Novel : Lu’lu’ dan Marjan 13

27 January 2010  
Kategori: Novel

2,418 bacaan 1 ulasan

Oleh : anarif

Marjan melabuhkan punggung di atas pasir di bawah pohon kelapa yang rendang. Jam sudah menunjukkan pukul 2 petang namun kelibat teman-teman Lu’lu’ masih belum kelihatan.

Marjan mengeluh kecil. Ni lah janji melayu. Memang me”loya”kan. Tengahari buta begini tiada yang hilang akal mahu bermain di pantai. Hitamlah aku lepas ni. topi pulak tak ada. Ish, memang bala. Tiba-tiba, Marjan terfikirkan sesuatu. Kalau nak diikutkan, aku tak perlu ikut diorang ni. aku kan orang luar, tak ada kena mengena dengan aktiviti diorang.

So, Marjan, kau nak tunggu or balik khemah dan tidur? Walaupun Cuma khemah, sekarang, itulah syurga kau Marjan oi.

Marjan memeluk lutut. Berfikir ligat.

Nak balik, nak tunggu?

Ah, balik jelah. Lagipun, aku nak jaga siapa? Lu’lu’ tak turun. So, aku tak ada sebab untuk turun ke sini.

Marjan teringatkan kakinya yang ditendang Lu’lu’. Disingsing kaki seluar, membelek betisnya.

Mujur tak patah. Gila betul. Kaki dia besi apa? Kalau pakai heels, tak selamat dah kaki aku.

Dibetulkan kembali kaki seluar. Marjan bingkas, mahu meninggalkan tempat itu.

Dia berpusing, dan kakinya Cuma melangkah selangkah. Langkahnya mati melihat Mira berlenggang ke arahnya. Di belakangnya, terdapat beberapa orang lagi yang Marjan lihat semalam.

Alahai, khemahku, tak baliklah aku.

“Marjan!” sapa Mira dengan topi berbunga-bunganya.

Marjan angkat tangan, membalas sapaan itu. Senyum kelat.

“Marjan, kenapa you kat sini? we all kumpul kat sana la. I saw you, sebab tu I datang sini, bawak diorang sekali.” Jelas Mira sebaik mereka berhadapan.

Marjan melopong.

Ceh, kiranya sekarang I”m the latecomer la? Aduh.

Marjan bersalaman dengan beberapa orang yang lain di situ. Fahim juga ada, namun dia berdiri agak ke belakang sedikit. Marjan buat tidak kisah.

Melilau mata Mira melihat keliling.

“eh, you sorang je? Lu’lu’ mana?” soal Mira hairan. Marjan senyum tawar. Perasan hampir semua mata yang ada melekat padanya.

“err, dia, tak sihat.” Cepat sahaja idea itu datang padanya.

Mira mengerutkan dahinya, senyum penuh makna. Di tangan Mira ada wisel.

“oo, you all gaduh ek? You tak pujuk ke?” usik Mira.

Marjan garu kepala. Yang lain dah senyum lain macam di mata Marjan. Kecuali Fahim. Muka dia kalah mangga muda. Masamnya ya ampun!

Marjan sengih.

“taklah, dia tak sihat sikit. Betul.” Marjan cuba meyakinkan.

Senyum Mira bertambah lebar. Melihat Marjan malu, lagi dia mahu mengusik.

“ye ke dia sakit?”

“ye lah, eh, dari awak sibuk pasal dia, baik awak start aktiviti kita. Ada juga faedahnya.” Tepis Marjan.

Mira memuncungkan mulutnya. Marjan sengih saja.

Mira berpaling, menumpukan perhatian pada teman yang lain.

“ok guys. Aktiviti kita yang pertama hari ni ialah to get you into group. I dah bahagikan group and semua akan ada kumpulan. Ok?” semua mengangguk.

Mira berpaling pada Marjan.

“including you mr. Marjan.” Marjan senyum kelat.

Dari pemerhatian Marjan, semua yang ada lebih kurang 20 orang.

“ok, satu group 5 orang saja dan group pertama, Yana, Din, Fahim, Marjan, Ima.” Marjan mengeluh kecil. Mesti Fahim tak senang duduk dengan aku. Hmm, kesian la pulak.

Kerana terlalu asyik melayan perasaannya, Marjan tidak perasan nama Lu’lu’ disebut.

Lantang suara Mira membahagikan kumpulan dan setelah semua nama telah disebut, Mira mahu menyambung taklimatnya apabila Marjan bersuara.

“err, Mira, Lu’lu’ kumpulan mana?” soalan Marjan membuat Mira tersenyum nakal.

“ai, risau ke cik adik kena mengorat?” belum sempat Marjan menepis Mira sudah berkata-kata lagi.

“I tak sebut nama Lu’lu’ la sebab dia tak datang. If dia datang, kita bagi choice kat dia nak masuk kumpulan mana, ok?” Marjan angguk macam orang bodoh.

