Novel : Sesuci kasih seorang isteri 20

4 January 2010  
Kategori: Novel

2,129 bacaan 4 ulasan

Oleh : kak tyea

30

“Tuan ada meeting dengan Radzin jam 4.30 petang nanti.” Ketibaanku disambut jadual daripada Siti.
“Radzin? Ada hal yang tak selesai lagi ke?.”
“Eh, Radzin kata nak bincang something. Tak cakap apa.” Siti menegakkan tubuh. Mungkin dia belum lagi keluar makan tengah hari apabila melihat fail yang berlambak di atas mejanya.
“Did he called or what?.”
“He called, of course. Kenapa, tuan? Tuan tak nak jumpa dengan dia ke? Saya boleh batalkan kalau tuan nak.”
Aku menonong masuk ke pejabat. Menyedari soalannya tidak berjawab, dia lekas-lekas bangun mengekoriku sehingga ke dalam, siap dengan organizer, reminder dan sebatang pen kesukaannya.
“Tuan?.”
“Hurmm…jangan batalkan. I wonder what is not done between us. Mungkin pasal kamu tak, siti?.”
“Saya? Kenapa dengan saya, tuan?.” Dahinya berkerut seribu, keningnya bercantum menjadi satu.
“Kamu tak rasa sesuatu ke dengan Radzin tu?.”
“There’s nothing between us, sir. So apa yang sepatutnya saya rasa pula?.”
Aku berjeda seketika. Membiarkan perasaan ingin tahu membuak-buak dalam dirinya. Saja aku mahu bergurau di saat-saat begini. Saat perasaanku tika makan tengah hari tadi sudah terganggu.
“Tuan? Would you please explain it to me?.” Desaknya di luar sedar. Nampak benar dia seakan terasa sesuatu.
Bukankah Radzin juga menunjukkan tanda-tanda seolah dia berminat dengan setiausahaku seorang ini? Dia melihat Siti seperti melihat Siti Nurhaliza. Sedangkan Siti di hadapanku ini cuma Siti Nuralya. Cuma manisnya tetap ada.
“Tak apalah kalau tak ada apa-apa. Mungkin sayalah yang silap tengok tu.” Putusku akhirnya. Sengaja mempermainkan perasaannya.
“Huh..” siti mengeluh lega. Aku memandangnya dengan sengaja menjegilkan mata dan dia sudah cepat-cepat keluar.
Siti…Siti…

