
Novel : Jiranku Kekasihku 17
Oleh : Mel Mellisa
Sudah tiga hari aku tidak mempedulikan abang. Dia sebaliknya berusaha untuk memujukku dan memenangi hatiku semula. Aku biarkan saja. Sengaja aku mahu menduganya. Kalau betul dia sayang dan cintakan aku, pasti dia akan berusaha bermati-matian untuk memujukku semula. Kadang-kadang terdetik juga perasaan rindu padanya. Namun, demi ego yang terlalu tinggi menggunung di dalam hati, aku tahankan juga hati ini walaupun aku rasa separuh gila aku rindukan dia. Aku rindu nak mendengar suaranya membisikkan kata-kata cintaya padaku seperti selalu.
“Tak baiklah kau ni, Faiz. Kesian abang aku tu. Kau ni memanglah.”
Ellin merungut dan menyalahkan aku pula. Aku sebaliknya mengangkat kepalaku padanya. Bulat mataku memandangnya.
“Abang kau?”
Soalku pada Ellin. Aku dapat rasakan yang dahi aku yang sedang berkerut. Tadi aku perasan Ellin menuturkan ayat ‘kesian abang aku tu’. Apa maksudnya? Ellin mengerutkan dahi tanda tidak mengerti soalaku tadi. Dia menggelengkan kepala.
“Mana ada. Aku cakap abang kaulah. Kau ni, Faiz. Udah-udah le dera dia macam tu. Kesian dialah. Kau tengok tadi, dia datang kau buat derk je. Macam cakap dengan tunggul orang tu tadi”
Ellin menyambung bebelannya. Jelas kelihatan riak tidak puas hati di wajahnya atas tindakan aku yang melancarkan perang dingin dengan abang. Lin, kalaulah kau tahu hatiku ini sebenarnya berat menanggung beban rindu pada abang. Tapi, aku terpaksa lakukan ini. Aku memang sengaja. Sengaja nak menduga abang kalau benar dia mencintai aku sepenuh hati. Inilah masanya aku mengujinya. Dalam diam, aku seronok bila mengenakannya begini.
“Kalau dia tinggalkan kau nanti, hah..baru melopong kau.”
Ayat Ellin yang sebaris itu membuatkan aku sedikit tersentak. Aku pandang muka Ellin yang sudah menujuihkan bibirnya. Tinggalkan aku? Sanggupkah aku ditinggalkan lagi buat kali kedua? Oh…no! Aku meningkah kuat dalam hati. Tiba-tiba perasaan menyesal terus merajai hati aku kala ini.
………………………….
Aku termenung sendiri mendengar cerita Pak Cik Kamaldin. Namanya Kamaldin. Hampir sama dengan nama arwah ayah. Rupa, senyuman dan caranya memang tidak ubah seperti arwah ayah. Aku bagaikan nampak bayangan arwah ayah dalam diri Pak Cik Kamaldin. Aku mengambil kesempatan untuk meminta maaf darinya kerana telah menyebabkannya cedera begini. Selepas kemalangan tempoh hari, aku tidak berkesempatan untuk melawatnya. Ish, bukan tidak berkesempatan. Kami tidak berkesempatan untuk berbual kerana dia berada di wad ICU. Baru pagi tadi dia dipindahkan ke wad biasa.
Dia hanya tersenyum sambil mengatakan dia yang salah. Waktu itu dia diserang penyakit jantung. Sebab itu menyasar ke tengah jalan. Aku tersenyum dan mengangguk. Sekurang-kurangnya dia tidak menyalahkanku atas kejadian yang menimpanya. Dia kemudiannya bercerita pasal dirinya. Orang tua ni peramah juga rupanya.
Dia banyak bercerita tentang dirinya yang bujang tua. Aku ketawa mendengarnya. Bujang tua rupanya pak cik ni. Nampaknya, dia bukanlah ayah kandungku seperti yang diceritakan arwah ayah dalam mimpiku. Mimpi Cuma mimpi. Gumam aku sendiri.
