Cerpen : Menari Bersama Ombak

29 January 2010  
Kategori: Cerpen

8,180 bacaan 13 ulasan

Oleh : Indah Suria

“ANDAI BUKAN SAAT INI..KU AKAN MENANTI HATIMU TERLUKIS NAMA INDAHKU..SURIA..ANDAI INILAH JODOH YANG DITENTUKAN ALLAH..PASTI ADA BAHAGIA..MESKIPUN PAHIT PADA MULANYA..”

Pantai Mimpian Jadi Tuaran yang tersergam indah itu menjadi tumpuan pelancong yang datangnya daripada pelbagai Negara turut membawa Dato Ahmad dan isterinya Datin Laila, malahan tempat itu juga merupakan tempat cinta mereka berputik sehingga kini, malah hasil ikatan pernikahan mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Alia, Mohamad Redwan, dan Nurul Alisya. Nurul Alia merupakan anak sulung dan telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihannya malah telah mempunyai seorang cahaya mata iaitu Daniel Rafiq yang baru sahaja memasuki usia dua tahun. Mohamad Redwan pula merupakan anak kedua dan tunggal lelaki, hidupnya yang dilimpahi kekayaan, rupa paras yang kacak, dan kepintarannya dalam pelajaran boleh di katakan segalanya dia telah miliki dan sempurna. Tetapi dia sering bertukar-tukar pasangan, yang mana baginya wanita hanya permainan sahaja malah dia tidak pernah setia dan tidak pernah percaya dengan wujudnya perasaan cinta. Anak yang bongsu pula, ialah Nurul Alisya yang masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah.
” Bang.. tempat nie sudah banyak berubah kan?..”
” Ya.. kan sudah lama kita tak berkunjung ke sini.. haa..inilah peluang kita untuk mengimbau kembali zaman kita muda-muda dulu kan?”. Setelah check in di kaunter untuk mendapatkan rumah tumpangan, mereka terus berjalan ke rumah yang bercatat nombor 222, rumah itu tidak jauh daripada sebuah rumah sedarhana besar yang didiami oleh Pak Mat, Mak Lang dan anak-anaknya iaitu Suria Syamira, Mariana, Noriana dan Yusri. Kerja Pak Mat hanyalah seorang nelayan kecil sahaja dan Mak Lang pula hanyalah seorang penjual kuih muih di sebuah kedai runcit. Keserhadanaan kehidupan mereka tidak menjadi penghalang kepada anak-anaknya menuntut ilmu sebagaimana anak-anak yang lain inginkan dan perlukan. Malahan, kecemerlangan Sue anak sulung mereka dalam pelajaran membuka harapan untuk memperbaiki kehidupan, apatah lagi kebolehan Sue dalam menghafaz ayat-ayat suci Al-Quran. Memudahkannya untuk mengajar mengaji di Surau Kampung Mimpian Jadi, upah yang terima diserahkan kepada Mak Lang untuk emmbantu menyara adik-adik yang masih bersekolah.
*************************************************

Malam itu, kedengaran suara Sue menghafaz ayat-ayat suci al-quran, suaranya yang mendayu-dayu dan mengisi keheningan malam, telah mengamit hati dan perasaan Datin Laila dan Dato Ahmad untuk berkunjung ke rumah Pak Mat ingin mengetahui suara siapa semerdu itu.
” Assalamualaikum?…”
” Walaikumsalam..eh.. Ahmad..Laila, naiklah”. Panggilan itu sudah biasa untuk mereka berdua, kerana Pak Mat dan Dato Ahmad sahabat dari tingkatan lima lagi.
” Datang berdua sahaja?, anak-anak tak ikut sekali ke?”.
” Ya.. kami berdua sahaja ni, anak-anak semua sibuk dengan kerja masing-masing, takde masa nak bawa mereka bersama ke sini. Lagipun budak-budak zaman sekarang ni manalah suka tempat kampong macam ni”.
” Nie.. Laila nak tanyalah Mat..Lang, suara siapa yang merdu sangat mengaji tu?,”
” Oh..tu Sue anak sulung kami.. dia baru jak habis dari Universiti Malaysia Sabah lima bulan lalu. Tengah tunggu panggilan untuk kerja nanti. Sementara kat rumah ni, dia mengajar budak-budak tu mengaji al-quran waktu malam..siang dia mengajar kat Sekolah Agama hujung kampung nie.”
********************************************************

