
Cerpen : Sekuntum Mawar Putih
Oleh : sinar pujangga
>>Satu<<
“Nampaknya hari ini kita terpaksa menerima kehilangan seorang lagi peserta rancangan Bakat Kecil yang sudah masuk ke episod ke-7 minggu ini.Setelah tiga peserta disingkirkan,kali ini seorang lagi bakal meninggalkan rancangan realiti kanak-kanak ini.Danillia…â€
“Hei Adam,kenapa kau tukar???Aku nak tengok cerita tadi la!!â€,teriak Hafizi sambil menjegilkan matanya ke arah Adam.Matanya lantas bulat .Muncungnya panjang sedepa.
“Amboi,fanatik betul dia tengok cerita ni.Tak berkelip mata!.â€Adam hanya tersenyum melihat telatah rakannya lalu menukar kembali rancangan tadi.
Bulan malam itu kelihatan suram sesuram jiwa Adam.Sudah sebulan Adam di alam universiti,namun jiwanya masih berbekas mengingatkan kembali kisah zaman menengahnya.Lamunannya jauh menembusi gelap malam.Lama dia termenung sehingga dia sedari jam sudah melewati 12.00 pagi.
“Ah,perasaan..Makin kulayan makin karam hidupkuâ€,getus hati Adam.
Dia segera melangkah menuju ke kamarnya.Selesai berdoa dan berzikir ringkas,dia cuba memejamkan matanya.Fikiran cuba ditenangkan dan dikosongkan.Teman di kiri kanannya sudah jauh dibawa mimpi nan indah.
“Ah,payah benar tidur malam ini mengapa?!â€,bentak Adam.
Puas dia bergolek ke kiri dan kanan namun matanya begitu degil.Lantas dia bingkas duduk kembali.Matanya tertancap ke arah televisyen yang terletak di kiri sudut bilik mereka.Alat kawalan segera dicapai.
“Ada ke cerita pagi-pagi buta ni??â€Butang 5 segera ditekan.
“Aduh,cerita tadi lagi.Berapa kali mahu diulang tayang??.Kalau Fizi bangun sudah tentu gilanya datang kembaliâ€,rungut Adam lagi.
Adam menonton setiap inci kaca televisyen untuk mencari di manakah letaknya keindahan program realiti kanak-kanak itu sehinggakan kawan sebiliknya tidak beranjak walau sejenak ketika menonton rancangan tersebut.
“Danillia..Baiklah dijemput Danillia menyanyikan sebuah lagu buat kali terakhir untuk kita semua..â€
“Alangkah bagus andainya suara ini yang berdiri di hadapan kaca televisyen memberikan hujah-hujah bernas menghidupkan kembali keagungan Islam.hmm..Ah!aku hanya tahu berkata-kata sedangkan aku sendiri masih belum dikurniakan keberanian untuk berdiri dihapan pentas bahkan di hadapan kelas untuk memberi pandangan mahupun ulasan..â€keluh Adam sendirian.
Jam dinding berdenting lagi menandakan waktu sudah mencecah 1 pagi.Matanya juga sudah mula menunjukkan tanda-tanda mahu tidur.
“Tv kata pergi,Bantal kata mari.haha!â€,Bisik Adam lalu ketawa kecil.
>>Dua<<
“Selamat pagi Adam!â€
“Selamat pagi.Hai gembiranya dia hari ni.Mimpi indah ke malam tadi?â€
“Hehe..Mana ada.Adam boleh tak teman aku petang ni??â€
“Pergi mana pula?Ada je tempat dia nak pergi..â€
~
“Ish kau ni,ni last!Lepas ni aku tak nak dah teman kau pergi buat benda tak faedah ni..Faham!!â€,bebel Adam.
“Ok!,hehe..â€Hafizi tersenyum menampakkan baris giginya yang rapi tersusun.Adam terasa dirinya begitu gila mengikuti segala kemahuan rakannya petang itu.
“Sudah besar tapi perangai seperti kanak-kanak 7 tahunâ€.Adam menoleh keliling.Kiri kemudian kanan.
