Novel : Apa kahwin dengan dia? 1

25 January 2010  
Kategori: Novel

12,898 bacaan 31 ulasan

Oleh : ikmal zurin

BAB 1

“Apa?!Awak merepek apa ni?!No way saya akan buat benda bodoh macam tu!Saya cintakan awak seorang faham?!”Marah Razif.

“Awak dengarlah apa saya nak cakap dulu.”Rayu Zalfa.Razif sudah pun tidak keruan.Mundar-mandir dia di hadapan kerusi menunggu hospital.Nafasnya turun naik.Dia meraut mukanya.Zalfa bangkit dari duduknya.Dia menarik Razif supaya memandangnya.

“Boleh tak saya minta awak buat ni demi saya?”Muka Razif yang sememangnya ketat sebentar tadi longgar serta merta.

“Why you do this to me?I need you.I don’t want to lose you.Kenapa kita perlu korbankan cinta kita kepada orang yang dah nak mati tu?Biarlah dia pergi.”Satu tamparan hebat tersasar dimuka Razif.Zalfa menitiskan air mata.

“Orang yang nak mati tu sahabat saya,awak tahu?!Dia sedang bertarung dengan nyawanya!Kenapa awak masih pentingkan diri awak sendiri Muhammad Razif Danish?!”Suara Zalfa sudah meninggi.Tidak dipedulikan kakitangan hospital yang sedang memandangnya.Memandangkan waktu sudah malam,tiada pelawat pun yang ada kecuali dia dan Razif.

“I’m sorry.I’m just stress.But why? Saya tak faham.Saya tak kehilangan awak!Awak faham tak Zalfa?”Razif memegang tubuh Zalfa.Dia betul-betul dahagakan penjelasan.

“Saya tak akan tinggalkan awak.Kalau awak betul cintakan saya,kahwin dengan Kamilia.”Razif kaku.Terkejut dengan permintaan Zalfa,cinta pertama dan terakhirnya itu.Dia menelan air liur.Pegangan ditubuh Zalfa dilepas perlahan dan dia berundur setapak ke belakang.

“You’re joking right?Tell me you’re joking.”Zalfa menarik nafas dalam lalu menggeleng.

“Are you crazy?Saya tak boleh kahwin dengan orang yang saya tak suka dan tak kenal lansung.Saya hanya tahu nama dia je and dia sahabat awak.Itu je.No way!Saya tak nak!Saya nak sehidup dan semati dengan awak.”Pujuk Razif.

“Buat ni demi saya Razif.Kalau betul awak cintakan saya.Dan percayalah saya tak akan tinggalkan awak selagi awak bersama dengan Kamilia.”Zalfa menagtur langkah ke bilik rawatan ICU yang didiami oleh Kamilia.Razif mencekak pinggangnya.Air matanya bergenang.Dia keliru.Sungguh dia tidak faham apa yang diucapkan oleh Zalfa tadi.

Zalfa merenung Kamilia yang dililiti dengan wayar-wayar di tubuhnya.Rasa kasihan timbul tanpa diundang.Dikucup dahi itu penuh rasa sendu.Dia tidak sanggup lagi melihat penderitaan yang ditanggung oleh Kamilia.Sudah 7 tahun Kamilia menghidap penyakit sakit jantung.Jantungnya mempunyai masalah sejak dia berumur 15 tahun.Doktor menganggarkan Kamilia hanya akan hidup selama 5 tahun tapi doktor sendiri terperanjat macamana Kamilia boleh hidup lebih daripada jangka masa yang dianggarkan.Mungkin itulah semangat untuk hidup barangkali.

“Cik Zalfa?Boleh kita berjumpa sekejap.”Suara Doktor Jafar mencantaskan lamunan Zalfa.Dia menganggukan kepalanya dan membuntuti langkah Doktor Jafar,doktor yang merawat Kamilia.

“Doktor tak balik lagi?Dah pukul 10 malam dah ni.”Tanya Zalfa dengan dahi yang berkerut.Yelah pelik juga dia doktor itu tidak pulang sedangkan malam sudah pun mulai larut.

