Cerpen : Pertemuan

23 January 2010  
Kategori: Cerpen

5,626 bacaan 22 ulasan

Oleh : iefa najihah

Amna berlari pantas menuju ke arah bas yang berhenti untuk mengambil penumpang. Jam di tangan dipandang. 8.30 pg. Dia mengeluh berat. Langkah makin dilajukan. Orang ramai berebut-rebut untuk masuk ke dalam perut bas. Amna cuba mencelah masuk tapi nasibnya tidak berapa baik. Malah dia makin ditolak ke belakang. Dia cuba mencelah sekali lagi. Masih diperlakukan perkara yang sama.

‘Sllllaaaaaassshhhh…………’

Dirinya basah kuyup. Merah padam mukanya menahan marah. Dia mengangkat mukanya. Bas telah pun hilang dari pandangan. WCA 1234. Nombor pendaftaran kenderaan iu dipandang sekilas. Pantas dicatat di dalam buku notanya. Berjuta sumpah seranah di lontarkan kepada pemilik kenderaan tersebut. Orang ramai yang memerhati langsung tidak dihiraukan. Kelopak air berkocak kuat. Hilang isipadunya.

“Pak cik, berhenti kat sini..” Amna bersuara memberi arahan pada pemandu teksi tersebut. Dia keluar dari perut kereta. Melangkah laju ke arah bangunan tempat kejenya. Beg tangan dipegang kemas. Bimbang jika dirinya diragut. Kawasan ini sememangnya sinonim dengan kes ragut. Pelbagai kes ragut didengarnya. Ada yang membawa maut terus,ada yang koma,ada yang sakit seumur hidup. Semuanya disebabkan kes ragut. Jadi dia haruslah sentiasa berjaga-jaga dengan tingkahnya.

‘Pppoooooonnnnn..!poooonnn….!’

Bunyi hon membingitkan telinga. Dia terkejut dari lamunannya. Dia memandang sekilas pada kereta yang membunyikan hon padanya. Langkah diteruskan. Panas betul hatinya hari ini. Habis satu-satu kejadian menimpanya hari ini. Malang betul nasibnya. Sudah la hari ini adalah hari pertamanya bekerja sebagai setiausaha di Syarikat Teguh. Sudah penuh dengan dugaan dan cabaran. Belum lagi mula kerja tu.

Di melangkah pantas menuju ke arah lif yang masih lagi terbuka. Cepat-cepat dia memboloskan dirinya ke dalam. Walaupun dihimpit oleh manusia yang lebih besar badannya daripada dia. Dia sudah tidak ambil kira lagi. Tujuannya hanya untuk sampai ke office sebelum ketuanya tiba mesti dilakukan. Lif berhenti di tingkatnya. Laju dia melangkah keluar.

Sesampai di mejanya. Dia terus duduk. Merehatkan badannya untuk seketika. Bilik dibelakangnya dipandang. Masih gelap. Dia melepaskan nafas lega. Dia meneruskan kerjanya. Kak Rohaya memperkenalkannya kepada staf syarikat. Telefon di meja berbunyi nyaring. Pantas diangkat.

“Saya tak masuk office pagi ni..kalau ada apa-apa hal atau janji temu..saya nak semua ditangguhkan pada esok hari..”Suara ditalian memberi arahan. Amna hanya mengangguk. Seperti orang tersebut dapat melihat perlakuannya. Dia tersenyum sendirian. Talian diputuskan.

*********************************************************
Amna masih lagi tekun menghadap komputer dihadapannya. Kebanyakkan staf telah pun keluar untuk mengisi perut masing-masing. Sebentar tadi Kak Rohaya ada mengajaknya untuk turut serta tapi dia menolak. Perut masih tidak minta diisi. Jam sudah menunjukkan ke angka 1.15 tengahari. Perutnya berbunyi. Dia gelisah.

“Alahai perut ni….sekarang jugak dia nak laparnya. Dari tadi tak nak pulak. Benci betul lah…” Dia bingkas bangun dan mencapai beg tangannya. Keluar makan. ‘kemana pulak aku nak pergi cari makanan ni??aku dahla baru lagi kat sini..kang slh masuk tempat…naya aku pulak nanti kang.. buat malu jek…’Dia bermonolog sendirian.

