Novel : Best ke cinta monyet 5

27 January 2010  
Kategori: Novel

3,683 bacaan 14 ulasan

Oleh : shafika

Kring!kring!, loceng rumah milik fitri kedengaran pada tengah hari sabtu. Perbualan antara azreen dan fitri agak sedikit terganggu. Azreen bangun dari sofa dan mengorak langkah membuka pintu. Wajah farah terpampang di muka pintu

“ye..cari siapa?” soal azreen dengan sopan kerana belum mengenali siapa farah

“boleh aku tahu siapa yang bernama azreen?” soal farah kembali dengan meninggikan suara semasa menyebut azreen

“ya…saya azreen..ada apa ye?”jawab azreen sopan tetapi sedikit gugup

“belambak jantan kat dunia nie..”laki” aku jugak yang kau nak kan..!”tengking farah dengan memberi pandangan tajam terhadap azreen

“farah..apehal nie?” soal fitri apabila suara farah sampai ke telinganya..fitri sudah menjangka pasti semua nie tentang hadi. Azreen hanya terpinga-pinga

“perempuan nie..perampas!!” jawab farah dengan nada tengkingan

“kau tak boleh macam nie farah..kau tak kenl siapa azreen..so, kau jangan senang-senang nak fitnah azreen camtu…” kata fitri dengan nada suara perlahan..untung ibu bapa fitri tiada di rumah kerana menghadiri majlis perkahwinan rakan mereka. Kedengaran bunyi motor masuk di kawasan perumahan fitri..bunyi enjin motor yang cukup dikenali..hadi

“farah jangan buat kacau kat sini..” kata hadi cuba menenangkan farah

“buat kacau! Apa maksud kau buat kacau..walaupun kita tak sampai 3 bulan couple..kenapa kau buat aku aku macamnie..” jawab farah dengan nada teresak-esak..setitis demi setitis air mata farah mengalir ke pipi. Farah lantas memukul dada hadi untuk melepaskan perasaannya..

“farah jangan macam nie..saya still sayang lagi dekat awak..saya tak kan lepaskan awak” jawab hadi sambil mengenggam jari jemari farah untuk melepaskan dadanya dari ditumbuk.

“dah lah..aku tak hadap nak bercinta dengan kau..lagi pun tak guna aku terhegeh-hegeh dekat orang yang dah tak sudi..hadi..kau patut ubah perangai player kau tu..” jawab farah sambil meronta-ronta melepaskan tangannya dari dipegang oleh hadi lantas berlalu pergi

“fit aku mintak maaf fit pasal tadi…” kata hadi dengan nada bersalah
“kau tak patut mintak maaf kat aku..kau mintak maaf je dengan azreen..kesian dia dia tak salah pun..kau tak patut buat perangailah hadi..” kata fitri dengan nada kesal..muka hadi pun tidak dipandang semasa sedang bercakap lalu mengorak langkah masuk ke dalam rumah

“arin..abang mintak maaf pasal tadi” kata hadi dengan mengelar dirinya “abang”

“arin tak boleh terima semua nie…arin nak abang hadi mintak maaf balik dengan kak farah…” kata arin dengan nada kesal. Hadi lantas berlalu ke motornya dan meninggalkan perkarangan rumah fitri. Mungkin azreen stress dengan apa yang berlaku tadi..fitri yang sedikit bengang dengan sikap hadi membuat hal masing-masing. Azreen memilih untuk berehat di biliknya. Fitri di ruang tamu melayan diri dengan cara menonton televisyen. Satu deringan telefon bimbit fitri berdering.

“ila mintak maaf pasal farah tadi..mungkin buat fit dengan azreen terganggu” kata shila dengan nada serba salah selepas memberi salam

“tak pelah..bukan salah farah pun..hadi yang buat kacau..dia tak patut buat macam tu..fit pun ikut malu..” jawab fitri dengan nada perlahan

“oklah..ila tak boleh borak lama sangat..nak balik dah..” terang shila

“balik?owh..besok sekolah kan..balik naik apa?”soal fitri sehingga terbangun dari sofa setelah mendengar perkataan balik keluar dari mulut shila

“naik bas” jawabnya pendek

“Owh..fit hantar sampai terminal..boleh?” soal fitri teragak-agak

“nak hantar?tak payahlah..lagi pun ila bukannya balik sorang..farah ada..”jawab shila menolak

“tak pelah..hari nie kan..hari last kita jumpa..boleh lah..” kata fit masih berkeras

“ermmm…boleh..datanglah..” jawab shila sedikit riang..mungkin dia pun menyimpan perasaan yang sama seperti fitri..tu “mungkin”, tak sure lagi.

