
Novel : Pilihan 15
Oleh : arisa aizawa
Suasana dingin menyelubungi suasana di kawasan hospital, Aleya hanya mampu memeluk tubuhnya bagi mengelakkan kedinginan menguasai tubuhnya, pashmina yang dipakainya dilebarkan bagi membantu menghangatkan tubuhnya. Sekali-sekala dia menutup mulutnya apabila batuk-batuk kecil terhasil.
“Batuk?”melihat susuk tubuh itu dia mendiamkan diri, dari tadi dia perasan gerak-gerinya diekori dan diperhatikan.
“I’m fine, no need to worry about me,”
“Degil,”
“I’m always like this,”
“Just like your mother,”ayat itu menarik perhatiannya, pantas dia mengalihkan pandanganya, susuk tubuh yang dibaluti jubah putih itu mula menarik minatnya untuk berbicara.
Hanum hanya tersenyum nipis melihatkan wajah penuh tanda tanya di wajah Aleya, tak ubah seperti insan yang sangat dirinduinya.
************
Fikri hanya memandang dari jauh apabila kelibat Aleya sedang bercakap dengan seseorang terbias di matanya, agak terkejut melihat apabila Aleya bercakap dengan doktor yang merawat Suhana, sesekali terlihat wajah Aleya yang serius membuatkannya gusar jika ada sesuatu yang buruk berlaku, pantas gerak kakinya diatur menghampiri mereka.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumussalam,”
“Oklah Aleya, saya masuk dulu, nice meeting you,”Aleya hanya tersenyum, lirikan mata Hanum sukar difahaminya.
“Dr cakap apa dengan Leya?”
“Tak ada apa just sembang kosong saja,”
Suasana sekeliling sunyi buat seketika, masing-masing hanya membisu seribu bahasa, Aleya hanya memutarkan pandangan ke sekeliling, namun kesejukkan yang semakin mencengkam menyebabkan dia berpaling untuk masuk kembali ke dalam bangunan hospital bagi mengurangkan kesejukan yang dialaminya.
“Sejuk?”suara itu berkumandang di telinganya, malah suara itu kedengaran amat dekat dengannya, dipusingkan kepalanya namun agak tersentak hanya sekaki yang memisahkan antara mereka.
“Biasa je,”balasnya perlahan agak kaku dengan keadaan mereka, Fikri hanya tersenyum apabila melihatkan Aleya semakin menundukkan mukanya mesti malu dengan dirinya.
Ketika mereka melintasi bahagian kecemasan untuk ke wad yang dihuni Suhana, keadaan menjadi sedikit kecoh apabila ambulans baru tiba di kawasan itu, beberapa orang jururawat bertindak pantas menghampiri ambulans dan menyorong masuk stroller dengan pantas ke bilik rawatan kecemasan.
“Kemalangan lagi, bilalah Malaysia nak aman dari berita kemalangan macam ni,” getus Fikri perlahan, Aleya hanya mampu mendiamkan diri nyata dia tidak punya alasan yang kukuh untuk menolak dakwaan Fikri itu.
*************
Alamat di tangannya diperhatikan dan dibandingkan dengan papan nama yang tertera, setelah itu dia melangakah mendaki anak tangga untuk ke tingkat atas bangunan kedai dua tingkat itu, tiba di tingkat dua dia disambut seorang wanita muda yang kemudiannya menyuruh dia menunggu di sofa yang disediakan, setelah beberapa ketika dia dihampiri seorang lelaki dalam usia 40-an, lantas senyuman diberikan kepada lelaki itu, dan dibalas.
“Ada apa yang boleh saya tolong?”
“Ya, saya nak minta awak siasat mengenai seseorang,”
“Seseorang?”Aleya mengangguk kepalanya lantas salinan alamat yang diperolehi dari Suhan dan sekeping gambar dikeluarkan dan diletakkan di atas meja.