“Saya ada kerja sikit tadi.”Zalfa menganggukan kepalanya tanda faham.

“Ada apa doktor panggil saya ni?”Doktor Jafar menanggalkan kaca matanya.

“Oh saya nak tanya pasal pembedahan tu.Bila tarikh yang sesuai?”

“Secepat yang mungkinlah doktor.”Doktor Jafar menganggu-anggukan kepalanya.

“Baiklah kalau macam tu.Minggu ni saya punya jadual pembedahan memang full.Jadi mungkin minggu depan.InsyAllah kalau boleh saya akan cari masa secepat mungkin untuk minggu ni.Kalau tak ada minggu depanlah.”Zalfa tersenyum.Puas hati dengan jawapan itu.

“Terima kasih doktor.”Zalfa berkira-kira untuk berlalu keluar dari bilik doktor itu.

“Oh ya doktor!Bil rawatan Kamilia semua masukkan dalam bil saya ya?”Doktor Jafar menggerakkan kepalanya ke bawah sekali lagi sambil tersenyum.

**

Muka Razif lansung tidak ceria apabila dia mendapat tahu bahawa Zalfa terlibat dalam kemalangan.Hatinya bagaikan dirobek-robek apabila dia mendapat tahu tentang berita itu.

“Saya nak tengok mayat dia doktor.Tolonglah.”Rayu Razif.Doktor Jafar menggeleng.

“Maafkan saya.Tapi pihak keluarga arwah Cik Zalfa tidak mengizinkan awak melihat mayat Zalfa.Mereka takut awak akan terkejut besar.Saya harap awak faham dengan amanah yang diberikan kepada saya.”Razif menumbuk dinding.Rasa sakitnya tidak dipedulikan.Marah bukan main lagi.Sampai hati Dato’ Sufian dan Datin Aina tidak izinkannya melihat Zalfa buat kali terakhir.

“Razif?”Satu suara yang dikenalinya singgah digegendang telinganya.Razif segera berpaling.

“Aunty faham perasaan kamu.”Puan Aina rupanya.

“Aunty izinkanlah saya jumpa dengan dia buat kali terakhir.Saya nak tengok muka dia.Tolonglah.”Puan Aina serba salah.

“Maafkan aunty Razif.Aunty tak boleh izinkan.Aunty ada sebab aunty tersendiri.”Razif mengeluh.

“Aunty datang jumpa kamu ni pun ada sebab.”Razif merenung muka wanita separuh abad itu.

“Masa Zalfa tengah nazak tadi dia sempat sampaikan hasrat dia nak suruh kamu berkahwin dengan Kamilia.Dia cakap kalau kamu benar-benar cintakan dia,kamu berkahwinlah dengan Kamilia.Tunaikanlah Razif.Itulah permintaan terakhirnya.”Datin Aina melangkah pergi dari situ.Razif terduduk di atas kerusi menunggu.Dia meraut rambutnya yang jatuh di atas dahi.

“Baiklah Zalfa.Saya buat ni kerana cinta saya pada awak!”

**

“Amin –amin ya rabbalalamin.”Kedua-dua tapak tangan disapu kemuka tanda doa habis dibaca.

“Kalau tak ada apa-apa lagi kami minta izin pulang.”Ujar Haji Kamarul,tok kadi yang menikahkan Razif dengan Kamilia di bilik rawatan Kamilia.

“Terima kasih.”Dato’ Sufian tersenyum.Haji Kamarul berserta beberapa orang saksi keluar dari bilik rawatan itu.Dato’ Sufian menghampiri Razif.

“Kami dah anggap Kamilia macam anak kami sendiri sebab dia terlalu rapat dengan arwah Zalfa.Lagipun Kamilia anak yatim piatu.Jadi kami ingat nak jadikan dia sebagai anak angkat kami.”Razif tersenyum kelat.Cukup dia benci melihat wajah Kamilia yang dilingkari dengan pelbagai wayar itu.

“Kamu jagalah dia elok-elok.Kami dah anggap dia seperti anak kandung kami sendiri.”