Mak Kiah sedang sibuk memandikan Asha semasa aku sampai di rumah. Senang hatiku melihat pengasuhku kini sedang mengasuh anakku pula. Dengan penuh kasih sayang tentunya.
“Assalamualaikum, anak papa.”
Asha mengukir senyuman. Benar-benarkah dia memahami apa yang aku katakan ataukah dia sudah terbiasa mendengar ucapan salam daripada mamanya. Sejak dia mula disahkan mengandung lagi.
“Biar saya pakaikan Asha baju, Mak Kiah.” Aku menawarkan diri dengan penuh senang hati.
“Serius ke nak tolong Mak Kiah ni?.”
“Eh, Mak Kiah ni. Saya jarang dapat tolong Isha atau Mak Kiah.” Selama ini aku hanya tahu sampai di rumah untuk berehat. Jarang sekali aku dapat membantu mereka menguruskan rumah tangga.
“Tak penat ke?.”
Senyumanku bertambah lebar. Tubuh Asha yang sudah dibaluti tuala berwarna putih bersih aku letakkan di atas katil.
“Tak apa, Mak Kiah. Saya betul-betul nak tolong.”
“Kalau kamu dah cakap macam tu, biar Mak Kiah siapkan minuman petanglah.”
“Ya. Okey.”
Kami ditinggalkan berdua sahaja. Tubuhnya ku keringkan sebelum ku letakkan bedak bayi Johnson’s Baby.
“Baby papa nak baju warna apa malam ni?.” Pipinya ku kucup berkali-kali. Sungguh Allah s.w.t sayangkan aku dengan menganugerahkan diriku dua orang puteri yang sangat menyenangkan diriku.
Memilih hampir seminit dua, akhirnya aku mencapai baju tidur yang kelihatan comel benar berwarna ungu bercampur merah jambu. Hadiah daripada papa sempena kelahiran bayi kami.
“Assalamualaikum.”
Kelembutan suara itu lebih menarik perhatianku untuk terus menoleh ke muka pintu.
“Sayang?.”
Manis dan sangat menyegarkan senyuman di bibirnya walaupun selepas seharian dia berada di pejabat. Menguruskan itu ini hal perniagaannya. Ke sana ke sini bertemu pelanggan yang inginkan perkhidmatan kreatifnya sebagai pereka dalaman yang agak popular.
“Cantiknya anak mama. Papa tolong pilihkan baju ke?.” Dia sudah meluru memeluk Asha selepas menyalami tanganku.
Asha ketawa mengekeh. Mereka berdua : puteri hatiku, memang rapat. Harap-harapnya mereka akan kekal rapat begini sampai bila-bila.
“Sayang dah solat ke?.”
“Dah, bang. Lepas jumpa client tadi Isha ajak dia solat sekali kat masjid.”
“Ajak sekali? Lelaki ke perempuan?.” Soalku sedikit bernada cemburu. Alishah mengerutkan dahi memandangku. Sesekali dia cuba menahan ketawa.
“Masyaallah. Abang fikir banyak sangat ke lately ni? Banyak benda yang abang tersasul.” Rambutku diramas-ramas lembut. Sejuk sedikit rasa marah yang baru hendak bertapak.
“What do you mean tersasul?.”
Dari berdiri, Alishah membawa Asha duduk rapat di sisiku. Pun begitu dia tidak sesekali mengalihkan anaknya kepadaku. Tentu saja dia tidak mahu aku kepenatan.
“Abang.” Tanganku digenggam erat sebelum dibawa ke bibirnya. Aku terdiam saat dia mencium hangat kedua tanganku.
“Isha tak pernah berurusan dengan client lelaki selama ini seorang diri. Kalau Isha jumpa client, it’s a woman for sure. Kalau kena jumpa juga client lelaki, Isha akan serahkan pada the other designers in my company to take it. Or else, Isha ajak PA Isha keluar sekali.”
Kami berpandangan lama. Aku yang bersalah. Alishah yang sangat setia. Mengapa aku tidak terfikir soal ini selama ini? Apa yang aku sibuk sangat fikirkan sampai cara kerja isteri sendiri pun aku lupa?
“I’m so sorry if I made you jealous.” Tanganku dikucup sekali lagi. Lebih intim. Lebih mendamaikan.
“Sayang, abang yang sepatutnya minta maaf. Jealous tak tentu pasal kan?.”
Dia senyum dan kemudiannya menggeleng. Asha diletakkan pula di atas katilnya sendiri sebelum dia kembali kepadaku.
“Syukurlah abang cemburu. Maksudnya abang sayang lagi kat kami.”
Sekali ini aku pula yang mengerutkan dahi, mencantumkan kening. Kenapa semakin hari aku merasakan yang Alishah mengetahui sesuatu yang aku sendiri tidak dapat pastikan kebenarannya?
…maksudnya abang sayang lagi kat kami….
Alishah tahu ke? Kalau ya, bagaimana dia tahu? Membelek telefonku bukan kerja Alishah. Dia tidak akan menyentuhnya di belakangku. Sekadar untuk mengambil gambar Asha…itu saja.