Selepas mematikan telefon..fitri lantas masuk ke bilik menyiapkan dirinya..sempat juga fitri meninjau azreen di biliknya..mujurlah azreen tidur mungkin stress sudah hilang. Sampai di terminal, mata fitri melilau memandang kelibat shila atau farah..mata fitri berhenti apabila terpandang susuk tubuh 2 orang gadis memakai uniform sekolah berwarna coklat dengan membawa beg. Fitri lantas menegur…

“shila..aku jalan dulu..” kata farah sebaik terlihat fitri dari belakang. Mungkin kedatangan fitri tidak dialu-alukan sebab hal semalam.

“jangan ambil hati yer..fit pun fahamkan” kata shila

“hmm..” jawab fitri pendek sambil jalan beriringan

“fit lambat sangat..bas pun dah nak gerak..” kata shila sedikit bersungut

“sorilah..ade accident mase on the way nak datang sini tadi..meh, fit bawak beg tu” jelas fitri sambil selamba tangannya mengambil beg shila

“belajar elok-elok tau..”nasihat fitri kepada shila

Fitri bangun awal pagi untuk bersiap ke sekolah selepas 1 minggu cuti. Sarapan bersama keluarga memang menjadi rutin harian keluarga tn mohktar..

“fit kau marah dekat aku lagi ke?” soal hadi serba salah sesampainya fitri di kelas

“aku tak habis fikirlah pasal kau nie hadi..jahat jugak kau nie kan” lepas fitri sambil menggelengkan kepalanya tanda kesal.

“tak kisah lah apa pun anggapan kau..tapi aku main-main je pasal aku mintak putus kat farah tu..dia yang terasa lebih apasal” jawab hadi selamba

“kau cakap dekat aku boleh lah main-main..tapi dalam hati kau tu..memang kau nak putus pun dengan farah tu..dulu kau cakap kat aku..farah memang boleh ubah kau dan kau tak nak mainkan dia..sekarang nie lain pulak jadinya..nasib baik problem kau nie tak sampai kat family aku” terang fitri panjang lebar

“finelah..aku mintak maaf kalau aku menyusahkan kau..” jawab hadi sambil berlalu ke tempat duduknya..fitri malas hendak memujuk hadi. Biarkan dia dengan hidup dia. Fitri sedar kalau dia memang tak patut nak tentukan jalan kehidupan hadi. Tapi fitri dah anggap azreen macam adiknya sendiri. Fitri tak nak apa-apa berlaku pada azreen hanya kerana hadi. Biasanya kalau pulng dari sekolah..Fitri dan Hadi akan bersaing bersama pulang dari sekolah menaiki motor. Tapi berlainan dengan hari ini. Fitri pulang terlebih dahulu dari Hadi. Fitri tension dengan sikap player Hadi yang menjadi sejak 2 menjak nie..Fitri tidak terus pulang ke rumah. Fitri mematikan enjin motornya di gunung yang berdekatan dengan rumahnya. Langit kelihatan redup. Matahari pun tak memancarkan sinarnya seperti selalu. Sama seperti perasaan Fitri yang redup. Fitri duduk sambil menyegarkan matanya dengan memandang langit yang membiru. Lamunan Fitri terhenti apabila terasa seperti ada orang lain yang duduk di sebelahnya.

” aku taw kat mesti ada kat sini…” kata Hadi sambil matanya tak lepas memandang langit yang membiru..

“apa kau buat kat sini..” soal Fitri nak tak nak..

” tadi aku pergi rumah kau..guard depan tu cakap kau belum balik lagi..so, aku carik kau kat sini..” jelas hadi teragak-agak.

“apa yang kau nak lagi?” kata Fitri sambil memalingkan mukanya pada Hadi.

