Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 3

27 January 2010  
Kategori: Novel

3,756 bacaan 4 ulasan

Oleh : sofi

Malam itu, sebaik mama dan papanya selesai makan, Sufiah membuntuti mereka ke ruang tamu. Mak Nab pula berada di dapur, membasuh dan mengemas pinggan mangkuk. Linda? Jam 9 malam masih terlalu awal untuk dia berada di rumah.

“Papa, mama. Sufi nak cakap sikit!” Sufiah memulakan bicara.

Syed Nazri memandang wajah Sufiah sekilas sebelum perhatian kembali ke kaca televisyen. Syarifah Rahmah, seperti selalu, tidak langsung mengendahkan dirinya. Ketika itu diri dirasakan bagai bercakap dengan dinding batu. Tersinggung? Sedih? Tentu sahaja namun dipendamkan jauh! Biarlah…

“Papa, mama! Sufi nak pindah rumah.”

Kali ini dia mendapat perhatian si ayah. Konsentrasi terhadap televisyen terganggu. Papa kini menatap wajahnya. Lelaki itu seakan-akan keliru mendengar kata-katanya. Nada penuh hairan bila dia bersuara, “Kenapa?”

Ingin sahaja Sufiah ketawa mendengar soalan itu. ‘Hai, papa! Lagi mahu tanya? Atau pura-pura?’ “Sufi dah dapat rumah sewa kat Ampang. Dari situ, dekat lagi Sufi nak ke tempat kerja.”

Syed Nazri mengalihkan perhatian ke arah televisyen semula. Cuba menghayati rancangan National Geography kesukaannya. “Kamu kan dah ada kereta? Apa pulak masalahnya? Bukan jauh mana rumah ni dengan tempat kerja kamu tu!” tukasnya.

“Ala, biasalah, pa! Ada le agenda dia tu!” Syarifah Rahmah mencelah tiba-tiba. Melemparkan tuduhan.

Sufiah memang pantang dituduh. Anginnya segera naik. “Agenda apa, ma? Sufi nak pindah aje, bukan nak menggatal!” balasnya geram.

Mama menjegilkan mata. “Yalah tu! Mula-mula baik! Lepas tu?” sindirnya. “Papa, biar dia pindah. Peduli apa?”

Malam ini, dia mendengar lagi. Kalau selalunya kata-kata berupa sindiran dan herdikan, kini, malam ini, ia adalah satu tuduhan. Tuduhan yang amat berat. Jahat sangatkah dia di mata mama?

Tidak! Dia tidak sejahat itu. Tidak pernah terniat di hati untuk membuat perkara-perkara buruk seperti yang mama katakan.

Tapi…. Peduli apa? Ya, benar! Peduli apa. Syarifah Sufiah siapa, kan? Papa dengan mama tak kenal dia. Dia bukan sesiapa. Biarlah dia hendak pergi ke mana pun!

Sufiah cuba mengawal diri. Cuba menahan sakit di hati. Dia tidak mahu bersedih dengan tingkah mereka. Kerana, sikap sebegini sudah dijangka.

“Sebenarnya, Sufi bukan nak pergi sorang. Sufi nak bawak mak sekali.” dia memberitahu.

Tidak disangka-sangka, apa yang dikatakan mendapat sepenuh perhatian daripada mama. Kini mama sedang memandangnya. Tepat, tajam dan penuh kebencian.

“Kalau kamu nak pergi dari sini, keluar sorang-sorang! Pasal apa nak bawak dia? Dia orang gaji aku! Bukan emak kamu, tahu!”

Belum sempat membuka mulut untuk membalas, tiba-tiba….

“Maaf, puan. Tolong jangan marah Sufi. Dia tak salah. Dia memang nak pindah sendiri. Dia tak bagi saya tinggalkan puan. Puan tak sihat, katanya. Dia bimbang, nanti tak ada siapa nak jaga puan.”

Entah bila Mak Nab datang dan berdiri di sebelahnya, Sufiah tidak perasan. Namun dia amat berterima kasih. Wanita ini membela perbuatannya. Membela dirinya.

Syarifah Rahmah geram. Dari Sufiah kecil, orang gajinya ini sentiasa membela setiap satu perbuatannya. Dia tidak suka. Dia benci bila kata-katanya disanggah. “Tahu pun! Tahu pun Kak Nab yang saya ni sakit. Tak sehat! Habis tu? Yang gatal nak temankan dia, buat apa?” jerkahnya.

