
Novel : Bila 24
27 January 2010
Kategori: Novel
3,377 bacaan Jom bagi ulasan
Oleh : orentalez
Hafez mencapai kunci kereta diatas meja sebelum menuju kearah fatin dan turut bersalam dengan abah dan mama. Malam ni seperti yang dirancang mereka akan tidur di rumah mak dan ayah. Hafez kemudian keluar telebih dahulu dan menghidupkan enjin kereta. Dia seperti kurang faham dengan apa yang dirasanya sekarang. Semua dibuat seperti ada yang tidak kena. Cinta? Macam ya. Entahlah cuma apa yang dirasanya sekarang seperti pernah dirasa dahulu..perasaan yang sama bila bertemu Fatin yang tiba-tiba berpindah kesekolah yang sama. Tapi..
” Fez, kelas aku ada budak baru masuk” naim mencuit Hafez yang baru meletakkan beg dimejanya.
” Laki ke perempuan?”
” Kalau lelaki aku tak bagitahu lar..tapi dia tak la seayu amalina kau tu, tapi kalau dengan aku padan la..sama-sama cute” balas Naim sambil tersenyum.
” Kau dengan Arni padan la..tu baru betul cute” balas Hafez sambil menuju kearah Arni si montel yang cukup garang.
” Eh, tu..tu..kau tengok kat luar tu..itu la dia” ujar Naim. Hafez turut beralih kearah yang ditunjuk Naim.
‘Fatin?..’
” Woi..lain macam kau ni. Kau jangan..” Sergah Naim bila melihat Hafez seperti terpaku melihat Fatin.
” Gila! Aku bukan macam kau..”
” Setia la konon tu…nak muntah aku”
” Pergi balik kelas kau la setan..”
Kenangan lama membuatkan Hafez kembali berfikir…
*********
Aku segera mendapatkan Hafez yang sudah berada dalam kereta. Cepat betul mamat ni. Apayang dikejarnya pun aku tak tahu.Hafez yang pantas membuka kembali pintu kereta membuatkan aku yang baru sahaja nak masuk sedikit terkejut. Apahal pula mamat ni?
” Fatin bawak kereta ya..Hafez ingat nak jalan je..jumpa dekat rumah mak” Ujar Hafez sebelum terus berlalu sebelum sempat aku berkata apa-apa. Sawan ke mamat ni? Tiba-tiba je. Sia-sia balik sini ambil flight..ingatkan boleh bersenang lenang tak payah drive. Ala..bukan mati pun bawak kereta, banyak pula merungut aku ni. Tapi memang pelik mamat tu..tadi dekat kolam, tiba-tiba hilang lepas tu senyap je sampai mama dan abah balik. Alih-alih macam ni pula jadinya. Lantak kau la Hafez.. nak senaman kot..semoga sihat selalu.
***********
Sebaik meletak beg di bilik dan membersihkan diri. Aku terus menuju kedapur. Hanya mak dan adik disitu. Hafez pula dari tadi tak nampak..entah dia berjalan ke merangkak pun aku tak tahu..tak sampai- sampai lagi.
Aku memandang sekeliling, cokelat..krim..tepung..gula.. dan buah-buah segar. Apa la mak nak buat ni? Aku mengambil tempat sebelah adik yang sedang enak menjamu nasi.
” Baru makan nasik?” soal aku pada adik.
” Mana taknya..tengah hari tak balik..entah kemana dia pergi main pun tak tahu la” sampuk mama. Adik tersengih sebelum kembali menyuap nasi ke mulut.
” Mak nak buat apa ni?” Soal aku pada mak yang sedang memegang mangkuk berisi telur dan turut mengambil tempat semeja bersama aku dan adik.
” Saja nak mencuba ni..semalam tengok dekat tv macam sedap je..malam ni kita try” ujar mak beserta tawa sementara tangannya lincah membuat kerja. Belum siap lagi pun aku dah rasa macam sedap je.