“Saya nak tahu semua pasal lelaki dalam gambar ini, nama penuhnya Idris bin Mustapha, saya nak tahu mana dia tinggal, keluarganya dan semuanya mengenainya,”
“Benda ini boleh saya uruskan tapi ia akan menggunakan duit yang banyak,”
“Pasal duit jangan risau, saya uruskan, tapi benda ini saya nak awak uruskan secepat yang mungkin, dan sesiapa pun tak boleh tahu tentang ini,”
“Dijamin beres, kalau saya dah dapat maklumat bagaimana caranya untuk saya hubungi cik?”
“Ini nombor telefon saya, semua kerja mesti bersih, awak faham maksud saya?” kad namanya dihulurkan dan disambut lelaki itu.
“Kathleen Evans?”Aleya hanya menganggukkan kepalanya, cermin mata hitam yang dipakainya diperkemaskan kedudukannya.
“Dan ini duit pendahuluan, bakinya saya akan serah sebaik awak dapatkan maklumat tentang dia,”sampul besar dihulurkan kepada lelaki itu dan disambut dengan senyuman puas lelaki itu.
**********
“Aleya kita dah sampai, bangunlah,”terpisat-pisat dia membuka matanya, badannya terasa letih apabila tidur di dalam kereta.
“Saya suruh awak duduk dekat depan temankan saya tapi boleh awak membuta pula ye,”sinis Fikri, namun tatkala dia hendak menyambung bicaranya, Aleya sudah menguap kecil, diperhatikan mata Aleya yang cuba dibesarkan bagi melawan rasa mengantuknya.
“Mana yang lain?”pelik tadi CRV yang dipandu Fikri penuh namun sekarang senyap sunyi sahaja.
“Diorang dah naik atas jom kita naik,”
Rumah dihadapannya itu diperhatikannya lama, sekarang dia berada di rumah nenek Fikri bagi membolehkan Suhana menghabiskan masa pantangnya di kampung, dan kenduri aqiqah yang dijadualkan esok turut akan berlangsung di sini.Ketika dia melangkah masuk terasa ketenangan bertamu di jiwanya, sudah lama dia mengidamkan untuk berada dalam suasana kampung, ternyata hari ini hajatnya kesampaian.
“Nenek, kenalkan ini Aleya,” pandangannya beralih kepada seorang wanita yang mungkin berusia 70-an.lantas tangannya dihulurkan untuk menyalami wanita itu namun dia terpana apabila dia diraih dalam pelukan.
“Ini ke bakal isteri kamu Fikri, cantiknya kenapa tak kenalkan awal-awal?”
“Sebab cantik kena sembunyi ne, takut nanti orang lain kebas, kesian dekat cucu nenek yang tak handsome ni,”
Aleya sudah membuntangkan matanya, ‘apa ni, sejak bila aku jadi bakal isteri dia?’ Pandangan matanya beralaih kepada Suhana, cuba dihantar pertanyaan dari lewat sorotan matanya, namun Suhana hanya mengangkat bahunya tapi bibirnya mengukir senyuman, Mak Kiah pun sama, bingung dia seketika dengan apa yang berlaku.
“Kalau takut orang lain kebas cepat-cepatlah kahwin, lepas tu mesti tak ada yang nak kacau,”ujar nenek lagi. Fikri hanya tersengih mendengarnya, muka Aleya yang blur dipandangnya lagi, lucu benar bila melihat kebingungan gadis itu.
“Betul tu ne, elok benar lah diorang ni kahwin cepat-cepat, Su tengok Fik pun dah tak sabar-sabar gayanya, selalu tengok Leya macam nak telan,”sampuk Suhana pula. Aleya sudah membuntangkan matanya, namun Suhana buat-buat tidak nampak akan
“Kalau macam tu elok kamu kahwin cepat, bahaya kalau macam tu, apa kata kamu nikah malam ni?”
“Malam ni?”serentak dia dan Fikri bersuara, pantas dia berpandangan dengan Fikri yang juga nampak terkejut dengan cadangan neneknya itu.