“aku taw aku salah..tapi aku tak nak persahabatan kita sampai sini..kalau boleh aku nak kekal kan persahabatan kita sampai bil-bila” jawab Hadi serius.

” kau yang buat persahabatan kita jadi renggang macam nie..” jawab Fitri sambil mencapai beg sekolahnya dan menghidupkan motor LC miliknya. Fitri berlalu selamba membiarkan Hadi termangu di situ. Fitri pulang ke rumah..skuter Nouvo milik Azreen tidak kelihatan..mungkin pulang lewat sedikit..sebab ada kelas tambahan di sekolah..mama kelihatan sedang menyiram bunga di halaman rumah dengan mak jah…seperti tidak mengendahkan Fitri yang baru pulang dari sekolah. Fitri bergegas masuk ke biliknya. Fitri hanya menukar pakaian sekolahnya dengan seluar pendek bawah lutut dikenakan dengan baju hitam lengen pendek yang tertera nama kumpulan HUJAN. Fitri keluar dari rumah dan menuju ke halaman rumah untuk membantu ibunya.

“eh..bile Fit balik?” soal mamanya dengan muka pelik.

” tulah..mama sibuk sangat..sampai Fit balik pun boleh tak perasan..” kata Fitri dengan nada merajuk.

” bile papa nak balik ma? Lama betul tak jumpa papa..rindu lah pulak..” kata Fitri sambil melentokkan kepalanya pada bahun mamanya.

” insyallah…besok pagi baliklah..baru tadi papa call…papa nak cakap dengan Fitri tadi..dah Fit belum balik…”

“ow ye ke..” belum sempat Fitri menghabiskan kata-katanya..perbualannya dengan ibunya di ganggu oleh seseorang yang dikenali…Ain!

“hye Fit..untie..” kata Ain sopan

” lama tak nampak Ain..mana pergi sebelum nie?” soal mama Fitri.

” tak ada mana pun..Fitri je tak nak ajak Ain datang rumah nie..” kata Ain sambil matanya mengerling ke arah Fitri..

” berbuallah dulu..auntie banyak kerja lagi nie kat dalam..tak nak masuk dalam?” pelawa mamanya sambil menguntumkan senyuman.

” eh tak apelah..datang sini nak jumpa Fit je kejap..” kata Ain selamba.

” apa pompuan nie nak datang cari aku?” soal Fitri dalam hati.

” nak apa datang sini?” kata Fitri dengan muka kurang senang..mereka duduk berdua di pondok ala-ala Chinese di halaman rumah Fitri.

” saja..lama tak dengar cerita pasal Fit..sekarang nie dengan sapa?” soal Ain teragak-agak..mungkin Ain masih sayang pada Fitri..tapi semua tu dah terlambat.

” buat apa nak tahu..kan kita dah tak ada apa-apa..sebelum nie..sibuk dengan jantan lain..bile orang dah tak nak kat seseorang tu..datang cari balik” perli Fitri selamba..Ain sekadar tersenyum hambar..

” Ain tahu Ain salah..tapi sekarang Ain dah berubah..” jelas Ain untuk menyakinkan Fitri. Memang benar, sejak Fitri putus dengan Ain, Ain kelihatan berubah..perangai playgirl nya terus hilang.berubah sekelip mata.

” habis tu kau nak aku cakap apa dengan perubahan kau tu??motif kau apa nak bagi tahu kau dah berubah..” kata Fitri memberi pandangan tajam pada Ain.

” tak..tak ada apa-apa..Ain Cuma nak kita macam dulu balik..” jelas Ain dengan suara perlahan.

” huhh..macam dulu balik?! Tak hingin aku..” jelas Fitri dengan senyuman sinis dan berlalu masuk ke dalam rumah meninggalkan Ain terpinga-pinga. 30 minit selepas itu, Azreen pulang ke rumah..Azreen menjejakkan kakinya ke dalam rumah, Azreen melihat Fitri sedang kusyuk melihat perlawanan bola sehinggakan Azreen pulang pun tidak disedarinya.

” hai bang..asyik betul mengadap TV sampai tak ingat dunia..” kata Azreen sambil meneguk air yang baru dibuatnya.

” huhh..eh..dah balik? Sorry lah tak perasan pula..meh lah join tengok bola.” Pelawa sambil matanya tak lepas mononton tv.