Bagaikan ada sesuatu sedang dicari namun tidak ditemui.Dia menghela nafas panjang.Kebosanan barang kali menanti rakannya.
~
“Apa,kau gila nak pergi roadshow tu?!!â€
“Adam,please..Kali ni je.Aku nak sangat jumpa dia..â€
“Tapi tu kan untuk budak-budak je.â€
“Mana ada!Mak cik tua tu pun minat ok!!â€
“Ish,kau ni.Tengoklah macam mana nanti.â€
“Gila!â€,bisik hati Adam geram dengan sahabatnya.Adam teringat kembali saat dia menerima permintaan Hafizi pagi tadi.
Matanya masih melilau disekitar Plaza Alam Sentral.Jiwanya begitu resah setelah 1 jam berlalu rakannya itu masih tidak muncul-muncul.
“Kalau dapat jumpa artis macam inilah dia.Tak ingat dunia!â€,getus jiwa Adam lagi.
Ingin sahaja dia pulang jika diikutkan hati.Pengunjung kompleks itu pula semakin berbondong-bondong tiba.Pada hujung minggu begini selalunya para remaja datang mengunjungi tempat itu untuk bertemu kenalan-kenalan mereka.Manakala Adam pula pada petang itu hanya menjadi tugu menanti temannya yang begitu teruja menemui artis cilik yeng begitu digemarinya.Bahkan saban minggu,saban tahun dia tidak pernah ketinggalan walaupun sebuah episod.Sudah 3 siri berlalu dan dia masih menjadi penonton setia rancangan realiti kanak-kanak tersebut.Agaknya semasa zaman kecilnya teringin menjadi seorang penyanyi mungkin.
~
Jarum jamnya sudah menunjukkan angka 2 petang.Adam bergegas ke surau untuk menunaikan solat zohor.Usai solat zohor,Adam menuju ke Pusat Bowling yang terletak berhampiran surau.Dia hanya melihat gelagat pengunjung pusat itu bermain bowling.Bukan semua yang datang mempunyai kemahiran dalam bidang sukan tersebut,ada yang datang hanya untuk mengisi masa mereka bersama teman-teman.Adam terasa begitu bosan setelah hampir 2 jam melanguk sendirian.Tiba-tiba muncul seseorang menyapanya dari arah belakang.
“Bang,boleh saya duduk sini?â€
“Erk,erk..Duduklah!â€,balas Adam sedikit tersingahak.
Kanak-kanak lingkungan usia 8 tahun hanya tersenyum melihat Adam.Adam sedikit hairan.Adam kembali ke dunia realiti setelah agak jauh dia berkhayal sebentar tadi.
“ siapa budak ni?Macam pernah aku tengok tapi bila ya??â€,Adam bermain dengan perasaannya.Kanak-kanak kecil itu hanya tersenyum dan tersenyum.
“Abang kenal saya?â€,soal kanak-kanak tersebut.
“Ehm.Maaflah dik.Abang tak kenallah.â€
“Tak apa.Saya Rafiq.â€Kanak-kanak yang petah itu mengenalkan dirinya lalu menghulurkan tangan untuk berjabat salam.
Adam bingung.Puas dia memikirkan namun gagal mengingati dimanakah dia melihat kanak-kanak yang petah dan comel itu.
>>Tiga<<
“Ayuh kita saksikan persembahan seterusnya yang akan menampilkan peserta cilik kita iaitu Rafiq!!â€
“Hah,Rafiq??!!â€,sepantas kilat mata Adam menyambar segenap inci skrin televisyen biliknya.Buku yang dibacanya sejak tadi segera ditutup.Matanya tertancap ke arah televisyen.Fikirannyanya bagai diserbu taufan Katrina pabila melihat kanak-kanak yang sedang membuat persembahan di kaca tv itu merupakan Rafiq yang berbual dengannya petang tadi.Jiwanya bercampur-baur pelbagai rasa.
“Abang ini sepertinya sedang menantikan seseorang.Teman wanita ya!â€,usik Rafiq.