‘Ah sudah, bala apa yang menimpa aku ni?’
“Yelah, besok kita sekalikan kenduri kamu dengan aqiqah anak Su, senang cerita, macam mana setuju tak?”muka nenek yang berseri-seri bak kena suluh dengan lampu spotlight diperhati Fikri lama, tadi dia hanya bergurau dengan neneknya tapi diambil serius pula.
Aleya sudah mula menelan air liurnya yang terasa kesat tiba-tiba, kepalanya sudah mula berpusing, ‘ ni tengah buat drama ke, tapi mana ada kamera pun? Sudah…’
“Aleya macam mana setuju tak?”Aleya mula serba salah tak tahu apa yang perlu dijawabnya lalu dia menganggukkan kepalanya.
************
Persiapan yang dilakukan hanya dipandang sepi Aleya, sedikit sebanyak dia merasa sedih tatkala mengenangkan tiada siapa yang berada disisinya di hari ini. Tiba-tiba dia teringatkan sesuatu lantas dia keluar dari bilik yang sedang sibuk dihias lalu ke dapur mencari Suhana.
“Ini ke pengantin perempuannya Cik Yah? Amboi cantiknya untung Fikri dapat bini cantik macam ni,” suara yang menerjah telinganya membuatkan mukanya merah padam menahan malu, ruang dapur sudah dipenuhi oleh kaum wanita yang sedang membuat persediaan bagi kenduri esok.
“Sebab cantik kena nikahkan cepat, takut kempunan cucu Cik Yah, lagipun benda elok tak patut ditangguhkan,”ucap nenek sambil tersenyum senang.
“Betullah tu,”
“Leya cari siapa?”tanya Mak Kiah, apabila melihat dirinya terpisat-pisat mendengar bicara antara mereka.
“Kak Su mana Mak Kiah, tadi dalam bilik dia tak ada pun?”
“Kenapa nak cari Kak Su?”tanya suara lain pula, lantas dia berpaling dan kelihatan Fikri berdiri di belakangnya.
“Hah yang kamu masuk dapur ni kenapa Fikri? Dah tak sabar nak jumpa bakal isteri kamu ke?”usikan kembali mewarnai ruang dapur itu dan ditokok tambah menjadikan keadaan semakin gamat, Fikri hanya tersenyum menjawab usikan-usikan itu, dikerling wajah Aleya yang merah padam, yang kemudiannya meminta diri dari dapur bagi mengelakkan diusik lagi.
“Kenapa cari Kak Su?”tanyanya lagi.
“Nak pinjam telefon Kak Su, saya nak cakap dengan seseorang,”Fikri mengerutkan dahinya mendengar kata-kata Aleya, tanpa sebarang jawapan dia menyeluk sakunya dan memberi handphone kepunyaannya kepada Aleya.
Huluran Fikri tidak segera disambut, sebaliknya dia memandang Fikri dengan penuh wajah pertanyaan.
“Ambillah, Kak Su tidur rumah Cik Su sebab Fauzuan tak selesa duduk dalam keadaan bising macam ni,”huluran itu bersambut akhirnya.
“Terima Kasih,”lalu Aleya berlalu ke bilik yang sepatutnya dihuni Suhana bagi mendapatkan sedikit suasana senyap bagi dia menelefon.
“Assalamualaikum, umi,”Fikri yang baru hendak berlalu terpaku mendengarkan perbualan Aleya.
Punat merah telefon bimbit itu ditekannya perlahan, hatinya sedikit lapang apabila Hanum berjanji akan hadir malam ini, namun bicara Hanum membuatkannya merasa sedih.
“Kenapa tak mahu bagitau Daddy, Aleya?”