“Bila pembedahan itu nak dijalankan Dato’?”Tanya Razif.

“Panggilah saya ayah.Kamilia ni kan anak kami?Pembedahan esok dijalankan.InsyAllah seminggu selepas itu Kamilia boleh keluar.”

“Eh Dato’ Hisham tak datang?”Tanya Dato’ Sufian apabila menyedari ‘besannya’ tiada.

“Oh walid dia outstation.Dia setuju saya kahwin dengan Kamilia.”Terang Razif.Dato’ Sufian menganggukan kepalanya.

“Nanti kirimkan salam saya kepada dia ya?”

“Razif…Jagalah Kamilia elok-elok ya?Aunty seperti dapat sinar baru apabila doktor kata,doktor dah menjumpai jantung untuk Kamilia.Kamilia memang seorang yang baik.Aunty sayang sangat dia.Aunty harap Razif tak sia-siakan dia.”Penuh pengharapan Datin Aina.Razif tersenyum.

“Cintailah dia seperti mana kamu mencintai Zalfa.”Razif terkesima.Tidak mungkin dia akan mencintai wanita itu.Zalfa adalah cinta pertama dan cinta terakhirnya.Tidak akan ada sesiapa yang mampu menggantikan tempat Zalfa di dalam hatinya.

**

“Apa?!Zalfa dah meninggal dunia?!Bila?!”Hampir tercabut jantung yang baru diperolehnya itu apabila dia mengetahui Zalfa,sahabat dunia akhiratnya sudah pulang ke rahmatullah.Diingatnya dia yang akan pergi berjumpa dengan Yang Maha Kuasa,rupaya Zalfa yang pergi.Butir-butir mutiara laju menitis membasahkan pipinya.

“Dan saya suami awak.”Hampir pengsan Kamilia mendengar itu.Ternganga mulutnya mendengar akuan daripada Razif.

“Suami?”Razif mengangguk.

“Atas permintaan Zalfa.Saya tak cintakan awak okey?”Kamilia terkedu.

“Apa semua ni?Kenapa banyak benda yang jadi lepas saya bangun dari katil hospital tu?”Razif menekan pedal brek.

“Heyyy!Awak boleh senyap tak?!Kusut kepala sayalah!Macamanalah saya boleh setuju kahwin dengan perempuan yang banyak cakap macam awak ni?!Eiii sakit otak tahu tak?!”Marah Razif tiba-tiba.

“Saya tak suruh pun awak kahwin dengan saya!Saya pun dari dulu tak pernah suka awak masa awak bercinta dengan arwah Zalfa.Tapi Zalfa dah cinta mati sangat dekat awak!”

“Boleh tak jangan sebut nama Zalfa lagi?Saya sedih awak tahu?!”

“Awak ingat saya tak sedih?!Saya kenal dia lebih lama daripada awak eh?!”Ammar mengetuk stereng kereta.Dimasukkannya gear dan tekannya laju pedal minyak.Tersandar Kamilia dibuatnya akibat laju punya pasal.

“Dah turun pergi amik baju dan semua benda yang perlu.Mulai sekarang awak tak perlu nak tinggal dekat rumah buruk ni lagi!”Razif memberhentikan kereta Mini Coopernya di hadapan rumah teres Kamilia.Kamilia turun dari kereta itu dengan hati yang panas.Sudahlah dia sedih dengan permergian Zalfa.Tahu-tahu pula dia berkahwin dengan lelaki yang tidak disukainya.Apalah nasib hidupnya berkahwin dengan lelaki sebegitu?

BAB 2

Razif mundar-mandir di dalam rumahnya.Kotak mindanya ligat memikirkan sesuatu.Kamilia yang sedang sibuk menyapu sampah di dalam rumah itu rimas.

“Awak ni kenapa?Macam orang tak betul je?Ke awak tersalah makan?”Kamilia memberhentikan pekerjaannya.Razif memandang ke arah Kamilia.

“Apa?”Razif mengerutkan dahinya.

