Novel : Kasih Yang Hadir 2

27 January 2010  
Kategori: Novel

3,348 bacaan 14 ulasan

Oleh : Qasrah_Zaifa

“Walau apapun yang Mama nak cakap, Aidil takkan ubah keputusan Aidil. Mama nak Aidil nikah dengan perempuan yang langsung Aidil tak kenal? Apa ni Mama? Aidil rimaslah kalau macam ni.”
“Mama tak kira. Aidil kena nikah juga dengan Anis. Mama tak suka Aidil bawak entah siapa-siapa dalam rumah ni. Aidil ingat rumah kita ni apa? Tempat maksiat?”
“Ala relaxlah Mama. Aidil bukannya buat perkara yang tak senonoh pun. Mama pun tahu kan Aidil macam mana. Aidil malaslah nak fikir pasal semua ni.”
“Kenapa dengan Aidil ni? Mama dah mati akal, dah tak tahu nak nasihat Aidil macam mana lagi. Semuanya sia-sia. Sekarang ni, Mama fikir hanya ada satu cara aje yang boleh buat Aiil berubah.”
“Apa dia Mama?”
“Aidil kena kahwin. Kalau dah ada tanggungjawab, Aidil takkan berfoya-foya macam ni lagi. Aidil bukan budak-budak lagi tau. Dah nak masuk 25 tahun pun macam ni lagi. Apa nak jadi dengan Aidil ni?”
Datin Suraya memandang anak terunanya. Aidil tak pernah berubah. Masih lagi bergelumang dengan hidup yang tak tentu arah. Mungkin silapnya terlalu manjakan Aidil. Segala yang Aidil minta pasti diberikannya. Segala kemahuan Aidil sanggup diturutinya. Segalanya kerana dia terlalu sayangkan satu-satunya anak yang dimiliki bersama Arwah suaminya. Dia tidak mahu melihat Aidil terkontang-kanting dalam mencari erti kehidupan yang sebenarnya. Untuk itu, dia mengambil keputusan untuk menjodohkan Aidil dengan pilihan hatinya.
“No Mama! I said no!”
Satu tamparan hinggap di pipi Aidil. Terasa perit namun ditahan. Aidil memandang Datin Suraya tajam. Marahnya pada Datin Suraya meluap-luap. Terasa privasinya diganggu oleh hal-hal yang langsung tidak boleh diterima dek akal fikirannya saat itu.
“Siapa yang ajar Aidil kurang ajar dengan Mama ni? Hak kamu sebagai seorang anak ada batasnya, Aidil. Jangan pernah cuba sesekali naikkan suara dengan Mama. Memang Mama silap selama ni. Mama terlalu manjakan kamu sampai kamu jadi macam ni. Ingat Aidil. Keputusan Mama muktamad dan sekali Mama dah buat keputusan, Mama takkan toleh ke belakang lagi.”
Suara Datin Suraya kedengaran tegas. Aidil memegang pipinya yang sakit. Perasaan marah, benci bersatu menjadi satu. Tidak! Aku takkan pernah setuju dengan Mama. Keputusan Mama kali ni memang betul-betul gila, bentak hati kecilnya.
“Tidak Mama. Aidil takkan terima dia sebagai isteri Aidil. Aidil cintakan orang lain.”
“Cinta? Tahu ke Aidil makna cinta sebenarnya? Aidil tahu tak yang selama ni Aidil hanya mainkan perasaan perempuan dan senang-senang macam tu aje Aidil tinggalkan mereka tu semua. Apa Aidil ingat Mama tak tahu apa yang Aidil buat kat luar tu? Aidil ingat Mama buta ke?”
“Mama please…”
Untuk kesekian kalinya, Aidil cuba merayu. Dia tidak mahu menamatkan usia bujangnya secepat ini. Masih banyak lagi yang belum diterokainya. Kahwin? Siapa sangka dia bakal berkahwin dengan seorang perempuan yang langsung tak ada kaitan dalam hidupnya.
“No way! Keputusan Mama dah bulat. Suka hati Aidil nak cakap Mama jahat ke, apa ke… Mama tak peduli. Segala persiapan dah dibuat. Seminggu lagi majlisnya. So, Aidil tak boleh keluar malam mulai dari hari, faham?”
“Mama…”
Datin Suraya berlalu meninggalkan Aidil terpinga-pinga di ruang tamu. Hanya ini satu-satunya cara untuk mengikat Aidil daripada terus berfoya-foya dengan perempuan entah siapa-siapa. Telinganya bernanah setiap kali mendengar cerita lelongan konon-kononnya Aidil berbuat hal yang tidak elok di luar dan hakikatnya memang betul cerita tersebut. Datin Suraya terpaksa menebalkan muka setiap kali berhadapan dengan jiran-jiran tetangga yang sememangnya arif perihal perlakuan anaknya itu. Namun apa yang mampu dilakukannya? Berbuih mulut menasihatkan Aidil, tetapi Aidil tetap dengan dunianya. Hendak dimarah, anaknya. Hendak dirotan, Aidil sudah besar. Erm…entahlah. Dia sendiri bingung memikirkan tentang hal ini.