Setelah Datuk Ahmad dan Datin Laila habis bercuti mereka kembali ke rumah mereka yang terletak di Kingfisher Sulaman iaitu menempatkan rumah-rumah orang kaya. Tiada seorang pun yang menyambut kedatangan mereka, maklumlah anak-anak mereka masing-masing sibuk dengan pekerjaan mereka. Pada waktu malam sahaja mereka mempunyai masa untuk bersama keluarga.
Jam telah menunjukkan 5.30 petang, kereta vios warna putih yang dipandu oleh Redwan diparkirkan di halaman rumah seperti biasa. Pemuda itu melangkah dengan penuh semangat ke dalam rumah apabila melihat kereta Papa dan Mamanya berada di halaman rumah. Pemuda itu telah nekad akan memperkenalkan Farah iaitu gadis yang telah mencuri hatinya malah hubungan cinta mereka telah terjalin semenjak berada di Universiti Malaysia Sabah lagi. Siapa tidak mengenali gadis kacukkan Suluk dan Cina itu, malah Farah menjadi rebutan setiap mahasiswa lelaki yang memandangnya.
” Ehh..Papa..Mama..bila sampai nie?”. Datuk dan Datin yang sedang berehat di ruang tamu ketika itu terperanjat dengan teguran pemuda itu.
” Ehh..budak nie..terkejut Mama..petang tadi..yalah anak- anak mama semua kan busy so Papa dan Mama balik takde orang kat rumah nie..”
” Haa.. Ma..Pa, Wan ada hajat nak bagi nie nanti..mesti Mama happy bila dengar berita nie..nanti ya..Wan nak mandi dulu”.
” Emm, eloklah tu Papa dan Mama pun ada perkara nak bagi tahu Wan nie..”
” Okey..Wan naik dulu ya Mama..Papa”. Pemuda itu sempat mengucup pipi Mamanya, Datuk Ahmad hanya tersenyum melihat kemesraan dua beranak itu, malahan kenakalan Redwan itulah yang menghiburkan hati mereka.
***********************************************************

Selesai makan malam, mereka berkumpul di beranda rumah yang berhadapan dengan kolam mandi itu, kebiruan air kolam itu menenangkan setiap hati yang berada di situ.
” Haa..Wan tadi cakap nak bagi tau Papa dan Mama satu perkara..Apa perkara tu?”. Datin Laila memulakan bicara ketika itu.
“Ohh..takpelah apa kata Mama dan Papa dulu bagi tahu apa perkara yang mengembirakan tu?”.
“Okey..ha Wan sebenarnya..Papa dan Mama berjumpa dengan kawan lama Papa dulu masa kata sekolah menengah, jadi Papa dah suntimg anak sulungnya untuk Wan, manis orangnya, bersopan santun, bertudung dan boleh dikatakan perfect lah buat anak Mama nie.” Pemuda itu, terkejut mendengar apa yang keluar dari bibir Papanya, hampir tehenti degupan jantungnya ketika itu.
” Emm..arrr.. Wan tak faham apa yang Papa cakap nie”. Pemuda itu kehilangan akal dan seolah-olah apa yang dilkatakan oleh Papanya itu hanya sebuah mimpi, malahan dia tidak mampu meneruskan kata, apa yang hendak disampaikan berkenaan dengan Farah dibawah angin hilang dari ingatannya.
“Papa dah menjodohkan Wan dengan anak kawan Papa.. namanya, Suriana Syamira anak sulung kawan Papa..Wan dengar tak nie?”.
” Apa..sepatutnya Papa dan Mama tanya Wan dulu..tak adil bagi Wan Pa..Ma”. Pemuda itu meluahkan ketidakpuasan hatinya, baginya Papa dan Mamanya telah membelakangkan dia.
” Tapi..Pa..Ma, I have my own choice..Wan dah ada pilihan hati sendiri. Wan tak akan kahwin dengan gadis pilihan Papa dan Mama, satu lagi Wan mintak maaf kalau Wan kasar dengan Papa dan Mama.”
” Wan..kena ikut cakap Papa dan Mama kali ini. Ini soal maruah keluarga kita Wan..Wan nak ke kalau kawan Papa anggap femiliy Papa tak menepatui janji, lagipun Mama Wan dah sarungkan cincin di jari Sue bakal menantu Papa.”
” Beri Wan masa untuk fikirkan hal nie Ma..Pa..give me a time for think about this, Wan kena bincang dulu dengan Farah.”
” Okey..Papa akan bagi Wan masa untuk berfikir..tapi dua minggu lagi Papa dan kawan Papa dah sebulat suara untuk nikahkan Wan dengan Sue, so Wan kena settlekan hal Farah dengan Wan okey.” Datuk Ahmad menegaskan permintaannya itu supaya Redwan menurut kehendak mereka, hal ini kerana Datin Laila pernah bertemu dengan gadis yang dimaksudkan oleh Redwan iaitu Farah, yang memalukannya depan kedai bunga tempoh hari. Malahan hal itu, tidak diceritakan kepada Redwan.
*****************************************************