Katanya lagi, dia tidak pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak angkat. Hidupnya sunyi dan sebatang kara. Masa mudanya banyak dihabiskan menjadi anak kapal. Malah sambil berseloroh, dia katakan yang dia sudah mengelilingi dunia ketika menjadi anak kapal itu. Mana Negara yang dia tidak singgah? Semua suda dijelajahnya. Sekali lagi aku ketawa. Bila aku tanyakan tentang anak angkatnya, dia kata anak angkatnya itu sedang belajar di luar negara. Setahun sekali baru balik. Aku terangguk-angguk mendengar ceritanya.
Lama jugalah kami berbual. Sampai berair mata aku ketawa dengan lawaknya. Orang tua ni memang pandai melawak sehingga nak terkencing aku dibuatnya.
Aku kerling jam di dinding. Eh, dah pukul 3 petang! Mesti Ellin dah mengamuk ni bila aku tak balik-balik ke tempat ‘rasmi’ aku. Akhirnya aku meminta diriku kerana mahu menyambung tugas. Pak Cik Kamaldin berpesan supaya aku datang menjenguknya lagi kerana dia suka denganku yang suka mendengar ceritanya. Aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum.
…………………….
“Faiz marahkan abang lagi?”
Langkahku terhenti bila mendengar suara perlahan abang di satu lorong. Aku menoleh dan melihat dia bersandar di dinding lorong itu. Sayu saja aku lihat mukanya. Langkah aku mati disitu. Bergerak ke depan tidak, ke belakang pun tidak. Nak bergerak padanya lagilah tidak. Aku cuma menunduk dan menggigit bibir. Terkaku di situ ditemani degupan jantung yang menggila menendang dada. Patut ke aku teruskan dengan egoaku ni? Atau aku mengalah saja?
“Abang minta maaf. Abang tak tau macam mana nak pujuk Faiz lagi. Dah macam-macam dah abang cuba tapi Faiz tetap macam ni. Sayang, please…jangan buat abang macam ni? Abang rayu, Faiz.”
Saat ini dia sudah melutut padaku. Aku terpinga-pinga. Terperanjat dengan tindakannya. Menoleh kiri dan kanan. Kalau-kalau ada orang nampak. Apa yang dia buat ni? Nampak dek orang yang lalu lalang kat sini nanti aku pulak yang malu nanti. Dia dah buat hal pulak…ish!
“Apa abang buat ni? Abang…ish…”
Aku meguis-nguis bahunya. Memintanya supaya berdiri semula. Aku mula bengang bila seorang jururawat lelaki lalu di situ dan tersengih ke arah kami. Diikuti pula beberapa orang doctor dan jururawat pelatih yang lalu seiring di sini. Ya Allah…Kenapalah abang ni? Bengangnya aku orang tengok dia melutut macam ni…!
“Selagi Faiz tak maafkan abang, abang takkan bangun. Sampai bila-bila pun abang takkan bangun.”
Balasnya dan mengugut aku. Hujung bajuku dipegang. Tidak bagi aku pergi meninggalkannya yang masih melutut disini. Aku sudah mula panic. Kalut betullah abang aku ni. Aduh…! Aku sudah jadi tidak tentu arah. Resah gelisah. Aku hanya mampu tersengih sumbing bila Kak Mai angkat kening kat aku. Malunya! Mesti dia fikir yang bukan-bukan.
“Ok…ok. Faiz maafkan abang. Dah lah bang, bangunlah. Malulah ditengok orang.”
Aku mengalah juga akhirnya dan menyuruhnya berdiri semula. Aku tak sanggup dilihat orang yang lalu lalang di sini. Nanti terus merebak pula jadi gossip lepas ni. Selain itu, aku juga tak sanggup nak tengok dia melutut begitu. Aku kesian dan tak sampai hati.
Abang bangkit berdiri dan melebarkan senyumannya. Sukalah tu. Taktik dia nak pujuk aku menjadi. Geram aku tengok. Spontan, mataku menjeling tajam ke wajahnya.
“Aik? Jeling pulak? Kata dah maafkan abang? Nak suruh abang melutut lagi?”
Dia mengacah untuk kembali melutut namun sempat aku tarik lengannya. Menghalang dia untuk melakukan itu lagi. Abang tersengih. Ceh…sukalah tu! Aku silambam jugak mamat ni karang!
