
Novel : Erti Kasih 3
Oleh : Kayaizzat
Bab 3
Aimi berjalan agak lambat. Hatinya benar-benar membengkak. Kalau tak kerana pengawas pendek tadi,tentu kerja rumah yang Puan Tan berikan,sudah lama telah disiapkan. Marah Aimi pada pengawas pendek semaki membuak-buak. “Nanti siap kau……” “Hoi Amoi…………..apa pasai lu jalan lambat macam kula-kula,cepat pigi padang,wa sudah tidak sabar mahu tengok itik betina jalan”. Aimi tidak memperdulikan omelan Puan Tan.
Dengan berat hati Aimi memijak rumput yang subur menghijau. “Nantilah kau……..kau ingat mentang-mentang kau pengawas,sedap-sedap kau arahkan aku itu ini.”. “Amoi apa lagi……………….!!!!!!!”. Aimi mula mencangkung di trek balapan sementara Puan Tan pula menjadi mandur terhormat. Naik berbulu Aimi memerhati telatah Puan Tan yang mengada-ngada macam badak sumbu gila,tersenyum sambil memusing-musingkan payungnya. “Amoi cipat……………..wa sudah panas”. Peluh Aimi menitik dari segenap batang tubuhnya. Kakinya bagaikan mahu tercabut. Malu dirinya tidak tertanggung walau sejuta tahun. “Hoi cendawan busut……………cepatlah jalan. Kah……kah…..kah”. Aimi cuba mengamati suara itu. “Nanti siap kau Saiful”.
“Amoi cipat bangun………….sekarang lu buat ketuk ketampi 30 kali. Hari ni,wa nak lu tahu ya Amoi,kalau hati lu manyak sakit,lu juga patut tahu………….hati wa 300 kali lagi sakit dari hati you”. Aimi menurut sahaja kata-kata Puan Tan biar hatinya memberontak. Akhirnya Aimi terjelupuk di pangkal pokok mangga kerana kesakitannya tidak tertanggung lagi. “Lu luluk sini sampai waktu balik. Lu mahu story sama lu punya bapak,wa tak takut. Kalau lu anak gua,sulah lama wa campak you dalam sungai Muar,biar buaya telan you !!!!”. Aimi tidak memperdulikan kata-kata Puan Tan. Baginya apa yang terkeluar dari mulut PuanTan tak ubah seperti air yang mengalir di atas daun keladi. Pandangan Aimi kian kelam saat Puan Tan berlalu pergi.
Saat Aimi membuka kelopak matanya,dia terpandang wajah seorang lelaki yang amat dikenalinya namun dia tidak pasti siapakah nama lelaki itu. “Heh mangkuk………………….apa lu buat kat sini”. Biar badan masih lemah,namun sikap Aimi tetap tidak berubah. “Aimi…………….tak baik cakap macam tu. Tu kan cikgu kita. Dialah yang tolong Aimi tadi”. Terbakarnya hati Aimi saat mendengar suara Munirah memperkatakan sesuatu tentang lelaki itu. “Helo cik adik……………memang benarlah kata orang,awak ni memang tak ada otak langsung. Dah ditolong,jangan harap nak ucap terima kasih,maki seranah pulak yang dapat. Kalau saya tahu macam ni sikap awak,lebih baik saya biarkan awak kojol sorang-orang kat tepi longkang tu. Menyesal saya melepaskan anjing yang tersepit!!!!!!!!!!!”
Aku membiarkan sahaja Munirah memujuk gadis manis bernama Aimi. Pantang nenek moyang aku,madu yang diberi tapi tuba yang terpaksa ditelan. Kalau tak mengenangkan Munirah adik kesayanganku,sudah dari tadi aku sepak tubuh Aimi ke dalam longkang yang busuk. Marah dan geramnya hatiku telah lama menjulang tinggi. Cerita motosikal ku belum habis,kerbau liar yang seekor ini telah mula membuat hal kembali.
“Abang…………………buat apa abang mengada-ngada menolong budak biadab macam Aimi tu. Kalau abang nak tahu,kami dah malas nak layan budak separuh tiang macam dia tu. Mujurlah otak dia geliga dan atlit terhebat sekolah ini”. Aku memandang wajah Irdina seketika. “Budak tulah yang langgar motosikal abang semalam. Kalau ikutkan hati,lumat abang kerjakan budak tu. Tapi bila ingat Munirah,abang buang jauh-jauh semua perasaan abang”.
“Dah lah bang,lain kali kalau budak jantan tu buat hal lagi,abang buat –buat tak nampak je. Harap je muka cantik,perangai macam setan betina”. Aku agak kaget mendengar kata-kata Irdina yang selama ini ku anggap berbudi pekerti. “Kenapa Irdina cakap macam tu!!!!”. “Abang nak tahu…………..budak jantan tu lah yang calar balarkan kereta Irdina dulu.”. “Ada bukti ke”. Bukti tu susahlah sikit,tapi satu sekolah tahu perangai Aimi macam mana. Depan kita pijak semut pun tak mati,tapi kat belakang kita dia tu memang kacang hantu. Sebab tu tiada siapa yang mahu berkawan dengan dia kecuali adik abang sorang je”. Kata-kata Irdina yang penuh misteri membuatkan hatiku seakan ditarik-tarik ingin mengenali gadis jantan itu.
