Novel : Episode 1437 1

25 January 2010  
Kategori: Novel

2,942 bacaan 6 ulasan

Oleh : aerolit_gurlz

Arghhh!!!Khairina menjerit kuat.Dia memandang wajah abang-abangnya yang sedang elok duduk tersusun di atas sofa.Aku makan jugak karang diaorang ni.

“Menjerit sampai nak cair taik telinga aku”rungut Along.

“Entah..baru suruh buat macam tu pun dah nak memberontak.Dulu,masa kecik-kecik dulu..dia tak ingat kot kita nilah yang selalu jaga dia”ucap pula Angah.

“Memang adik yang tak kenang budi sungguhlah”kutuk Acik tidak mahu ketinggalan.

“Oit!Korang jangan nak melampau ek.Korang ingat,apa yang korang suruh buat tu benda senang ke?Susah korang tahu tak?”.

“Susah apa bendanya.Senang aje.Suruh kahwin je.Itupun susah ke nak faham?”.

Terbeliak biji mata Khairina mendengar ucapan yang keluar daripada mulut Angah.

“Korang ni kena sampuk dengan mambang apa ha?Aku umur baru 21 tau.Aku yang muda belia remaja campur dengan mentah ni korang nak suruh kahwin.Apa buang akal ke korang?Lepas tu,nak suruh aku kahwin dengan sape?Beruk makye?”soal Khairina kuat.Satu dengusan nafas dilepaskan.Macam abang-abang aku ni tak tahu yang aku ni Miss Single and Available.

“Kau nak ke kahwin dengan beruk makye?”soal Acik sambil mencebik.

Ceh!Khairina mendengus sekali lagi.Sapa yang nak kahwin dengan beruk.Aku ni keturunan Nabi Adam..lahir pun trang trang trang memang dah cukup sifat,complete dengan raut wajah yang seperti manusia pun.Apa ke masalahnya sampai nak kena kahwin dengan beruk makye?.

“Kami tak kata pun nak suruh kau kahwin dengan beruk makye.Kami nak kau kahwin dengan kawan kami”.
Khairina pandang wajah Angah macam nak telan.Tak tertelan air liur Angah tengok pandangan tajam Khairina,adiknya yang bongsu tu.Jangan dibuat main-main dengan Khairina ni.Sekali dia gigit,koma sebulan.Gigi depan dia..peh cap gigi arnab.Itupun sebab dia pernah kena gigit waktu Khairina umur 9 tahun.

“Sapa kawan kau?Ramli?Junid?Ah Seng?Muthu?”soal Khairina laju.

Memang Khairina mengamalkan konsep satu Malaysia sungguhlah sampaikan nama Muthu dengan Ah Seng pun terkeluar daripada mulut Khairina.
Along,Angah dan Acik sepakat geleng kepala sambil tersengih.Nampak sama je gelengan kepala diaorang.

“Habis tu sapa?”soal Khairina tidak puas hati.

“Kau tak kenal.Kalau Along sebut pun,konfem kau blur punyalah.Kau ni dahlah spesis yang lambat pick-up”.

Lagi terbakar Khairina dibuatnya.Dahlah disuruh kahwin paksa secara tiba-tiba,lepas tu kutuk pula kata dia blur ngan spesis yang lambat pick-up.Apa diaorang ni lupa ke,spesis yang lambat pick-up nilah adik bongsu kesayangan diaorang.

“Ahhh!Sudah!Hentikan lakonan korang yang langsung tak menjadi ni.Aku nak naik tidur.Daripada aku buang tenaga,masa dan air liur bertekak dengan korang,baik aku tidur”.
Khairina sudah mula hendak mengangkat punggung daripada sofa apabila Angah tiba-tiba bersuara.

“Apa yang kami buat ni untuk kebaikan kau juga adik.Kau ingat kami sengaja je nak suruh kau kahwin dulu.Kami ni pun belum kahwin lagi tau.Tapi..apa yang kami buat ni ada sebab yang kukuh.Kau percayalah..semua ni ada sebabnya yang tersendiri.Kalau tak,takkan kami nak suruh kau kahwin pula.Tapi..itulah kau,tak nak dengar cakap kami dulu.Cuma kau bawa bertenang.Tapi itulah pasal..kau ikut suka hati je nak potong cakap kami”.

