Novel : Erti Sebuah Cinta 5

27 January 2010  
Kategori: Novel

2,816 bacaan 2 ulasan

Oleh : Biel Sein

EZZA berlari memeluk rakan baiknya, Ainul, yang ternyata turut terperanjat dengan pertemuan ini. Ezza menarik tangan Ainul duduk disofa.
” Aku tak sangka dapat jumpa kau lagi, Nul,” ujar Ezza. Ainul turut tertawa. ” Lepas habis sekolah, terus tak contact aku, kan?”
” Aku bukan taknak contact. Bajet larilah kalau contact kau. Mahal!” Ezza mencebik.
” Alah…alasan. bukan takde ym, friendster, facebook…” Balasan Ezza itu disambut gelak tawa Ainul.
Ezhan yang sejak tadi memerhatikan gelagat kedua-dua pasangan itu tersenyum. Dia dapat melihat keceriaan dimata Ezza.
” Ehem…amboi…dah jumpa kawan, tak ingat dunia,” usik Ezhan.
” Sorry, bang. Excited sangat,” ujar Ezza sambil tersenyum-senyum.
Ainul tesenyum mendengar jawapan Ezza. Tidak disangka-sangka, kliennya hari itu ialah sahabat baiknya sendiri, Ezza.
” So, can we start, Miss Lawyer?” seloroh Ezhan. Ainul tersenyum sambil mengangguk kecil. Dia membuka beg bimbit yang dibawanya. Dia mengeluarkan dokumen yang mengandungi wasiat Dato’ Azmi.
” Saya harap semua waris dan nama-nama yang berkaitan sudah ada disini,” ujar Ainul. lantas dia membaca nama-nama yang terlibat.
” Encik Ezzy Ezhan b. Dato’ Azmi Azram, Cik Ezza Ezyra bt. Dato’ Azmi Azram dan Encik Eyman Dhirar b. Adam Heiqal.” Ezza tersentak mendengar nama itu. dia mengangkat mukanya dan merenung Ainul meminta kepastian.
” Are you sure about Dhirar?” soal Ezhan. Ainul hanya mengangguk.
” I dah contact dia last week. And I gave him the letter for today. I wonder where is him.”
Serentak dengan itu, terdengar dentingan loceng. Akram terus menuju kepintu dan membukanya.
” Assalamualaikum.” Ezza berdebar-debar mendengar suara itu.
” Dhirar outstation. Dubai. Dia minta I wakilkan. I believe there’s no objection,” terang Fatah yang muncul menggantikan Dhirar.
” Well, you know it too, Fatah. You’re lawyer too.” Fatah tersenyum. dia menyalami Ezhan dan duduk di sofa bersebelahan dengan seniornya itu.
Ainul mula membacakan wasiat Dato’ Azmi.
” Harta yang dimiliki Dato’ Azmi Azram bernilai lebih RM 60 bilion. Ez Group yang merangkumi, Ez Production, Ez Tourism, Ez Properties, Ez Transportation dan Ez Finance. Seterusnya, Rumah Kebajikan Darul Hakim yang terletak di Ipoh,Perak, Ladang jagung, dusun buah-buahan, rumah sewa di Sri Gombak, banglo di Bukit Antarabangsa dan Bukit Tunku, Kondominium di Sri Hartamas.” Penjelasan Ainul cukup jelas ditelinga mereka. Tidak mereka sangka, Dato’ Azmi sempat mendirikan Rumah Kebajikan di Ipoh.
” Untuk anak sulung, Ezzy Ezhan b Dato’ Azmi Azram, diserahkan Ez Group untuk diuruskan dengan baik. Anak kedua, Ezza Ezyra, semua ladang, dusun, banglo, kondominium dan rumah teres. Manakala, Rumah Kebajikan Darul Hakim perlulah dijaga oleh ketiga-tiga nama, Ezzy Ezhan b Dato’ Azmi Azram, Ezza Ezyra bt Dato’ Azmi Azram dan Eyman Dhirar b Adam Heiqal. Selain itu, Eyman Dhirar diminta membantu segala urusan di Ez Group.”
Ezhan mengangguk-angguk faham. Dia merenung Ezza dihadapannya. Adiknya kelihatan murung. Pastinya kehadiran Dhirar yang akan membantu syarikat keluarga mereka membimbangkan adiknya.
Setelah semuanya selesai, Ezhan mengajak Ainul dan Fatah minum. Namun, Ezza lebih dahulu mengajak Fatah untuk berbual di belakang rumah mereka.
Fatah merenung Ezza yang duduk dihadapannya. Sekaligus dia teringatkan sahabatnya, Dhirar.
” Ezza, I tau apa yang berlaku antara you and Dhirar. He told me everything.” Ezza tersentak. Dia merenung wajah Fatah meminta kepastian. Fatah mengangguk bagai faham persoalan dikepala ezza.
” Bila you jumpa dia?” soal Ezza. Dia ingin tahu tentang lelaki itu setelah mereka berpisah dua tahun yang lalu. Sungguh, dia rindukan lelaki itu.
” Tahun lepas. I ada conference kat Leiden, I terserempak dengan dia kat ladang tulip.” Sekali gus dia terbayangkan wajah cengkung Dhirar. Dari situlah dia mengetahui kisah Dhirar dan Ezza. Dia tidak menyangka sejauh itu tindakan Dhirar.
” How’s him?” soal Ezza lagi. Fatah tersenyum. dia yakin masih ada lagi cinta dihati Ezza.
” Good. Skang ni dia tolong daddy dia uruskan syarikat pembinaan diorang. And dia pun ada kontrak ngan UiTM as a lecturer. Tu yang busy semacam je tu.” Ezza tersenyum. Teratur sungguh perancangan hidup Dhirar. Sedangkan dia, masih dibayangi penyesalan.
” You jangan risau, Ezza. Dhirar tak salahkan you. Dia kata dia yang silap buat you keliru,” kata Fatah. Lantas dia bangun dan meminta diri kerana esok dia ada kes di mahkamah.
Sebaik sahaja melangkah kedalam rumah Ainul juga sudah berlalu pergi. Yang tinggal hanya Ezhan yang sedang berbual dengan Akram. Ezza pantas mendaki anak tangga naik ke biliknya. Dia terus baring diatas katilnya. Sejenak dia teringat perbualannya dengan Fatah tadi.
” You jangan risau, Ezza. Dhirar tak salahkan you. Dia kata dia yang silap buat you keliru.” Kata-kata itu semakin merungsingkan Ezza. Dhirar tidak menyalahkannya? Ezza mengeluh. Pintu biliknya dikuak dari luar. Wajah Ezhan tersembul dimuka pintunya.
” Boleh abang masuk?” soal Ezhan. Ezza hanya tersenyum. abangnya melangkah masuk menuju kearahnya.
” Kenapa senyap je? Tadi time Ainul sampai bukan main dia,” usik Ezhan sambil memeluk bahu adiknya. Ezza tersenyum hambar. ” Adik risau pasal Dhirar ke?”
Ezza tersentak. Abangnya memang pandai menilik hatinya. Memang dia risaukan hal Dhirar. Berdasarkan wasiat ayahnya, maka, hari-hari dia terpaksa berjumpa dengan Dhirar memandangkan mereka perlu bekerjasama membangunkan perusahaan ayahnya.

