
Cerpen : Oh Chentaku Bulan
Oleh : Shaf Zain
Argh!Jatuh lagi!Ya Allah,kenapa la Kau bagi aku dugaan yang tahap mega punya berat di pagi hari yang indah ni?Pagi tadi dah terlambat bangun.Bila sampai sekolah,pagar dah kunci.Kena hambat pegi bilik disilplin and kena tindakan disiplin dengan Cikgu Mohan pulak.Then,bila dah selamat ada dalam kelas,homework yang sepatutnya kena hantar hari ni tak bawak pulak.Kena denda ketuk-ketampi atas meja pulak dengan cikgu super baran,Cikgu Zainal.Hai,malangnya aku hari ni…Ketawa pecah di belakang Fira.Sah!Ni geng Hot Girls punya angkara!
“Wei!Korang ni takde keje lain ke?Asyik nak buli aku je!”Fira memekik.
“Ha!Ha!Weyh Bulan,kalau sehari tak buli kau,macam tak complete la hari kitorang?Kan girls?”Vee,Hot Girls punya leader menjawab.
“Tau takpe.Ha!Ha!Ha!Ha!”Hot Girls lain menyahut.
Bulan!Bulan!Bulan!Diorang ni buta ke apa?Kat baju aku ni sah-sah ada name tag yang tertulis sebesar alam Nurul Zafirah binti Talib.Mana ada huruf-huruf yang boleh digabungkan menjadi BULAN?Adoyai.Itu la Bulan.Ops salah.Itu la Fira yang diberi gelaran Bulan oleh budak-budak Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Bangi.Bukan pasal dia cantik macam bulan,tapi pasal dia punya muka macam permukaan bulan.Berjerawat.Penuh satu muka beb!Pasal tu la dia dipanggil Bulan.Tak percaya pegi tengok sendiri macam rupa bulan tu ye.Jom sambung cerita Fira kat sekolah!
“Fira!”Jiji mengejar Fira.
“Ha Jiji.Apahal kau macam baru lepas pegi marathon takde penaja ni?”Fira bertanya.
“Aku nampak buah hati kau kat kantin tadi.Jom la!Jom la!Aidil pun ada kat situ tadi.Please…Nak usha dia!”Jiji dah tarik muka bacin.
“Really?Oh how excited I am!Ha.Ha.Ha.”Fira ketawa.Sarkastik punya ketawa.”Malas la aku.Kau tak nampak ke baju aku dah kotor ni?Takkan la nak jumpa Rizal macam ni?”marah Fira.
Rizal ni is the most popular guy kat sekolah ni.Tanya la budak perempuan mana yang tak berkenan dekat Rizal tu?Kalau tanya girls yang dah ada boyfriend pun mesti diorang lebih-lebihkan Rizal daripada boyfriend diorang.Rizal ni baik,rajin,pandai,kapten team soccer sekolah,atlet,ketua pengawas.Pendek kata dia ni boleh dikatakan Mr. Perfect.Fira mula menaruh hati kepadanya semenjak mereka menjejak alam SPM.
“Okey.Kalau kau tak nak ikut aku pegi usha-usha diorang,aku pegi sorang!”Jiji dah nak menapak ke kiri menuju ke kantin.
“See you at class!”Fira gerak ke kelas 5 Teknologi 1 di tingkat 2.
“On the second thought,aku pun nak ikut balik kelas jugak la!”Jiji patah balik.
“Le.Kenapa?”
“Segan la.Takkan aku nak usha sensorang?Buat malu kaum je.Ada ke girl usha boy?”
Fira ketawa gila-gila.Adoi Jiji,Jiji.Gaya kau gempak je tadi nak usha buah hati kau,si Aidil tu.Tak jadi pulak.Jiji,Jiji.Fira geleng kepala.Sampai je kelas,Fira nampak ada satu kad kat atas meja dia.
