-kawan kita kalau mereka ada bertemu dengan awak…jawapan yang saya terima hampa….semua mengatakan tak tahu dekat mana awak tinggal….”
” Saya tak berani nak tanya pada kedua orang tua awak Liana…mahupun adik-adik awak….Tapi Allah itu Maha Mendengar dan akhirnya saya berjumpa dengan Eja….meminta nombor telefon awak….walaupun daripada awalnya Eja tidak bersetuju…takut-takut awak marah….”
Aku hanya mendiamkan diri dan mendengar segala penjelasannya. Tersedu-sedu aku menangis. Tanpa aku sedar dia mengelap airmataku yang mengalir di pipi. Tiada rasa rasa malu dan tiada rasa hendak menghalang aku membiarkan sahaja.
” Ibu saya dah memberi segala restu untuk hubungan kita Liana….Restu yang membuatkan kita berdua terluka…..Liana…saya masih sayang…masih rindu dan masih cintakan awak setulus dahulu…..sedikit pun tak berkurangan…..tetap utuh….”
Laju airmata ku membasahi pipi. Terharu mendengar segala penjelasan yang tidak ku duga. Pertemuan yang mencetuskan segala rasa didalam jiwa. Pertemuan yang menyatukan semula dua hati yang terpisah. Pertemuan yang membahagiakan.
” Liana….sudikah awak menjadi suri hidup saya….menjadi ibu anak-anak saya….menjadi peneman hidup saya sehingga ajal memisahkan kita…menjadi bunga dalam taman hati saya…..?? ” soalnya membuat aku kelu seribu bahasa. Terkejut dengan ungkapan yang didengari.
” Liana….saya ikhlas….saya benar-benar menyintai diri awak Liana…rasa yang sama mula-mula kita bertemu 10 tahun dahulu….biarpun pernah terpisah rasa itu masih tetap sama….”
” Awak….” balasku dan azuan menghalang bibir ku untuk terus berkata-kata.
” Saya akan berjumpa dengan kedua orang tua awak…untuk meminta restu memperisterikan awak….”
Hatiku mula berbunga indah. Mula rasa bahagia. Hilang segala rasa luka. Hilang rasa derita. Hilang segala rasa kecewa dalam sekelip mata.
” Azuan…jika awak nak tahu….masih ada rindu untuk awak….masih ada sayang pada awak…masih ada kasih…..dan masih ada cinta untuk awak…..” aku menangis semahu-mahunya.
” Liana….jika itu yang awak rasa selama ini…sama seperti saya……masih ada rindu pada kenakalan awak….masih ada sayang diatas segala keluhuran dan kemanisan awak….masih ada kasih yang tak pernah putus malah berpanjangan…..dan juga masih ada cinta buat awak NURSHAZLIANA…..”
Kami sama-sama menitiskan airmata dan membiarkan segala rasa dalam hati terungkai segalanya. Tidak segan dan silu meluahkan segala apa yang terpendam.
” Mira….terima kasih teman…aku kini bahagia…” pesanan ringkas yang ku hantar.
Dan padamu Allah terima kasih kerna memberikan kami sekeping hati yang mencetuskan pelbagai rasa.
~~~ DALAM DERITA MASIH ADA RINDU, DALAM TERLUKA MASIH ADA SAYANG, DALAM KECEWA MASIH ADA KASIH DAN AKHIRNYA DALAM BENCI MASIH ADA CINTA….~~~
~ YUKARI INOMORI ~
( 16th January 2010 )













TRUSKAN USAHA..BES SGT2
besh sgt2…menyentuh perasan…saya bg 10 Bintang….wink..wink..wink..
mmng best pon novel ni…………..sya pon ska novel ni……………..i like???