Novel : Hanya dia 5

21 January 2010  
Kategori: Novel

3,548 bacaan 3 ulasan

Oleh : Puteri Selendang Biru

BAB 8

TANPA pamitan dan tanpa suara, Maisara keluar dari perut BMW 5 series milik Fariz. Laju langkahnya menuju ke lif dan menekan punat naik di situ.
Setelah beberapa minit menunggu, sebuah lif terbuka. Maisara dan beberapa pekerja yang turut menunggu, masuk ke dalam lif. Maisara menekan nombor dua belas.
Tiba sahaja di tingat dua belas, Maisara berjalan menuju ke pejabat dan menghampiri mejanya. Kelihatan beberapa kakitangan di situ sedang berbual sementara menunggu waktu kerja bermula.
“Selamat pagi Sara!” tiba-tiba sahaja terjegul kelibat Hanum di mejanya. “Hai….moody nampak. Datang bulan ke?”
Belum sempat Maisara menjawap teguran Hanum dia diserkap jarang pulak oleh wanita itu yang memang terkenal dengan sikap ‘cakap lepasnya’.
“Pandai jelah kau ni!” jeling Maisara.
Walaupun Hanum memang seorang yang adakalanya kata-katanya pedas, namun dia senang bersahabat dengan Hanum. Sekurang-kurangnya, Hanum tidak seperti mereka yang lain. Di depan semuanya kata-katanya indah, namun dibelakang hanya perkara-perkara buruk yang sering menjadi tajuk utama.
“Apa citer? Nampak macam tak happy je?” Hanum sudah melabuhkan punggungnya di depan Maisara.
Maisara masih lagi membisu. Masih belum mahu menceritakan apa yang menyebabkan harinya menjadi suram.
“Cantik kau hari ni! Baju baru?” Mata Hanum memerhatikan sutera ungu yang kelihatan cantik dan sesuai di tubuh Maisara.
Pantas Maisara mencebikkan wajah mendengar pujian Hanum pada penampilannya yang berbaju kurung sutera ungu. Baju itulah puncanya kenapa wajahnya muram. Bukan dia tidak sudi memakai pakaian Suhana, namun hatinya akan terhiris apabila melihat apa sahaja kepunyaan Suhana apatah lagi menggunakannya.
Dia tahu, berdosa untuk merasa begitu apatah lagi kepada arwah kakaknya sendiri. Namun apa yang boleh dilakukan, itulah perasaan yang dirasakan.
“Hai…..takkanlah baju tu yang jadi punca kau tarik muka masam sampai macam ni!” Hanum menyerkap jarang lagi.
“Ni bukan baju aku! Ni baju arwah…” balas Maisara kemudiannya.
“Jadi?”
“Tak…cuma…” Maisara tergamam sebentar. Perlukah dia menceritakan semuanya hanya kerana sepasang kurung itu? Tidak!
“Rasa tak selesalah. Macam tak kena dengan badan aku,” ujar Maisara.
“Betul ke sebab baju?” Hanum mengangkat kening sebelah. “Aku tengok baju tu sesuai dan terletak elok je.”
“Itu kata kau. Tapi aku yang pakai, aku tahulah selesa ke tak!” Maisara sudah mula meninggikan suara.
Berkerut dahi Hanum mengenangkan sikap Maisara yang kelihatan tak seperti biasa.
“Yelah! Yelah! Suka hati kaulah!” Hanum sudah berdiri untuk ke tempatnya. Namun batang tubuhnya hanya kaku di situ.
Maisara memandang Hanum yang tiba-tiba membatu. Kelihatan seperti gadis itu sedang memandang ke saru arah dengan mulut yang sedikit ternganga. Maisara berpaling. Kini giliran Maisara pula yang ternganga.
“Fariz! Apa yang dia buat kat sini?!”
“Fariz?! Kau kenal ke?” Walaupun suara Maisara perlahan, namun boleh ditangkap oleh pendengaran Hanum.
“Sara!” tiba-tiba sahaja Mila, setiausaha Mr. Lim menghampiri mereka berdua.
“Korong berdua borak apa kat sini? Karang Mr. Lim perasan baru korang tahu!”
“Eh Mila! Siapa lelaki yang berjalan dengan Mr. Lim tadi?” tanya Hanum dengan keinginan yang mendalam.
“Manalah aku tahu. Kawan dia agaknya. Kenapa?”