“Leya tak tahu nak bagitau macam mana, lagipun Leya takut Daddy sedih,”
“Leya, Daddy tak mungkin marahkan leya, tapi kalau leya buat macam ni Leya membelakangkan Daddy Leya sendiri, cuba Leya fikir Daddy sanggup buat apa saja nak besarkan leya dengan Aisyah tapi bila Leya nak buat keputusan besar sebegini Leya nak membelakangkan dia, telefonlah Daddy Leya, umi yakin dia takkan marahkan Leya, mungkin dia akan terkilan tapi kalau Leya tak bagitau lagi sedih dia Leya,”
Punat-punat telefon ditekannya lagi sambil menunggu panggilannya disambung.
“FÃ¥r jag prata med Mr Syukri(boleh saya bercakap dengan En Syukri?)”
“Vem är du?”(Siapa ni?)
“Dottern(anaknya)”
*************
“Aku terima nikahnya Zulaikha Aleya binti Idris dengan mas kahwinya RM80 tunai,”dengan sekali lafaz dia kini bergelar isteri. Kehadiran Hanum membawa seribu penghargaan buatnya sekurang-kurangnya dia tidak keseorangan pada hari ini.
Saat cincin disarungkan, dia hanya tunduk dan menyalam tangan Fikri yang kini sah suaminya, harapannya cuma satu walaupun perkahwinan ini terlalu cepat namun biarlah ianya berkekalan.
Majlis yang diaturkan berlangsung dengan meriahnya walaupun persiapan yang dilakukan secara tergesa-gesa, sama sekali Aleya tidak meyangka bahawa dalam waktu yang singkat persiapan dapat dilakukan bagaikan sudah dirancang berbulan lamanya.
************
kompang dipalu, pengantin baru
duduk bersanding, tersipu malu
kompang dipalu, pengantin malu
moga bahagia, ke anak cucu
kami doakan moga berkekalan
selamat sejahtera hingga akhir zaman
mempelai tersenyum manis
air mawar direnjis-renjis
bunga manggar indah berseri
ooooooooo
senyum tawa dan gembira
sanak saudara semua
oohh, indahnya
merahnya inai dijari
tanda kasih sudah termateri
ikatan raja sehari
hari yg dinanti-nanti
sudahlah menjelma kini
kekal dan abadi
selamat pengantin baru
moga kekal ke anak cucu
selamat pengantin baru
Izz hanya memandang geram kepada pasangan pengantin yang sedang diarak ke pelamin itu, setahunya hari ini kenduri aqiqah anak saudara Fikri namun bila sampai dia terpinga-pinga melihat segala persiapan yang sudah dibuat, dipandang ibunya disebelah, dilihatnya ibunya turut terpaku melihat pasangan mempelai.
“Mummy! Dari tadi Izz tengok mummy terpaku tengok diorang kenapa mummy sukalah?”bentaknya geram.
Datin Fauziah cepat-cepat mengalihkan pandangannya, matanya bersabung dengan pandangan mata anak kesayangannya.
“Tak lah sayang, just mummy ada sedikit kemusykilan,”
“Apanya?”
“Yelah diorang kawin tiba-tiba ni, mesti ada sesuatu yang terjadi,”
“Hmmp, tadi Izz dengar orang yang hidangkan makanan cakap nenek Fikri yang minta diorang segerakan kenduri tak baik ditangguhkan,”mulutnya dicebikkan lagi, sebal hatinya, kalaulah dia tahu begini jadinya dia takkan datang ke sini, hajatnya ingin berjumpa dengan Fikri kerana sudah hampir seminggu Fkri bercuti setelah kelahiran anak buahnya namun lain yang dirancang lain yang jadi.
Datin Fauziah hanya mengganggukkan kepalanya matanya masih tertunak kepada pengantin perempuan, wajahnya mirip sekali dengan seseorang yang dikenalinya, ‘ah tak mungkin…’













mmg best
suspen je heheeeheee
siapa mak aleya tu?? xsabar nk tau
SAMBUNGLAH CEPAT.
SERIUS X SABAR.