
Novel : Viewfinder Yaya 2
25 January 2010
Kategori: Novel
868 bacaan Jom bagi ulasan
Oleh : ikha.shizuka
2
Mata bundar di sebelahnya itu masih terkebil-kebil. Masih berfikir agaknya.
Nampak macam merenung terus dalam diri Wen. Kalau orang yang tak kenal, mesti anggap dia bagi tenungan maut entah berapa batu jauhnya. Tapi dia tahu renungan di balik bingkai hitam ol’ skool itu taklah sehebat Encik Clark Kent bila dia tolak kaca mata dia naik, sebab nak menembus kuasa laser tah hapa-hapa. Renungan tu nampak biasa. Nampak kosong.
“Entah lah wei.”
Sejurus ayat itu terucap, terlepas satu keluhan berat. Sudu di tangan hanya dicucuk-cucuk ke dalam bekas putih-pink BR yang sudah luak isinya. Hampir tinggal cairan sahaja. Renungannya juga sudah beralih dalam isi bekas.
“Betul lah kot kau cakap tu.” Yaya kembali berpaling mencari wajah teman yang sedang berbaring di sebelahnya. Wen tidak mengalih pandang dari dada langit, kakinya masih mengocak air kolam. Ralit menikmati langit malam yang tidak begitu banyak kerlipan bintang. “Tapi aku rasa tak salah jugak kalau aku teruskan idea ni kan?”
Mak Idah hanya tersenyum mendengar penjelasan dia. Orang tua separuh umur itu berpandangan sambil bertukar senyuman dengan ibu Wen. Masing-masing seperti sudah membulat kata. Sama-sama mencapai satu tujuan.
“Kalau dah macam tu, saya pun rasa tak ada halangan lah Kak Idah?” suara ibu Wen lembut. Tak lekang senyum di bibirnya. Melihatkan sokongan dari semua pihak, Yaya dan Wen berpandangan, menggenggam jemari masing-masing sambil menghantar senyum senang.
You’re so lucky babe!
Yay, I know!
Sure kau buat marathon satu FAB nanti!
Naah… not without you!
Sama-sama menghantar suara dalam jungkitan kening, ibu Wen hanya mengerling buat-buat gaya faham sangat dengan anak dara berdua tu. Sudah masak sangat kalau ada expression hello-dunia-telepati-tak-payah-verbal-aku-tau-dah macam drama pendek Charlie Chaplin berlangsung di depannya.
“Hmm, nampaknya boleh lah Mak Idah pergi umrah dengan senang hati.” Mak Idah menjawab. Ada nada senang dengan situasi itu. “Zam pun tak banyak hal.”
“Kak Idah janganlah risau sangat. Apa-apa saya boleh tolong tengokkan si Yaya ni.”
Ha… tu dia. Bila ibu dah bagi nada gerenti macam tu, memang tambah satu peratus lagi pengembangan keyakinan Mak Idah nak buat keputusan. Nampaknya saham ibu pun nak kena jaga jugak ni!
“Betul tu Mak Idah. Yaya memang berbakat dalam bidang ni.” Wen pulak gatal nak menyampuk. Tapi muka Mak Idah masih cool macam tadi. Murah betul senyuman dia. Patutlah muka awet muda.
Wen menggangguk, mengiakan pertanyaan Yaya. “So, confirmlah kan Rabu ni start?” Dia bangkit dari baringan, duduk di sisi Yaya sambil menongkat badan dengan kedua-dua belah tangan di belakang. Mata masih tak nak lepaskan langit hitam.
“Insya-Allah…” Yaya bergerak merungkai sila, mengengsot sedikit kedepan membolehkan kakinya juga menjamah air kolam. Sejuk.
Sudah menjadi tabiat mereka berdua, kalau melepak di rumah Wen, awal pagi-pagi buta pukul satu dua pagi mesti tak nak lepaskan peluang nak ‘beriadah’ di tepi pool yang tak seluas mana ni. Kalau ibu nampak, memang kena perambat. Mana taknya, anak dara melepak malam-malam sejuk macam tu kat luar. Dengan seluar pendek paras peha, dan baju gedabak lengan panjang tu… haisyh!
Dan lagi… ibu memang pantang kalau nampak diorang bertempek kat tepi kolam malam-malam. Tak elok katanya anak dara berembun. Sebab ibu tau, kalau tebiat diorang dah datang nanti, karang ada aje bunyi gedebush terjun kolam. Dah lah dengan baju tak serupa orang.
