Novel : Pelukan Cinta 17, 18

25 January 2010  
Kategori: Novel

19,132 bacaan 23 ulasan

Oleh : Amisha Dania

BAB 17

Sudah seminggu zulaika Husna menjalani praktikumnya. Praktikum pertama ini tidak lama, cuma empat minggu sahaja. Dia sudah agak selesa di sekolah itu. Pelajar-pelajar memberikan kerjasama yang amat baik kepadanya. Tahap kecekapan pelajar-pelajar menguasai Bahasa Inggeris juga amat memuaskan hati Zulaika. Dia tidak mengalami sebarang masalah menyampaikan pengajarannya. Apa yang membuatkan Zulaika agak terkilan ialah sikap beberapa orang guru perempuan yang agak berumur tetapi masih solo. Ada antaranya terang-terangan gemar menyindir Zulaika dan Siti Aishah. Pantang melihat guru bujang bercakap dengannya, mereka mula menjeling dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sedap didengar. Ada lagi ke perasaan hasad dengki dalam dunia yang serba sibuk ni?
Petang nanti Zulaika diminta melatih pelajar-pelajar tingkatan satu membuat latihan lompat pagar. Hujung minggu nanti akan diadakan acara sukan tahunan. Sebagai guru pelatih, dia kenalah sama-sama turun padang melatih pelajar. Zulaika tidak kesah. Apalah sangat kalau setakat hendak melompat pagar tu. Ketinggian yang dimiliki oleh Zulaika memudahkannya untuk melompat pagar tersebut. Malah, melangkah saja pun sudah cukup bagi Zulaika.

++++++++++++++++++

“Mak aii….pukul tiga pun masih panas lagi. Pitam aku kalau macam ni” Siti Aishah bersunggut. Memang cuaca petang tu agak panas. Zulaika yang sudah biasa di padang pun merasa kurang selesa.
“Ye lah kan, pedih kulit aku ni. Hai, hitam lah. Kena seminggu macam ni, boleh tukar nama nanti.” Zulaika berseloroh.
“kau nak jadi siapa?” Siti Aishah bertanya dalam gelak. Geli pula hatinya. Tak kan lah orang seputih Zulaika akan jadi hitam legam pula. Tapi, pipi Zulaika dah nampak merah pun. Merah-merah pun, masih comel lagi, macam anak patung.
“Kalau aku jadi Julia Robert boleh?” Zulaika menjawap sambil tersenyum.
Siti Aishah memegang pipi Zulaika. Dia membelek-belek muka Zulaika.
“No…no…no, mulut dia lebar, mulut kau ciput je. Tak suai langsung. Erm…..mulut kau ni macam Shiela Majid tau, comel aje….” Siti Aishah mengusik. Mereka sama-sama tergelak.
“Amboi anak dara, gelak sakan nampak…” Tiba-tiba mereka disergah oleh Cikgu Roslan, ketua bidang Sejarah. Roslan masih lagi bujang dan merupakan jejaka idaman beberapa orang guru perempuan di sekolah itu. Berkulit sawa matang dan berbadan tegap. Dia agak serius dengan pelajar-pelajarnya, tetapi bila berada dikalangan rakan sejawat, boleh tahan lawak juga orangnya.
“Eh, cikgu Roslan rupanya. Ingat siapalah tadi. Saja menceriakan suasana cikgu. Tak salah kan ?” Selamba sahaja Siti Aishah menjawap.
“Eh, ada saya cakap salah ke tadi? Rasanya tak kan?” cikgu Roslan pula melawak. Matanya dibuntangkan pada Siti Aishah. Mengkekeh-kekeh Siti Aishah ketawa. Zulaika sekadar meleretkan senyumannya sahaja. Memang itu sifat Zulaika. Hanya orang tertentu sahaja yang bernasib baik boleh melihat sifat-sifat ‘istimewa’ Zulaika.

BAB 18

Sudah dua minggu Zulaika tidak berjumpa Armand. Rindunya dia hendak menatap wajah yang sangat disayanginya itu. Sepatutnya minggu lepas mereka berjumpa, tetapi tiba-tiba Armand ke Korea mewakili daddynya ke satu perjumpaan ahli-ahli perniagaan. Entah apa yang di sibukkan oleh daddy, Armand sendiri kurang pasti.
Minggu ini sekolah Zulaika pula mengadakan acara sukan tahunan. Zulaika pula yang sibuk. Adoi….kering jiwa kalau selalu macam ni, keluh Zulaika. Bukanlah mereka tidak biasa berpisah, sudah selalu sangat sebenarnya, tapi…..entahlah. Lain macam pula rasanya.
“Teacher, balik nanti boleh tak saya tumpang teacher, penatlah nak menapak teacher.” Tiba-tiba seorang pelajar yang agak rapat dengan Zulaika mematikan lamunan Zulaika.
Zulaika tersenyum. Nurul Hanis pelajar tingkatan Dua Arif, memang agak rapat dengannya. Kebetulan, rumah Nurul Hanis tidak jauh dari rumah sewaan Zulaika. Ibubapanya sudah berpisah. Hanis tinggal bersama ibu dan dua orang adiknya di rumah nenek mereka. Zulaika belum pernah ke rumah Hanis walaupun sudah beberapa kali dipelawa. Besar rumah nenek Hanis.
“No hal girl, janji buatkan cikgu ‘fresh oren’ satu gelas besar. Panas ni tahu tak!” Zulaika menyatakan persetujuannya.
“Bukan setakat air oren, makan nasi pun boleh teacher.” Nurul Hanis sangat gembira. Dia memang suka pada cikgu Zulaika Husna. Cikgu Zulaika sangat cantik. Bukan itu sahaja, dia juga mudah mesra dengan pelajar-pelajar. Suaranya lembut. Tidak menjerit-jerit ketika mengajar. Ada antara kawan-kawan Hanis kata cikgu Zulaika macam pelakon Nasha Aziz, cantik, lembut dan sentiasa tersenyum.
“Lambat sikit tau, cikgu kena tunggu acara selesai baru boleh balik. Hanis tunggu kat kereta cikgu, okey?”
“Okey, no problem.” Nurul Hanis berlalu mendapatkan kawan-kawannya. Misi sudah selesai. Akhirnya berjaya juga dia mengajak cikgu kesayangannya kerumah.


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

23 ulasan untuk “Novel : Pelukan Cinta 17, 18”
  1. mawar erisya says:

    ermmm…ok gak tp pendek sgt arrrrrrrr……….

  2. niesya 2b says:

    best gilllllerrrr………. :razz: ;-) :smile: :o :lol: :grin:

  3. liely myara says:

    ok jugak citer die tapi pendek sangat laa…

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"