“Faiz dah lama maafkan abang. Sebenarnya, Faiz saja nak duga abang kalau abang betul-betul maksudkan kata-kata abang pada mak di kampong masa tu.”
Aku berterus terang akhirnya. Memang itu yang aku lakukan padanya selama tiga hari ini. Tiga hari yang mendera perasaan aku sendiri. Tiga hari yang membuatkan aku separuh nak gila bila tidak mendengar kata-kata cinta hikmat darinya. Salah aku juga sebab tak mengangkat panggilannya selama tiga hari aku pura-pura merajuk dengannya.
Aku menyorot mataku memandang abang. Mahu lihat reaksinya apa.
“Astagfirullahala’zim…sayang. Abang mati-mati ingat yang Faiz marah abang gila-gila macam ni. Rupanya…”
Dia tertawa. Kepalanya digelengkan beberapa kali. Tangan kirinya memegang dagu. Sekali lagi dia tertawa dan tersengih. Dia memandang aku. Tersenyum. Aku turut tersenyum. Kelat. Nak cover malu sebenarnya. Hmmm…
“Dah berapa kali abang nak cakap dengan Faiz yang abang betul-betul maksudkannya? Dah banyak kali kan? Takkan tak percaya lagi? Abang memang sayang dan cintakan Faiz sepenuh hati abang. Tiada tolok bandingnya. I love you very very much.”
Dia membisikkan kalimah terakhir itu betul-betul di cuping telingaku. Terasa asyik dan syahdu dipendengaranku. Aku hanya diam dan mengukirkan sedikit senyuman padanya. Malu dah kan? Aku juga yang malu. Perbuatan aku ni memakan diri aku sendiri kan? Padan muka aku kan?
“Malam ini kita keluar ya?”
Aku terus mengangguk tanda setuju. Sebenarnya memang itulah yang aku inginkan. Keluar berdua dengannya kerana selama ini masanya banyak dihabiskan duduk di hospital. Kerja saja. Kadang-kadang makan hati juga aku ni dengan perangainya itu.
………………….
Abang membawaku ke sebuah hotel terkemuka di Melaka. Seorang pelayan datang ke arah kami dan membawakan beberapa makanan istimewa pada kami. Rupa-rupanya abang sudah menempahnya dari awal. Meja ini pun sudah direservekan untuk kami. Aku saja yang tidak perasan. Suasana sungguh romantic ketika ini yang diisi dengan alunan muzik sentimental yang dimainkan pemuzik tetap hotel ini. Aku dan abang terbuai-buai oleh alunan muzik yang membuai perasaan itu. Dan seperti selalu, bibirnya tidak berhenti mengucapkan ucapan cintanya padaku. Kata-katanya itu membuatkan aku sering berada di awang-awangan. Sangat romantik.
Selang beberapa minit, seorang pelayan datang dengan membawa sejambak bunga ros merah. Bunga itu diserahkan pada abang sebelum abang menyerahkannya padaku dengan caranya yang tersendiri. Cubalah teka apa? Hehe…
“Terima kasih”
Ucapku dan mencium haruman bunga ros yang sudah berada dipeganganku. Dah lama aku tak dapat bunga. Dulu adalah masa sekolah, sewaktu aku dilamun cinta monyet. Itupun, sekuntum sajayang aku dapat. Hehe…Itu dulu. Shh…jangan beritahu dia…
Sesudah menjamu selera, abang bangun dan pergi ke arah kumpulan pemuzik di atas pentas. Dia membisikkan sesuatu kepada pemuzik itu. Kelihatannya, pemain gitar yang juga vokalis kumpulan muzik itu membisikkan kepada ahli kumpulan yang lain. Mereka terangguk-angguk. Dahi aku sudah mula berkerut. Aku tertanya-tanya, apalah yang dibisikkan abang kepada mereka tu? Tertinjau-tinjau aku dibuatnya. Apa lagilah yang abang aku ni nak buat?
“Minta perhatian hadirin sekalian, kami menerima satu permintaan dari En. Sharizal yang berdiri disebelah kami ini untuk menyanyikan sebuah lagu yang ditujukan khas untuk bakal isterinya. Boleh ya?”