“Awak salah makan ke?Pelik saya tengok awak ke hulu ke hilir macam orang tak betul.Orang gila pun tak macam awak.”Razif mengetap giginya.

“Malanglah nasib awak kahwin dengan orang gila ni.”Perli Razif.

“Tahu tak apa.Apa untungnya saya kawhin dengan awak ya?”

“Atas permintaan Zalfa.Dah lupa?Aik baru beberapa hari lepas saya bagitahu awak,dah lupa?Oh saya kahwin dengan orang yang kad memorynya rendah kot.256Mb je eh?”Hati Kamilia sudah geram.

“Padanlah muka awak kahwin dengan orang yang macam ni.”Ha ambik kau!Kena balik.Razif menghampiri Kamilia.

“Haaa padan muka!”Razif menjentik telinga Kamilia.Kamilia mengaduh kesakitan sambil memegang telinga kanannya.

“Tak acilah main macam ni!”

“Aci dekat kedai.”Razif berjalan menuju ke sofa dan menghempaskan tubuhnya di atas.Alat kawalan jauh dicapai lalu punat berwarna merah ditekan.Kamilia mendengus geram.Dia meneruskan kerja menyapu sampah dengan hati yang meluat.Sekali-kali dia menjeling tajam ke arah Razif.

“Lia?”Panggil Razif setelah Kamilia selesai menyapu sampah.

“Apa…?”Malas sahaja Kamilia menyahut.

“Saya rasa kita kena buat kontraklah.”Kamilia mendekatkan diri dengan Razif.

“Kontrak?”Razif mengangguk dan membetulkan duduknya.

“Macam dalam cerita Korea,FullHouse tu?”Razif mengangkat kening kirinya.

“Takkan awak tak tahu cerita tu kot?Drama Korea yang popular lima tahun lepas.”Razif menggeleng dengan muka yang blur.

“Apalah!Ketinggalan zaman!Semua orang tahu cerita tu.”

“Kenapa dengan cerita tu?”Kamilia mengambil tempat di sebelah Razif.

“Cerita tu mengisahkan seorang lelaki,artis dia selalu kena gosip dengan perempuan tulah perempuan nilah.So…”Dari A hinggalah ke Z Kamilia menceritakannya.Tidak satu pun tertinggal.

“Last sekali diaorang bahagia bersama.Saya suka sangat cerita tu.Kelakar.Dan saya menangislah jugak tengok cerita tu.”Akui Kamilia.Benar walaupun lebih 10 kali dia menonton drama itu,dia tidak pernah jemu dan setiap kali babak sedih pasti dia akan mengalirkan air mata.Memang 5 bintanglah cerita tu baginya!Dia yakin orang lain pun sama beranggapan sepertinya.

“Tapi kita takkan jatuh cinta macam diaoranglah.Saya buat ni pun demi Zalfah.Tapi mak dengan ayah awaklah.Nanti diaorang cakap apa pulak kita bercerai.Walid saya awak tak payah risaulah.Dia tak pernah ambik kisah pasal saya.”

“Ummi awak?”Air muka Razif bertukar keruh.

“Ummi dah lama tak ada.Dari dulu lagi walid memang tak sukakan saya.Walid tak suka akan anak.Dia kalau boleh nak tinggal berdua sampai mati dengan ummi.Tapi ummi cakap apa gunanya kahwin jika tidak meneruskan zuriat?Jadi lahirlah saya yang dibenci oleh bapak sendiri.Haha.”Kasihan pula dia kepada suaminya itu.

“I’m sorry about that.”Razif menggeleng.

“You don’t have to.So nak tak buat kontrak perkahwinan?”Tanya Razif.Kamilia meletakkan jari telunjuknya di atas bibirnya.Berfikir seketika.

“Tapi saya rasa berdosa dekat Zalfa dengan ayah dan mak.”

“Kalau kita tak serasi nak buat macamana?Saya dengan awak macam langit dengan bumi.Tak sesuai lansung!Lagipun hati saya dah tertutup untuk perempuan sejak Zalfa pergi meninggalkan saya.”Kamilia mengangakan mulutnya.