“Uik.Ni sapa kasi ni?”Fira membuka sampul kad itu.Ya Allah.Jangan la lipas pulak yang kuar.Mak datuk ai!Wanginya kad ni.
Jiji merampas kad itu dari tangan Fira.Sengal la pompuan ni,desis hati Fira.
“Salam.Fira,saya admire awak.R.”Jiji membaca isi kad tersebut.”Weyh.Ada orang admire kau la!”
“Gila!Siapa?”Fira merampas balik kad tu.”R?Siapa R?Aku rasa kan,aku kena main ni.Takde maknanya ada guy yang hantar ni kat aku.”
“Ala.Kau ni positive thinking la sikit.Ni tak.Negative memanjang.”
Jiji dah start membebel macam Wan Midah kat kampung dah…Fira buat dono je.Alahai Jiji,kalau la aku ni tak sayang kau,dah lama aku tembak kau pakai machine gun tau.Tengah Fira tadah telinga untuk dengar klon Wan Midah ni membebel,dia tak sedar dirinya di‘spy’ oleh seorang gadis dari arah kantin.She’s got the card.Gadis itu sengih sendiri.
Malam tu,Fira golek-golek kat katil sambil memikir siapakah gerangan R tu.Siapa la si R ni?Confuse aku.Hmm.Setau aku,budak-budak yang nama diorang start dengan huruf R semuanya dah ada girl.Kecuali…Rizal?Takkan la mamat tu?Biar benar…
Sebulan dah gone.Sebulan tu jugak la Fira mendapat kad hari-hari.Dan dalam kad tu ada kata-kata yang amat puitis and romantis.Sampai Jiji pun rasa macam nak muntah darah bila baca kad tu.Mau taknya?Gila tahap gaban punya romantik ayat dia.Heh!Fira perasan satu benda.Sepanjang sebulan yang dipenuhi dengan ayat romantik tahap gaban tu,Rizal asyik senyum padanya.Kadang-kadang Rizal tegur Fira jugak.Hai ke,hey ke.Gitu je la Rizal tegur.Sampai Fira terlanggar dinding time Rizal tegur dia.
Jiji pulak dah confuse yang amat.Ni apakehal dah gaya sewel kawan aku yang sorang ni?Asyik berangan je keje.Kat kelas berangan,kat library berangan,kat kantin pun dia berangan.Bila terserempak dengan Rizal,gaya macam nak transform jadi jelly.Mau taknya?Bila Rizal kata “Hai” yang sepatah tu kat Fira,gaya macam nak cair habisan.Suara Rizal menggoda.Takkan tak cair pulak?
Fira dah abis pikir.Dia tak syak lagi.Memang sah Rizal yang kasi kad tu.Esok dia akan tanya Rizal pasal kad tu.Esoknya,pukul 6 pagi Fira dah bangun.Mamanya,Puan Rita dah senget kepala.Ni apa demam anak dara aku yang sorang ni?Selalunya,selagi tak kena jerit or piat telinga tu,takde maknanya Fira nak bangun.Kalau la Puan Rita tau pasal Rizal…
“Kau sure ke Rizal yang bagi ni?”Jiji tanya Fira.
“Agaknya la kot.Mana ada budak-budak lain nama R yang single kat sekolah ni.Sume dah ada girl apa?”Fira jawab dengan nada selamba.
“Ruff?”
“Ruff tengah couple dengan Hana,budak Hot Girls tu.Baru lagi rasanya.Rabu last week kowt.Pasal Selasa last week dia clash dengan Tasha.Tahap mega punya player doe mamat tu.Ha tu pun Rizal!”
“Kau jangan buat keja gila Fira.Kang kalau bukan dia macam mana?FIRA!”
Sabar je la aku ngan pompuan ni.Aku belum abes cakap dia dah chow pulak.Alemak.Hot Girls ada pulak.Ya Allah.Selamatkanlah Fira.Jiji berdoa dalam hati.