‘Duuuup!’

Amna terjelepok jatuh.Sakitnya bukan main lagi. Dia cuba bangun tapi sakit di kakinya menghalang. Dia terduduk kembali. Terseliuh agaknya. Kelihatan seorang lelaki terpinga-pinga memandangnya. Kemarahannya mula timbul. Merah padam wajahnya. Ingin dicekik-cekik leher lelaki itu rasanya. Tapi dibatalkan niatnya mengingatkan dia berada di tempat awam.

“Suha..” Jerit lelaki itu. Dari jauh kelihatan seorang wanita yang berlari. Lelaki itu mengeluh. Mungkin keliru. Antara perempuan itu atau Amna yang kesakitan akibat dari kesalahannya. Lelaki itu mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Dia menghulurkan tangannya pada Amna. Tetapi tidak disambut terus oleh Amna.

“Awak tak nampak ke kaki saya sakit ni..??macamana saya nak bangun??”Amna bersuara lantang. Menyatakan kemarahannya. Lelaki itu hanya tersenyum. Manis senyumannya. Amna mencuba lagi untuk bangun. Sakittttttt……

“Mari saya tolong bawa awak pergi klinik…” ujar lelaki berkenaan. Amna berfikir sejenak. ‘nanti dia culik aku lak kang…aku tak kahwin lagi ni…tak nak la ikut…’. Berkerut-kerut mukanya. Lelaki tersebut hairan. ‘ape perempuan ni…ingat aku nak culik dia lah tu…tak ingin aku la kalau setakat perempuan macam ni..’dia memandang dari atas ke bawah perempuan tersebut. Masing-masing bermonolog sendirian. Amna lagi seram apabila melihat lelaki itu memerhati dirinya.

“Tak apalah awak…saya boleh pergi sendiri….”

“Jom la saya hantarkan…jangan risau…saya takkan culik awak lagi…saya bukan orang jahat pun..”Lelaki itu menawarkan pertolongannya lagi.Amna serba salah. Berfikir sejenak. Akhirnya dia mengangguk bersetuju. Amna berusaha untuk bangun tanpa pertolongan. Mereka beriringan berjalan ke klinik berdekatan.

***********************************************************

Sebaik sahaja tiba di pejabat. Amna terus menyandarkan badannya di kerusi empuk miliknya. Hilang penatnya sekejap cuma. Nasibnya baik hari ini. Tiada lagi peristiwa 2 hari lepas berlaku. Dia mendapat cuti 2 hari kerana kakinya terseliuh tempoh hari. Sekarang telah pun beransur pulih. Walaupun jalannya masih terhenjut-henjut tapi masih boleh ditahan.

“Selamat pagi Tuan…”Kedengaran staf office memberi sapaan. Mungkin inilah ketuanya kot. Dia pantas berdiri. Memperkemaskan penampilannya. Matanya tepat memandang ke arah ketuanya. Mulutnya terlopong.

“Lelaki ini…??ketua aku..????”Amna bersuara.

Lelaki tersebut hairan dengan sikap setiausaha barunya itu. Tidak dihiraukan. Kakinya laju melangkah ke arah biliknya. Hilang dari pandangan. Amna hanya memandang. Dia terduduk. Malunya bukan kepalang. ‘Kenapa dia yang mesti jadi ketua aku…’. Amna bermonolog.

Amna dipanggil masuk ke dalam bilik. Dengan langkahan yang berat kakinya menapak. MOHD ZAIDI IQBAL BIN DATO’ ISMAIL. Nama yang tertera di pintu ditenung. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebeluim dihembus kuat. Melangkah masuk.

“Macamana dengan kaki awak?da baik?”Ujar Iqbal. Matanya tepat memandang Amna dihadapannya. Manis mukanya. Cantik. Iqbal berpeluk tubuh. Amna masih berdiam diri. Berat mulutnya untuk berbicara. Kakinya yang bengkak dipandang. Dia mengeluh.