************************************

AKHIRNYA majlis perkahwinan yang selama ini ditunggu Datin Suraya berlangsung jua. Aidil dan Anisa. kedua-duanya kelihatan amat secocok. Sama cantik dan sama padan. Wajah Anisa membuatkan dia rindu akan seseorang. Seseorang yang telah jauh pergi dari hidupnya. Lantas dibuang perasaan itu agar hatinya tenang menhadapi hakikat hidup yang telah pun tersurat di tangan takdir. Dia mengulum senyuman manis tatkala matanya bertaut dengan anak mata milik Anisa.
Hanya dengan sekali lafaz sahaja, Anisa menjadi suri di hati Aidil. Buat pertama kalinya, Anisa menitiskan air mata tanda dia akan menggalas satu tanggungjawab besar kepada seorang lelaki yang kini telah menjadi suaminya. Bagaimana harus dia jalani kehidupan ini bersama seorang lelaki yang langsung tidak pernah dicintainya? Entah, dia sendiri tidak pasti dengan kehendak hatinya. Benar, dia rela menjadi seorang isteri kepada Aidil andai itulah yang telah tercatat jodoh antara mereka walaupun masing-masing tidak mahu terikat antara satu sama lain. Biarlah. Biar masa yang menentukan segalanya.
Setelah selesai upacara makan beradab, pasangan Aidil dan Anisa diminta untuk mengambil beberapa keeping gambar untuk dijadikan kenangan. Anisa begitu cantik dengan pakaian baju pengantinnya manakala Aidil pula tidak kurang segaknya dengan baju melayu yang tersemat di badannya. Aidil melirik ke arah isterinya. Ermm…boleh tahan jugak dia ni. Cantik…pujinya dalam hati.
Anisa melangkah masuk ke kamarnya. Tersusun indah beserta aroma bunga segar menusuk hidung menghiasi pelosok kamar itu. Tiba-tiba bulu romanya meremang. Aku tidur sini ke malam ni? Aku tidur sorang ke berdua? Berdua dengan siapa? Siapa lagi kalau bukan Aidil, suaminya. Tawanya dalam hati.
Tiba-tiba pintu bilik terkuak. Anisa tergamam seketika. Seketika terjengul kepala Aidil di sebalik pintu. Anisa gelabah tidak menentu. Alamak…takkan sekarang kot. Aku tak bersedia apa-apa lagi ni, bentaknya dalam diam.
“Kau buat apa kat sini? Ini kan bilik aku. Keluar sekarang.”
Suara itu berbaur arahan. Anisa hanya diam membatu di sisi katil. Tidak mampu untuk memandang seraut wajah itu. Anisa menggenggam jari jemarinya yang runcing. Aidil pula hanya melirik tajam ke arah Anisa. Anisa tidak mampu mengangkat muka. Malu…Iyalah, mana tidaknya. Duduk sebilik dengan lelaki yang baru bergelar suami, mestilah segan. Hatinya berdebar tiba-tiba.
Aidil menghampiri Anisa. Setiap langkah membuatkan jiwa Anisa gelisah. Dia bimbang andai… ahh…Aidil tak kan buat macam tu. Aku tak rela orang lain menyentuh privasiku. Tapi Aidil kan suami aku. Dia berhak meminta haknya. Tidak! Hati kecilnya tetap tidak membenarkan perkara sedemikian berlaku. Tidak akan!
“Awak nak buat apa? Jangan berani buat macam-macam. Kalau tak, saya jerit!”
“Kau nak jerit? Jeritlah. Biar semua tahu apa yang akan kita buat malam ni.”
“Awak nak buat apa kat saya haa? Tidak! Saya tak rela.”
“Kau rasa-rasa?”
Anisa memandang wajah Aidil. Seketika mata mereka bertaut. Tidak mampu melawan milik sepasang anak mata itu, pantas Anisa tunduk memandang lantai. Perasaan malu mula menyelubungi dirinya. Terasa seluruh darah berkumpul di wajahnya saat itu.
“Awak jangan nak macam-macam dengan saya. Kalau saya cakap tak nak, maknanya tak nak! Saya tak bersedia lagi.”
“Kau ni kenapa? Apa yang tak bersedia lagi? Ohh…kau nak aku layan kau ye malam ni. Boleh…apa salahnya.”