“Hai Rizal.”Fira buat gaya cun habis depan Rizal.
“Hey.”Rizal sengih.”Haa.Ada apa yang boleh saya tolong,Fira?”
“Thanks kasi kad ni.So sweet of you.”Fira buat muka comel.
14 manusia kat depan Fira dah senget kepala.
“Kad?Kad apa?”Rizal tanya.
“Ha’ah.Ni.”Fira bagi kad kecik tu kat Rizal.
“Kad apa ni?”Rizal membelek kad kaler purple tu.”Sorry to say this but saya memang tak pernah kasi awak apa-apa kad,Fira.I swear.”
“Ha?”Fira nganga.Ngaaa?!Malu siakkk!
“I’m so sorry.But saya berani sumpah saya takde kasi apa-apa kat awak.”
Berdesup Fira lari lepas tu.Geng Hot Girls dah ketawa macam pontianak.Rizal terkedu.Di tandas,Fira dah menangis macam orang baru lepas clash.Ya Allah.Mana aku nak letak muka aku yang dah sedia hodoh ni?Dah la depan Hot Girls kena malu.Confirm cerita ni akan tersebar luas macam H1N1 pada bila-bila masa je.Jiji dah tak terkata apa.Tak tau nak buat apa.Jadi tukang pegang tisu je la.Pergh.Dah 20 minit ni.
“Bodohnya aku,Ji.”
“Fira,jangan la cakap macam tu.Rilex okay?”
“Kau tak pernah kena malu macam ni,Jiji.”
“Tapi…”
Tetibe ada suara menyampuk di depan mereka.
“Kak…”
“Ye.Ada apa dik?”Jiji bertanya.Alololo,comelnya budak ni.Macam doll.Mata besar.Putih.Tinggi.
“Er,pasal kad tu…”
“Apahal dengan kad tu?!Kau yang buat prank ni kan!?”
“Bukan kak.Sebenarnya…”
“Baik kau blah sekarang sebelum temper aku naik,sebelum tangan ni melekat kat pipi kau!”Fira dah hangin.
“Fira,dah la tu.Rilex.Kasi budak tu cakap.”Jiji cuak.
Refleks tangan Fira naik untuk tampar budak tu.Nasib baik Jiji sempat tahan.Kalau tak,confirm bengkak muka budak tu sebulan.
“Sabar,Fira!Sabar!Adik,adik keluar dik.Dia dah hangin satu body ni.”Jiji menyuruh gadis itu keluar.
Malam itu,Fira nangis lagi kat rumah.Puan Rita dah pening kepala.Pagi tadi,sengih je time breakfast.Bila balik,mata bengkak.Tanya tak dijawab.Terus blah pegi bilik.Tak lunch.Tak dinner.Dah gaya orang mereng pun ada si Fira tu.Esoknya,seperti yang dijangka,cerita Fira dah tersebar luas.Sampai pak cik jaga pun tau pasal cerita ni.Siapa lagi yang jadi mamarazzi kalau bukan Hot Girls tu.Haduyai.Mana la topeng H1N1 yang aku bawak tadi?Fira,move forward.Buat bodoh je kat beruk-beruk yang ketawakan kau tu…Di kelas,ada lagi satu kad.Dan seorang gadis.
“Assalamualaikum kak.”
“Ha.Kau nak apa?Nak malukan aku lagi?”
Gadis tu senyum.”Kak,saya Nysa.Saya nak kasi kad ni.Saya tau siapa yang kasi kad ni.”
“Siapa?”
Nysa sengih.”Kalau nak tau,time balik nanti,tunggu saya kat pintu pagar.Saya pegi dulu,kak.Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Fira membelek kad cute di atas mejanya.