————————————–
31

Akhirnya…ya, akhirnya setelah aku berkorban dan menjadi korban, malam ini papa dan mama akan dapat membawa bersama anak sulung mereka bersama keluarganya sekali.
Mereka dijangka tiba di KLIA pada pukul 10 malam nanti. Aku bercadang mahu mengajak Alishah dan Asha ke rumah mama dan papa petang ini. Membantu apa yang patut untuk kenduri kesyukuran menyambut kepulangan mereka.
Selama seminggu lebih mereka menunaikan umrah dan seterusnya melawat keluarga Along, tidak sekali pun aku ke sana selepas kenduri dulu.
Bukannya malas tetapi tiada masa. Tambahan pula hanya ada keluarga Pak Long sahaja di sana sedangkan aku bukannya rapat benar dengan isteri dan anak-anak Pak Long. Hanya kenal biasa-biasa sahaja.
Keluarga Pak Long dulu menetap di Singapura hampir 20 tahun maka kami memang jarang bertemu. Kalau pun ada majlis keluarga, aku si pendiam yang jarang mahu bersosial dengan mereka.
Riezman, tua 10 tahun daripada Along. Sudah punya seorang cucu perempuan. Puteri Yasmine, tua 7 tahun daripada Along. Anak sulungnya baru sahaja melaporkan diri bertugas di sebuah hospital di Sarawak. Puteri Hidyah, tua 3 tahun sudah mempunyai anak teruna berumur 18 tahun manakala Puteri Julainah, sebaya denganku baru sahaja melahirkan anak ketiganya bulan lepas.
“Tuan?.”
“Siti.” Berdegup kencang jantungku dibuatnya. Terkejut bukan kepalang. Orang tengah asyik melamun, interkom pula tiba-tiba berbunyi.
“Tuan ada meeting dengan akauntan syarikat jam 5 petang nanti. Lepas meeting dengan Datuk Yazid. Boleh ke, tuan?.”
“Eh, meeting jam 5?.”
“Tuan dah lupa ke? Kan saya ada arrangekan dua hari lepas.”
“Alamak, saya sepatutnya balik awal hari ini. Ada kenduri kat Bukit Antarabangsa. Tolong cancel dulu meeting tu. Postpone esok atau lusa.” Takkanlah aku datang waktu rombongan papa dan mama sampai? Siapa nak tolong uruskan persediaan kenduri?
“Err..this is an important meeting, sir.”
Sebuah keluhan terlepas. Siti yang aku kenal cekap orangnya. Apa dah jadi dengan setiausahaku ini?
“Siti, would you please tell me siapa bos kat sini? Me or you?.” Bukan berlagak atau meninggi diri tetapi bosan. Arahanku selama ini tidak pernah dipersoalkan oleh sesiapa sahaja.
“I’m sorry, sir.”
“Kalau macam tu, listen to me. Cancel meeting tu. Saya ada hal lebih penting. Family matter.”
“I’m sorry, again. I will do as you command.”
“Syukurlah.”
Dengan pantasnya aku memutuskan talian. Beberapa saat kemudian, talian bersambung tetapi bukan lagi kepada Siti. Aku menghubungi Pak Long bertanyakan apa yang perlu disiapkan lagi. Terkesan juga di hati bila aku dikatakan kurang mengambil berat kebajikan papa dan mama.
Satu mesej ku hantar kepada Alishah. Memaklumkan rancanganku mahu mengajaknya pulang ke Bukit Antarabangsa dan dia perlu pulang lebih awal.
“Message delivered to LoVe My WiFe..AliShAh”
Tetapi belum sempat aku menutup telefon, nama kekasih hatiku satu-satunya itu muncul di skrin.
“Assalamualaikum, sayang.” Sapaku. Terkejut bercampur gembira. Senang hati berpeluang mendengar suaranya yang lunak manja.
“Waalaikumsalam. Abang kat office lagi ya?.”
Aku pantas melihat jam di tangan. Pukul 1.28 tengah hari. Oh ya, waktu untuk makan tengah hari dan solat zuhur.
“Yalah, dear. Abang tak notice pun jam ni dah sampai angka 1. Sayang abang dah makan ke?.”
Kedengaran tawanya di hujung talian. “Isha baru habis meeting. Abang nak keluar makan tak?.”
“Sayang nak makan apa? Kat mana?.”
“You set the place and the menu. Isha menurut aje. Ke abang nak Isha pilihkan pula untuk kali ini?.”
Sebuah restoran melayu yang menyajikan masakan kampung melintas di fikiran. Terbayang-bayang aku ikan keli goreng berlada bersama kerabu jantung pisang dimakan bersama nasi panas.
“Sayang get ready. I’ll be there in 30 minutes. Kita makan masakan kampung hari ini.” Putusku pantas.