“Ish Rafiq!Abang masih lagi student.Kita sebagai pelajar tugasnya untuk belajar bukan bercinta.â€
“Hehehe!!â€,sengeh Rafiq.
“Eh,Rafiq…..â€,tidak sempat Adam menghabiskan baris ayatnya petang itu,Rafiq sudah berlari pergi menuju ke arah seorang wanita lingkungan usia 30-an.Mungkin ibunya.Hanya Rafiq sempat melambai-lambaikan tangan kecilnya ketika meninggalkan Adam sendiri di pusat bowling Plaza Alam Sentral.
~
“ting..ting..tingâ€
Pantas Adam mengambil telefon bimbitnya membuka sms yang baru sahaja diterimanya.
From : +60176346491
12/12/2008
21:21
Assalamualaikum.Abang…Ni Rafiq yang jumpa abang petang tadi..
Seronok jumpa abang..Rafiq harap dapat jumpa abang lagi..
Selamat malam… : )
Senyuman terukir mekar pada wajah Adam.Bagaikan tidak percaya petang itu dia telah ditemukan dengan seorang artis kecil tanpa dia sedari.
“Ah,aku ini benar-benar tidak mengenali dunia luar sehingga berjumpa dengan orang yang begitu digilai anak muda kini pun aku tidak sedar!â€,getus jiwanya.
Petang tersebut Rafiq begitu bersungguh-sungguh untuk bertukar-tukar nombor telefon bimbit mereka.Adam juga tidak mengetahui sebabnya.
“Ini nombor telefon ibu saya..â€,Rafiq menyuakan sekeping kad tercetak nama Muhammad Amirul Rafiq Bt Kadir diikuti nombor telefon keluinya.Agak kagum juga Adam melihat kanak-kanak yang sebesar Rafiq mempunyai business card sendiri.
“Mungkin anak orang kenamaan rasanyaâ€,Adam meneka-meneka .
~
>>Empat<<
Sejak perkenalan 4 bulan yang lalu,Adam seringkali bertemu Rafiq jika mempunyai kelapangan masa.Adam begitu selesa mengenali Rafiq yang begitu mesra dan petah berbicara.Walaupun dia merupakan seorang watak anak kecil yang sedang panas namanya di seantero Malaysia namun Rafiq kelihatan begitu matang dalam kehidupan hariannya;tidak sombong dan megah akan statusnya.Begitu berbeza Afiq dengan segelintir artis dewasa lain.Kadangkala suara hanya seperti salakan anjing yang dilontar dengan batu tetapi lagaknya umpama diva popular dunia.
Sejak perkenalan tanpa sengaja tersebut juga, Adam sentiasa mengikuti perkembangan Rafiq melalui program realiti
kanak-kanak yang dahulunya selalu menjadi bahan kritikannya terhadap Hafizi.Kini dia pula yang excited menonton rancangan tersebut berbanding rakan sebiliknya itu.Bukanlah kerana Adam terlalu teruja dengan penglibatan Rafiq dalam rancangan tersebut,cuma dia begitu kagum melihat kemurniaan jiwa Rafiq saban minggu dan bulan.Saban minggu Rafiq senantiasa menyanyikan lagu berunsur ketulusan jiwa manusia,mengenai alam sejagat dan kadang kala mengenai hak-hak manusia yang seringkali dicabuli pihak tidak bertanggungjawab.Teringat Adam pada satu episod rancangan tersebut di mana Rafiq telah mendendangkan sebuah lagu yang sungguh menyentuh jiwa pendengar.Pada episod tersebut juga Rafiq mendapat rating yang tinggi dan komen yang memberansangkan.Jiwa kemanusiaan Rafiq begitu dewasa.