“Handsome gila wei!!” Hanum bersuara teruja.
“Sudah…..sudah……bersurai! Pergi buat kerja! Karang Mr. Lim tanya tak terjawap aku!”
“Okeylah Sara! Aku pergi dulu,” Hanum berlalu meninggalkan Maisara.
Maisara kembali meneruskan tugas-tugasnya. Mengasingkan jenis-jenis surat untuk disimpan di dalam fail. Maklumat-maklumat sulit yang perlu dimasukkan ke dalam sistem, diasingkan di tempat lain.
Surat-surat yang perlu di simpan di bawa ke kabinet yang terletak di balik dinding mejanya. Satu-persatu dia menyimpan dengan cermat mengikut susunan.
Pernah suatu ketika dahulu sebelum dia benar-benar mengenali cara Mr. Lim bekerja, teruk dia dimarahi apabila surat yang formatnya hampir sama disimpan dalam satu fail. Apabila dia meneliti semula baru dia menyedari salinan surat-surat tersebut dihantar kepada syarikat yang berlainan.
Setelah itu baru dia tahu, dia perlu menyimpan setiap surat-surat dan dokumen-dokumen mengikut nombor rujukan yang telah diberi kepada setiap syarikat yang berkerjasama dengan mereka.
Setelah selesai menyudahkan tugasnya di situ, Maisara melangkah semula ke tempatnya. Kini, dia perlu mengemaskini dan memasukkan maklumat-maklumat yang baru di terima.
Belum sempat dia berbuat begitu telefon di mejanya berbunyi.
“Sara! Mr. Lim panggil!” kedengaran suara Mila memberi arahan lalu talian dimatikan.
Tiba-tiba sahaja dada Maisara berdegup kencang. Kenapa Mr. Lim memanggilnya? Biasanya, bosnya itu jarang memanggil pekerjanya kecuali jika ada perkara yang penting. Atau….adakah dia telah melakukan kesilapan?
Dengan debaran di dada dia melangkah menuju ke kamar kerja Mr. Lim. Sebalik sahaja dia melintas di hadapan Mila dia mengangkat kepala sebagai isyarat bertanyakan kenapa Mr. Lim memanggilnya. Mila hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Maisara mengetuk pintu dan setelah mendapat keizinan untuk masuk Maisara menguak daun pintu dan melangkah ke dalam. Terkaku dia di situ apabila melihat Fariz masih lagi berada di situ.
“Masuk Maisara!” Mr. Lim bersuara apabila melihat Maisara masih terkaku di depan pintu.
Daun pintu di tutup rapat lalu dia menghampiri dan berdiri di hadapan Mr. Lim.
“Have a sit, please!” pelawa Mr. Lim lagi. Maisara hanya menurut.
“Sorry if I’m disturbing you. I just want to ask you something.”
Maisara hanya tunduk membisu. Getaran di dadanya semakin terasa apabila menyedari mata Fariz sedari tadi memandangnya.
Mangkuk betullah mamat ni! Korek biji mata baru tau!!
“Would you mind if I transfer you to another section?”
Ternganga Maisara dengan soalan itu. Apakah dia telah melakukan kesalahan sehingga Mr. Lim mahu menukarkannya ke bahagian lain?
“But why? Have I done anything wrong? If it’s so, besar sangat ke kesalahan yang saya dah lakukan?”
Tika ini Maisara sudah melupakan Fariz yang berada di sebelahnya. Hanya yang dia tahu, dia perlu mendapatkan penjelasan yang sewajarnya.
“No….no….it’s not like that!” Kelihatan Mr. Lim cuba menenangkan Maisara. “Actually, there are lacks of staff in financial section. If you don’t mind, I want you to help them.
“So, what about my work here?” Kegusaran di hati Maisara mula berkurangan.
“About that, you don’t have to worry. I will take of it.” Mr. Lim kelihatan bersungguh-sungguh. “But I’m not forcing you. It’s all up to you. I will give you time until tomorrow morning to think about it.”