Isi kad:
Assalamualaikum Fira.Saya tau apa yang jadi semalam kat sekolah.Nysa cerita sume kat saya.Saya harap awak dah rilex okeh?Ni saya nak bagitau ni.Nanti masa balik,saya nak jumpa awak.Heh.Saya rasa Nysa mesti dah bagitau awak tadi.Haa.Lama dah saya tak nampak awak.Asyik balik lambat je.Orang nak SPM la katakan.Hari-hari saya tunggu awak depan sekolah tau?Sanggup saya dari Putrajaya,redah jalan jammed,balik Bangi untuk amik Nysa kat sekolah and of course,untuk tengok awak.Hehe.Saya harap awak sudi nak jumpa saya.Okay la.Saya nak sambung keje saya ni.Bertimbun macam KLCC.Bye.Taking care bak kata Saiful Apek.Assalamualaikum.
R
Haiyo.Siapa R ni?Budak Nysa tadi tu kenal ke mamat ni?Adeh.Bikin pening la mamat ni.
“Huh.Puas hati aku!”Jiji dah gaya macam babun baru lepas mengamuk.
“Kau ni dah kenapa Jiji?”Fira dah senget kepala.
“Aku sound Rizal and the Gang dengan Hot Girls tadi.Kau ni macam tak kenal aku pulak.Aku ni memang pantang bila tengok kau nangis.”
Ngaa!?Bulat mata Fira.”Kau sound…?Weyh,diorang tak salah la!Budak Nysa tu yang kasi!”
“Nysa?”
“Ala,yang aku nyaris tampar semalam tu la!”
“Ha.Dia yang bagi?Lesboo ke pe budak tu?”
“Wakluu.Kau ni.Nama Nysa start dengan huruf N.Not R okay?Haiyo.”Aku luku jugak kepala si Jiji ni.
“Ooo.Ye tak ye jugak ea?Aaa.Mana kau tau?”
“Nysa kirim kad lagi.And mamat tu nak jumpa aku balik karang.”
“Ngaa!?Biar benar?Kau nak ke?”
“Nak la.Siapa tak nak jumpa secret admire weyh?”Fira sengih.
“Hish.Kau ni.Eh,aku nak jumpa budak-budak tu balik la.Nak mintak sorry.”
“Tak payah.Rasanya,Hot Girls akan kejar kau kelililng Bangi sebelum sempat kau sebut hai tau.”
Time rehat…
“JIJI!”Suara Vee bergema di kantin.
“Alemak,camne ni?”Jiji dah start cuak.
“Mana aku tau?Kau la cari pasal.”Fira macam biasa.Dah berdiri straight tegak statik macam tiang bendera Malaysia kat Dataran Merdeka tu.
Vee tarik rambut Jiji.”Kau apahal tampar aku tadi ha?Dah teringin sangat ke nak kena ngan aku?”
“S..S..So..Sorry la weyh.Aku tak…”
Vee dah tolak Jiji ke bawah.Dira tersembam.Fira bulat mata.Hot Girls dah kerumun Jiji.
“Nak kena sangat ea?Girls.Tuang pasir tu kat dia.”
“VEE!”
Hot Girls dan Fira automatik tengok ke arah dataran kejat.Jiji pun sama.Hulubalang Melayu mana datang nak selamatkan aku ni?Aidil!
“Don’t you dare tuang pasir tu kat Jiji.”Suara macho Aidil dah kuar…
“Like I care.”Vee menjawab.
“Vee!Don’t.Do.That.Or…”
“Or what!?”
“Aku akan serahkan gambar kau dengan Justin kat Zouk hari tu dekat Pengetua a.k.a your father!”
Vee terkedu!
“Don’t you dare.”Vee dah kuar suara cuak.
“Like I care.”Aidil balas balik.
“Girls.Jom.”Vee dah angkat kaki.
“But Vee…”Hana baru nak bersuara.
“HANA!GIRLS!JOM!”
Hot Girls pun blah.Fira membantu Jiji untuk berdiri.Aidil mendekati Fira dan Jiji.
“Thanks,Aidil.”Jiji tunduk.