Setiap kali Adam bertemu Rafiq pada hujung minggunya,pasti ada sahaja kisah menarik yang menambat hati Adam untuk mendengarnya
“Abang tahu Rafiq teringin sekali ke Afghanistan..â€
“Mengapa tidak sahaja Rafiq ke London bercuti bersama keluarga?â€
“Rafiq begitu teringin berjumpa kanak-kanak di sana yang sangat menderita akan kezaliman penjajah di negara mereka..â€
Adam terkunci mulut mendengar luahan anak kecil itu.Ada juga insan bertubuh kecil namun memiliki jiwa yang cukup besar seperti Rafiq dalam dunia ciptaan Allah ini.Kadangkala Adam terasa malu terhadap Rafiq.Sedangkan dia tidak pernah terfikir untuk ke Afghanistan untuk merasai sendiri derita umat Islam di sana.Namun anak kecil itu benar-benar menyentuh benaknya yang selama ini yang hanya selalu berkata ‘selamatkan Afghanistan!’ tetapi tidak pernah memikirkan caranya.
“Rafiq,boleh abang pesan sedikit?â€,soal Adam memandang wajah bujur Rafiq.
“Ah,abang!Hampir setiap minggu abang memberi peringatan kepada saya.Selayaknya abang menjadi salah seorang yang duduk di hadapan pentas dalam rancangan Forum Perdana Hal ehwal Islam.â€usik Afiq.
Hilai tawa mereka memecahkan hening petang di tasik Shah Alam sewaktu Adam ketemu Rafiq dua bulan lalu.
~
Episod berikutnya Rafiq menuruti segala nasihat Adam dengan cara yang hikmah dan professional.Adam berasa begitu kagum dengan tindakan Rafiq yang terlalu bijak dan berhikmah pada malam tersebut.
“Rafiq boleh menyanyi dan menghiburkan orang ramai tapi abang harap Rafiq juga menjaga batasan dan hukum yang telah digariskan oleh Islamâ€
“Abang..boleh Rafiq minta satu benda?â€,pinta Rafiq penuh mengharap.
“Apa dia?â€,jawab Adam ringkas.
“Rafiq teringin benar mengenali Islam lebih mendalam.Rafiq rasa sedikit sedih kerana tidak mendapat mendalami apa itu Islam yang hakikat.Rafiq cuma tahu RAfiq dilahirkan beragama Islam dan ibu bapa Rafiq Islam.Tapi Rafiq dibesarkan dalam suasana yang berbeza.Rafiq lahir di luar negara kemudian berhijrah ke Malaysia ketika usia 6 tahun sebab papa dipindahkan semula ke Malaysiaâ€,jelas Afiq selanjutnya.
Wajahnya penuh kesayuan dan pada matanya ada sinar pengharapan terhadap Adam.Adam terpaku mati.Mata Rafiq ditatap dalam-dalam.Kemudian mula berkaca.Namun diempang kemas agar tidak pecah dan melimpah.Hatinya cukup dihentak oleh bait kalimah anak kecil itu.
“Alangkah sempurna Allah menciptamu wahai anak kecilâ€,getus hati Adam kesayuan.
Lantas Adam memeluk Afiq erat.Alam bagaikan mengerti.Semua turut diam.Burung yang berkicau bagaikan diam bersama merasai kesyahduan petang itu.Cecair jernih hangat melimpah.Adam tidak mempu menahannya.Biarkan kali ini ia tumpah.Adam tekad dan keputusannya bulat untuk terus mendukung cita-cita Afiq mengenali Islam.
“Wahai pendengar yang setia.Saya harap suara saya bukanlah untuk diagungkan mahupun dibesar-besarkan.Cuma saya harap agar anda semua mengambil dan hayati apa yang saya sampaikan.Terimalah daripada saya untuk semuaâ€
“Eh,bagusnya Afiq!Dia tak nak bersalam dengan peminat perempuan tu!Tapi cara dia tolak amat halus dan cilik!â€,sorak Hafizi dengan perasaan yang teruja.Adam senyum simpul memandang Hafizi.
“Alhamdulillahâ€,bisik Adam sambil mengangkat tangannya ke langit Illahi.
>>Lima<<
Hujung minggu itu Adam pulang ke rumah memandangkan cuti semester telah bermula.Siap berkemas,Adam berjalan kaki
2 kilometer menuju ke stesyen bas yang berdekatan.Hatinya berbunga riang.Setelah hampir 6 bulan dia tidak pulang kerana menghabiskan masa untuk persediaan peperiksaan penggal itu akhirnyaa kerinduannya bakal terubat.
