Novel : Dibius cinta 23

19 January 2010  
Kategori: Novel

13,100 bacaan 9 ulasan

Oleh : Jeje

BAB 35

Ayuna tidak habis-habis menguap sambil melihat alongnya yang khusyuk memandu. Pagi-pagi buta lagi dah kejut aku suruh bangun dan siap-siap. Dahlah tidur pukul 4 pagi tadi. Semuanya gara-gara nak menghabiskan siri drama korea Boys Over Flowers. Aduh, geramnya pada laong memang tak habis lagi. Dia sedang bermimpi berjumpa dengan Lee Min Hoo antara actor yang berlakon dalam drama korea tersebut. Cis, potong stim betullah along ni. Ayuni pulak tak dapat ikut sebab ada hal katanya. Hal apa agaknya pada hari minggu begini. Mintak-mintak dia tak buat perangai lagi. Kali ini dia harus percaya dengan Ayuni.

“Acik Ayun ni asyik menguap je. Boring tau Arai tengok. Bak kata mama Arai, tak proaktif la.”

Ayuna memeluk Arai dengan lengannya lalu menghempapnya. Sengaja dia buat-buat tidur di atas tubuh si kecil itu. Padan muka. Bersungguh-sungguh si kecil itu untuk mengalihkan tangannya. Haha, Ayuna ketawa di dalam hatinya. Tiba-tiba terasa rambutnya ditarik.

“Adeh, Arai… don’t touch my hair,” rayu Ayuna pula. Arai tersenyum puas sambil menjelirkan lidahnya.

Adam Shafiq hanya melihat tingkah adik dan si kecil itu melalui cermin keretanya. Bibirnya terukir senyuman yang manis. Sekilas dia menjeling ke arah Cazlin Amalina. Aura apakah yang ada pada wanita ini? Biarpun dia ada di hadapan mataku, hati dan jiwaku menjadi tak menentu. Rindu yang teramat. Dia pemilik hati dan seluruh cinta ini. Argh, namun dia canggung. Tiddak tahu bagaimana untuk memulakannya. Malam tadi pun dia mempunyai kekuatan semuanya kerana Arai. Entah bagaimana ringan sahaja tangannya mencapai tangan isterinya. Bunga-bunga cintanya begitu segar di dalam hatinya. Dia tahu dia berdosa pada isterinya. Dia berdosa kerana mengabaikannya. Dia juga berdosa kerana menyakiti hati, dan secara fizikalnya tangan ini pernah menyentuh wajah yang tak berdosa itu. Tiba-tiba radio Sinar Fm memutarkan sebuah lagu evergreen yang sudah lama tidak didengarinya.

Tuhan sengaja menduga kita
Di mana kesabaran manusia
Engkau isteri yang ku sanjungi
Lambang semangat cinta dunia

Pasti engkau terkenangkan
Peristiwa semalam
Saatku menggadaikan cinta
Pada onak dan duri asmara

Entah di mana akal fikiran
Hingga sesat di jalan yang terang
Ini suratan yang diberikan
Menguji kekuatan jiwa

Waktu engkau ku lupakan
Dalam kemarau panjang
Betapa hatimu rela
Demi melihatku bahagia

Kau menahan segala siksa
Di hati hanya berdoa
Mengharapkan aku kan pulang
Agar terang cahaya

Ku yang hanyut di arus dosa
Di laut ribut melanda
Dan berenang ke pelabuhan
Kasih sayang sebenar

Air mata cinta darimu
Ku menjadi rindu
Pada syurga di wajahmu
Tiada tanda kau berdosa

Biar aku cium tangan mu
Membasuh lumpur di muka
Ku yang hanyut berarus dosa
Di laut ribut melanda

Kau menahan segala seksa
Di hati hanya berdoa
Ku berenang ke pelabuhan
Mencari cinta sebenar

Kan ku tahan apa hukuman
Di hati hanya berdoa
Biar aku cium tangan mu
Sekali lagi bersama

Bukan sekali jalan berduri
Hanya tuhan yang pasti
Mengerti…

Adam Shafiq menjadi sebak tatkala bait-bait lagu itu diperdengarkan oleh penyanyi Nash yang bersuara serak basah itu. Liriknya sangat meruntun hatinya.

“Are you okay?” lembut sahaja isterinya menyentuh bahunya.

“I’m okay,” Adam Shafiq tersenyum lalu tangan isterinya yang berada di bahunya di bawa ke dada kirinya.