“No problem.Erm,about this morning…”
“I’m sorry.Saya betul-betul mintak maaf.Saya…Saya…”Jiji,kenapa gagap ni!?Depan Aidil tu…
“No…No.It’s okay.Kitorang dah lama maafkan awak.Saya tau awak memang tak sengaja nak tampar Rizal but he’s fine.Takde effect apa-apa pun tamparan awak tu kat pipi dia.”
“Ouh okay.Thanks coz korang maafkan saya.”Jiji tengok muka Aidil.
Aidil senyum.Jiji sengih.Alololo encemnya…
“Erm,okay la.Saya pegi kantin dulu ye.Bye Jiji.See you next time.”Aidil melambai ke arah Jiji.Sahaja.
“Bye Aidil.”Lepas Aidil dah jauh dari diorang…”Fira!Aidil lambai kat aku.Indahnya hidup…”
“Kau ni gaya angau gila la.Sengal kowt mamat tu.Aku kat sebelah kau ni dia tak lambai.Dia lambai kat kau sorang je.Macam aku ni tak wujud pulak kat sebelah kau ni.Entah-entah…”
Fira pandang Jiji.Dira pandang Jiji.Mata bulat dan…
“AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA!”Jiji dan Fira menjerit kecil.
Sah la otak diorang dah kena short circuit.3 jam berikutnya membuat Fira tak duduk senang.Jiji pulak dah tak ingat dunia.Main mata je kejenya dengan Aidil yang duduk di depan Fira.Aidil pun sama je.Kau ni dah berkenan ke dengan Jiji,Aidil oi?Fira geleng kepala.
KRRINGGGG!Balik time!
“Jiji,teman aku.”
“Erm,sure.Jom.”
“BYE JIJI!”Aidil melambai dari jauh.
“BYE AIDIL!”Jiji membalas lambaian Aidil.
“Korang dah couple ke pe?”Fira merenung Jiji.
“Wakluu.Dia lambai kat aku.Aku lambai dia balik.”
Fira geleng kepala.Mata melilau mencari Nysa di pintu pagar utama sekolah.Haa,tu pun.Eh,dia dengan siapa tu?Ya Allah,hensemnya.Ni lagi kacak dari Rizal.
“Nysa.”Fira memanggil Nysa.
“Eh,Kak Fira!Hai Kak Jiji.”Nysa tegur Dira.
“Hai Nysa.Kakak pun Nysa kenal ye?”
“Mau tak kenal?Top student tu.”Nysa memuji Jiji.
“Ala.Jangan cakap camtu.Malu I.”Jiji buat gaya diva.
“Euw.Please la beb.Takyah la buat gaya diva terlampau tengah hari buta ni.”Fira ketawa.
Fira perasan mamat depan ni tengok dia je dari tadi.Tak pernah tengok perempuan ke mamat ni?Hensem.Kacak.Bergaya.Cuma lebam kat bawah mata dia tu yang mencacatkan matanya yang memukau.Yo Fira,kau dah kenapa?
“Nysa,siapa ni?”Jiji tanya Nysa.
“Ooo.Ni abang Nysa.Razeen.Abang,ni Kak Jiji.Terer ooo dia.Straight A semedang.”Nysa memperkenalkan Razeen kepada Jiji.
“Hai Jiji.Cute nama tu.”Razeen kasi senyuman menggoda.
“Eheh.Hai Razeen.Nama awak sedap la.Macam ketam masak lomak.Sodap tu.”
Ketawa pecah.
“Apa je la Kak Jiji ni.”Nysa masih dalam mode ketawa tak hengat dunia.
Nysa ni tak nak ke kenalkan abang dia ni kat aku?Fira segera buat-buat batuk.Ala-ala batuk kering pun ada.
“Fira,kenapa ni?Sakit tekak ke?”Razeen bersuara.Nadanya concern.
“Mana awak tau nama saya?”