“Dari Sufi kecik, saya dengan dia tak pernah berpisah, puan. Sebab itu saya nak ikut dia. Risau hati saya ni nak biarkan dia duduk sorang-sorang.”

“Jangan nak mengada-ngada, Kak Nab. Dia yang nak keluar dari rumah ni, biar dia keluar sendiri. Tak payah nak ditemankan! Lantak dia! Tak boleh duduk sorang-sorang, konon! Habis tu, dah dia yang gatal nak duduk sendiri, apa kena mengena dengan Kak Nab?”

Sufiah dan Mak Nab berbalas renungan.

“Tapi puan?”

Kata-kata Mak Nab segera dipintas. “Saya kata tak boleh, tak bolehlah! Kak Nab pekak ke? Tak dengar? Dah lupa diri? Dah lupa jasa kami! Ingat, Kak Nab! Kalau saya tak ambik Kak Nab kat rumah orang tua-tua tu, entah-entah Kak Nab masih merempat kat situ! Jangan nak lupa daratan pulak, orang tua oi!”

Sufiah tidak lagi dapat mengawal kemarahan bila mendengar kata-kata penghinaan yang keluar daripada mulut mamanya itu. Sampai begitu sekali mama memarahi emak, hanya kerana emak ingin menemankan dirinya? Kesabarannya tercabar! Ringan mulutnya bertanya, “Salah ke kalau mak ikut Sufi? Kalau mama tak nak ambil tahu hal Sufi, tak pedulikan Sufi, berdosa ke mak kalau dia nak temankan Sufi kat rumah tu?”

Buntang mata Syarifah Rahmah bila mendengar suara Sufiah yang melengking kuat. “Ewah, ewah! Dah pandai meninggi suara sekarang? Sedapnya mulut tu bercakap!” balasnya sambil menjeling ke arah suami yang mula memberi perhatian. “Memang! Memang salah kalau orang tua ni nak ikut kamu! Kamu kena ingat! Bukan kamu yang beri dia makan selama ini, tapi aku! Tak ada sebab dia nak jaga kamu lagi! Kalau kamu gatal nak pindah, pergi sendiri. Kak Nab kena duduk sini, faham?” Herdiknya.

Sufiah terpana. Memang benarlah! Dia bukan sesiapa dalam hidup mama. Mama tidak kisah tentang dia. Antara dia dengan mak pun, sudah jelas, Mak Nab lebih penting daripada dirinya. Aduhai, sedihnya hati!

“Puan, Sufiah tak pernah hidup sendiri. Saya kesiankan dia. Tolong izinkan saya temankan dia.” Mak Nab merayu.

“Hei, pekak ke? Orang gaji, buat perangai macam orang gaji, tahu! Jangan nak lebih-lebih! Jangan nak merayu-rayu. Jangan buat perangai macam orang bodoh. Aku tak suka! Huh, itu dah lupa asal-usullah tu!”

Sufiah sekali lagi hilang sabar mendengar cemuhan mama. Tanpa dapat ditahan dia menjerit, “Mama! Apa halnya mama cakap macam tu pada mak? Salah dia besar sangat ke kalau dia nak bersama dengan Sufi? Yang nak sebut mak lupa daratan, kenapa? Cakap mak lupa asal usul tu, kenapa? Mak cuma nak jaga Sufi. Salah ke?”

“Kurang ajar!” Serentak dengan itu suatu tamparan hinggap di pipi Syarifah Sufiah. “Anak tak guna! Biadap!”

“Puan!”

“Apa, Kak Nab? Memang Kak Nab ni tak sedar diri. Kalau saya dengan Syed tak bawak tinggal di sini, entah dah jadi peminta sedekah ke apa? Tak gitu?”

Satu lagi hinaan dan sekali lagi Sufiah menjerit memarahi mamanya. “Mama! Sampai hati mama kata kat mak macam gitu? Hanya sebab dia nak jaga Sufi? Hanya sebab dia nak tinggal dengan Sufi? Salah ke kalau dia nak buat macam tu? Salah ke dia nak tunjukkan dia sayang Sufi, sesuatu yang mama tak nak dan tak pernah buat untuk Sufi selama ni?”