Terasa bodoh pula bertanya bila nama Lu’lu’ tidak disebut. Mesti orang lain bertambah salah faham dengan aku. Masalah betul.

Mira kembali memandang yang lain, mahu menyambung taklimatnya.

“ok, game kita yang pertama, meneka nama filem. Seorang ahli dari setiap kumpulan perlulah datang ke hadapan dan saya akan beritahu nama filem berkenaan. Orang itu perlu berlakon supaya ahli kumpulan yang lain dapat meneka nama filemnya. Ok? And please guys yang kena berlakon tu, no talking, ok?”

“ok, ok,” serentak mereka menjawab. Marjan senyum tawar. Berlakon?

Mereka duduk di atas pasir di bawah teduhan pokok kelapa dan pokok rhu. Membuat bulatan.

Mira selaku pengerusi dan pengatur cara berdiri di tengah-tengah bulatan.

“ok, kumpulan pertama, the lucky guy is Marjan.” Tepukan bergema dari setiap yang datang. Marjan senyum kelat, bingkas mendapatkan Mira.

Mira mendekatkan bibirnya di telinga Marjan, membisikkan nama filem berjudul “Soal Hati”. Marjan kerut dahi.

Tak pernah tengok pun cerita ni. garu kepala.

Mira meminggirkan diri, membiarkan Marjan seorang di tengah. Marjan memusingkan badannya, berhadapan dengan ahli kumpulannya.

Garu kepala lagi. Soal hati?

Marjan membuat gerakan tangan di udara, melukis lambang tanda soal. Berkali-kali.

Din yang botak sedikit kerut dahi.

“tanda soal?” Marjan angguk pantas.

Diulang lagi gerakan tadi. Kemudian, tangannya dilekapkan ke dada, dipejam sedikit matanya.

Yana angkat punggung sedikit.

“soal hati!” jerit yana sekuatnya. Marjan angguk lega.

Yang lain bersorak dan bertepuk. Marjan kembali mengambil tempatnya di dalam kumpulannya, di sebelah din. Mereka membuat gerakan high-5 di udara. Marjan senyum senang. Cuma Fahim sahaja yang kelihatan tidak berminat.

Sekurang-kurangnya, tugasnya sudah habis untuk kali ini. Permainan diteruskan lagi. Gelak ketawa dan sorakan semakin kuat. Marjan juga ketawa sehabis-habisnya melihat gelagat yang lain. Benar-benar lupa dia bukan sebahagian dari mereka pada asalnya.

Pusingan pertama selesai. Kumpulan 2 dan 3 gagal meneka dengan betul. Jadi, untuk menentukan pemenangnya, kumpulan 1 dan kumpulan 4 perlu berentap lagi.

Mira baru sahaja mengumumkan pusingan kedua dan kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya apabila dia tiba-tiba menjerit lantang. Pandangannya melangkaui bulatan yang mengelilinginya ke satu arah.

“Lu’lu’!” Marjan pantas menoleh, begitu juga Fahim.

3 meter dari mereka, Lu’lu’ melangkah malas sambil berpeluk tubuh.

Marjan sengih saja.

Datang jugak kau ya?

Yang lain turut bersorak apabila Mira berlari mendapatkan Lu’lu’, menarik Lu’lu’ supaya mempercepatkan langkahnya.

Sebaik Lu’lu’ dan Mira masuk ke dalam bulatan, berdiri di tengah-tengah, Mira bertanya pantas.

“kau nak masuk kumpulan mana?” Lu’lu’ terdiam, tidak menyangka dia perlu memilih begitu. Sempat dia mengerling kumpulan Marjan.

Hatinya menghalang pantas. Ada Fahim! Tak boleh, tak boleh!

Lu’lu’ menggaru kepala.

Sukar mahu membuat pilihan.

Mira senyum lebar, menentang mata Lu’lu’.

“kau nak masuk kumpulan Marjan kan? Ok, siapa setuju Lu’lu’ dan Marjan satu kumpulan?” Mira bertanya kepada yang lain.

“setuju!” bersorak yang lain.

Marjan geleng kepala bersama senyum.

Budak-budak sungguh lah diorang ni.

Lu’lu’ berpaling melihat Mira pantas, mahu menolak namun Mira sudah bertindak terlebih dahulu.

Ditarik Lu’lu’ ke sebelah Marjan dan Lu’lu’ dipaksa duduk. Bertambah galak sorakan dan usikan yang lain.

Lu’lu’ membetulkan sila. Melarikan wajahnya dari melihat Marjan.

Marjan memalingkan mukanya sedikit ke arah Lu’lu’, namun matanya ke Mira supaya tidak menarik perhatian yang lain. Dia berbisik perlahan, cukup perlahan untuk Lu’lu’ sahaja yang mendengar.

“ingat nak jadi puteri perap kat atas tu dah,” Marjan memandang depan sepenuhnya kembali.

Lu’lu’ ketap bibir.

“boleh tak cakap baik-baik sikit? Kaki tu dah elok ke? Ke, nak saya tambah lagi?” balas Lu’lu’. Dia juga berbisik.