EZHAN melangkah masuk kedalam pejabat arwah ayahnya. Hari ini, hari pertama dia akan bekerja. Sebentar lagi, Encik Nazri, pengurus syarikat akan bertemu dengannya untuk menerangkan serba sedikit tentang operasi Ez Group. Ezhan melangkah ke arah meja ayahnya. Hatinya sebak tiba-tiba. Dia terpandang gambar keluarga mereka digantung didinding pejabat itu. kelihatan Ezza sedang memeluk erat ibunya, manakala Dato’ Azmi memeluk bahunya. Wajah mereka semua kelihatan ceria sekali. Gambar itu diambil ketika mereka masih bersekolah. Ezhan mengesat air matanya apabila mendengar pintu diketuk dari luar. Kelihatan Encik Nazri melangkah masuk bersama setiausahanya.
” Assalamualaikum, Encik Ezzy,” ucap Encik Nazri. ” This is Estee, your secretary.”
Seorang gadis cina tersenyum kepadanya sambil tunduk hormat. Dia tersenyum.
” So, can we start?” soal Ezhan sambil menjemput mereka duduk. Lelaki berusia awal 40-an itu tersenyum dan duduk di kerusi berhadapan dengan Ezhan. Dia memulakan penerangannya. Menurut penerangan itu, Ezhan mendapat informasi bahawa Ez Tourism sedang dalam perancangan membuka cawangan resort baru di Pulau Sipadan.
” Why, Sipadan” soal Ezhan.
” Oh…arwah Dato’ yang mahukannya kerana pulau itu one of the most beautiful in world, and a bit controversy, right?” terang Encik Nazri. Ezhan menguntum senyuman. Dia tahu sangat sifat ayahnya yang sukakan cabaran.
Encik Nazri juga memberitahu, sekarang ini, Ez Properties sedang dalam proses membangunkan Kepong Technology Park. Tetapi, terdapat masalah kerana banyak kerugian ekoran nilai tanah yang dikatakan terlalu tinggi berbanding keluasannya. Ezhan mengerutkan dahinya.
Selesai perbincangan itu, Encik Nazri mengajak Ezhan keluar. Dia mahu memperkenalkan CEO baru Ez Group kepada semua pekerja syarikat.
” Attention everyone. This is our new CEO, Encik Ezzy Ezhan b. Dato’ Azmi Azram.” Semua mata memandang kearah Ezhan. Kelihatan mereka menguntum senyum.
” Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Saya Ezzy Ezhan. Hope we can cooperate well.” Ucapan Ezhan itu disambut tepukan semua kakitangan syarikat.
Seterusnya mereka melangkah kebahagian Ez Finance pula. Suasana disitu agak riuh seperti di bursa saham. Encik Nazri sekali lagi memperkenalkan Ezhan kepada semua kakitangan. Setelah selesai melawat semua bahagian, Ezhan ke ruang mesyuarat pula untuk berkenalan dengan para pengurus bahagian dan ahli lembaga pengarah. Sebaik sahaja dia melangkah masuk, semua mata memandangnya. Terdapat sesetengah yang berbisik-bisik. Ezhan tahu, ada antara mereka tidak yakin dengan kebolehannya memandangkan dia masih muda dan tiada kelulusan dalam bidang perniagaan.
” Good morning, everyone. As you know, today we’ll have new boss. This is Ezzy Ezhan.” Serentak dengan itu, Ezhan bangun dan memperkenalkan dirinya. Dia sempat meminta tunjuk ajar semua yang ada disitu memandangkan dia masih hijau dalam bidang ini. Mesyuarat diteruskan dengan para pengurus dan BOD memperkenalkan diri.
SAMPAI sahaja dirumah Ezhan terus merebahkan diri disofa. Dia melonggarkan tali lehernya. Penat sungguh badannya. Baru hari pertama, dia sudah dihidangkan dengan pelbagai dokumen untuk disemak. Dan paling dirisaukan masalah projek di Kepong.
Ezza yang baru turun kebawah terus mendapatkan abangnya yang keletihan diatas sofa.
” Penat sangat ke, bang?” soal Ezza sambil duduk di sifa berhadapan dengan abangnya. Ezhan tersenyum hambar.
” Biasala dik. Benda bukan bidang kita.” Ezza mengerutkan kening.
” Ada masalah ke?” Ezhan menceritakan masalah projek di Kepong kepada adiknya. Ezza tersenyum.
” Abang lupa ke adik belajar apa kat UK dulu?” soalan Ezza itu membuatkan Ezhan merenung adiknya. Pelik dengan soalan itu.
” That’s my field la, bang. Kan adik study surveying dulu.” Ezhan tergelak. Dia benar-benar terlupa tentang itu. Ringan sedikit kepalanya.
” Dahla tu, bang. Jom makan.” Ezza menarik tangan abangnya keruang makan. Kelihatan Akram disitu. Semua makanan sudah siap. Ezhan mengambil tempat dan mempelawa Akram makan sekali. Mereka makan dengan berselera sekali.
” Pandai Akram masak. Adik kena belajar dengan Akram,” usik Ezhan.
Ezza menarik muka. Bukan dia tidak tahu memasak, cuma dia segan masuk kekawasan kerja Akram.
” Err…esok adik ikut abang pergi office boleh? Adik nak tengok apa problem pasal projek tu,” usul Ezza. Ezhan hanya tersenyum. seboleh-bolehnya, dia tidak mahu melibatkan adiknya. Dia sudah cuba menghubungi Dhirar meminta khidmatnya. Tetapi, lelaki itu masih mempunyai urusan di Dubai. Terpaksalah dia menggunakan kepakaran adiknya.
” Ok jugak. Dah lama tak susahkan adik,” usik Ezhan lagi. Ezza menjegilkan matanya.
Akram yang menyaksikan kemesraan kedua beradik itu tersenyum. Dia tidak pernah tahu rasanya mempunyai adik beradik memandangkan dia anak tunggal.
” One more thing, Akram. Dulu awak kata, awak ada belajar pasal bisnes kan?” soalan Ezhan itu disambut dengan anggukan Akram. ” Saya ingat nak minta nasihat awak sikit pasal syarikat. Lepas siap kemas, jumpa saya kat bilik bacaan, ok?” Akram hanya menurut arahan Ezhan itu.
EZZA melangkah masuk ke bahagian Ez Properties diiringi Encik Nazri. Mereka menuju ke bilik mesyuarat. Sebaik sahaja membuka pintu bilik mesyuarat kelihatan dua lelaki didalamnya.
” Cik Ezza, this is our engineer, Encik Fakrul and our manager, Mr.Lim.” Ezza memandang kedua-dua mereka sambil tersenyum.
” So, Encik Ezzy ada inform I pasal problem kat Kepong. May I know the details please?” pinta Ezza. Fakrul pantas bangun dan membuka laptopnya. Dia menerangkan kepada Ezza tentang masalah berhubung kawasan di Kepong.
” The problem is, the land value is not worth itself. Secara tidak langsung ia akan mebuatkan syarikat rugi memandangkan terpaksa mengeluarkan kos yang lebih,” terang Fakrul. Ezza mengangguk faham. Dia sudah biasa mendengar masalah sebegini. Ketika masih belajar dahulu, pensyarahnya sering menceritakan tentang masalah sebegini.
” Ok, may I know who survey the site?” soalnya lagi. Fakrul memanggil ketua juruukur kedalam bilik mesyuarat.
” Ini Encik Furqan. His team responsible for surveying the site.” Ezza menangguk faham. Dia bertanyakan beberapa soalan kepada Furqan. Akhirnya, dia mengambil keputusan untuk turun ke tapak projek sendiri.
Sampai sahaja di tapak projek, dia sendiri yang membuat pengukuran dibantu Furqan. Ezza tersenyum puas setelah selesai membuat pengukuran. Dia memandang Furqan sambil tersenyum penuh makna. Furqan kelihatan pucat lesi.
Sampai sahaja di pejabat semula, Ezza sendiri mengira value tanah tersebut. Setelah selesai, dia yakin adanya berlaku pengkhianatan didalam syarikat itu.