“hmm..tak pelah..Arin nak masuk bilik dulu..nak study..minggu depan dah nak exam..” jelas Azreen sambil mengorak langkah ke bilik. Fitri lupa tentangpeperiksaan PMR yang akan menyusul pada minggu hadapan. Bercakap tentang PMR, Fitri pula ada perlawanan bola 2 minggu lagi..maksudnya masa tu PMR pun dah habis di sekolah sukan di Seremban. petang ni Fitri ada latihan bersama budak lain, sebagai keptan bola sepak..Fitri lah yang akan bertanggungjawab mengatur strategi dengan bantuan jurulatih.

Pada petang itu, Fitri bersiap-siap untuk ke padang, kalau selalunya Hadi akan datang ke rumah Fitri dan pergi ke padang berdua. Tapi berbeza dengan hari ini. Fitri menghidupkan enjin motornya dan berlalu ke padang sekolah yang jaraknya lebih kurang 7 km dari rumahnya.

“okey..warm up dulu baru mula main..” arah Fitri selaku ketua pasukan, hari ini Cikgu Tharmizi tidak dapat hadir kerana ada masalah, nasib baik pemain yang lain yang datang..tiba mata Fitri merayau mencari seseorang..HADI!..

” Ryzal..hadi mana?” soal Fitri dengan nada bengang.

” mana aku tahu..dia tak ada cakap apa-apa kat aku..” kata ryzal selamba sambil menggolekkan bola dengan kakinya.

” okey..korang buat balingan bola dulu..kejap lagi aku datang” arah Fitri sambil mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari nombor telefon Hadi.

” kau kat mana nie?” soal Fitri di corong telefon dengan suara sedikit kuat.

” kenapa?” soal Hadi tak tahu atau pura-pura tidak tahu.

” kau tahu kita ada training hari nie kan..aku nak kau datang..tak ada alasan” jelas Fitri sambil menekan punat merah di telefon bimbitnya. Sejurus 20 minit selepas itu, Hadi sampai. Fitri hanya buat tak layan dengan Hadi, permainan diteruskan..semuanya menjalankan latihan dengan tekun dan focus berbeza dengan Hadi yang seperti tidak focus..bola asyik terlepas..Fitri yang mula perasan dengan keadaan tersebut membuatkan waktu rehat diawalkan.

” kau nie kenapa? Bola asyik kena ambil je tadi..apa masalah kau nie? Kau tahu tak kita lawan 2 minggu je lagi…” bentak Fitri dengan sikap Hadi yang macam tak ada perasaan.

” aku tak boleh fokuslah Fit..dengan persahabatan kita yang dah berceranggah nie?” kata Hadi sambil meneguk air botolnya.

” kau dengar sini..kita nie harapan sekolah kau tau tak..jangan masukkan masalah personal masa tengah latihan..please lah weyh..profesional lah sikit.” Kata Fitri sambil mengorak langkah ke tengah padang.

” Fit..aku lagi sekali minta maaf kat kau..aku janji aku takkan kacau Azreen lagi..” kata Hadi sambil memaut bahu Fitri.

“ok..aku maafkan kau..tapi aku tak nak kau simpan perasaan pada Azreen..aku tak nak Farah benci Azreen sampai macam tu..” jelas Fitri setelah lama mendiamkan diri. Persahabatan mereka mula terjalin balik.setelah habis latihan semua pemain yang lain telah mengorak langkah pulang, Hadi dan Fitri yang berada dibelakang berjalan sambil berbual.

” kau apa citer dengan si Shila tu?” soal Hadi ingin tahu.

” camtu jelah..member je..” jawab Fitri pendek sambil melemparkan senyuman.

” hai..tak kan member je..kata suka..apsal tak mintak couple?”

” aku belum kenal dia lagi lah..lagi pun susah betul nak contact dia…kau dengan Farah macam mana?” soal Fitri menukar topic.

” aku dengan dia belum ok lagi..aku call dia tak angkat..aku mesej dia tak reply..tunggu dia baliklah..” jelas Hadi teragak-agak.

” bila dia nak balik? Aku rindu lah pula dengan Shila tu..” kata Fitri selamba sambil melemparkan senyuman.