Aku terkejut bila mendengar pengumuman yang disampaikan vokalis kumpulan pemuzik itu. Dadaku berdebar kencang. Tepukan gemuruh dari hadirin sekalian menguatkan lagi degupan jantungku yang semakin laju mengepam darah.
Aku melihat gitar yang dipegang penyanyi itu diberi pada abang. Abang menyambutnya dan duduk dikerusi tempat penyanyi itu tadi. Bibirnya tak habis-habis menguntumkan senyuman padaku.
“Terima kasih kerana memberi laluan pada saya untuk mendendangkan sebuah lagu khas untuk bakal isteri saya, iaitu Nur Faiza Iman yang sedang duduk disana”
Tangannya menunjukkan ke arah aku. Kesemua pengunjung yang turut berada di lounge ini memandang ke arahku. Aku jadi malu bila menjadi perhatian mereka. Mulalah rasa tak tentu arah. Menggeletar pula kepala lutut aku ni. Ada-ada saja abang ni.
“Dan untuk anda juga…terimalah. Istimewa”
Kesemua yang berada di sini menepuk tangan. Bergemuruh bunyinya. Bergema satu hotel ini kurasakan. Abang memulakan nyanyiannya. Pandangan matanya tidak lepas dari memandangku. Mata kami bertentangan walaupun berada pada jarak yang jauh juga. Seketika, aku terpegun mendengar nyanyiannya.
Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa
Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa
Aku berdebar-debar. Dari tadi punyalah kuat jantung ni menendang dada. Aku teruja dan…entahlah. Tak tahu nak kata apa. Hati aku terus disirami bunga-bunga kebahagian sekarang ini. Hmm…
Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ
Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang
Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ
ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa
Sehabis dia bernyanyi, kesemua yang berada di sini memberi tepukan gemuruh pada abang. Aku juga tidak ketinggalan memberikan tepukan padanya. Apatah lagi, lagu itu ditujukan khas untuk aku. Aku terpesona mendengar abang menyanyikan lagu itu. Terasa lagu Kumpulan Indigo yang berjudul Istimewa itu menyentuh tangkai hatiku ini. Hatiku juga terbuai-buai oleh alunan suaranya yang merdu ketika mengalunkan lagu itu. Dia menyanyikannya dengan penuh perasaan dan gaya yang tersendiri. Aku tak sangka dia mempunyai bakat nyanyian rupanya. Dan seperti biasa, senyumannya yang berjaya mengetuk pintu hatiku itu tidak lekang menghiasi bibir merahnya. Pandangan matanya yang penuh cahaya cinta itu membuatkan jiwa aku bergetar tiada hentinya.
“Terima kasih”
Abang memberi tanda hormat pada mereka semua sebaik menamatkan nyanyiannya tadi. Namun, ada suara yang meminta abang menyanyikan sebuah lagu lagi untuk mereka. Katanya, suara abang sangat sedap didengar. Terasa macam betul-betul dibuai cinta. Aku ketawa mendengarnya. Memang tidak dinafikan kata-kata orang itu. Suara abang memang sedap didengar apatah lagi mendendangkan lagu sentimental begitu dalam suasana hening malam begini. Namun, abang terpaksa menolaknya kerana hari sudah malam dan dia masih membawa anak dara orang dan bukan isterinya yang sah lagi. Aku sekadar tersenyum mendengar ulahnya.
Apa yang aku paling kelakar bila pengurus hotel ini menawarkan abang menyanyi sepenuh masa di hotelnya. Macam nak terguling aku bila pengurus hotel ini beriya-iya menawarkan abang kerja itu. Dia sanggup membayar abang dengan jumlah yang lumayan jika abang menerimanya. Tapi, abang menolaknya dan memberitahu dia sudah mempunyai kerjaya tetap dan kritikal. Susah nak menyanyi kerana masanya tak menentu. Aku tergelak lagi. Hai…
“Terima kasih sebab membuatkan malam ini begitu indah sekali sepanjang perkenalan kita. I like it. Faiz takkan lupakannya.”
Ucapku padanya ketika dia memberhentikan keretanya di depan pintu pagar rumahku. Aku terharu sangat dengan penghargaannya padaku malam ini. Abang menguntumkan senyuman di bibirnya.