Aidil mula merapati Anisa. Anisa mengundur ke belakang namun akhirnya dia terperangkap. Aidil tersenyum sinis. Permainan yang sengaja diaturkan sejak awal lagi nampaknya semakin membuahkan hasil. Anisa dilihatnya semakin tidak menentu. Hatinya berbunga riang kerana berjaya mengenakan gadis itu.
“Kau nak tahu tak? Kau ni boleh tahan jugak orangnya. Kalau macam inilah, nampaknya aku tak perlu nak berfoya-foya lagi. Asalkan kau pandai layan aku, aku janji aku takkan cari yang lain.”
“Awak ni kenapa? Saya tak sukalah tengok awak macam ni. Tepilah! Saya rimas, tahu tak?”
Suara Anisa separa menjerit. Aidil dilihatnya semakin galak. Ini ke perangai Aidil yang sebenarnya? Suka ambil kesempatan bila ada peluang. Argghh! Habislah aku lepas ni.
“Kau tahu tak apa status kau sekarang ni? Kau isteri aku. So, aku berhak minta apa yang aku nak. Tak gitu?”
Aidil mengangkat keningnya. Merah muka Anisa dibuatnya. Sengaja dirapatkan badannya agar gadis itu berasa kurang selesa. Anisa menutup mata, bimbang perkara yang seterusnya akan berlaku.
Sangkaanya saat itu tidak meleset. Ternyata Aidil punya rancangan untuk dirinya malam itu. Dia harus bersedia walau apa jua yang berlaku. Ya! Bersedia zahir dan batin.
Aidil merapatkan wajahnya. Tangannya mula menjalar ke bahu Anisa. Anisa hanya diam diperlakukan begitu. Tidak mahu membantah apatah lagi bersetuju dengan tindakan Aidil malam itu. Aidil memandang Anisa. Ternyata Anisa menggugat perasaannya tika itu. Entah kenapa dia merasakan satu perasaan halus tiba-tiba hadir ke dalam hatinya. Adakah dia jatuh cinta? Cinta? Ahh! Sudah lama perasaan itu tidak hadir dalam kamus hidupnya. Cukuplah dia dipermainkan dan mempermainkan perasaan orang selama ini.
“Aku takkan buat sesuatu dengan tergesa-gesa. Aku tak suka memaksa. Ingat…”
Anisa mengangkat muka, bertautan mata dengan Aidil.
“…aku akan jadikan kau milikku suatu hari nanti.”
Terasa panas telinganya saat itu. Setiap helaan nafas Aidil dapat didengarinya. Hatinya seperti tadi, masih berdebar-debar. Kalimah terakhir yang keluar daripada bibir Aidil membuatkannya berfikir sejenak. Adakah Aidil serius dengan kata-katanya atau mungkin Aidil hanya ingin memainkan perasaannya? Anisa menolak tubuh Aidil dengan sekuat tenaga. Lelaki itu hanya membiarkan sahaja protes Anisa tanpa ada bantahan walau sedikit pun.
“Awak ingat saya ni apa haa? Awak ingat senang nak mainkan perasaan saya sama macam awak mainkan perasaan perempuan-perempuan lain? Tak semudah tu Aidil, tak semudah tu. Untuk menerima awak sepenuhnya dalam hidup saya bukan sesuatu yang mudah. Kita ditakdirkan untuk hidup macam ni sejak azali lagi. Awak nak tahu, susah untuk saya terima keadaan ini apalagi untuk menjadi milik awak sepenuhnya.”
“Dah…aku tahu kau penat. Tidurlah. Aku pun ngantuk ni.”
“Awak nak tidur kat mana? Takkan kita…”
“Jangan risau. Aku tidur kat sofa, kau pulak tidur atas katil. Aku takkan buat apa-apa pada kau. Percayalah.”
Anisa memandang Aidil. Ditenungnya seraut wajah itu. Bolehkah dia terus percaya dengan kata-kata Aidil? Aidil kan lelaki, mana mungkin dia akan biarkan Anisa tidur sendirian di katil. Ini bermakna dia kena berjaga-jaga, bimbang akan terjadi apa-apa pada dirinya.
Aidil menghenyakkan badannya ke sofa. Ditenungnya wajah Anisa yang nyenyak tidur di atas katil. Entah kenapa tiba-tiba dirasakan perasaan halus hadir menyelubungi hatinya saat ini. Apakah ini dikatakan cinta pandang pertama? Argghh…sukarnya untuk diungkap perasaan ini. Perasaan yang begitu sukar untuk dimengerti.