” Sayang..Wan minta maaf, keluarga Wan tak merestui hubungan kita nie..dan Wan harap sangat Farah juga akan bahagia setelah Wan bergelar suami orang nanti..ini bukan kehendak Wan..”
” Wan..tak semudah itu Farah melupakan kenangan kita selama bertahun-tahun, Wan tau kan Farah hanya sayangkan Wan seorang sahaja tiada yang kedua..” Farah sengaja meluahkan kata- kata manis itu, sedangkan pada hakikatnya harta pemuda itu yang menjadi sasarannya bukan hati pemuda itu. Malahan, walaupun Farah merupakan anak jutawan, namun kelakuan Farah tidak melambangkan dia mendapat didikan agama yang sebenarnya, ini kerana kesibukan orang tuanya dengan kerja telah mengabaikan tanggungjawab untuk mendidik anak-anak.
” Wan.. please sayang jangan buat Farah macam nie..tanpa Wan disisi Farah..dunia ini bagaikan tidak ada cahaya dan warnanya”. Tanpa segan silu, Farah memeluk Redwan dengan erat sekali, kelakuan gadis itu memeranjatkan Redwan pada ketika itu kerana sebelum ini dia tidak pernah sekalipun memeluk Farah dengan begitu erat sekali, kelakuan gadis itu menyebabkan Redwan tidak selesa dan sengaja meleraikan pelukan itu dengan menggunakan tangan kasar lelakinya.
” Wan..mintak maaf..sayang, Wan harap Farah berbahagia dengan insan pilihan Farah.ingatlah aka nada pemuda yang lagi baik dari Wan..okey.. Wan terpaksa pergi..biarlah kita kekal sebagai sahabat selepas ini”.
” Tak semudah itu.. Mohamad Redwan bin Dato Ahmad, remember Farah akan pastikan yang hidup you takkan tenang dan bahagia ingat itu.. Farah akan hancurkan rumahtangga you”. Gadis itu sengaja menakutkan Redwan dengan ugutannya, gadis itu seperti hysteria menaggis kerana pemuda yang menjadi pilihan hatinya akan dimiliki.
“Please.. Farah, jangan cakap macam tu..kita bukannya takkan dapat bertemu selepas ni. Kita akan kekal sebagai sahabat okey..jangan sedia lagi”. Redwan menyapu air mata yang jatuh di pipi Farah ketika itu.
” Sudahlah…mari Wan hantar Farah balik.”
” Takpelah..Farah nak bersendirian di sini dahulu..tinggalkan Farah sendiri..Wan pergilah balik”. Selepas pemuda itu berlalu pergi Farah ketawa dengan sekuat hatinya, dan bercakap sendirian. ” Kau..ingat engkau seorang jak lelaki dalam dunia nie..Farah akan hancurkan dan lukakan isteri kau nanti..tengoklah nanti..nie Farahlah..ha..ha..ha..”
**********************************************************