Cazlin Amalina tersenyum. Pelik dengan kelakuan Adam Shafiq. Kejap ok. Kejap k.o. Tapi kelakuan Adam Shafiq semenjak semalam sedikit mengelirukan dirinya. Atau tuhan sudah mendengarkan doanya?

Setibanya mereka di Skyway Cable Cars, Ayuna dan Arai menaiki cable car yang lain manakala Adam Shafiq dan Cazlin Amalina pula menaiki cable car yang lain.

“Ala, kenapa kita tak naik sama dengan uncle Adam dan auntie Lin?”soal Arai yang terpinga-pinga apabila berpisah dengan Adam Shafiq dan Cazlin Amalina.

“Uncle dengan auntie Lin nak dating kejap Arai. Ala, nanti lepas turun ni acik Ayun belanja aiskrim ok? Kita makan banyak mana Arai suka.” Ayuna memujuk si kecil yang belum memahami perihal orang dewasa itu. Dia faham rumah tangga alongnya sedikit bermasalah kebelakangan ini. Sejak kak Lin keguguran, rumahtangga along dan kakak iparnya mulai layu. Malah dia menyedari layanan alongnya terhadap Cazlin Amalina akhir –akhir ini. Sungguh dingin sekali. Pernah juga dia melihat kak Lin menitiskan air mata di kolam ikan mamanya. Tapi tadi romantik pulak tengok kak Lin dengan along naik cable car berdua je. Mesti banyak perkara yang nak diselesaikan antara mereka berdua.

Cazlin Amalina melepaskan pandangannya ke luar cable car. Tidak tahu apa yang hendak dimulakan sebagai pembuka bicara. Sudah lama dia dan Adam Shafiq tidak berdua begini.

Tiba-tiba tubuh Cazlin Amalina ditarik ke dalam pelukan Adam Shafiq. Tubuhnya dirangkul erat oleh suaminya. Cazlin Amalina sedikit terkejut. Perlahan-lahan tangannya juga mengeratkan pelukan suaminya.

“Abang sayangkan Lin. Maafkan abang. Abang tak patut buat Lin macam tu. Abang tak patut mencurigai kasih dan sayang Lin pada abang. Abang buta dalam menilai keikhlasan dan ketulusan isteri abang. Abang tak layak untuk Lin…” Cazlin melonggarkan pelukannya dan menekup perlahan mulut Adam Shafiq agar tidak meneruskan lagi kata-katanya.

“Lin tak nak dengar abang cakap macam tu. Siapa cakap abang tak layak untuk Lin? Cuma abang harta yang Lin ada kat dunia ni. Lin tiada sesiapa lagi kat dunia. Abanglah suami Lin. Abanglah penjaga Lin. Dari seorang yang dah takde apa-apa kat dunia ni, takde keluarga sejak along dah tiada, kehadiran abang dalam hidup Lin suatu anugerah terindah yang melengkapkan segala kekurangan Lin. Macam mana abang boleh cakap yang abang tak layak untuk Lin?” ucap Cazlin Amalina sambil menangis teresak-esak. Air mata yang cuba ditahan-tahan selama ini bagai telah ditahan bertahun-tahun lamanya. Air matanya mengalir membawa sekali rindu dendam yang terbuku di dadanya selama ini.

Adam Shafiq mengesat air mata jernih yang membasahi wajah sang kekasih. Tuhanku, betapa beratnya ujian dariMu. Jangan biarkan dia terseksa lagi, tuhanku. Tak sanggup aku melihat wajah ini dibasahi air mata. Biar sahaja diriku yang menanggung segala beban derita dia. Jika itulah bayaran atas kekhilafanku padanya, Ya Allah.

“Abang akan cari siapa yang buat Lin keracunan tempoh hari. Abang janji akan cari dia sampai lubang cacing. Abang akan cari pembunuh ’anak’ kita!!!” ucap Adam dengan sepenuh hatinya. Dia mengucup tangan isterinya sambil mengucapkan kata-kata tersebut.

Cazlin Amalina memandang sahaja tingkah laku suaminya. Dia menjadi sebak tidak semena-mena. Kalaulah Adam Shafiq tahu perkara yang sebenarnya. Kalaulah dia mampu memberitahu Adam Shafiq dan seluruh dunia bahawa Hana Nadiah lah yang menyebabkan dia keracunan. Hana Nadiah juga merupakan pembunuh ’anak’ mereka. Air matanya menitis lagi. Tapi bagaimana? Bagaimana dengan Ayuna yang baru hendak berubah? Bagaimana jika mama mengetahui hal yang sebenar? Pasti keluarga Adam Shafiq akan hancur berantakan. Keluarga yang bahagia ini akan dilanda garuda. Maka, tiada lagi bahagia seperti yang sekarang mereka nikmati. Dia tidak sanggup.