Marjan senyum nipis. Tidak lagi menjawab. Bimbang juga dia dengan ugutan itu.

“ok, sekarang, pusingan kedua. Kita mulakan dengan kumpulan pertama ok? Sekarang, saya rasa, Lu’lu’ could be the lucky girl for today, right?” yang lain bersorak lagi, bersetuju.

Marjan senyum lebar, melirik Lu’lu’ yang bangun dengan kasar, bersama dengusan kecil.

Tak puas hatilah tu. Nasib engkau. Fahim yang Cuma dipisahkan oleh Yana dari Marjan mengerling Marjan dan Lu’lu’ silih berganti.

Mira senyum senang. Ada sesuatu yang mahu dia lakukan. Entah kenapa, suka benar dia mengusik Lu’lu’ dan Marjan. Teringatkan filem Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai, babak di mana Shak Rukh Khan dan Kajol dikenakan dengan perkataan “I Love You”. Dia mahu melakukan perkara yang sama.

Mira menarik Lu’lu’ ke arahnya, membisikkan perkataan “I Love You” ke telinga Lu’lu’. Lu’lu’ mengerutkan dahinya.

“kejap, ni nama filem kan? Teka nama filem kan? Aku tak pernah dengar pun nama filem ni? filem inggeris ke apa?” soal Lu’lu’ tidak puas hati.

Mira menghayunkan tangan kanannya ke kiri ke kanan, tanda dia tidak mahu berbincang lagi. Ditolaknya Lu’lu’ ke tengah bulatan.

Lu’lu’ berdiri di situ, terpinga-pinga apabila sorakan yang begitu kuat sudah mula berhenti bagi memberi laluan kepadanya.

Lu’lu’ garu dahi. Garu kepala. Apa nak buat ni?

Marjan pandang Lu’lu’, menanti lakonannya. Apabila mata mereka bertentangan, Marjan angkat tangan bersama gerakan mulut.

“apa?” soal Marjan. Lu’lu’ jeling tajam.

Marjan senyum saja. Memeluk lututnya.

Mira menepuk tangan bersama sebutan nama Lu’lu’.

“Lu’lu’! Lu’lu’!” sekejap sahaja nama Lu’lu’ sudah bergema di setiap penjuru bulatan itu.

Lu’lu’ senyum kelat.

“ok, ok.” Ujar Lu’lu’. Diangkat kedua tangannya menenangkan yang lain.

Laungan namanya mula menghilang.

Lu’lu’ berdehem perlahan. Dipandang satu persatu ahli kumpulannya kecuali Fahim.

Jemari kanannya digenggam, Cuma ibu jari yang tinggal. Dia menuding ibu jari ke arah dirinya. Diulang berkali-kali aksi itu.

Kemudian, Lu’lu’ menyilangkan tapak tangan kiri di belakang tapak tangan kanan, perlahan dan lambat-lambat. Teragak-agak dia mahu melakukan aksi itu.

Kemudian, dilekapkan tangannya yang bersilang ke dadanya.

Marjan kerut dahi.

“apa?” soal Marjan agak kuat membuatkan Lu’lu’ tersentak sedikit. Dia menjeling Marjan tajam. Geram.

Lu’lu’ mengalihkan matanya dari Marjan. Memandang yang lain dan diulang dua aksi tadi berkali-kali. Kemudian, dia menunjuk ke arah mereka.

Entah kenapa, seperti yang dimahukan Mira, Marjan pantas meneka.

“I love you?” Lu’lu’ tergamam seketika mendengar lafaz itu. Tangannya diturunkan dan dirapatkan ke pahanya perlahan. Dia malu sendiri. Mira bertepuk kuat diikuti yang lain.

Siulan nakal turut kedengaran. Marjan sengih saja. Mira kembali mendapatkan Lu’lu’ yang masih kaku berdiri, dipeluk bahu Lu’lu’ mesra.

“pandai kau ya?” usik Mira. Lu’lu’ tidak menjawab, sebaliknya dia mengambil tempatnya kembali. Memeluk lututnya.

Tidak berani mahu melihat Marjan. Bimbang diusik yang lain.

Tiada usikan dari Marjan, tiada sepatah kata dari Marjan.

Lu’lu’ meletakkan dagu di atas lutut. Melayan debaran hebat yang berlagu di hati. Menahan nafas yang mendesah kuat mendengar lafaz itu dari Marjan.

Lu’lu’! what happened? Tak mungkin Lu’lu’, tak mungkin kau dah jatuh cinta lagi. Tak mungkin. Jika benar itu terjadi, mengapa Marjan? Suara kuat Mira mengejutkan Lu’lu’. Akal warasnya kembali berkata-kata. Lu’lu’. You can”t let that happen. You can”t fall in love again, especially with him. No!




k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

Satu ulasan untuk “Novel : Lu’lu’ dan Marjan 13”
  1. panda says:

    haha..kan dah..

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"