Alhamdulillah selesai sahaja Tok Kadi membaca doa selamat, menandakan Redwan dan Sue telah selamat diijabkabulkan dan kini bergelar suami isteri. Semasa acara membatalkan air sembahyang, Wan mengucup dahi Sue dengan pemuh rasa kasih, begitu juga dengan Sue mencium tangan si suami dengan penuh rasa cinta dan hormat. Entahlah, pada saat itu seolah-olah mereka akan hidup bahagia apabila tinggal serumah nanti, tetapi pada hakikatnya hati Redwan masih membara dan marah menerima pilihan Papa dan Mamanya.
Semua majlis yang diadakan di rumah Pak Mat berjalan dengan lancar dan penuh kegembiraan dengan kehadiran sanak –saudara dari kedua-dua belah pihak keluarga pengantin. Majlis perkahwinan mereka menjadi buah mulut penduduk kampung disitu, yang kononnya Pak Mat hanya inginkan harta Datuk Ahmad sahaja dengan mengahwinkan anak perempuannya sendiri. Namun, segala tohmahan itu, tidak pernah dihiraukan malahan Pak Mat hanya tersenyum apabila mendengar semuanya itu.
*******************************************************

Malam itu kali pertama Sue berkongsi bilik dengan Redwan, jodoh yang Allah aturkan untuk mereka berdua membawa ke jinjang pelamin, walaupun Redwan tak menyetujui perkahwinan itu. Datin Laila dan Dato Ahmad mampu tersenyum puas kerana hajat mereka untuk bermenantukan Sue tercapai juga akhirnya.
“Abang, kalau abang tak nak tidur kongsi katil dengan Sue takpe bang, biar Sue tidur kat bawah saja..abang tidur atas katil ya”. Sue memulakan bicara, walaupun dalam hatinya begitu segan dan malu dengan kerenah suaminya itu.
” Tau pun kau..memang Aku takkan tidur dengan Kau..Hei kau tau tak..Kau adalah pilihan mama dan papa faham..your are not my type.. dan satu lagi Aku tak nak kau campur tangan dalam hidup Aku faham!!”. Tanpa perasaan bersalah Redwan meluahkan juga perasaan tidak puas hatinya kerana menurut sahaja kehendak papa dan mamanya, pemuda itu tidak sedikitpun menghiraukan perasaan Sue yang kini bergelar isterinya.
Malam itu, Sue tidur di bawah sementara Redwan tidur di atas katil. Malam itu yang sepatutnya untuk mereka berdua, tidak seperti malam pengantin baru yang lain. Walaupun sekeras mana hati Redwan, setelah Sue tertidur suaminya itu merenung wajah wanita yang kini bergelar isterinya itu. Perasaan simpati terhadap Sue mula timbul, bahkan air mata yang menitis ke pipi Sue, di sapu dengan tapak tangannya sendiri. Kini dia sedar kesilapannya tadi berkasar dengan isterinya itu.
****************************************************************