“Jadi awak berminat dengan lelaki pula?Ya Allah!”Kamilia menekup mulutnya.Tidak percaya dengan pengakuan Razif.Membuntang mata Razif.

“Kenapalah awak ni bodoh sangat ye?!Maksud saya,hati saya dah tertutup untuk jatuh cinta!Faham?!”

“Oh…Macam tu…”Kamilia menganggukan kepalanya sambil tersenyum.

“Baiklah macam tu.Kita buat kontrak!Tapi apa saya dapat lepas saya bercerai dengan awak selaian daripada hinaan dan malu?”

“Anything.Just say it.Awak fikir malam ni,esok pagi bagitahu saya.Dah saya nak tidur.”Razif bangkit dari sofa dan mendaki tangga rumah bungalow dua tingkat itu.

“Esok jangan lupa sarapan!Jangan bangun lewat!”Laung Razif dari atas.Kamilia yang sedang berangan ketika itu tersentak.Dia mengeluh.Bayangan wajah Zalfa bertamu di minda.Betapa dia rindukan sahabatnya itu.Kenapalah Tuhan tidak mengambil nyawanya sebaliknya nyawa Zalfa yang diambil?Adakah kerana dia lebih kuat untuk menerima dugaan ini?Air matanya menitis terkenangkan saat manis dia bersama Zalfa.Aduhai hati rindunya aku kepadamu wahai teman.

**

Kamilia menghulurkan kertas kepada Razif.Razif yang sedang enak menjamu nasi goreng menyambut kertas itu dengan muka penuh pertanyaan.

“Apa benda ni?”Razif membelek-belek kertas itu.

“Tak reti baca ke?Aik arkitek macam awak ni takkan lah tak reti baca?Ke awak beli je ijazah awak tu?”Sindir Kamilia.Razif memandang tajam ke arah wanita yang sedang ketawa itu.

“Kontrak perkahwinan?”Kamilia mengangguk.

“Pertama-Tidak boleh meminta hubungan seks.Kedua-Tempoh perkahwinan selama setahun.Ketiga-Selepas bercerai separuh daripada harta Muhammad Razif Danish diserahkan kepada Kamilia Amalina secara sah.”Membulat mata Razif.Hampir terkeluar biji matanya memandang Kamilia.

“Separuh daripada harta saya?Gila ke?Tak boleh!”Bangkang Razif.

“Semalam awak kata semua boleh?Awak dah lupa ke?Awak ni memori jangka pendek dah rosak kot!Semuanya lupa!”

“Saya ingatlah!Tapi kalau separuh daripada harta tu susahlah!Benda lainlah!”

“Ceraikan saya sekarang!”

“Huh?!Itu lagilah tak boleh!”

“Awak ni semua tak boleh!Kenapa pulak?!”

“Saya dah berjanji dengan Zalfa saya akan mengahwini awak!”

“Awak dah kahwin dengan saya dah pun!Awak tak janji awak tak akan ceraikan sayakan?So ceraikan kah saya!”Razif menelan air liur.Sebenarnya bukannya pasal janji itu.Tapi pasal maruah.Habislah maruahnya nanti.

“Yelah-yelah!Saya terima syarat kontrak awak ni!Hish!”Kamilia tersenyum puas.Perangkapnya mengena.Hehe.

“Tandatanganlah!Saya dah tandatangan dah!Ni sekali.”Kamilia mengeluarkan kertas yang sama kepada Razif.Razif mengetap giginya.Habislah semua hartanya nanti.

“Nah!”Razif mencampakkan kertas itu kemuka Kamilia.Kamilia mendegus marah.

“Tak reti nak bagi elok-elok ke?”Razif tergelak.Sinis sekali.

“Buat apa nak bersopan dengan orang yang otaknya sama macam saiz otak burung unta!”Kamilia mengetuk meja tanda protes.

“Awak tu perangai macam monyet dekat zoo!”Razif memandang tajam ke arah Kamilia.

“Apa awak cakap?!”

“Awak tu monyet!”