” ada juga miang kau..pelik lah dengan kau..dulu masa kau dengan Ain, kau tak kisah pun kalau tak kenal dia..asalkan dia jadi milik kau..sekarang nie lain pulak, nak kenal lebih rapat konon.” Perli Hadi sambil ketawa besar.

” aku rasa aku salah pilih Ain dulu, dah playgirl..kau tahu tak..dia datang rumah aku haritu..” jelas Fitri kesal. Fitri menceritakan segala yang terjadi semasa Ain datang ke rumahnya..cerita mereka berakhir setelah sampai di tempat parkir..kelibat seorang perempuan yang dikenalinya menganggu mereka. Hadi sudah terlebih dahulu memnita diri.

” macam mana latihan tadi? Ok?” soal Ain sambil tersenyum. Fitri sedikit pun tidak tertarik dengan senyuman yang dilemparkan oleh AIN.

” ok lah..nak apa datang?” soal Fitri..mungkin malas nak layan.

” kalau boleh Ain nak kita macam dulu, tapi just friend pun boleh kan.” Soal Ain teragak-agak.

” aku tak minat nak berkawan dengan orang yang hipokrit..” jelas Fitri ringkas tapi memberi makna yang mendalam pada Ain sambil melemparkan senyuman sinis. Enjin motor dihidupkan..Fitri berlalu meninggalkan Ain keseorang di kawasan sekolah tersebut.

Sesampai di rumah, Fitri mengorak langkah memasuki biliknya..rumah kelihatan sunyi Cuma ada mak jah..kata mak Jah mama menghadiri jamuan..Azreen pula..mungkin belum pulang dari kelas tambahan..5 hari lagi exam PMR bermula..Fitri sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Azreen. Telefon bimbit C905 yang berada di atas katil dicapai..terdapat 3 panggilan tidak berjawab..raut wajah Fitri berubah serta merta..terukir senyuman di wajahnya, Fitri lekas mendail semula nombor telefon yang tidak dapat dijawabnya. Alhamdulillah, Fitri tedengar suara orang yang telah lama dirinduinya.

” baru lah sekarang nak call” kata Fitri selepas menjawab salam.

” sorrylah..busy sikit..pergi mana tadi?penat call” jelas Shila.

” tak bawak phone tadi..ada training kat sekolah..” jelas Fitri sambil senyuman jelas terukir di wajahnya.

” bila lawannya?” soal Shila pendek.

” 2 minggu lagi, awak datang ye..”

” hmm..insyallah, awak training tak ada kena tackle ke?”

” eh..pandai jugak rupanya pasal tackle nie..adalah kena..tapi disebabkan saya kapten, sya lebih bertumpu kat pintu gol lawan je..saya lah yang selalu jaringkan gol…” jelas Fitri sambil ketawa kecil.

” owh..macam Zaquan lah..best tak jadi keptan”

“hmm..ada masa best..kalau kalah..saya lah yang paling teruk kena..” jelas Fitri dengan suara perlahan. Lama juga mereka berbual. Setelah hampir 1 jam mereka berbual, perbualan mereka terhenti disebabkan masa yang terbatas. Fitri terdengar bunyi enjin yang cukup dikenalinya..Fitri melonjak kegembiraan apabila melihat kereta Mercedes hitam milik bapanya bertapak di garaj. Fitri lekas turun dari tangga dan menemui bapanya yang baru pulang dari mesyuarat di London.

” ha..Fitri..solat penuh ke masa papa outstation?” soal papanya..membuatkan Fitri sedikit gentar.

“tak bang..bila mama suruh solat…kejap lagi, kejap lagi..” terjah Pn Suraya selamba. Fitri yang kelihatan cuak hanya mendiamkan diri.Tn Mokhar yang mendengar penjelasan isterinya hanya mampu mengeleng.

” sekarang nie dah asar, Fitri pergi ambil wudhuk..solat..” kata Tn mokhtar memberi arahan pada anaknya. Fitrri sekadar mengangguk lesu.

” ha..Fitri..Azreen mana? Tak nampak dari tadi..” soal papanya.