Rutin harian Sue jelas mengalami perubahan yang drastic setelah bergelar isteri kepada Redwan, ini jelas dirasainya apabila kini dia tinggal di rumah banglo ibu dan bapa mertuanya. Kalau di rumahnya dia sendiri yang menyediakan sarapan pagi, tetapi di bangle tersebut jelas sekali yang membuat sarapan ialah pembantu rumah yang dipanggil Mak Kiah. Tetapi Mak Kiah dilayan sama seperti keluarga sendiri, apa tidaknya wanita tersebut adalah merupakan ibu saudara kepada Datuk Ahmad.
“Assalamualaikum?..Mak Kiah, masak apa nie?..boleh Sue tolong?”. Sue menegur Mak Kiah dengan senyuman yang manis.
“Walaikumsalam.. ingatkan siapa tadi, Sue rupanya..kenapa bangun awal-awal pagi nie?..nak lihat suami berangkat ke pejabat ke?”. Mak Kiah sengaja mengusik Sue, hubungan mereka semakin rapat walaupun Sue masih orang baru dalam banglo tersebut, bahkan sepertinya sudah kenal lama dengan Mak Kiah.
” Eh..mana ada..Sue dah biasa bangun awal macam nie Mak Kiah..kalau kat rumah dulu Sue yang akan masak”.
“Oh..yaka?..bertuahnya Wan dapat kahwin dengan Sue, bukan sahaja cantik..pandai masak lagi tu kan..”.
“Biasa-biasa ajelah Mak Kiah..Sue kan gadis kampung, dah biasa dengan rutin harian..masak..tolong Mak kat gerai..mengajar budak-budak..emmm..okeylah jugak”.
“Eh..dah pukul 7.00 pagi nie..Sue pergilah kejutkan Wan..kejap lagi dia akan ke pejabat tu..nanti lambat pulak dia..tak sempatlah makan sarapan..ye”.
“yalah Mak Kiah..Sue pergi kejutkan dia ya..bagaimana mama dan papa? Siapa nak kejutkan mereka?”.
“Takpe..biar Mak Kiah pergi kejutkan mereka lepas masak nanti..Sue pergilah dulu kejutkan Wan tu..dia tu bukan terus bangun..dahh..pergi cepat.” Sue menaiki anak tangga untuk menuju ke bilik mereka sebaik sahaja pintu bilik itu dibuka, Sue terlanggar Redwan secara tidak sengaja menyebabkan Sue hampir terjantuh ke lantai, tetapi secara spontan suaminya itu Berjaya menahannya daripada jatuh terjelupuk ke lantai. Redwan memaut pinggang ramping isterinya itu dengan erat sekali sementara Sue pula memaut leher suaminya itu, selama beberapa minit mereka dalam keadaan seperti itu, menyebabkan Sue malu dalam keadaan mereka itu. Nasib baiklah mama dan papa tak Nampak kalau tak habislah Sue jadi bahan usikkan mereka.
” Maafkan Sue bang..Sue tak sengaja tadi..ingatkan nak kejutkan abang”. Sue bersuara dengan penuh kelembutan menahan malu.
” Ohh..awak ingat saya nie,mesti dikejutkan ka?, tak reti bangun sendiri gitu?, hei dengar sini kalau Aku bangun ke..tak bangun ke..itu Aku punya hal Kau jangan masuk campur faham. Kalau ada apa-apa berlaku dengan Kau tadi macam mana?..ingat!! Kau tu menantu kesayangan mama dan papa faham? Aku tak nak gara-gara Kau mereka susah hati”.
Ketika itu hanya Allah yang tahu betapa sedih hati Sue, dengan kekasaran suaminya itu jelas kelihatan dia hanya mementingkan kebhagiaan mama dan papanya sementara hatinya sebagai isteri sentiasa dilukai dengan kata-kata yang penuh dengan sindiran yang tajam. Namun, dalam hatinya berbisik dia perlu bersabar menanti hati suaminya itu akan lembut dan mencintainya sepenuh hati nanti, oleh itu dia perlu tabah menghadapi kekasaran suaminya itu kini.
*************************************************************