*****************************************

“Aidil, bangun. Dah masuk waktu Subuh dah ni. Bangunlah…”
Aidil menggeliat ke kiri dan ke kanan. Anisa hanya memerhatikan gelagat Aidil tanpa berkata apa-apa. Baru sahaja Anisa mengangkat punggung untuk berlalu, pantas lengannya disambar oleh Aidil. Anisa tergamam. Dia menoleh ka arah Aidil. Aidil hanya tersenyum menampakkan baris giginya yang putih bersih itu. anisa cuba menepis genggaman tangan Aidil, namun tidak berhasil. Ternyata Aidil mempunyai lebih kudrat berbanding dengan dirinya.
“Kau nak pergi mana?”
“Lepaslah! Apa yang awak buat ni? Sakit, tahu tak?”
“Peduli apa aku. Selagi aku tak dapat apa yang aku nak, selagi itulah aku takkan pernah lepaskan kau. Ingat apa yang aku cakap semalam?”
Anisa menelan liur. Bait kata-kata yang dikatakan Aidil malam tadi menerjah ke fikirannya. ‘…aku akan jadikan kau milikku suatu hari nanti…’ Anisa cuba berlagak selamba bagaikan tiada apa-apa yang berlaku antara mereka kini namun siapa tahu gelora hatinya saat ini. Dia hanya mampu berdoa dan bersedia walau apa jua yang akan berlaku.
“Lepaslah!\”
Tanpa diduga Aidil bangun dari pembaringannya dan menghadap Anisa. Anisa kecut perut. Aduh…apalah yang dia nak lagi ni? Tak cukup-cukup ke dengan hal malam tadi? Aidil merapatkan wajahnya dan tiba-tiba…pulpp…satu ciuman singgah di pipi Anisa. Anisa terpaku dan tidak mampu berkata-kata. Segala-galanya langsung tidak pernah terlintas dalam fikirannya saat ini.

*****BERSAMBUNG*****


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

14 ulasan untuk “Novel : Kasih Yang Hadir 2”
  1. Kak Faz says:

    :cool: Best jugak..

  2. enni says:

    ;-) sejiwa la……bes

  3. iera says:

    jalan cerita yang menarik…cepat sambung yee

  4. BESTTT!!!!! sambung la! I like this story!!! XD So, so, so best!!!! PLease, sambung yeee!!!

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"