Tapi..tapi!Berapa banyak pula tapi dah Angah aku guna.Khairina menarik nafas dan menghembusnya.Khairina kembali duduk di atas sofa.Dipandang wajah Angah.

“Sebab apa?”.

Along dan Acik sepakat buat pusing maut pandang Angah yang berada di tengah.Along jegilkan biji mata,manakala Acik pula buat muka geram sambil tangan daripada tadi menayangkan tangan yang sudah digenggam menjadi penumbuk.
Erk!Angah telan air liur.Adeh!Apahal dua-dua kaum Adam kanan dan kiri dia ni buat gaya ala-ala mafia?

“Angah..aku cakap dengan kau ni.Bukan dengan karpet”ucap Khairina membuatkan Angah tersentak.
Khairina dengan abang-abangnya yang bertiga tu memang cukup sempoi daripada penggunaan bahasa.Memang sejak daripada kecik..eh tak!Sejak remaja mereka membahasakan diri mereka `aku kau`.Lebih mesra alam.Rasa lebih rapat.Panggilan nama Along..Angah..Acik dan adik hanya akan digunakan di dalam situasi tertentu..contohnya seperti ;

“Adik..percayalah.Apa yang Along dengan abang-abang kau ni buat adalah untuk kebaikan adik”Along cuba memujuk.

Khairina geleng kepala laju.

“Kebaikan aku?Kebaikan apa bendanya?Dahlah suruh kahwin dengan manusia daripada planet mana tah..lepas tu kata untuk kebaikan aku”.Sungguh Khairina bangkang sepenuh hatinya.Kalau dalam mahkamah,objection!.

“Manusia tu daripada planet bumi,lahir di Malaysia juga yang pasti”sampuk Acik.
Grr..Khairina gigit bibir.Boleh pula dia bergurau masa-masa genting tahap tak boleh blah ni.

“Kau nak ke tak kahwin ni?”soal Along.

“Tak naklah!Kalau kau nak sangat kahwin,kau kahwin ajelah dengan kawan kau tu”.

“Woo..mana boleh!Nabi tak mengaku umat”penuh keyakinan Angah menyampuk.

“Habis tu,kalau aku kahwin dengan dia,Nabi mengaku umatlah”tanya Khairina sinis.

“Hek eleh..apa punya soklan daa..Konfemlah Nabi mengaku umat.Malah,Allah S.W.T pun akan bagi kau ganjaran pahala sebab mendirikan masjid yang suci.Kau ingat,senang ke nak dapat pahala ni.Inilah masanya kau nak topup pahala.Selalu kau asyik dok topup dosa je”.

Tazkirah yang sungguh menyentuh kalbu daripada Kamarul@Along,dan disambut oleh tepukan gemuruh daripada Angah dan Acik.

“Sudahlah korang.Menyampah sungguh aku cakap dengan korang ni.Apa pun..jangan harap aku nak terima keputusan korang”.

Suasana berubah menjadi sepi.Angah dan Acik mengelengkan kepalanya perlahan,manakala Along pula terus mendiamkan diri.Bukannya mereka tak tahu perangai adik mereka,Khairina ni.Kalau putih yang dia nak…maka putihlah.Kalau kelabu..kelabulah.

“Adik..kami tak nak jawapan sekarang.Fikir dulu masak-masak”getus Acik,masih cuba mahu memujuk.
Khairina mencebik.

“Whatever..tapi keputusan aku muktamad.Sebarang pujuk rayu,rasuah,sogokan dan sebarang bentuk apa-apa pun untuk melembutkan hati atau merubah hati aku takkan berjaya.Ada faham?”ujar Khairina lalu terus angkat punggung,meninggalkan Along,Angah dan Acik yang tidak dapat berkata apa-apa lagi.

****************************************


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

6 ulasan untuk “Novel : Episode 1437 1”
  1. ayuni says:

    xde blog ker??

  2. panda says:

    hehe…sempoi jek..;P

  3. mas says:

    hak ah …ta da blog ka????

  4. damie says:

    sempoii…cm cte awan dani yg dinovelkn plak..
    keep up to penulis ..uhhuhu ;-)

  5. js_zara says:

    waa…cm syok je cte ni..
    thumbs up!! :grin:

  6. terlalu bersahaja…anyway, jalan cerita yang menarik…keep it up…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"