“Tak pa..awak jangan risau..saya dah lupakan semua peristiwa hari tu..saya tahu semua tu salah saya..”Iqbal bersuara memohon maaf. Amna menelan air liur. Dia mengangkat muka dan mengukir senyuman. Iqbal terpempam. Cantiknya.

“Saya dah ok dah..da baik pun da..encik jangan risau..saya da boleh berjalan pun..”Amna berlagak untuk bangun dan berjalan dihadapan Iqbal. Cepat-cepat Iqbal melarang Amna untuk berbuat demikian. Amna tersenyum dan duduk kembali.

“Saya main-main je…jangan marah..”Seloroh Amna. Diari Iqbal untuk hari ini dibaca dengan teliti. Iqbal hanya mendengar. Sesekali dia mencatat sesuatu di atas kertas dihadapannya. Setelah selesai,Amna melangkah keluar. Menyambung kerja kembali.

****************************************************************

‘Tiit..tiit…’

Sudah berpuluh kali handsetnya berbunyi menandakan mesej masuk. Malas Amna untuk membacanya. Pasti ianya dari Iqbal untuk mengajaknya makan malam. Tak cukup dengan mesej di telefonnya jugak. Tapi tidak dilayan. Dah berpuluh kali dia memberitahu kepada Iqbal yang dia tidak suka untuk keluar malam. Tapi lelaki itu tetap juga berdegil. Cukup la hanya di pejabat untuk mereka bertemu.

Iqbal masih lagi berusaha untuk memujuk hati Amna. Mesej tidak dibalas. Telefon tidak diangkat. Hatinya sakit menanggung rindu. Sejak pertama kali bertemu Amna hatinya telah terpaut. Malam ini dia nekad untuk bertemu Amna. Dia nekad untuk meluahkan perasaannnya yang terpendam. Dia mencapai tshirt yang tersidai di kepala katilnya. Langkah dihayun laju menuruni anak tangga. Panggilan Datin soia langsung tidak disahut. Hatinya sudah tidak sabar untuk bertemu Amna.

Kereta dihentikan dihadapan sebuah rumah teres 2 tingkat. Dia mencapai handset dan tersenyum kemudiannya. Dia melangkah keluar dari perut kereta. Jam menunjukkan pukul 10 malam. Dia menunggu dengan sabar.

Handset berbunyi lagi. Amna bosan. Hajatnya ingin dimatikan sahaja. Tapi sebaik sahaja membaca terakhir Iqbal. Dia berdiri. Jantungnya berdegup pantas. Dibacanya sekali lagi mesej tersebut.

‘Saya ada kt luar umah awk skang ni..awk keluar atau sy akan masuk…?’

Dia melangkah ke jendela dan mengintai ke luar. Sebuah kereta BMW tersadai di depan rumahnya. Amna menelan air liur. “Nekad betul Mamat ni la…datang rumah aku malam-malam buta macam ni..” Amna mengeluh. Dia menyarung selendang ke kepalanya. Pintu dibuka. Dia melangkah keluar.

“Iqbal buat apa kat rumah saya ni..??camana tahu rumah saya??”Amna menegur Iqbal yang bersandar pada kereta. Iqbal mengangkat muka dan tersenyum melihat Amna dihadapannya. Terubat rindunya malam ini. Dia sudah kemaruk cinta Amna.

“Amna tak nak jemput saya masuk ke?saya ada sesuatu nak bincang dengan Amna…”

“Tak payah lah…kat sini je…bincang pasal ape?”

“Amna………saya sebenarnya…..sebenarnya…”Tergagap-gagap Iqbal untuk meluahkan perasaannya. Amna terangguk-angguk untuk mendengar ayat Iqbal yang seterusnya. Lama.

“Kalau tak ada apa-apa..saya masuk dululah..awk sila balikla…”Ujar Amna geram. Iqbal tercengang.