Adam dibawa lamunan jauh ke zaman menengahnya kembali.Teringat saat dan detik ketika bersama taulan.Tangis tawa sentiasa bersama.Kini masing-masing sudah sibuk dengan dunia masing-masing.Mujurlah masih Ada Hafizi;salah seorang teman rapatnya dahulu.Hafizi dikenalinya sejak zaman sekolah rendah lagi.Mereka umpama adik-beradik dan Hafizi sedikit manja mamandangkan dia anak bongsu dalam keluaganya.Oleh itu,Adam umpama abang kepada Hafizi.Adamlah yang menjaga makan minum Hafizi semasa berada di alam menengah dan universiti.Sakit pening serta masalah semuanya diadukan kepada Adam.
Setibanya di perkarangan rumah,rasa hairan mula menerpa Adam.Agak pelik melihat sebuah kereta berjenama Honda berwarna hitam segak terparkir diperkarangan rumahnya
“Eh,Adam,sejak bila bapak kau beli kereta baru??â€,Hafizi menggaru-garu kepalanya kehairanan.
“Aku lagilah tak tahu.Mak ayah aku tak bagi tahu aku apa-apa pun.â€,Adam bertambah bingung.
~
Sejurus melangkahkan kaki ke dalam rumah,Adam terus diterpa seseorang.Mujur tidak gugur jantungnya.
“Abang,lambatnya abang balik!Lama dah Rafiq sampai.Papa dengan mama pun da nak balikâ€,Rafiq segera bersalaman dengan Adam.Kemudian Adam bersalaman dengan bapa Rafiq dibontoti Afiq dari belakang.Kelihatan wanita yang duduk bersebelahan bapa Rafiq begitu dikenali Adam.Wanita itu ditemuinya setahun hampir 6 bulanyang lalu bersama Rafiq.
Adam masih tidak mengerti.Dia buntu.Apakah yang sedang berlaku dia juga keliru.Adakah dia di alam mimpi atau pun realiti.Fikirannya mula serabut.
~
Malam itu setelah usai solat isyak,Adam membawa Rafiq duduk di laman rumahnya.Adam menghayun buaian prlahan-lahan menggunakan kakinya agar buaian itu terhayun.Kemudian dia membiarkan buaian itu terhayun sendiri mengikut rentak angin.
“ Rafiq,Rafiq…â€
“ya saya.Kenapa?â€
Adam hanya tersenyum memandang Rafiq.Rafiq membalas senyuman Adam penuh mesra.
“Ya Tuhan.Adakah semua ini telah Kau aturkan dalam takdirku?â€,hati Adam berbisik syahdu.
Adam tidak menyangka bahawa insan yang telah dia temui 6 bulan yang lalu merupakan anak buahnya.Memang tidak disangka.Takdir Tuhan,siapa yang tahu.Semuanya telah disusun cantik oleh Allah pemilik semesta alam ini.
“Adam kamu kenal siapa lelaki itu?â€
“Tidak ayahâ€,balas Adam ringkas sambil menatap wajah bapa Afiq.
“Dia abang kamu.Sebelum ayah berkahwin dengan emak kamu ayah telah berkahwin dengan emak abang kamu ini.â€,Jelas bapanya.
Adam sedikit pening.Dia cuba menenangkan mindanya agar dapat memproses setiap butir bicara bapanya.
“Namun sayang.Kami terpisah dalam satu kebakaran 30 tahun dahulu.Puas ayah cari mereka namun tidak ketemu.Akhirnya bekas isteri ayah iaitu ibu kepada abang kamu ini telah meninggal dunia 15 tahun lalu tanpa sempat ayah berjumpa dengannya.â€
“Abang dan ibu telah berpindah ke Amerika mengikut saudara kami di sana setelah kami mendapat berita ayah telah meninggal dunia dalam kebakaran ituâ€,bapa Rafiq terus memberi penjelasan.
