Novel : Dilaila 1

25 January 2010  
Kategori: Novel

1,079 bacaan 3 ulasan

Oleh : April

BAB 1

SKSM hari ini tampak sesak dengan kepulangan murid2 skolah rendah setelah sesi pembelajaran hari itu selesai. Murid2 berpusu2 keluar dari sekolah menuju ke kenderaan masing. Ada yang dijemput ibu bapa dan ada juga yg pulang sendiri menaiki basikal. Kelas 3 aggresif sudah lengang, Cuma tinggal 2 pelajar yg masih sibuk menyusun buku dan memasukkannya ke dalam beg sekolah.

“Ndut! Cepatlah sket. Aku dah siap ni. Ayah dah tunggu di luar tu. Ko ni lambat tol la!” Azrul Daniel merengus sambil memerhati Laila yang sudah biasa di panggilnya dengan panggilan “Ndut”. Laila hanya menjeling sambil sengaja lambat2 memsukkan buku2 sekolahnya ke dalam beg.

“Tengok tu! Sengaja lagi lambat. Aku tinggal ko sorang2 kat sini baru padan muka. C buyut tunggu ko di bawah tu”, Daniel menggertak. Apabila mendengar nama Buyut disebut, Laila menjadi takut. Apalagi mendengar dia tngah tunggu kat bawah, lagila dia takut. Cepat2 dia menutup begnya.

“Ok, jom2.” Laila berlari menuju ke pintu.

Mereka berdua berlumba2 menuruni tangga. Tiba di tangga terakhir, langkah Laila mengecil. Dia mengintai2 ke depan seperti mencari sesuatu.

“Hoi! Ko intai sapa tu?” Azrul menyergah Laila dari belakang. Laila terkejut. Fuh, naseb baek tak gugur jantung. Dia mengurut dadanya.

“Bodoh la ko ni ndut, terkejut aku” Laila memarahi Azrul yg sengih2 memandangnya. “Aku tengah tengok c buyut ni.”

“Dia takda la ndut. Dia dah pulang. Aku dah halau dia. Kan dia takut dengan aku.” Kata Azrul sambil mengangkat2 keningnya.

“eleh!” Laila mecebik. “Jom lah.” Laila berlari menuju ke pagar meniggalkan Daniel di belakang. Buyut takda. Line clear.

“Hei, tunggulah aku!” Azrul mengejar Laila.

C buyut adalah pelajar tahun 5 sekolah mereka suka sangat membuli.dan mangsa kegemaran c buyut tak lain tak bukan adalah Nurhana Dilaila. Mungkin kerana laila comel dan selalu bertocang dua dengan lesung pipit di pipi kirinya membuatkan buyut geram memandang Laila. Atau juga buyut menyukai Laila, namun laila tidak melayannya membuatkan buyut membulinya? Hehehe..

“Assalammualaikum yah” Laila mencium tangan ayah Azrul. Dia memanggil ayah Azrul sebagai ayah kerana keluarganya dan keluarga Azrul memang rapat malah ayah Azrul dan ayah Laila merupakan sahabat karib.Azrul dan Laila membesar bersama dan memang rapat semenjak mereka kecil lagi. Biarpun Azrul suka menyakat Laila dan suka menyakitkan hati Laila, namun jika terjadi sesuatu kepada Laila, Azrul la yg sering membantunya. Malah Azrul pernah bergaduh dengan C buyut apabila c buyut membuli Laila hingga dia menangis. Aku sakitkan hati Ndut bleh. Klu org lain, NO WAY ! katanya dalam hati.

“Waalaikummussalam,laila” Fairul Izwan senyum sambil menyapu kepala Laila.

“assalammualaikum ayah” Azrul turut mencium tangan ayahnya. Kemudian dia meluru masuk ke dalam kereta ayahnya.

Kereta yg di pandu Fairul Izwan, ayah Azrul meluru laju menuju ke kawasan perumahan Mutiara, tempat tinggal mereka. Rumah Azrul dan Laila hanya berdepan. Mereka sering bermain dan belajar bersama biarpun kadang mereka sering bergaduh.

Sampai dirumah, Laila segera turun dari kereta. “Terima kasih yah.” Dia berlari menuju kerumahnya tanpa mengucapkan selamat tinggal pada Azrul.

“Hoi ndut, aku takda ke?” Azrul menjerit bertanya. Laila yg berlari menuju kerumahnya terhenti seketika. Dia berpaling memandang Azrul. “kau tak payah! Kau tu jahat” Laila mencebik bibir lalu masuk kerumahnya. Dia ingin segera membersihkan begnya. Azrul hanya tersengih2.

Azrul telah memasukkan katak dalam be sekolahnya. Habis kecoh satu kelas apabila Laila menjerit melihat katak keluar dari begnya apabila dia merasakan ada benda yang berbunyi2 dalam begnya. Dia memandang Azrul yang ketawa terbahak2. Dia tahu itu adalah kerja Azrul yang membalas dendam dengannya apabila kemarin dia telah memberi kuih donut yg bersalut garam kepada Azrul. Hehe..

Kurang asam betul c Azrul ni.eee.. geli betul aku dengan katak. Nanti kau, pasni aku bagi kau donut salut lumpur pulak! Laila semakin geli apabila teringat binatang kecil licin berwarna hijau tu melompat keluar dari begnya sambil mengembang2kan lehernya. Eeuuuhh…

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Dilaila 1”
  1. April - Nirina says:

    Salam..
    hope you all suka dengan cerita ni.
    enjoy k..

  2. fairusfaitihani says:

    not bad…kalu cte nih brsmbng smpai laila n azrul dewasa msti best

  3. April - Nirina says:

    x’ly lebih kurang macam tu la cerita dia.
    dah post pun bab 2 tapi blum publish lagi kot.
    apepun, thanks for reading. ;-)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"