“Kak Fira.Ni la R.Secret admire kakak.”Nysa bersuara dulu sebelum Razeen.
I see…”Fira,aku tunggu kau kat sana ea?Bye.Bye Nysa.And nice to meet you,Mr Razeen.”Jiji dah chow.
“Nice to meet you too,Jiji.”Razeen melambai ke arah Jiji.
“Abang,adik tunggu kat kereta ea?Bye Kak Fira.”Nysa pun chow ke kereta BMW yang di‘parking’kan di depan bus stop sekolah.
Apa nak cakap ni?Apa nak cakap ni?
“Fira.”
“Razeen.”
Serentak beb!Ada jodoh aku ngan dia ni…Razeen berkata dalam hati.
“Ladies first.”Razeen buat gaya gentleman.
“Erm,thanks kasi kad tu.Cute.And wangi.”
“Saya kebas bedak Silky Girl Nysa.”Kata Razeen.Selamba.
Fira ketawa.
“I think we should introduce ourselves first.Saya tau Nysa dah kenalkan awak pada saya.Tapi I think I should know more detailed.Saya Fira Aliya.Awak?”
“Saya Razeen Danial.I’m 25 by the way.Engineer.Baru abes belajar kat France last year.”
“Wah.Saya pun engineer gak.But to be exact,engineer-to-be.Saya amek course engineering.”Fira cakap tanpa ditanya.
“Okay,we introduce ourselves.So,can I say something?”
“Sure.”Fira dah gigil.Apa mamat ni nak cakap?
“Erm…Erm…”Razeen garu kepala.Camne aku nak cakap ni!?
“Kalau awak tak ready cakap…”
“Let me be honest with you,Fira.”Razeen memotong dulu.”Saya dah lama minat kat awak.
Bulat mata Fira.”Since when?”
“Since bulan 10 last year.Sementara nak tunggu dapat keje,saya kena jadi driver si Nysa.Saya selalu usha awak.Saya selalu tengok awak sementara tunggu Nysa.Bila saya dah dapat keje,saya jadi bengong.Saya takut saya dah tak boleh tengok awak.Time saya tengah kerja,saya selalu ingat awak.Dan kerana awak,saya sanggup drive dari Putrajaya pegi Bangi.Hanya untuk awak.Tengah keje tu,saya rasa tak sabar nak tunggu pukul 1.Pasal pukul 1,saya akan amek Nysa kat sekolah.And…”
“Okay.Okay.Saya faham.Tak payah la panjang sangat.”
“Erm,so…Awak nak tak jadi girlfriend saya?”
“Razeen,saya fikir dulu.”
“Okay.”
Malam tu,Nysa ngan Jiji buat mesyuarat Agong.Melalui handphone.
“Camne ni,Ji?Aku tak tau nak cakap camne.”
“Fira,aku rasa he’s good for you.He’s got a job.And…”
Fira memotong.”HE’S 25,JIJI!”
“Not too old.Beza 8 tahun je.Parents aku?Beza umur 12 tahun weyh!Tapi bahagia je.”
“Tu diorang.Bukan aku.”
2 jam berlalu.Telinga dah rasa nak terbakar.
“Fira.Aku rasa kau kene fikir sendiri.Dah 2 jam berdebat.Aku dah tak tau camne nak tolong kau.Hanya kau yang faham perasaan kau.Aku tak boleh nak paksa kau untuk terima dia.”
“Hmmm.”
“Okay la Fira.Aku nak tido ni.Dah pukul 12 tau.Pagi kang sekolah.Kau fikir la baik-baik.”
“Okay.Thanks for hearing my probs.”
“No probs.Bye.Take care.Assalamualaikum.”
“Waalaikumsalam.”