“KENAPA?” tanya Hanum sebaik sahaja melihat kelibat Maisara yang baru keluar dari bilik Mr. Lim.
Maisara melirik Hanum sebentar lalu melabuhkan punggung di kerusinya. Dia memandang Hanum dengan wajah yang sayu.
“Ada apa Mr. Lim panggil kau?” Ada nada simpati dari pertanyaan itu.
“Dia nak tukarkan aku ke financial section.” Lemah benar suara Maisara ketika menuturkan kata-kata itu.
“Oo…..” Hanum terangguk-angguk sambil mengurut dagunya yang licin. “Tapi okey kot! Bukannya tukar francais. Financial sectionkan sebelah office kita je. Jadi, apa masalahnya?”
“Masalahnya……aku dah biasa di sini. Dah biasa dengan orang-orang di sini. Dah biasa dengan kerja di sini.”
“Tak salah rasanya bertukar angin. Kenal dengan kawan-kawan baru, belajar perkara baru!”
“Entahlah……” Maisara menghembuskan nafas panjang. “Nantilah aku fikirkan.”
Hanum mengerutkan keningnya. Kurang mengerti dengan kata-kata yang baru keluar dari bibir Maisara.
“Maksud kau, Mr. Lim bukan memaksalah?”
Maisara hanya menganggukkan kepalanya bagi menjawap pertanyaan itu.
“Dia beri aku masa sehingga esok pagi untuk membuat keputusan.”
“Hek’eleh……Aku ingatkan kes terpaksa!” Bahu Maisara ditampar. Terjerit sedikit Maisara dengan tindakan Hanum yang tiba-tiba.
“Kalau aku jadi kau, dah lama aku terima tawaran tu. Apatah lagi bila mengenangkan dah hampir lima tahun aku asyik buat kerja yang saaaama je!”
“Itu kalau engkau. Aku masih fresh di sini! Masih banyak lagi yang perlu aku belajar!” ujar Maisara.
Ya! Memang benar kata Maisara. Bukankah gadis itu masih baru di situ? Tapi kenapa Mr. Lim memilih dia untuk ke bahagian lain? Tentu dia ada jawapannya tersendiri.
“Entahlah Sara! Pening aku dibuatnya. Mungkin kau special kot! Sebab tu dia pilih kau.”
“Special?” Hampir ketawa Maisara mendengar kesimpulan Hanum.
“Eh….tapi aku ada dengar. Financial section akan dapat bos baru,” beritahu Hanum dengan rasa teruja. “Agak-agak kau siapalah yang akan gantikan tempat Encik Zack tu?”
“Manalah aku tahu. Kalau nak tahu tanyalah bahagian HR!” Maisara sudah mencebikkan bibirnya.
Hanum tertawa kecil melihat tingkah Maisara. tentulah Gadis itu takkan tahu apatah lagi, Maisara masih baru di situ.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

3 ulasan untuk “Novel : Hanya dia 5”
  1. ati says:

    best arrr cite nie… lain drai yg lain… :razz: :roll: :smile: :shock: ;-)

  2. PSelendangBiru says:

    pembaca boleh trs layari blog saya:- eemrusdi.blogspot.com

  3. hot mama says:

    huhuhu…mesti bos baru tu fariz kot…
    fariz dan berkomplot dgn mr lim.. :razz:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"