Bapa Rafiq telah mencari bapa kandungnya sejak sekian lama dan hampir sahaja berputus asa.Mujurlah pada suatu malam dia telah melihat telefon bimbit isterinya dan mendapati gambar yang Adam kirimkan kepada Rafiq beberapa bulan lalu.Wajah Adam pula amat mirip wajah ayahnya.Tanpa berlengah bapa Rafiq telah ke universiti di mana Adam berada dan memohon agar pihak universiti memberi butir diri Adam.Pada awalnya memang agak sukar memperoleh maklumat tersebut.Setelah puas memberi keterangan dan meminta jasa baik pihak universiti akhirnya keluarga Rafiq berada di rumahnya pada hari tersebut.
Suasana sunyi seketika.Masing-masing terkelu lidah.Semua saling berpandangan sesama sendiri.
Hanya kedengaran kipas siling ligat berputar.
~
“Cuti sekolah seminggu ni Rafiq akan tinggal di rumah kitaâ€,jelas bapanya.
Adam mengangguk sambil tersenyum.Jiwanya diketuk rasa gembira menggunung.Rafiq bersorak riang dapat tinggal di rumah datuknya yang selama ini disangkakan sudah tiada.Jelas terpancar keriangan dan kegembiraan pada wajahnya.Adam menggosok mesra kepala anak buahnya yang keletah itu.Akhirnya keluarganya menjadi semakin besar dan kini kehadiran Rafiq dalam keluarga mereka menceriakan lagi kehidupan ayahnya yang sudah berumur;maklumlah sudah memperoleh cucu durian runtuh!
Sepanjang tempoh bersama Adam,Rafiq mempelajari pelbagai perkara mengenai Islam.Datuknya juga mengajarnya mengaji.Rafiq budak yang terang hati dan senang menerima apa yang dipelajarinya.Walaupun agak lewat mengenali apa itu surah Al-Ikhlas mahupun Al-Fatihah,tetapi Rafiq berusaha keras dan bersungguh-sungguh untuk mempelajarinya.
Pelbagai persoalan dilontarki Rafiq kepada Adam.Kadangkala Adam juga tidak menyangka Rafiq mampu berfikir hingga ke tahap sebegitu.Ternyata Rafiq bukanlah kanak-kanak biasa.Suaranya yang merdu mengalunkan Al-Fatihah begitu menyentuh sanubari Adam.Tidak hairanlah rakannya Hafizi amat meminati Rafiq dalam rancangan realiti kanank-kanak yang pernah ditontoninya suatu masa dahulu.Begitu juga Rafiq bergelar johan rancangan tersebut bukanlah satu perkara yang mengejutkan
kerana perkara itu sudah dapat diramal semenjak Adam mononton program realiti tersebut;sejak Adam mengenali Afiq;sejak kebetulan menemukan mereka;tidak!sejak takdir Tuhan menyatukan mereka.
>>Enam<<
“Apa?!!Tak..Tak mungkin.Semua ni mustahil!â€
Adam terduduk.Nyawanya bagai dibawa pergi bersama Malaikat Izrail.Telefon bimbit terlepas daripada genggaman tangannya.Nafasnya bagaikan terhenti.Jiwa pula terasa begitu berkecamuk.Rambutnya digenggam.Kali ini kolam air matanya tidak sempat diempang lantas pecah membanjiri pipi.
Adam kembali terkenang kisah kematian adik kandungannya yang terbunuh semasa zaman menengah mereka.Hafiz menghembuskan nafas terakhirnya di atas pangkuan Adam.Hafiz telah jatuh daripada tingkat 2 bangunan sekolah apabila cuba menghuraikan pergaduhan antara dua rakannya.Sejak itu jiwa Adam sentiasa bergelodak mengingati peristiwa yang berlaku
di hadapan matanya sendiri.Insan yang disayanginya pergi sebelum sempat mereka membesar bersama.
“Adakah kali ini sekali lagi Tuhan ingin mengujiku?â€,syahdu hati Adam berbicara.
“Adam,kenapa ni??Adam?Adam???â€,Hafizi datang memburu Adam sejurus mendengar Adam menangis teresak-esak.