“Kita lupakan sahaja hal tu. Kita bina hidup baru yang lebih baik. Kita tutup buku. Lin tak nak fikir apa-apa lagi.”

“Takkan Lin nak lupakan sahaja pembunuh ’anak’ kita?”soal Adam Shafiq yang terkejut dengan permintaan isterinya.

“Lin tak nak fikir hal yang dah berlalu. Lin dah tak sanggup nak fikir lagi. Lin cuma nak abang. Itu sahaja permintaan Lin. Lin cuma nak abang. Lin takkan minta benda lain lagi. Cukuplah abang ada di sisi Lin. Tolonglah, bang…”

Adam Shafiq memeluk isterinya. Hancur luluh hatinya mendengarkan rayuan isterinya. Tidak pernah Cazlin Amalina merayu seperti itu. Mendayu-dayu hanya mahukan dirinya. Rasa kesal mengetuk-ngetuk pintu hatinya kerana tindakannya sebelum ini terhadap Cazlin Amalina. Dia menjauh, mengeji dan telah menyakiti wanita ini. Namun, wanita ini masih menerima dirinya. Dia mengucup ubun-ubun isterinya. Aku akan jaga dia sebaik yang mungkin. Aku akan jaga dia lebih dari diriku sendiri. Dalam diam, Adam Shafiq masih menyimpan hasrat untuk meneruskan pencariannya mencari manusia terkutuk yang menganiaya anak dan isterinya.

Adam Shafiq dan isterinya beriringan keluar dari cable car tersebut lalu mendapatkan adiknya dan Arai.

“Fuiyoo, uncle dengan auntie dating…”Arai bersuara selamba saat pasangan suami isteri itu menghampirinya.

“Arai..” Ayuna mencuit Arai. Tidak sangka kanak-kanak sekecil itu begitu pandai mengusik orang dewasa. Arai tersengih-sengih.

“Elleh, papa Arai selalu usik bila ada budak perempuan dekat dengan Arai masa dekat sekolah.”

Adam Shafiq dan Cazlin Amalina tersenyum sahaja melihat tingkah kanak-kanak tersebut. Seterusnya mereka meneruskan perjalanan ke seluruh taman tema Genting. Adam Shafiq mengangkat Arai dan mendukungnya di atas bahu. Cazlin Amalina pula tertawa melihat Arai yang begitu girang duduk di atas bahu suaminya. Ayuni mengambil kesempatan merakankan saat manis tersebut.

“Nanti nak upload kat facebook. Biar kak Hana yang busuk hati tu tengok. Jangan harap dia boleh hancurkan hubungan along dengan kak Lin lagi,” getus hati kecilnya.

BAB 36

Ayuna melepaskan pandangannya ke arah luar tingkap restauran. Dia melihat sahaja gelagat anak muda yang sedang riuh bergelak tawa di luar. Mereka mungkin kelihatannya muda 3 atau 4 tahun dari dirinya. Bergelak ketawa dan bebas bertepuk tampar. Dahulu dia begitu. Malah lebih teruk daripada itu. Bayangan masa lalunya kini menghantui. Dia yang dulunya seorang gadis yang liar, bebas dan tidak tahu malu. Mudah sahaja dia berada di pangkuan lelaki apatah lagi menonggang air setan tanpa segan silu. Ayuna memejamkan matanya. Dia malu. Betapa buruknya masa silam yang telah dilakar dalam sejarah hidupnya. Dia malu dengan semua. Malu dengan mama dan papa, along, kak Lin, Ayun dan dia sangat malu untuk berhadapan dengan Penciptanya. Akulah wanita yang dijanjikan neraka. Astaghfirullahala’zim.

“Hi, dear Yuna. Hei… fesyen baru ke?” Hana Nadiah menghempaskan punggungnya selamba di hadapan Ayuna.

Ayuna tersenyum sinis.

“Fesyen begini menjanjikan syurga buat si pemakainya. InsyaAllah,’ jawab Ayuna selamba. Dia melihat dirinya kini yang berbaju kurung yang diperbuat daripada kain cotton bercorak bunga-bunga kecil dan tudung pemberian kakaknya, Ayuni. Pakaian sebegini rasanya lebih selesa berbanding dengan mini skirt dan baju ketatnya dahulu.

Hana Nadiah ketawa dengan kuatnya. Ada hati nak sindir aku.

“Orang macam kau ni ada tempat ke kat syurga?”

