Novel : Zara & Azly 3

4 January 2010  
Kategori: Novel

664 bacaan Jom bagi ulasan

Oleh : Cinta Hati

“selamat pagi sayang” sapa suami ku penuh mesra. Ku lihat dia sudah bersiap, entah nak ke mana. Lagipun inikan cuti sekolah, takkan nak kesekolah kot.
“eh, kau nak ke mana azly?” soal ku penuh rasa ingin tahu tatkala melihatnya bersiap siap depan cermin.ketika itu aku baru saja selesai mandi. Aku pastikan kali ini aku lengkap berpakaian sebelum keluar dari bilk mandi. Tak sanggup rasanya peristiwa semalam berulang lagi.
Azly yang asyik melihat cermin segera menoleh mendengar pertanyaanku. Dia mengorak langkah kearah, senyuman menggoda terukir dibibirnya. Peluh aku mula keluar, cuak dengan tingkah suami ku. Aku segera sibukkan diri, bergerak kearah lain semata-mata tak ingin dia hampiri ku. Nyata aku silap perhitungan, suami ku sudah berada rapat denganku.
“Zara…” lembut dan terasa dekat suaranya..
“wanginya isteri abang” tambahnya lagi. Aku tak berani berpaling.kaku. aku mula tersedar bila merasakan ada tangan mula melingkari pinggang ku. Dia peluk aku dari belakang! Hati ni mula berdebar debar. Perasaan bahagia malam tadi mula menjalar. Aku biarkan sahaja tingkahnya.
“azly? Kenapa ni?” soalku kerana hairan dengan kelakuannya yang memelukku dan hanya diam.
“syyhh…kejap, sekejap je abg nak peluk sayang mcm ni..diam..” luahnya ditelingaku. Aku terus mendiamkan diri. Kenangan lama mengimbau kembali..
“hai Zara, rajinnya kau study! Woi, ajar r aku sekali, jgn ar pandai sorang2″ khairul azly menyapanya tatkala dia khusyuk membaca sejarah.
“jangan kacau r, pergi ar main dengan budak2, aku nak study ni”
“sombong ar kau ni zara, dah la kuat membebel.ntah sape jadi suami kau nanti.malang betul la.” Balas nya bila melihat aku bersikap acuh tak acuh melayannya.
” haha..nasib la, suami aku mesti orang yang sanggup dengar aku membebel 24jam , sanggup bersabar dgn aku time aku marah, and paling penting…aku sendiri yang akan layan dia betul2 dan pastikan dia adalah lelaki yang paling bertuah kerana memiliki seorang isteri macam aku. Dan aku akan pastikan kau silap, lelaki itu bukan paling malang, tapi paling bertuah!” luah ku dengan penuh lagak. Gaya macam orang dah kahwin je.cewah!
“cis, berlagak la kau zara, takde siapa nak perempuan macam kau. Garang dan kuat membebel!” usiknya lagi. Aku tahu, dia sengaja nak memancing aku utk bertengkar mulut dengannya. Jika aku mula bertegang leher denganya, itu tandanya kami sedang bergurau.
“xpe, kalau tak siapa nak kan aku, kau kan ada?hehe” pantas ku luah idea yang timbul, sengaja ingin mematikan kata katanya. Merah padam mukanya kerana hilang idea utk membalas kata kataku.
“haa..kan dah diam. Keh3. Jangan risau azly, aku takkan jatuh cinta dengan kau la..” selamba ku bergurau. Ye la mana mungkin aku jatuh cinta dengan sahabat ku sendiri.
————————————————————–

“xpe, abang akan tunggu zara jatuh cinta kat abang” kata2 suami ku menyedarkan dan mengembalikan aku ke alam nyata. Macam tau je apa yang aku lamunkan.hehe.. badan ku dipusingkan mengadapnya
“pandang aku zara, tengok mata aku betul2″ ujarnya. Aku sedikit tersentak, dengan bahasa yang digunakan, aku? Mane pergi ‘abang’ yang digunakan sebagai ganti namanya sejak akad nikah semalam? Matanya ku renung, hairan dengan perubahan yang agak ketara itu.
“kenapa?” soalku hairan.
“jika ini yang kau mahukan, aku akan kembali jadi azly yang dulu, azly waktu kita sama2 belajar dulu. Okey? Anggap aku macam kawan kau, just like before. Nothing change between us.” Jawabnya sambil mengukirkan senyuman.
“but, syarat malam tadi still berterusan. Kau jadi bantal peluk aku, k? “Tambahnya lagi.
Aku tergamam. What? Kenapa tiba tiba? Aku baru je suka dengan sikapnya yang memujuk dan melayan kerenah aku. Tiba tiba berubah nak jadi cam kawan dulu.waaa haru aku dibuatnya.
“kenapa, tak suka ker?” soalnya bila melihat perubahan ketara pada wajahku. Lantas ku angguk, jujur mengiakan semuanya. Aku sememangnya suka dengan layanannya yang romantic itu, Cuma untuk pergi lebih dari itu aku sedikit takut. Aku takut aku jatuh cinta padanya dan aku takut aku terluka kerana aku terlalu menyayanginya.
“”pelik la, aku tak faham.aku ingatkan kau nak kita macam ni. Aku..” kata2nya terputus bila aku cepat2 memotong ayatnya.
“zara nak..abang.. Err..kau jadi macam kau yang semalam..” sedikit gugup aku menyatakan hasratku.
“aku memang nak hidup bahagia bersama dengan kau, Cuma aku takut untuk mengaku pada diri, aku takut aku terluka kerana terlalu menyayangi kau.”

Lantas tubuhku ditarik dalam pelukkannya. Dahi ku dikucupnya.pipiku bertalu talu menerima kucupan darinya. “abang tahu dan pasti yang zara memang sayangkan abang selama ini. Thanks sayang, ni pun dah cukup buat abang.” Ujarnya pernuh rasa terharu.

“abang akan sentiasa sabar menunggu pintu hati zara terbuka buat abang, dan yang pasti, jangan takut untuk mengaku pada diri zara yang sememangnya zara dah sayang giler kat abang kan? Sejak bile ni? Mesti time sekolah dulu lagi kan?” bertalu talu soalan yang dilontarkan sambil tersenyum nakal. Dapat rasakan muka aku memerah menahan malu di usik oleh suami ku.

“mana ada, siapa kata orang sayang kan dia? Aku tak sayangkan kau la azly” jawab ku membela diri, cover malu beb. Lantas bibir aku ditangkap oleh bibirnya. Satu saat..dua saat..tiga saat… lepas!
“haa..cakap lagi macam tu, abang cium lagi lama.” Ujarnya dan ketawa, sedangkan aku, terdiam kaku..
“dah, jom turun bawah, mama dah tunggu tu.”
“hello, dah jadi patung dah? Ke nak kena cium lagi?” soalan keduanya menyebabkan aku segera sedar dan terus bergerak.
“haa, kan bagus macam ni, dah jom turun” lancar suami ku berkata kata sambil tangannya kejap mengenggam tanganku…

To be continue…..


k l i k  i k l a n  m e n a r i k

Jom jadi pengulas

Apa pandangan anda terhadap karya ini. Ulasan dan komen yang membangun akan memperbaiki, membentuk penulisan dan seterusnya melahirkan penulis yang terbaik didalam dunia penulisan. Pengulas yang aktif memberi ulasan dan komen yang membangun akan memenangi hadiah sebuah Novel.

Daftar di gravatar untuk paparan gambar anda di sudut ulasan / komen

"Penerbit KaryaSeni"      "Penerbit Kaki Novel"      "Penerbit Fajar Pakeer"