” BAGUS, adik bos tu. Dia sendiri turun site tadi. Pastu dia yang value tanah.” Maklumat yang baru diberitahu Encik Nazri mengejutkan Ezhan. Dia pantas bangun dan menuju ke bahagian Ez Properties. Sebaik pintu lif terbuka, dia terserempak dengan adiknya. Ezza tersenyum memandangnya. Ditangannya terdapat banyak dokumen.
” Adik baru ingat nak gi jumpa abang,” ujar Ezza. Mereka beriringan ke pejabat Ezhan. Setibanya disitu, Ezza pantas menerangkan apa yang berlaku. Ezhan terpempan. Dia tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Dia menyuruh Encik Nazri memanggil para juruukur dan Mr.Lim ke ruang mesyuarat. Ezhan sempat mengucapkan syabas kepada adiknya. Ezza hanya tersenyum sambil mengangkat ibu jari tanda bagus.
” Assalamualaikum semua. Maaf kerana tiba-tiba mengadakan meeting. Tapi apa yang akan saya sampaikan amat penting.” Ucapan Ezhan mengundang kekecohan. Furqan dan Mr.Lim kelihatan pucat lesi.
” Sebentar tadi, Cik Ezza telah turun ke site untuk memantau projek kita di Kepong. Dan beliau sendiri yang membuat pengukuran dan kira-kira. Terdapat sedikit penipuan berhubung value tanah.” Ucapan Ezhan terhenti seketika. Dia merenung Mr. Lim dan Furqan silih berganti.
” Saya minta maaf, bos. Saya terdesak,” rayu Furqan. Mr.Lim semakin cuak. Ezhan tersenyum.
” Syarikat tidak memerlukan pengkhianat seperti awak berdua. Esok saya mahu awak berdua mengosongkan pejabat awak.” Furqan dan Mr.Lim tertunduk lesu.
” Dengan ini, saya menyerahkan hal Ez Properties kepada Ezza. Beliau akan dibantu Encik Eyman Dhirar yang akan masuk bekerja esok.” Ucapan Ezhan itu menyentak tangkai jantung Ezza.