Sekali ini, kedua-dua belah pipinya terasa perit. Ya, dia ditampar lagi. Darah menitis dari bibirnya yang pecah. Tamparan demi tamparan bukan sahaja amat menyakitkan malah memberi kesan luka yang amat pedih di dalam dada. Bukan sahaja menitiskan air mata di pipi malah menyebabkan tangisan di dalam hati. Perasaan kecewa yang lama dipendam, menjadi dendam. Perasaan geram yang disimpan ingin dihamburkan, walau Mak Nab cuba menahan. Pandangan sayu di dalam sepasang mata tua itu tidak mampu menghalang Sufiah daripada meluahkan apa yang terbuku.

“Terima kasih, mama. Dahlah sejak kecik, Sufi tak pernah dapat kasih sayang mama. Hari ni, mama tunjukkan dengan tamparan demi tamparan. Dengan tuduhan. Dengan hinaan. Apa salah Sufi pada mama pun, Sufi tak tau. Tapi, Sufi dah nampak betapa benci mama pada Sufi.” Menarik nafas dalam-dalam, dia menyambung, “Sufi rasa, Sufi tak silap buat keputusan. Keluar dari rumah ni, jauh daripada mama adalah lebih baik berbanding tinggal kat sini dan pura-pura bahagia.”

“Sufiah…”

“Abang, dah lah tu! Biar anak tak guna tu pergi. Aman dan tenteram sikit hati saya ni.”

Syed Nazri merenung wajah isteri dan anak silih berganti. Ada rasa serba salah! Ada keliru. Ada marah juga. “Macam ginilah, Sufi. Kalau dah gatal sangat nak pindah, pergilah! Kalau nak bawak Kak Nab pun, bawaklah! Kalau nak keluar malam ini, lagi bagus! Angkut semua hak kamu dan jangan balik-balik ke sini lagi.”

Tidak siapa yang tahu betapa hancur sekeping hatinya ketika itu. Tidak siapa dapat menyelami perasaan dukanya. Tidak siapa dapat merasai kelukaannya.

Papa mahu pun mama sangat-sangat membenci dirinya!

“Papa……”

Tangan papa yang cuba dicapai untuk bersalam, ditepis. Mungkinkah tangannya ini terlalu kotor untuk disentuh?

“Tunggu apa lagi? Tadi nak pindah sangat. Sekarang ni nak merayu pulak? Sudah! Pergi kamu berdua dari sini. Berambus dari rumah ni malam ini jugak!” Tengking mamanya.
…………………………………………………………………………………………….

“Dila, aku mintak maaf sebab ganggu kau malam-malam buta ni.”

Ketika Sufiah menelefon, ibu yang menjawab panggilannya. Kata ibu, Dila sudah tidur. Kesal rasa hati kerana mengganggu sahabat yang sedang lena. Walau masih terlalu awal, Dila tentu kepenatan. Sahabatnya itu baru pulang daripada membuat pertunjukan pentas di Kuching.

“It’s ok, Sufi. What’s up?” Suara Dila kedengaran serak.

“Aku kena pindah malam ini jugak!”

“Hah?”
Sufiah tahu Dila terkejut. “Aku nak pindah malam ni. Tapi rupa-rupanya, banyak jugak barang yang kami nak kena bawak. Tak muat dalam kancil aku tu. Ni, nak mintak tolong kau. Kereta kau kan besar?” Sufiah cuba membuat lawak.

“Kenapa malam ni? Kenapa tak tunggu esok?” soal Dila kehairanan.

“Kalau kau penat, tak apalah! Aku bawak yang penting aje…”

Di hujung talian, Adilah mengerutkan dahi. Hati berasa tidak enak. Dia pasti, ada sesuatu yang buruk sudah berlaku. Mata yang tadi mengantuk, terbuka luas. “Hei, jangan nak merajuk. Tunggu aku datang, k. Setengah jam lagi aku sampai.”

Puan Norma melihat Adilah yang kalut berkemas.

“Entah-entah Sufi dengan mak dah kena halau, bu.”

“Kamu ni.. Ada ke cakap macam tu?”

“Ibu pun kenal Sufi tu macam mana. Kalau tak terdesak, dia tak akan menyusahkan Dila, bu. Dia tahu Dila baru balik dari Kuching. Penat lagi ni. Tapi dia telefon jugak. Suara dia tadi pun lain benar bunyinya. Macam baru lepas nangis aje. Menyesal Dila kalau Dila tak pergi tengok dia.”

Puan Norma merenung beg yang dijinjit anaknya memasuki kereta.

“Dila tidur kat rumah sewa Sufi malam ni.” Adilah meleraikan kekusutan di fikiran ibunya.

Puan Norma mengangguk. Dia faham betapa rapat hubungan antara anaknya dengan Syarifah Sufiah. Dia turut bersimpati dengan nasib gadis itu.