Okay Fira.Sekarang ni baik kau fikir betul-betul.Is he worth for you?Haiyo…Susahnya hidup…
Sebulan.Dua bulan.Tiga bulan.SPM habis.Still tak bagi jawapan.Kau sedar tak kau seksa dia?Punya la lama dia tunggu nak confess kat kau.Bila dia dah confess,kau pulak yang lambat kasi yes or no.Satu perkataan.Satu suku kata.Tu pun susah ke Fira?
Diam la otak.
Rilex la hati.
Tenang la jiwa…
“FIRA!”
“Ya Allah Jiji.Kau ni dah kenapa?Aidil masuk meminang ke?”
“Oh.Ha.Ha.Lawaknya.”Sarkastik je suara si Jiji.”It’s Razeen.He’s…”
Suasana tiba-tiba muram di Secret Recipe,tempat mereka bekerja selepas SPM tamat yang riuh rendah macam kenduri kahwin je gayanya.Biar benar…No wonder la macam lebam bawah mata dia tu.Ingat eyebag.Rupanya…
“Dia kat London.”
Mata terbeliak.
“Operation.”
Lidah kelu.
“Kanser otak.”
Jatuh terduduk.Gelap.
Razeen…
Malam tu…
Amin…Selesai solat hajat.Mata Fira dah macam mata panda.Bengkak.Menangis 4 jam.Mustahil tak lebam.Suara soothing Ustaz Asri bergema di sebalik bantal.Nokia 3500 Classic dicapai.Private number?Butang hijau ditekan.
“Hello?”
“He..l…ll…o…”
Aiyo.Siapa ni?Gaya suara orang nazak.
“Fi…ra…”
RAZEEN!
“Razeen?”
Bunyi handphone bertukar tangan.
“Kak Fira.Nysa ni.Abang…”
“Razeen kenapa Nysa?Dia kenapa?”
“Dia…”
Tuuuuuuuuuttttt.
Kelu.Tu macam bunyi mesin nyawa or whatever tu.Yang selalu ada bunyi tut tut tut tut kalau pesakit masih bernyawa.Tapi kalau dah melarat sampai ke berapa harakat maknanya…NOOOOOOOOOOOOO!
Di balik dunia sana,BlackBerry terlepas dari pegangan.
“Abang?”
Tubuh kaku,sejuk Razeen digoncang.
“Abang!?”
Tiada respons.
“ABANNNNNNNGGGGGGGGGGGGGG!”
Tubuh kecil itu berlari keluar dari private ward Royal London Hospital itu untuk mendapatkan nurse dan doktor.Di Malaysia tanah airku pula,lain ceritanya.Puan Rita terpaksa mendapatkan skuad tambahan untuk menenangkan Fira yang bagai histeria.
Razeen,kenapa Razeen pergi?Fira tak sempat cakap apa-apa.Razeen,tolong la kembali Razeen.Razeen……….I…..I….I love you.Gelap.
Tapi…
Itu cerita 20 tahun yang lalu.
Fira duduk di samping suaminya.Membaca Yassin untuk temannya yang berada di alam barzakh.Teman yang pernah dicintainya 20 tahun yang lalu.Dia merenung kubur temannya itu.Ya Allah Fira,get a grip.Jangan ingat lagi peristiwa tu.
Dia melihat jam.Pukul 4 dah janji nak jumpa dengan Jiji kat Alamanda.Dan SUAMI.Heh.Dah kawin dah si Jiji ni.Dengan buah hati kesayangan,si Aidil.Dia sendiri pun dah kawin.Dengan…
“Fira!”
Dah sampai ke Afrika kau ngelamun ye Fira.Dah sampai Alamanda pun kau tak sedar.
“Jiji!Rindu kau!”Fira dah peluk Jiji.
“Sama la.Eh,hubby kau mana?”
“Toilet.”
20 minit kemudian…
“Assalamualaikum.”
Suara serak itu menghentikan perbualan mereka.
“Waalaikumsalam.Razeen,sihat kau?”Aidil sengih.
“Alhamdulillah.Sihat la jugak.”