EZZA merenung langit malam itu. Dia teringat kata-kata abangnya tadi. Maknanya, esok dia akan bekerjasama dengan Dhirar. Sesungguhnya, dia masih belum bersedia. Tapi, apakan daya, ini merupakan amanat ayahnya. Dia mengeluh. Persoalannya, mampukah dia berdepan dengan lelaki itu setelah apa yang berlaku.
Ezhan memulas tombol bilik adiknya. Dia tersenyum memandang adiknya yang sedang melamun di balkoni biliknya. Dia bangga dengan apa yang telah dilakukan adiknya hari ini. Itu membuktikan adiknya sudah bersedia memikul tanggungjawab. Dia melangkah kearah adiknya.
” Hah! Ingat kat sapa tu?” sergah Ezhan. Ezza yang tersentak mengurut-urut dadanya. Dia memusing badannya memandang abangnya geram.
” Abang tak reti bagi salam ke?” soalnya geram. Ezhan tertawa. Dia mengusap kepala adiknya itu memohon kemaafan.
” Pandai adik ye. Abang punya risau tadi bila Encik Nazri bagitau adik pergi site. Risau kot-kot apa-apa jadi.” Ezza tersenyum manis.
” Adik wat decission on the spot. Tak sempat nak bagitau sapa-sapa. Pastu memang tak puas hati kat Furqan tu. Tipu-tipu plak,” ujar Ezza geram. Ezhan tersenyum. Dia akui adiknya memang pandai. Adiknya sudah membuktikan apa yang dipelajarinya dapat dipraktikkan dengan baik. Hanya dia sahaja yang masih belum membuktikan kemahirannya.
Ezhan keluar dari bilik adiknya setelah memastikan adiknya tidur. Dia lega. Sejak pulang ke Malaysia, Ezza sudah mula pulih daripada masalah kemurungan yang dihadapimya di UK dahulu. Ezhan mencapai telefon cordless dan mendail satu nombor. Lama menunggu, barulah panggilannya disambut.
” Hai, dude! Amacam? Bila boleh tolong aku kat syarikat?” soalan Ezhan disambut tawa dihujumg talian.
” Aku baru sampai KL petang tadi, bai. Taknak bagi aku rest ke?” Ezhan tertawa.
” Aku risaula. Adik aku tu dahla girl. Dia pergi site sorang-sorang. Aku takutla. So, please, help me? A.S.A.P?” pinta Ezhan penuh pengharapan. Namun, tiada jawapan dihujung sana. Hanya ucapan salam yang diterimanya.