“Abang akan lakukan apa saja untuk orang yang abang cintai. Sekarang, Faiz percaya yang abang benar-benar maksudkan hasrat abang kan?”
Aku menganggukkan kepala. Aku mencium lagi haruman bunga ros segar yang dihadiahkan padaku tadi. Aku melirik manja ke mata coklatnya yang bersinar. Bibirnya mengukirkan seulas senyuman mekar.
“I Love You.”
Ucapnya perlahan menampar ke gegendang telingaku. Penuh romantis dan syahdu di pendengaranku. Dah mulalah dada aku ni nak berdegup hebat. Aku melempar senyuman manis padanya. Perlahan juga aku membalas ungkapan cinta itu kepadanya. Seketika, kami saling renung merenung antara satu sama lain. Diam tanpa kata. Hanya senyuman yang mengiringi tatapan mata kami. Kami dibuai oleh perasaan sendiri. Aku semakin pasti, cintaku hanya miliknya seorang. Tiada yang lebih layak berbanding dia. Aku yakin dan pasti itu.
…………………
“Amboi, bukan main gembira nampak anak dara seorang ni? Tengok tu Pul, bersimpul-simpul senyuman dia.”
Sindir Ellin dengan sengihan melebar di bibirnya. Sikunyanya menyenggol lengan Saiful, pegawai farmasi pelatih itu. Saiful juga turut tersengih memandangku.
“Apa yang disenyumkan tu,kak? Kitorang tengok dari tadi akak senyum. Mesti ada apa-apa ni kan, Kak Lin?”
Sambung Saiful pula. Ellin mengangguk dan mengukir senyuman sinisnya padaku. Aku hanya menggeleng dan tersenyum. Pantas kedua-dua pipi mereka aku tolak lembut.
“Takde apa-apalah. Korang ni, sibuklah. Buat kerjalah.”
Ujarku dan terus berlalu ke depan. Membiarkan mereka berdua terus berteka-teki. Senyuman terus menguliti diriku saat ini. Bagaikan diriku ditaburi bunga-bunga keindahan yang membahagiakan. Masih tergambar saat-saat romantic yang aku lalui malam tadi. Hai… kalaulah hari-hari aku lalui saat macam malam tadi, kan indah.
Teruja betul aku bila dia nyanyikan lagu itu untuk aku. Macam mimpi pulak. Aku memejamkan mataTerbayang-bayang wajahnya ketika menyanyikan lagu itu untuk aku. Terbayang senyumannya yang boleh meruntunkan jiwa aku. Terbayang…
“Hoi! Berangan lagi!”
Sergahan Ellin itu memeranjatkanku. Terbantut semua lamunan aku. Kacau betullah budak ni.
“Buat kerja cik kak. Tak nampak ke kat depan kau tu ada orang?”
Ellin membisikkan ke telingaku. Bibirnya dimuncungkan kearah depan. Aku turut memandang ke depan. Hah? Ada orang rupanya. Aku tengok orang itu sudah merah padam melihatku. Hidungnya juga sudah kembang kempis. Aku lantas tersenyum sumbing.
“Kalau nak berangan, balik rumahlah”
Marah orang itu. Mukanya membengis memandang aku. Misainya yang melentik umpama misau pelakon Gerak Khas, A Galak itu menakutkan aku. Aku tersengih. Aduh…malunya aku!
“Minta maaf, Encik. Saya tak perasan. Boleh saya bantu?”
Terus saja aku menawarkan khidmatku macam biasa. Ya Allah! Kenapalah aku berangan sampai macam tu sekali? Customer kat depan mata pun tak nampak? Malunya aku. Sia-sia kena marah dengan dia. Aku memandang Ellin yang sudah ketawa geli hati.











laa.. bosan la.. cpt2 la sambung.. dah lama tunggu nie..
ok…citer menarik…cuma xyah kot taruk lagu…x leh feel…
cmner pun still menarik dan romantik…:D
x sabar nk tau kesudahan novel ni..
romantik gilerr citer ni…

bg sy ok per ltk lirik tu..
wt org lbih mghyti..
pa2 pun cpt smbung tau..
agknya apalah ending citer ni ye..
teruskan menulis ye mel mellisa..
keep it up!!!