Sampai di bilik guru,Irdina dan aku membawa hal sendiri. Aku meletakkan buku latihan Pengajian Am di atas mejaku. “Ingat Aimi…………………langit tak selalunya cerah”. Hatiku mengelegak ganas. “Assalamulaikum Aiman”. Aku mengalihkan pandanganku. Di hadapan ku kini adalah seorang gadis manis yang agak gedik. Menyampahnya aku pada dirinya berada di tahap tertinggi. “Ya ada apa cikgu Ezurin?”. “Eh…………….you ni sombong mengalahkan anak jin la. I saja nak borak dengan you”. Aku buat-buat tak tahu. Malas rasanya melayan gadis gedik ibarat sotong busuk. “Malam ni you free tak….?. Kalau you free,I nak ajak you tengok wayang la”. Aku memandang wajah Ezurin. Ada senyuman terukir di wajahnya. “Cerita apa?”. Senyuman Ezurin semakin melebar. “Pisau cukur!!!!!”. “Oh…………maaflah ya. Saya dah tengok cerita tu dengan……………………..” “Dengan siapa?”
“Dengan…………….mak saya semalam. Cik Ezurin……..rasanya anak dara macam awak tak elok keluar malam-malam. Orang tua kata,kalau anak dara suka keluar malam,nanti dia akan kahwin dengan orang tua yang dah nak mati!!!!!”. Mulut Ezurin muncung sedepa. “You ni Aiman……………..I cakap sikit je,macam-macam you bebelkan. I tengok kalau you borak dengan Irdina tu…..bukan main lagi ya. Irdina tu bukan cantik sangat. Harap je tudung paras pusat,huh perangai hancur!!!!!!!!!!”. Hatiku mula diketuk kemarahan.
“Cermin sikit muka awak tu. Dahlah perangai gedik macam badak birah,mulut you lak lebih busuk dari longkang. Rasanya lebih baik you pergi dari sini sebelum mulut you lebam”. Ezurin panas hati. Dia mengentak kakinya di atas simin. “Taka pa Aiman……………….satu hari I akan pastikan,you jatuh kat tangan I!!!!!!!!!!”. Aku buat muka tempeh busuk. Akhirnya Ezurin berlalu pergi.
“Aiman……………kenapa dengan sotong busuk tu!!!!.” Aku menoleh ke belakang. Ku lihat Azmi sedang memandangku. “Macam biasa le Mee”. “Tulah sombong sangat,puas aku ayat dia,tapi langsung tak menjadi. Biar padan muka dia. Ingat cantik sangat”. Aku tersenyum mendengar penjelasan Aiman. Perbualan kami mati disitu setelah Azmi masuk ke dalam kelas. Aku meneruskan tugasku menanda buku Pengajian Am yang ku bawa tadi.
Loceng terakhir telah berbunyi. Aku segera mengemas buku-buku ku. Aku perlu segera ke depan kelas Munirah. Demi Munirah aku rela korbankan segalanya. “Dik…………….maafkan abang ya. Abang lambat sikit”. Munirah memandangku. Ada senyuman terukir diwajahnya. “Taka pa lah………….Adik bersyukur sangat bila abang posting di sini. Sebetulnya adik dah naik malu dengan Kak Irdina. Abang bayangkan……………3 tahun lamanya dia bantu adik setiap kali dan setiap hari adik ingin pulang. Sebab itulah adik tak kisah kalau abang lewat sikit”. Aku memeluk tubuh Munirah sekuat hati. Dahi Munirah ku kucup penuh kemersaan.
“Abang…………….adik harap abang dapat maafkan perlakuan Aimi tadi. Dia memang agak kasar,tapi sepanjang adik mengenalinya,adik tahu,dia seorang gadis yang baik hati dan mulia. Tanpa dirinya tak mungkin adik mampu meneruskan perjuangan adik yang belum selesai”. Mata Munirah ku renung seketika. Ada seberkas air mata bertakung di matanya. Aku mengangguk-anggukan kepalaku. “Munirah…….seandainya kau tahu,abang sememangnya amat berdendam pada teman baikmu. Namun demi kasih sayang abang untukmu,abang biarkan amarah itu tenggelam dalam lubuk hati. Biar terpaksa berpura-pura,tapi demi menebus kesilapan lampau,abang rela biar hati ini dijerut rasa dendam yang membara”. Kata-kata itu tak mampu untuk ku berikan pada Munirah. Aku menahan rasa sebak yang semakin meninggi. Saat kereta sorong Munirah ku gerakan,air mata ku tumpah akhirnya.













Nak tanya.
Agaknya bila Erti Kasih 4 akan di siarkan. Rasanya dah 2 bln saya send.
erti kasih da ade smpai no 5 da kn?bile nk smbung?pertemuan yg ke 19 bile lg?lame da tgu.
Rasa-rasanya erti kasih baru sampai 3. Kalau Erti Cinta memang dah sampai 5.
Pertemuan pun saya baru baca yg 17. Yg 18 dah ada ke!!!!!!!!