Pagi itu, semasa sampai di pajabat, Redwan bermuka masam kerana masih teringatkan isteri yang tidak disukainya itu. Tidak seperti biasa dia akan menegur semua staff pejabatnya itu. Dalam biliknya pulak dia akan lebih suka termenung dan mendiamkan diri, malahan mood kerjanya sentiasa terganggu sejak dia bergelar suami.
” Assalamualaikum..selamat pagi Encik Wan..?”. Sophia, setiausahanya itu memanggil namanya berkali-kali tetapi masih tiada respon dari Redwan. Setiausahanya itu terpaksa mengambil tindakan masuk terus sahaja tanpa menunggu arahan dari dalam untuk masuk.
” Hei kan Aku dah cakap..kalau masuk tu ketuk pintu dulu!!..tak faham bahasa ke?”.
“Encik Wan..saya dah ketuk beberapa kali tadi tapi masih tiada respon jadi saya masuk ajelah terus”.
“Ohh..maafkan saya Sophia, mood saya nie tak berapa okey sejak kebelakagan ini..”
” Ini adalah semua dokumen-dokumen yang perlu Encik Wan turunkan tanda tangan, saya letakkan di atas meja ya..”.
“Okey..thanks Sophia….Sophia tolong batalkan semua temujanji saya hari ini.” Tiba-tiba muncul Syah sepupu yang rapat dengannya itu dan faham sangat dengan perangainya itu.
” Nie..kenapa pulak nak batalkan temujanji nie?..pengantin baru ada masalah ke?..Piah biar Syah yang uruskan Encik Wan awak nie”.
“Baik..Syah, Encik Wan saya keluar dulu..okey”. Selepas setiausahanya itu berlalu, Syah menutup rapat pinti bilik pejabat Redwan untuk memastikan perbualan mereka tidak akan mengganggu staff yang berada di pejabat tersebut.
” Wan..apa dah jadi nie..cuba bagi tahu Syah..come onlah.. buruk muka awak macam tu..nak cepat tua ke?”.
“Yang Kau tiba-tiba muncul nie kenapa?”.
“Yalah nak ucapkan tahniah.. sebab sepupu Syah dah naik pelamin.. tapi macam stress jak nie, kongsilah dengan Aku”.
” Kau nie..bukan tak tau..kan papa dan mama pilih sendiri isteri Wan tu.bukan Kau tak tau Wan hanya cintakan Farah”.
“Ohh..pasal tu pulak Wan stress nie..Syah tengok ieteri Wan not bad..malah lagi cantik dari Farah..ha..ha..ha..”.
” Syah…nie bukan time nak main, Wan serius nie..Syah tau tak Wan takut sangat jatuh hati dengan gadis kampung tu..bila Wan renung anak mata dia, hati Wan nie berdegup dengan kencang dan pantas sekali..malahan setiap kali Wan tengking dia, rasa simpati dan bersalah akan sentiasa muncul tau tak?”.
” Bagi Syahlah kan..kalau berada di tempat Wan..Syah akan sayangi gadis yang dah jadi isteri Syah..dan Syah akan bincang dengan teman wanita Syah dan berpisah dengan cara yang baik.”
” Kau nie Syah..bukan kau tak tahu sikap Farah tu..tak semudah itu, dia mahu berpisah dengan Wan..Kau kena tolong Wan selesaikan masalah ini..kalau boleh Wan tak nak lukakan hati Farah dan isteri, Wan..”.
” Okey..okey.. kita sama-sama cari jalan.. Wan janganlah ganggu pengurusan Suria Holdings hanya kerana pasal masalah wanita..okey..”.
“Ehh..sejak bila Kau ni pentingkan hal pejabat nie?..very funny.ha..haa..haa.”. Redwan mentertawakan sepupunya itu, kerana selama ini dia tidak pernah mementingkan hal pejabat sementara hari ini sepertinya sepupunya itu semakin serius untuk memajukan Suria Holdings.
” Bukan apa..Wan nie bila dah stress semua orang kena makan..macam harimau..tau tak..Syah tak suka, Wan marahkan Sophia tau…”. Sambil tersenyum Redwan hanya mampu mnegelengkan kepala mendengar pengakuan dari sepupunya itu yang memang dari dulu berminat dengan setiausahanya, Sophia.