Betapa terkejutnya Adilah kerana ketika dia sampai, Sufiah dan Mak Nab sudah pun berada di luar rumah. Memandang rumah yang sudah gelap dan pintu pagar yang sudah berkunci, dia kehairanan.

“Diorang dah tidur!” Sufiah memberitahu tanpa diminta.

Selepas memuat barang ke dalam kereta Dila, mereka terus sahaja bergerak ke rumah sewa itu.
…………………………………………………………………………………………….

“Besarnya rumah ni, Sufi!” Kata Mak Nab sebaik mereka melangkah masuk ke dalam rumah pangsa yang disewa.

“Ini bilik mak.” Sufiah menunjukkan bilik untuk Mak Nab. Bilik yang sudah dilengkapi dengan perabut baru. “Sufi harap mak selesa di sini.” Kata Sufiah lagi sambil memeluk tubuh emaknya.

Mak Nab membalas pelukan itu. “Kita bina hidup baru di rumah ni, sayang.” bisiknya. Pipi Sufiah dikucupi. Tubuh Sufiah didakap penuh kasih sayang.

“Mujur Sufi ada mak. Kalau tidak, tak tahulah nak cakap. Terima kasih, mak. Terima kasih sebab mak selalu ada di sisi Sufi. Sufi sayang mak!” Giliran Sufiah pula untuk mencium pipi emaknya. Rasa bahagia di dalam hati kerana kini dia berjaya mencapai hajatnya untuk sentiasa bersama, berdua dengan wanita ini. Di dalam hati, dia berjanji untuk mencurahkan sepenuh kasih sayang hanya kepada wanita yang telah banyak berkorban untuk dirinya ini!

Adilah menyeka air mata yang menuruni pipi mulusnya. Dia tahu, Sufiah akan bahagia tinggal di dalam rumah itu. Walaupun tidak seindah rumah keluarganya namun dengan bersama Mak Nab, Adilah yakin Mak Nab akan memastikan Sufiah gembira. Tanpa gangguan Linda tentulah Sufiah akan lebih selesa.

Dalam bilik tidur Sufiah malam itu, Adilah bertanya, “Apa perasaan kau sekarang, Sufi?” Wajah Sufiah ditatapi.

Sufiah melepaskan keluhan. “Kehilangan!”

“Tapi kau ada mak dengan kau sekarang!”

“Tahu! Kalau mak tak ada tentu lagi teruk aku jadinya! Kerana mak lah, aku jadi tabah hari ini. Dalam hati aku ni, aku cuma nak buat mak bahagia. Itu aje niat aku sekarang. Lagi pun, aku dah janji pada diri aku yang aku akan lupakan papa, mama dan Linda. Aku kena sedar diri. Aku ni bukan sape-sape dalam hidup diorang.”

Adilah merenung tajam wajah sahabatnya. Sufiah melafazkan ayat-ayat tadi dengan penuh ketenangan. Sudah berputus asakah dia? “Mereka masih papa, masih mama kau, Sufi. Linda masih kakak engkau. Satu hari, bila kau nak bernikah, papa kau akan jadi wali. Lagipun, tak akan putus air yang dicincang!” Katanya.

Sufiah hanya merenung wajah Adilah dengan pandangan yang kosong. Dia tahu, memang benar bahawa air yang dicincang tidak akan putus. Bagaimanapun, antara dia dan keluarganya, hubungan itu tidak pernah wujud. Bagi mereka, dia bukan sebahagian daripada ahli keluarga Syed Nazri.

Dia bukan sesiapa!


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Komen dan ulasan karya

4 ulasan untuk “Novel : Bila Kau Bisikkan Cinta 3”
  1. naquiah says:

    isk2..sedey ..bg naq garapan nyer simple n mudah paham ..walaupun simple still dapat pikat hati n wat naq rase nak tau smbgannyer..perfetto

  2. Noorhayati says:

    sayunye citer nie..huhuhu

  3. panda says:

    sedey wehh..sampai ati kan..

  4. husna nabila says:

    sedih betul..

    kejamnnya mama papa Sufi

    i hate them damn so much!!!!! :evil:

    tup tup tup air mata ni jatuh tau!! :sad:

    hope nanti diorang menyesal sebab buat macam tu dia Sufi!!

    keep it up writer!! senang nak paham novel ni! i love it!! :razz:

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Penulisan2u"      "Penerbit Fajar Pakeer"