
Novel : My life my love 1
Oleh : humanbeing
Entahlah. Mungkin Allah sedang memperhadiahkan ujian untukku. Menguji setiap butir kesabaran serta kesyukuran dalam hati yang lemah ini.. Sudahlah mendapat keputusan corot di dalam kelas ,masalah dengan kawan pun belum selesai..hmmm..
Bas merah yang di naiki siti kelihatan berhenti di hadapan pagar sekolah..seketika kemudian siti turun dari bas.. Langkahnya semakin laju apabila menghampiri aku dan nita.. Namun sahabatku yang berkaca mata ini tidak memberhentikan langkahnya apatah lagi untuk memandang tempat kami.. Hatiku luluh dan mindaku sekali lagi meminta penjelasan tentang punca keretakan hubungan persahabatan kami berdua.. Aku mengajukan soalan itu pada nita dan nita membalas dengan soalan yang sangat tidak aku fahami..
“ehmmm..Tia, aku nak tanya , kau ada apa-apa ke dengan Asyrani ?Mata Nita merenung dalam ke anak mataku meminta kepastian.
Ha?! Siapa? Asyrani? Siapa tu? Kau ni merepek lah.. Kataku di sertai hilai ketawa yang pendek..
“Kau tak kenal? Biar betul.. Hari tu Asyrani sendiri cakap dengan Siti yang dia dengan kau”.. Nita membalas dengan perasaan kaget yang teramat sangat setelah mengetahui bahawa aku langsung tidak mengenali lelaki tersebut.
Astaghfirullah.. Kau tau kan aku tak minat langsung main cintan cintin ni.. Ish.. Geli geleman pulak di buatnya.. Wait! Kau ni dah masuk simpang lain ni .Apa kena mengena dia dengan siti dengan aku pulak ni? Kau ni lain yang aku tanya , lain pulak kau jawab..
Nak tau? Soal nita
Aku mengangguk laju..
Sungguh nak tau?
Yelah..aku nak tau..
Kita tunggu selepas nie…hahaha..
Pang!! Lima jari runcing ku melekap ke muka nita..
Aww.. Sakitlah.. Nita menyapu perlahan pipinya.. Mukanya seperti ayam berak kapur ketika menahan kesakitan..
Ha.. Tulah padahnya.. Aku tanya , kau buat iklan pulak.. Kan dah kena ‘abugeet ‘aku..
Baiklah Tiaku sayang.. Macam nie ceritanya.. Pada suatu hari.. Jeng ..jeng..jeng
Ish kau ni.betul- betul lar.. Karang dapat blusher free lagi satu nak? Ugutku sanbil menunjukkan tapak tanganku padanya..
+++++++++++++++++++++++++++++++
Kenapalah keputusan periksa tia kali ni teruk sangat , ha?! Abah dan mak dah hantar kau ke tuisyen , belikan kau buku rujukan tambahan, bagi duit belanja sekolah.. Tapi mana hadiah kau pada mak abah? Mak bukan nak bagi kau tertekan tapi cubalah usaha sikit, ubah diri tu… ye nak”.. Wajah tenang itu merenungku dengsn penuh harapan.. Aku yang daripada tadi tertunduk bisu mendengar setiap butir kata Mak mengangguk perlahan.aku tersangat berharap agar mak dapat mendengar segala masalah yang ingin aku curahkan .. Namun, kesibukannya bekerja menjadi penghalang kepada interaksi kami berdua.. Aku letih mendengar syarahannya , namunn siapalah aku untuk membentak , memprotes.. Masa ku biarkan mengalir perlahan dengan leterannya..
Wanita berumur 43 tahun itu sangat aku hormati.. Menjaga kami denagn penuh belaian manja.. Aku dan kedua adikku, Daris dan Uzma , dibentuk dengan baik olehnya dan Abah..
Ha! Abah.. Aku berbintikan Muhd Rahman b Abdul Rahim , lelaki berusia 51 tahun inilah yang mewarnai keluarga kami…..jenakanya sangat mencuit hati , kami bertiga amat manja denagnnya , lagi-lagi untuk mendapatkan sesuatu yang amat kami inginkan..Hihihi. Tapi, malangnya ,abah pun jarang berada di rumah.. Kerana abah juga sibuk dengan hal pejabatnya..
Aku melangkah longlai ke bilik beraduku di tingkat atas .. Lemah rasanya seluruh badan ini setelah mendengar nasihat sang ibu supaya belajar dengan sehabis baik. Badanku , ku hempas ke katil..
Peristiwa pagi tadi singgah di kepalaku..
Siti suka dengan seorang budak ni.. Nama dia , Asyrani.. Aku pun tak kenal sangat dengan mamat ni tapi yang aku tau dia ni lelaki.. Hahaha..Nita menyelitkan lawak pandainya..
Aku menjeling tajam kearah nita..
Okay3.. Hari tu kau ingat tak yang kita nampak siti dengan seorang budak lelaki dekat kantin..
Ooo … masa buku tatabahasa aku tertinggal kat kantin tu kan ? Tanyaku meminta kepastian daripada Nita..
Ha , masa tu la..tapi kita tak nampak lelaki tu sebab dia membelakangi kita masa kita berjalan cari buku kau tu..At that time . Siti confess her feeling toward that boy.. Pastu, Asyrani cakap yang dia dah dah ada seseorang..kau nak tau nama makwe dia siapa?