“InsyaAllah. Allah itu Maha Pengampun. Sentiasa ada tempt buat hambaNya yang betul-betul mahu berubah.”

“Oh my god. Sejak bila dah pandai nak bagi ceramah agama ni? Belajar dengan siapa? So funny la. Orang macam kau ni nak berubah jadi perempuan solehah. Pleasa la,”

“Yuna belajar dengan orang yang kita benci sangat selama ni. Orang yang kita dah hancurkan impian dia. Orang yang kita tak henti-henti cuba hancurkan kebahagiaan dia. Orang yang Yuna khianati inilah yang sudi menghulurkan bantuan kepada Yuna. Bantuan yang akak sendiri tak pernah hulurkan kepada Yuna..”

Hana Nadiah memandang tajam Ayuna. Biar betul Cazlin Amalina adalah orang yang dimaksudkan? Fuh, hati mmalaikat betul perempuan tu?

“Maksud Yuna? That bitch?”

“Hentikan kata-kata nista akak tu. Yuna pasti wanita yang bernama Cazlin Amalina nilah yang dijanjikan syurga oleh tuhan, wanita yang tabah bila diuji. Wanita yang redha bila kehilangan. Wanita yang terlalu mulia di hati Yuna. Kita dah banyak menyusahkan dan menyakiti dia. Cukup-cukuplah tu kak,”

“Ah, just shut up.” Jeritan Hana Nadiah telah mengejutkan beberapa orang yang turut berada di restauran tersebut hinggakan mereka menjadi perhatian orang-orang di situ.

Ayuna terdiam. Dia kesal dengan sikap Hana Nadiah yang masih tidak mahu berubah.

“Kau dengan perempuan macam malaikat tu boleh jalan dah. Kau fikir aku heran? Takut? Kau dengar sini baik-baik. Aku takkan senang selagi Adam Shafiq tak kembali pada aku. Kau ingat dengan transform diri kau jadi macam ni atau Ustazah, kau dah tak payah masuk neraka? Dah dapat VIP tiket ke syurga? Jangan mimpilah. Kalau kau buat apa-apa yang boleh menjatuhkan aku, aku takkan lepaskan kau. Kalau kau tak sayangkan mama kau tu, cubalah berlagak pandai.”

Ayuna bangkit dari kerusinya dan mengambil beg tangannya.

“Yuna berani tanggung apa yang Yuna dah buat. Cuma Yuna tak boleh biarkan akak buat apa-apa yang menyakiti kak Lin lagi. Masih sempat lagi kalau akak nak berubah,” Ayuna terus berlalu meninggalkan Ayuna keseorangan.

Hana Nadiah mendengus.Geramnya. Lagi-lagi Cazlin Amalina. Bosan!!!

Ayuna berlari keluar dari restoran. Air matanya tidak henti-henti mengalir. Dia kesal. Kini dia benar-benar telah menyusahkan semua orang di sisinya. Kenapalah dia tidak mati sahaja. Sampai bila lagi dia harus menyusahkan mama, kak Lin dan along? Tangannya menggigil. Tubuhnya juga menggeletar. Segala kekuatannya berdepan dengan Hana Nadiah telah habis digunakan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini.

Tiba-tiba sebuah kereta muncul menuju ke arahnya. Ayuna cuma mampu melihat.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

9 ulasan untuk “Novel : Dibius cinta 23”
  1. sitisoleha yahaya says:

    Oh…gembiranya hati melihat semula kebahagiaan Cazlin & Adam. Moga2 berkekalan ya Jeje. Tp meluat lak tgh Hana Nadiah 2…Tahniah wat Jeje krn menimbulkan perasaan itu dlm diri ini.

  2. ai says:

    lambatnye sambungan… :roll: da ingat xingat da ep lepas. :roll: :roll:

  3. iz.. says:

    …wah best…nyer..nanti hantar cepat2 tau crita seterusnya.. ;-)

  4. amisha says:

    Hai jeje…plot bagus…tahniah

  5. UMMIHURAIRAH says:

    piwit2..hebat la cite u jeje..sambung cepat…

  6. shirota yuu says:

    bestnye cite ni…..jht betul si hana 2…. :x

  7. MiCha2402 says:

    ermm confius skt part..ayuna..ayuni..mcm ada X kena..
    hehe tp..happy..adam dan lin da b’bk..

  8. Nur Dara Adalia says:

    :oops: Yuna kena langgar dek keta? owhh..

  9. miss Khodi says:

    knp xbt pgln ayuna dgn ayuni ona n oni je mcm bab awal??sng skit nk kesan..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"