“Mulut tu nak kena jentik ke?!”Razif sudah pun mengeluarkan jarinya untuk menjentik.Kamilia melarikan diri ke ruang utama rumah itu.Razif mengejarnya.

“Ouch!Sakitlah!”Kamilia mengosok-gosokkan mulutnya yang berjaya dijentik oleh Razif.Dia menjeling marah kepada Razif.

“Dahlah saya nak pergi kerja.”

“Pergilah!Ada saya kisah?Lain kali nak keluar ke nak pergi mana ke tak payah bagitahu.Saya tak peduli pun!”Darah Razif yang sudah reda tadi naik semula.

“Yang awak tu tak kerja ke?Menggangurkan?Yelah orang yang sakit macam awak ni siapalah yang nak ambil kerjakan?”Tuspp!Pisau menusuk ke hati Kamilia.Kamilia memandang tepat ke arah Razif.Air matanya sudah pun bergenang.Razif diigunungi rasa bersalah.Sungguh dia tida niat untuk berkata itu.

“Ya memang saya ditolak disemua syarikat pekerjaaan disebabkan oleh sakit saya ni.Saya orang susah.Penyakit saya membuatkan saya lagi bertambah susah sebab tak dapat nak cari rezeki.Tapi saya redha dengan penyakit saya ni.Dan alhamdullilah sekarang saya dah dapat jantung yang sihat.Jadi saya akan kerjalah!”Marah Kamilia.

“Aaa…Kerjalah.Masak makan malam.Bye.”Razif melangkah keluar dari rumahnya dan memasuki ke dalam perut kereta.Dia memandu laju pacuan empat roda miliknya.Kamilia mengatur langkah ke dapur dan mengutip pinggan-pinggan di atas meja untuk dicuci.Setelah selesai dia mencuci dia melangkah ke bilik air rumah itu.Dia merupakan seoarang yang pembersih.Kalau bilik air pasti hari-hari ingin dicucinya.Pantang benar dia jika bilik air kotor.Selepas mencuci bilik air dia naik ke tingkat atas.Kini dia ingin membersihkan bilik tidur pula.Selepas dia membersihkan bilik tidurnya dia ingin membersihkan juga bilik tidur Razif.Ya mereka tidur berasingan.Kedua-duanya memang tidak ingin tidak sebilik tambah-tambah lagi sekatil.Kamilia membuka pintu bilik tidur Razif.Tersusun kemas.Sejuk matanya memandang.Kakinya melangkah masuk ke dalam.Matanya tertancap ke arah satu gambar di meja sisi katil.Hatinya curiga ingin tahu siapakah yang berada di dalam gambar itu.

“Zalfa…Aku rindukan kau.”Kamilia terduduk di sisi katil sambil merenung muka yang dirinduinya itu.

“Kau sentiasa ada dalam setiap doaku.”Kamilia mensedekahkan ibu segala surah,Al-Fatihah kepada Zalfah.Teringat pula apa yang dikatakan oleh Razif.Mereka berkahwin atas permintaan Zalfah?Kenapa ya Zalfah inginkan mereka berdua berkahwin?Pelik sungguh.Puas dia memerah otaknya memikirkan jawapan namun malang sekali jawapan yang dicari tidak ditemuinya.

**

Razif merenung komputernya.Dia teringatkan Zalfa.Hatinya cukup merindui wanita yang mencuri hati lelakinya itu.Dia teringatkan saat pertama dia berjumpa dengan Zalfa.

*Flashback

“Awak ni buta ke?Tak ada mata?Mata letak dekat lutut eh?”Zalfa menengking Razif tanpa segan silu di hadapan orang ramai.Bukan main merah lagi muka Razif apabila dimarah begitu.

“Siapa yang tak ada mata?Awak ke saya?Awak yang langgar saya!”

“Amboi-amboi sesuka hati awak je nak putar belit cerita ya?!”

“I’m not!”

“Sudahlah malas saya nak layan orang yang ada otak tapi tak reti guna macam awak ni!”