” Arin ada kelas pa..minggu depan kan dia nak exam…”sejurus selepas berbual tentang Azreen..Azreen pulang dan memarkir motornya di sebelah motor milik Fitri, Azreen kelihatan gembira melihat papanya, Tn. Mokhtar sudah pulang. Azreen menggelar ayah Fitri sebagai papa kerana disuruh oleh Tn Mokthar.

“bila papa balik?” soal Azreen sambil mencium tangan Tn mokhtar.

” baru je lagi…masuk rumah pun belum..Arin dah solat?” soal papanya..

” dah..kat sekolah tadi..” jelas Azreen jujur..sempat juga papanya mengerling ke arah Fitri
Tanda sindiran..Fitri yang mula faham naik ke bilik..wudhuk diambil dan solat Asar dilaksanakan.

Azreen macam mana? Dah bersedia nak ambil exam?” soal Tn Mokhtar kepada Azreen semasa sedang berkumpul satu keluarga di ruang tamu sambil menonton televisyen.

” Arin dah sedia pa..papa dan mama tolong doakan Arin yang terbaik ye..abang Fit pun sama..tadi daddy and mummy call..mereka cakap buat yang terbaik walaupun diorang tak ada di sisi Arin sekarang nie..diorang akan selalu doakan Arin supaya dapat results yang cemerlang dan berjaya..” terang Azreen panjang lebar sambil mengenggam tangan semasa menyebut perkataan “cemerlang dan berjaya”.

” elok lah tu kalau Arin ada cita-cita nak berjaya..at least Arin berusaha..tak macam si Fitri nie..belajar tak nak..suruh solat pun susah..apa yang dia rajin..main bola..tu je” celoteh papanya sambil mata papanya tak lepas memandang Fitri begitu juga mama dan Azreen. Fitri sekadar tersenyum hambar.

” kurang asam bapak aku nie..malu lah aku..jatuh lah saham aku..” bebel Fitri dalam hati. Setelah lama berbual, mama sibuk di dapur membantu Mak Jah, papa pula ada kerja yang belum selesai dan Azreen pula di bilik sedang belajar untuk menghadapi PMR pada hari Isnin minggu depan maksudnya esoklah. Tapi Fitri tak lah bosan sangat sebab Hadi datang beberapa minit selepas itu. Mereka berdua menghabiskan masa bermain bola keranjang di belakang rumah Fitri. Sedang sibuk bermain telefon bimbit milik Fitri yang diletakkan di atas meja berdering.

” aku hangin betul dengan perempuan nie..tak reti bahasa..” luah Fitri kepada Hadi sambil memegang tefen bimbitnya. tertera nama Ain di skrin telefon bimbitnya.

” camnie..kau angkat je..pastu kau layan…kau mainkan dia..” cadang Hadi.

” ermm..ok jugak..kira balas dendamlah nie..ok aku jawab..” jelas Fitri setuju sambil tangannya menekan punat hijau di telefon bimbitnya.

” Fit tengah buat apa?” soal Ain sejurus selepas salam dijawab.

” tengah basuh kain..mestilah tengah jawab call awak..” jelas Fitri bergurau. Telefon bimbitnya disetkan “load speaker” supaya Hadi boleh mendengarnya sekali.

” Fit masih marah kat Ain lagi ke?” soal Ain, padahal Fitri dan hadi sedang terbahak-bahak ketawa tetapi tidak didengari Ain.

” hmm..taklah..dah hilang dah..kenapa?” soal Fitri saja buat tak tahu, Fitri yakin kalau Ain soal sebegitu, tak lain tak bukan nak minta maaf pada Fitri dan harap Fitri bagi peluang pada Ain.

” kalau macam tu..bolehlah kita macam dulu balik.” Jelas Ain dengan suara gembira.

” hmm..kalau tu yang yang Ain nak..kita boleh macam dulu balik..tapi jangan duakan saya lagi..” jelas Fitri sambil ketawa.

“biar aku pula yang duakan kau..” cetus Fitri dalam hati. Perbualan mereka berakhir pada jam 12.30 malam. Banyak juga kredit Ain nie..tidak terfikirkah Fitri apa perasaan Shila kalau dia dapat tahu semua nie. Tapi mereka belum ada hubungan lagi.

