
Novel : She’s my maid 15
Oleh : oRkId eDyliYnE
“Apa senyum-senyum?” getus Asha sambil menunjuk muka tidak puas hatinya pada Emir yang berdiri tidak berapa jauh dari katil tempat dia berbaring.
“Sukalah. Bibir saya.” Emir masih lagi menunjukkan senyumannya.
“Ingat comel lah tu buat muka macam tu,” sungut Asha sambil berpaling membelakangkan Emir.
“Saya memang comel.”
“Perasan.”
“Saya memang perasan.”
“Menyakitkan hatilah awak ni. Duduk luarlah,” suruh Asha geram dengan kelakuan Emir. Semenjak dari tadi tidak sudah-sudah memandangnya. Naik tak keruan dikerjakan Emir.
“Hai. Sakit tadi dah baik, sakit hati pula jadinya? Effect ubat ke?”
Asha mendengus geram. Ada sahaja jawab mulut Emir jika dia bersuara.
Keadaan senyap seketika.
“Asha.”
Diam tanpa jawapan. Lansung tidak berpaling.
“Asha. Saya nak cakap dengan awak ni.”
“Cakap jelah.”
“Saya nak awak tengok saya.”
“Perlu ke? Nak dengar guna telinga. Bukannya guna mata or muka.” Dipulangkan semula jawapan yang menyakitkan hati pada Emir.
“Keras kepala kan awak ni.”
“Memang.”
“Asha.”
“Ye. Ye. Apa yang penting sangat sampai tak menyempat awak nak tunggu saya sihat ni?” Geram Asha berpaling. Wajah Emir ditenungnya tajam. Dahinya berkerut. Rambut yang mengurai kerana tiada pengikat itu dikuakkan.
“Jangan buat muka macam tu.”
“Habis nak suruh saya buat muka macam mana? Dah ini muka saya.”
Giliran Emir pula mendengus. Memang tak jalan berlembut sungguh minah sorang ni. Kalau dah katanya sakit hati, memang sungguh-sungguh sakit hati. Payah ni. Macam mana nak timbulkan rasa sayang dalam hati Asha untuknya.
‘Hah. Idea dah sampai.’ Hati Emir Jihan melonjak ceria dan berjoget-joget.
“Tadi bersemangat nak cakap. Saya dah pandang, tak nak cakap pula. Pergi tersenyum-senyum sendiri. Hantar masuk tanjung rambutan nanti baru tahu,” gumam Asha geram. Bibirnya yang munggil itu muncungkan.
“Berani awak cakap macam tu dengan boyfriend sendiri eh?”
“Siapa boyfriend saya?”
“Sayalah.”
“Perasan!” jerit Asha lantang. Dari berbaring tadi, dia duduk. Dengan kasar dia menepikan selimut yang tadi membaluti kakinya.
“Apa jerit-jerit dalam hospital ni? Orang lain nak rehat tau. Awak ni kan. Orang sakit, cakap perlahan-lahan. Lembut-lembut. Awak, tengah sakit pun boleh ganas semacam ni kenapa?”
‘Nasib baik dapat bilik satu katil ni. Kalau tak malu aku dikerjakan dia ni. Nasib baik aku sayang. Kalau tak… Ish… Geram dah aku ni,’ bisik hati Emir.
“Sukalah. Saya bukannya lemah nak tunjuk-tunjuk.” Asha mula menjuntaikan kakinya. Hendak turun dari katil.
“Nak pergi mana pula tu?” Mata Emir sekadar memerhati. Asha ni, memang tak mudah nak mengaku kalah. Asyik ingat diri dia tu hebat sangat je.
“Kenapa nak tahu? Awak tak nak keluar, biar saya yang keluar.” Wayar yang bergantung di tangannya dibetulkan. Rambut yang mengurai lembut itu dibetulkan kedudukannya.
“Kenapa awak ni degil sangat?”
“Memang saya degil.” Manja Asha menjawab. Perlahan-lahan dia hendak turun.
Belum sempat kakinya berpijak betul, terasa berat badannya dan terjelepuk dia jatuh menyembah lantai mar-mar.
“Hah. Kan dah. Tau tak kuat nak bangun.” Emir mula menghampiri.
“Tak payahlah. Saya boleh bangun sendiri,” gumam Asha sambil menepis tangan Emir yang hampir mendarat di bahunya.
“Degil lagi tu. Sini.” Dengan pantas didorong tubuh Asha untuk bangun.
“Lepaslah Apa pegang-pegang ni,” arah Asha sambil menolak Emir yang kejap memegang lengannya tadi. Tangannya di tahan pada katil.
“Fine. Kuat sangat nak berjalan sendiri. Jalanlah,” jawab Emir sambil dilepaskan Asha.
‘Kuat sangatlah tu. Dah tahu sakit. Nak juga berkeras,’ getus Emir dalam hati. Kesian melihat buah hatinya terkial-kial sendiri.
Asha melepaskan keluahan sambil kembali melabuhkan punggungnya. Baru sahaja hendak lari dari Emir. Ternyata dia tak kuat untuk itu.
“Give up?”
“Siapa kata.”