“Ubat still jalan ke?”Fira pulak bertanya.
“Doktor kata dah boleh stop.”
Razeen mencapai tangan Fira.Alhamdulillah.Terima kasih Ya Allah.Kau telah berikan aku satu lagi peluang.Untuk berubah.Untuk memberikan cintaku kepada-Mu.Dan Fira.Terima kasih Ya Allah.Berikanlah aku kebahagiaan dalam rumah tanggaku.Berikan aku bimbingan supaya aku dapat menjaga isteriku dengan baik.Amin.Razeen tersenyum dalam hati.Kalau la benda tu tak jadi…
Tuuuuuuuuuuuuuuuuuuuut.Tut.Tut.Tut.Tut.Tut.Tut.Tut.Tut.
“Oh my god.”Dr. Jacob menekup mulut.
“Abang?”Nysa memegang tangan Razeen.
Kelihatan jarinya bergerak.
“Nysa?”Razeen berbisik.
“ABANG!”Nysa berteriak kecil lalu memeluk abangnya.Erat.Ya Allah.Terima kasih.Alhamdulillah…
“Oh.Not too tight dear.Your brother is still sick.”Dr. Jacob tersenyum.It’s a miracle from God.
“Sorry,abang.”Nysa sengih.
“How do you feel,young man?”Dr. Jacob bertanya.
“I feel great,sir.I think I’m really,really feel great.I don’t feel any pain!”Razeen sengih.
“You should be thankful to God,young man.It’s a miracle you could survive.”Dr. Jacob menepuk bahu Razeen.
Razeen sekadar mengangguk.Dalam hati,alhamdulilllah.Terima kasih Ya Allah.
“Razeen.”Fira menepuk bahunya.
“Ye.Ya Allah.Sorry sayang.I berangan pulak.He.He.”
“Dah sampai mana weyh?Everest?”Aidil sengih.
Tak la.Sampai ke hati Fira je aku berangan,Aidil.Razeen menjawab dalam hati.
“Korang dari mana ni?”Aidil bertanya sambil memeluk bahu isteri kesayangannya.
“Tadi kitorang melawat kubur Rizal.Korang tak pergi masa kebumi?”Fira menjawab.
“Pegi la.Best friend aku tu.”Aidil sengih tawar.
Seminggu sebelum pernikahan Fira dan Razeen,malaikat Izrail telah menarik nyawa Rizal.Rizal mengalami kecederaan yang amat parah selepas kereta Skyline yang dipandunya dirempuh treler minyak.Dia meninggal dunia serta merta.Disebabkan kematian Rizal,Fira menangguh perkahwinannya sehingga dua bulan lebih.Siapa tak sedih weyh buah hati lama meninggal?
Tapi nasib baik ada Razeen.Dia la yang memberi semangat kepada Fira sepanjang tempoh dua bulan lebih itu.Dia la tukang memujuk.Dia la Mr. Crying Shoulder untuk Fira Aliya.Sepanjang tempoh itu juga la,kasih Razeen kepada Fira semakin menggunung.Fira pun sama je.Makin sayang kepada Razeen.
Setelah dua bulan lebih berkabung,akhirnya Fira naik pelamin jugak dengan Razeen.Mereka bersanding bersama dengan Aidil dan Jiji.Sengih lebar mereka berempat ketika itu.
Kini mereka sudah setahun berkahwin.Perut masing-masing dah besar.Tinggal nak…
“Razeen.”
“Aidil.”
Serentak.
“BABY NAK KELUAR!”
Aidil dengan Razeen dah pucat muka.Alemak…Jenuh pulak pekerja di Secret Recipe menelefon 999.Baru sampai sini.Emergency pulak dah…
Macam-macam hal jadi.Alahai…
END.













hahaha lwk gak
Hahaha… Can’t imagine betapa klam kbutnya suami 2org tu bile bni nk branak! Srntak plak tu!