———————————–

32

Makanan yang tersaji di hadapan mata begitu menyelerakan sekali. Aku benar-benar rindu masakan kampung begini.
Kami makan bersulam cerita. Alishah lebih banyak diam kerana bukan sifatnya makan sambil berbual. Bukan aku tidak tahu tapi entah kenapa macam-macam perkara melintas di fikiran untuk dibualkan.
Saat aku makan bersama Sofea dulu, terasa kebas punggung hendak duduk lama-lama tapi bersama Alishah, hampir dua jam kami di sini.
“Abang masih berselera makan tapi dah nampak kurus sangat.” Komen Alishah selepas aku menghabiskan suapan nasi berlaukkan ikan keli goreng berlada. Nasi tambahan untuk kali ketiga. Benar-benar bagai dirasuk syaitan seleraku hari ini.
“Kurus sangat?.” Persoalku.
Dia mengangguk perlahan. Jari-jemarinya menjangkau mengusap tangan kiriku di atas meja.
“Abang banyak fikirlah tu.”
Aku tersengih saja. Memang aku banyak berfikir. Tentang along…tentang Sofea..tentang bussines..tentang bila masanya paling sesuai untuk aku menjelaskan pada Alishah hal sebenar…semuanya…
“Tengok tu…fikirkan apa tu? Sampai melayang fikiran.” Tegurnya serentak menepuk lembut tanganku.
“Tak ada apalah..biasalah, manusia kena banyak berfikir. Abang fikir kenapa abang bertuah sangat dapat wife sebaik Isha.”
Buat pertama kalinya, aku melihat wajah tersipu-sipu malu isteriku sendiri. Darah merah menyerbu naik ke muka namun tetap menambahkan kecantikannya. Dia kelihatan begitu menawan sekali.
“Malu ke?.” Usikku sengaja sambil meramas tangannya di bawah meja. Dia membalas erat.
“Tak…tak malu..cuma segan.” Merahnya berkurang. “Isha tak adalah sebaik mana pun. Kalau pun baik, sebaik-baik manusia.”
“Ini yang buat abang hormat sangat dengan sayang.”
Matanya merenung ingin tahu. Sengaja aku membalas renungannya tetapi dengan maksud yang lain hinggalah dia menutup mulut menahan ketawa.
“Kenapa pula?.”
“Sebab….”
Belum sempat menyambung gurauan, telefon bimbit di atas meja bergegar menandakan ada panggilan masuk. Mulanya aku hanya mahu membiarkannya berhenti berdering tetapi sekilas aku ternampak namanya.
“Ujian dari Allah..calling”
“Erm…abang nak jawab call ni kat luar sekejap ya, dear.” Buru-buru aku bangun dan apabila melihat anggukan penuh yakin Alishah, terus menerpa ke pintu keluar.
“Assalamualaikum.” Aku merebut peluang mencari pahala dengan menghulurkan salam terlebih dahulu. Sofea menjawab perlahan sebelum berdehem beberapa ketika. Ada apa lagi ya?
“Abang dah makan ke?.”
Aku mengiyakan saja. Melihat jarum jam yang menghampiri angka 3.20 petang, aku terus memasang niat terus pulang ke rumah bersama Alishah supaya kami dapat berehat sebentar berdua. Pukul 5 nanti perlu ke Bukit Antarabangsa pula.
“Kenapa call ni? Ada apa-apa ke?.” Tak tertunggu aku rasanya.
“Tak ada apa tapi…”
“Teruskan.”
“Sofea rindu kat abang.” Dia malu-malu, aku pula sudah terpaku. Rindu katanya? Rindukan abang…rindu kat aku?
Sudah hampir seminggu selepas hal itu berlaku. Aku baru hendak merasakan detik-detik gembira menjalani hidup berumahtangga bersama Alishah dan Asha dan kini semuanya seakan terusik oleh kehadirannya.
“Malam ni abang boleh balik rumah Sofea?.”
“Urmm…abang ada hal penting. Mungkin lain kali kot.”
“Hal penting?.”
Aku cuba untuk tidak merengus. ” Ya, ada hal dengan family abang. Lain kali kalau ada masa, abang cuba.”
“Oh, tak mengapalah kalau macam tu. Abang selesaikan dulu hal abang tu.” Lembut suaranya.
“Ya, insyaallah.”


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Sesuci kasih seorang isteri 20”
  1. koko says:

    cpat smbung…..cian alishah

  2. si@h says:

    aa r cian alishah 2…..
    sibuk je sofea 2….
    kpd penulis cpat2 r smbg cter ne best sgt…

  3. azura says:

    best la…ble nak kuarkan novel…da x sabo nak bace smpai abes…

  4. mawar camelia says:

    bestttttt sgt..kak tyea,,..cpat ar abiskannnn :cry: :cry: :cry:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen


k l i k  i k l a n  m e n a r i k