Emir ketawa mencebik. Masih lagi tak nak mengaku kalah.
Disebabkan kata-kata Emir, hatinya membara kembali. Ditegarkan juga untuk berjalan. Kalau boleh hendak dibuktikan pada Emir yang dia bukannya lemah.
Baru sahaja dua langkah, kakinya kembali terasa lemah. Dicapainya apa yang patut.
“Apa awak buat ni?” tanya Emir terkaku di tepi dinding kerana tubuh Asha yang menghimpitnya dan menolaknya sebentar tadi.
Terkebil-kebil mata bundar Asha memandang anak mata Emir.
‘Kenapa jantung aku macam nak pecah ni?’ getus hati Asha yang masih lagi berpaut pada Emir. Air liur di kerongkong ditelan berat.
“Lama lagi ke awak nak pandang saya macam tu? Bahaya ni. Kita berdua je dalam bilik ni. Lebih baik awak berhenti tengok saya macam tu,” seloroh Emir memutuskan tautan mata mereka. Hatinya turut digendang kuat ketika anak mata coklat cair milik Asha bertembung dengan anak matanya tadi.
“Ingat saya nak sangat ke tengok awak?” Asha terkial-kial lagi membetulkan dirinya.
“Susah sangat,” getus Emir sambil merangkul pinggang Asha, membantu Asha untuk kembali duduk di katil.
“Kenapa yang awak pegang dekat sini?” marah Asha dengan muka yang kian merah. Tangan Emir dipukulnya kuat. Sensitif sungguh dia jika orang menyentuhnya suka-suka tanpa izin. Sudahlah tadi semasa ke hospital, Emir mengangkatnya. Ini, hendak dipegang-pegang pula.
“Dah awak tu susah sangat. Saya tolong lah.” Kedudukan bajunya dibetulkan.
Asha mengetap bibir. Sudah tidak tahu apa lagi yang harus dia jawab pada Emir ni. Ada je.
Sekali lagi keadaan bilik sunyi seketika. Asha mengengsot dan bersandar di kepala katil.
“Asha.”
“Apa lagi?”
“Sampai bila awak nak kerja dekat rumah saya tu?”
“Suka hati sayalah sampai bila saya nak kerja.”
“Tak rasa nak balik ke?”
Asha diam. Dahinya yang tadi berkerut mula ditenangkan.
“Asha.”
“Sedap sangat ke nama saya tu yang awak nak ulang berkali-kali?” Asha mula rasa tidak selesa duduk berduaan dengan Emir. Bukan sakit hati yang dia rasa waktu itu. Tapi ada satu rasa lain yang menapak dalam jiwanya sehinggakan wajah Emir pun tak mampu dia nak pandang macam selalu.
“I think, better awak berhenti jadi maid dekat rumah tu.”
“Kenapa?” Wajah diangkat dan menantang pandangan Emir.
Sesaat, dua saat, lima saat, 30 saat…
Pandangan dikalih. Tak mampu tenung lama-lama.
“Sebab saya nak cakap dengan papa dengan mama suapaya pinang awak untuk saya.” Terus sahaja jawapan yang diberikan Emir. Tanpa berselindung.
“Pardon?”
“I want you live with me, at that villa as my wife. Not as my maid.”
“Are you crazy?”
“Yes I am. You the person who make me crazy.”
“I don’t want to marry you.”
“But I do.”
“Enough. I don’t want to hear it anymore.”
“But I want you.”
“Shut up. Don’t ever talk to me anymore.”
Bantal diambil dan ditekup ke telinga sambil berbaring.
Beberapa ketika dibiarkan Asha begitu. Perlahan-lahan bantal ditarik dari tangan Asha.
“I always keep waitting until you say you want to.” Perlahan Emir bercakap sambil memandang wajah merah Asha.
Asha terkesima, terkeras lagi membeku dengan pengucapan Emir yang seakan bersungguh-sungguh itu.
“Awak rehatlah. Saya tunggu awak dekat luar,” kata Emir lagi sambil meletakkan kembali bantal bersarung merah jambu itu di sisi Asha sebelum melangkah.
Sengaja dia bertarik tali begitu. Sukar hendak melenturkan hati Asha. Tapi dia tahu, sesukar mana pun hati perempuan, jika kena caranya, jadi juga.
Asha menelan air liur yang berkumpul di dalam mulutnya sambil anak matanya mengiringi langkah Emir yang berlalu meninggalkannya.
‘Emir. Jangan tinggalkan saya sorang-sorang.’ Perkataan itu hanya terluah di hatinya kerana mulutnya dikunci dengan keegoan.











mana sambungannya…cepat…x sbr nk bc ni…
cepat sambung…….x sabar saya nk tau kesudahan cita nie…best gila….
cpt smbg…x sabar nk baca ….
miss orkid,lmbt agi ke nk smbg citer nie???
dh x sbr nk bce smbgannya nie
y not buku kn je cite ni?
kalo buku blh sy bl coz nk bt collection la..
pape pun cite ni mmg TERBAIK!!!
best la citer ni…
mane smbungn die lg????
susah tol nk cri..huhuhu