DHIRAR merenung syiling rumahnya. Dia gusar mengenangkan wasiat Dato’ Azmi. Amanat Dato’ Azmi terlalu berat untuk dilaksanakan. Tambahan pula, permintaan Ezhan sebentar tdi yang benar-benar mahukan bantuannya di Ez Group. Pintu biliknya dikuak dari luar.
” Termenung nampak. Ingat kat sapa?” soal Tuan Adam. Dia melangkah kearah anaknya yang sedang berbaring diatas katil. Dhirar bingkas bangun.
” Nothing, daddy. Man, Cuma teringatkan wasiat Uncle Azmi. Should I take the responsibility?” soalnya.
” Of course. Tu kan wasiat. Mana boleh ingkar. There’s your name.”
” Tapi, macam mana dengan Zealous Inc. nanti?” soal Dhirar sambil merenung ayahnya. Tuan Adam tersenyum. memang Dhirar anak yang baik.
” You sure know how to manage time wisely, right?” soal Tuan Adam. Dia yakin anaknya boleh. Kalau tidak masakan Dato’ Azmi meminta anaknya membantu membangunkan Ez Group.
” Atau, Man sebenarnya tak kuat nak berdepan dengan Ezza?” Dhirar mengangkat wajahnya. Sememangnya ayahnya tahu apa yang bermain difikirannya. ” Man kena kuat. Man kan anak lelaki. Jangan nampak lemah sangat. Takkan pasal benda yang remeh macam tu, Man dah sampai tak boleh tengok dia lagi,”ujar Tuan Adam seraya menepuk-nepuk bahu anaknya itu. Dia melangkah keluar dari bilik anaknya menuju kebiliknya.
” Abang dah cakap ke kat Man?” soal Puan Zaleha sebaik melihat suaminya melangkah masuk kedalam bilik mereka. Tuan Adam hanya tersenyum hambar. Dia melangkah kekatil.
” Berat abang nak cakap. Tak sanggup. Dengan muka dia yang macam tu,” kata Tuan Adam. Isterinya mengeluh.
” Tapi bang, ini pesanan arwah.”
” Abang tahu. Tapi…”

P/S- plz leave ur comment after reading my masterpiece…i really need the comment 4 improvement..tq..=)


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

2 ulasan untuk “Novel : Erti Sebuah Cinta 5”
  1. panda says:

    xbace dri mule la..t sy bace eh..
    tp ep ni..ok la..:)

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"