*****************************************************************
Saat berganti saat, minit berganti minit dan jam berganti jam rumahtangga yang dibina bersama atas dasar pilihan keluarga, masih bertahan sehingga kini usia perkahwinan mereka sudah 3 bulan lamanya, namun Suria masih suci kerna sehingga kini hati keras Redwan suaminya itu masih tidak dapat dilembutkan lagi. Namun, ketabahan dan kesabaran Suria dalam memohon Doa dari Yang Maha Kuasa jelas terbukti dengan kesetiannya kepada suami tercinta. Walaupun hatinya disakiti oleh suaminya itu, hati wanitanya tidak pernah terpesong berpaling mencari yang lain. Farah kekasih lama Redwan muncul kembali dengan niat ingin menghancurkan masjid yang dibina oleh Redwan dan Suria.
Malam itu, tanpa disedari Suria tertidur di atas sofa menanti kepulangan suaminya dari pejabat. Hanya linangan air mata menemaninya kala itu, kerana hatinya terluka melihat gambar Redwan bermesra dan menyakitkan hati bersama Farah. Gambar itu telah dihantar ke alamat rumah mereka, yang di hadiahkan oleh bapa mertuanya itu. Lewat tengah malam itu setibanya Redwan di depan pintu rumah banglo mereka itu, timbul rasa keinsafan dalam hatinya memikirkan khabar yang baru diterimanya semalam bahawa Farah kini sedang menderita penyakit AIDS. Dalam hatinya kini hanyalah ketakutan menghadapi isterinya dan kerisauan menghadapi kenyataan yang akan diterimanya dua hari lagi keputusan ujian perubatannya.
Perlahan-lahan Redwan mendekati isterinya yang sangat suci hatinya itu, hati lelakinya tersentuh dan air matanya menitis saat itu ketika terlihatkan Suria memeluk gambarnya bersama Farah itu, pendagan redup mata lelakinya kini menatap wajah isteri tercinta, jiwa kerasnya sebagai lelaki kini benar-benar luntur apabila melihat air mata yang mengalir di pipi isteri yang telah lama dia sia-siakan. Perlahan-lahan tangannya memegang pipi dan seterusnya mengucup dahi isterinya itu. Perlakuannya itu membuatkan Suria membuka tersedar dan membuka matanya perlahan-lahan, mendapati suaminya dalam keadaan seperti itu pantas sahaja Suri bangun dan menatap tepat-tepat ke wajah suaminya itu.
” Suria..maafkan abang atas apa yang berlaku dan kelakuan abang selama ini telah menyeksa Suria..dan atas kesalahan abang dalam gambar ini..abang tersilap pada ketika itu abang tak sedar apa yang abang lakukan”. Dalam linangan air mata Redwan meluahkan rasa penyesalan di hatinya, saat itu pemuda itu tertunduk dan tidak berani menatap mata isterinya.
“Hei..abang..tatap mataku..setiap kesakitan yang Suria rasa selama ini..Aku tak pernah menyesali dan merungut..apalagi menyalahkan sesiapa..semuanya ini telah tertulis dalam qada dan qadar Suria..hari, saat,dan tarikh semua ini berlaku telah tercatat dalam takdirku..abang tak perlu risau..kerna abang tak pernah bersalah”. Sambil memegang pipi suaminya itu Suria memujuk dan memberi pengakuan apa yang tersirat dalam hatinya selam ini, pada ketika itu tanpa disuruh Redwan memeluk isterinya dengan penuh kasih dan cinta yang tidak pernah dia rasakan selama ini. Suria hanya membiarkan dirinya dalam pelukan suami tercinta, pada ketika itu Suria membisikkan ke cuping suaminya..”abang..selama kita hidup bersama..Suria tak pernah ada kesempatan mencium tangan abang..Suria ingin meminta keizinan abang untuk mencium tangan abang sebagai tanda rasa kasih dan cinta Suria kepada abang selama ini”.
Mendengarkan permintaan sang isterinya itu, Redwan meleraikan pelukannya dengan perlahan-lahan dan menunaikan permintaan isterinya. Dengan rasa penuh kecintaan dan sayang Suria mencium tangan suaminya itu buat pertama kalinya dengan kerelaan Redwan, saat itu Redwan turut mencium ubun-ubun isterinya itu dan mulai detik itu Redwan berjanji dalam hatinya akan menyayangi isterinya itu. Kini dia telah sedar betapa murni hati isterinya itu kalau sahaja dia menyedari pada awalnya dia tidak akan mensia-siakan isterinya itu. Namun kini hanya ucapan ALHAMDULILLAH yang mampu menerbitkan kebahagiaan mereka.
“Terima kasih..abang..kerna menerima Suria sebagai isteri disisi abang kini..”
” Sayang..sepatutnya abang yang berterima kasih kerna selama ini telah mensia-siakan isteri yang sagat tulus hatinya menanti belaian kasih sayang dari seorang suami..abang harap cinta kita akan terus bersemi dan kesetiaan Mohammad Redwan akan adanya untuk Suria Syamira seorang..tiada lagi yang ke dua”.
*******************************************************

Doa yang tidak pernah putus dengan penuh kekhusyukkan dan penuh pengharapan akan termakbul, kerna ALLAH itu Maha Mendengar dan Maha Adil. Aku pernah nekad dalam hati Aku akan setia kepada suamiku Mohammad Redwan, walaupun dia bukan pilihan hatiku..dengan restu keluarga walau pada mulanya Aku tak bahagia dengan restu mereka akhirnya kebahagiaan itu milik Aku dan Dia.

“Kesempurnaan cinta adalah ketika kita mempu mencintai
Dengan ketulusan dan keihlasan hati”
..Suria..




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

13 ulasan untuk “Cerpen : Menari Bersama Ombak”
  1. ern says:

    x best langsung………
    cara penyampaian x menarik……..
    :c

  2. Gie says:

    Betul kata faqir,ini jiplak novel ketika cinta bertasbih..judulnya pun kayak buku yg ditulis ayyatul husna..gak kreatif.datar2 aja,gak ada konflik yang jelas…manggai

  3. idah says:

    x bestttttttttttttt
    x paham
    cam takdak idea je

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"