Sudah hampir 12 hari hubungan mereka terjalin. Satu sekolah tahu kalau hubungan mereka sudah kembali seperti dulu. Ain lah yang kecoh bagitahu satu sekolah. Tapi Ain tak sedar kalau Fitri hanya mempermainkan Ain, dalam masa yang sama Fitri berhubungan dengan Shila melalui telefon. Besok cuti sekolah..peperiksaan Azreen sudah tamat. Shila juga akan pulang esok. Hari Rabu minggu depan perlawanan bola antara sekolah Fitri iaitu, SMK Cheras dan Sekolah Sukan Bukit Jalil. Setiap hari latihan diadakan sebagai persediaan mereka untuk mengalahkan sekolah lawan mereka.

Perlawanan pun bermula..keluarga Fitri, Hadi, Shila dan Farah turut hadir. SMK Cheras bermain dengan cemerlang tetapi masih tidak dapat menandingi kehebatan sekolah sukan tersebut. Entah macam mana semasa Fitri sedang menggolek bola ke arah gol, bola terlepas dari kakinya apabila kakinya di tackle oleh pasukan lawan. Fitri mengalami kesakitan yang amat sangat, kakinya sudah tidak dapat bergerak banyak kerana krem. Orang yang menyepak kaki Fitri diberikan kad kuning.

” Hadi..aku nak kau yang tending sepakan penalty nanti..buat baik-baik..aku harapkan kau..” jelas Fitri semasa sedang diangkat..Hadi menganggam tangan Fitri tanda setuju. Tiba saat yang dinanti..Hadi focus kea rah pintu gol dan..GOL!!!!!!!!…sorak penyokong SMK Cheras. Mereka menang buat julung kalinya.

Pintu rumah Fitri diketuk..Azreen bergegas ke arah pintu..SHILA..

” ye cari siapa?” soal Azreen sopan.

” hmm..Fitri ada?” soal Shila pendek.

” kejap saya panggil..masuk dulu..” pelawa Azreen sambil mengorak langkah ke bilik Fitri. Fitri bergegas keluar..senyuman terukir pada wajah Fitri. Fitri turun dari tangga dan mengambil tempat di sebelah Shila..agak rapat..Shila mula menjauhkan jaraknya dari Fitri.

” mak ayah Fit mana?” soal Shila selamba.

” ke tapak projek..petang nanti baru balik..” jelas Fitri sambil matanya tak lepas memandang wajah Shila yang putih dan bersih.

” macam mana kaki dah ok?” soal Shila sambil menunduk..Fitri mulai sedar kalau pipi Shila sudah mulai merah. Fitri lantas tersenyum.

” hmm..belum lagi..saya dengar masa saya krem..ada orang tu bukan main risausampai menangis” perli Fitri sambil ketawa kecil.

” malas nak tipu..finelah..memang saya risau..takut sangat kalau something happen kat awak.” Jelas Shila teragak-agak.

” yang sampai menangis kenapa? Takut saya mati?” soal Fitri sambil mengangkat kening belah kirinya. Shila hanya diam membisu..mungkin mereka mempunyai perasaan yang sama…CINTA!..mungkin ini masa yang tepat untuk Fitri luahkan pada Shila tetang perasaannya pada Shila.

” awak ingat tak masa awak call saya sebelum cuti nie..?” soal Fitri dengan muka serius.

“hmm..ingat..” jawab Shila pendek.

” lepas awak call..tak tahu kenapa tiba-tiba saya rasa rindu kat awak?” jelas Fitri jujur.

” kenapa rindu?” soal Shila.

” saya tak pernah rasa macam nie..tapi saya rasa saya dah mula cintakan awak..” jelas Fitri agak gugup..walaupum player tak sangka bila meluahkan cinta menjadi gugup.
Shila yang terkejut sekadar mendiamkan diri.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Best ke cinta monyet 5”
  1. eiyqah says:

    nmpk nyer novel2 at cni sume bez2..pndapt kowg?

  2. human says:

    Kurang berminat..

  3. nurha fatihin najirah shaariman says:

    not bad. bezt ad dan bleh improvekn lagi knowlaege untk ayt2 nie spaya menarik…

  4. dira says:

    mcm tak best la citer ni…bosan sye baca nyer..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"