“Rafiq..â€,hanya itu sahaja yang mampu terpacul daripada mulut Adam.
~
“Sekarang Afiq berada di ICU.Keadaan penyakitnya kritikal.Tiada siapa tahu Afiq ada penyakit tu.Doktor pun baru sahaja dapat kesan dan penyakit dia tu dah sampai tahap serius.Emak dengan ayah ada di hospital sekarang.Doktor sedang mencari penderma hati yang sesuai.â€
Kata-kata ibunya masih terngiang-ngiang di telinga.Air mata pula tidak henti bercucuran.Ikut serta hujan lebat di luar mengiringi kekusutan hati Adam.
“Adam,hati-hati ya!Jangan pandu laju!â€,pesan Hafizi.
Setelah mengetahui keadaan Rafiq yang kian kritikal,Adam segera meminjam kereta rakannya untuk ke hospital.Dia perlu cepat sampai dan berada disamping Rafiq.Dia perlu ada saat Rafiq memerlukannya.Dia tidak mahu menyesal sekali lagi.Dia tidak mahu Rafiq pergi meninggalkannya seperti mana Hafiz pergi 4 tahun yang lalu.
“Rafiq sabar ya.Sekejap sahaja lagi.Tunggu ya!â€,Adam bermonolog sendiri.Proton Wira hitam dipecut laju melintasi lebuh raya.
“Ya Allah,mengapakah Kau turunkan ujian yang sebegitu berat kepada hambaMu yang baru sahaja ingin menikmati nikmat Islam dan Iman itu Ya Allah!Ya Allah,berilah dia kesempatan lagi.Sekiranya dapatku ganti tempatnya,aku redha akan takdirMu ini.Namun,berilah dia peluang menikmati sejenak lagi nikmat yang baru sahaja Kau kurniakan kepadanya.
Sesungguhnya aku hamba yang lemah di hadapanMu.Kepada Engkau aku berserah dan kepada Engkau aku memohon….Aminâ€
Adam terus laju memecut.Hujan semakin lebat di luar.Jantungnya berdegup sekencang ribut di luar.Bibirnnya tidak henti terkumat-kamit mendoakan kesejahteraan Rafiq.Lampu kecemasan segera dipasang kerana cuaca semakin buruk.Pandangannya semakin kabur kerana hujan semakin lebat namun memperlahankan kenderaan yang dipandunya jauh sekali.Air mata pula tidak mampu lagi mengalir.Bagaikan sejarah Sungai Nil kering suatu ketika dahulu.Rakyat yang selama ini bergantung harap padanya hilang punca dan arah.Begitulah Adam.Hilang punca dan arah.Segala kenangan yang lalu ligat berputar di fikirannya.Fikirannya jauh berlegar di angkasa.
“Allahuakbar!!!!!!â€,tiba-tiba Adam berteriak.
Diam.
>>Tujuh<<
“Rafiq,bila dah besar nanti nak jadi apa?â€
“Rafiq nak jadi abang!Orang yang baik,selalu tersenyum,suka tolong orang,selalu bagi nasihat pada orang lain.â€,Kata Rafiq kemudian tersenyum sipu.
Adam ketawa kecil diikuti Rafiq.
“Rafiq jangan jadi abang. jadi diri Rafiq sendiri.Tu,Tanya hati apa yang Rafiq nak jadiâ€,balas Adam sambil memegang dada Afiq dengan tapak tangannya.Buaian hijau berbuai mengikut tarian bayu malam itu.Tenang dan nyaman.
Suasana sunyi seketika kemudian Rafiq bersuara kembali, “Rafiq nak jadi hati abang.Murni..â€Kemudian masing-masing kembali terdiam.Sinar rembulan menerangi kelam pada malam itu.Suara sang unggas pula silih ganti berlagu.Pohon melambai perlahan mengikut rentak sang bayu.Adam tersenyum mendengar bait kalimah Rafiq.
~
“Rafiq bermenung lagi la ni.Jom kita balik.Dah nak hujan niâ€,
Hafizi menepuk-nepuk perlahan bahu Rafiq.Rafiq segera mengesat sisa air matanya menggunakan lengan baju melayunya.