Siapa? Soalku dalm perasaan ingin tahu yang mencurah-curah
Nama makwe dia ialah ‘Nur Atilia Bt Abdul Rahman’.. Kelas Raflesia..
Oooo…so? Aku menanyakan konklusinya..
So???Nita menyoalku kembali..cik adik , takkan tak kenal ‘Nur Atilia Bt Abdul Rahman’??
“macam kenal la nama tu”……….. Ha?!!!!.. Aku?!… Terkejut tak terkata ketika menyedari namaku terselit di dalam cerita ni.. Kuang3
“Ya.. Aku sendiri pun tak faham macamana.. Sebab itulah aku tanya kau ni. Aku yakin , ada seorang je budak dalam sekolah ni bernama Atilia yang berbintikan Abdul Rahman, .. Kau la tu. Lagipun sebahagian besar pelajar di sekolah ni adalah berbangsa Cina dan India”. Kata nita
“Nita , aku langsung tak pernah kenal lelaki tu.. sumpah !”.. aku mengangkat tangan tanda bersunggguh-sungguh tidak mengenali budak lelaki tersebut.
“hmmmm”……..keluh kami serentak
“dia ni secret admirer aku ke?Tak pernah pulak aku dapt surat ke, bunga ke”
“entah-entah , dia nie stalker kot?”
“takkanlah tetiba je nama nur atilia abdul rahman terlintas dalam fikiran dia.. Sangat tidak logik”
Bermacam-macam andaian dicipta bagi mendedahkan identiti manusia bernama Asyrani dan bagaimana aku boleh dikatakan sebagai kekasihnya sedangkan aku langsung tidak mengenalinya..
“Ish , bikin jiwa kacau betul. Aku mesti siasat siapa manusia ni..mesti3.. kataku menetapkan keazaman ..
Setelah letih minda ini mencipta pernyataan yang tidak sahih , pandangan mataku terarah ke siling putih dan kipas yang berputar laju yang menebarkan angin keseluruh kamar tidur.. Aku perlahan-lahan belayar ke pulau mimpi..krrrooooh..
+++++++++++++++++++++++++++++++++
“Siti, aku nak cakap sesuatu kat kau… please?? Aku tak faham kenapa kau nak jauhkan diri kau daripada aku.” Soalku dalam kebingungan.
Siti masih diamm seribu bahasa tanpa sedikit pun merenung wajah aku.
“Siti, please say something”.. Desakku
Siti menarik nafas panjang sambil menyeka air jernih yang mengalir di pipinya..” Kau dah rampas apa yang aku suka dan sekarang kau boleh Tanya soalan bodoh tu? Dasar talam dua muka betul kau ni kan?” Katanya sambil menuding jari kearahku..
“Apa yang kau suka? Apa yang aku rampas? Asyrani? “Soalku bertalu- talu..
“ooo.. Baru kau sedar sekarang ye.. Aku tak faham macamana lelaki kacak macam tu boleh suka kat kau yang serba kekurangan ni”
‘”Please siti, please listen to me.. I know nothing about him. Aku pun kurang faham macamana lelaki yang ‘kacak’ tu boleh kenal aku yang serba kekurangan ni.. Kau dah kenal aku lebih daripada 4 tahun tapi kau macam baru kenal aku semalam , Siti !..Aku tak minat la pasal hal cinta- cinta nie”..
“Argh.. Itu semua alasan.. Manusia boleh berubah ,Tia..4 tahun.. Tempoh masa yang cukup panjang untuk seseorang merubah dirinya.. Apa kurangnya aku ni , sampai dia langsung tak dapt teriam aku..dia sendiri yang beritahu aku yang Nur Atilia Bt Abdul Rahman adalah…..ah,!Apa-apa je lah”..
krrrring..
Siti terus berlalu setelah loceng sekolah menandakan tamatnya waktu sekolah berdering tanpa menghabiskan kata-katanya..
Fikiranku serabut memikirkan masalah ini.. Nita menarik tanganku dan kami berjalan menuju ke luar sekolah . Aku berjalan menundukkan wajahku . Nita hanya mnediamkan diri dan faham bahawa aku perlukann ketenangan setelah tersiarnya drama “Aku & Siti” sebentar tadi. Tiba-tiba..
“Asyrani.. Hoi, tunggulah aku..” Seorang lelaki tinggi berpakaian pengawas memanggil nama kawannya yang sedang berjalan menuju kea rah pintu pagar..
Asyrani! Lelaki yang sangat ingin aku tahu identitinya dan yang telah menyebabkan aku dan Siti dilanda krisis besar..
TO BE CONTINUED…













i love this novel!!!
mana smbungan novel ni ye???
i nak taw pe kesudahan novel ni..
syok…nye… novel ni bilelaah smbungannye…
erm….

mcm bes jer…
cpt2la smbung ek…
chayok2!!!
best,,,,,,,,,,,,bila nak smbung???

hey..
best snGt…!!!
citer nie best…ak jwab honest la nie….ak bg ko 80% je dlu….hehehe….nnti ade n3 bru ak up lg…hahahaha….teruskn kwanku…ak nk jdi pengomen setia nvel ko….hahhaha….smbung lg ye…..ade jgak ye x knal tp mengaku makwe die….ish ish ish…hehe keep it up….