“Saya cintakan awak Amna….”Terluah jua. Iqbal lega. Amna kaget. Dia berlari masuk ke dalam rumah. Tanpa sebarang jawapan yang pasti. Iqbal kecewa dengan tindakan Amna. Dia melutut di hadapan pagar rumah Amna. Amna senyap menghilang di dalam rumah.

Jam berdeting 3 kali menandakan pukul 3 pagi. Amna terkejut dari tidurnya apabila kedengaran guruh yang kuat. Dia bangkit dari tidurnya dan menjenguk keluar tingkap. Matanya bulat memandang ke luar tingkap. Iqbal masih dihadapan pagar rumahnya. Dalam hujan yang lebat. Dia bergegas mendapatkan Iqbal yang kesejukan dalam hujan. ‘gila mamat ni….’Luah Amna geram.

“Amna sudi jadi permaisuri hati Iqbal??”Iqbal bersuara. Dia masih berdegil enggan bangun. Hujan makin lebat. Amna pun turut basah bersama. Payung tidak dapat melindunginya dari hujan. Amna serba salah. Apa yang hendak dijawab??

“Iqbal….bangun la..hujan lebat ni…jangan degil…saya tak setaraf dengan awak..awak carilah perempuan lain yang setaraf dengan awak..”Terang Amna. Tangannya memaut lengan Iqbal untuk disuruh bangun. Tapi Iqbal tetap berdegil. Bukan itu jawapan yang ingin didengarinya. Dia menundukkan muka kembali. Amna mengeluh.

“Iqbal…tolong dengar cakap saya laa….bangun dan balik rumah awak…kita tak sepadan..awak anak dato..saya anak yatim piatu..tolong faham situasi kita sekarang ini..jangan terburu-buru Iqbal…”Jelas Amna.

“Saya dah fikirkn hal itu semua…ibu saya dah terima awak seadanya..tak ada apa yang dapat halang kita lagi…yang penting sekarang hanya keputusan dari awak je…”Terang Iqbal. Amna terlopong mendengar penjelasan dari Iqbal. Iqbal lebih pantas darinya membuat keputusan.

“Baiklah…saya terima awak…sekarang bangun cepat…!!”Arah Amna. Iqbal tersenyum tapi masih tidak bergerak.

“Betul awak sanggup terima saya??awak tak main-main??”

“Betul…cepat bangun..!!”Iqbal tersenyum. Hatinya berbunga mekar.

“Saya tak boleh bangun…kaki kebaslah…..”

****************************************************

“Abang..yang tu kereta abang ke…??”Tanya Amna.

“Iyala sayang…kenapa?”

“Jadi…tayar kereta abangla yang percik air kat Amna dulu…”Amna menarik muka masam. Dia berpeluk tubuh dan melangkah masuk ke dalam rumah. Iqbal hanya mengekori dengan perasaan hairan. Pantas dia mendapatkan Amna. Dipeluk dari belakang. Kejap.

“Kenapa sayang?”

“Abang jahat tau…abang buat Amna basah kat tepi jalan dengan air jalan tau…pada hari pertama Amna mula kerja…peristiwa yang Amna tak kan lupa seumur hidup Amna tau…”Luah Amna geram. Pipinya menjadi sasaran ciumam Iqbal.

“Maafkan abang sayang…..abang janji tak buat lagi daaa….”Iqbal melutut dihadapan Amna. Tangannya diangkat seperti bersumpah. Amna hanya menjeling.

“Lain kali bawa kereta perlahan sikit la…menyusahkn orang je..”Amna bergerak setapak.

“Maaf sayang….”Kaki Amna dipaut kemas. Iqbal membuat muka simpati. Amna tersenyum. Dia turut sama melutut dihadapan suaminya. Dipeluknya erat.

Semoga kebahagiaan tetap menjadi milik mereka selama-lamanya.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

22 ulasan untuk “Cerpen : Pertemuan”
  1. ;-) mnarik tp cpat sgt ending..wat yg tbaik lg,c0ngrat. . .

  2. mizztako says:

    jalan cite menarik…
    tp jln cite trlalu pendek,xsmpat nak feeling….
    :lol:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"