Novel : Aish!! Laki ke perempuan nie? 12

27 January 2010  
Kategori: Novel

14,978 bacaan 36 ulasan

Oleh : zachwan

Peluh di dahi dikesat. Tangan kiri sudah mengibas diri. Kepanasan. Sesekali mineral water Cactus diteguk. Mengelak dari dehydration.

” Kau nak suruh cahaya tue musnahkan kau punya gambar ke?” soal Lan disertai dengan ketukan di kepala Illa.

” Dah tue?” soal Illa. Mulai bosan. Sudah lebih sejam dia berdiri ingin mencari aspek pengcahayaan yang sesuai.

” Cahaya tue kau guna sebagai pemangkin. Creates silhouette effects” terang Lan. Kamera di tangan Illa diambil, dihalakan terus ke cahaya matahari.

” Contre-jour” sebut Illa. Perlahan namun cukup untuk didengari Lan.

” Hrm…Image produced portrays the backlighting of the subject”, hampir serentak Illa dan Lan mengutarakan pendapat. Huhuhu….

* * *

Kaki dihayun sekuat hati. Berlari. Mampuslah aku kalau kamera tue hilang. Macam mana aku boleh tertinggal pula ‘nyawa’ Lan tadi? Kata-kata Lan tadi terimbau kembali.

” Nanti kau letak SLR tue dekat bilik aku. Aku nak tukar dia punya lens” arah Lan.

” Okay. Mana dia?” soal Illa.

” Mana apa?” tanya Lan kembali. Tidak mengerti.

” SL…Whoa! Kau tunggu aku dekat kereta” , berdesup Illa lari sebelum sempat Lan bertanya lebih lanjut.

Alhamdullillah, nasib baik tak hilang. Kalau tak dengan kerja-kerja aku dia melayang. Huhuhu…

* * *

Kocek seluar diseluk. Samsung F490 dicapai. Baik aku telefon mamat tue dulu.

” Lan, aku dah jumpa SLR nanti….”

Buk….

Belum sempat Illa menghabiskan ayatnya, SLR di tangan terhempas jatuh ke tanah. Kaku. Tidak mahu percaya dengan kejadian yang baru berlaku.

” Ma..af. Sa..salah saya” ujar seorang lelaki. Tercungap-cungap.

” SLR…Lan…Kerja…Melayang…” balas Illa.

” SLR? Hrm…apa kata kalau kita exchange kamera. Yang kat tangan saya nie pun SLR juga . 35mm SLR” ujar lelaki tadi tanpa ragu-ragu.

” Biar betul?”- Mamat nie sedara Santa Claus ke apa nak bagi benda free nie?

” A’arh. Salah saya tadi. Saya minta maaf. Saya harap awak jaga kamera nie elok-elok. Jangan bagi dekat orang lain” pinta lelaki tadi.

” Okay..ter..” belum sempat Illa mengucapkan terima kasih, lelaki tadi sudah menghilang di celah-celah kelibat orang ramai.

Siapa cakap rezeki tak jatuh dari langit? Hahahaha….

* * *

” Aku nak kau cari kamera tue sampai dapat!”arah Black. Tegas.

” Hurh, kau tak akan dapat. Aku akan pastikan bukti jenayah kau orang tue akan sampai dekat tangan polis” ujar seorang lelaki. Berani walaupun hampir seluruh mukanya sudah lebam dibelasah konco-konco Black.

” Hei, budak hingusan! Kau sorokkan kamera tue dekat mana?” soal Black. Rambut lelaki tadi ditarik. Kasar.

” Kalau kau bunuh aku pun belum tentu kau akan dapat kamera tue” balas lelaki tadi.

” Bawa dia balik. Aku nak kau orang buatlah apa-apa cara pun untuk paksa dia bercakap tapi jangan sampai dia mati sebelum kamera tue aku hapuskan” terang Black. Bengang.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

36 ulasan untuk “Novel : Aish!! Laki ke perempuan nie? 12”
  1. salam.. :( sedih, sbb mmg x phm. What the motive? Who is the generous man? Sapa plak Black? Illa ni jatuh cinta ke? Pandangan pertama? Noo…..! Help me n hrp buku ini dibukukan utk ku phm!!! :)

  2. nurul iman says:

    xpaham langsung….. :x
    tpi buat2 phm lah hihiihi
    ciannyer cte ni…. :?: :?: :?: :?: :?:

  3. nurul says:

    xmenarik~~

  4. nadya says:

    wah! mna smbgn citer nie? hehe, crta nie mmg best la.. sy fhm dgn cara penulisan ini.. :)

  5. adam says:

    sedap…cuma kena buat sambungan yg lebih elok lagi…….fighting…semoga berjaya…

  6. HannArsha92 says:

    aku agak2 lah,, Black tu adalh sorg penjenayah yg menyembunyikan bukti jenayah yg die wat kat dlm camera yg si mamat (sedara santa claus)tu bagi kat Illa.. and mamat tue kene belasah trok coz Black nak balik camera tu.. To tak MR ZACHWAN??

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"