” Hee..macam best je..mak sihat? Lama rasanya tak balik sini..” bertuah tak aku ni?..baru nak tanya sihat ke tidak. Manis senyuman mak..tak ubah macam anak dia yang seorang tu..kata je anak angkat, tapi muka ada iras juga.
” Sihat macam ni la. Tak pe la..mak faham kamu tu sibuk..selagi ingat sudah. Ha, yang si Hafez dengan ayah kamu tu tak ingat nak masuk ke? Dekat maghrib dah ni” Balas mak. Hihi..kenapa tak sama dengan mama. Ah, jahat aku ni. Hafez tu dah sampai rupanya..ingat dok merangkak lagi.
” Kakak lama lagi ke dekat Dubai” Soalku. Tak salah, hari tu Hafez ada cerita pasal tu.
” Dah lama balik dari Dubai..tapi lepas ke Singapore pulak.. Elok la dua suami isteri tu..kerja..kerja.Nasib anak baru seorang” Entah apa-apa aku ni ..ketinggalan..lambat dapat info.
” Oo.. seronok apa..merata berjalan”
“Iya la..sementara muda..seronok la kerja. Dah umur macam mak ni nanti..semua malas. Hmm..tolong capai dulang tu untuk mak” balas mak. Aku bangun mengambil dulang yang sudah siap tersusun mangkuk-mangkuk kecil diatasnya.
” Tak sabar nak rasa dah ni” Aku membantu mak mengisi mangkuk-mangkuk kecil tu sebelum meletakkan semuanya dalam peti sejuk.
” Fatin..mak mintak maaf tau..dulu mak satukan kamu dengan Hafez, mak langsung tak fikir kamu suka atau tidak..Masa tu memang mak terfikirkan kamu je..bila si Hafez tu putus dengan Marni..dia macam dah tak mahu ambil tahu pasal perempuan dah. Takot juga mak masa tu..” Kata-kata mak membuatkan aku sedikit tersentuh. Aku tak pernah langsung salahkan sesiapa. Dah aku sendiri terima..pandailah aku tanggung.
” Ala..mak..Tak mau la sensitif-sentsitif ni..tak best la” balasku membuahkan tawa dibibir mak. Dia menepuk bahu aku sebelum beralih mengemas meja yang sedikit berselerak. Aku turut membantu sebelum kemudian mak beredar untuk solat maghrib. Tak sangka pula aku boleh buat orang rasa serba salah. Kan tak tak pasal sendiri pula yang rasa serba salah ni.
**********
Aku melangkah masuk kebilik. Kelihatan Hafez sedang berdiri di satu sudut..tunduk dan wajahnya kelihatan serius merenung skrin telefon yang berada ditangannya. Lain betul riaknya berbanding siang tadi.
” Achik” Telefon yang berada ditangannya terus terlepas bila aku memanggilnya. Rasanya tak adalah kuat sangat aku panggil sampai dia boleh terkejut macam tu sekali. Dia kemudian meraup wajahnya beberapa kali sebelum tunduk mencapai telefonnya semula.
” Siaplah..kita terus ke rumah nenek lepas ni..” Ujarnya. Ada getar pada suara dia walaupun tiada air mata namun jelas aku dapat lihat matanya berkaca.
“Mmm..” Aku sendiri tak tahu apa nak cakap pada masa ni. Takut pula tersalah tanya.
“Nenek..nenek dah tak ada. Baru je..Azlan mesej” giliran aku pula yang terkejut. Seingat aku..Azlan kata haritu nenek semakin sihat. Wajah Hafez jelas berubah, sedikit pucat walaupun aku tahu dia sebolehnya cuba sembunyi perasaan depan aku. Apa aku nak cakap sekarang.. perlu ke aku cakap sesuatu untuk tenangkan hati dia atau aku sepatutnya diam sahaja? Rasa-rasanya perlu ke? Teruk tak aku ni? Waktu aku ada masalah dulu dia beria je nak tenangkan aku. Tapi rasanya macam dia tak perlukan aku kot..mesti dia tak harap pun aku tenangkan dia kan?