“Tak ada apa-apa la abang.Rafiq cuma teringat arwah abang Adam.Malam hari pertama kami tahu kami saudara.â€
“Sudahlah Rafiq.Dah 10 tahun kisah tu berlalu.Rafiq kena teruskan hidup.Rafiq kena bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan ni.Kalau abang Adam tahu Rafiq sedih-sedih macam ni mesti dia sedih juga.â€
Rafiq cuba mengukirkan senyuman yang manis pada wajahnya walaupun kelihatan hambar.Hafizi faham akan perasaan Rafiq yang bergelombang rindu kepada insan yang banyak berkorban kepadanya suatu masa dulu.
“Abang,hari ini cita-cita Rafiq tak akan tercapai selama-lamanya sebab abang dah pun menjadi hati Afiq sebelum sempat Afiq menjadi hati abang.Terima kasih abang kerana membenarkan Rafiq meminjam hati abang untuk menikmati sejenak hidup yang tidak kekal abadi ini.Rafiq janji akan jaga hati abang sebaik-baiknya seperti mana abang jaga dulu.â€,bisik jiwa Rafiq sambil menatap kubur Adam.
“Jom Rafiq kita pulang.Hari pun dah lewat petang.Malam ni kan kita nak ke rumah arwah.â€
“Baiklah.â€
Kemudian Rafiq menyematkan sekuntum bunga mawar putih di atas pusara lambang kesucian yang dimiliki hati seorang hamba Allah bernama Adam.
“Semoga abang bahagia di sana.â€
~
“Kuala Lumpur..Sebuah kereta Proton Wira hitam yang dipercayai dipandu laju telah terbabas ke arah bertentangan jalan dan merempuh sebuah kereta pacuan empat roda.Pemandunya;Muhammad Adam Bin Ismail didapati meninggal dunia di tempat kejadian.Mangsa dipercayai dalam perjalanan ke hospital Kuala Lumpur untuk menziarahi saudaranya yang sedang t kritikal di unit rawatan rapi di hospital berkenaan.â€
Berita Kota Raya ‘99
KASIH-SAYANG ITU TIDAK MAMPU DIUKUR DENGAN HARTA BENDA MAHUPUN SEGUNUG EMAS SELAUTAN MUTIARA KERANA IA MERUPAKAN SESUATU YANG ABSTRAK DAN LEBIH BERNILAI DARIPADA EMAS DAN MUTIARA.CORAKLAH UKHUWAH DAN KASIH-SAYANG ITU DI ATAS KAIN PUTIH SEINDAH UKHUWAH PARA SAHABAT DAN NABI JUNJUNGAN KITA.
SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENGASIH DAN PENYAYANG.
“Sesungguhnya MUKMIN itu bersaudara dan tidak beriman seseorang itu selagi dia tidak mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiriâ€
~Tiada kebahagian tanpa selangit pengorbanan~
Tamat!













bes nyer citer ni…tersentuh ati baca…sesungguh nyer stip kejadian yg berlaku terselindung hikmah d sebaliknyer…
cerpen ni agak menarik..tp sye rse ade cara lain yg blh digunakan oleh penulis utk mewjdkan kesan dramatik selain drpd sebuah kematian atau tragedi..pd pndapat sye la,,sesebuah plot yg baik tak smstinya harus ada sesuatu yg memaksa pmbaca merasakan kesan dramatik t’sebut..contohnya,,umum tahu yg sebuah kematian tdk pernah diiringi tawa ria, kan? ini seolah-olah tidak m’berikan p’baca pilihan utk berperasaan dari sudut lain…sebagai p’mulaan, cerpen ini agak bagus..
cerpen ni sgt2 menarik…sdih n hmpir2 ngis bca…
dlam kehidupan tdk ada yg akn berkekaln n smua akan ditentukn oleh-Nya…
“Rafiq nak jadi hati abang”
“…abang dahpun menjadi hati Rafiq sebelum Rafiq sempat menjadi hati abang…”
Touching!
CONGRATS!