“Ala bu, ni style tengah in tau. David Beckham tu pakai camni tengah public siap lari satu padang selamba je?” Wen memang sengal kot. Ada ke dia samakan dengan David Beckham. Perasan nak jadi footballer tak kesampaian lah tu. Yaya hanya menayang sengih, takkan lah dia nak menjawab jugak kan? Jaga saham depan ibu sikit, tunjuk baik sikit, confirm ibu tak jadi nak marah tengok muka kesian dia kan, kan?
“Kau lah ni Ya, kau yang bawak fesyen mengarut ni!” Yaya membaling kusyen kecil yang bersepah di lantai sebaik frasa tuduhan melulu oleh ibu tadi kena muka dia. “Perasan nak ngedet dengan Aidil Zafuan konon!” Sengaja ditempel muka tak puas hati. Padahal saja nak cari topik nak gaduh.
Ewah, aku pulak yang jadi bahan. Tadi si Beckham, ni mamat local tu pulak jadi mangsa? “Banyaklah kau! Yang kau tu lagi mengarut fesyen tidur kuak lentang tah hapa-hapa sampai dalam tidur pun boleh buat penghijrahan kat bawah katil. Tengok ni, dengan lantai pun nak tabur kusyen kecik banyak-banyak?”
Sudahnya mereka perang bantal dalam bilik hujung di tingkat dua tu. Dengan suara perasan merdu si Gary Barlow di mini-compo, perang bantal bertambah-tambah hebat dengan I Predict A Riot yang sakan menghias malam dingin.
Tak payah predict, dah keluar verdict bahawa satu riot tengah berlangsung lepas kena bom dengan ibu!
Memang sejak dia mula bercamping dekat rumah Wen, fesyen baju tidur ala-ala footballer menjadi ikutan. Sampaikan kakak-kakak Wen juga terikut. Dah tak ada fesyen ala-ala jaguh-jaguh basket ball lagi macam Nathan dengan Lucas Scott, sebab memang itu fesyen asal tiga beradik tu sebelum Yaya datang. Dan nasib baiklah rumah ni memang tak ada anak teruna. So, bila waktu malam (atau waktu bila ayah Wen tak ada atau tak berkeliaran dalam rumah) memang dress code kena pangkah. Yaya sendiri dah buat rumah tu macam rumah family sendiri. Memang untunglah tak ada adik-beradik lelaki dalam rumah.
“Hari tu In cakap dia pun naik geram tengok budak tu. Saje kot nak bagi aku jealous.” Wen mengeluh. Memang dia geram sangat tak dapat join bila Mak Idah datang hari tu. Dah nasib pulak dia tengah final paper. Takkan sesaje nak skip pulak. Kalau test atau quiz boleh lah jugak jual muka kesian depan lecturer mintak lambat.
Gelakan Yaya sudah terburai melihat reaksi orang kat sebelah. Dia melaga bahu Wen di sisi dengan bahunya. “In saje lah tu. Macam tak faham akak kau tu suka buat gempak.” Anggukan Wen disebelah sekadar dikerlingan mata. “Tapi In tu pun cam naik hantu jugak tadi weh. Tergoda habis kau ingat.”
Yaya masih menayang sengih mengingatkan reaksi Surina siang tadi. Tapi memang dia sendiri pun tergoda habis. Dengan ibu pun macam tak nak kasik Mak Idah balik je tadi. Kalau Wen ada, memang gamat kot agaknya.
“Ha, apa sengih sorang-sorang babe? Ceh sampai hati kan korang.”
Mendengar nada konon jauh hati tu, segera dia melingkar lengan kanan di bahu Wen. “Ala yang, takkan aku sampai hati nak suruh kau gadaikan masa dengan client tadi kan? Lagi tak berbaloi. Nanti Rabu ni join aku, okay?” Wen menayang sengih juga. Sekejap aje dah makan pujuk.
“So, apa lagi, mari raikan dah habis final exam ni dengan daun saderi!” Yaya mengangkat tangan kiri yang masih menggenggam sudu ke udara, dengan muka gaya perasan comel sebagai perisa tambahan.
“Ceh, banyaklah kau punya daun saderi. Bajet wonder pets ey?”
“Okeh, okeh, kita punya daun saderi versi BR ni la, yes?” Yaya menghulur bekas yang sudah licin di tangan. Tambah membuatkan Wen kembali tarik muka tujuh-campur-tujuh tu, tambah lagi dia merungkai tangan di bahunya dengan geram.
“Hampes lah kau Ya. Bedal sorang!”