*Alam nyata

Razif tergelak sendirian apabila dia terkenangkan peristiwa itu.Dahlah ketika itu di panggung wayang.Malu benar dia.Eh!Sekejap!

“Kenapa perangai Zalfa sama macam Lia?Sebijik gila.Suka menjawab!”Dahi Razif berkerut.

“Ala dioarangkan rapat.Mestilah perangai pun lebih kurang.Apalah kau ni!”Marah kepada dirinya sendiri.Razif mencapai pen lalu disambungnya lukisan yang tergendala tadi.Pelan itu harus disiapkan sebelum minggu depan.Jadi dia tidak boleh membuang masa.

**

“Masinnya!Awak masak sup ayam ke sup garam?!”Razif meludah sup yang dihirup tadi di atas pinggan.

“Masin sangat ke?”Razif memandang ke arah Kamilia dengan mata bulat.Dia mengambil sudu lalu disudukan ke dalam sup ayam.Razif menyuapkan sudu yang mengandugi sup itu kepada Kamilia.Tiada respons.

“Okey je.”Razif menelan air liur.Matanya kembali bulat.

“Eh!Mana taste buds masin awak huh?Dah hilang ke?!Awak kikis ke tiap-tiap hari?!”Kamilia memandang Razif dengan muka blur.

“Apasal pandang saya macam tu?”Tidak selesa Razif dipandang sebegitu oleh Kamilia.

“Tak baru saya teringat tadi saya tertumpahkan garam.Lupa!Haha.Padanlah awak cakap masin.”

“Awak rasa tak masin ke?”Kamilia menggeleng.Razif mengeluh berat.Kenapalah dia berkahwin dengan perempuan macam ni?Razif bangkit dari kerusi dan menuju ke peti sejuk.Dia mengambil sebiji telur.Dipecahkan telur itu ke dalam cawan.Dia membubuh secubit garam dan ajinomoto ke dalamnya lalu dikacau laju.Kamilia hanya memerhatikan tingkah laku lelaki itu.

“Awak nak buat telur goreng ke?”Razif menggeleng.

“Habis tu?”Razif meneguk telur yang berada dalam cawan itu.Sehingga habis diminumnya.Kamilia menelan air liur.Hendak termuntah dibuatnya melihat lelaki itu memakan telur mentah.

“Awak ni sah-sahlah tak betul!Makan benda mentah!”

“Sedap!Cubalah!”

“Eiii!Jangan nak mengarut ya?Saya tak makan benda merepek macam tu.Yelah orang tak betul je makan benda macam tu.Awaklah orang tu.Haha.”Kamilia menyuapkan nasi ke dalam mulutnya.Tiba-tiba kepalanya terasa dipukul.

“Aduii!”Razif menaikan ibu jarinya lalu ditunjukkan kepada Kamilia.Kamilia mendengus marah.Dia menghampiri Razif.Masa untuk membalas dendam!Dia sudah bersiap sedia untuk menampar kepala Razif.Razif yang dapat membau tindakan Kamilia bertindak melarikan diri.Sudah!Adegan kejar-berkejaran pun bermula.

“Buekkk!Tak dapat!Haha pendek!”Kamilia tidak berputus asa.Dia berlari sekuat mungkin.Tanpa diduga Razif berhenti secara tiba-tiba.Bertembunglah dua tubuh itu dan akibatnya kedua-duanya jatuh di atas lantai.

“Ehh!Bangunlah!Berat!” Razif menolak badan Kamilia.Kamilia bingkas bangun.

“Kenapa awak berhenti mendadak macam tu hah?”Tanya Kamilia dengan muka berkerut seribu.

“Saya nak terkentut tadi.”Serta merta Kamilia mengepit hidungnya menggunakan jarinya.

“Eiii tak senonoh!Tulah makan telur lagi.”




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

31 ulasan untuk “Novel : Apa kahwin dengan dia? 1”
  1. cik bulan dan matahari says:

    nice story…but cerita dia asyik berpusing je….eventhough li yeung zhi dlm cerita full house pun x buat mcm tu kat han ji en…kasar sangat lah..watak yg lelaki tu..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"